~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 25 May 2013

Bab 21 Bimbang.




Rambutan gading berbunga lebat,
Buah kedundung berjuntaian,
Jangan yang dikejar tidak dapat,
Yang dikendung pula berciciran.

Farhan merapati isterinya dengan berjalan perlahan. Dilihat isterinya memegang botol ubat sapu untuk luka dan yang  sebelah lagi menyapu sikunya dengan kapas yang sudah nampak kuning kerana ubat tadi.

“Kenapa Ha ..Ha jatuh ke?..bila Ha jatuh?” Sepantas kilat Fatin menoleh kerana terperanjat. Tidak terjawab soalan yang keluar bertubi-tubi dari mulut suaminya.

“Abang ni cubalah jangan terperajatkan orang, Alahamdulillah tak tumpah ubat ni  kalau tumpah kena baju kan susah”.

“Sorry abang tak sengaja..bila Ha jatuh?”

“Alah luka sikit saja ni..tak sakit sangat pun.”

“Meh abang tengok” Farhan menarik tangan isterinya lalu meneliti luka isterinya seperti doctor pulak lagaknya..diambilnya kapas dan ubat ditangan isterinya. Dia menyapukan ubat diluka isterinya yang agak luas. Luka hasil geselan kulit siku dengan jalan yang bertar, walau pun tidak dalam namun masih kelihatan isinya yang berwarna putih kekuningan dan titik merah. Bak kata bahasa orang biasa seperti kita ‘tersiat kulit bawang’ yang menunjukkan luka hanya dipermukaan kulit luar sahaja.

“Lagi mana yang luka.” Dia memandang wajah isterinya yang sedang menyeringai mungkin pedih kerana sapuan ubat tadi.

“Dah itu saja.” Fatin ingin bangun untuk menutup suis seterika..hajat hatinya dia bercadang mahu menuam kakinya yang sudah bengkak dan membiru akibat hempapan motosikalnya tadi. Entah mengapa bengkaknya yang sudah melarat kekaki pula. Dia hairan..yang terhempap motosikal adalah pehanya tetapi mengapa kakinya pula jadi biru dan membengkak.. dia merasa sakit untuk berjalan. Sewaktu dirumah ibunya tadi ibunya telah mengurutnya dengan minyak panas, sudah agak lega sidikit sakitnya. Ibunya mahu menuam kakinya dengan kain panas tetapi tidak kesampaian kerana anaknya sudah merengek minta disusui.

“Nanti kejap… abang tenguk lagi.” Farhan menarik tangan iterinya yang telah berdiri.

“Dah tak ada luka.. siku ni saja..” Dia cuba bangun, namun tangannya ditarik oleh suaminya…Farhan merasakan isterinya bagai mahu merahsiakan sesuatu darinya.

Fatin duduk kembali..Farhan mula memeriksa anggota badan isterinya satu persatu.
Matanya mencerun tajam menikam bila dia terpandang bahagian kaki isterinya yang lebam dan  membengkak.

“Ni kenapa pulak ni.” Tanyanya..suaranya kedengaran garang.

“Lebamlah..tapi tak tahu macam mana, yang terhempap motor peha ni tapi lebamnya sampai kekaki pulak.” Fatin mempamirkan wajah blurnya.

“Mana…mana.” Farhan mencari punca yang mengakibatkan kaki isterinya membengkak. Fatin menunjukkan kepada suaminya bahagian yang terhempap motosikal ketika dia jatuh. Ada setumpuk kesan merah bercampur biru sebesar duit lima puluh sen dulu. Mata Farhan memandag tajam menikam wajah isterinya. Fatin hanya tunduk membisu. Farhan bangun kebiliknya, dia keluar semula dengan botol minyak panas ditanganya.

“Ha!! kenapa Ha nak sorok lebam ni dari abang? Abang patut tahu…Ha tak tahu ke.. apa yang ada dibadan Ha, abang punya dan apa yang ada dibadan abang.. Ha punya termasuk hati sekali?? Jadi ada apa-apa yang tak kena..sumbing ke supih ke bengkak ke.. perlu bagi tahu faham..” Keras bunyi suaranya. Dia marah kerana isterinya seakan mahu merahsiakan apa yang berlaku.

“Ha tak nak susahkan abang..Ha tak mahu jadi isteri yang menyusahkan.” Farhan terkaku sesaat..kini dia tahu isterinya sememangnya terguris dengan perkataannya dan dia masih mengingati.

“Kaki ni  kena urut kalau tak susah nak surut bengkaknya..urut sikit untuk melancarkan perjalanan darah lepas tu tuam dengan tuala basah yang dipanaskan.” Kendur sedikit suara Farhan dia tahu dia bersalah…Itulah cakap ikut perasaan yang tengah marah.

“Itulah yang Ha nak buat tadi… Kat rumah ibu tadi ibu dah urut..hanya tak tuam saja lagi.  Tak payahlah   bubuh minyak tu..nanti satu bilik bau minyak angin..busuk abang tak boleh tidur pulak nanti.”

“Ha ni kenapa??..Ha masih tak maafkan abang ke?..abang minta maaf  dengan segala kata-kata abang..abang ikut hati selama ni..abang minta maaf”. Suaranya kedengaran tinggi seakan dia marah bila merasakan isterinya bagai tidak mahu memaafkan dirinya.

“Abang tak salah apa pun untuk apa nak minta maaf..Ha hanya tak mahu abang tak selesa dengan bau minyak ni..nanti Ha jadi busuk”.

“Pada abang Ha busuk atau wangi Ha tetap isteri abang dan abang akan peluk Ha walau dalam keadaan apa sekali pun”.Farhan mengurut kaki  isterinya kemudian dituam dengan tuala basah yang dipanaskan dengan seterika.

“Meh sini abang tenguk lagi.” Kini suaranya sudah lembut sedikit. Kesal dihatinya kerana membiarkan isterinya pergi kerja menaiki motorsikal, rajuk isterinya akibat dari kata-katanya juga.

“Ha abang minta maaf..kalau abang tak buat perangai tentu Ha tak jatuh motor.” Suara Farhan makin lembut dia rasa bersalah..sesungguhnya dia kesal dengan apa yang terjadi.

“Tak apa sikit saja ..ini pengalaman Ha..selama ni tak pernah pulak Ha jatuh..dah manja sangat..asyik abang saja yang bawa Ha pergi dan balik kerja.. sesekali berdikari jatuh pula, terima kasih abang dah urut dan tuamkan”. Senyuman isterinya terbit juga dibibirnya. Dimata Farhan kelihatan isterinya manja sekali.

“Janaganlah cakap macam tu.Ni semua salah abang…maafkan abang.”

“Dahlah bang..tak ada apa yang nak dimaafkan bukan salah abang.. Ha jadikan ini pengalaman Ha, janganlah abang salahkan diri..jomlah kita tidur..abang esok nak kerja. Ha esok MC lagi tadi doctor bagi MC dua hari hari ni dengan esok.”

“Oh eloklah kalau macam tu, Ha rehatlah cukup-cukup..esok abang balik kerja abang urut lagi kaki Ha tu. Jomlah kita tidur.” Farhan menarik tangan isterinya untuk membantunya bangun. Mereka beriringan masuk kebilik tidur.. sambil Farhan memeluk bahu isterinya.

“Ha jangan tinggalkan abang lagi ye..abang tak boleh nak fikir kalau Ha tak ada kat depan mata abang. Buntu betul…Ha tahu..dari masa Ha tinggalkan abang sorang-sorang kat rumah semalam, abang dah tak ada selera nak makan. Petang tadi abang beli nasi bungkus..tapi abang tak makan ada dalam peti sejuk tu esok pagi gorenglah. Esok Ha tak payah masak kuah..kuah kari yang Ha masak pun banyak lagi dalam peti sejuk..abang tak boleh makan rasa sunyi sangat Ha dan anak-anak tak ada. Janji dengan abang jangan tinggalkan abang lagi ye..abang sayang Ha dan anak-anak … sayang sangt-sangat.” Mereka meneruskan langkah memasuki bilik mereka.Kerana rindunya yang mengunung Farhan memegang kepala isterinya dan merapatkan mukanya kemuka isterinya mereka berhenti sekejap lalu dicukup bibir isterinya lama.Tidak sampai kebilik sempat juga Farhan.

            Malam itu kasih yang terasa dingin oleh Farhan hangat semula. Isterinya tidur memeluk dirinya hingga kepagi. Walaupun pelukkan isterinya diselangi regekkan anak yang minta disusui, tetapi selepas itu isterinya akan memeluk dirinya semula. Disebelah pagi pula selepas solat subuh isterinya kedapur menyediakan sarapan pagi seperti biasa.

Kenyang perutnya ketempat kerja pagi itu. Dia memulakan kerja pagi itu dengan ceria. Sungguh benar kata pepatah.. sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah.Jika rumah tangga bahagia anak-anak kesekolah dan para pekerja yang memulakan hari mereka dengan rasa riang dan ceria. Barulah boleh timbul semangat MALAYSIA BOLEH.


========================


Kini Fatin mengandung lagi, sudah dua bulan usia kehamilanya. Sejak periistiwa Fatin jatuh dari motor..Farhan sangat menjaga keharmonian rumah tangganya. Walau pun ada sebuah lagu  mengatakan‘Panas tak setahun redup juga menggilir masa.’.Tetapi Farhan akan memastikan redup yang dialami akan panas semula hingga keakhir hayat mereka.

Kini dia selalu membantu isterinya, tidak kiralah melakukan kerja rumah atau pun menjaga anak-anak. Dia lebih menunjukkan rasa kasih sayang dan keperihatnan kepada anak-anak dan isterinya. Dia juga cuba mengawal perkataan jika dia memarahi anak-anaknya. Nasihat ibu dan ayahnya dipegang teguh. Setelah mengikuti segala nasihat ayah dan ibunya dia mengakui keadaan rumah tangganya bertambah bahagia. Isterinya juga sudah ada waktu untuk bermanja dengannya.

Tetapi cabaran berumah tangga bukan boleh dijangkakan.  Terlalai sedikit kita akan menerima akibatnya dari kecuaian kita sendiri. Jika tidak mampu bertahan atau menangkis cabaran mahu runtuh hingga hancur berkecai rumahtangga yang pada mulanya harmoni dan bahagia. Ingatlah setiap dari kita harus bersiap sedia dengan cabaran dan cuba mempertahankan rumahtangga jika ianya mahu kekal  hingga keakhir hayat. 

Kebahagian rumahtangga Farhan mula berkocak. Ini  bermula dari satu  panggilan telefon. Tampa diduga Farhan menerima satu panggilan telefon dari  seseorang yang telah lama dilupa kan olehnya. Malam itu ketika Fatin sibuk berkemas didapur selepas makan malam, sementara Farhan pula diruang tamu memerhatikan anak-anaknya bermain. Tiba-tiba  telefon bimbitnya bergetar menandakan ada panggilan masuk, dia bangun untuk mengetahui siapakah yang memanggil diwaktu itu. Dia jarang menerima panggilan diwaktu-waktu begitu sebenarnya. Bila dilihat ada nombor asing tertera di screen telefon bimbitnya, Farhan menjadi ragu.. dibiarkan sahaja telefon bimbitnya yang menjerit-jerit agak lama.. nasib baik didalam mood perlahan..akhirnya deringan itu mati, bila lama tidak berjawap. Pada fikiranya jika ianya penting tentu sipemanggil akan menghubunginya kembali. Ternyata deringan itu bergema lagi.. Farhan mengambil panggilan, apabila diangkat terdenaar suara wanita menyapanya dengan lembut dan memberi salam…Suaranya aduhai terus meresap terus kekalbunya.

“ Hai Farhan..Assalamualaikum apa khabar sekarang..macam mana dengan kehidupan..semoga bahagia .“ Serasa pernah didengar suara merdu itu, siapa agaknya Farhan mencari-cari dalam kotak memorinya.

“Waalaikumsalam ..Alhamdulilah baik dan bahagia..boleh tahu siapa ni.”

“You dah tak kenal suara I lagi Farhan.” Ohh dia tahu nama aku… siapa ni??..Farhan tertanya-tanya didalam hati. Diperah kepalanya untuk mengingati.

“Entahlah ..saya tak ingat..kawan kat mana ye..” wanita bagai menyuruh Farhan berteka teki pula.

“Kawan satu Universiti..satu kelas  lagi.”

“Siapa ye..saya tak ingat.” Farhan berkata jujur malas dia mahu meneka-neka..

“Saya Nur Saleha binti Abdul Rauf ingat lagi tak?.” Berdegup kencang  jantung Farhan ..secara spontan wajah Saleha yang ayu terlayar diruang matanya. Sebenarnya dia sudah melupakan gadis itu.

“Oh kalau Nur Saleha tentulah I masih ingat lagi..mana dapat nombor I ni?.”

“Bulan lepas Edlan dan Suhaila datang Penang, dia datang kat Farmasi I..lama juga kami berborak..mengingati kisah-kisah kita kat Shah Alam dulu..dah terlanjur berjumpa dan bercerita tentang kawan..I minta sekali nombor you. Senang-senang nanti  bolehlah kita berbual-bual masa lapang.” Suhaila isteri Edlan pernah sebilik dengan Nur Saleha ketika mereka sama-sama menuntut di UiTM Shah Alam dahulu.Tetapi Suhaila junior mereka setahun.

Dari Suhaila lah Nur Saleha tahu Farhan meminati dirinya suatu ketika dahulu. Tetapi ketika itu hatinya sudah  diserahkan kepada jejaka lain.  Dirinya sudah diperkenalkan dengan sepupunya dari sebelah ibunya. Sepupu yang baru tamat belajar dari luar negera. Untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan mereka, kedua belah keluarga merancangkan jodoh mereka berdua. Setelah berkenalan dan berbincang empat mata, mereka bersetuju apa yang dirancangkan oleh keluarga mereka..

Semenejak itu Nur Saleha tidak pernah memandang pemuda lain, hatinya dan perasaanya hanya untuk  Muhammad Fikri yang telah menjadi tunangnya. Mengikut perancangan keluarga dan juga persetujuan Muhammad Fikri dan Nur Saleha sendiri sehabis sahaja NurSaleha belajar mereka akan dinikahkan. Mereka pasangan yang sungguh padan.  Bak kata pepatah  Bagai pinang dibelah dua, atau bagai cincin dengan permata. Apa tidaknya mereka berdarah Arab disebelah ibu, dipihak NurSaleha pula ayah nya anak mami  Penang dan disebelah Muhammand Fikri ayahnya pula campuran Cina dan Melayu. Itulah sebabnya wajah mereka bak kata orang sekarang cun meluncun.

“Agaknya Edlan tak sempat nak ceritalah tu, dia tak cakap dengan I pun dia jumpa you masa balik kampung isteri dia.”

“Dia terlupalah agaknya..you sekarang kat mana?.”

“I satu tempat kerja denga Edlan kerja kat hospital kerajaan.. jadi kuli..”

“Jadi kuli kerajaan bagus apa..hujung bulan dapat gaji… you dengan Edlan macam tak boleh nak berpisahkan kan dari Universiti lagi you dengan dia.”

“I dengan Edlan ni memang  macam tak boleh nak dipisahkan dari matrikulasi sampai kat U dan kerja pun ditempat yang  sama.”

“Untunglah you dapat kawan sebaik Edlan dan Suhaila.”

“Alhamdullilah..You pulak kat mana sekarang?”

 “I kat  hometown I ..dah buka Farmasi sendiri..ayah I bagi modal.”

“Untunglah you muda lagi dah ada Farmasi sendiri…esok-esok kita sambung lagi ye, I ada kerjalah.”Bila Fatin muncul dari pintu dapur cepat Farhan memutuskan bualanya. Dilihatnya anaknya yang kecil merangkak kemudian berdiri  lalu menghulur botol susu kepada ibunya.

“Adik ni tak boleh nampak muka ibu cepat dia hulur botol dia.”

“Meh ayah buatkan susu..ibu dah penat tu.” Laju Farhan menghampiri anak dan isterinya yang sudah mencapai botol susu anaknya. Dia kedapur untuk membancuh susu sambil  memimpin tangan anaknya yang baru pandai berjalan. Anaknya yang kecil baru berusia satu tahun, baru pandai berjalan dua tiga hari yang lalu, itulah sebabnya dia masih banyak merangkak dari berjalan. Apabila mendengar ayahnya mahu membuat susu untuk adik mereka, anakya yang dua orang lagi leka bermain  diruang tamu berkejaran mendapatkan ayah mereka dengan permintaan yang sama, Fatin kedapur semula membantu suaminya melayani tiga orangt anak mereka.. Kini mereka saling bekerja sama dalam hal-hal rumah tangga.

========================================================



Bermula dari telefon pertama itu bermulalah episod saling berbalas  panggilan atau SMS antara Farhan dan Nur Saleha. Kadangkala Farhan merasa hairan kini dia boleh berbual mesra itu dengan Nur Saleha, sedangkan dulu dia tidak pernah bertegursapa jauh sekali berbual, walaupun mereka satu kelas. Dia hanya berani memandag gadis itu dari jauh sahaja.  Apabila dia menyatakan rasa sukanya  kepada Edlan sahabatnya mencabar keberanianya.. Dicubanya juga untuk merapati NurSaleha ketika itu  diatas cabaran Edlan tetapi  pada perkiraan Farhan, Nur Saleha seperti mengelak dari bertembung atau bersemuka dengan dirinya. Sebab itulah perasaanya tidak terluah sehingga diakhir pengajian mereka.
 Setelah dua tiga bulan perhubungan antara Farhan dan NurSaleha..dari berbual cerita-cerita biasa kini sudah masuk kebab peribadi pula. Nur Saleha sudah  tidak segan silu menceritakan masaalah rumahtangganya yang kini hanya tinggal kenangan. Kini dia sudah menjadi ibu tunggal beranak tiga. Sungguh sedeh ceritanya..seorang wanita cantik yang diminati oleh ramai jejaka suatu ketika duhulu ditinggalkan oleh suaminya kerana wanita lain.

“Kenapa suami you tinggalkan you.” suatu hari Farhan beratnya, ingin mengetahui punca masaalah rumah tangga Nur Saleha. Selebih nya dia ingin menyelidik.

“Dia dah jumpa wanita yang lebih cantik dari I…yang kedua mereka satu bidang pekerjaan… mereka dokor sama doctor kat Hospital Penang..I ni apalah saja..hanya pegawai Farmasi sahaja.”  Luah Nur Saleha bernada jauh hati dihujug talian.

Tetapi yang hairanya hanya NurSaleha sahaja yang menceritakan kisah rumahtangganya. Dipihak  Farhan tidak pernah sekali menyatakan dia juga sudah mempunyai keluarga bahagia. Mungkinkah Farhan masih mengharap kehadiran NurSaleha dalam hidupnya. Masih adakah harapan Farhan agar Nur Saleha memenuhi  rasa sukanya suatu ketika dulu. Jika itu yang ada dibenaknya dan jika begitu niatnya sungguh tinggi angan-angan Farhan…bolehkah kita bertanya siapakah yang bakal disingkirkan dari hatinya nanti.. ataukah keduanya mampu diisi dalam ruang hatinya yang sempit.  Antara Nur Saleha dan Fatin Najiha adakan mereka rela berkorban berkongsi kasih Farhan...  Farhan oh Farhan jangan jadi yang di kejar tidak dapat, yang dikendung berciciran..sudahlah.








Inginkan cerita mu...



             Mak Teh cuba nak menyelami rasa atau perasaan...insan-insan yang dimadu atau yang baru dalam peroses hendak dimadu...Apakah perasaan anda, sama ada dimadu kerana terpaksa kerana kekurangn diri....atau memang suami kita suka memadukan kita.. walau setelah kita sempurnakan segala tanggung jawap kita maksudnya.. dah menyediakan makan pakai dia, melahirkan anak-anak dia dan dilayan dengan sempurna.
Mak teh minta maaf jika pertayaan ini mengopek parut yang sudah berhenti darahnya....Mak Teh hanya ingin mengongsi rasa..sebeb bab yang seterusnya mahu menceritakan Farhan yang berhajat menambah cawangan...berpoligami.

              Harap maaf banyak-banyak.

Wednesday 22 May 2013

Bab 20 Bimbang




Bunyi pungguk diKuala Sipitang,
Pungguk tidak terbang tinggi,
Jangan tak kisah abang datang,
Abang datang nak pujuk hati.


“Bertuah kau dapat isteri macam tu Han… kalau kitalah kat tempat dia sempat tak kita nak makan. Dia bukan hanya nak suap dan basuh berak anak saja.. kerja rumah pun kena buat..masak dan memabasuh..itu tak masuk kemas rumah lagi. Aku kan Han dapat Su siapkan makan aku pun aku dah rasa bersyukur sangat. Sebab apa tau, aku dah tenguk kakak aku sendiri.. yang kerja jadi cikgu, suaminya selalu beli lauk kat kedai sebab kakak aku tak sempat nak masak. Rumah dia jangan ceritalah bersepah memanjang. Anak dia baru  dua…” Farhan hanya mendiamkan dirinya memikirkan kebenaran akan kata-kata sahabatnya. Bagi dia dan Fatin jarang sekali membeli lauk dikedai kerana dirinya alah dengan masakkan digerai. Entah mengapa   sejak dia berkahwin dia sering dihinggapi sakit kepala bila dia makan makanan di gerai.

“Lagi pun mereka tu anak siapa Han..anak kau dengan dia jugakan …dah dia ibunya kalau tidak dia ambil perhatian anak-anak dia, siapa lagi..kau nak ke anak kau membesar tampa kasih sayang..bila dah besar nanti bermasaalah.”

“Ialah aku tau anak aku..entahlah Lan. Sekarang ni pun aku dah rindu dengan anak-anak aku Lan. Malam tadi entah pukul berapa baru aku dapat aku tidur, kalau mereka ada …rasa macam bising sangat bila mereka tak ada rasa sunyi sangat, sepatutnya aku bolehlah tidur dengan nenyak ..tapi aku tak boleh tidur pula.”

“Siapa yang kau rindu Han isteri ke..atau anak-anak kau??”.

” Dua-dua lah Lan. Tapikan Lan aku rasa nak cuba biarkan dia..aku nak biarkan sampai bila isteri aku tu nak merajuk dengan aku..aku nak tenguk berapa lama dia bolih bertahan bila aku tak ada disamping dia. Kalau aku rindukan dia sekarang ni..takkan dia tak rindukan aku.”

“Jangan buat cubaan bodoh kau tu, aku takut  akan memakan diri kau sendiri Han. Aku takut kau yang tak tahan bila dia tak ada. Orang perempuan ni lain, semangat diorang tinggi..lagi pun jangan kau biarkan isteri kau merajuk lama sangat, nanti bila dah terbiasa  berdikari..susah kau jadinya. Kalau aku..aku tak suka isteri aku terlampau berdikari, nanti kita tak ada maknanya pada dia, sebab dah biasa sangat dia buat sorang-sorang. Kita ada ke tak ada ke…dah tak menjadi masaalah pada dia. Kita akan rasa kita tak bermakna pada dia..ingat Han, jangan sampai kita rasa jadi orang yang bermakna dimata isteri kita.” Farhan hanya mendiamkan dirinya, mungkin ada kebenaran akan kata-kata sahabatnya.


==============================


             Bila memikirkan kata-kata sahabatnya tadi.Memang benar selama ini isterinya tidak pernah meninggalkan dirinya kesaorangan. Semenjak mereka bernikah dan duduk serumah, belum pernah dia ditinggal seorang diri dirumah. Semalam buat pertama kali dia sendirian dirumah.. dia kebingungan. Selera makannya tertutup..tidurnya juga tidak lena. Pagi tadi dia ketempat kerja dengan perut yang lapar dan badan yang lesu.

            Petang itu sebelum dia pulang kerumah dia singgah disebuah gerai makan untuk membeli nasi bungkus. Hajat diahatinya dia tidak akan keluar lagi, setelah dia pulang dari kerjanya.  Dia ingin cuba merehatkan diri sambil menunton tv. Dia ingin memenefaatkan masanya  sendirian dengan berehat secukupnya...itulah yang dirancang dalam hatinya. Ketika dia sampai dirumah apabila pintu terbuka ..Alahai rumahku sunyinya..Kekosongan mendakap disekelilingnya. Hatinya dan mindanya juga menjadi kosong. Dia menoleh kesisi kemudian kebelakang mencari bayangan yang selalu menemaninya. Kebiasaannya isterinya  akan mendengar anak-anaknya  menceritakan apa-apa  yang dilakukan seharian. Terutamanya anaknya yang solong akan menceritakan kawan-kawan dan cigu disekolah tadikanya.. chot chet chot chet bising betul. Hari ini  dia tercari-cari keriuhan itu.  Mengapa dengan kesunyian itu meyebabkan dia tiada semangat… penat dari kerjanya dirasakan  bertambah penat.

                  Dia melangkah masuk kedalam rumah lalu menyandarkan dirinya disofa ruang tamu sambil memejamkan matanya. Dia cuba untuk merehat kan minda pula, tapi kepalanya asyik berfikir, jiwa tercari-cari sesuatu. Akhirnya dia mecapai kunci keretanya..dia keluar ingin mencari keriuhan. Nasi yang dibelinya tadi dimasukkan kedalam peti sejuk. Perutnya tidak terasa lapar walau seharian dia tidak makan, dia bercadang hendak makan diluar sahaja.

             Tampa disedarinya  dia sampai dihadapan pagar  rumah orang tuanya. Dia memberi salam dan masuk lalu duduk diruanmg tamu. Ayahnya yang sedang mengaji ketika itu memberhentikan bacaanya . Dia memerhati anaknya  yang kelesuan.Bila melihat ayahnya sudah menghentikan bacaan Farhan menghampiri ayahnya untuk bersalaman.

“Apa kahbar ayah..ayah sihat.”

“Ayah rasa tak sihat sikit hari ni, mungkin kena hujan semalam..ayah batuk dan badan pun rasa sakit-sakit..ibu tengah masakkan sup untuk ayah kat dapur tu.”

“Patulah ayah tak buat kerja kat luar hari ni..” Hajjah Fatimah menjengah keruang tamu bila mendengar suaminya berkata-kata dengan seseorang.. seperti suara anaknya Farhan. Bila dia terjengul dipintu dapur.

“Betul pun Han..ibu dah agak suara kamu tadi.” Farhan bangun mencapai tangan ibu lalu menciumnya.

“Ibu apa khabar.”

“Baik.. Han dah makan..ayahnya sup dah siap tu, jomlah kita makan kalau dah sejuk tak sedap pula.”

“Jomlah Han kita makan.”Ajak ayahnya mereka bertiga beranak menuju  kemeja makan. Selesai makan mereka keruang tamu sekali lagi. Barulah Hajjah Fatimah bertanyakan masaalah rumah tangga anaknya yang seorang itu..Farhan tidak sudah-sudah dengan masaalah yang membimbangkan hati ayah dan ibunya.


                   Pada kebiasaan Hajjah Fatimah dan Haji Abu Bakar akan berjalan mengelilingi taman perumahan mereka dua atau tiga kali pusingan.. senaman itu  dilakukan setelah disahkan tekanan darah Hajjah Fatimah agak  tinggi sedikit..untuk mengawal dari menjadi lebih teruk ..dia dinasihatkan oleh doctor agar melakukan sedikit senaman. Doktor juga mengatakan berjalan kaki adalah senaman yang baik diamalkan sekurang-kurang setengah jam setiap hari. Mereka  berjalan kaki mengeliling taman perumahanya untuk mengeluarkan peluh.  Oleh kerana pagi tadi suaminya tidak sihat Hajjah Fatimah melakukan sendirian. Bila dia melintasi halaman rumah besanya, dia mendengar suarakanak-kanak riuh didalam rumah. Dia juga mengenali suara anak-anak Farhan (abang dan angah).Hatinya mula bimbang. Dia sudah mencium ada yang tidak kena pada rumah tangga Fatin dan Farhan.Oleh kerana mahu cepat meluahkan kemuskilanya kepada suaminya dia hanya melakukan satu pusingan sahaja joggingnya.

“Bang ..tadi Mah dengar macam suara abang dan angah kat rumah besan kita… kenapa dia ada kat sini ye bang..pengasuh diaorang pergi mana? Farhan tak cerita apa-apapun dengan kita.”

“Entahlah Mah..kalau mereka hantar anak malam tadi tak pulak Farhan singgah rumah kita kan Mah atau pun pagi tadi mereka hantar anak mereka.. Kita tunggu sajalah Mah..kalau ada apa-apa petang karang tentu Farhan datang..nanti kita tanya dia.” Untuk menghubungi Fatin atau Farhan takut pula jika mengganggu mereka yang sedang bertugas. Hati Haji Bakar suamiisteri bimbang lagi walaupun Farhan sudah mempunyai anak..tetapi tingkahnya masih lagi membimbangkan ayah dan ibunya.

“Han!! Fatin mana? kenapa anak-anak kamu duduk kat rumah ibu mentua Han? Kamu laki bini bergaduh ke???” Sudah tidak tertahan membendung rasa ingin tahu lalu bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibir Hajjah Fatimah.

“Taklah bergaduh tapi dia tu kecik hati dengan Han..bila Han marah anak-anak yang suka sepahkan mainan kat rumah tu. “ Datar sahaja suara Farhan menjelaskan kedudukan mereka suami isteri. Dia menyambung lagi kata-katanya….


“Han hairanlah bu kenapa agaknya abang dengan angah tu, tak boleh nak duduk diam..main, bergurau kejap-kejap tu pula bergaduh..peningn kepala  Han dengan perangai diorang, pertama –tama abang tu.. dia  lah yang ajak angah buat itu ni.. lepas tu kalau tak puas hati diketuknya pula adiknya.”

“Budak-budak memang macam tulah..Kamu dengan adik-adik kamu dulu macam tu juga. Diam masa tidur saja..tapi budak-budak kalau diam saja, budak tak sihat namanya..tapi ibu tak suka cara kamu marah kan anak.. kenapa Han suka cakap anak-anak Han macam kera macam beruk..rasanya ibu dan ayah tak pernah cakap macam tu..kita ni sebagai ibu bapa tak elok cakap anak-anak kita macam. Setiap apa yang kita cakap umpama doa untuk anak kita.”

“Ia ayah pun tak suka cara Han cakap dengan anak kamu macam tu. Lagi satu jangan suka marah isteri depan orang dan jangan marah isteri kita depan anak-anak. Ini Han marah depan ayah ibu dan depan anak-anak ..tak baik macam tu dia pun ada perasaan, kalau betul-betul dia salah, balik rumah.. marah dalam bilik. Kalau Han marah isteri depan anak-anak seumpama Han menyamakan taraf isteri Han tu macam anak Han juga.. ingat pesan ayah tu.”

“Ialah dah diaorang tu tak tahu duduk diam ..Han naik angin dibuat nya..Fatin pulak buat tak tahu saja bila anak-anak dia buat sepah”.

“Kalau dia asyik nak tenguk anak..alamat tak makan lah kamu anak beranak.. sepatutnya bila dia tengah buat kerja kamu tolonglah jaga anak pula..atau tolong dia buat kerja rumah jadi taklah dia penat sangat. Ini.. dia nak jaga anak, nak masak, nak buat kerja rumah..dia kerja lagi Han tak kesian ketenguk dia terkejar-kejar, jadilah suami yang bertimbang rasa Han.”

“Han tolong juga dia buat kerja rumah bu.”Farhan cuba mempertahankan dirinya..

“Kita ni Han kalau dah suami isteri jangan asyik nak berkira kalau tolong buat kerja rumah. Ini ibu tenguk anak-anak kamu asyik berkepit dengan ibu dia.. buat susu, makan.. nak buang air besar dan kecil pun terpekek cari ibu dia. Tentu ibu dia yang selalu buatkan semua itu kan. Apa salahnya sekali-sekali tolong dia suapkan anak makan, tolong buatkan susu ke… jadi dapatlah isteri kamu rehat. Taklah dia penat sangat..ni yang kecik tu lagi menyusu badan.” Farhan hanya menundukkan wajahnya sahaja. Dia sedar selama ini dia hanya menolong ala kadar sahaja  umpama melepaskan batok ditangga.

“Habis Han balik sini kenapa?..nak ajak Fatin balik ke??.”Farhan mendonggakkan kepalanya memandang ibunya bila soalan ibunya menerjah ketelinganya.Tadi sebenarnya dia tidak mahu kerumah ayah dan ibunya. Hatinya ingin mencari sedikit hiburan dengan merayau-rayau di bandar Seremban..untuk mengubati kesuanyianya dirumah. Tetapi entahlah..secara tidak sedar keretanya menuju kerumah ayahdan ibunya pula.

“Entahlah ibu ayah Han rasa buntu sekarang.” Itu yang terluah dari bibir Farhan yang kedengaran lemah sahaja. Bila dirasakan kebenaran kata-kata ibunya.

“Han kita suamiisteri ni perlu ada tolak ansur antara satu sama lain. Selain memahami dan tolong menolong kita harus bersabar juga..terimalah isteri kita seadanya. Masa anak-anak masih kecil ni, cabaran untuk kita tinggi... kalau tak sabar mahu bergaduh setiap hari. Jadi setelah kita penuhi rumah tangga kita dengan iman dan kasih sayang perbanyakkanlah sabar.”Nasihat  Haji Bakar kepada anaknya yang dah besar panjang.

“Habis Han nak buat macam mana?.” Soal Farhan kepada ibu dan ayahnya. Dia yang sebanarnya tidak tahu langkah seterusnya..untuk memperbaiki kesalahan dirinya.

“Pergilah pujuk isteri kamu tu balik..tak baik biarkan dia lama sangat kat rumah ibu ayah dia. Nanti apa pula kata mertua kamu tu.”

“Mahu ke dia maafkan Han”.

“Pergilah cuba dulu..ibu dan ayah dia tentu dah nasihatkan dia.”

“Ibu kat atas ada cakap apa-apa tak dengan ibu.”

“Itulah yang ibu suka jadi besan mereka …mereka tak cakap apa-apapun dengan ibu.Mertua kamu tentu dah tahu  kamu dengan anak dia berselisih faham. Walau pun ibu yakin tentu Fatin ada cakap masaalah dia dengan ibu dan ayahnya…tapi mereka  tidak akan campur tangan dalam masaalah kamu suami isteri. Kalau ibu lain mungkin ibu dan ayah dah kena serang Han, maklumklah anak merekakan anak perempuan sorang tentu-tentulah  sayangnya  mereka berlebihan untuk Fatin tu…. ”

“Tapi elok juga dia ceritakan masaalah dia dengan ayah dan ibunya, dapat juga dia meluahkan perasaannya..”

“Ada ke macam tu sepatutnya Fatin bolehlah cerita masaalah kita orang pada ibu ayah dia..malulah Han”

“Masaalah ni mesti diluahkan Han… kalau disimpan..sesekali meletop tak terkawal nanti lagi susah jadinya..biarlah kalau dia nak meluahkan…mungkin ayah dan ibu nya tempat yang paling sesuai.. dari dia menjaja masaalah rumahtangganya pada orang lain”. Sokong ibunya bagai menyebelahi menantunya pula.



Malam itu selepas solat Isyak Farhan kerumah ibu dan ayah mertuanya. Setelah memberi salam Farhan masuk kerumah mertuanya. Ketika dia masuk dilihat ibu mertuanya sedang megajar mengaji dua orang anak-anaknya..abang dan angah.Jika dirumah isterinyalah yang akan mengajar mereka mengaji.

“Assalamualaikum ibu.”Farhan mencapai tangan ibu mertuanya lalu menciumnya.

“Waalaikumsalam. Kamu dah makan Farhan?. Abang angah salam ayah.”

“Dah bu sebelum magrib tadi dah makan kat rumah ibu bawah.” Anak-anaknya mula bangun dan mengahmpiri ayah mereka..

“Abang dengan angah pun dah makan ibu suap tadi.. nenek masak sup ayam dengan kentang sedap”. Sampuk anaknya yang sulong… adiknya hanya memerhati abangnya bercakap dia sudah duduk dipangkuan ayahnya, sambil kepalanya teranguk-angguk mungkin mengiakan kata-kata abangnya.

“Abang denagn angah dah kenyanglah ni..makan tak  ingat ayahkan.”

“Kalau ayah nak makan… jomlah nenek masak banyak ada lagi kat atas meja..jomlah ayah” ajak anaknya yang sulong dia sudah keletah bercakap tetapi adiknya yang nombor dua baru bercakap sepatah sepatah maklumlah baru berusia dua tahun lebih.

“Ayah pun dah kenyang ayah makan rumah nenek kat bawah tadi”.

“Ayah mana bu?” Soal Farhan kepada ibu mertuanya yang asyik memandang keletah cucunya.

“Ayah pergi surau..katanya lambat sikit baliknya malam ni.. Haji Hussin jemput baca Yassin kat rumahnya..jadi semua jemaah surau pergi kerumahnya lepas solat Magrib..ayah kamu tak pergi ke?”

“ayah kat bawah tu hari tak pergi surau.. tak sihat ..tadi dengarnya macam batuk sikit”.

“Ialah bila dah berumur ni pantang silap sikit mulalah penyakit singgah “

     Farhan diam mendengar jawapan ibu mertuanya..lama dia memandang ibu mertuanya didalam hatinya mencari-cari ayat untuk menyatakan tujuanya datang malam itu.

“Ibu..Han datang ni nak ajak Fatin dan anak-anak balik.”

“Pergilah cakap dengan Fatin..Fatin ada kat bilik belakang tengah susukan Aman..dia  merengek nak tidur tu tadi.”

“Abang dengan angah duduk sini dengan nenek habiskan bacaan ni”. Hajjah NorAini menarik tangan dua ornag cucunya duduk bersamanya untuk menhabiskan bacaan IQRA’ yang sedang mereka pelajari.

 Farhan bangun menuju kebilik yang dimaksudkan oleh ibu mertuanya.Ketika dia membuka pintu bilik dilihat isterinya baring membelakangkan pintu.Tampa menoleh dia bersuara perlahan.

“Abang, angah jangan buka pintu luas-luas tutup pintu semula nanti nyamuk masuk. Ibu tengah tidurkan adik ni, nanti adik dah tidur ibu keluar… pergi ngaji  dengan nenek dulu.”

            Itulah rutin harian isterinya selepas solat magrib dia akan sedikit-sedikit mengajar anak-anaknya belajar mengenal huruf dan nombor rumi ataupun jawi. Farhan menutup pintu perlahan kemudian dia duduk dibirai katil dibelakang isterinya.

“Ha jom kita balik.”Lembut Farhan bersuara.Terkejut Fatin bila mendengar suara suami dibelakangnya, matanya yang mengantuk tadi terbuaka luas. Dia berpusing memandang suaminya, tampa berkata sepatah pun.

“Maafkanlah abang..jomlah kita balik.”

“Abang baliklah dulu..Ha belum sempat nak ajar anak-anak Ha jadi budak yang baik.”

“Ha janganlah macam tu..abang  mengaku abang yang salah..sepatutnya abang tak cakap macam tu..kita ajar anak-anak kita sama-sama ye.”Lembut suara Farhan memujuk.

“Bang bagilah Ha masa sampai hujung minggu ni..abang pergilah balik dulu.. Ha akan cuba ajar anak-anak Ha kat sini dulu supaya tak lasak sangat.”

“ Janganlah macam tu..jomlah kita balik, abang dah tak tahan nak tunggu walau pun untuk sehari lagi”. Fatin teringat kata-kata ayahnya supaya belajar memaafkan bila orang minta maaf..apa tah lagi yang meminta maaf adalah suaminya sendiri. Tapi hatinya..

“Abang ..Ha nak cakap terus terang dengan abang..Ha belum sempat lagi nak ajar anak-anak Ha jadi anak yang boleh mendengar kata, kalau Ha balik sekarang, nanti abang akan ulang lagi perkataan-perkataan yang Ha tak suka dengar dan kita akan bertengkar lagi”. Fatin menegaskan pendirianya.

“Mereka kan anak abang juga, jadi kita ajarlah sama-sama. Kita balik sekarang ye.” Fatin hanya mendiamkan dirinya sahaja. Anak yang disebelahnya mula bergerak-gerak dan bangun semula. Bila ada suara-suara yang singgah digegendang telinganya. Bila dia membuka matanya dilihat ayahnya..anaknya mula menghulur tangan meminta  didukung oleh ayanhnya. Sebelum Farhan keluar dari bilik sambil mendukung anaknya yang kecil Farhan berkata sekali lagi.

“Kita balik rumah kita ye.” Bagi Fatin susah untuk menolak ajakkan suaminya. Walaupun suaminya kelihatannya lembut dan pendiam tapi kata-katanya tegas susah untuk disanggah. Farhan keruang tamu untuk menyertai ibu mertua dan anak-anaknya yang menyambug pelajaran yang terkendala tadi.

“Abang dan angah  dah habis ngaji IQRAK ni simpan kat rak tu  susun elok-elok ye, lepas tu duduk dengan ayah dulu .., nenek nak tolong ibu ambilkan susu abang dengan angah.”

Ketika Hajjah Noraini masuk kebilik anaknya dilihat anak perempuanya  masih duduk lagi dibirai katil.Dia tahu anaknya keberatan untuk mengikuti suaminya pulang. Sebagai ibu dia ingin melihat keharmonian rumah tangga anaknya hingga keakhir hayat. Dia harus menasihati anaknya dan mengajar anaknya supaya belajar memaafkan..

“Kakak pergilah balik ..bila suami dah minta maaf, maafkanlah…jangan nak buat keras kepala kita… tak pergi kemana pun..dah cepatlah ibu tolong kakak kemas”.

Dengan malas Fatin mengemas uniform kerjanya dan mengambil susu anak-anaknya didapur.

“Ibu kalau kakak balik ni..ibu tinggal sorang kat rumah tak apa ke?”Fatin mencari alasan, agar dia boleh terus tinggal dirumah ayah dan ibunya untuk sehari dua lagi.

“Tak apa sekejap lagi ayah kakak tu balik lah”. Akhirnya Fatin akur..dia menurut segala kemahuan ibu dan suaminya.


=======================================

             Memandangkan hari sudah malam. Ketika mereka sampai kerumah jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Fatin terus sahaja menyuruh dua orang anaknya yang sudah besar tidur dibilik mereka .

“Abang bawak angah bunag air kecil dulu lepas tu simbah kaki, basuh bersih-bersih ye”. Farhan hanya memandang anaknya yang sudah dilatih oleh ibunya.

“Baik bu jom ngah kita buang air kecil dulu”. Anaknya yang sulong sudah menunjukkan sikap tanggunmg jawabnya apabila menemani adiknya kebilik air untuk membuang air kecil sebelum tidur tampa menyungut.  Kemudian terdengar dia memberi arahan kepada adiknya..

“Angah dak kencing tu basuh kaki lah nanti najis bawak sampai kat luar”. Kemudian terdengar bunyi air berjatuhan dibilik air setelah selesai mereka berdua keluar dari bilik air. Melihat adik terus sahaja menujuk kebilik tidur sekali lagi abangnya bersuara..

“Angah salam ayah dan ibu dululah baru tidur.” Adiknya angah yang mungkin sudah mengantuk hanya mengikuti arahan abangnya bagai lembu dicucuk hidung.

             Selepas itu mereka menyalami dan mencium tangan ibu dan ayahnya, mereka  menuju kebilik tidur mereka..Farhan pula mengikuti langkah anak-anaknya untuk memastikan anak-anaknya baring dengan betul dan berselimut. Fatin pula menuju kebiliknya untuk menyusui anaknya yang kecil yang sudah merengek-rengek minta disusui. Sedang dia menyusui anaknya terasa  Farhan baring hampir dibelakangnya. Suaminya cuba merapatkan dirinya. Bagi Farhan  bila tiada bantahan dari isterinya tanganya mula melingkari pinggang isterinya pula. Fatin hanya membiarkan segala tingkah dan perlakuan suaminya. Setelah anaknya yang kecil lena dan dirasakan suminya juga telah terlena dengan perlahan dia mengalihkan tangan suaminya…

“Ha nak pergi mana..” Suaminya yang disangka tidur menegurnya dengan suara perlahan mungkin tidak mahu anak yang baru tidur terganggu.

“Ha nak gosok baju kejap takut esok tak sempat..abang tidur dulu jangan tunggu Ha.” Farhan hanya membiarkan sahaja isterinya bangun. Dia merasakan sikap dingin isterinya mungkin dia masih belum  memaafkan lagi dirinya dengan sepenuhnya. Dia mengikutinya pulang mungkin atas desakkan ibunya tadi. Tetapi Farhan tetap bersyukur diatas kepulangan isterinya. Dia tidak kisah dengan tingkah isterinya, perlahan-lahan dia akan memujuk. Kini hatinya sudah tenang kerana isteri dan anak-anaknya sudah didepan mata.

              Agak lama Farhan menanti  namun isterinya tidak muncul-muncul, hatinya mula marah...

‘Banyak sangat ke baju yang dia gosok ni atau adakah dia melarikan diri dan tidur dibilik abang dan angah’ Itulah prasangka yang menyelinap dihatinya.. Kerana desakkan hatiyang marah akhirnya dia keluar menjengah keluar mencari kepastian. Dilihatnya isterinya sedang terbongkok-bongkok masih ditempat biasa mereka mengosok baju.


Apakah yang sedang Fatin lakukan..adakah dia masih merajuk …..tapi mengapa dia duduk lama ditempat mengosok baju…..tanya hati Farhan.




                       

Friday 17 May 2013

Bab19 Bimbang




Limau muda dibuat acar,
Tumbuk lumat halia sekati,
Sekali dua kata terlancar,
Jangan disemat didalam hati.



                 Sepanjang mereka menjadi suami isteri baru sekali ini Fatin merajuk hingga dia pulang kerumah orang tuanya.Selalunya jika dia marah atau merajuk hanya dengan kata-kata lembut dan sedikit gurauan hatinya sudah terpujuk.Tapi sekali ini dia begitu nekad.Dia tidak menduga akan itu tindakkan isterinya.Yang sebenarnya Farhan terkedu dengan tingkah isterinya tadi. Belum sempat dia memasang stratigi memujuk..isterinya sudah meninggalkan dirinya tercongok sendirian. Lagipun Farhan bukan pandai untuk memujuk.

                     Sedang dia memikir-mikir barulah dia tersedar keadaan sekeliling, cepat-cepat dia turun kebawah untuk memastikan keadaan isteri dan anak-anaknya. Tetapi hampa..isteri dan anak-anaknya sudah tiada.. mungkin sudah menaiki teksi. Dia naik semula kerumah, dia bagai orang kebingunan.Terasa begitu kosong rumahnya.Sunyi terasa dimana-mana.Dia kedapur kemudian kebilik anak-anaknya akhir sekali dia bilik tidurnya sendiri lalu dia merebahkan dirinya.Matanya dipejamkan supaya dapat terlena.Dia ingin berehat seperti yang disarankan oleh isterinya tadi.Tetapi matanya terkebil-kebil pula.Mengapa lenanya tidak mahu singgah kemata.Perutnya pula berbunyi tanda minta diisi. Bila dilihat jam dipergelangan tanganya sudah pukul dua petang. Dia bangun kemeja makan.. semuanya sudah siap terhidang hanya tinggal menyenduk nasi sahaja. Selalunya nasinya juga isteri yang akan  menyendukkan untuknya. Mengapakah setelah ditinggal sendirian barulah Farhan tersedar, semua isterinya  yang melakukan untuk dirinya.

                    Makan bersendiri dalam keadaan yang sunyi tampa tangisan dan gelak ketawa anak-anaknya ditambah lagi dengan ketiadaan suara isteri yang selalu berlagu ditepi telinga rupanya tidak menimbulkan selera. Walau pun dihadapanya adalah masakkan kegemaranya. Ayam masak kari bersama kentang. Dia hanya makan sedikit sahaja. Perut masih minta diisi namun seleranya sudah tertutup mati..akhirnya nasi yang hanya luak separuh terjun ketong sampah didapur.  Seleranya tumpul tertutup. Selesai berkemas dia mengambil wuduk untuk solat zohor..kekalutanya tadi menyebabkan dia terlupa solat zohor. Selesai bersolat Farhan termenung lagi disejadah. Dia rasa bersalah menjengah hatinya kerna membiarkan isterinya pergi  ..Dia tahu isterinya belum menjamah makan tengaharinya. Pada kebiasaanya isterinya akan menyuapi anak-anaknya dahulu  kemudian dia akan menemani dirinya untuk mengambilkan apa sahaja keperluan dirinya dan akhir sekali baru lah dia makan untuk diri sendirinya. Itulah Fatin Najihah isterinya..dia akan mendahulukan suami dan anak-anaknya. Kesal menerpa  hatinya… mengapakan dia terlalu mengikutkan rasa hatinya tadi.


                      Hajjah Noraini terkejut  dengan kedatangan anak perempuan tunggalnya bersama anak-anaknya hanya dengan menaiki teksi sahaja. Dia sudah menjangkakan mungkin ada perselisihan faham antara mereka  suami isteri. Bila melihat wajah keruh anaknya dia tidak bertanya.

“Abang angah masuk..dah makan?” neneknya bertanya. Sambil menyambut huluran salam anak dan cucu-cucunya. Fatin tidak bersuara dia hanya memerhati tingkahlaku anak-anaknya sahaja. Diwajahnya tergambar keletihan dan kesedihan.

“Abang dengan angah dah makan tadi, tapi ibu suap sikit saja abang rasa nak makan lagi lah nenek”.Cucunya yang tua mengadu. Angah disebelah hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda menyokong aduan abangnya.

“Ialah nanti nenek suapkan, nenek ada masak sup ayam dengan kentang tadi…kakak letak anak kamu yang kecil tu…kakak dah sembayang?   kalau belum pergi sembayang dulu dah dekat pukul tiga ni.” Fatin meletakkan anaknya yang kecil diruang tamu dia kebilik air mengambil wuduk. Apabila sikecil mula merengek Hajjah Noraini mengambil lalu diangkatnmya cucunya.

“Abang dengan angah tunggu sekejap ye nenek nak dukung adik, biar ibu sembahyang dulu nanti baru makan ye.” kedua orang cucunya hanya mengangguk kepalanya sahaja.Selesai solat, Fatin mengambil anaknya yang kecil dari dukungan neneknya.

“ Aman nak tidur ye…meh nenen, kita tidur kat bilik ye.”  (Nenen bagi istilah Fatin sekeluarga adalah menyusu) Fatin masuk kebiliknya untuk menyusui anaknya. Bilik itu adalah biliknya, tiada siapa menghuni bilik itu walaupun kini dia sudah berumah tangga.Jika sesekali dia pulang kerumah ibunya dibilik itulah mereka sekeluarga tidur.

                 Kini anaknya yang kecil sudah pun terlena, giliran anaknya yang dua orang pula untuk ditidurkan.Anak-anak Fatin dan Farhan dibiasakan tidur diwaktu tengahari.Seteleh semuanya tidur Fatin pula mengisi perutnya ditemani oleh ibunya didapur.Dia kelaparan sebenarnya.Sedari tadi dia belum menjamah makanan lagi.Ketika bersarapan pagi tadi dia hanya sempat minum secawan milo panas sahaja.Pagi itu Farhan tidak sabar-sabar hendak kerumah ayah dan ibunya yang sudah dua minggu tidak dikunjungi, kerana dua minggu itu dia sibuk dengan kerjanya.Ketika dirumah ibu nya pagi tadi pula, dia sibuk mengawal tingkah-laku anak-anaknya. Dirumah ibu mertuanya pula belum sempat dia menarik nafas lega Farhan sudah naik angin dan mengajaknya pulang.

                Selesai makan mereka dua beranak keruang tamu. Haji Rasid tiada dirumah dia kekebun arwah ibunya membersihkan kebun ibunya yang sudah mula naik semak.Ketika itu barulah Hajjah Noraini bertanya perihal anak perempuanya.

“Kenapa kakak balik tak sama Farhan..kakak bergaduh ke?.” Hajjah NurAini mula menyiasat. Seingatnya sepanjang perkahwinan anak perempuanya tidak pernah anaknya pulang sendirian tampa ditemani oleh suaminya. Dia bersyukur kerana kelihatnya menantunya itu seorang yang bertanggung jawab dan penyayang kepada isteri dan anak-anaknya.

“Kakak taklah bergaduh..hanya nak bagi dia rehat saja. Dia dah letih dengan kenakalan abang dan angah yang tak tahu duduk diam.”

“jadi kakak kecik hatilah bila suami kamu tu marahkan anak-anak..  jangan macam tu kakak, mereka kan anak-anak dia juga. Sepatutnya kalau Farhan marahkan anak, kakak jangan masuk campur..sebab dia marah untuk kebaikan anak kakak juga.”

“Ibu!!..kakak tak kisah kalau abang marah anak..mereka semuanya anak dia, kakak tak kisah sebenarnya..tapi yang kakak tak tahan dengan bahasa yang digunakkan untuk marahkan anak-anak..dia selalu kata anak-anak macam kera macam beruk..kakak tak tahan dia umpamakan anak-anak  macam tu.”

“Betul tu kakak kita jangan sekali menyamakan anak-anak kita pada benda atau perkara yang tak elok..bukan ke kata-kata ibu dan ayah merupakan doa kepada semua anak-anaknya. Sepatutnya kakak tegurlah dengan elok kalau Farhan cakap macam tu, jangan terus keluar rumah macam ni.”

“Kakak dah cakap banyak kali dengan dia macam tu..tapi abang macam tak boleh nak ubah perangai dan perkataan dia..sekarang ni abang macam dah lain sikit..suka marah-marah.. dah tak sabar macam dulu lagi.. kalau dia dah marah didepan orang pun dia marah kakak..pagi tadi tu dia jerit-jeritkan kakak ni didepan ibu dia..bila kakak tak melawan makin menjadi-jadi pulak dia.”

“Ialah kakak, kita ni suami isteri kena banyak bersabar kalau satu tengah marah yang satu lagi kena diam..kalau tidak makin melarat jadinya, rumah tangga kita juga yang tak aman. Kalau dilihat sekarang ni bukan hanya kita berdua saja..kita kena tenguk pada anak-anak juga.” Nasihat Hajjah Nur Aini kepada anak perempuan tunggalnya..Sebagai seorang ibu dia harus memberi tunjuk ajar..bagaimana  mahu hidup berkeluarga. Dia tidak mahu berat sebelah memenangkan anaknya walaupun itu anak perempuan tunggalnya..anak kesayangan seluruh ahli keluarganya.

“Sebab kakak sabarlah kakak diam tapi kakak dah tak tahan  lah bu..kat rumah tadi dia cakap macam tu lagi pada anak-anak dia..dia cakap kakak ni menyusahkan dia.. dia kata semua dia nak kena buat, entah apa yang dia buat pun kakak tak tahu..tadi kakak masak pun sorang-sorang, dah lah balik dah nak  tengahari.  Abang kalau  dah marah dia memang tak nak tolong kakak.. tolong jaga anak pun tak nak. Terkial-kial kakak sorang  nak masak anak lagi…” Fatin mula mengadu perbuatan suaminya kepada ibunya. Walaupun  dia begitu bersimpati pada anak kesayanganya tetapi harus bijak mengawal dirinya. Dia tidak mahu  terlalu memberi sokongan kepada anak perempuanya takut mendatangkan perkara yang tidak baik dikemudian hari. Dia hanya perlu memberi sokongan moral tatapi tak harus masuk campur dalam urusan rumah tangga anaknya suami isteri..walaupun hatinya sedeh anak kesayanganya diperlakukan begitu oleh suaminya.

“Sabarlah kakak…sebaiknya kita ni bertolak ansur..dan belajar memaafkan.” Mendengar kata-kata ibunya Fatin mendiamkan dirinya. Dia memandag ibunya sayu kemudian dia bersuara dengan suara yang lirih. Dia tahu ibunya tidak akan menyokong seratus peratus akan segala tindakkanya.

“Ibu… kakak nak duduk sini dalam seminggu boleh tak bu..kakak nak abang betul-betul berehat..kakak nak berulang kerja dari sini.”

“Tadi masa kakak keluar  mintak izin tak?..kalau tak minta izin ibu tak berani nak benarkan. Berdosa seorang isteri yang keluar  rumah tampa izin suaminya.. dosanya berpanjangan selama dia  berada diluar  rumah suminya.  Ibu sayang kakak… Ibu tak nak kakak menanggung dosa..”. Lirih kedengaran luahan sayang Hajjah NurAini kepada anak perempuanya. Ingat!! itulah hakikatnya seorang anak perempuan yang sudah berumahtangga syurganya sudah  dibawah tapak kaki suaminya. Allah tak redha selagi suami tak redha kepada seorang isteri. jika kalian mati tidak mendapat redha suami kalian tidak akan mendapat redha Allah SWT, kerana redha Allah SWT bergantung kepada redha suami.

“Kakak dah minta izin..dia kata dia tak halau kakak dan tak halang kakak kalau kakak nak pergi rumah ibu.”

“Kalau macam tu bolehlah..duduk sini, anak biar ibu jagakan..esok kakak pergilah kerja.” Hajjah Nor Aini sudah dua tahun berpencen kini dia menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Didalam hatinya berdoa agar cepat  tenang dan damai rumahtangga  anak dan menatunya dalam waktu terdekat.

                 Pagi itu Fatin ketempat kerja nya menaiki motosikal ayahnya. Itulah pertama kali sejak dia berumahtangga dia pergi ketemat kerja tampa Farhan. Kekok rasanya kerana sudah lama tidak menunggang motosikal. Hatinya berdebar-debar namun digagahkan juga untuk mencari kebiasaan yang telah lama ditinggakan. Tetapi entah apalah malang tidak berbau untuk Fatin. Ketika dia tiba dipersimpangan masuk kehospital sebuah kereta kancil tiba-tiba membelok tampa amaran. Fatin yang sedang laju juga kearah selekoh..mereka bertembung di selekoh masuk. Fatin tergolek di tepi jalan. Jatuhan motosikalnya menghempap kaki. Pemandu kereta KANCIL seorang perempuan itu keluar  tergesa-gesa. Dengan wajah  pucat dan suara yang mengigil dia meminta maaf.  Dia tahu itu kesalahanya kerana tidak memberi isyarat membelok ketika membelok tadi.

“Ya Allah..maafkan saya..maafkan saya saya tak perasan tadi. ...kalamkabut anak tengah menangis.”Sambil membantu Fatin mengangkat motosikalnya.Fatin terdengar suara bayi menangis kuat diadalam kereta wanita tadi.

“ok…ok tak payahlah..tak payahlah pergi tenguk anak awak tu tengah menangis..saya ok , saya tak apa-apa” secara spontan Fatin menegakkan motosikalnya dan dia sudah bersedia untuk pergi. Wanita tadi terpinga-pinga tetapi tersedar dengan tangisan anakanya diadalam kereta.Sekali lagi dia meminta maaf.

“Maaf ye..cik tak cedera ke?.”

“Ok..ok saya tak ada apa-apa.” Ketika itu Fatin sememang tidak merasa apa-apa hanya terasa sengal di bahagian pehanya  sahaja mungkin kerana hempapan motosikalnya tadi. Sampai  di tempat kerja barulah Fatin merasa perit dan sakit dilututnya dan sikunya.Dia kebilik air, dia menyelak kaki seluarnya dan lengan bajunya dilihat ada luka yang mula mengeluarkan darah.Seluar dibahagian lututnya juga terkoyak sedikit.Dibasuhnya luka dilutut dan siku mengguna ubat pembasmi kuman kemudian dia meminta rakannya memberi satu dos suntikant untuk kancing gigi.Dia dinasihatkan berehat hari itu dan diberi cuti selama dua hari.Dia pulang semula kerumah.



                    Pagi itu Farhan terlewat bangun dan terlewat ketempat kerja. Malam itu dia tidak dapat  lena. Hampir pukul dua pagi baru lenanya singgah dimata, akibatnya dia kelewatan hari itu. Pagi itu dirasakan rumah sangat sunyi, tiada ribut dan kekecohan seperti selalu. Tiada lagi isterinya yang terjerit-jerit mengarahkan anak sulungnya.Tiada lagi rengekkan angah yang menangis kerana tidurnya terganggu. Ribut hanya diri sendiri yang kelewatan bangun bila tiada situkang kejut. Rupanya dengan ketiadaan ketawa-tangisan anak-anaknya menjadikan rumahnya  kosong dan beku. Dia bergesa ketempat kerja dengan perut yang kosong. Tidak pernah selama dia berumah tangga dia ketempat kerja dengan perut yang berbunyi minta diisi. Farhan mengelus perutnya seakan memujuk agar bersabar .

                  Didalam  kereta Farhan terbayang kebiasaan  rumahnya di waktu pagi. Dengan perilaku isterinya yang terkejar-kejar menyiapkan sarapan pagi mereka kemudian mennyiapkan keperluan anak-anaknya untuk dihantar kerumah pengasuh. Setelah mereka selesai solat dan bersarapan barulah isterinya mengejutkan anak-anaknya  yang telah besar sedikit,  anaknya yang kecil akan dikendung  untuk dihantar kerumah pengasuh. Selepas itu mereka akan ketempat kerja.

                     Dikala itu Farhan mengeluh didalam hati alangkah baiknya jika anak-anak  ada orang yang siap mengatur. Tidaklah mereka pagi-pagi buta bersusahpayah menghantar kerumah orang. Tetapi jika mereka memiliki  pengasuh dirumah akan membataskan pergerakkan dirinya dirumah pula. Dia juga tidak boleh lepas laku. Dia tidak suka keadaan itu.

.. orang beristeri dia ingin beristeri, orang beranak  dia  mahu anak juga. Tetapi setelah beranak dia menjadi rimas pula. Anak pulak tidak cukup jika seorang  dua sahaja. Entah apa yang dimahukan oleh hatinya dia juga tidak faham. Hai Farhan fahamilah hati mu Dia merasa ingin bersunyi-sunyi seperti sebelum mereka mempunyai anak dulu.. Ahh Farhan ingin mengulangai zaman yang tidak mungkin akan berpatah semula kebelakang.


                 Pagi ini lain pulak ceritanya baru sehari sunyi mendakap dirinya, harinya sudah tidak tentu arah.Sejak dia berkhawin itulah kali pertama dia kelewatan ketempat kerja. Itulah kali pertama perutnya pula berbunyi kelaparan.  Dia sudah mula rindu akan kehadiran isteri dan anak-anaknya. Tetapi selama ini itulah yang diimpikan agar dapat dia merasa damai.Sampai ditempat kerja sahabatnya menegur..

“Assalammulaikaum..lambat hari ni kenapa? …muka kau nampak letih, tak sihat ke Han? Orang rumah kau berisi lagi ke..baru lima bulan anak kau yang kecil takkan dah berisi lagi...”

“Hsyy ke situ pulak kau ni. Aku sihat tapi hati aku yang tak sihat.” Farhan berkata dengan perlahan.

“Apa pasal pulak hati kau tak sihat…habis orang rumah kau pun lambat juga ke hari ini?”

“Dia tak ada kat rumahlah yang aku lambat ni.”

“Dia pergi mana?”

“Kau ni Lan kalau menyiasat sampai keakar umbilah.”

“Ialah sebab dah diluar dari kebiasaan..biasanya isteri kau tak pernah tak ada disisi kau…alih-alih kau ditinggal sorang.. dia pergi mana?”.

“Entahlah Lan..ini semuanya salah aku.” Farhan mengakui kesalahanya.Wajahnya ditundukkan nampak murung.

“Takkan kau tak tahu isteri kau pergi mana.Ceritalah Han kita nikan sahabat..kalau kau tak cerita dengan sahabat sendiri denagn siapa lagi kau nak cerita. Lagi pun dengan bercerita masaalah kita, mungkin kita boleh memperbaiki kesilapan kita.”Edlan sudi mendengar cerita sahabat yang sedang bermsaalah dengan isterinya.Sambil menepuk-nepuk perlahan bahu sahabatnya memberi semangat.

“Ialah Lan memang aku nak cerita dengan kau..aku percaya dengan kau..kau lah sahabat aku yang sejati..semua rahsia aku selamat kalau aku cerita dengan kau Lan”.

“Kau pun sama Han kau pun amanah dengan segala rahsia aku..aku sebetulnya bersyukur dipertemukan dengan kau sebagai sahabat aku”.

“Sama-samalah kita Lan, nanti lah kalau ada masa lapang aku cerita.. dah ramai pesakit tunggu ubat tu..lagi pun aku malulah dengar dek orang lain, bila mereka dengar masaalah rumah tangga aku.” Farhan berbisik ketelinga Edlan sahabatnya.

“Ialah aku faham..aku tunggu.” Mereka berdua sahabat yang akrab, segala masaalah termasuklah yang peribadi  akan mereka dikongsi berdua.
Kalau ada masaalah rumah tangga atau apapun masaalah ditempat kerja mereka akan cuba mencari jalan penyeselasaian bersama. Mereka akan nasihat menasihati  antara satu sama lain . Seperti yang dijanjikan dia waktu rehat Farhan menceritakan masaalah rumah tangganya.


“Dia pergi mana..selalu kat mana ada kau kat situlah  dia..lagi pun kau ni mana boleh berpisah dengan isteri kau tu. Aku tak pernah dengar kau berrenggang dengan isterikau walau sehari sejak kau kawin dengan dia.”

“Dia balik rumah aya ibu dia.”

“kau berdua bergaduh ke..sampai dia tinggalkan kat rumah kau sorang-sorang”.


“Aku tak bergaduh”.

“Habis kalau tak bergaduh kenapa dia tinggalkan kau..kau yang saja-saja suruh dia balik rumah ayah ibu dia?”

“Tak juga ..tapi agaknya dia kecil hati dengan aku, semalam aku marah dia depan mak aku.”

“Takkan marah sikit dia boleh kecik hati, aku tenguk isterikau tu taklah cepat sangat nak kecik hati..hari tu kau marah dia depan aku dia tak kisah pun.. entah-entah ada perkataan yang dia tak suka kau sebut tak.”

“Mungkin juga sebab sudah  selalu juga aku cakap dia dan anak-anak menyusahkan aku..agaknya itu yang menyebabkan dia kecik hati..tapi aku tengukkan Lan isteri aku nilebih sayangkan anak dia dari aku ni..itu yang aku rasa naik angina saja.”

“Han kau sedar tak apa yang kau cakap..perkataan yang ‘dia meyusahkan kau’ kalau kau cakap kat aku pun aku terasa tau.”

“Aku tengah hangin masa tu..hati aku ni meradang saja tenguk dia manjakan anak-anak dia, beri perhatian lebih pada budak-budak tu sedangkan aku suami  dia dibiarkan saja.”

“Apa maksud kau dibiarkan..dia dah tak hiraukan makan minum kau atau pakaian kau tak dibasuhnya ke ??tapi aku tenguk hari-hari baju kau licin bergosok, tak pernah aku tenguk kau pakai basuk atau  berkedut dan aku tak pernah nampak kau pakai baju semalam..aku rasa hari-hari kau ganti baju.”.

“Taklah sampai macam tu..dia masih jaga makan pakai aku..tapi masa dia ..masa dia lebih banyak dengan memberi perhatian pada anak-anak..itu yang aku rasa macam dia tak hiraukan aku lagi..tak macam dulu masa kami belum ada anak hari-hari ada saja gurau senda dia..kalau tak pejam mata dia takkan berhenti dia bercakap, sekarang ni nak pandang muka aku ni pun macam tak sempat”.

“Han..Han kenapa sampai macam tu sekali kau minta layanan dari dia?... Kenapa kau tak fikir dia tu pekerja  dan ibu..lagipun kau bagi dia anak berderet-deret. Cuba kau pandang anak kau yang tua baru empat tahun adik dah dua..yang nombor dua tu baru dua tahun daah ada adik…anak kau  yang kecik lima bulan kan..semuanya belum pandai lagi menguruskan diri sendiri..buang airnya kena dibasuhkan dan makannya pun masih bersuap termasuklah yang tua tu. Betul tak Han,”.

“Betullah apa yang kau cakap tu Lan..memang dia ibu yang sangat ambil berat pada anak-anak dia…”.