Burung serindit makan nanas,
Nanas tergolek di atas titi,
Janganlah adik bercakap panas,
Rasa sedih di dalam hati.
Setelah
selalu mereka berbual didalam telefon, Loqman terasa dirinya diterima. Loqman
ingin mencuba meluahkan apa yang
terkandung didalam hatinya. Panggilanya kali ini Loqman mencuba meluahkan
hasrat hatinya.
“Mirah.. abang teringin
nak duduk dengan anak kita.” Itulah pembuka kata Loqman pada panggilan kali
itu.
“Duduklah..kata ibu
setiap hujung minggu mama dan papa bawa Syifa tidur kat Port Dickson.”
“Maksud abang.. kita
duduk samalah, bawa Syifa sekali duduk dengan kita.”
“Kita dah tak boleh
duduk sama..kita dah jadi orang lain.”
“Mirah ...abang harap
sangat Mirah sudi terima abang semula..kita nikah jadi suami isteri macam
dulu.”
“Abang Man, sebenarnya
Mirah dah selesa hidup macam ni, Mirah tak nak serabutkan kepala memikir hal
orang lain.” tersingung hati Loqman bila Amirah mengatakan dia adalah orang
lain baginya, ini bermakna.. dia sudah tidak bererti lagi dalam hidup Amirah.
Dia bukan siapa-siapa lagi pada Amirah.
“Mirah maafkanlah
abang..terimalah abang kembali dalam hidup Mirah, abang merayu Mirah.. abang
cukup menyesal dengan perbuatan abang dulu..abang janji kalau Mirah terima
abang semula, abang tak akan ulangi perkara dulu. Abang akan membina bahagia
untuk kita sekeluarga.. tolonglah percayakan abang Mirah.”
“Abang Man...Mirah dah
lupa kisah lama dan Mirah dah maafkan abang Man, tapi untuk hidup bersama abang
Man...Mirah rasa Mirah tak boleh. Bukan kah abang Man ada cakap dulu antara kita
dah tak ada persefahaman.. jadi janganlah buang masa abang Man, carilah wanita lain yang lebih sesuai ..Mirah
dah selesa hidup macam ni.”
“Mirah abang minta maaf
banyak-banyak..yang dulu tu abang yang dah tersalah cakap, tolong abang Mirah.
Pada abang Mirahlah wanita yang paling sesuai untuk abang, bahagia abang hanya
ada pada Mirah saja. Abang dah bercerai dengan Liza sekarang...” belum sempat
lagi Loqman meneruskan kata-katanya Amirah memotong kata-katanya dengan suara
yang tinggi. Amirah sudah mula marah.
“Mirah dah lama
tahu abang Man dah bercerai dengan isteri abang tu..jadi sebab itulah abang Man datang balik pada Mirah dengan janji-janji manis macam ni..
esok-esok abang ceraikan Mirah lagi dan pergi pada Liza balik...senangnya abang
Man main-mainkan hati perempuan.” Terkedu Loqman mendengar suara tinggi bekas
isterinya.
“Mirah abang tak akan
balik pada dia..abang tak serasi dengan dia, abang tak bahagia.”
“Habis dengan Mirah abang
Man serasi dan bahagia, sebab itulah abang Man ceraikan Mirah dengan begitu
mudah sekali???..Mirah rasa muskil sangat sebab dulu, Mirah nak sangat tahu apa
sebabnya abang Man ceraikan Mirah..apa kesalahan Mirah ..apa??? cuba bagi tahu
kesalahan Mirah.” jerit Amirah dihujung talian mungkin dia melepaskan amarahnya
yang tersimpan. Amirah betul-betul marah, Loqman terkaku. Tidak pernah Amirah bersuara tinggi ketika mereka suamiisteri dulu.
“Mirah tak salah
apa-apa..tapi abang yang tersilap..abanglah yang bersalah. Mirah dengarlah..
bahagia abang hanya ada pada Mirah
saja.. tidak pada siapa-siapa..terimalah abang Mirah, abang teringan nak
bahagia macam dulu.” Lirih suara Loqman
merayu..dia benar-benar menginginkan apa yang diucapkan.
“Baru Mirah tahu abang
Man ni memang pandai merayu.Tapi tak semudah itu Mirah akan tergoda dengan
rayuan abang Man kali ni..Mirah tak sangka, begitu cepat abang Man melupakan
apa yang abang Man buat pada Mirah.”
“Abang tak pernah lupa
apa yang abang buat pada Mirah dulu..itulah sebabnya abang nak menebus apa yang
telah abang buat pada Mirah..abang ingin buktikan pada Mirah.. abang sangat
sayang kat Mirah, abang nak buktikan yang abang akan menjadi suami yang terbaik
dan akan mejadikan Mirah isteri yang paling bahagia InsyaAllah.” Janji Loqman
bersunbgguh-sungguh.
“Paling bahagia konon
Mirah masih terbayang masa abang Man melafazkan perkataan cerai pada Mirah dulu
dengan wajah yang cukup yakin..masa tu
Mirah tahu abang Man memang dah membuang Mirah dalam hidup Abang Man”.
“Kenyataan itu salah
Mirah..abang tak pernah buang Mirah dalam hidup abang. Ketika itu abang yang
tersilap. Abang terlalu ikutkan nafsu jahat abang. Sebenarnya abang tak pernah
buang Mirah dalam hidup abang, abang sentiasa mengaharapkan Mirah..tolonglah
Mirah percaya cakap abang untuk kali ini saja. Berilah abang peluag Mirah.”
Rayu Loqman bersungguh-sungguh.
“Sudahlah abang Man..
jangan buang masa abang Man.. simpanlah masa abang Man pada perempuan lain,
Mirah tidak akan tergoda dengan rayuan abang Man kali ini.” belum sempat Loqman
berkata, cepat-cepat Amirah memutuskan talianya , hatinya sebal.. dia benci
dirayu seperti itu.
Loqman terkedu. Sejak itu Amirah tidak memperdulikan
panggilannya lagi. Jika Loqman menghantar SMS
Amirah juga tidak akan membalasnya. Jika mereka terserempak di Kula
Pilah, Amirah akan cepat-cepat masuk kebiliknya dan tidak keluar sehingga dia
pulang semula ke Port Dickson. Begitu
sukar untuk dia mendapatkan Amirah semula. Rasa kesalnya tidak pernah surut
dari hatinya. Masih adakah harapan untuk hidup bersama Amirah..masih adakah
kasih Amirah untuknya. Loqman mengeluh dan merintih sendirian ketika itu.
Sudah hampir setahun kejadian itu Loqman belum bertemu
lagi kelu, bagaimana mahu membuka pintu hati bekas isterinya untuk menerima
dirinya semula. Pada siapa agaknya dia dapat meminta bantuan untuk memujuk dan
melembutkan hati bekas isterinya itu. Untuk meminta bantuan keluarganya atau
keluarga Amirah dia merasa sungguh malu kerana dia yang membuat onar dulu.
Sesungguh dia kesal mengucapkan perkataan cerai
untuk Amirah dulu. Tapi apakan
daya nasi sudah menjadi bubur.
Tetapi kesilapan itu dijadikan
sandaran supaya dia lebih berhati-hati bila berkata-kata dan akan membataskan
pergaulanya. Derita mengajar segalanya. Selepas itu dia tidak lagi dapat
mendengar suara Amirah dan dia juga tidak mahu membalas SMSnya. Loqman hanya
mampu memandang Amirah dari jauh sahaja. Dia sungguh menderita ketika itu...
Loqman tersedar dari
lamunannya apabila disapa oleh isterinya yang curiga dengan perilakunya..
“Kenapa abang pandang
Mirah sambil senyum-senyum ni, abang mengata Mirah dalam hati ye.. sampai hati
abang.”
“Mana ada, abang hanya macam tak percaya yang didepan
abang sekarang ni Mirah, Mirah dah jadi isteri abang ..abang rasa bahagia sangat.”
“Ialah tu,
abang tipu..mesti abang mengata Mirah dalam hati.” Amirah memasamkan
mukanya.. Loqman bangun dari duduknya, berjalan dan berdiri disebelah
isterinya, kemudian dia mencangkung mukanya didongakkan memandang isterinya,
tanganya pula di peha isterinya, matanya sudah berkaca-kaca.. rasa sebak
didalam kalbunya..bila isterinya berkata begitu...
“Mirah..abang bahagia sangat saat
ini..abang tak sangka masih ada lagi bahagia untuk abang. Abang beryukur sangat
pada Allah yang telah membuka hati Mirah menerima abang semula. Abang bersyukur
sangat.. sudi juga Mirah pada abang yang banyak buat salah pada Mirah.” Bila
melihat air muka sedeh suaminya Amirah tak terkata..dalam hatinya menyesal pula
dia menuturkan perkataan yang menguris hati suaminya tadi.
“Bangunlah bang, Mirah percaya...dah
duduklah habiskanlah air tu kalau dah sejuk tak sedap pula nanti.” Loqman
bangun kemudian dia duduk dikerusi disebelah isterinya. Tangannya kanannya
menarik mug yang masih berisi air milo buatan sendiri dan tangan kirinya
mengengam kemas tangan isterinya.
“Jangan cakap macam tu
lagi tau.. abang tak pernah mengata Mirah dalam hati abang ni. Mirah nak tahu..
sejak pertama kali abang terjumpa Mirah kat bangunan kerajaan KLIA itu.. abang berharap sangat kalau ditugaskan kesitu, kalau-kalau
dapat terserempak dengan Mirah.. hilang sekejap rindu abang pada Mirah”.
Baik betul Amirah ni. Ape cerita Liza pulak.
ReplyDeleteBest sgt...
ReplyDeleteLama lagi nak crita psal Liza...tpi dia akan dapat jodoh baru tunggu ye...
ReplyDelete