Berakit-rakit
kehulu,
Berenang-renang
ketepian,
Bersakit-sakit
dahulu,
Bersenag-senag
kemudian
Tiada lagi masaalah besar yang melanda keluarga Loqman
dan Amirah, mereka sekeluarga bahagia.
Loqman dan Amirah gigih membesarkan dan mendidik anak-anak dengan sabar dan
bersungguh-sungguh. Kini sudah menampakan kejayaan hasil penat lelah mereka
mendidik anak-anak. AinNur Syifa sudah
mendapat keputusan SPMnya, dia mendapat 10 A dalam pepereksaan besar itu.
Nazrul Halim pula sudah ditingkatan empat sewaktu keputusan SRPnya dulu dia
mendapat7A 1B. AinNur Syifa dan Nazrul Halim bersekolah di sebuah sekolah
menengah Agama yang berasrama di Seremban. Anak mereka yang kecil-kecil seramai
empat orang masih lagi disekolah rendah. Ahmad Fairdaus darjah lima, Abdullah
Hakim darjah empat, Ahmad Hazril darjah dua hanya Ahmad Fudhail masih disekolah tadika. Loqman
dan Amirah bersyukur kerana kesemua mereka tiada masaalah dari segi
pelajaran mahu dalam kehidupan harian
mereka. Mereka juga tergolong dalam anak-anak yang bijak. Sedang mereka duduk
berehat diruang tamu sambil menonton telivesyen, Amirah menerima panggilan telefon
dari seseorang, lama dia berbual. Loqman hanya memerhati, dia sudah tahu siapa
pemanggilnya.
“Ada apa angah telefon
Mirah.” Loqman bertanya ingin tahu.
“Nak ingatkan kita
supaya datang esok.”
“Hai..Takkan lupa
pulak..kak long pun nak ambil hadiah jugakan.”
kebetulan Syifa baru keluar dari dapur membawa seteko air teh o panas
untuk mereka sekeluarga.
Ayah mereka akan memintanya menyediakan seteko air teh o
panas apabila mereka berehat-rehat sambil menonton televisyen di ruang tamu.
Itulah kebiasaan ayahnya. Syifa tidak kekok melakukan kerja-kerja rumah tangga,
walaupun dia merupakan anak perempuan tunggal Amirah dan Loqman. Bagi mereka
suami isteri, tiada istilah manja untuk mendidik anak. Tiada istilah pilih
kasih jika membuat kerja-kerja rumahtangga. Mereka dimestikan saling membantu antara
satu sama lain. Memandangkan ibu mereka seorang pekerja, dia harus dibantu
membuat kerja-kerja rumah tangga terang Loqman kepada semua anak-anaknya. Dari
tingkatan satu lagi Syifa sudah tinggal diasrama. Tetapi bila cuti persekolahan dia dan adik-adik lelakinya yang lain
diwajibkan memasak, memabasuh kain baju dan juga mengemas rumahtangga. Menolong
atau menggantikan tempat ibu sekiranya ibunya bekerja ketika itu. Itu adalah
arahan dari ayah mereka. Dia juga anak yang bertimbangrasa dan tidak merungut
ketika melakukan sesuatu.
“Ia ayah, kak long pun
akan ambil hadiah juga esok, mungkin adalah pesannya dengan ibu tu.” Syifa cuba
meneka permintaan adiknya kepada ibu mereka. Ketika ini Syifa masih lagi
bercuti, walaupun keputusan SPMnya telah diketahui. Tetapi tidak lama lagi dia
akan berpisah jauh dari keluarganya. Dia akan ke Mesir untuk melanjutkan
pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Walau pun sedeh hatinya meninggalkan
keluarga tercinta tetapi demi cita-citanya dia rela. Keluarganya juga menggalakkan
dan bangga diatas pemergianya.
“Dia nak kita bawakan
pau goreng.. lama tak makan katanya.” Amirah berterusterang.
Itulah kueh kegemaran Nazrul Halim dan juga anak-anak
mereka yang lain.Halim suka pau goreng yang berinti sambal tumis ikan bilis dan
hirisan timun ditengahnya. Syifa suka pau goreng yang berintikan kacang merah
..lalu diistilahkan kueh pau gorengnya dengan panggilan kueh ‘DORAYAKI’, kueh
kegemaran Doremon. Doremon merupakan siri kanak-kanak dari Jepun yang bersiaran
TV3. Hakim pula sukakan pau goreng yang berinti sosej dan dicicah dengan sos
cili buatan ibunya. Ahmad Firdaus pula sukakan donnat bersalut coklat
pula..walau pun namanya berlainan tetapi dari bahan yang sama juga hanya jika
untuk Firdaus, ibunya akan memanaskan (double boiler) coklat untuk disalut pada
kueh dounatnya. Pau goreng akan lebih sedap jika dimakan ketika masih panas
lagi kerana akan terasa akan kerangupan kulit luarnya jika digoreng dengan api yang perlahan.
Cara
untuk membuat cili sos Amirah: 10 tangkai cili kering
bersama seulas bawang putih dibland sehingga hancur, dicampur dengan sedikit
perahan air asam jawa, dua sudu gula pasir, sedikit garam dan dua sudu kicap
pekat manis cap kipas udang. Kemudian renehlah bahan-bahan tadi diatas dapur
sehingga pekat.
“Ok juga lah tu, dah
lama ibu tak buat pau goreng kan, ayah pun dah teringin nak makan.” Loqman pula
menyambung. Dia juga sukakan kueh itu sebenarnya, tetapi tidak mahu menyusahkan
isterinya yang sentiasa sibuk dengan urusan anak-anak, rumahtanggan dan juga
sebagai seorang pekerja.
“Ok esok kita buat.
Esok kita nak bertolak pukul berapa ayahnya.” Balas Amirah, pertanyaan itu
ditujukan kepada suaminya.
“Tanya kak long majlis
mula pukul berapa.” Syifa sudah kedapur semula, untuk mengambil cawan dibantu
oleh adiknya Firdaus. Malam itu Syifa mengoreng keropok Kelantan pula sebagai
tambahan mereka makan sekeluarga.
AinNur Syifa diberi penghargaan oleh pihak sekolahnya
kerana keputusan SPMnya. Dia mendapat 10A dan merupakan antara sepuluh orang
murid cemerlang. Dia kini di sedang menunggu hari untuk melanjutkan pelajaranya
ke Mesir dalam bidang kedoktoran.Pemergiannya ditaja oleh Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan, surat tawaranya juga telah diterima. Halim
juga mendapat penghargaan dari pihak sekolah kerana mendapat 7A 1B dalam
pepereiksaan PMRnya yang lepas.Bangga sungguh hati Loqman anak-anaknya
menunjukkan kecemerlanganya dalam pelajaran. Tetapi yang paling dia tidak
disangka adalah anaknya Halim, yang tidak tahu membaca sewaktu darjah empat
dulu mendapat 4A dalam pepereiksaan UPSRnya dan kini mendapat 7A dalam PMRnya.
Dia teramat bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Amirah yang dapat
mendidik anak-anaknya menjadi insan cemerlang dalam pelajaran. Dia
masih ingat lagi betapa berushanya Amirah mengajar Halim untuk melayakkan Halim
kesekolah menengah agama bersama kak Long Syifanya.
“Nampaknya angah tak
dapatlah masuk sekolah dengan kak Long bu..angah hanya dapat 4A saja ni.”
terdengar suara kecewa Halim dengan keputusan UPSRnya.
“Tak apalah, angah
sekolah kat sini pun bagus juga..anak kawan ibu tu dapat 8A dalam PMRnya tahun
lepas, dia sekolah kat sini saja.” Amirah memujuk Halim yang kecewa untuk
mendapatkan 5A.
“Angah nak sekolah
Menengah Agama dengan kak long bu.. sebab angah nak cemerlang dalam pelajaran
dan juga agama.” ‘Oh itu niat Halim..dia
ingin cemerlang dalam ugama juga rupanya’ detik hati Amirah.
“Oh kalau macam tu
angah cubalah isi borang permohonan,
lepas tu kita belajarlah sungguh-sungguh baca dan tulis jawi..sebab kak long
kata untuk masuk sekolah kak long tu, mesti lulus temuduga yang akan dia bagi
nanti, tentang keputusan UPSRnya pula, kalau perempuan mesti 5A tetapi untuk
pelajar lelaki sekurang-kurangnya 4A pun boleh.” Akhirnya dengan usha yang
bersungguh-sungguh dan doa kepada Allah meminta bantuan, Halim berjaya
kesekolah Menengah Agama. Tercapailah cita-citanya mahu bersekolah diSekolah
Menengah Ugama bersama kak longnya.
Ketika Loqman sekeluarga sampai disekolah anak-anak mereka, tetamu sudah ramai. Semua para ibu
bapa murid-murid seperti mereka juga, ingin sama-sama meraikan kejayaan
anak-anak mereka. Mereka di sambut oleh Halim dengan gembira. Halim datang
menyalami dan memeluk ibu, ayah dan adik-adiknya, rindu dia kepada seluruh
keluarganya. Dia juga gembira semua ahli keluarga datang untuk menyaksikan dia
dan kak longnya menerima hadiah. ‘PERMATA HATI SEKOLAH’ itulah gelaran anugerah
yang akan mereka terima nanti. Menitis air mata Loqamn ketika nama Ain Nur
Syifa dan Nazrul Halim disebut dan menerima hadiah atas pentas.Tidak pernah tergambar
difikiranya yang anaknya Halim yang akan menerima anugerah itu. Sedang dia
mengesat air matanya dengan lengan baju t-shirtnya..anaknya yang bungsu
bertanya..
“Kenapa ayah menangis?”
“Ayah gembira sangat
anak-anak ayah pandai..ayah harap semua anak-anak ayah jadi macam kak long dan
abang ngah ye.” Tanganya meraih tangan isterinya disebelah dan mengenggam
kemas, dia membisikkan sesuatu ditelinga isterinya. Kedengaran Loqman teresak
lagi.
“Mirah terima kasih
kerana dapat mendidik anak-anak abang menjadi orang yang cemerlang.”
“Kan kita ajar
sama-sama ..nah tisu takkan nak lap kat lengan baju abang tu pulak, nanti
diikuti pula oleh Fudhail”. Sambil mengelap matanya Loqman ketawa
juga..tangisnya adalah tangisan gembira. Tangisan bangga dengan pencapaian anak-anaknya.
Terasa ingin saja dia mencium isterinya tanda terima kasihya tidak terhingga.
Tetapi di tahannya demi menjaga adap-sopan dikhalayak ramai.
Usai majlis mereka di
jamu dengan nasi minyak berlaukkan kari daging, goreng belada ayam dan sayur
acar timun.
“Angah balik dengan
kita ke ayah.” tanya Ahmad Fudhail.
“Kenapa acu dah rindu
nak main dengan angah.” Halim bersuara bila mendengar solan adik bungsunya.
“Ialah angah, dah lama
kita tak main sama, sejak sekolah dibuka dulu angah tak balik lagi.” begitulah
adik-adik disebelah ayahnya menerima kehadirannya. Tidak seperti adik-adik
disebelah mamanya bagaikan tidak wujud abang mereka. Halim sangat bahagia
dikalangan keluarga ayahnya.
Waktu sebelum peperiksaan PMR bermula, ada sekali ayahnya
menghantar dia pulang kerumah mamanya. Mamanya sekeluarga tinggal di sebuah
apartment diKuala Lumpur. Ketika itu
sudah hampir waktu dia hendak menduduki pepereksaan PMR nya. Selepas itu
ayahnya menghantar dia kerumah neneknya di Johor pula. Pada Loqman sebelum anaknya
Halim menduduki peperiksaan besar itu, ada baiknya dia menghantar anaknya
menemui mamanya untuk meminta restu. Supaya tenang hati anaknya menghadapi
peperiksaan yang akan menentukan masa depannya.
“Angah ... pergilah
balik rumah mama angah kat Kuala Lumpur, tak lama lagi angah nak periksa
PMR.Semoga dengan berkat doa mama yang melahirkan angah ..angah akan berjaya dengan cemerlang. Kemudian balik
jenguk nenek yang kat Johor sebab dia yang jaga angah, masa angah kecik dulu”.
Loqman tidak mahu memutuskan ikatan kasih ibu dan anak, itulah sebabnya dia
meminta Halim menziarahi mamanya. Dengan hati yang berat Halim menuruti
kata-kata ayahnya. Sebenarnya dia masih terbayang segala tindak tanduk mama dan
papa Roslinya ketika mereka duduk sebumbung dahulu. Apa yang ada di mindanya
sememang tidak jauh berubah, terbukti sambutan keluarga mamanya sungguh dingin.
Ketika dia sampai dirumah mamanya, mamanya terkejut
dengan kemunculannya. Bukan nada gembira yang diterima tapi nada ragu...bagai
dirinya datang menyusahkan dan mengganggu
kehidupan mamanya sekeluarga.
“Ehh Halim.. ..kenapa
datang sini? dengan siapa kau datang??” Liza terkejut dengan kedatangan anaknya
sendiri. Tidak lama kemudian ayah tirinya yang dipanggil papa Rosli oleh Halim
muncul dari bilik tidur mereka. Mungkin terdengar suara isterinya menyebut
namanya dia menjenguk keruang tamu. Dia merenung tajam kearah isterinya,
kemudian dia menggamit isterinya lalu mereka berdua masuk kedalam bilik. Tidak
lama kemudian mamanya keluar semula keruang tamu dan papa Roslinya keluar entah
kemana tampa menegurnya walau sepatah pun. Huluran tangan Halim juga sambut
bagai endah tidak endah. Setelah papa Roslinya keluar mamanya merapati dirinya.
“Kenapa kau datang
sini..siapa yang hantar?” Itulah soalan mamanya. Seperti seorang pegawai
penyiasat mamanya bertanya dengan garang. Ingin tahu. Pada sangkaannya tentu
bekas suaminya tidak tahan lagi dengan kenakalan anaknya, lalu menghantar
kerumahnya untuk dia pula yang menjaganya. Semenjak dia menghantar Halim
kerumah keluarga Loqman dahulu, Liza tidak pernah mengambil tahu tentang
anaknya lagi. Bagaikan tidak wujud anaknya yang bersama Loqman. Mungkin dia
sudah melupakan anak yang seorang itu.
“Ayah yang hantar Halim
tadi. Ayah suruh Halim duduk rumah mama..kan masa ni sekolah tengah cuti dua
minggu (cuti pertengahan tahun).”
‘Dah
sah lah ni dia nak suruh aku yang jaga pula’ bisik hati Liza
bila mendengar jawapan anaknya.
“Mana dia?” Dengan muka
bengisnya dia menjengah keluar rumah. Liza ingin bersemuka dengan bekas
suaminya. Dia ingin menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk menjaga Halim
jika itu yang maksudkan oleh Loqman menghantar anaknya kerumahnya.
“Ayah dah balik. Ayah
kerja kat Putra Jaya hari ini, tadi dia tumpangkan Halim datang sini. Ayah tak
naik pun.”
“Halim sini mama nak
cakap..mama tak sanggup nak jaga kau..mama sibuk. Mama kerja, lebih elok kau
duduk dengan ayah kau saja.” Terguris naluri lembut anaknya apabila mendengar
kata-kata mamanya sendiri.. mama yang melahirkannya. Sungguh kasar
dipendengaran ditelingnya.
“Mama...ayah tak suruh
Halim duduk sini..ayah hanya suruh Halim jumpa mama sebab tak lama lagi Halim
nak peperiksaan PMR. Awal bulan sepuluh
nanti, Halim dah mula periksa.”
“Nak
periksa,periksalah.. tak payah jumpa mama..bukan boleh pandai pun kalau jumpa
mama, lagipun bukan mama boleh tolong.” mendengar jawapan mamanya, Halim tidak
berkeinginan untuk melanjutkan ceritanya..dia berkecil hati dalam diam. Liza
tidak tahu keputusan UPSR Halim yang lalu. Jika dia tahu mungkin dia tidak akan
berkata begitu. Tengahari itu juga Halim menghubungi ayahnya minta dirinya
diambil sebelum ayahnya pulang semula ke Nilai Negeri Sembilan.
“Kenapa angah nak balik
cepat sangat. Duduklah situ dulu, mungkin mama nak cerita-cerita sikit dengan
angah. Hari Jumaat nanti ayah ambil angah.”
“Tak apalah ayah, angah
lupa bawa buku nak baca, periksa dah dekat ni..takut angah tak sempat, banyak
lagi yang angah nak baca tu.”
“Oklah petang nanti
ayah ambil angah.. tapi bagi tahu mama dulu angah nak balik hari ni.” Sejak
anaknya sampai tadi, hinggalah menjelang tengahhari Liza tidak menghiraukan
lagi Halim yang duduk sendirian diruang tamu. Adik-adiknya yang seramai tiga
orang, memerap didalam bilik mungkin mamanya tidak mengizinkan mereka berjumpa
dengannya. Adik-adik disebelah mamanya dua orang perempuan dan seorang lelaki.
Halim bagai cacing kepanasan diruang tamu sendirian. Dia mencapai semula
telefon yang ada diruang tamu mamanya. Dia menghubungi ayahnya sekali lagi.
“Assalamualaikum ..ayah
boleh tak angah nak balik sekarang?..Angah ada duit..angah nak balik naik
train. Ayah jangan bimbang angah tahu macam mana nak naik train.” Halim sudah
tidak dapat mengawal dirinya .Dia sudah kebosanan sendirian diruang tamu.
Hatinya terasa sungguh kecewa dengan sambutan mamanya sekeluarga.
“Kenapa angah tak sabar
ni, tunggulah petang, nanti ayah datang..ayah janji, ayah mesti datang ambil
angah, angah jangan bimbang.” pujuk Loqman lembut.
“Tak mahulah ayah ..
angah terasa nak balik sangat ni..angah pandai naik train, dulu angah pernah
naik train dengan kawan. Ayah jangan takut angah takkan sesat, lagi pun angah
nikan lelaki.” Loqman mendengar suara anaknya seperti orang yang hendak
menangis..mungkin dia kebosanan detik hati Loqman.
“Jangan!!... dengar
cakap ayah, tunggu situ ayah datang..sejam lagi ayah datang jangan pergi mana-mana..dengar
cakap ayah.” Loqman berkata tegas.
Kebetulah segala urusan yang perlu ditangani cepat selesai. Loqman meminta diri
dan bergegas untuk mengambil anaknya Halim. Ketika dia sampai dikawasan
perumahan bekas isterinya, dilihat anaknya Halim sudah menunggunya disimpang
jalan masuk kawasan itu.
“Kenapa angah tak sabar
tunggu ayah ni? ..tunggu kat sini kan bahaya kalau di tangkap dek orangkan
susah.” Halim melihat kebimbangan ayahnya, jelas tergambar diraut mukanya.
“Tak ada siapa yang nak
culik angah ni ayah..lagipun angahkan lelaki tentulah angah melawan kalau ada
yang nak buat dajal kat angah.” Loqman hanya tersenyum mendengar kata-kata
anaknya. Betul juga begitu. Dari segi fizikal..Halim sudah hampir menyamai
ketinggiannya, hanya badannya sahaja yang kurus berbanding dirinya yang sudah
agak berisi.
“Kenapa angah tak nak
duduk rumah mama angah lama sikit, Jumaat nanti ayah janji ayah akan ambil.”
“Mama yang suruh angah
balik cepat supaya angah dapat baca buku.” Halim ingin melindungi perbuatan mamanya,
tetapi hatinya memberontak ingin meluahkan apa yang ada didalam hatinya.
Akhirnya dalam perjalanan mereka, Halim meluahkan juga apa yang ada didalam
hatinya.
“Lepas ni ayah jangan
suruh lagi angah balik rumah mama.. angah tak suka.”
“Kenapa pulak, diakan
mama angah..orang yang mengandungkan dan melahirkah angah.”
“Kenapalah bukan Amirah
ibu angah yang sebenar.” terkedu Loqman mendengar apa yang keluar dari mulut
anaknya. Dari ekor matanya dilihat anaknya Halim menyapu matanya yang berair.
“Oklah, ayah tak akan
suruh angah jumpa mama angah lagi. Nanti kalau angah dah besar, angah fikirlah
sendiri sama ada nak jumpa atau pun tidak, tapi ayah bagi nasihat ni, kita
tidak harus melupakan orang yang telah melahirkan kita, kerana dengan dia
melahirkan kita.. kita berpeluang hidup dan melihat dunia ini.”
“Angah tahu..angah
belajar di sekolah dan uztazah ada cerita..tentang Alqmah betapa perlunya seorang anak menjaga
perasaan ibunya..tapi dalam kes angah ni, mama angah sendiri yang tak mahu
angah datang mengacau kehidupan dia. Angah rasa kalau boleh dia tak mahu
mengaku angah ni anak dia. Kalau angah tak ada
dia lagi suka. Sejak mama hantar angah
rumah nenek kat PD dulu, mana ada mama ambil tahu hal angah. Angah rasa
mungkin dia pun dah lupa pada angah..jadi angah minta sangat pada ayah, jangan
suruh angah pergi rumah mama lagi. Angah tak mahu mengganggu kebahagian mama dan papa Rosli.” Seperti
keretapi ekpress Halim meluahkan isi hatinya. Dia mahu ayahnya faham kedudukan
dirinya.
Dihari minggunya pula,
Loqman menghantar anaknya ke Simpang Rengam Johor, untuk bertemu nenek Johornya
pula.
“Yah..angah malaslah
nak pergi rumah nenek kat Johor tu.”
“Kenapa pulak..diakan
nenek angah..dia yang jaga angah masa angah kecik..dia sayang sangat kat angah,
nama angah tu arwah atuk dan nenek Johor yang bagi tau. Mereka memang sayang
sangat kat angah. Dulu dia bimbang sangat kalau ayah jumpa angah, takut kasih
sayang angah beralih pada ayah, itu sebabnya dia tak berapa suka kalau ayah
jumpa angah..ni dah lama sangat angah tak jumpa mereka, tentu mereka rindukan
angah.” Mendengar kata-kata ayahnya, Halim mengikut sahaja arahan dari ayahnya.
Bila sampai sahaja mereka dirumah bekas ibu
mertuanya,bekas ibu mertuanya hairan melihat kedatangan bekas menantu bersama
cucunya Nazrul Halim.
“Ohh..Loqman, Halim
kenapa datang?” soal ibu mertuanya hairan. Didalam hati Halim, mengapakah hanya
soalan itu sahaja yang didengar dari mulut mama dan nenek Johornya. Tidak
seperti nenek atau atuknya di PD ataupun di Kuala Pilah, mereka akan megalu-ngalukan
kedatangan mereka dengan senyuman tidak putus dibibir, seakan gembira sangat
dengan kedatangan mereka.
“Saja datang ..ni Halim
nak jumpa nenek dia.” cerita Loqman meramahkan diri.
“Loqman, kalau kamu nak
aku jaga Halim ni balik, aku tak sanggup
rasanya. Sekarang ni aku jaga cucu aku
yang lain, ada lima orang semuanya kecik-kecik lagi. Aku suka cakap terus
terang..kalau nak tambah sorang lagi rasanya aku tak sanggup”.
“Bukan macam tu mak
..tak lama lagi Halim ni nak perikasa, jadi dia nak minta halal dan minta ampun
kalau dia ada buat salah kat mak dan minta halal kan makan minumnya dulu masa
emak jaga dia..supaya lapang hatinya bila menjawab kertas periksa tu nanti.”
“Ohh kalau macam tu,
nenek halalkan semua makan minum Halim dulu dan nenek maafkan segala salah
silap Halim. Nak duduk berapa hari kat sini?” Barulah lembut sedikit suara
neneknya bila mendengar penerangan dari ayahnya.
“Kalau mak tak
keberatan, biarlah dia habiskan cuti sekolahnya disini..biar dia jumpa
kawan-kawan dia nanti masa nak buka sekolah baru saya datang ambil.”
“Ahh..lama tu..rasanya
mak tak sempat nak siapkan makan dia.” Walaupun Halim masih muda usianya, namun
dia tahu neneknya keberatan untuk dia tinggal walaupun sehari dirumah neneknya.
“Tak apalah ayah..angah
rasa angah nak balik ikut ayah sajalah, angah nak baca buku ni..tak lama lagi
sekolah nak buka angah tak siap lagi kerja sekolah.” Loqman tahu itu hanya
alasan anaknya sahaja. Loqman tahu anaknya mungkin berkecil hati dengan jawapan
yang keluar dari mulut neneknya tadi. Diatas gesaan Amirah sebelum dia kerumah
neneknya dia sudahpun menyiapkan semua kerja sekolah, supaya hatinya tidak
gundah memikirkan kerja sekolah ketika dia dirumah neneknya nanti.
Setelah menghabiskan secawan teh Loqman dan Halim pulang
semula ke kuarters kediaman mereka dia Nilai Negeri Sembilan. Ketika dalam perjalanan pulang, Halim hanya
mendiamkan diri. Wajahnya nampak sedeh. Dia tahu, dia tidak diterima dalam
keluarga sebelah mamanya. Loqman menepuk perlahan belakang anaknya.
“Dahlah, angah jangan
fikir lagi. Pada ayah kalau kita pandai siapa-siapa pun akan suka pada kita,
jadi sekarang angah belajar sungguh-sungguh tunjukkan pada mereka, Halim sekarang ni bukan Halim yang dulu.
Halim yang tak tahu baca. Halim sekarang
dah pandai dan dapat 8 ke 9 A dalam PMRnya.”
Loqman meniupkan semagat kedalam jiwa anaknya dengan bersungguh-sungguh.
Halim memandang ayahnya dan mengapai tangan ayahnya lalu digengamnya erat
seperti mencari semangat. Untuk sekolah aliran agama ada 9 mata pelajaran yang wajib
diambil, termasuklah Bahasa Arab.
“Ayah, angah
berterimakasih pada ayah kerana menyedarkan angah dari kesalahan. Berterima
kasih kerana memberi angah ibu, kakak dan adik-adik yang baik, mengasihi dan
menyayangi angah tidak berbelah bagi. Kalau dulu ayah tak rotan angah, entah
apa akan jadi pada angah sekarang ni.
Tentu saja angah rasa angah seorang diri saja didunia ini. Sekarang angah rasa
bertuah dapat hidup bersama ayah dan dapat beribukan Amirah, walaupun bukan dia
yang lahirkan angah. Yah.. sebenarnya dulu angah selalu fikir kenapa bukan
Amirah ibu yang melahirkan angah, tapi sekarang ni tak lagi. Biar pun bukan dia
yang melahirkan angah, tapi angah dah anggap dia ibu kandung angah dunia dan
akhirat. Angah tak nak fikir lagi pasal mama.” Loqman sungguh terharu mendengar
kata-kata dari anaknya. Kesalnya membelit tangkai hatinya. Ini adalah kesilapan
dirinya. Anak yang lahir dari kesilapan itu yang menanggungnya kini. Loqman
ingin sekali mengetahui apakah yang berlaku ketika Halim dirumah mamanya tempuh
hari, sehingga dia begitu berkecil hati dengan keluarga mamanya.
“Mama angah buat apa kat angah hari tu.”
“Mama macam tak kasi
angah nak duduk dengan dia dua tiga hari. Dia macam tak selesa angah datang
rumah dia. Papa Rosli pun benci nak pandang muka angah. Bila papa Rosli nampak
angah saja dia keluar dengan muka yang masam. Dia tak tegur angah pun.
Adik-adik angah pun tak keluar dari bilik, mungkin mama tak kasi jumpa
angah.” Berkaca-kaca mata Halim menceritakan
sambutan keluarga mamanya terhadap dirinya.
“Angah...ayah minta
maaf banyak-banyak dengan angah, kerana perbuatan ayah membuatkan angah
menanggung akibat kesilapan ayah. Kalau angah dah besar nanti angah akan faham
apa yang ayah maksudkan. Tapi ayah nasihatkan angah belajarlah rajin-rajin semoga
menjadi insan yang berjaya. Balas budi ibu yang bersusah payah mengajar angah”.
“InsyaAllah yah, angah
janji akan belajar rajin-rajin, angah akan tunjukkan kepada adik-adik, angah
akan menjadi insan yang berjaya dan berjasa pada ibu dan ayah. Pada angah
sekarang, hanya ada satu ibu angah..Amirahlah ibu angah.” Itulah janji Nazrul Halim kepada ayahnya.
Halim terbayang betapa bersungguh-sungguhnya Amirah
mengajarnya sehingga dia pandai membaca dan mengira. Tidak habis disitu, ketika
dia medapat keputusan UPSRnya. Dia hanya mendapat 4A sahaja.
“Alhamdullilah angah
dapat 4A ibu dan ayah bangga ngah.” Amirah tersenyum bila melihat keputusan
UPSR Halim tetapi wajah Halim kelihatan sedeh pula. Lalu dia ditegur oleh
ibunya.
“Kenapa ibu nampak
angah sedeh pulak ni.”
“Dengan keputusan macam
ni tak dapat lah angah nak sekolah
dengan kak long, sekolah tu nakkan 5A.”
“Tak apa, sekolah kat
sini pun ok. Ramai juga yang dapat 8A masa peperiksaan PMR. Ada dua tiga orang
kawan ibu yang anaknya sekolah kat sini saja mereka dapat 8A.” Halim hanya
menundukkan wajahnya sahaja, dihati membuak-buak ingin bersekolah bersama kak
long disebuah sekolah berasrama dalam aliran agama.
“Angah nak sekalah
dengan kak long sebab angah nak belajar ugama.”
“Kalau macam tu
belajarlah sungguh-sungguh rasanya dengan keputusan 4A ini boleh. Kita
lancarkan baca dan tulis jawi kemudian mengaji ikut semua tajjud yang betul.
Angah boleh sekolah kat sekolah kak long tu. Kalau angah lulus temuduga yang
nak masuk sekolah tu.”
“Bukan ke sekolah tu
memerlukan 5A baru boleh masuk." Harapanya kembali berbuga bila ibunya
berjanji membantu dirinya belajar supaya dia lancar membaca dan mahir menulis
dalam tulisan jawi, bagi membolehkan dia
lulus ujian untuk melayakkan dirinya belajar dikesekolah kak long Syifanya.
“Untuk pelajar
perempuan memanglah 5A tapi untuk pelajar lelaki minimumnya 4A dan lulus
temuduga yang diberi, tapi mesti pandai mengaji, tulis dan baca jawi. Nanti ibu
tolong ajarkan.” Ketika itu ibunya bersungguh mengajar dirinya membaca dan
menulis jawi. Diwaktu malam pula ayahnya
akan mengajar dia mengaji pula.
Dia sebenarnya bahagia bersama keluarga ayahnya. Dengan
penerangan begitu dia mengharapkan pengertian ayahnya supaya dia tidak digesa
lagi untuk berjumpa mamanya suatu hari nanti.
Didalam hati Loqman sungguh insaf, inilah akibat
perceraian, anak-anak yang akan menanggung derita perasaan. InsyaAllah jika ada
kesempatan dia akan membimbing semua anak-anaknya membina rumahtangga, jangan
sampai kecundang dipertengahan jalan. Dia tidak mahu anak-anaknya tewas dalam
cabaran berumahtangga seperti dirinya dulu. Dia tidak mahu lagi ada keturunanya
yang menderita seperti anaknya Halim.
Sampai begitu sekali Halim disisihkan oleh keluarga mamanya. Sambung la lagi mak teh. Halim dulu bodoh sebab salah didikan keluarga Liza. Sekarang Halim dah berubah mereka tak tau lagi.
ReplyDeleteMak teh ambil iktibar dari kwan mak teh anak dia tak pandai baca wlaupun dah darjah 4..lepas tu ayah dia ajar sungguh2 mengadap dia..akhirnya macam Halimlah UPSR dia dapt 5A..mak bukn apa masa nak kan anak berubat sana sini tapi bila dah dapat kita biarkan..cakap sekali baca buku..baca buku tapi kita tenguk tv atau buat kerja lain..ada sesetengah anak kena bagi perhatian dng kita sekali belajar baru jalan.sama mcam anak2 mak teh juga.
ReplyDeletebetullah mak teh.. anak saya tu pun masih x lancar membaca ..dah darjah 2..
ReplyDeleteluangkan masa..cara ibu amirah mengajar ank2nya belajar mak teh ambil iktibar dari ibu mertua kwn makteh..wlupun dia tak berpa pandai membaca sebab dia tak sekolah maklumlah orang dulu-dulu.. tapi dia menemani anaknya membaca dan waktu di besungguh mengajar waktu drjah satu dua dan tiga..sebab hanya itu yg dia tahu..selepas mereka pandai membaca mereka akan belajar sendiri. zaman kta kebyakkan orang padai membaca tak jadi masaalah..hnya atas usha kita saja..
ReplyDelete