Tahun itu pun sama, esok hari raya, ayam dan
daging masih terkedang diatas meja dapur belum dimasak, matahari diluar sudah
mengalah tercacak didada dilangit. Tiada lain yang diharapkan..dia hanya
mengharap kan NurSaleha anak saudara merangkap anak anagkatnya datang membantu.
Tetapi pada kebiasaanya bukan membantu tetapi yang mengerjakan semuanya. Dari
memasak bersambung membasuh segala basuhan (Basuh bilik air dan sink yang
berkulat, kain baju kotor atau langsir, pinggan mangguk yang akan digunakan
untuk tetamu dihari rayanya). Mungkin kerana sikapnya yang begitu menyebabkan
anak menantu rasa berat hati untuk meringankan tulang empat kerat pulang
membantunya.
“Awak
nak call siapa tu Tijah”. Sedang dia membelek telefonnya mencari nombor
seseorang dia disergah oleh suaminya yang baru masuk menjengah dapur.
“Allah
abang ni terkejut Katy. Katy baru nak pesan pada Seha suruh datang tolong Katy
ni ha. Abang tenguklah semuanya belum bersiang lagi. ”
“Biarkan
lah dia. Abang tenguk tiap-tiap tahun asyik dia yang menolong awak. Jadi
bilanya dia nak masak kat rumah dia sendiri. Dia sekarang dah ada anak-anak dan
anak-anaknya pun dah besar dah pandai nak makan. Biarlah dia cuba siapkan makan
raya untuk suami dan anak-anak dia sendiri, kalau dia datang sini mana nak
sempat masak untuk rumah dia.”.
“Habis
saya ni siapa nak tolong. Kalau dah ada anak tak boleh nak minta tolong”.
“Yang
abang tengok awak minta tolong kat Seha saja. Dengan anak awak
sendiri ada awak minta tolong?.Awak sedar tak perbuatan awan ni macam tak
sayang anak pada anak sendiri”.
“Sebab
Katy sayang anaklah Katy tak suruh anak-anak Katy buat kerja bang”.
“Salah
sikap awak tu. Awak tak ajar mereka perkara-perkara macam ni.. mereka harapkan
awak saja. Kita hidup menongkat langit ke? Kalau kita dah tak ada dengan siapa
mereka nak harapkan kalau tak pernah buat sendiri. Kita kalau sayang anak ajar
mereka buat kerja, bukan suruh makan saja. Kan peribahasa kita kata sayang anak
tangan-tangankan makna tangan-tangan itu
ialah suruh buat kerja.”.
“Katy
kesian mereka, nanti mereka penat dengan nak layan anak lagi, layan suami
lagi”.
“Ohhh
macam tu rupanmya awak sayang anak.Takut mereka penat patutlah dari kecik awak
hanya suruh Seha sahaja yang buat kerja rumah. Dengan Seha awak tak kesian
pulak, dia tu anak awak juga..dia tu pun dah anak dah ada suami”.
“Dia
tu patut buat kerja. Sepatutnya dia sedar diri dia. Katy sanggup bagi dia makan, minum dan tempat
tinggal sampai dia besar pun dah seribu rahmat untuk dia.”
“Jadi
selama ni memang awak tak sayang anak saudara awak tulah. Itu yang awak kudakan
dia cukup-cukup. Awak rugi Tijah rugi
sangat. Sepatutnya awak mendapat gajaran pahala yang besar tapi awak persiakan.
Sekarang ni awak dapat penat sahaja membesarkan Seha".
“Kenapa
abang cakap Katy macam tu. Selama ni susah payah Katy besar kan dia. Bangun
malam buat susu suapkan makan dia, basuh berak kencing dia, cuci pakaian dia.
Abang ingat boleh ke dia hidup macam sekarang ni kalau Katy tak buat semua itu
pada dia dulu”.
“Kalau
kita buat sesuatu pada anak yatim..jangan disebut-sebut jangan
diungkit-ungkit, jadi tak ikhlas apa
yang kita buat Tijah. Kalau kita buat kerja untuk anak yatim dengan hati tak ihklas Allah tak akan bagi kita apa-apa ganjaran. Rugi awak
Tijah.”
“Katy
ikhlas dengan apa yang Katy buat pada dia bang. Ada Katy minta harta emak ayah
dia, bayar apa yang Katy buat untuk anak mereka selama ni”.
“Memang
awak tak minta bayaran, tapi awak perah tenaga dia sebagai balasan awak
besarkan dia, itu yang ada dalam hati awakkan. Awak buat dia macam hamba. Sebab
apa abang cakap Tijah buat Seha macam hamba..sebab awak tak pernah nak bayar
gaji dia walaupun dia buat semua kerja rumah. Kemudian awak ajar anak-anak mengarah dia sesuka hati. Awak tak
pernah ajar anak-anak hormat atau tanamkan rasa sayang pada dia.. Sekarang
saya perlu bertegas mulai dari sekarang biarkanlah dia hidup dengan keluarga
dia. Janagan lagi minta dia buat itu dan ini untuk rumah ni.” Setelah meleteri
isterinya yang tak betul perbuatanya,
Mohd Noh keluar dari ruang dapur. Sebelum badannya melepasi pintu dapur
dia teingat sesuatu…
“Tijah!
Abang tahu buku bank arwah ibu ayah Seha
masih kat tangan awak, barang kemas emak dia pun masih kat badan awak tu
(Muncung nya menunjuk kerah badan isterinya yang gempal). Apa tujuan awak
sebenarnya, pakai gelang dan rantai yang bukan hak awak.” Yang sebenarnya sikap
Siti Khadijah ni mudah lupa, bila dileteri dia akan ingat tetapi bila suaminya
tidak mengulagi pernyataanya dia lupa akan janji pada dirinya sendiri.
“Katy
hanya pengang buku simpananya saja, Katy tak pernah pun keluarkan duitnya. Katy
akan bagi dia kalau Seha tu betul-betul nak pakai duit. Pasal barang kemas ni
Katy terpaksa pakai sebab kalau tak
pakai kita kena bayar zakatnya pula.. jadi Katy pakailah”.Bab menjawap
kata-kata suaminya sememangnya Kadijah sangat pandai, tetapi jawapanya
kedengaran bodoh ditelinga suaminya.
“pulangkan
cepat Tijah..Seha pun dah cukup dewasa dan
dia pun dah ada keluarga sendiri. Takut lama-lama awak terlupa nak pulangkan
pada yang hak. Abang bukan apa takut awak tu terambil harta anak yatim. Manalah
tahu dalam hati awak..awak rasa harta emak ayah Seha tu sebagai bayaran awak
jaga anak mereka. Kita ni tak lama lagi nak keMekah, takut Allah balas apa yang
awak buat pada Seha kat Mekkah nanti.. ”
“Hsyy
abang ni saya tak terniat pun.”
“Kalau
macam tu eloklah. Tapi jangan lupa pulangkan hak Seha.” Mohd Noh melangkah meninggalkan ruang dapur, tetapi
langkahnya terhenti bila mendengar suara isterinya..
“Habis
siapa yang nak tolong saya masak ni. Kalau tak masak kita tak ada apa nak
dimakan bila anak cucu kita balik nanti”. Mohd Noh berpaling memandang
isterinya kembali. Hati hangat mendengar pertanyaan isterinya.
“Biarlah..kalau
diaorang yang nak makan biar lah diaorang masak sendiri. Ni kalau nak makan
masa raya tentu dia tahu balik cepat tolong awak masak. Anak orang lain tahu
balik nak menolong, anak awak tahu balik makan sahaja. Tu Syukri duduk KL dah
sampai dah. Emil rumah bukannya jauh. Kalau sekarang ni bertolak dari ruamah
tak beberapa minit dah sampai. Sepatutnya Emil semalam pun dah boleh balik..kan
dah cuti sekolah. Entah apa yang dibuatnya kat rumah nak kata balik kampung
Latif tak juga. Nak kata berkemas rumah.. abang rasa rumah dia tu kemas lagi rumah orang yang ada anak ramai,
anak sorang tapi macam ada anak sepuluh.” Bebel Mohd Noh dengan isteri yang
terkebil-kebil bila dileteri.
Memang betul apa yang diperkatakan oleh Mohd
Noh. Yang sebenarnya anaknya yang tua Emil Atilia sudah bercuti dia duduk
bersenang lenang dirumahnya… dia akan mengajak suami dan anak pulang kerumah
keluarganya bila masa hampir berbuka nanti. Walaupun sudah diberi amaran oleh
suaminya namun Siti Khadijah tetap berdegil mahu menghubungi NurSaleha untuk
membantunya memasak.
“Tijaah!!!
Kalau aku nampak Seha yang masak, SIAP!!semuanya aku akan lempar ketanah. Biar
sahaja tanah yang merasa lauk pauk hari raya”. Wahh..kalau sudah suaminya
berAKU sememangnya dia sudah sangat marah.
Terbantut tangannya bergerak menekan nombor NorSaleha.
Dirinya harus mendengar apa yang diperkatakan
oleh suaminya. Setelah mendengar ugutan suaminya Siti Khadijah tidak jadi
menghubungi anak anagkatnya Nur Saleha. Nur Saleha aman duduk dirumah NorIza,
membantu emak mertuanya memasak lauk hari raya nya.
Mohd Noh masuk semula kedapur, isterinya
hanya melihat langkah suaminya mendekati meja dapur. Tangan bercekak pinggang sambil
melihat ayam dan daging yang berlonggok di atas meja. Kemudina dia mengeluarkan
arahan dengan wajah marahnya.
“Tijah!!!
Kalau awak tak mampu nak masak, masukkan balik daging dan ayam ni dalam peti
sejuk ni. Kalau mereka balik nak makan suruh mereka masak sendiri”. Itu
arahanya. Dia mesti bertegas dengan isterinya sekarang. Sebab isterinya tidak
akan mendengar kata-katanya jika dia
berkata lembut.
“Abang
tu nak makan apa buka nanti?”.
“Tak
payah nak fikirkan aku Tijah. Aku nak buka
nanti pandailah aku goreng telur, kalau tak berbuka dengan kurma
saja pun dah syukur Alhamdulillah”. Selepas berkata begitu Mohd Noh
melangkah keluar meninggalkan isterinya yang terkulat-kuat bila
dimarahi.
'Dia bolehlah nak makan kurma sahaja..tapi aku ni boleh tahan ke makan kurma saja ahhh' Sambil mengumam perlahan dia berkata pada dirinya sendiri.
Mahu tak mahu dia kedapur
juga memasak apa yang patut, sekurang-kurang makan untuk mereka berbuka nanti. Bukan untuk siapa pun untuk dirinya sendiri.
===================
Hari
raya Aidul Fitri sudah hamper tiga minggu berlalu. Nuri dan Syukri sudah
bekerja. Malam itu NorIza menghubungi anaknya Syukri.
“Assalamualaukum
Syukri! Nuri ada?”.
“Ada, mak nak cakap dengan dia ke?..dia tengah buat
susu untuk Hadi mak”.
“Hadi
dah tak menyusu dengan Nuri lagi ke Syukri.”
“Dah
tak boleh nak menyusu mak, minggu lepas Nuri pergi check..dia dah mengandung”.
“Haa
eloklah tu.Hadi pun dah besar dah nak masuk tiga tahun kan Hadi tu, mak kira
dah 2 tahun 10 bulan rasanya, esok kalau adik dia lahir pun dia dah berumur 3
tahun 7 bulan betul tak Syukri.” Waahh emaknya ni hebat, boleh mengingati usia
cucu-cucunya.
“Betullah
tu mak.”
“Kenapa
kamu tak tolong Nuri buat susu untuk anak, Syukri?”.
“Syukri
tengah tidur kan Su ni..Lagi pun Hadi ni memang semuanya umi dia yang buat...
Seminggu dua ni, perangai mengada dia tu menjadi-jadi tak boleh nak tenguk muka
umi dia meragam saja mak.”
“Biasa
macam tu lah budak nak beradik ni..nakkan perhatian kita. Oh ye, emak call ni
nak sampaikan berita gembira Syukri. Pak de kamu dah dapat surat dari Tabung
Haji. Dia kata, dia dengan mak de calon menuggu. Kalau ada kosong nanti pihak
Tabung Haji akan masukkan nama mereka untuk pergi ke Mekah. Mak berharap sangat
emak dapat ikut pak de dengan mak de pergi ke Mekah tahun ni. Harap kamu doakan
emak dapat pergi, ye Syukri.Kamu cakap dengan Nuri sekali. Minta dia tolong
doakan emak dapat pergi tahun ni”.
Rasa teruja Puan Noriza bila mendapat khabar bekas
birasnya mendapat surat dari Tabung Haji mengatakan mereka calon menunggu. Lalu
berita gembira itu disampaikan kepada semua anak-anaknya.
“In Syaa
Allah mak… mak!!Sempat ke mak nak siap-siap kalau dipanggil nanti”.
“Ehh
apa yang tak sempatnya. Emak dah pergi kursus haji sampai habis. Telekung dan
pakaian yang nak dipakai masa kat Mekah pun dah siap basuh. Emak dah masukkan
dalam beg pun Syukri. Hanya tunggu panggilan sahaja lagi. Hanya mak belum tulis
nama emak kat beg yang mak nak bawa saja. Kalau ada rezeki emak dapat pergi
nanti, mak minta tolong along kamu tuliskan nama kat beg tu”. Begitu bersungguh
NorIza mengatakan yang dia sudah cukup
bersedia untuk menjadi tetamu Allah.
“Syukri
rasa mak dapat pergi tahun ni sebab duit Tabung Haji emak dah penuh kan mak.
Lagi pun mak mendaftar dah lebih dari lima tahun rasanya. Kalau tak pun..nanti
kalau pak de dah ada tarikh pergi, minta dia rayukan emak sekali. Rasanya boleh
buat macam tu sebab dia kan jadi mahram emak.”
Seperti yang diharapkan Mohd Noh dan
isterinya mendapat surat dari Tabung Haji mengatakan mereka akan menjadi tetamu
Allah pada tahun itu. Mungikn sudah rezeki NorIza bila Mohd Noh memasukkan namanya sebagai mahramnya, seminggu
kemudian permohonan itu terus diluluskan. Hanya ada dua minggu sahaja waktu
untuk NorIza bersiap-siap menyediakan keperluanya untuk keMekah. Dia
menghubungi anak yang paling hampir.
“Assalamulaikum
Muaz!! Pak de bagi tahu tadi, permohonan emak nak
ikut pak de dan mak de keMekah dah diluluskan”.
“
Alhamdullilah.. Mak ikut sama tarikh dengan diorang ke mak.”
“ialah
kan mak jadi mahram diorang”.
“Kalau
macam tu, lagi dua minggulah emak pergi”.
“Haah
long..kita nak buat khenduri doa selamat tak long”.
“Along
rasa tak payah lah mak. Orang pergi keMekah ni fizikal nak kuat. Kalau mak
penat nanti susah pulak mak beribadat. Pada along duit yang mak nak buat
khenduri tu mak sedekah kerumah anak yatim,
along rasa macam tu lebih afdal mak. In Syaa Allah kalau niat hati kita
ikhlas mereka akan doakan emak yang baik-baik, mak.”
“Mak
ingat sebelum mak pergi nak buat doa selamat kemudian tahlil untuk arwah ayah
along sekali.”
“Sebelum
mak pergi bila adik-adik along balik nanti, along akan ajak mereka baca Yassin kemudian
buat tahlil untuk arwah ayah dan baca doa selamat sekali boleh macam tu mak?”.
“Boleeh..lagi
afdal anak-anak yang doakan untuk emak ayah dia kan”. Puan Noriza sangat
bersyukur dikurniakan anak-anak yang berfikiran matang dan boleh diajak
berbincang.
“Emak
akan suruh Misa denagan Hassan sahaja yang baliklah long”.
“Syukri
mak dah bagi tahu? Ajaklah dia balik sekali mak”.
“Mak
nak call dia nak bagi tahu saja, tapi mak tak kasi dia balik”.
“Kenapa
mak???Mak janganlah pilih kasih nanti apa pula kata dia”.
“Apa
pula nak pilih kasih Muaz. Dari kamu dan adik-beradik masih kecil kasih emak
pada kamu semua sama sahaja.Tak kiralah yang dah ada kerja bagus atau kerja
biasa, yang ada kereta besar atau pun kecil dan yang jauh atau pun yang dekat
kasih emak tak berubah. Pada emak semua anak-anak emak ada keistimewaanya.Tapi
yang mak tak kasi Syukri balik sebab Nuri baru mengandung, rasanya belum sampai
sebulan. Mak takut mudharat pada dia naik kereta lama-lama. Lagi pun raya hari
tukan dia dah balik, mereka dah minta maaf dengan emak. Tapi masa mak balik
dari Mekah nanti boleh lah mereka balik, lagi pun masa tu mungkin Nuri sempat
nak minta cuti, bolehlah dia duduk lama sikit kat sinikan. Kamu kan tahu macam
mana Nuri kerja, kena mohon cuti sebelum jadual tugasnya di sediakan oleh ketua
dia keluar.” Sungguh prihatin emaknya, terhadap semua anak menantunya. Pada
Muaz dia tidak pernah merasa emaknya melebihkan pada seorang anak atau menantu, semuanya dilayan
sama rata. Dia tidak pernah rasa terpinggir walau pun dia hanya duduk dikampung
sahaja.
Dua
minggu yang berbaki sebelum NorIza berlepas keMekkah untuk menjadi tetamu
Allah, dia dimestikan mengabil dua suntikkan:
Semua bakal haji diwajibkan mendapat suntikan
vaksin Anti Meninggococcal Meningitis iaitu ‘Meningococcal Quadrivalent Vaccine
ACYW-135’. Meningitis adalah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak
dan saraf tunjang yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Suntikan
ini harus diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum berangkat ke tanah suci
dan ianya melindungi selama tiga tahun.
Imunisasi
Pilihan Vaksin Influenza
Suntikan
ini boleh diambil sebulan sebelum berangkat ke tanah suci. Influenza secara
umumnya dikenali sebagai flu, adalah infeksi saluran pernafasan.
Dengan sedikit masa yang ada
bersungguh-sungguh NorIza melancar doa
dan membiasakan diri dengan solat-solat sunat yang telah diberi tunjuk ajar
ketika dia mengikuti kursus haji tempuh hari. Lagi pun segala solat sunat itu
sudah biasa dilakukan .Dulu dia melakukan kerana mencari ketenangan bila
ditimpa musibah.Tetapi sekarang ini sudah menjadi kebiasaanya.
Seperti yang diberitahu mereka akan
keMekah pada penerbangan yang ke42.
Mereka akan berada dibumi Mekah selama 44 hari. Pesawat mereka akan mendarat diMadinah.
Akhirnya sampai juga waktu yang ditunggu oleh
Noriza dan Mohd Noh suamiisteri. Sehari
sebelum dia bertolak anak menantu NorIza mengadakan majlis membaca Yassin,
tahlil, dan doa selamat. Majlis diketuai oleh anaknya yang tua Muhammad Muaz
bin Abdul Razak. Orang luar yang hadzir hanya pak de suamiisteri. Pak de
hadzir bila Muaz memberi tahunya..
“Muaz
hari nak berangkat dah dekat sangat ni, emak kamu tak buat doa selamat ke”.
Sebenarnya Mohd Noh ternanti-nanti khenduri doa selamat bekas kakak iparnya.
Dia takut NorIzah terlupa perkara itu(doa selamat).
“Kami
buat adik beradik kami saja lah ayah, rasanya esok Hassan dan Pali balik. Dia kata bertolak tengahhari lepas sekolah,
mungkin petang atau pun Magrib baru sampai, esok malamnya kami baca Yassin buat
tahlil untuk arwah ayah kemudian baru baca doa selamat”.
“Mak
kamu tak jemput orang lain ke Muaz”.
“Saya
yang tak bagi jemput orang ayah….”.
“Kenapanya
tak bagi jemput orang..sebab emak kamu tak cukup duit ke?. Kalau dia tak ada duit,
kamulah yang sepatutnya keluarkan duit sikit.. janganlah nak kedekut sangat
Muaz, keluarlah duit sikit jamu orang makan. Kalau kamu juga tak ada duit
pakat-pakatlah dengan adik-adik yang lain bagi sikit sorang, lepas tu buat kan
emak kamu tu kenduri. Nanti apa pulak kata orang kampong.. nak pergi Mekah tak
buat kenduri pula.” sampuk mak de yang baru keluar dari dapur. Sebenarnya Muaz
datang kerumah pak de mahu menjemput isterinya pulang setelah emak angkatnya
memanggilnya datang meminta bantuan untuk berkemas beg yang mahu dibawanya
pergi keMekah.
“Kamu
ni Tijah cubalah cakap berlapik sikit. Kita nak keMekah kena jaga cakap Tijah
oii, jangan sampai sakitkan hati orang.”. Sebenarnya hati Siti Khadijah sakit, bila belum lama lagi Seha
dirumahnya Muaz sudah datang untuk menjemputnya pulang. Dia mahu NurSaleha
berkemas rumahnya yang masih bersepah kerana khenduri doa selamat yang mereka
buat seminggu yang lalu.
“Tak
mak, duit nya dah ada. Tapi saya cadangkan emak sedekahkan saja kerumah anak
yatim. Biasanya emak tu kalau dah kenduri nanti dialah yang lebih buat kerja. Saya
takut dia penat. Kalau penat saja tak apalah dibuatnya demam urat masa nak
pergi nanti kan susah jadi nya. Jadi
saya nak baca Yassin, buat tahlil untuk arwah ayah dan doa selamat dengan adik
beradik saya saja. Ok tak macam tu ayah”.
Pijar rasa muka Siti Khadijah mendengar
keprihatinan seorang anak kepada emaknya. Dia mula terfikir adakah anak-anaknya
juga begitu..adakah rasa kasih anak-anaknya untuk dirinya. Jika difikir macam
tak ada sahaja. Sebab yang didengar ketika mereka pulang kenduri tempuhhari
hanya kiriman barang yang diingatkan kepadanya, tiada doa supaya dia mendapat
haji yang mabrur untuk dirinya didengar dari mulut anak-anak atau pun menantu-menantunya.
“Haah
macam tu ayah rasa lebih afdal. Kalau Muaz cakap haritu ayah rasa nak buat
macam Muaz juga, bersedekah pada anak-anak yatim. Bagus..Bagus sungguh cadangan kamu tu. Sebab anak-anak
yatim ni kesayangan Allah apa yang di doakan oleh anak Yatim In Syaa Allah akan
didengari oleh Allah”. Didalam hati Mohd Noh akan menghadiri majlis anak-anak
buahnya nanti.
Setelah
Muaz membawa isterinya pulang, Mohd Noh
mengingatkan isterinya sekali lagi apa yang menjadi hak NorSaleha anak angkat
mereka.
“Tijah!
masa kita tak banyak lagi. Ada lima hari sahaja lagi kita nak pergi Mekah,
abang harap Tijah pulangkanlah apa-apa barang atau pun duit yang menjadi hak
Seha yang ada dalam simpanan awak”.
“Ehh..abang
ni semua rantai dan gelang arwah emak dia Katy dah bagi masa hari raya hari tu.
Siap Katy sarungkan lagi kat badan dia tu kat depan anak-anak kita yang lain”.
Ketika dia menyarungkan rantai dan gelang ketangan NurSaleha anak-anaknya yang
lain mengerutu tidak puas hati, terutama Emil Atilia anaknya yang tua.
“Mama!!
mentang-mentang Seha selalu tolong mama buat kerja rumah, mama bagi rantai dan
gelang mama tu pada dia”.
“Emil,
Sofea dan Farah rantai ni sebetulnya rantai arwah emak Seha. Jadi mama terpaksa
pulangkan. Ini memang hak dia”.
“Habis
kenapa mama pakai??”.Emil bertanya.Entah mengapa Emil berperangai agak keras
dan sudah menampakan sikap tamaknya.Dia merasakan sikap Emil sama seperti
sikapnya.
“Barang
kemas ni kalau tak dipakai nanti kena bayar zakat. Itu pasalah mama pakai.” Itulah
jawapan selamat Siti Khadijah ketika itu. Yang sebenarnya ada niat dihatinya
hendak menjadikan gelang dan rantai milik arwah adiknya menjadi hak peribadinya,
tapi suaminya memaksa dia memulangkan kepada yang lebih berhak. Bayangan dihari
raya tempuh hari bersepai terbang bila suaminya yang masih belum berpuas hati
bersuara…
“Abang
tahu Tijah masih simpan buku simapan arwah ayah dan emak Seha.Tijah(Lembut Mohd Noh memanggil
isterinya). Abang sayang Tijah, abang tak mahu dengan duit yang tak seberapa tu
Tijah tersiksa nanti”. Entah mengapa mendengar suara lirih suaminya hatinya
jadi tersentuh. Dia menghampiri dan memeluk suaminya sambil menangis.
“Terima
kasih bang kerana mengingatkan Katy yang selalu terlalai ni”. Erat dakapan ditubuh suaminya,
suaminya pula menepuk-nepuk perlahan belakang badannya.
“Kita
manusia ni memang selalu macam ni, kita akan tamak dengan harta dunia yang tak
boleh dibawa mati. Tak bermakna apa pun kalau pun dapat ditanam bersama dengan kita didalam kubur nanti. Tetapi kita
tak pernah nak menghayati balasan Allah..Sebab kita tak nampak balasan yang
Allah bagi, kalau kita buat jahat atau pun baik. Hanya abang tak mahu bila dah
sampai masanya, kita dah tak boleh nak buat apa-apa, masa tu barulah kita menyesal, tapi sesal masa tu dah
tak berguna lagi. Tijah faham kan apa yang abang maksudkan ni”.
(Ada
orang masa nyawa hendah dicabut
(sakaratul maut) kita tak boleh bercakap atau tak ingat apa-apa. Mak teh
pernah mendengar untuk mengelakkan
perkara macam ni berlaku ..semasa azan berkumandang janganlah kita meneruskan
perbualan kita. Berhentilah sekejap untuk menghormati seruan azan. Ini tak
masuk dalam cerita hanya tiba-tiba mak teringat mak teh masukkan untuk
peringatan kita semua.Wallahhualam.
“Faham
bang, Ialah Katy akan pulangkan. Sebelum kita bertolak”.
“Jadi
esok kat majlis kak ngah pulangkan hak Seha, minta maaf dengan dia. Dan jangan
lupa minta halal semua perbuatan awak pada dia. Lepas tu minta maaf juga pada
kak ngah sekeluarga”.
“Takkan
Katy nak minta maaf pada Seha yang bertaraf anak pada Katy bang”.
“Apa
salahnya, buat salah ni tak kira tua ke muda emak ke anak. Macam abang sekarang
ni abang nak minta maaf pada Tijah kalau ada kesalahan abang pada Tijah. Abang
minta halal apa-apa yang abang terambil atau masih berhutang dengan Tijah ye.”Mohd Noh menghulur tanganya
kepada isterinya untuk meminta maaf. Namun tanganya tidak disambut, tetapi
isterinya mendakapnya erat.
“Abaaang”
Sambil mengongoi didada suaminya Siti Khadijah menginsafi diri. Reda
tangisanya..
“Ialah
bang Katy ikut cakap abang. Katy maafkan abang.. Katy minta maaf juga dengan
abang”. Dalam hati
Khadijah akan mengikuti nasihat suaminya. Pada majlis itulah dia kan mengambil peluang untuk memulangkan apa yang
menjadi hak kepada NurSaleha anak saudaranya . Mohd Nor bersyukur jika
firasantnya benar.. pada pandagan mata Mohd Noh kelihatan isterinya sudah lembut hati bila
mendengar kata-katanya. Mungkin keberkatan ketanah suci sudah menjengah hati
isterinya yang sentiasa degil.
Alahai Nuri mengandung lagi... Harapnya mengandung kali ini dia dapat merasai kasih sayang dan keperihatinan suaminya... Biarlah terbalas kesabarannya dulu.. Janganlah sakit hati lagi.
ReplyDeleteSemengnya ngandung kali ini Nuri dijaga baik oleh suaminya. bab Nuri sedeh dah habis dah Syukri sudah menjadi suaminya yang bertimbang rasa. Mak teh nak crita yg sedap-sedap shaja diakhir crita mak teh ok tak macam tu.
ReplyDeleteSetuju sangatlah tu mak teh... Seronok baca cerita yang santai-santai, romantik habis dan penuh dengan nasihat. Seronok sangat baca coretan mak teh , penuh dengan pengajaran. Syabas.
ReplyDelete