Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang,
Menangis mayat di pintu kubur,
Teringat badan tidak
sembahyang.
Untuk sebulan
dua ini nampaknya Diana mendendar kata-kata suaminya. Walau tidak mengikutnya bersolat.
Dalam pada itu Tengku Farid tidak pernah lupa berdoa selepas sembahyangnya agar
Allah membuka dan melembutkan hati
Diana semoga satu hari nanti pintu
hatinya terbuka untuk sama-sama mendirikan rukun iman yang kedua itu dan
menjadi menjadi makmum kepadanya pula
InsyaAllah. Tengku Farid sedar dia harus bersabar. Perlahan-lahan dia akan
memujuk isterinya itu untuk menunaikan kewajipanya kepada Allah.
Untuk kebaikan mereka bertiga NurJannah
sudah sedia berkorban. Mengorbankan
giliranya. Hanya Waktu pagi dan petang sahaja Tengku Farid dapat bertemu dengan
isterinya NurJannah. Walaupun hatinya didalam meronta kerana begitu rindu
kepada isterinya yang bernama NurJannah.. namun ditahan. Yang sebetulnya Tengku
Farid suka mendengar isterinya mengaji. Suara isterinya begitu merdu ketika
mengalunkan bait-bait perkataan yang keluar dari bibirnya. Suaranya itu begitu menenangkan
jiwanya. Pagi itu selesai solat subuh NurJannah segera kedapur untuk menyiapkan
sarapan pagi. Sudah menjadi kebiasaan dia dan suaminya akan bersarapan dahulu
sebelum kepejabat. Diluar terdengar orang memberi salam dia sudah tahu suaminya
sudah sampai, untuk menjemputnya ketempat kerja. Tetapi mengapa lebih awal dari
kebiasaanya. Itu yang menjadi tandatanya dikepalanya.
“Assalamualaikum…Jannah ”….
Tadi sebelum
masuk waktu subuh lagi Tengku Farid sudah bangun mandi, berwuduk dan bersiap
duduk di sejadahnmenanti masuknya …masuk sahaja waktu subuh dia terus sahaja menunaikan solat
sunat kemudian solat fardu subuhnya. Selesai berdoa terus sahaja di kerumah isterinya
NurJannah…
”Waalaikumsalam… Jannah kat
dapur bang.” NurJannah menjawab salam suaminya. Dia tidak menyambut kedatangan
suaminya kerana dia sedang memanaskan minyak untuk mengoreng. Dia mahu
mengorang cucur udang untuk sarapan mereka pagi itu. Dia mengorang lebih awal
agar cucurnya sejuk sedikit semasa mereka makan nanti.
“Jannah masak apa hari ini….” Bila
mendengar suara isterinya menjawab salamnya dari dapur terus sahaja Tengku
Farid kedapur. Dia menghampiri isterinya lalu memeluknya dari belakang sebuah
kucupan singgah dileher dan pipinnya.
“Kita makan cucur undang pagi ni bang ok tak.”
“Emm… pagi lagi ni jom kita
baring-baring dulu abang mengatuk lagi lah …jom kita tidur kejap.”makin kemas Tengku
Farid memeluk isterinya lalu memanjangkan tanganya mematikan suis dapur dan
menarik tangan isterinya kebilik mereka. Hanya waktu-waktu seperti itu sahaja
mereka dapat bermesra. NurJannah juga reda, demi kebaikan mereka bertiga, dia
perlu berkorban.
Atas nasihat
sahabatnya Halim tempuh hari kini Tengku Farid sudah pandai mencuri masa untuk
bersama Nur Jannah. Bila ada kesempatan sahaja dia akan menemui isterinya itu,
bukan kerana paksaan dari Nur Jannah tapi nalurinya sendiri yang sentiasa rindu
pada Nur Jannah.
=======================================
Malam minggu itu Diana merengek
hendak kekelab bertemu kawan-kawannya. Memandangkan itu adalah kebiasaan Diana,
jika dihalang terus tentu dia akan rasa tertekan pula. Mahu tidak mahu Tengku
Farid terpaksa menuruti kehendak isterinya mudanya. Walau bagaimana punTengku
Farid akan cuba perlahan-lahan mengawal dan membataskan Diana dari mengunjungi
tempat-tempat seperti itu dihari mendatang.
“Jom lah kita pergi Farid
sekali ni saja... I janji lepas ni I tak pergi lagi..I pun malu juga perut dah nampak
besar ni.” Itulah janji Diana dengan memek muka yang disedehkan. Kerana kasihan
Tengku Farid membawa juga Diana kekelab malam malam itu. Mereka pergi kekelab
malam The Rootz diJalan Bukit Bintang kerana kawan-kawan Diana mahu kesitu
malam itu.
“Janji ya ini yang terakhir
you pergi..I yang sebetulnya tak suka you pergi..tapi untuk kali ini tak apa..janji
tau ini kali yang terakhir”. Berulangkali Tengku Farid menginatkan janji Diana
agar tersemat didalam hati dan mengingatinya. Diana mengangkat tanganya tanda
berjanji.
“Ok”.Diana melonjak
kegembiraan diatas persetujuan suaminya. Malam itu dia ditemani oleh suaminya
untuk berhibur. Sudah menjadi kebiasaan Diana kalau sudah berjumpa kawan-kawan
seakan tenggelam dalam dunia mereka. Hampir pukul satu Tengku Farid memaksa
Diana pulang. Merengek rengek Diana tidak mahu pulang kerana baginya masih awal
lagi..sedangkan kawan-kawannya masih ceria bersantai dan ada sesetengahnya masih
terkinja menari berhibur sepuas hati..dia pula sudah dipaksa pulang oleh
suaminya.
“Farid sekejap lagilah..awal
lagi lah ni..tenguk diaorang pun masih tak balik lagi”.
“Diana you sedar tak you tu
mengandung..jagalah kesihatan..nanti kalau you sakit you juga yang menanggungnya..mereka
tu tak apa mereka tak mengandung”.
“Alaah I tak akan sakit lah
Farid kalau setakat menari”. Angkuh sahaja kedengaran Diana menjawap kata-kata
suaminya. Dia tidak tahu jika Allah berkehendakkan suatu hanya akan dikatakan
JADILAH maka terjadilah.
“Diana!!!cuba dengar cakap I
ni”. Keras sedikit suara Tengku Farid untuk memaksa isterinya pulang. Dengan
muka memuncung akhirnya Diana mengikuti juga lagkah kaki suaminya keluar dari
kelam malam itu. Kerana memprotes tindakkan suaminya sampai sahaja dirumah
terus sahaja kebiliknya naik kekatilnya mahu tidur. Bajunya juga tidak ditukar. Terpaksa juga Tengku Farid menegur tingkah
isterinya..dia juga teroaksa mencarikan baju tidur untuk isteri mudanya..lalu menhhukur kepada isterinya yang sudah baring diatas katil.
“Diana tukarlah baju tu..baju
tu kan dah kotor takkan you nak tidur dengan baju yang dah kotor tu, Ni I dah ambilkan baju tukar.”
“Bisinglah you ni..”Dengan
kasar dibuka bajunya dan mencampakkan kearah suaminya. Kemudian dia baring lalu
menarik selimutnya hingga keleher dan memejamkan matanya. Dia mengiring
membelakangkan suaminya yang sedang berdiri ditepi katil mereka.
Tengku Farid
tahu isterinya marah kepadanya dia hanya membiarkanya sahaja.Tetapi hatinya mengeluh dengan tingkah isterinya yang
begitu susah untuk dibentuk…’Hai dia ni
tak nak mandi ke..badan dari tempat sebegitu terus sahaja memanjat katil’ kata-kata
ituhanya didalam hati Tengku Farid
sahaja jika terluah oleh mahu meletup bangunan dengan jeritanya. Tadi ketika
ditegur untuk menukar baju pun dia sudah dibaling dengan baju kotor isterinya.
Tengku Farid
kebilik air mandi dan megambil wuduk. Selesai solat dia menghampiri isterinya
yang sudah lena. Esok hari Ahad. Hari cuti Diana akan bangun tengahhari. Setelah
memastikan Diana sudah tidur dengan perlahan Tengku Farid keluar dari biliknya..hatinya
meronta-ronta ingin bertemu dengan Nur Jannah. Tekad hatinya dia ingin kerumah
Nur Jannah. Pukul tiga pagi dia sampai dirumah NurJannah. Pagi itu selepas
solat subuh Tengku Farid ingin menyambungg tidurnya.Untuk bersarapan masih
terlalu awal. Dia mengajak isterinya Nur Jannah baring semula sementara
menunggu hari siang.
“Jannah temankan abang tidur kejap…abang
mengantuklah.” mana tidaknya hampir pukul satu baru Diana mahu diajak
pulang sampai kerumah jam dipergelangan tanganya menunjukkan pukul hamper pukul
dua pagi..dia keluar semula untuk kerumah NurJannah. Dapat tidur lebih kurang tiga
jam, dia bangun semula untuk solat subuh.
“Ialah …abang tidurlah” Tengku
Farid menarik isterinya dalam pelukkanya, sebelum di melelapkan matanya dia
bersuara lagi..
“Jannah pukul sembilan nanti kita
pergi kerumah nenda ya, lama Jannah tak pergi rumah nenda kan.”NurJannah bukan
yang jenis yang suka meminta-minta,dia sedar keadaan suaminya yang harus
menjaga kepentingan Diana dan juga dirinya.Dia selalu berfikir jika dia meminta
sesuatu dari suaminya, tetapi suaminya tidak dapat memenuhinya, ditakuti menjadi
satu tekanan kepada suaminya pula.
“Tapi macamana dengan Diana,
tak marah ke kalau dia bangun abang tak ada nanti?.”
“Dia tu hari minggu macam ni kalau tak pukul duabelas
tengahhari jangan harap dia nak bangun.”
“Kalau abang dah kata macam tu
oklah…nanti pukul sembilan kita pergi rumah nenda, lagi pun Jannah nak tumpang
jahit sarung bantal baby sekali.”
Suaminya tidak memebri tidakbalas akan kata-katanya. Dia tahu suaminya sudah
hanyut dibuai mimpi.
Akhirnya
NurJannah terlena juga dalam pelukkan hangat suaminya. Dia terjaga apabila
terdengar bunyi sebuah motosikal yang memecut kuat di sekitar pangsapuri
mereka. Bila NurJannah melihat jam di telefon bimbitnya menunjukkan pukul lapan
pagi. Dia bangun dengan perlahan dia
melepaskan pelukkan suaminya, kemudian mandi dibilik air dapur berwuduk sekali dia menunaikan solat duha,
kemudian menyediakan sarapan pagi untuk mereka berdua. Setelelah selesai
memasak sarapan paginya barulah dia megejutkan suaminya.
Setelah siap Tengku
Farid bersarapan dan bersolat Duha mereka kerumah nendanya. Waktu mereka sampai
nenda masih dibilik bacaanya, Nur Jannah terus bertemu pembantu rumah nendanya.Mak
Milah seorang janda setengah baya yang tidak mempunyai anak,suaminya pula telah
meninggal lima tahun lalu kerana demam denggi. Setelah beberapa bulan suaminya
meninggal dia berkerja dirumah Tengku Khalidah sebagai pembantu rumah.
Mak
Milah merupakan anak yatim piatu sejak kecil lagi dia berkahwin dengan suaminya
ketika usianya dan usia suaminya agak lewat. Mungkin sebab itulah mereka tidak
dikurniakan anak. Setelah suaminya meninggal dia menjadi sebatang kara. Hendak
menumpang dirumah saudara mara sebelah
suaminya mereka orang susah juga. Sebelum suaminya meninggal dia tinggal
dikampung setinggan dikawasan Kampung Pandan dan berjiran pula dengan kenalan
Pak Bakar. Pak Bakarlah yang mencadangkan agar dia menjadi pembantu rumah dirumah Tengku Khalidah. Kebetulan pula ketika
itu Tengku Kahlidah sedang sibuk-sibuk mencari pembantu rumah kerana pembantu
rumahnya orang Indonisea telah tamat kontraknya. Akhirnya Mak Milah menjadi
orang gaji di rumah nenda Nur Jannah dan dia bahagia disitu.
Mak Milah seorang yang baik,
peramah dan penyayang. Mak Milah menyenangi NurJannah kerana dia tidak sombong
dan sering menolongnya didapur walau pun dia cucu orang kaya. Sewaktu NurJannah
sampai dirumah nendanya dahulu umurnya baru lapan belas tahun, dia selalu
termenung kerana teringatkan datuk dan neneknya dikampong. Mak Milahlah yang
cuba menghiburkan gadis yang tidak pernah berpisah dengan datuk dan neneknya. Diajaknya NurJannah berbual-bual sama ada
dibiliknya ataupun di dapur tujuanya hanya satu mahu menghibur dan
menghilangkan rasa rindu gadis itu. Sepulangnya
dari kojej atau dihari Sabtu dan Ahad mereka akan melakukan aktiviti mengemas
rumah bersamanya. Walaupun Mak Milah melarang kerana tentu Tengku Khalidah tidak
suka cucunya menolong dia membuat kerja-kerja rumah, tetapi larangnya tidak pernah
diindahkan oleh Nur Jannah. Kalau hendak dibandingkan NurJannah lebih mesra dan
manja dengan Mak Milah berbanding neneknya Tengku Khalidah.
Didalam hati
NurJannah sering membandingkan antara nendanya dengan datuk dan neneknya di
kampong. Kalau di kampong dulu NurJannah sering berbaring dipangkuan neneknya
untuk bermanja-manja, seringkali juga dia mencarikan uban dan memotongkan
kuku datuknya, dan apabila dia kurang
sihat dia akan tidur dibilik datuk dan neneknya, kemudian nenek atau datuknya akan
bergantian memicit-micit kepalanya pula. Tetapi dengan nendanya sekadar
bertegur sapa sahaja, untuk berbual jauh sekali. Melihat raut muka nendanya
sahaja NurJannah sudah gerun, inikan pula hendak bermanja.
Bagi Tengku Khalidah
pula bukan dia tidak sayangkan NurJannah, itulah satu-satu cucunya dan
keturunanya yang dia ada. Baginya NurJannah tidak harus diberi manja, kerana
dengan kemanjaan ditakuti NurJannah tidak boleh untuk berdikari kelak. Untuk menggantikan
tempatnya sekali gus menjadi tokoh
perniagaan suatu hari nanti, NurJannah
harus dididik dengan tegas supaya dia menjadi seorang wanita yang berani dan
bersemagat kental sepertinya. Dipejabat pula NurJannah seperti pekerja lain,
tidak ada bilik khas untuknya. Yang membezakan NurJannah dengan pekerja
nendanya yang lain hanyalah..NurJannah diwajibkan menghadiri semua mesyuarat
yang diadakan didalam atau pun diluar pejabat. Ini bertujuan untuk memudahkan
dia mempelajari dan memahami perjalannan perniagaan nendanya dan dia selalu
mengikuti nendanya keluar menguruskan perniagaan.
================================
Pada pukul sebelas pagi telefon
bimbit Tengku Farid berbunyi. Diana menghubunginya untuk pergi bersarapan pagi
itu.Tengku Farid kedapur mencari Mak Milah.
“Mak Milah Jannah mana ?…”
“Tu dalam bilik Mak Milah..tengah
menjahit.”
“Ohh..saya masuk ye nak jumpa
Jannah kejap.”
“Masuklah…”ringkas jawab Mak
Milah sembil terus meyambung tugasnya.
“Jannah abang balik dulu ya
..Diana dah bangun dia nak pergi breadfast…nanti petang abang datang ambil
Jannah ..nanti kalau nenda tanya Jannah cakaplah abang pergi main bowling
dengan Halim ye”.Tengku Farid bercakap dengan perlahan supaya tidak didengari
oleh orang lain.
Tengku Farid
memberi ciuman didahi dan dipipi isterinya dibilik itu supaya diluar hanya Nur
Jannah sahaja mencium tangannya. Bagi NurJannah perbuatan romantis tidak harus
di pertonton oleh orang luar, perlakuan itu hanya dia suami isteri sahaja yang
tahu. NurJannah menghantar suaminya hingga kekereta.
“Pandu kereta elok-elok baca doa ya.. Assalamualikum” Itulah pesan
yang selalu diingatkan oleh NurJannah pada suaminya.
“Waalaikumsalam ok..tunggu
abang datang petang nanti ya.”
Nenda NurJannah keluar dari
bilik bacaanya apabila terdengar deruman kereta di halaman rumahnya tadi dan
menuju kedapur.
“Siapa yang datang Milah.”
“Jannah dengan suaminya Tengku.”
ketika itu NurJannah juga menuju kedapur dibelakang nendanya tetapi agak jauh
sedikit. Dia menghampiri nendanya lalu menyapa dan menghulur tangan untuk
bersalaman dan mencium tangan nendanya.
“Apa khabar nenda.”
“Baik…suami kamu pergi mana tu,
sekejap saja dia disini?..”
“Kawan dia.. Halim telefon
ajak main bowling..kat sinipun dia tak buat apa-apa lagipun Jannah nak jahit
sarung bantal baby kat bilik Mak Milah.”
“Kenapa jahit sendiri Jannah..beli
dah siap kan senang lagi cantik. Pergi supermarket kita cari bahagian baby dan
kids..pilih warna apa yang Jannah nak .”
“Tak apalah nenda yang beli tu
belilah..yang ni Jannah nak jahit sendiri nak cuba cantik tak Jannah jahit lagi
pun boleh buat ganti-ganti nanti…kan Mak Milah”. Mak Milah terhenti dari
tugasnya bila namanya disebut.
“Ialah tu” jawab nendanya
sambil berlalu ke bilik bacaanya semula. Banyak yang mahu disemaknya tentang
perjalanan perniagaanya. Dia tidak boleh lagi menyerahkan tanggunjawabnya
kepada NurJannah kerana NurJannah sedang berbadan dua takut menjadi tekanan
kepada cucunya itu dan menjejaskan kandunganya pula.
===================================
No comments:
Post a Comment