~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 5 July 2012

Bab 15. Jangan ada rahsia



                                             




Tidak salah bunga lembayung,
Salah senduduk tumbuh melata,
Tidak salah ibu mengandung ,
Salahnya diri yang buruk pinta.



Pagi itu, di pejabatnya Tengku Farid memanggil Halim ke biliknya. Dia ingin bertanyakan pendapat sahabatnya tentang masaalah yang di hadapi. Setelah Halim duduk di hadapannya terus Tengku Farid bersuara.

“Lim …ada tak Diana cerita apa-apa kat kau.” Tengku Farid memandang Halim meminta kepastian.

“Ada …dia kata kau tak mesra lagi dengan dia….betul ke?”

“Bukan begitu …kau fahamkan aku ni dah kahwin aku tak nak dia mengharap lagi kat aku….aku sebenarnya nak berterus terang saja dengan kau…aku …aku sebenarnya tak mampu untuk berpoligami, aku sekarang ni banyak commitment, rasanya  aku tak mampu  nak bagi tumpuan kalau aku beristeri dua”.

“kalau macam tu kau buang  satu”.

“maksud kau yang mana yang harus aku buang?“ tanya Tengku Farid dengan mata cemerlang memandang Halim penuh tanda tanya.

“Emm...Nur Jannah… sebab kau tak cintakan dia kan.”  Halim menduga..dia menanti jawapan balas sahabatnya. Halim tahu dari pegamatannya sahabatnya sangat bahagia bersama isterinya yang bernama Nur Jannah binti Ahmad Amin. Isteri yang dapat mengubah corak hidup liarnya selama ini.

“Itu dulu  sebelum aku tahu siapa dia Lim…sekarang aku rasa aku dah sayang sangat-sangat kat dia, ni ha baru pagi tadi aku jumpa dia, tapi rasa dah lama sangat aku tak tenguk dia, aku suka dengar suaranya, wajahnya, dan ceritanya. Bila aku dengan dia, aku rasa bahagia dan terhibur kenapa agaknya Lim, adakah aku dah jatuh cinta dengan dia Lim”.

“Oklah tu kau jatuh cinta dengan isteri kau sendiri...kau tinggalkan saja Diana tu..”teka Halim dengan rasa ragu-ragu. Kerana Halim tahu  perjalanan cinta sahabatnya itu.

“Juga tak boleh…aku harus bertanggung jawab keatas dirinya…” balas Tengku Farid sambil menundukkan wajahnya memandang meja.

“Kalau macam tu kahwinlah dua-dua..kalau dah terpaksa mungkin boleh kau mengatasinya nanti  Biasanya kalau dah didepan mata atau dah terjadi kat kita.. ada saja jalan untuk kita menyelesaikan masaalah kita. Tapi kau berterus teranglah dengan isteri kau dulu, aku rasa tentu dia izinkan kau nikah dengan Diana. Kau bagi alasan yang kukuh, tentu dia faham, Lagi pun kau mampu dari segi lahir dan batin kan”.

“aku dah bagitahu denagn Jannah Lim dan dia izinkan aku nikah, tapi yang sebenarnya aku kesian kat dia Lim dia tu lembut macam cepat mengalah aku takut dia terabai.dan satu lagi takut akuyang  tak mampu menyempurnakan tanggung jawab aku dengan adil..Lim.. Tapi apa nak buat aku tak ada pilihan". 

"Kalau macam tu eloklah..kira dah selesailah masaalah kau"

"Tapi aku mintak tolong  kau rahsiakan perkara ini dari datuk aku dulu..kalau semuanya dah terkawal nanti, barulah aku nak bagi tahu perkara ini pada meraka semua.”

“Kalau macam tu, aku janji akan tutup mulut dengan kes kau ni, tapi ingat berlaku adillah pada isteri tua kau tu jangan sia-siakan dia, jangan bila kau dah dapat Diana kau lupakan dia pulak, dia isteri yang baik Farid.”

“Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya aku, sebenarnya aku pun tak mahu kehilangan isteri aku tu, aku memang dah sayang sangat-sangat kat Jannah ..Lim” terang Tengku Farid bersungguh-sungguh.


         Tengku Farid selamat diijabkabulkan dikampung Diana diMelaka. Supaya pernikahan mereka tidak diketahui oleh keluarganya dan keluarga Nur Jannah, Tengku Farid bernikah pada malam Jumaat. Hanya hari Sabtu dan Ahad sahajalah honeymoon mereka. Tengku Farid tidak mengambil cuti, itu sudah dimaklumkan kepada Diana. Diana juga maklum jika pernikahan mereka diketahui oleh keluarga Tengku Farid atau keluarga Nur Jannah mungkin segala kemewahan yang sedia ada sekarang ini, akan ditarik balik oleh Tengku Faizal yaitu datuk Tengku Farid. Mereka akan hidup dengan apa yang ada sahaja. Diana tidak sanggup hidup dalam keadaan serba kekurangan. Kerana itu Diana telah bersetuju merahsiakan pernikahan mereka dari pengetahuan umum, hingga kesuatu masa yang akan ditentukan. Pada hari Ahadnya pula mereka pulang semula keKuala Lumpur. Kini Diana telah berpindah kekondo Tengku Farid. Bahagia Diana tidak terhingga impianya tercapai juga. Dia kini memiliki Tengku Farid. Dia kini isteri Tengku Farid yang sah walaupun masih menjadi rahsia. 

     Sudah tiga hari Tengku Farid tidak bertemu NurJannah dan malam ini  dia akan kerumah NurJannah. Cemburu dihati Diana tidak terkira, inilah yang harus ditanggung jika berkongsi kasih suami. Ini juga telah dimaklumkan oleh suaminya sebelum pernikahan mereka di langsungkan. Masa itu Diana kata dia rela berkongsi asalkan Tengku Farid mahu menikahinya dan menjadi miliknya. Yang sebenarnya sebelum pernikahannya dengan Tengku Farid, Diana sudah membayangkan, tentu Tengku Farid akan melebihkan dirinya atau mungkin juga Tengku Farid tidak lagi memperdulikan Nur Jannah setelah pernikahanya itu nanti. Dia adalah wanita yang dicintai oleh Tengku Farid.dan bukankah dulu pernah Tengku Farid merayu untuk menikahinya. 

“Diana sampai bila kita macam ni..kita nikah you jadi milik I…semua kita boleh buat. Taklah  I tertahan-tahan menahan kemahuan I ni.”

“Apalah you ni Farid kita masih muda lagi dah nak terikat..,kita enjoylah dulu.”

“Apa you kata? kita ni dah 26 tahun.. you kata..kita muda, kalau mummy dan daddy kita mereka dah ada anak unmur macam kita ni..lagi pun you  dah kerja apa yang you nak tunggu lagi…atau you masih nak cari yang lebih baik dari I?” Ketika itu dia sahaja yang menolak...

          Sebenarnya itulah tujuan Diana, kalau ada yang lebih baik dari Tengu Farid. Baginya Tengku Farid masih lagi bergantung sepenuhnya kepada datuknya. Dia tidak sebebasnya untuk berbelanja..kemewahanya terhad.
“Diana..datuk I dah suruh I cari calon isteri..kalau I tak dapat, dia sendiri yang akan tentukan jodoh I nanti.”

“You kahwinlah dengan pilihan datuk you..kalau datuk  you yang cari mesti anak- anak kenalan dia..tentu orang kaya juga..tapi janganlah you jatuh cinta pada dia pulak, dah habis hartanya you ambil, ceraikanlah dia..masa tu tentu kewangan you dah stabil, taklah macam sekarang ni you bergantung sepernuhnya dengan datukr you saja…haa masa tu kita nikah..I sabar dan setia tunggu you datang pada I.” Sungguh bijak Diana merancang untuk kesenangan dirinya.

“You ingat I ni tukang kikis harta orang ke?”

“Apa salahnya..bukan harta siapa pun, isteri you..you memang ada hak apa..harta dia harta you juga.” Begitu pandai perancangan Diana untuk kesenangan dirinya.

“Habis you macam mana?..you memang tak nak jadi isteri I lah ni?”

“Bukan tak mahu tapi bukan dalam waktu terdekat ni..I nak enjoy dulu..kalau I dah sedia nanti kita kahwinlah.” Tapi setelah Tengku Farid bernikah dengan Nur Jannah, timbul pula merasa cemburu dan perasaan takut..takut  dirinya dilupakan...Tanda-tanda dirinya mahu dilupakan sudah jelas, ketika dia diMelaka dia sudah tidak dihiraukan lagi  oleh Tengku Farid.

       Kini apa yang terjadi sebaliknya pula. Dia merengek supaya suaminya tidak meninggalkannya malam itu  tetapi rayuanya tidak dihiraukan oleh suaminya. Makin terbakar hati Diana terbakar dengan rasa cemburu. Dengan tegas Tengku Farid menjelaskan.

“Diana.. I bukan suami you seorang..I mesti berlaku adil..you mesti faham hakikatnya, dan you telah setuju sebelum kita nikah tempuh hari you mesti ingat dan you mesti bekerjasama dalam hal ini”.

“Kalau you tak boleh berlaku adil beristeri dua..you ceraikanlah dia…lagi pun dia belum mengadung lagi.” Mendengar ayat yang di perkatakan oleh Diana, darah Tengku Farid mendidih  mencapai 100%. dia berpaling mengadap Diana dengan wajah garangnya..tangan suaminya lurus mengarahkan kemukanya jari telunjuknya hamper menikam matanya.

“Jangan you sebut perkataan itu lagi I tak suka..I benci” garang suaminya mempamirkan riak wajahnya. Memang dia betul-betul marah dengan perkataan itu. Tidak pernah Tengku Farid bersuara tinggi kepadanya..Inilah pertama kali selepas dia sah menjadi isterinya tiga hari pulak tu..oh nasib..
’Ahh..apalah nasib aku ni baru tiga hari jadi isteri dia dah kena marah masa bercinta dulu tak pernah pun dia tinggikan suara pada aku.’gerutu hati Diana,bila melihat suaminya ‘naik angin’akhirnya Diana membiarkan sahaja suaminya kerumah isteri tuanya dengan perasaan yang sebal.

Tidak salah bunga lembayung,
Salah senduduk tumbuh melata,
Tidak salah ibu mengandung ,
Salahnya diri yang buruk pinta.


Sampai sahajaTengku Farid didepan pintu pandsapuri isterinya NurJannah, terus sahaja Tengku Farid membuka pintu rumah dengan kunci yang ada padanya. Dia memberi salam tetapi salamnya tidak berjawab. Langkahnya terhenti sebentar bila mendengar suara isterinya sedang mengaji didalam biliknya.’Patutlah dia tak jawab salam aku dia tak dengar, Jannah mengaji dalam bilik rupanya’.Tengku Farid menolak daun pintu bilik yang terbuka sedikit dengan perlahan supaya tidak menganggu isterinya yang sedang mengaji. Apabila NurJannah terpandang wajah suaminya terjengul dimuka pintu bingkas dia bangun dan meluru lalu memeluk suaminya dengan erat sekali sambil menangis didada suaminya.

“Kenapa ni “…tanyaTengku Farid lembut, apabila isterinya tidak menjawab pertanyaanya. Tengku Farid cuba merenggangkan pelukkan isterinya tapi isterinya makin kuat memeluknya. Akhirnya dibiarkan sahaja isterinya menangis didadanya sehingga tangisanya reda sekali lagi Tengku Farid bertanya..

“Kenapa sayang.”

“Jannah rindu abang.” NurJannah melonggarkan pelukkanya, Tengku Farid memaut dagu isterinya dan mendonggakkan muka isterinya supaya dia dapat memandang wajah yang dirinduinya. Ibu jari tangannya  menyapu air mata yang membasahi dipipi isterinya. Dia mengucup dahi isterinya lama dengan sebak didada .matanya yang sudah berkaca-kaca. Hatinya menjadi sedeh bila mendengar luahan hati isterinya...

“Abang rindu Jannah juga.” Tengku Farid tidak menyangka pulangnya kerumah NurJannah disambut dengan dakapan rindu darinya. Tadi semasa dalam perjalanan kerumah Nur Jannah dia membayangkan tentulah NurJannah akan bermasam muka dan menyindirnya dengan sindiran pedas seperti yang selalu dilihat drama ditelevisyen, bila isteri diduakan kasihnya. Mana ada perempuan suka dimadu tapi ini sebaliknya. Dia bersyukur kerana isterinya memahami keadaan dirinya lalu menarik semula isterinya kedalam pelukkan dan memeluknya dengan lebih kemas lagi. Lama mereka berdakapan untuk menghilangkan rindu yang menggunung. Dalam Tengku Farid terkilan kerana terpaksa menguris hati isteri sebaik NurJannah. Dia rasa bersalah dengan perbuatan yang dilakukan sendiri. Dia tidak juga merasa bahagia walaupun setelah melaksanakan sesuatu yang diimpikan oleh kebanyakaan lelaki,’berpoligami’ahhh dia memeluk isterinya lebih erat,untuk menghapus kesal dihatinya.

“Abang dah makan?... nanti lepas Isyak temankan Jannah makan ya…” Nur Jannah memecah kebiasuan antara mereka setelah reda sedikit perasaanya.

“Jannah belum makan lagi??”Tengku Farid bertanya hairan, kerana kebiasaanNur Jannah makan malam sebelum mangrib.

“Dah makan tadi, tapi nampak abang ni Jannah rasa lapar pula, Jannah masak lemak udang campur daun pegaga hari ini”.Mana tidaknya dua tiga hari ini NurJannah tidak berselera untuk makan. Hatinya gundah terkenangkan suaminya. Tetapi tidak tahu dimana harus dia meluahkan perasannya. Rasa resah yang menujah didalam hatinya dipendamkan sahaja kedasar hatinya. Walau bagaimanapun dia tetap menyayangi suaminya. Pada NurJannah walaubagaimana pun cara mereka di pertemukan jodohnya,selepas ijab dan kabul bersama lelaki yang menjadi suaminya, hanya padanyalah kasihnya,sayangnya dan cintanya  tertumpah,tidak ada lelaki  lain dihatinya.  

“Abang pun rasa lapar juga ni…nanti kita makan lepas Isyak,kita solat berjemaah ye.”Tengku Farid me-nyetujui cadangan isterinya tadi. Kini Tengku Farid sudah mula menjadi imam isterinya ketika sembahyang walaupaun hanya membaca surah-surah yang pendek dan mudah tapi NurJannah menyakinkan dia boleh menjadi imam asalkan bacaannya betul. Bukankah solat  berjemaah memang banyak kelebihannya dan sangat digalakkan.

=======================

Setelah sah menjadi isteri Tengku Farid, Diana masih tidak yakin akan kasih dan sayang suami kepadanya. Bagi Diana untuk  membuktikan kasih, sayang dan cinta, suaminya harus memberinya sesuatu sebagai bukti. Bagi menguji sejauh mana cinta dan sayang suaminya kepadanya Diana meminta dibelikan kereta idamanya,sebuah kereta SUZUKI SWIFT berwarna merah.Memang sudah lama dia mengimpikan kereta jenis itu. Dia  juga mahu Tengku Farid menukar hak milik kondo yang mereka duduki  itu atas namanya. Bagi memuaskan hati isteri barunya, semua kehendak Diana dituruti oleh Tengku Farid. Sebenarnya Tengku Farid malas mahu mendegar bebelan Diana yang sering mempertikaikan keikhlasan mengambil dirinya sebagai isteri. Diana sering membandingkan kelebihan dirinya sendiri dengan NurJannah. Bulan berikutnya Diana bakal memandu sebuah kereta Suzuki Swiff berwarna merah  bagi menggantikan  kereta wira sedan milik Diana yang telah buruk. Itu katanya, sedangkan keretanya itu baru beberapa tahun sahaja digunakan.

Kini rutin kehidupan Tengku Farid mula berjadual bagi membahagi tanggungjawabnya. Dia akan menggilirkan diri kerumah kedua orang isterinya.  Dia sedaya upaya cuba memeberi kasihsayangnya sama rata. Tengku Farid berusha berlaku adil untuk kedua-dua isterinya. Setakat untuk sebulan dua yang telah dilalui belum lagi timbul masaalah. Hanya dia merasa penat sedikit melayan kerenah regekkan dan rajuk Diana yang kadang-kadang memeningkan kepala. Setelah hidup sebumbung barulah Tengku Farid tahu Diana cemburu orangnya.Perasaan cemburunya itu sukar dibendung. Walaupun kata orang cemburu itu tandanya sayang tapi kalau berlebihan menjadikan ia satu tekanan dan bebanan pula. Bila tiba giliran suaminya kerumah NurJannah, dia akan membuat berbagai helah supaya Tengku Farid tidak pergi kerumah NurJannah. Sedangkan sebelum mereka bernikah perkara itu sudah diterangkan dan telah pun  dipersetujui oleh Diana, kerana dia tahu Tengku Farid sudah beristeri. Pada Diana jika dibandingkan dengan Nur Jannah dia merasakan dirinya lebih cantik, lebih pandai dan juga pandai bergaya, sepatutnya dia diberi perhatian yang lebih oleh suaminya. Jika dibandingkan dengan cinta pula, tentulah cintanya lebih teguh bertahta dihati suaminya kerana dia lebih lama mengenali dan bercinta dengan suaminya itulah anggapanya.

Walau bagaimana sekali pun Tengku Farid tetap bersyukur dikurniakan isteri yang bertimbang rasa,dan boleh bertolak ansur seperti NurJannah. Dia tidak pernah mengungkit jika suaminya terlewat atau sesekali tidak jadi datang pada masa giliranya. Bagi Nur Jannah apalah yang hendak digaduhkan jika sesekali suaminya terlewat atau tidak jadi datang mungkin ada perkara yang tidak dapat dielakkan  ia nya terjadi. Padanya…asalkan suaminya tidak melupakan atau mengabaikan dirinya itu sudah mencukupi. Jika difikirkan kasih suaminya masih seperti dulu juga, hanya kini tidak sekerap dulu dia dapat bersama suaminya. Pernah juga Tengku Farid menceritakan masaalahnya dengan Diana kepada Nur Jannah, tetapi NurJannah  memberi pendapatnya mungkin ‘pembawa budak’ Diana berperangai begitu. Diana sedang mengandung ingin perhatian yang lebih, selepas dia melahirkan anaknya mungkin dia akan berubah. Mendengar penerangan isteri tua yang bertimbang rasa fikiran yang kusut menjadi lega.Tengku Farid  mengharapkan perubahan Diana selepas bersalin nanati.

                Tugas menghantar dan menjumput NurJannah pergi dan balik dari kerja tetap berjalan seperti biasa. Ini bagi  mengelakkan pernikahan kali keduanya di ketahui oleh kedua belah keluarga. Jika malam itu di bermalam dirumah Diana paginya dia harus bangun lebih awal untuk ke rumah Nur Jannah bagi menghantarnya kepejabatnya pula. NurJannah tidak tahu memandu kereta ,tapi itu tidak menjadi masaalah kerana ketika Tengku Farid pergi kerumah NurJannah ,Diana belum bangun lagi dan dia tidak tahu pukul berapa Tengku Farid pergi kerumah Nur Jannah. Diwaktu petang pula Tengku Farid akan menghantar NurJannah pulang. Memang berkesan jadual Tengku Farid. Untuk sementara waktu rahsia mereka bertiga  belum lagi terbongkar.

Malam itu selepas solat magrib Tengku Farid bersiap-sedia untuk pulang kekondonya kerana malam itu giliranya bersama Diana. NurJannah menghantarnya hingga kemuka pintu dengan senyuman. Sebelum keluar pintu,seperti kebiasaan NurJannah akan meminta dirinya didakap erat selama beberapa saat, ciuman didahi dan juga sebuah cukupan azimat dibibirnya ‘katanya untuk bekalan malam nanti supaya dia tidak kerinduan menanti hingga pagi esoknya untuk berjumpa semula’. Sebenarnya NurJannah seorang isteri yang manja dan romantik, tapi manjanya tidaklah berlebih-lebih dan Tengku Farid pun suka dengan permintaan itu. Ada satu perkara lagi berkenaan NurJannah  yang disukai oleh suaminya ialah gurauanya yang bersahaja, membuatkan apabila bersamanya dia rasa terhibur.

NurJannah melonggarkan dakapanya apabila dirasanya bahang dari badan suaminya.

“Abang tak sihat ke??”lalu tangannya diletakkan didahi suaminya. Ini satu lagi sifat Nur Jannah amat peka dan prihatin..sikap  ambil berat keadaan suaminya, menyebabkan Tengku Farid merasa dirinya amat dihargai dan disayangi.

“Panas ….abang demam ni…”

Belum sempat suaminya berkata apa-apa, dia sudah laju menuju kedapur membuka peti sejuk mengambil panadol dan segelas air suam lalu menghulurkan kepada suaminya.

“Kalau tak kebah pergilah klinik ye..dan yang ni bawa balik nanti kalau ada apa-apa tak sempat keklinik ke makan ye.” bersungguh-sungguh dia berpesan kepada suaminya dimuka pintu..Dia sudah memasukkan beberapa biji  panadol kedalam poket seluar suaminya.

“Yes!! Madam….tapi esok jangan lupa masak nasi lemak sambal udang untuk abang ye.” entah kenapa tiba-tiba tekaknya teringin makan nasi lemak sambal udang pula.

Yess!!Sir…Nur Jannah membalas gurauan suaminya sambil mengangkat tabik seperti seorang pegawai polis lagaknya.

“Assalamuallaikum..kunci pintu ye”.Tengku Farid mencuit hidung isterinya sambil tersenyum.

"Waalaikumsalam,jangan lupa baca doa… pandu kereta elok-elok”itulah pesanan mereka berdua kalau berpisah, saling mengingati. Tengku Farid tergelak kecil dengan telatah “nakal”isterinya dengan rasa yang  bahagia dan terus keluar dari rumah.

Sesampai dikondonya Diana sudah menunggunya disofa ruang tamu dengan seluar  kulit yang berkilat dan  ketat. Bajunya pula sehelai t-shirt yang pendek sendat  kalau dia mengangkat tangannya keatas  sedikit akan ternampaklah perut dan pusatnya. Itulah aliran fesyen baju remaja-remaja kita sekarang.

“Assalammualaikum…..emm dah siap, nak makan kat mana? you macam nak pergi kelab saja ni…Diana sepatutnya you dah tak elok pakai macam ni, youkan mengandung pakai ketat macam ni kesian baby kat dalam.” Tengku Farid menegur lembut cara Diana berpakaian malam itu, pada pandangan matanya memang sudah tidak sesuai Diana berpakaian begitu memandangkan dia sudah bersuami dan sedang mengadung pula, baju dan seluarnya  seperti itu hanya sesuai untuk anak remaja belasan tahun sahaja.

“I pregnant baru nak masuk empat bulan ..kecil lagi…you jangan bimbang. Jom kita pergi kelab malam malam ni, boring lah asyik terperap saja kat rumah …sejak kita kawin belum pernah lagi kita jumpa kawan-kawan kita kat kelab..I rindu lah dengan mereka”.rengek Diana manja.

        Kandungan Diana sudah memasuki usia empat bulan tetapi masih belum kelihatan dengan jelas perubahan pada perutnya, hanya kelihatan perut besar sedikit dari kebiasaan dirinya. Mungkin Diana berbadan tinggi dan langsing menyebabkan perutnya tidak berubah dengan cepat.

“I rasa tak sihat malam ni, badan ni rasa panas dan tak selesa. I rasa nak rehat saja malam ni…kita pergi makan lepas tu balik,  sembahyang dan  lepas tu I nak terus tidur.”Tengku Farid memperdengarkn suara yang lemah dan letih.Walau pun sudah menelan panadol dirumah NurJannah tadi, tapi dia terasa badannya yang mula berbahang dan tidak selesa. Matanya juga sudah mula berair dan merah sedikit, mungkin haba dari dalam badannya memberi tanda dimatanya. Dia demam malam itu, kalau diikutkan hatinya dia tidak mahu keluar walaupun untuk pergi makan tapi mengenangkan Diana belum makan lagi dia terpaksa juga keluar. Diana sudah menarik muka masam.

“You nikan sejak kita kawin tak pernah nak ronda-ronda lagi. Kalau pergi makan asyik ingat nak balik sembahyang Isyak…Isyak waktunya kan  panjang yang nak cepat-cepat tu kenapa,kalau kita balik pukul satu atau dua pun masih sempat lagi sembahyang Isyak”. ‘Ingat aku tak tahu waktu sembahyang ke’kata hatinya. Sebenarnya Diana telah bertanyakan perkara itu dengan kawan muslim di pejabatnya.Waktu Zohor ,waktuAsar waktu Magrib, waktu Isyak dan waktu Subuh… dari pukul berapa hingga pukul berapa.

“Sembahyang ni tak elok dilengahkan Diana..masuk saja waktu sembahyang elok kita terus sembahyang, lagi pun I rasa tak laratlah I demam ni …I rasa seram sejuk walaupun  dah makan ubat tadi.” Tengku Farid menerangkan kepada isterinya, mencari simpati.

“Ahh… kalau dah makan ubat sekejap lagi baiklah… jom kita pergi sekejappun jadilah, …jomlah” rengek Diana sambil menarik tangan suaminya supaya bangun mengikuti kehendaknya.Mahu tidak mahu suaminya terpaksa juga mengikut sahaja kehendak isteri mudanya,kalau tidak diikutkan rajuknya mengalahkan budak kecil.

1 comment:

  1. Nasiblah Tengku sapa suruh buat perangai dulu .Ceriter ni tetap best.

    ReplyDelete