Maaf lama tak ada cerita kat blog mak teh...cerita ni pun entah apa-apa..saja nak meluahkan apa yang ada kat hati. Harap dapat memberi sedikit kelegaan untuk mak teh. Tapi cerita ni sedikit pun tak menyangkuti hidup mak teh seharian..hanya mengambil cerita orang keliling sahaja.
Mengigil-gigil tangan Maisarah
mencari nombor kakak kandungnya. Pintu biliknya sedang cuba dibuka dari luar
oleh seseorang. Setelah nombor itu disambungkan tampa mukadimah tampa salam
cepat sahaja dia menyampaikan permintaanya.
“Kak
Ijah!! cepat balik tolong kak…tolong cepat abang Kamal tengah cuba buka pintu
bilik Sarah. Tolong kak cepat kaaak.”Jerit Sarah ketakutan. Ketika itu kakaknya ditempat
kerjanya. Sudah lama Sarah menyedari pandangan berahi yang selalu dilemparkan
oleh abang iparnya kepadanya. Pernah sekali dulu ketika dia ditingkatan lima
abang iparnya meramas punggugnya ketika itu abang ipar baru sahaja setahun berkahwin
kakaknya. Kakaknya pula sedang sarat mengandung anak sulung. Bila hal itu diadu
kepada kakaknya, dirinya pula memarahi kononnya dia yang memfitnah abang
iparnya sendiri. Dia juga mendapat gelaran GATAL.
“Hai
tadikan abang Kamal pergi kerja dengan akak, tak kan dia balik pulak, dia balik
dengan apa..kau jangan nak main-main”.
“Dia
balik naik motor kak..cepatlah kak tolong Sarah..” Pintu bilik yang dihalang
dengan almari solek dan badanya sendiri sudah berganjak sedikit, cepat- cepat
Sarah memasang kuda-kuda kakinya. Sarah menahannya dengan segala kekuatan.
Telefon Sarah sudah jatuh dihujung kaki…dihujung talian Hadizah mendengar
jeritan suaminya.
“Sarah
buka pintu ni, jangan kau nak melawan aku, kau ingat kau boleh lawan kekuatan
aku ni, sebelum aku terajang pintu ni dan kau aku kerjakan dengan ganas baik buka
pintu ni.” Mendengar kata-kata suaminya dihujung talian tampa berlingah Hadizah
mencapai kunci keretanya. Tampa sempat memberitahu sesiapa dia akan pulang
kerumah. Hatinya mengelegak mengenangkan
tingkahlaku suaminya yang ingin merosakkan adiknya.
Bila pintu makin mengecil bukaannya akibat ditolak dari
dalam oleh Sarah. Kamal mula menggunakan bahasa lembut memujuk Sarah.
“Saraah kalau Sarah buka pintu ni dengan elok
abang akan belai Sarah dengan penuh
kelembutan. Dan Sarah akan merasai nikmatnya belaian kasih abang. Buka pintu ni cepat sayang”.Makin
menggigil Sarah mendengar rayuan abang iparnya. Kini sudah jelas niat hati
abang iparnya.
“
Sarah kan adik ipar abang.Kenapa buat Sarah macam. Abang tak kesian pada kak Ijah ke.” Terdengar suaranya yang
mengeletar ketakutan..disulami dengan esak yang tertahan.
“Dari
dulu lagi abang cinta kan Sarah, bukan Hadizah sayang…bukalah pintu ni sayaaang”. Kamal menggunakan bahasa
yang paling lembut bagi memujuk gadis didalam bilik yang dihajatinya.
“Tidak!!
Sarah tak akan buka pintu…” jerit Sarah dari dalam.Tegas suaranya dia benci
mendengar rayuan abang ipar yang berhati syaitan. Doanya tidak putus agar kakaknya cepat pulang.
Dia sangat memerlukan pertolongan.
“Jaga
kau”. Bisik Kamal pada dirinya sendiri.
Mendengar jawapan Sarah, hati Kamal makin panas. Nafsunya sudah
membuak-buak, hatinya sudah tidak sabar peluang yang dicari tidak akan terlepas
begitu saja itulah detik hati Kamal. Dia mengundur kebelakang sedikit lalu
diterajangnya pintu dengan kekuatan jantanya.
Almari solek teralih pintu bilik terbuka seluas badan dan Sarah
terjerumus lalu tersembam diatas lantai. Bila
hati sudah dirusuki syaitan tidak terasa sengal atau sakit pada bahunya
akibat terjahan tadi malah makin berkobar melihat mangsanya sudah tergolek. Dengan pantas Kamal menerkam kearah
Sarah. Dia mengomol Sarah dengan rakus. Jeritan Sarah tidak dihiraukan. Malah
mulut Sarah ditutpi dengan bibirnya agar jeritan itu berhenti. Serakus bibirnya mengucupi bibir Sarah begitu juga, liar tanganya
cuba membuka pakaian Sarah. Hadizah sampai tepat pada waktunya. Dia menjerit
melihat perbuatan suaminya keatas adiknya yang sedang meronta untuk melepaskan
diri.
“Abang
!!!abang buat apa kat Sarah.” mendengar jeritan isterinya dimuka pintu, Kamal
bingkas bangun untuk menutup dan menguci
pintu. Hasrat dihatinya mesti dilunaskan. Hatinya jadi bergelora bila melihat
kelibat Sarah. Kehendak hatinya yang menginginkan tubuh Sarah sudah lama benar
terpendam. Setiap kali dia mendapat peluang ada sahaja halanganya. Kini dia
tidak boleh bersabar lagi biar pun isteinya ada didepaan mata. Dia nekad
sekarang ini mengikuti hasutan syitan yang bergema dihatinya. Teruskan
..teruskan kalau tidak bila lagi. Itulah detik hatinya.
Keadaan tolak menolak didaun pintu kerana daun pintu dihalang oleh
tangan isterinya. Namun sekuat mana tenaga wanita. Ternyata kekuatan tenaga
jantan yang sudah dirasuki syaitan suaminya tidak dapat ditandingi. Memandang
keadaan itu Sarah mengambil kesempatan mengambil sebatang beluti yang sememang
sentiasa ada dibawah katil. Dengan segala kekuatan dia menghayun beluti itu
kekepala abang ipar yang sedang mengganas. Dengan dua kali pukulan Kamal rebah.
Dua beradik berpelukan dan bertangis-tagisan, untuk menghilangkan
segala ketakutan. Didalam hati mereka bergaul rasa takut rasa sedih dan rasa bersyukur kerana Sarah belum sempat diterokai oleh Kamal.
“Sarah
kena keluar dari rumah ni..Sarah kena pergi jauh dari abang Kamal sebelum
apa-apa yang buruk terjadi pada Sarah.
Sementara abang Kamal tak sedar tu akak tolong kemas kan baju Sarah. Bawa semua
dokumen penting Sarah.” Mereka berdua menyumbat
barang-barang yang dirasakan penting utnuk kegunaan Sarah mencari hidup. Tiga empat helai pakaian Sarah, sijil dan dokumen-dokumen yang munkin diperlukan
sekiranya Sarah mahu memohon kerja kedalam sebuah beg galas. Setelah
selesai mengambil apa yang diperlukan
oleh Sarah…Hadizah memberi arahan kepada adik bungsunya.
“Sarah
pergi duduk dalam kereta. Tunggu akak, akak nak tenguk abang Kamal pengsan ke.. mati ke”.
Walau sesakit mana hati seorang isteri kepada suaminya namun masih ada juga
terselit sedikit kasih dihatinya.
“Baik
lah kak”. Sarah mengikuti segala arahan dari kakaknya.
Manakala Hadizah pula menghampiri suaminya
yang tidak berkutik sedari tadi. Dia
kedapur mengambil semangkuk air untuk merenjis muka suaminya agar sedar.
Apabila melihat pergerakkan suaminya bila mukanya basahkan.. Hadizah bangun
menjauhkan diri dari suaminya. Dia takut suaminya akan bertindak ganas kerana
hajatnya tidak tercapai. Dia memerhati dari jauh.Bila suaminya mula bangun dia
turun dan masuk kekeretanya dengan cepat. Didalam kereta melapurkan apa yang
dilihatnya..
“Abang
Kamal dah bangun…biarlah dia..janji dia tak mati tadi kira dah ok lah tu”. Enjin kereta dihidupkan. Mereka harus cepat takut pula Kamal mengekori mereka dengan menunggang motosikal yang dipinjam dari seotang rakan ditempat kerja.
“Kita
nak lapor polis ke kak”. Hadizah terkedu mendengar apa yang keluar dari mulut
adiknya.
“Akak
minta tolong sangat-sangat pada Sarah, tolong jangan repot pada polis.. akak
tak mahu abang Kamal masuk penjara, nanti kita sekeluarga malu Sarah. Akak tak
mahu anak-anak akak menjadi mangsa ejekan kawan-kawan bila ayah mereka masuk
penjara. Sarah faham tak perasaan
akak”. Itulah rasa hati seorang ibu dan hati seorang isteri.
“Sarah
faham kak Ijah”. Dan itulah hati seorang adik perempuan dan hati seorang ibu saudara.
“Sekarang
ni akak minta tolong pada Sarah lagi, ni ada duit sedikit..guna sementara Sarah
dapat kerja. Sampai bila-bila pun Sarah jangan balik kesini lagi. Akak takut abang Kamal akan meneruskan niat hatinya pada Sarah dan akak tak mampu nak menghalang lagi”. Sambil memandu Hadizah
menghulur sejumlah wang untuk kegunaan adiknya. Semoga dengan duit itu boleh
membantu Sarah sebelum dia dapat mencari wang sendiri.
Hadizah menghantar adiknya keperhentian
bas. Diperhentian bas Sarah berfikir kemanakah arahnya akan dituju. Dia tidak
mempunyai ramai kawan. Dulu dia bekerja disebuah syarikat asing secara kontrak
diJohor Bahru, tetapi telah dua tahun dia berhenti kerana menjaga emaknya yang
terlantar sakit kerana serangan angina ahmar.
Memandangkan hanya Sarah anaknya yang belum
berkahwin jadi Sarah lah diberitanggung jawab untuk menjaga emaknya. Malang
sekali segala perbelanjaannya juga Sarahlah yang menangung. Dua tahun emaknya terlantar dan dua tahun jugalah Sarah mengurus dan menanggung
makan, pakai dan perbelanjaan ubat emaknya. Demi emak tersayang
Sarah tidak berkira, habis wang simpananya digunakan untuk membiayai keperluan emaknya.
Bukan
tidak ada harta Puan Salmiah. Selama dia sihat dia menyara hidup dengan wang
hasil dari kebun kelapa sawit dan duit dari jualan kedai mini marketnya yang
ada di pekan tempat mereka tinggal. Tetapi harta-harta itu sudah
dibahagi-bahagi kepada semua anak-anak yayang menguruskanya. Manalah tahu setelah dia tidak berdaya.. anak-anak lelakinya
lupa pada tanggung jawabnya. Emak yang terlantar sakit dibiarkan tidak berjaga.
Telah
dipersetujui hasil jualan mini market akan diambil oleh anaknya lelakinya yang
tua. Kebun kelapa sawit yang dikampung arwah suaminya untuk anak lelakinya yang
nombor dua. Manakala hasil kelapa sawit di tapak rumah yang mereka diduduki diwariskan kepada Hadizah dan Maisarah. Malangnya hasil Hadizah dan Maisarah semuanya
diambil alih kakaknya dengan alasan kakaknya memerlukan lebih duit kerana dia
sudah berkeluarga.
Hasil kedai mini market dan hasil kebun juga tidak dihulur kepada emak
yang sangat memerlukan. Pada mereka segalanya telah diagih-agihkan dan menjadi
hak mereka. Pemberian wang atau apa pun adalah diatas budi bicara mereka
sendiri. Sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan hak mereka. Malang sekali bagi pun Salmiah anaknya tidak berbudi bahasa padanya. Walaubagaimana pun Puan Salmiah sangat
bersyukur masih ada anak yang mahu menjaganya walaupun dengan menggunakan wang
simpananya sendiri. Anak bungsunya Maisarah. Penyakit Puan Salmiah makin
melarat kerana perasaan yang tertekan. Dua tahun menderita akhirnya dia pergi
juga mengadap Illahi. Tinggalah harta dan anak-anaknya.
Best.. Sape hero die? nk lagi..
ReplyDelete-yasmeen-
Syukri tapi hero jahat sikit untk seorang wnita sprti kita ok tak
ReplyDeleteWokey.... Yuhuu x sabar nk tunggu next n3
ReplyDelete-yasmeen-