~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 25 June 2012

Bab 13. Jangan ada rahsia


Anak punai anak merbah,
Terbang turun buat sarang,
Anak sungai pun berubah,
Inikan pula hati orang.

Sudah dua minggu Diana diMelaka, dia juga menyedari akan perubahan sikap kekasihnya Tengku Farid.Tertanya juga dihatinya, mengapasudah lama Tengku Farid tidak menghubungi. Selama dua minggu dia diMelaka hanya sekali Tengku Farid menghubuginya. Tetapi kesibukandan kesedehannya berdepan dengan nenek yang amat disayanginya sakit tenat kemudian meninggal dunia, menjadikan dia juga bagai terlupa kepada Tengku Farid. Neneknya ini adalah ibu kepada mamanya yang berbangsa Pertugis campur Cina sedangkan datuknya berbangsa Cina Baba. Mummynya pula bekahwin dengan ayahnya berbangsa Melayu tetapi ayahnya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Ketika itu Diana di tahun akhir pengajianya di United Kingdom. Perkhawinan cumpur ini menghasilkan Diana yang cantik dan jelita, kulitnya putih gebu kemerahan, berhidung mancung dan bermata bundar. Abang dan adik Diana juga tampan. Diana adalah anak perempuan tunggal. Dia mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki.
Setelah dua minggu dikampungnya Diana pulang semula keKuala Lumpur, lalu dia mendatangi kondo Tengku Farid malam itu, tetapi hampa Tengku Farid tidak ada di kondominiumnya. Dia mencuba menghubungi  melalui talifonbimbit Tengku Farid pula, juga hampa panggilanya tidak berjawab, yang kedengaran hanyalah sistem voice mail bax agar dia meninggalkan pesanan.Dia pulang semula kerumah yang disewa bersama tiga lagi kawannya dengan perasaan sungguh  hampa.
“Kenapa Di monyok saja”. Anita kawan serumah nya menegur..bila melihat wajah muram Diana. Diana menyewa bersama tiga orang lagi kawan perempuanya..Anita, Sharon dan Bella.
“I perasan Farid sekarang dah lainlah Nita..dia dah tak pedulikan I lagi, dua minggu I kat Melaka..hanya dua kali dia call I”.
“Apa yang you nak harap dia lagi.. dia kan dah kahwin”.Sampuk Bella yang ada sama diruang tamu apartment mereka.
“I tahu tu.. tapi dia kata dia bukannya suka pun dengan isteri pilihan grandpa dia tu..dia dah janji dengan I dia tak akan jatuh cinta dengan perempuan tu”.
“Aaah janji lelaki..kenapa you percaya janji lelaki Di, I ni kan ada..I sayang you Di..I sayang you lebih dari Farid sayangkan you”.
“I tahu tu Bella..I pun sayangkan you juga sebab you lah I tolak bila Farid ajak I kawin dengan dia”.
“Habis tu kenapa you masih cari dia, you tak puas dengan kasih sayang I selama ni ke”.
“Bukan macam tu Bella..I rasa sungguh tercabar dengan perempuan kampung tu..apa yang istimewanya sehingga Farid dengan mudah melupakan I ni..tapi  tak apa I dah nekat walau apapun terjadi I nak pastikan Farid akan tersungkur kat kaki I ni juga”.
“Habis I ni macam mana Di..” Bella mahu memasti dia mana kedudukan dirinya di hati Diana.
“You jangan bimbang..kasih sayang I pada you tak kan padam..I hanya nak Farid dalam genggaman I saja..walaupun I dengan dia I tak akan lupakan you..I tetap akan datang pada you..Bella”. Itu janji Diana kepada rakan serumah...mereka sama gander tetapi kata-kata dan janji mereka bagai ada yang tidak kena....begitukah cara hidup umat akhir zaman..yang sudah tidak tahu mahu membezakan baik dan buruk dan mana satu yang betul dan salah....

=======================
 Kini sudah menjadi kebiasaan Tengku Farid, dia tidak akan megaktivkan telefon bimbitnya waktu malam, kerana tidak mahu terganggu ketika dia sedang belajar mengaji atau berzikir.Dia ingin memberi tumpuan pada apa yang dilakukan. Dia sedar akan dosa-dosanya yang lalu. Dia berazam memperbetulkan dirinya.  Azamnya sudah padu kini ingin bertaubat bersungguh-sungguh. Dia ingin menjadi seorang hamba Allah yang taat.
Pagi itu NurJannah menyediakan nasi lemak sambal udang untuk sarapan pagi mereka. Oleh kerana sedapnya nasi lemak buatan isterinya dia bertambah sampai dua kali.Tengku Farid rasa kekenyang…
”Mahu tertidur abang kat office ni nanti “ .
“Makan kenyang sangat buat apa.”
“Jannah masak sedap, abang tak boleh nak berhenti makan..kena pulak secawan nescafe kaww Jannah ni..ohh abang rasa tak boleh nak bangun.”
“Abang dah nak jadi macam ular sawa lah pulak, dah kenyang nak melingkar saja...”. Lepas itu mereka ketawa bahagia. Sesungguhnya mereka berdua sangat bahagia sekarang ini.                                                         
          Bagi Tengku Farid sememangnya dia sangat bahagia lahir dan batin. Setelah dia mengenali isterinya  dia mendapat ketenagan. Hidupnya teratur, makan, minum dan pakainya juga terjaga. Kini hidupnya bagai terisi dengan sesuatu yang tidak pernah dirasainya dulu. Dia sungguh bahagia. Doanya setiap kali selepas solat agar kebahagiaan ini berkekalan hingga keakhir hayatnya. Setelah menghantar isterinya kepejabatnya, Tengku Farid terus ke pejabatnya pula. Sedang tekun dia mengadap komputernya, terdengar pintu biliknya diketuk menandakan ada seseorang yang ingin menemuinya, tampa mengalihkan pendangan dari komputernya..
”masuk” Jerit Tengku Farid.
Walaupun terdengar pintu sudah dibuka dari luar, namun Tengku Farid masih memusatkan pandangan pada komputer di hadapanya. Sehinggalah satu suara yang sangat dikenali singgah ditelinganyanya.
”Sibuk nampak.” alangkah terkejutnya Tengku Farid mendengar suara yang menerjah gegendang telinganya…terus dia mendogakkan kepalanya.
“Hmm…sibuk sikit..eh..Diana bi..bila you balik apa khabar nenek you.” tergagap sedikit Tengku Farid kerana terkejut kerana tidak menyangka Diana akan datang kepejabatnya pagi itu. Sebenarnya dia sudah terlupa kehadiran Diana dalam hidupnya..kini hanya Nur Jannah dihati dan mindanya.
Diana mempamirkan wajah sedehnya.
“Nenek I dah meninggal  minggu lepas”.
“Ohh.. itu yang you sambung cuti…kenapa tak bagi tahu.”soal Tengku Farid menyembunyikan kegugupanya.
“Sepatutnya you yang call tanya..You tak telefon I kenapa?... You sibuk dengan wife you ke sekarang.” ada nada cemburu, Diana menyambung bicaranya ingin mencungkil rahsia kehidupan Tengku Farid. Dia merasakan dirinya seakan dilupakan oleh kekasihnya sendiri..
“Biasalah orang baru kahwin sekejap pergi rumah grandpa I sekejap pula pula pergi rumah nenek  dia, itu yang tak duduk rumah asyik kehulu kehilir saja.” cerita Tengku Farid tiada riak bersalah diwajahnya kerana tidak ambil berat perihal Diana yang merangkap kekasihnya..
“atau you yang dah jatuh cinta pada dia dan asyik nak peluk dia saja... itulah yang sibuk sebenarnya.” sindir Diana hatinya sakit kerana dilupakan.
“itu sudah semestinyalah Diana..dia kan isteri I.” tambah Tengku Farid tampa berselindung.Terkedu dan tercalar hati Diana bila Tengku Farid membenarkan segala kata-katanya.. tadi ingatkan Tengku Farid menafikan tapi sebaliknya pula.
Tapi apakan daya Diana merekakan sudah menjadi suami-isteri yang sah, pilihan keluarga pula tu, bagaimana hendak dia menghalag. Diana menukar tajuk perbualan untuk menamatkan cerita yang menyakitkan hatinya. Walaupun hatinya sakit dia tidak perlu mengalah dan membiarkan Tengku Farid sewenag-wenagnya menjauhkan diri darinya.
“Lunch nanti you nak makan kat mana.”
“I rasa tak lunch hari ni...I masih kenyang lagi ni, pagi tadi I dah makan nasi lemak sambal udang sampai bertambah-tambah….agak sampai petang I masih kenyang, Diana. ” tutur Tengku Farid sambil mengusap perutnya.
Tengku Farid mempamerkan wajahnya yang bahagia, makin sakit hati Diana yang sememang sedang sakit. Lalu dia meminta diri untuk pulang semula ke pejabatnya. Malas dia mahu berlama-lama memandang wajah kekasihnya yang seperti tidak rindu kepada dirinya.. dia merasakkan Tengku Farid seakan tidak begitu ceria dengan kehadirian dirinya.
“oklah….I balik dulu orang dah tak sudi nak makan dengan kita.”Terdengar ada nada merajuk dihujung suaranya. Dia mengharapkan Tengku Farid menghalangnya dari keluar dan memujuknya tapi hampa, Diana bangun menuju ke pintu. dia meneruskan langkahnya.. sebelum keluar Diana menoleh sekali lagi.
“oh ya.. malam nanti kita nak pergi mana.”Diana mencuba.
“ehh nenek you kan baru semuinggu meninggal takkan you dah nak pergi enjoy.” Tengku Farid pula mengingatkan kalau Diana terlupa yang neneknya yang disayangi baru sahaja meninggal dunia, takkan Diana mahu pergi berhibur pula.
“Alahhh you ni…dia dah meninggal biarlah dia meninggal, kita yang hidup tentu nak ‘happy’. Kehidupan kita mesti di teruskan ‘hidup hanya sekali’ Farid, selagi kita boleh enjoy kita enjoylah, kalau dah meninggal macam nenek I tu dah tak boleh lagi dah.” Diana membalas dengan wajah yang tidak menampakkan pun wajah sedehnya lagi. Terkedu Tengku Farid mendengarkan. Terdetik juga dihati Tengku Farid ‘betul ke dia ni sayangkan nenek dia macam yang dicakapkanya dulu.’ Diana masih berdiri diambang pintu bilik, pintu belum lagi dibukanya walaupn tobol pintu sudah dipegang dia menanti jawapan ‘yes’ Tengku Farid. Tetapi lain pula jawapan yang diterima...
“I ada hal lah malam ni.. tak boleh pergi rasanya.” kebetulan hari itu hari Khamis selepas solat Magrib nanti, Nur Jannah akan memabaca surah Yassin. Sudah kukuh niat dihatinya dia ingin melancarkan bacaan Yassinya, hatinya begitu teruja untuk membaca Yassin sebenarnya. Kini Tengku Farid tidak lagi tertarik dengan hiburan malam yang selalu dikejarnya dulu. Dia merasakan apa yang diamalkan sekarang mendatangkan kepuasan untuk dirinya. Azamnya dia ingin mecari dan menggantikan apa yang telah ditinggalkannya.Tengku Farid betul-betul sudah berubah.
Sampai sahaja Diana dipejabatnya terus dia menghubungi Halim…

“Hallo ini Halim ya.” tanya Diana di hujung talian.

“ yes..Halim speaking. “

“I ni... Diana.”

“Oh Diana apa khabar. “

“Khabar tak baiklah”
“apahal pulak.”
“I pergi office Farid tadi… tapi I rasa Farid tu dah berubahlah  tak macam  dulu.”
“Kenapa dia tak layan you ke?”
“Layan tapi dia tak lah mesra  macam dulu… I rasa dia macam dah tak ada felling dengan I lagi ….hmmm dia dah berbaik dengan wife dia ke?”.
“Memanglah... dia kan dah duduk serumah dengan wife dia…you tahu tak sekarang ni dia dah pergi sembahyang  dan sembahyang Jumaat lagi tau ..entah-entah tak lama lagi dia pakai serban atau kopiah almaklumlah wife diakan pakai tudung labuh.”sambung Halim lagi cuba memanjangkan cerita.
“Tadi I ajak dia lunch dia kata dah kenyang lepas tu I ajak keluar malam nanti….tapi dia kata ada hallah pulak, I rasa macam dia nak mengelak dari I saja.”  Diana mengadu kepada Halim dengan suaranya yang sayu.
“ You kecik hati dengan dia ke?.”
“I takut dia tinggalkan I...dari gaya dia tadi I rasa dia dah tak perlukan I lagi dalam hidup dia..I sedehlah Lim..kalau apa yang I bayangkan terjadi pada diri I ni”.
“Emm ..entahlah Diana I pun tak tahu macam mana nak tolong you ….pada I biarkan lah mereka.. mereka kan suami isteri. Dia kahwin pun pilihan keluarga tentu Farid kena berbuat baik dengan isteri dia, Farid tak boleh nak mengelak kesian dia. Tapikan...I pernah jumpa isteri dia, isteri dia pun baik Diana, you carilah orang lain. Pada I, you tu ramai lagi yang nak... orang cantik macam you sekali petik, sepuluh orang yang datang berbaris nak gantikan tempat Farid”.
Sebenarnya suatu ketika dulu Halim juga terpikat dengan Diana. Diana merupakan kawan satu kelas ketika mereka sama belajar di United Kongdom dulu. Dialah orang yang memperkenalkan Diana dengan Tengku Farid bila Diana beria-ia mahu berkenalan dengan sahabat baiknyanya itu. Sejak itu Halim membuang jauh-jauh rasa sukanya pada Diana. Dia tahu siapa dirinya hanya anak seorang pesawah yang sederhana sahaja kehidupanya. Tidak terlawan dengan kekayaan Tengku Farid merupakan cucu tunggal seorang pengusha hotel yang terkenal di Malaysia. Dari pandangan matanya, Diana akan hanya suka pada orang-orang yang sanggup memberikannya kemewahan kepadanya  sahaja... Itulah warna Diana sebenarnya.
“Entahlah Lim hati I ni masih sayangkan  dia lagi.” sayu Diana menuturkan sememang dia rasa terkilan dan tercabar mendengar cerita Halim dan dengan perubahan sikap Tengku Farid itu sendiri. Mulalah dia berkira-kira didalam hatinya apakah kekurangan dirinya, nak kata tak cantik tidak pernah ada orang mengatakan dia tak cantik atau tak menarik..rata-rata orang memuji akan kecantikan dirinya dari segi wajah dan bentuk badannya.
“Oklah Halim I ganggu you saja dengan masaalah I ni.” Diana ingin menamatkan perbualanya, bila di rasakan Halim juga tidak dapat membantunya dan lebih memehak kepada Tengku Farid pula.
“Tak apa you tu kan kawan I…. kalau nak pertolongan lagi bagi tahulah kat I, mana tahu I boleh carikan jalan menyelesaikan masaalah you.” Sememangnya Diana dan Tengku Farid kawannya, sebenarnya dia lebih dahulu mengenali Diana dari Tengku Farid mengenali Diana.
“Ok..thanks.” talian diputuskan.
Halim termenung memikirkan apa yang diceritakan oleh Diana.

Halim juga menyedari akan perubahan sikap sahabatnya. Kini setiap hari Jumaat mereka akan pergi sembahyang Jumaat, Tengku Farid mengajaknya. Kali pertama Tengku Farid mengajaknya sembahyah Jumaat Halim mengusiknya.
”Tak lama lagi engkau ni pakai serbanlah nampaknya.” guraunan itu hanya disambut dengan sengihan dan berkata..
“Insyaallah kau doakan lah yang baik-baik untuk aku Lim...aku sedar selama ni aku dah banyak buat dosa .. dosa pada Allah dan dosa pada manusia juga..Lim kalau aku sedar dari dulu lagi kan elok..tapi aku bersyukur sangat-sangat masih diberi peluang membetulkan diri..Insyaallah lepas ini aku akan berjaga-jaga.” itulah balasan kata-kata Tengku Farid terhadap usikkan. Kini sahabatnya itu kelihatan lebih sabar dan bertimbang rasa.
Mendengar kata-kata sahabatnya terlintas di fikiran Halim untuk apa dia memperli atau mempersendakan perubahan yang baik sahabatnya itu. Sepatutnya dia menyokong dan memberi galakkan kepadanya atau mencontohinya perubahan yang baik itu.  Timbul kekesalan pula di hatinya, sejak itu dia tidak lagi mempersendakan Tengku Farid. Pada Tengku Farid pula jika sekarang ini dia mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa yang tidak pernah dirasainya dulu, mengapa harus dia berpatah balik kebelakang dan mengulangi kehidupanya zaman jahiliahnya. Tidak ada apa yang dia dapat, duit habis penat dapatlah, puas memang tak pernah puas rasanya. Dia tidak terasa hati pun akan kata-kata sahabatnya itu malah dijadikan sebagai perangsang untuk mengubah dirinya menjadi seorang manusia yang lebih baik dari dulu.
Tengahari itu Halim masuk ke pejabat sahabatnya…bila pintu dibuka dilihatnya sahabat nya itu tekun mengadap komputer tidak menoleh kepadanya. Bagi Tengku Farid pula dia tahu kalau ada orang masuk tampa mengetuk pintu terlebih dahulu, tak lain mestilah Halim. Halim merupakan teman seperjuangan dari zaman sekolah menengah hinggalah mereka belajar ke United Kindom mereka bersama. Kini bekerja di bawah satu bumbung  pula Halim merupakan Akauntan dibahagian kewangan disyarikat kempunyaan datuknya. Keakraban mereka seperti adik beradik, bergaduh bertengang urat perkara biasa, tapi tak lama berbaik semula.
“Hai sibuk nampak... kau tak keluar makan tengahari ini?” tegur Halim apabila Tengku Farid tidak memandang kepadanya, sebenarnya ingin menyiasat akan kebenaran kata-kata Diana tadi.
“Rasanya taklah... pagi tadi aku dah makan nasi lemak sampai tambah dua pinggan, ni yang aku rasa kenyang lagi”.
“Amboi… sedapnya sampai dua pinggan kau sental….sedap sangat ke….beli kat mana esok pagi boleh ‘pekena’ aku sepinggan, aku dengar saja kau cerita tapi dah rasa sedapnya.” sambil meneguk air liurnya Halim bertanya kerana perutnya sebenarnya sudah lapar.
Farid memusingkan mukanya mengadap Halim sambil tersenyum bahagia.
“Aku tak beli... itu yang dapat makan banyak. Wife aku pagi tadi masak nasi lemak lauknya sambal udang, telur dadar berserta sayur kangkung goring belacan dan timun.. itu yang berselera aku makan tu”.
“Amboi banyaknya lauk bahagianya kau sekarang.” Halim cuba memancing kisah rumah tangga sahabatnya.
“Terima kasih Lim ini semua atas nasihat engkau dulu, aku bahagia sekarang.” Tengku Farid terdiam sebentar kemudian menyambung bicaranya semula dengan lagak gembira, Bibirnya bergaris dengan seyuman memanjang, kerana dia masih  teringat kesedapan nasi lemaknya pagi tadi.
  “Ialah Lim kalau kat kedai mana nak dapat macam tu kan, kata Isteri aku.. sengaja dia makan siap ada sayur sekali, sebab  dia jarang makan tengahari, di kira ‘two in onelah’ makan pagi campur makan tengahari sekali.” sambung Tengku Farid bercerita hal isterinya kepada Halim, terkekeh-kekeh Halim ketawa.
“Macam iklan syampulah pulak isteri  kau ni Farid  mengistilahkan breakfast  dan lunch dia, kenapa dia tak makan tengahari nak diet ke, takkan nak jimat kut..neneknya punyalah kaya.” Halim menyoal lagi.
“Dia kata malas nak berebut-rebut, berpanas-panas keluar, waktu rehat dia nak rehat betul-betul kat surau katanya”.
“Habis kau dah nak ikut macam dialah ni nak berihat kat surau saja waktu lunch ni.” usik Halim menduga..
Farid melihat jam di pergelangan tanganya.
“Ohh... dah nak masuk zohor dah ni...Kata Jannah hari ini  masuk waktu zohor pukul 1.15 ada lima minit lagi.” tampa prsangka Tengku Farid menjawab.
Termagu Halim memandang sahabatnya, memang sahabatnya kini telah berubah detik hati Halim. Dia begitu menjaga waktu solatnya dan setiap perbualan mesti terselit nama isterinya. Tidak tersebut lagi nama Diana, walaupun pagi tadi baru sahaja Diana mengunjunginya.




Saturday 23 June 2012

Bab 12. Jangan ada rahsia




Beringat sebelum mati,
Carilah bekalan untuk dikubur dan akhirat nanti’.

Didapur sambil memasak  Nur Jannah berceloteh itu dan ini. Dia memberi alasan mengapa tidak suka membeli lauk diluar. Kerana tidak terjamin kebersihanya itu katanya. Kalau terdesak sesekali tak mengapalah, jangan di jadikan satu kebiasaan, mulalah dia bercerita apa yang di perkatakan oleh neneknya dikampung dulu.

“Jannah ingat sangat pesan nenek katanya jangan selalu sangat makan kat luar..sebab masakkan kat luar tidak terjamin kebersihanya. Cuba abang fikir mereka tentu masak banyak dan tentu saja nak cepat, cuci ke bahan yang di basuh?” Tengku Farid tepinga-pinga bila disoal begitu….dia tidak menjawab soalan isterinya tapi menyoalnya kembali.

“apa bezanya cuci dengan bersih?”  Tengku Farid sudah lari dari garisan hidup sehariannya, dia tidak membincangkan hal perniagaan seperti selalu jika dia berbual denmgan rakan niaganya…atau menceritakan keseronokkan ketika dengan Diana atau kawan-kawannya.

“Haa …kata nenek bersih  tu bersihlah, sesuatu kalau kita basuh dengan air mestilah bersih…..tapi cuci ni bersih yang sebesih bersihnyalah, sebab kita basuh di serta dengan selawat nabi sekali….Caranya mula mula basuh bahan seperti ikan ayam atau daging atau sayur dengan air bersih kemudian di cucur dengan air mengalir di sertai dengan selawat keatas nabi supaya suci. Bahan masakkan yang suci bila di makan akan mendapat keberkatan…Dengan keberkatan dari Illahi kita mendapat kekuatan”.

“Kuat yang macam mana… kuat yang nak angkat benda-benda berat ke?.. buat apa?”

“Abang ni.. bukan kuat tenaga…tapi kuat batin..kuat mempertahankan prinsip kita…macam Jannah ni Jannah kena kuat..untuk mengelakkan dari makan luar. Cuba abang tenguk gerai-gerai menjual makanan banyak bersepah diluar tu..makananya pulak sedap-sedap, kalau kita tak tahan..tentu tergoda nak membelinya. Tapi Jannah ingat sangat pesan nenek..kalau kita selalu makan makanan yang tak suci, perasaan kita akan cepat memberontak dan tak terkawal. Tengoklah orang sekarang tak kira lelaki ke perempuan cepat tertarik antara satu sama lain yang bukan haknya. Walau pun dia sudah ada isteri yang yang cantik atau suami yang baik dirumah.  Tapi kerana naluri yang yang halus tidak terbendung menyebabkan  persaanya cepat goyah dengan pujukan syaitan. Bila bergaduh atau bertengkar sikit, menjadi melarat-larat sebab tidak mahu mengalah, pada hal perkara remeh saja yang ditengkarkan. Ialah..Dua-dua mahu mempertahankn ego masing-masing akhirnya bercerai berai.  Tenguklah sekarang banyak kes bercerai berai. Dari kes bercerai berai ni timbul pula masaalah social anak- anak pula. Biasanya anak-anak dari pasangan yang bercerai kalam kabut sikit hidupnya.. Walaupun jika dilihat perceraian akan hanya membabitkan dua jiwa sahaja yaitu suami dan isteri..tapi kita tak pernah terfikir naluri anak-anak yang tergoris..perceraian akan membawa banyak jiwa yang kecewa. Dalam kes macam ni seseorang tu tak kuatlah..tak kuat iman.
Nenek selalu bagi  contoh pada Jannah, dia suruh  kita tengok anak-anak sekarang susah nak dengar nasihat, suka memberontak, cepat marah dan kadang-kadang  tu macam tak ada perikemanusiaan, ini mungkin juga di sebabkan makanan yang di makan tidak suci. Kalau makanan tak suci, syaitan senang masuk dan meresap dalam fikiran, kalau fikiran dah dikuasai oleh syaitan tentu perangai kita pun macam syaitan.  Cuba abang tenguk mat-mat rempit, berani dia buat macam tu dengan bawa motor laju cilok sana cilok ini celah-celah kereta. Kalau fikiran mereka waras rasanya tentu dia takut nak buat macam tukan. Lagi satu tenguk pasangan muda yang sedang bercinta sekarang. Kalau dia sedar dan berfikiran waras tentu dia malu nak buat aksi-aksi mesra peluk-peluk  macam tu kat depan orangkan bang.” Pot pet..pot pet NurJannah bercerita..suaminya hanya terkebil-kebil memandang, di benak berkata  isterinya ni kalau mula bercakap memang susah nak berhenti. Tapi dia suka pula mendengar, ada sahaja soalan  yang hendak ditanya, supaya dapat dirungkai. Lama mereka terdiam. Bagi  Tengku Farid diamnya kerana memikirkan akan kebenaran kata-kata isterinya tadi, manakala Nur Jannah mungkin sudah kehabisan cerita..tetapi tiba-tiba Nur Jannah bersuara lagi..

“Bang… masak  ni susah tak?” Ahh Jannah ni belum sempat dia menganalisis ceritanya tadi dah bersuara lagi detik hati Tengku Farid. Nur Jannah memandang suaminya dengan senyuman.

 “Taklah nampak susah ….kalau abang tenguk Jannah masak ni macam senang saja tak sampai dua jam dah boleh makan, lagi sedap makan masa panas-panas rasa macam masakkan kita segar.” Ketika itu  Tengku Farid di tugas kan oleh isterinya menyiang sayur. Dia sudah diajar cara-cara memotong kacang bonces yang dipotong serong-serong tadi.

“Abang baru sekali nampak Jannah masak dah kata senang, tapi memang senang pun, ni cuba abang tengok kalau hari-hari abang tolong Jannah masak rasanya abang pun dah boleh masak sendirikan. Tahu nak tumis macam mana, nak rebus macam mana, nak goreng macam mana dah boleh masak kan bang, tapi masakkan yang kata orang tu. ‘Makan nak hidup’ sajalah, tak dapatlah makan makanan yang sedap macam masakkan kat hotel ataupun masakkan barat tu kan bang.” Nur Jannah berkata-kata dengan suaminya sambil menumis bawang yang telah di hiris tadi ke dalam periuk untuk masak sup ayam pula.

“Ahhh ialah tu… baru pertama kali abang tolong Jannah ni..dah kata Jannah abang ‘boleh’ tolong pandang boleh lah, tapi Jannah masak macam ni lagi sedap dari masak yang entah apa-apa resepinya, kalau abang.. masak sambal sardine macam petang semalam tu lagi sedap dari masak kari ayam yang abang rasa kat restoren, abang rasa macam cepat muak mungkin sedap yang kita rasa tu disebabkan oleh bahan perasa saja kot.”  Tengku Faird membalas apa yang diperkatakan oleh isterinya. Mereka berbual  sambil  memasak di dapur  dan makin megenali antara satu sama lain. Makin seronok dan semakin terasa ada keserasianya.

Hari ini Nur Jannah masak sup ayam bersama kentang, goreng belada ikan tenggiri dan sayur campur.. kobis dicampur kobis bunga, carrot dan kacang buncis berperencah udang sederhana besar. Berselera betul Tengku Farid menikmati makan tengaharinya. Selepas makan tengahari mereka ke kedai buku untuk mencari sebuah muqudam dan buku cara-cara mengerjakan solat.

“Apa bezanya antara pahala dan keberkatan Jannah, abang dengar Jannah sebut keduanya macam sama saja” seakan bingung dengan keterangan isterimnya.

“Pada fahaman Jannah pahala ni macam markahlah..macam ni, jika seseorang itu mengerjakan solat dengan betul dan khusuk tidak ada yang lain dihati kita melainkan Allah yang kita sembah.. kita mendapat pahala, dapat markahlah tu.
Tapi “keberkatan”.. sesuatu ni kalau mendapat keberkatan dari Allah kita akan merasa cukup walau pun sedikit. Macam makanan.. jika kita membeli dengan duit yang halal ertinya rezeki itu halal dan mendapat keberkatan walau sikit kita merasa kenyang. Kalau duit gaji kita berkat pula..walau pun kita mendapat sikit tapi cukup untuk segala keperluan dan kalau kita mendapat anak, anak kita makan dari rezeki yang halal  dan diberkati Allah  insyallah akan mudah di jaga umpamanya mendengar kata dengan kata lain  tak lah degil dan nakal itu pada pengertian Jannahlah bang”. Berlalu satu hari yang begitu bermakna bagi Tengku Farid bersama isterinya.

 Sudah hamper sebulan perubahan jalan hidup Tengku Farid. Kini hari-hari yang di tempuhi oleh Tengku Farid berlainan dengan kehidupnya dulu. Rutin kehidupanya juga turut berubah. Kerana  kesibukan dirinya juga membuat dia terlupa pada Diana. Apa tidaknya seharian di pejabat akan sibuk dengan kerja-kerja pejabat dan mesyuarat, pulang sahaja dari pejabat dia membantu isterinya memasak untuk makan malam mereka. Selepas solat Magrib mereka sama-sama belajar mengaji dan berzikir.  Kini Tengku Farid betul-betul sibuk mengejar dunia dan juga mengejar dan mengumpul bekalan untuk akhiratnya kelak. Waktunya penuh terisi, walaupun begitu dia merasa seronok terasa hidupnya penuh bererti sekarang ini.

Pada kebiasaan hari Khamis malam Jumaat Nur Jannah akan membaca surah Yassin dan tahlil untuk arwah ayahnya. Amalan ini diajar oleh datuknya semasa dia kanak-kanak remaja  lagi. Walaupun kini dia tidak lagi tinggal bersama datuk dan neneknya amalan itu tidak di tinggalkan.  Hanya ada sedikit waktu selepas solat Isyak mereka akan merehat-rehatkan badan sambil menonton televisyen dan berbual-bual. Mereka selalu membincangkan isu semasa dan kadang-kadang berkenaan kerja dipejabat mereka. . Inilah amalan harian Nur Jannah yang sudah diikuti pula oleh Tengku Farid. Satu perkara yang telah menjadi kegemaran Tengku Farid sejak dia mengenali isterinya….. merebahkan badannya di sofa ruang tamu dan kepalanya pula di ribaan isterinya. Sambil itu isterinya akan memicit-micit kepala dan membelai rambutnya, dia merasa sungguh selesa dimanja begitu. Dia juga suka apabila isterinya menyandarkan tubuhnya kebadannya atau isterinya melintukkan kepalanya kebahunya. Tengku Farid terasa dirinya begitu bermakna dan dihargai dengan perbuatan manja isterinya. Hari demi hari Tengku Farid makin mengenali Nur Jannah, sayangnya makin mencambah. Orang kata tak kenal maka tak cinta ni dah kenal, adakah cinta Tengku Farid sudah mula berkudup dan akan berkembang.

   “Jannah… sekarang ni abang rasa tenang dan bahagia sekali” itulah yang dia rasanya sekarang ini. Diluahkan kepada isterinya yang sedang memicit-micit kepalanya. Mereka sedang berehat diruang tamu menunggu masa untuk tidur.

“Emmm ialah kata atuk kan bang kalau kita selalu mengaji dan berzikir dapat membersihkan hati, menenangkan jiwa, juga dapat menghindarkan perkara yang tidak elok. Amalkan selalu supaya menjadi rutin seharian kita..kalau sudah menjadi kebiasaan kita tidak rasa terbeban dengan apa yang kita buat..betul tak bang”.

“Betul tu..Jannah tiap-tiap minggu ke Jannah baca Yassin.”

“Insyaallah kalau Jannah tak uzur Jannah baca. Baca Yassin ni mengaji juga tapi special sikit sebab kita baca malam Jumaat. Kata atuk mengaji ni berzikir juga. Selain dari itu Jannah baca Yassin danTahlil  sebab Jannah sayang arwah ayah Jannah.  Pahalanya Jannah sedekahkan kepada arwah ayah. Walaupun Jannah tak pernah jumpa arwah ayah, kerana arwah ayah Jannah meninggal masa Jannah kecil lagi, tapi itu tak mengapa , Jannah menghargainya sebab dengan adanya dia Jannah lahir kedunia ni...bang …kalau abang  sayang seseorang yang dah meninggal dunia baca lah apa-apa surah dan berTahlil kemudian pahalanya sedekahkan kepada orang itu,  dengan cara itu sahajalah kita dapat menolong orang yang telah meninggal dunia. Nabi bersabda pada sahabat-sahabat baginda…orang-orang yang telah meninggal dunia ni, dia mendapat kebaikan hanya  dari tiga perkara sahaja…

Pertama sedekah jariah ketika dia masih hidup, yaitu masa dia masih hidup jika dia ada memberi sedekah tak kiralah bersedekah kepada anak yatim ke, fakir miskin ke, terutama masa membina surau atau sekolah atau rumah anak yatim atau pun kita membelikan sejadah  atau apa jua benda, selagi perkara yang dibuat dari duit yang kita sedekah atau  barang-barang tadi masih digunakkan kita akan mendapat pahala darinya.

Yang kedua Ilmu yang bermenefaat, jika kita mengajar seseorang cara membuat sesuatu perkara jika dia menggunakan ilmu itu untuk kebaikan, kita pun mendapat pahala juga, atau pun kita membeli satu buku kemudian orang baca buku itu, dan amalkan ilmu dari buku itu kita juga mendapat pahala. Itulah sebabnya jangan tipu kalau kita mengajar orang.. terutamanya memasak, kalau kita nak tunjuk cara-cara nak masak tunjuk betul-betul dan satu lagi kalau kita nak bagi orang buku biarlah buku yang elok, jangan beli buku yang mengajar orang buat jahat selagi orang buat jahat mengikut dalam buku yang kita beli kita akan dilaknat oleh Allah.

Dan yang ketiga doa dari anak yang solleh, kalau kita sayang ibu bapa kita, kalau mereka sudah meninggal dunia rajin-rajinlah kita solat selepas solat berdoa memohon kebaikan keatas mereka dan kalau kita mengaji pahalanya kita sedekahkan kepada arwah ibu dan bapa kita tadi. Tapi atuk dan nenek Jannah lain pula, sebab dia sayang arwah anak dia yang meninggal ketika umurnya masih muda, dia pula yang mendoakan arwah anak dia. Tapi atuk dan nenek bernasib baik sebelum anak dia meninggal dapat juga melahirkan cucu ‘Jannah’ni. Dia mengharapkan Jannah dapat menggantikan arwah anak mereka, iaitu mendoakan mereka kelak kalau mereka dah meninggal nanti, lagi pun hanya Jannah cucu yang dia ada. Dia pesan sungguh-sungguh pada Jannah kalau mereka dah meninggal nanti, supaya Jannah tidak lupa berdoa dan sedekahkan Yassin  untuk mereka, itulah sebabnya mereka ajar Jannah semua ini. Sekarang ni baru Jannah perasan.. kenapa atuk dan nenek jaga sangat Jannah ni supaya Jannah tidak jadi budak yang nakal. Kalau Jannah jahat tentu Jannah tak ingat nak mengaji dan tentu Jannah tak ingat nak mendoakan mereka nanti kan bang.” Panjang lebar Tengku Farid mendengar isterinya bercerita.

Terharu hati mendengar cerita isterinya, lalu dia memeluk bahu isterinya dengan mata berkaca-kaca. Simpati Tengku Farid kepada isterinya yang merupakan anak yatim rupanya. Betapa pandai datuk dan nenek Nur Jannah mendidik cucunya walau pun kini tinggal dikota besar dan diuliti kesenangan tapi tetap tidak mengubah pendirianya dan terikut-ikut terpengaruh apa yang didepan matanya. Betapa beruntungnya datuk dan nenek Nur Jannah mendapat cucu yang baik seperti isterinya, walaupun kehidupanya tidak dihadapan mata mereka, tapi  masih lagi mengamalkan apa yang di pelajari dari mereka berdua.

Bila bercerita dengan isterinya Tengku Farid selalu mendengar apa yang dipesankan oleh datuk dan nenek isterinya, perkara ‘tak elok dan perkara elok’ jadi dia inigin mengetahuinya..

“Jannah perkara tak elok tu macam mana dan perkara elok tu macam mana” tanya suaminya sekarang ini dia ingin tahu cerita dan istilah-istilah yang di gunakan oleh isterinya.

“Perkara tak elok ni”…terdiam sebentar Nur Jannah memikir …lalu menyambung lagi..
”kalau kita jalan tiba-tiba ada orang  kenyit mata dengan kita, abang rasa perkara itu elok tak … kalau Jannah tak elok sebab perbuatan itu adalah permulaan perkara maksiat…Ialah mula kenyit mata bila di layan, ajak jumpa lah pula, bila jumpa kenal-kenal mesra lepas tu apa?” Nur Jannah mengelip-gelipkan matanya dua tiga kali  dan melintukkan kepalanya dengan gaya manja mengoda, tergoda juga Tengku Farid melihat gaya isterinya pandai pulak isteri aku ni mengoda detik hati yang masih memandang tidak berkelip, kemudain tersedar bila isterinya bersuara kembali.

“Tapi kalau kita dah ada pendinding maksudnya zikir-zikir tadilah tidaklah tergoda…betul tak bang kerana Allah sudah melindungi hati kita dari tergoda. Itu contoh yang sangat kecil dan remeh bagi sesetengah  orang atau pada abang, tapi kesanya tak terjangka, pada hal perkara seperti itulah yang menyumbang  kerosakkan moral dan social anak muda kita sekarang … lari dari rumah ikut boyfrendlah, rogollah, buang bayilah..abang bacalah dalam surat khabar hari-hari terpampang cerita-cerita macam tu” cerita Nur Jannah bersungguh-sungguh. Kemudian dia berhenti sebentar suaminya hanya berdiam diri memikirkan kata-kata isterinya..belum sempat Tengku Farid bersuara, isterinya bersuara lagi..

“Perkara yang elok pula…zaman sekarang jarang kita ada kawan-kawan yang mengingatkan kita pada perkara kearah kebaikan, umpamanya bila saja masuk waktu sembahyang diajaknya kita pergi bersembahyang atau  mengajak kita ke Masjid atau mengajaknya kita pergi menolong orang tampa ganjaran, tapi kalau ajak kita pergi tengok peasta atau hiburan adalah… betul tak bang”. Nur Jannah memandang suaminya yang hanya memebisu sedari tadi.

‘Betul jugak’ detik hati Tengku Farid.

Nur Jannah bukan lah seorang yang pendiam rupanya. Jika sudah mengenalinya banyak persoalan boleh di bincangkan bersamanya. Dari apa yang diceritakan oleh isterinya Tengku Farid membuat kesimpulan tentang isterinya, mungkin dari pemakananya Nur Jannah mempunyai hati yang bersih, tulus dalam semua perkara dan sentiasa tenang, berfikiran matang dan yang paling penting dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk dirinya, walau pun jika dikira dari segi umur Nur Jannah masih muda lagi baru mencecah dua puluh empat tahun.

Kini Tengku Farid sudah  melupakan kebiasaan kehidupanya dulu. Dia juga sudah melupakan prinsip yang ditanamkan di benaknya bersama kawan-kawanya ‘hidup hanya sekali.. selagi masih hidup kita mesti enjoy atau berseronoklah puas-puas’. Dulu dia suka berpelesaran di kelab-kelab  malam, berkaraoke dan meronda-ronda seleruh pelusuk Kuala Lumpur bersama Diana dan kawan-kawan, selagi hari belum menjelang dinihari mereka enjoy sepuas-puasnya. Tapi yang hairannya hatinya tidak pernah puas. Buktinya mereka akan mengulanginya setiap kali berjumpa. Ya… Diana sudah lama tidak di hubungi. Entah mengapa Tengku Farid bagaikan terlupa pada Diana. Semenjak Diana balik ke kampungnya diMelaka bagai memberinya peluang mengenali isterinya Nur Jannah dan seterusnya memberinya peluang menyedari yang selama ini dia telah lari dari lorong kehidupan yang sebenar. Lorong seorang hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab kepada Penciptanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan akan memaberi Hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendakinya.. Kata Nur Jannah kepadanya…


“Bang kita hidup ni hanya sekali sebelum kita mati kita buatlah kebaikan, buatlah apa yang diwajibkan kepada kita seperti solat dan puasa, membayar zakat nanti kalau kita mampu dari segi mental dan fizilak kita pergilah keMekkah menuaikan Haji, kerana segala kebaikan inilah yang akan menolong kita diakhirat kelak dan akhirat itulah kehidupan kekal kita nanti. Atuk selalu berpesan dengan Jannah katanya ‘selagi kita hidup cari lah bekalan untuk kita didalam kubur dan untuk hari akhirat nanti’. Dari kesedaran itu, kini dia sibuk menggapai apa yang telah ditinggalkan dulu. Dan princip itulah yang ditanam dibenaknya kini.



Monday 18 June 2012

Bab11. Jangan ada rahsia




Tak kenal, maka tak cinta.



Malam itu tidur Nur Jannah dalam pelukkan Tengku Farid suaminya. Nur Jannah tersedar apa bila kedengaran laungan azan subuh dari masjid berdekatan. Selesai mandi dan berwuduk Nur Jannah mengejutkan suaminya.

“Abang bangunlah dah subuh ni”.

“Nanti abang bangun, Jannah pergilah sembayang dulu jangan tunggu abang”.

Nur Jannah berlalu kebilik sebelah untuk menunaikan kewajipanya sebagai hamba kepada Allah yang Maha Esa.Tengku Farid bangun juga, setelah selesai mandi dia duduk diruang tamu mencuri dengar suara isterinya mengaji selepas sembahyang. Entah mengapa alunan suara isterinya memberi ketenagan pada jiwanya.Terasa lapang dadanya. Suara gemerik itu mengalunkanbait perkataan dia tidak diketahui  apa ertinya, tetapi mengapa telinga suka mendengar dan mindanya pula menjadi lapang. Lama di menekur diruang tamu sendirian. Tiba-tiba timbul pula perasaan berdosa dan bersalah menujah-nujah hatinya, tetapi dia tidak tahu apa yang harus dilalukanya sekarang. Ingin saja dia menolak pintu bilik dimana isterinya sedang mengaji.Dia tidak tahu perasaan apa bergelojak di hatinya sekarang. Tetapi perasaan itu sangat mendesak.

Lama dia termangu dan bingung sendirian ruang tamu...kerana tidak tahan dengan desakan hati yang semakin mendesak, dia melangkah juga kepintu bilik, dimana isterinya ada didalamnya. Tengku Farid menolak perlahan pintu bilik dia tidak mahu menggangu isterinya yang  sedang mengaji. Bila melihat suaminya menghampiri, cepat-cepat Nur Jannah menghabiskan bacaanya.. lalu menoleh kesisi, dimana Tengku Farid duduk berteleku mengadapnya dengan wajah tertunduk.

Nur Jannah meletak Al-Quran diatas meja yang terletak disisinya. Sebenarnya Al-Quran itu  dibawanya  dari kampung walaupun sudah berwarna kekuningan dan koyak sedikit tapi Nur Jannah amat menyanyanginya. Dia ada kenangan bersama Al-Ouran itu. Al-Quran itu adalah hadiah dari datuk dan neneknya sewaktu naik Al-Quran dahulu.Waktu itu umurnya 10 tahun.

Nur Jannah duduk mengadap  dan memegang kedua belah tangan suaminya yang duduk berteleku dengan meletakan tangan diatas lututnya. Ditariknya tangan itu lalu dikucupnya. Tengku Farid menandang wajah tenang isterinya. Isterinya itu masih bertelekung redup pandangan matanya memandang kepadanya dengan senyuman manisnya. Begitu senang dia mamandang wajah bersih dihapannya, Betapa dia ingin memiliki ketenangan yang tergambar diwajah isterinya...Tengku Farid bersuara untuk meluah kan apa yang menjadi bebanan didalam hatinya.

“Jannah abang nak cakap tapi tak tahu nak mula dari mana……rasa malu pun ada.” Tengku Farid berterus terang sambil memandang  isterinya yang duduk hampir dihadapanya dengan pandangan sayu.
“Cakaplah..kenapa nak malu, Jannah kan isteri abang, lagi pun kalau malu nanti sesat jalan… kalau sesat dah jauh sangat..nanti susah nak cari jalan balik.” Jannah ni kalau sesekali bercakap macam sasterawan pulak.

“Kalau boleh jangan ada rahsia antara kita bang….baik buruk sesuatu itu biarlah kita kongsi bersama..supaya kita memahami antara satu sama lain.” sambung isterinya lagi, kedengaran ikhlas ketika mengucapkan. Oleh kerana desakkan hati Tengku Farid meluahkan juga apa yang terbuku dihatinya. Sejak dia terpandang wajah isterinya yang bersih, tenang dan menyenangkan dipagi malam pertama mereka di hotel dulu, ingin sekali Tengku Farid merasa ketenagan seperti itu. Tetapi diwaktu yang sama, ada pula rasa keliru dan rasa ingin memberontak atas paksaan nikah dengan orang tidak dicintainya. Sebab itulah dia mengikut sahaja rasa hati untuk tidak memperdulikkan NurJannah ketika itu.

“Sebenarnya sudah lama abang tak sembahyang Jannah….dan abang lupa macam mana nak sembahyang. Masa zaman budak-budak ketika itu duduk dengan grandpa, memang abang sembahyang tapi bila abang duduk UK abang tak senbahyang lagi”.Terang Tengku Farid mengenai dirinya, Nur Jannah termangu mendengar penjelasan suaminya. Nur Jannah masih lagi memegang tangan suaminya dan memandang tepat kearah suaminya yang masih tertunduk mungkin dia malu setelah menyatakan kekurangan dirinya.

=============================

Pagi itu, Tengku Farid mula belajar dan mengingati apa yang telah dia belajar dulu. Dia menunaikan solat subuh dengan linangan air mata. Dengan sabar NurJannah memberi tunjuk ajar disisi..Itulah solat pertamanya setelah lama meninggalkannya. Walaupun kurang sempurna namun hatinya merasa lega. Kelegaan yang tak dapat untuk digambarkan dengan kata-kata. Jika inilah ketenangan dan kelegaan yang dia dapat, dia berjanji selepas ini dia tidak akan meninggalkan solat lagi.. Itu janji Tengku Farid pada dirinya sendiri didalam hati. Tahukah Tengku Farid bukankah solat itu satu kewajipanya untuk setiap hamba sepertinya. Kewajipan yang tidak ada alasan untuk ditinggalkan dengan sewenag-wenagnya. Kewajipan insan untuk bersolat ada diterangkan didalam AlQuran....Untuk mengambarkan wajibnya Nabi menyatakan...jika tidak mampu untuk berdiri solatlah secara duduk jika tidak berdaya untuk duduk maka solatlah secara baring. Jika sudah baring juga tidak mampu untuk membuat pergerakkan mengakat tangan..kita juga masih wajip menunaikan dengan hanya mengerakkankan kelaopak mata. Solat merupakan tiang agama.

 Selesai Tengku Farid bersolat, dia menadah tangan berdoa memohon keampunan dengan rasa insaf. Dia menangis teresak-esak sambil berdoa. Selesai berdoa Tengku Farid masih lagi menangis dengan wajahnya disembamkan dipangkuan isteri yang masih setia menemani disebelahnya. Ketika itu isterinya juga  turut menangis. Bagi Tengku Farid dia menangis kerana dia sangat bersyukur kepada yang Maha Mengasihai, dia masih diberi hidayah dan kesempatan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba. Masih diberi masa untuknya memohon keampunan dari segala kesalahan yang telah dilakukan. Dia merasa sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan NurJannah untuk menunjukkan semula jalan kebenaran.

“Terima kasih Jannah...abang betul-betul bersyukur kepada Allah..dijodohkan abang dengan  Jahhah untuk menyedarkan abang dari kelalaian abang selama ini”.

“Jangan cakap macam tu bang kita manusia kena ingat mengingati antara satu sama lain, apatah lagi Jannah isteri abang..bukan memang sudah sepatutnya kita akan sama-sama dalam semua hal”.

“Abang dah terlalu lalai Jannah..abang dah lama tidak menjadi hamba yang taat pada perintah Allah”.

“Kalau macam tu sembahyang lah sunat taubat dengan ikhlas banyak-banyak bang..semoga Allah menerima taubat abang”.

“Mahu ke Allah menerima taubat abang yang banyak berdosa ni Jannah.”

“Insyaallah..Allah kan Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua hambanya..Ini juga dari Rahmat kasih sayang Allah pada abang, abang tersedar dari kelalaian abang”.

=====================================

Selepas itu mereka bersama-sama kedapur untuk menyediakan sarapan pagi mereka.

“Abang nak makan apa pagi ni.”

“Abang tak kisah apa-apa pun boleh, janji perut abang kenyang.” Sememangnya Tengku Farid tidak pemilih orangnya.

“Hmm…ingat nak makan lempeng cicah sambal sardin tapi sambal sardin dah habis semalam.” sambil membuka peti sejuknya mencari-cari apakah menunya pagi itu..Nur Jannah berkata perlahan tapi masih didengari oleh Tengku Farid. Tengku Farid tersenyum semalam dia makan bertambah dua kali kerana sambal sardin dan sayur bayam masak rebus begitu sedap di lidahnya. Walau nasi dipinggannya telah habis.. namun dia masih meratah ikan dan bawang yang masih berbaki didalam mangkuk lauk petang semalam. Sesekali makan makanan yang lain dari biasa dia jai berselera pula.

“Jannah bawang ni sedaplah rangup.”Bawang yang menghiasi sambal sardinnya hanya setengah masak..menyebabkan bila dimakan masih terasa rangup dan manis. Sengaja Nur Jannah menghiris bawang besar agak tebal sedikit supaya ia tidak cepat layu dan lembek.

“Emm..Kalau bawang nak rasa rangup jangan masak lama sangat dia akan jadi lembik..goreng sikit-sikit saja lepas tu cepat-cepat angkat, nenek kat kampung suka buat macam ni itu yang Jannah ikut tu. Abang nak nasi lagi ke?” Bila melihat nasi dipinggan suaminya telah habis, namun suaminya masih meratah bawang dan ikan sadin yang berbaki didalam mangkuk..kemudian sekejap-sekejap dia menghirup kuah sayur bayam..sedangkan sayur bayamnya telah habis.

“Tak mahulah abang dah kenyang tapi rasa bawang ni sedap abang nak meratah saja.”

“Habiskan lah..”Dia yang menghabiskan lauk dan juga air bayam merah itu semalam. Ketika sedang dia tersenyum-senyum mengenangkan tingkahnya semalam,  kedengaran suara isterinya di belakangnya.

”Oklah kita makan mihoon Singapore nak?.“ berterbangan bayangan kisahnya petang semalam bila mendengar suaranya isterinya dibelakangnya.

“Amboi jauhnya.”

“Apa yang jauh?” soal isterinya tidak faham.

“Tu mihoon Singgapore..kata Jannah.”

“Ohh..namanya saja mihoon Singgapore..tapi masak dan makannya kat sini. Masak Mihoon ni Mak Milah yang ajar Jannah.”

“ohoo” bulat mulut Tengku Farid menerima jawapan dari isterinya.

Pagi itu NurJannah memulakan masakkanya..yang diberi nama mehoon Singgapore yang dipelajarinya dari Mak Milah pembantu rumah nendanya.
Diambilnya mehoon cukup untuk dua orang direndam bersama air supaya lembut. Sedikit lada hitam atau lada sulah akan ditumbuknya sehingga hancur bersama bawang putih dan bawang merah. Udang sederhana besar, sedikit kobis, daun kucai dan setengah biji carrot yang dihiris halus. Dia memulakkan masakkanya.Tengku Farid duduk disudut dapur tidak jauh dari isterinya hanya memandang apa yang dilakukan oleh isterinya.  Setelah mehoonnya siap dimasak dia kelihatan berwarna putih tetapi dihiasi carrot yang menyebabkan mihoon seperti hiasi oleh warna hijau daun dan warna oren nampak berseri dan menyelerakan. NurJannah mel;etakkanya dia atas meja, kemudian dia menumbukkan lima enam biji cili padi dan seulas kecil bawang putih dicampur dengan sedikit kicap, sambal seperti itu dipanggil sambal kicap untuk rasa pedasnya. Rupanya isterinya suka pedas. Mereka makan bersama sambil berbual....

“Jannah suka pedas ke?..kata orang, orang Negeri Sembilan yang suka pedas. Setahu abang Jannah ni bukan orang Negeri Sembilan...orang Selangor”.

“Tentang makan ni rasanya tak kira orang negeri mana bang..pada Jannah dengan rasa pedas ni menghilangkan rasa.... sedap ke tak sedap ke masakkan kita, sebab kalau lidah kita sibuk dengan rasa pedas..terlupa nak rasa makanan yang kita makan tu sedap ke tidak..yang sebetulnya Jannah ni bukan pandai sangat masak..cuba abang tenguk dari tadi Jannah seehaa..seehaa kepedasan tak sedar mehoon Jannah dah nak habis”. Ketika itu mereka sedang menikmati sarapan pagi mereka.

“Ialah tu...tapi abang rasa memang sesap mehoon ni.” Tengku Farid ketawa lucu melihat gaya spontan isterinya...semakin dia mengenali isterinya hatinya menjadi terhibur. Rupanya isterinya seorang yang lucu bila dia berkata-kata.

            Selepas bersarapan mereka keruang tamu, untuk memulakan pembelajaran lagi, kali ini  cara-cara mengambil wuduk.

“Kata atuk Jannah kan bang...wuduk adalah perkara asas untuk kita memulakan solat, kalau tak betul wuduk kita maka solat kita pun tak sah walau pun bacaan kita betul..Ok kita mula dengan cara nak ambil wuduk, sebelum kita berwuduk seeloknya kita buang air kecil dulu, semasa bersuci berdehemlah tiga kali supaya  air kencing  yang ada disaluran kencing keluar semua, masa kita nak basuh.. kita sertakan niat dalam hati “sahaja aku bersuci dari kencing kerana Allah Taala”.Lepas tu berwuduklah seperti biasa...

“Atuk ada cerita dengan Jannah dulu... cerita di zaman Nabi Muhammad...ada seorang sahabat yang kuat beribadat tapi yang hairannya bila meninggal dia mendapat seksaan kubur.Masa zaman nabi bila orang meninggal nabi dapat dengar apa yang terjadi didalam kubur. Nabi pun bersabdalah pada para sahabat yang menghadiri pengkebumian itu. Katanya sahabat yang meninggal itu mendapat siksaan kubur. Bila sahabat yang lain bertanya kenapa dia mendapat siksaan kubur sedangkan dia rajin beribadat...nabi menjawab semasa hayat nya dia tidak betul-betul suci ketika bersuci masa buang air kecil.” Nur Jannah bercerita kepada suaminya apa yang diceritakan oleh datuk kepadanya suatu masa dulu.

Selepas belajar berwuduk mereka membaca muqaddam pula, surah yang pendek-pendek sahaja supaya senang  di baca dalam solat zohor nanti. 

            Bermula dengan surah Al-Fatihah dan seterusnya surah lazim yang pendek-pendek sahaja. Disebabkan Tengku Farid pernah membaca dan belajar mengaji dulu jadi tidaklah sukar untuk dia belajar semula. Dia masih boleh mengingatinya sedikit-sedikit apa yang dipelajarinya dahulu. Ketika membaca surah  Al-Iklas NurJannah menceritakan pula keistimewaan surah itu. Dahulu ketika dia masih dikampung selepas sahaja sembahyang Magrib datuknya akan bercerita tentang kisah nabi Muhammad, hadis-hadis nabi dan apa-apa juga berkenaan ugama Islam. Salah satu ceritanya adalah tentang keistimewaan  Surah Al-Ikhlas.Walaupun Surah Alklas pendek dan senang diingat tapi fadhilatnya tinggi. Iamerupakan surah akidah. NurJannah mula bercerita kepada Ulama ada menerangkan suaminya…

“Menurutsaturiwayatadaseorangsahabatnabi, padawaktukematiannyaalammenjadikelammacammendung.ApabilaNabibertanyakepadamalaikatJibril, mengapaalammenjadisuram, MalaikatJibrilmenjawabinikeranaramainyaparamalaikatturunkebumi member penghormatankepadasahabat yang meninggalitu.Harimenjadimendungkeranakepak-kepakparamalaikatyangmenutupicahayamatahari.Menurutriwayatparamalaikatinimempunyaikepak.SepertiJibrilmempunyai 60 pasangkepakdankepak-kepakinimenunjukkanbetapatinggidarjatnyadisisi Allah.MalaikatJibrilmerupakanketuaparaMalaikat.Sahabattadimendapatpenghormatanmalaikatkeranasemasahayatnyadiabanyakmembaca surah Al-Ikhlas.Itu yang datukJannahceritalah.Wallahualam”.NurJannahmengakhiriceritanya. Tidak puas-puas Tengku Farid mendengar cerita isterinya.

“Kenapa atuk Jannah kata surah ni surah akidah.”

“Cuba kita baca erti surah ni..Surah ini menerangkan: Dialah Allah yang Maha Esa ertinya Allah hanya Satu. Tidak beranak dan diperanakkan ertinya Allah tidak mempunyai ibu dan bapa. Dan tidak ada yang setara dengan Nya, ertinya ditidak boleh dibandingkan dengan apa-apa pun. Erti-erti itulah yang kita tanamkan kukuh dalam hati kita sebagai satu pegangan..itulah sebabnya surah dipanggil surah akidah. Jika seseorang tidak mempercayainya ertinya dia bukan seorang Islam”.
           
Tengku Farid begitu teruja mendengar cerita isterinya dan begitu teruja hendak menunaikan solat Zohor.Petang itu selesai sahaja azan Zohor berkumandang Tengku Farid menunaikan solat Zohor dahulu sambil dibimbing oleh isterinya disisi. Dengan linangan air mata Tengku Farid menyempurnakan  solatnya. Tidak terungkap dengan perkataan perasaannya ketika itu, rasa sebak yang menujah-nujah dadanya. Rasa insaf, rasa bersyukur bergumpal menjadi satu dalam hatinya. Walaupun  begitu dirasakan hatinya menjadi begitu lapang, puas dan tenang.

Kebetulan hari itu hari Sabtu selepas sembahyang zohor, NurJannah kedapur untuk menyediakan makan tengahari. Inilah pengalaman pertama Tengku Farid membantu orang memasak.

“Apa abang nak buat ni Jannah?”

Walaupun semuanya dia tidak tahu. Dia ingin juga membantu isterinya. Tengku Farid mencuba menolong isteri nya memasak kerana dia merasa seronok dan bahagia bila berdekatan dengan isterinya kini. Mungkin kerana aura isterinya yang membuatkan dia merasa ceria dan bahagia.

“Haaa tolong kopek bawang bang.” Kata isterinya sambil menghulur sebilah pisau beberapa  ulas bawang putih dan beberapa biji bawang merah. NurJannah menunjukkan suaminya cara-cara mengopek bawang. Meleleh jugalah air mataTengku Farid apabila matanya dimasuki oleh asid bawang yang dikopeknya. Baru dua biji bawang merah yang dikopeknya matanya sudah mula berair kepedehan, diikuti pula hingus yang sudah mula terbit dihidungnya. Bila diamati seakan Tengku Farid menagis pula. NurJannah memandang lalu mengusik suaminya.

”Kesian kena dera sampai menangis anak mama … sedih yee”.

Terkekek-kekek suaminya ketawa bila di usik begitu… dalam hatinya terdetik lucu juga Jannah ni. Dia merasakan ketawa gembira yang ini tidak sama dengan ketawa gembiranya ketika di bersama Diana dan kawan-kawannyad ikelab malam. Tawa gembira bersama isterinya gembira dengan rasa bahagia dari hatinya, tetapi tawa gembira bersama Diana dan kawan-kawan ketawa yang hanya terlahir dibibir sahaja. Dengan tawanya yang masih bersisa…

“Jannah ni suka usika bangkan”.

“Usik sikit aja, jangan nagis lagi ye”.

“Hisyy Jannah ni mana ada abang menagis..tolong capaikan tisu tu.” Tengku Farid masihketawa kerana terasa lucu mendengar suara lakunan isterinya memujuk seolah-olah dirinya anak kecilnya yang sedang menangis.

“Bang.. hari ni kita makan lambat sikit nampaknya....abang dah lapar ke?”

“Belumlah lapar sangat…lagi pun kita dah makan mihoon pagi tadi..abang selalu pun tak makan pagi. Sebetulnya kalau abang ginihari baru bangun tidur. Itulah bila terasa perut dah lapar barulah nak bangun. Lepas tu kena mandi dulu siap-siap.. tak kan bangun tidur terus nak pergi cari tempat makan dengan tahi mata yang berselepat mahu lari semua orang.. kalau Jannah waktu macam ni Jannah dah makan ke?”

“Biasanya Jannah makan tengahhari pukul 1230 tengahhari.. ginihari Jannah dah golek-golek atas katil.”

“Jannah buat apa atas katil?”Tengku Farid ingin menyelidiki apakah kegiatan harian isterinya.

“Dah duduk sorang-sorang kadang-kadang Jannah baca novel..kadang-kadang Jannah jahit baju yang dah terberetas jahitanya.. tapi yang selalunya Jannah buat tahi mata.” Berderai ketawa mereka berdua. NurJannah rasa seronok ada teman melayani dia berbual. Tidak seperti selalu jika dia bersaorangan dirumah bila terasa hendak berkata-kata.. dia akan membaca surah-surah pendek sambil membuat kerja rumah. Setelah mendengar jawapan isterinya timbul rasa bersalah dihati Tengku Farid kerana membiarkan isterinya keseorangan selama ini.

“Masa Jannah belum nikah dengan abang dulu waktu macam ni Jannah buat apa?.”

“Bila dah sudah makan, siap kemas ..Jannah duduk dibilik makcik Milah berbual dengan dia. Kadang-kadang Jannah cabutkan uban makcik Milah..tapi selalunya dia tak bagi.”

“Kenapa dia tak bagi pula..takut botak kepala dia Jannah kerjakan?.” Berderai lagi ketawa mereka berdua. Mungkin hati mereka berdua bahagia maka senang sahaja tawa mereka keluar berhambur.

“Tak juga tapi Mak Milah ni pun sama macam atuk dan nenek Jannah kat kampong tu juga. Mereka tak bagi kita cabut uban mereka kerana katanya..uban ni adalah tanda peringatan pada kita. Peringatan yang mengatakan usia kita telah meningkat.. jadi bersiap sedialah.. sebelum Allah menjemput kita, buatlah ibadat sebanyak yang mungkin untuk bekalan kita dalam kubur dan hari akhirat nanti.”

Terkedu Tengku Farid mendengar jawapan isterinya. Dia hanya mendiam kan dirinya sahaja dihati timbul keinsafan.. selama ini dia tidak pernah terfikir tentang kematian. Hidupnya setiap hari hanya memikir dimana dia ingin berseronok sahaja.

“Bang kita ni sunat memikirkan tentang kematian..dengan memikir mati kita tak akan membuat perkara-perkara mungkar atau perkara-perkara yang tidak baik, lagi pun mati bukan untuk yang tua sahaja.. yang muda pun kalau dah sampai masanya Malaikatmaut tak akan bertangguh walau sesaat pun, dia sangat taat pada perintah  Allah. Walau pun kita merayu mereka tidak akan  menunaikan permintaan kita..”.
Kini mengenali Jannah sedikit demi sedikit hati menjadi senang. Setiap ,perkataan yang kelaur dari bibirnya mengundang rasa insaf. Dan setiap cerita ada pengajaran dihujungnya. Tersingkap sedikit peribadi isterinya.. Apakah Tengku Farid  sudah mengenali isterinya..kini hatinya meronta ingin mengenali peribadi isterinya dengan lebih jauh lagi. Dirasakan sudah terisi sedikit ruang kosong dihatinya. Kata orang Tak kenal maka tak cinta..

Friday 8 June 2012

Bab10. Jangan ada rahsia




Harus menjadi ikan dilaut,
Hidup sepanjang hayat dilaut, namun dagingnya  tetap tawar.


      Suara azan berkumandang di televisyen bersamaan dengan azan di surau berdekatan. Tengku Farid menutupkan televisyen lalu masuk kebilik utama untuk mandi. Selepas mandi dia merebahkan badannya ditilam empuk dan wangi. Dia bergolek-golek seorang diri sambil merehat-rehatkan badannya. Hanya sekali-sekala sahaja dia bergolek ditilam wangi dirumah isterinya NurJannah..itu pun jika dia singgah mandi. Jika tidak dia akan hanya menemani isterinya hingga kemuka pintu sahaja. Bila dipastikan isterinya telah selamat memasuki rumah dia akan turun semula dan pulang kekondonya. Tetapi kali ini hatinya tergerak hendak bermalam di pangsapuri isterinya. Dia ingin bercuti dari aktiviti malamnya, sementara Diana tiada untuk menemaninya  malam itu. Tekad hatinya untuk tidak kemana-mana malam itu. Sudah hampir dua bulan usia pernikahan dia dan NurJannah, inilah kali pertama dia bermalam dirumah isterinya yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan kemewahan kondonya.

    Dibilik dia baring seorang diri memutar kembali perjalanan hidupnya. Sehinggalah kini dia sudah bergelar suami kepada seorang gadis. Gadis merangkap isterinya dibilik sebelah mungkin sedang mengadap Allah Tuhan sekelian alam. Sebenarnya telah lama benar Tengku Farid tidak menunaikan kewajipan menyembah tuhannya yang Maha Esa. Seingatnya waktu dia kecil-kecil dahulu datuknya  ada mengupah seorang ustaz mengajar dia mengaji dan bersembahyang. Setelah masuk sekolah rendah dan menengah datuk juga cukup tegas memastikan dia bersembahyang atau mengaji. Jika kedapatan dia ponteng sembahyang atau mengaji siaplah rotan akan singgah di betisnya.

   Tetapi semenjak dia tinggal di UK menyambung pelajaran disana, dia mula sedikit-sedikit melupakan tanggungjawabnya  sebagai seorang hamba kepada yang Maha Esa. Walaupun di UK kadang-kala dia tinggal bersama papa dan mamanya. Papa dan mamanya juga tidak pernah mengingatkan jika dia terlupa atau saja-saja lupa. Mereka pun dua kali lima juga, tidak mengamalkan solat walaupun mengaku Islam. Pada ketika itu umurnya sudah dua puluh tahun. Terlupa sesekali  dan akhir terlupa terus dia kepada sembahyang,  sehinggalah kini umurnya sudah menjangkau dua puluh tujuh tahun. Ini bermakna telah hampir tujuh tahun dia tidak bersembahyang.Setelah habis penmgajianya dan pulang ke Malaysia dia pula ingin berdikari, itulah sebabnya dia tinggal bersedirian dikondo yang telah dibelikan oleh datuknya Tengku Faizal.Tengku Farid bermuasabah tentang dirinya dalam hati.

      Timbul keinginan ingin tahu dibenaknya...apakah yang dia lalukan oleh isterinya di bilik sebelah agaknya. Dia bangun dengan perlahan, dia berjalan keluar dari bilik tidurnya. Tengku Farid mengamat-amati suara isterinya sedang mengaji sayu dan shahdu tetapi menenangkan jiwanya. Timbul rasa berdosa menghimpit-himpit  jiwanya yang kosong. Lama dia terpaku di ruang tamu seorang diri. Lama juga isterinya mengaji. Sehinggalah jam menunjukkan pukul 8.30 malam isterinya menghentikan bacaanya. Ketika isterinya menghentikan bacaanya Tengku Farid masih duduk diruang tamu menunggu kalau-kalau isterinya keluar dari bilik. Tidak...dia tidak keluar dari bilik walaupun suaranya mengaji tidak kedengaran lagi.

     Bagi NurJannah, sudah hamper dua bulan dia tinggal bersendirian dirumah yang disewa oleh suaminya untuk dirinya. Pada kebiasaanya setelah suaminya menghantarnya pulang dia akan ditinggalkan, itulah sebabnya dia tidak menghiraukan lagi ruangtamunya berpenghuni atau pun tidak. Dia juga tidak pernah mengharapkan, suaminya menemani dirinya. Dia tahu dia bukan isteri pilihan, bukan juga isteri yang dicintai. Suaminya terpaksa menerima kehadiran dirinya. Pernikahan mereka terlaksana hanya kerana perancangan dari datuk dan nenek mereka yang ingin megeratkan lagi hubungan silaturahim di antara mereka. Itulah sebabnya dia tidak dihiraukan oleh suaminya selama ini. Sebenarnya NurJannah tidak tahu sampai bila ikatan pernikahan mereka mampu bertahan. Walaupun begitu dia redha dengan segalanya yang diatur untuk hidupnya dan selebihnya dia menyerahkan nasibnya kepada yang Maha  Mengetahui.

    Bila ditunggu isterinya tidak keluar..Tengku Farid mengintai dicelah pintu yang terbuka sedikit, untuk melihat apa yang diperbuat oleh isterinya sendirian didalam bilik.. rupanya dia membilang biji-biji tasbih. Ohh dia berzikir sementara menunggu masuknya waktu Isyak agaknya, detik hati Tengku Farid. Bila kedengaran azan Isyak isterinya menghentikan zikirnya. Kelihatanya dihuksyuk mendegnar suara alunan azan sambil sesekali mulutnya terkumat kamit. Selesai azan berkumandang, isterinya menadah tangan berdoa dan terus berdiri. Ketika diintai sang isteri tidak menyedari pergerakkanya di perhatikan. Segala perlakuan isterinya diperhatikan oleh Tengku Farid di celah pintu sahaja dia tidak mahu menganggu. Isterinya mendirikan sembahyang lagi. Sembahyang Isyak detik hati Tengku Farid. Tengku Farid turun ke bawah.. ke keretanya untuk mengambil pakaian tidurnya yang di bawa dari kondonya.

     Tengku Farid yang sudah memakai baju tidur baring semula diatas katil sambil menelentang memandang siling biliknya. Dia bermuasabah tentang dirinya lagi. Oleh kerana banyak masa yang terluag malam itu Tengku Farid menjadi ahli fikir pula..tetapi yang difikirkan hanyalah tentang dirinya yang dahulu dan sekarang. Dalam setahun dua ini dia merasa sangat letih berpeleseran hampir setiap malam. Ya..hampir setiap malam, dia ke kelab malam bersama Diana dan kawan-kawan berhibur hingga hampir kedinihari. Setiap pusat hiburan diserata Kuala Lumpur dan Petaling Jaya mereka telah mengunjungi.. Tetapi yang hairannya hatinya terhibur hanya sekejap sahaja. Pulang sahaja kerumah jiwanya menjadi kosong semula, mengapa gembiranya hanya sekejap sahaja.  Dia tidak tahu bagaimana mahu memenuhi kekosongan jiwanya.

                Semalam Diana menghubunginya, dia akan pulang ke kampung selama seminggu kerana neneknya sakit katanya. Jika neneknya tenat dia akan menyambung lagi cutinya. Diana orang Melaka anak kacukkan Portugis, Cina Baba dan Melayu. Itulah sebabnya Diana Natasya binti Suffian cantik orangnya. Mempunyai bentuk badan yang menarik, tinggi lampai, berkulit putih, hidungnya mancung, bermata bundar dan rambutnya lurus diwarnakan keperangan. Dia kelihatan sungguh anggun dan bergaya setiap hari. Tidak kira memakai apa jua fesyen pakaian.. Diana akan nampak cantik dan bersesuaian. Ditambah dengan sikapnya yang pandai bergaul dan bijak. Sesungguhnya Diana seorang gadis yang cukup sempurna itula sebabnya dia menjadi kegilaan ramai jejaka ketika zaman belajarnya dulu. Tengku Farid merasa sungguh bangga dipilih oleh Diana menjadi teman lelaki istimewanya. Tengku Farid pernah menyuarakan hasrat hatinya ingin memperisterikan Diana. Tetapi bagi Diana dia lebih suka mereka menjadi pasangan kekasih dahulu untuk megenali hati budi masing-masing katanya. Lagipun dia belum bersedia ke arah itu, kerana perkahwinan akan membataskan kebebasan dirinya nanti. Dia belum mahu terikat dengan tanggung jawab sebagai isteri kelak. Itulah sebabnya Tengku farid terpaksa menerima cadangan datuknya agar dia berkahwin dengan NurJannah.

    Tetapi sejak akhir-akhir ini segala kegiatan malam yang dijalankan oleh Tengku Farid tidak menimbulkan rasa gembira dan seronok dihatinya lagi. Dia merasa sungguh jemu dan bosan bila terkinja-kinja di kelab malam dengan bunyi bingit muzik dan huru-hara keadaan. Bau dikelab malam pula menimbulkan rasa mual dan loya. Timbul juga keinginan untuk ke tepi pantai ataupun ke tepi tasik ataupun kedalam hutan untuk mencari ketenangan. Tidak disangka dirumah yang tidak seberapa,jauh bezanya jika dibandingkan dengan kondonya. Tetapi dia merasakan ada ketenangan.

     Jika dibandingkan suasana kondonya dengan pangsapuri isterinya jauh bezanya. Kemewahan kondonya amat menyerlah kerana susun aturnya diilhamkan oleh penghias dalaman yang berpengalaman, perabutnya yang mahal dan aircondition seluruh ruang. Sekali lagi Tengku Farid mengolekkan tubuhnya kekiri dan kekanan sambil mencium tilam empuk yang berbau harum. Mungkin bau harum sabun atau pelembut kain yang digunakan. Bau haruman yang lembut itu menimbulkan ketenangan dimindanya. Dengan mata yang masih terkelip-kelip fikiranya merawang dan melayang entah kemana.

     Kini dia membayangkan keadaan dirinya pula...sudah hampir dua bulan dia menjadi seorang lelaki yang bergelar suami. Dalam tempuh dua bulan menjadi suami Nur Jannah tugasnya hanya menghantar dan menjemputnya pergi dan balik kerja sahaja. Mereka hanya bercakap-cakap didalam kereta dan berlakon mesra dihadapan keluarga dikedua pihak. Dia meminta pandangan Halim tentang perhubunganya dengan isteri yang seperti tidak bermakna baginya. Dia mahu menetapkan halatuju hubunganya dengan isteri yang hanya diatas kata lafaz sahaja. Halim memberikan  pendapat dan nasihatnya dengan panjang lebar. Inilah yang di fikirkannya sekarang. Memang ada kebenaran akan kata-kata sahabatnya tempuh hari. Tidak rugi air liur Halim menasihati.. ada juga berbekas di hatinya.

“Kau suami dia, walaupun kau kena paksa nikah dengan dia. Tapi nikah engkau dengan dia itu sah. Ini secara langsung akan mengikat dia dengan kau. Dia tak boleh hendak menjalin hubungan dengan lelaki lain. Kalau dia berlaku curang, dosa yang dilakukan terpikul diatas bahu kau Farid. Tapi aku percaya kalau dilihat dari mata kasar pun kita dah tahu, dia tidak akan mencari lelaki lain untuk dijadikan kekasih. Betul tak Farid?. Kau tak kesian kat dia ke, kau tak pedulikan dia, tapi dia tidak dapat mencari pasangan, disebabkan terikat dengan ijab kabul yang kau lafazkan. Kau pula seronok berkepit dengan Diana kehulu kehilir. Kalau kau betul-betul tak dapat menerima dia, apa salahnya kau cakap terus terang dengan datuk engkau, dan ceraikan dia, biar dia juga ada peluang mencari bahagianya sendiri. Seperti engkau bahagia dengan Diana”.

“Entah lah Lim, aku ni tidaklah kata tak suka sangat. Tapi aku tak rasa tertarik dengan gaya penampilan dia. Dia tu pakai baju macam kelambu, bertudung macam perempuan kampung saja. Kau tengoklah muka dia tak berseri langsung..dengan bibirnya yang nampak pucat. Kalau dia  make-up sikit tentu cantikkan, dia tu bukan buruk sangat ye tak?. Masa bersanding hari tu.. cantik jugakan kau tenguk?. Halim membayangkan ketika hari persandingan sahabatnya tempuhhari kelihatannya isteri sahabatnya itu sungguh anggun dan ayu walaupun bertudung litup dan berbaju kurung songket longgar.. Bak kata seri pengatinya menyimbah muka.Dia masih nampak sungguh cantik dan menarik.

“Jadi apa yang menghalang kau dari menerima dia”.

“Entahlah..mungkin aku tak kenal dia kot..Tapikan Lim dia tu lain lah..walau pun aku tak hiraukan dia, baju dan seluar aku yang aku tinggalkan kat rumah dia, tak pernah tak bercuci. Aku rasa dia cuci lagi bersih dari yang aku hantar kat dobi. Ini haa..baju ni dia yang basuh bau wanginya sampai kepetang. Kalau aku pakai baju yang dia basuh aku tak payah pakai pewangi tau.” Secara tidak sedar Tengku Farid sudah terpuji isterinya dihadapan sahabatnya sambil menunjukkkan pakaianya yang dibasuh oleh isterinya. 

“Tahu pun kau... aku rasa dia isteri yang baik Farid, cubalah rapati dia...kenal-kenal tak salah, diakan dah jadi isteri kau. Kalau kau nak dia pakai make-up belikanlah, mungkin dia tak tahu.Dia kan budak kampung, muda lagi pulak tu.. kau kata berapa umur isteri kau tu 23 ke 24 tahun. Kemudian suruhlah dia pakai macam yang kau nak tu..perlahan-lahan ajar dia. Kalau kau nak lagi bagus... suruh di pergi kursus tentang pendandanan diri, sekarang ni macam-macam kursus ada.. tak susah. Cari benda-benda macam tu kat internet..hanya kau tunjukan cara macam mana nak cari saja. Kalau semua dah kau buat tapi kau tak terpikat juga, lepaskan lah dia.Tak baik kau seksa dia, dia tak buat salah dengan kau, dia juga mungkin dikpaksa nikah seperti engkau juga.” nasihat tulus dari seorang sahabat.

“Tapi macam mana pulak dengan Diana..aku dah janji dengan dia, aku tak akan terpikat dengan Nur Jannah ..Lim.”

“Kenapa kau ingat janji kau dengan Diana, kenapa kau tak ingat janji kau pada Allah. Aku ingat dulu datuk aku ada cakap pada abang aku yang baru nikah, ijab kabul ni adalah janji kita pada Allah untuk menjaga seorang wanita yang telah kita nikahi sebaik mungkin. Menyediakan makan, minumnya, pakaian dan tempat tinggalnya dan juga  kita mesti menyenagkan hatinya. Ini bermakna kita tidak boleh menyiksanya zahir ataupun batinya. Dengannya kita diwajibkan untuk  mengembangkan zuriat keturunan kita dijalan yang betul. Itu janji kita pada ALLah.  Janji kau dengan Diana hanya janji pada seorang kekasih yang tak ada ikatan apa apa pun. Tak ada tanggungjawap kau keatas dia...lagi pun dia yang tak mahu nikah dengan kau kan Farid. Kau fikirkanlah mana yang wajib kau dulukan. Isteri adalah amanah yang wajib kita jaga”. Terang Halim lagi..

    Walaupun Halim  berperangai lebih kurang sahaja dengan sahabatnya Tengku Farid  dalam bab ibadah, tetapi segala ajaran datuk dan ayahnya semasa kecil masih diingati lagi. Mungkin dia hanya mengikuti keadaan sekeliling, maka tingkah lakunya terikut-ikut tingkah laku kawan-kawan yang didampingi.  Mungkin Halim tersalah mengikut kata bidalan Masuk kandang kambing megembek masuk kandang rimau mengaum..Sepatutnya Halim menjadi dirinya seperti ikan dilaut, yang tidak akan terikut keadaan sekeliling..’ikan dilaut walaupun hidupnya diair masin sejak lahir hingga keakhir hayatnya namun dagingya masih tawar hingga kemati. Kecuali setelah dia mati orang menjadikan dia ikan masin atau ikan jeruk maka akan masinlah dagingnya’.

“Tengoklah aku cuba.” dan malam ini dia mengambil kira nasihat sahabatnya Halim. Dia ingin mengenali Nur Jannah isterinya. Pagi tadi mereka sarapan bersama dan tadi baru dimeja makan, dia merasakan sudah ada keserasian pula. Ada keistimewaan yang tersembunyi pada peribadi isterinya yang pada mulanya pemalu tetapi lucu juga orangnya.

                       Tengku Farid mula membayangkan fizikal Nur Jannah  ahhh… macam-macam pulak aku ni…Tengku Farid tersenyum  geli hati mengenangkan gelagatnya sendiri. Hmmm….orangnya  tinggi dan tidak juga terlalu rendah, kalau dia berdiri dengan aku hanya separas dagu aku saja, kulitnya putih kuning alah kata orang putih Melayu, hidungnya…tidaklah mancung  tidak pula kemik tapi kecil dan comel seperti bibirnya, bibirnya pula seperti orang tersenyum, pandangan matanya redup, keningnya hitam dan tebal tapi tersusun cantik. Yang nyata bila wajah itu dipandang ia akan menimbul satu ketenangan dan sukar mengalihkan pandangan kita, terasa suka memandangnya. Mungkin inilah yang dikatakan oleh penyayi Nash Ada Syurga diwajahnya.Geraklaku serta tutur katanya pula, lemah lembut sopan dan nampak pemalu tapi sesekali pandai juga berlelucun, suara..perlahan tapi kata orang nak dengar suara orang perempuan yang sebenar perlahan atau kuat tunggulah sampai beranak dua tiga orang ketika itu barulah terserlah, Tengku Farid tersenyum lagi dia membuat kelakar sendiri di dalam hati.

                  Sedang dia megelamun didalam gelap sendirian membayangkan isteri yang tidak pernah disentuhnya, terdengar pintu bilik dibuka dari luar. Bila lampu terpasang terjerit Nur Jannah dengan beristighfar berulang kali sambil mengurut dada..hari ini sahaja sudah dua kali Nur Jannah terkejut..kena seminggu mahu dia masuk ke IJN (Intitut Jantung Negara)... kerana serangan sakit jantung.

”Maaf…maaf Jannah tak tahu abang ada dalam bilik.” cadangnya tadi setelah dia mengunci pintu dan memeriksa semua tingkap dia hendak baring sahaja di katil sambil membaca novel yang dipinjam dari seorang kakak ditempat kerjanya. Dengan cepat Nur Jannah memadamkan lampu bilik tidurnya, ingin berlalu dan menutup pintu tapi terhenti oleh suara panggilan suaminya.

“Jannah..Jannah tunggu.” dari samar lampu luar, Nur Jannah dapat melihat Tengku Farid melambai dan menepuk bantal disebelahnya, mengisyaratkan supaya dia datang dan baring  disisinya. Bertambah kencang debaran didada Nur Jannah…dahlah debar terkejut tadi tak hilang lagi…Jannah memandang dengan perasaan tidak percaya.

‘Apa demam ke pak cik ni.. mungkin demam kepanasan sebab makan sambal sardin, petang tadikan dia terpaksa makan sambal sardin cili api ala Negori Sembilan’ detik hati NurJannah. Dia masih lagi tercegat didepan pintu bilik dengan pandangan tidak percaya.

“Jannah mari..lah.” Tengku Farid bangun dari baringnya dan menghampiri lalu mencapai tangan isterinya lalu menariknya masuk kedalam bilik. Nur Jannah menjadi serba salah untuk mengikuti kemahuan suaminya, tetapi kakinya mengiringi langkah suaminya perlahan. Suaminya mendudukanya dibirai katil. Kemudian kedua belah tangan Tengku Farid di letakkan di bahu isterinya dengan suaranya yang kedengaran sayu.

“Jannah..mulai hari ini abang nak jadi suami Jannah zahir dan batin. Abang minta maaf atas perbuatan dan perkataan yang telah abang lakukan dan cakapkan dulu… abang minta maaf ya.” lembut Tengku Farid berbicara, sambil memegang kedua belah bahu isterinya. NurJannah menundukkan wajahnya. Belum pernah dia duduk serapat itu antara dia dan suaminya selama mereka menjadi suami isteri. Hatinya jadi berdebar.

    Pada NurJannah dia tahu dia adalah isteri kepada seorang lelaki. Neneknya berpesan sebelum dia bernikah dahulu. Berdosa menolak kemahuan suami, jika dia sudah sah menikahi kita.. kita wajib mengikuti kehendaknya walaupun lelaki itu kita tidak kenal..selagi permintaannya tidak menyalahi syarak dan akidah.. kita wajib menunaikan. Suaminya juga sudah meminta maaf..sedangkan Nabi pun memaafkan umatnya. Inikan pula dirinya yang hanya manusia biasa yang tidak ada keistimewaan. Itulah yang ada difikiran NurJannah.

   Tengku Farid memegang dagu isterinya dan mendongakkan wajah itu untuk melihat kedasar mata isterinya…dilihat wajah tenang isterinya lalu menariknya dalam pelukanya, Nur Jannah tidak pula membantah. Sebuah kucupan singgah di dahi isterinya lama..apabila dirasanya tiada bantahan dari isterinya Tengku Farid memberanikan dirinya memberi ciuman dipipi isterinya kemudian keleher dan sebuah lagi kucupan hangatnya singgah dibibir isterinya pula.

Didalam hati NurJannah berbolak balik..perlukah dia membantah perlakuan suaminya..sedang dia sudah menjadi isteri kepada lelaki itu dan dia berhak keatas dirinya..dan dia akur dirinya adalah milik suaminya. Jika dia benar-benar tidak rela dia harus menentang ketika hendak dinikahkan dulu.