Kisah dia dan Katerina bermula di kelab
malam. Pada mula nya hanya sebagai teman berbual dan teman menari.Tetapi
apabila sering bertemu kemesraan semakin terasa.Katerina mula bercerita tentang
masaalah dirinya yang ditinggalkan.Mengadu dirinya yang kesepian.Dari di medan
tari membawa kedalam bilik hotel. Itulah bila sudah suka sama suka, di tambah
dengan keadaan sekeliling dan dicampur dengan apa yang mereka minum menjadikan
mereka hanyut. Bukan tidak sedar tetapi sememangnya itu yang meraka mahu….
berseronok memuaskan diri.Perlakuan yang sesekali akhirnya hingga menjadi
kebiasaan dan kemestian.Kadang-kadang bukan Tengku Faris yang berhajat tetapi
Katerina yang mahu dirinya dibelai untuk menghapus rasa kecewa ditinggal
katanya.
Tidak pernah terlintas dihatinya akan rasa
berdosa kepada Allah dengan perbuatan
yang sememangnya menjadi dosa besar pada penganut ugama Islam. Bukan dia tidak
tahu hukum seorang yang berzina adalah rejam sampai mati. Tetapi apa yang
pernah diberi tahu tidak pernah menyapa gerun dihatinya.Lagi pun kehidupan
seperti itu memang sudah menjadi darah dagingnya sudah menjadi kebiasaan.Biar
pun sejak bernikah dengan Najlah yang berketurunan Negeria kegiatan itu sudah
ditinggalkan kerana Najlah merupakan penganut Islam yang baik dan seorang
isteri yang cemburu.Tetapi Tengku Faris bukan seorang lelaki yang boleh hanya
dengan seorang isteri sahaja.Dia mudah jemu.
Perkahwinan yang tidak berwarna warni dalam
kehidupan rumah tangga mendatangkan jemu dihatinya.Perkahwinannya bersama
Najlah yang baru mencecah usiadua tahun terasa bosan bila setiap hari
mengulangi perkara yang sama.Kerana rasa bosannya dia mula menjejakkan kakinya
semula dikelab malam.Asal mulanya dia hanya ingin mencari sedikit
hiburan.Tetapi bukan kah sudah dilarang ‘Janganlah
kamu menghapiri zina dan maksiat, dan tempat-tempat yang boleh membawa kepada zina
dan maksiat’.
Memang benar dengan apa yang diperkatakan.
Bila dia menjejakkan kaki dikelab malam..dia berjumpa dan berkenalan dengan
Katerina. Setelah lima bulan berkenalan dia merasakan Katerina mempunyai
kelainan. Mulalah dihatinya tumbuh rasa kasih dan rindu. Dengan ‘Rasa itu’ keintiman bermula. Bila melakukan
perkaran yang haram memang rasa seronok sebab didendang dengan hasutan syaitan
yang suka menyesatkan. Perkara yang haram diulangi dan Tengku Faris mula
melupakan wanita yang halal dirumah.
“Faris you tak rasa apa ke bila setiap kali
kita berjumpa kita macam ni”.Saat itu mereka berdua sedang berada diatas katil
sebuah hotel. Nafas Tengku Faris belum lagi stabil, setelah selesai mereka
melepaskan tutuntan nafsu lelaki dan prempuan bila berdekatan dan berdua-duan
ditempat yang jauh dari pandangan mata manusia.
“Rasa..I rasa seronok, happy dan rasa bahagia
bila bersama you Kat..hilang semua
STRESS I”.
Lelaki atau
perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam),
iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.Seseorang yang
melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke
atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana
terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :
“Kalau macam tu..boleh tak kita akhiri
hubungan kita dengan pernikahan. I nak jadi isteri you yang sah. I tak mahu
hanya berseronok sahaja dengan you. I nak ada tempat mengadu rasa suka dan
duka”.
“Kat..I
am Muslim..kalau you nak kahwin dengan I you terpaksa convert Muslim juga.”
“Kalau
I tak convert tak boleh ke?”
“Itu
adalah syarat kalau kita nak kan perkahwinan yang sah...kalau you serius you kena tukar ugama dari Kristian menjadi
Islam”.
“ugama
lain tak kisah pun. Lagi pun I tenguk di Indonesia mereka boleh sahaja..banyak
orang Kristian kahwin Muslim tampa tukar ugama kepada Islam”.
“Itu
Negara mereka tapi untuk I orang Malaysia tak boleh..kena dua-dua Islam baru
boleh kita bernikah. Lagi pun I dah ada isteri..sanggup ke you jadi isteri
nombor dua I”.
“Faris
dalam agama you ...you boleh nikah sampai 4 orang perempuan dalam satu masa itu
yang I baca, betul ke?”.
“Betullah
macam tu..tapi sanggup ke you jadi isteri kedua I.” Pertanyaan kesanggupan
Katerina untuk menjadi isteri keduanya diulang untuk memastikan Katerina
benar-benar mahukan dirinya menjadi suaminya yang sah.
“I
tak kisah jadi yang nombor berapa pun, janji I jadi milik you. Demi untuk
menjadi milik you I sanggup buat apa sahaja. Lagi pun hanya tukar ugama
sahajakan…tak perlu nak potong-potangkan.Yang sebenarnya I nak bebas bersama
dengan you bila-bila masa pun.You nak tahu Faris, I rasa sangat bahagia bila
bersama dengan you. I tak pernah rasa bahagia macam ni. I nak kekal bahagia
bersama you sampai I tua Faris”.Hanya
syarat mahu dirinya dimiliki, Katerinasanggup memeluk ugama Islam. Bagi
Katerina apalah sangat jika hanya
menukar ugama sahaja.Mendengar pengakuan
bahagia Katerina kembang hati Tengku Faris mahu sebesar gunung.
“Hssy
you ni yang potong-potong tu untuk lelaki sahaja. Lagi pun bukan potong tapi
hanya buang kulit sahaja”. Ha..ha..ha Tengku Faris ketawa bahagia kerana dapat
menawan hati Katerina yang cantik menawan. Wajah campuran Cina dan Amareka,
potongan badan pula umpama model. Katerina berasal dari Singapura tetapi
keluarga sudah lama menetap di Amerika..
Dimata Katerina yang menjadikan Tengku Faris istimewa kerana dia seorang Muslim yang boleh
bernikah lebih dari satu.Tetapi bila dirasakan hati Tengku Faris benar-benar
miliknya, dia memberi kata dua pula.Jika mahukan dirinya dia mesti melepaskan
isteri yang sedia ada dan dia bernasib baik kerana Tengku Faris memilih
dirinya.
Demi untuk memiliki Katerina Tengku Faris
sanggup menceraikan isteri yang sedia ada (Najlah) kerana merasakan cinta Katerina
kepada nya adalah cinta sejati..cinta yang tulin dari seorang wanita. Kelebihan
Katerina dengan Najla adalah Katerina satu
benuaAsiaTenggara yang dirasakan ada kehampiran budaya dan cara
kehidupan social mereka. Manakala Najlah berketurunan Negeria, sudahlah berbeza
keturunan,dia jenis cemburu orangnya.Tetapi kini dia mengakui cemburu itu
tandanya sayang.Setelah semuanya terjadi barulah dia tersedar dia tersalah pilih
lagi.
Apakah selama ini cintanya kepada
dirinya hanya diucap dibibir
sahaja..tidak lahir dari hatinya. Tetapi mengapa dulu dia sanggup memeluk Islam
kerana mahu bernikah dengannya..adakah Islamnya dulu hanya pura-pura. Islam yag
hanya diatas kertas..tetapi itulah hakikatnya setelah menjadi isterinya..
Katerina tidak pernah melakukan hukum hakam Islam (solat dan puasa) hanya
sekali dia mengucapkan Syahadah ..ketika dia didepan imam yang mahu mengIslamkanya.
Ketika itu di dikehendaki mengucap dua kalimah Syahadah..bagi mengakuai Allah
yang satu adalah Tuhan sekian alam. Allah yang wajib disembah.
Tetapi siapakah yang bersalah dalam hal ini.
Dia tidak pernah memberi tunjuk ajar untuk menjadikan sang isteri seorang penganut Islam yang
sebenar. Kerana dirinya juga begitu.Islam hanya yang tercatit didalam dokumen
pengenalan diri.Solat dan puasanya sudah lama ditinggalkan, malah semasa
dirinya diMalaysia lagi solat dan bangun sahurnya hanya untuk mengaburi mata
daddy dan mummynya sahaja. Yang sebenarnya dirinya sama sahaja seperti orang
kafir yang tidak berpegangan..bersosial, bermabuk-mabuk dan berzina perkara
biasa baginya.
===================================================================
Nur Hidayah
Setelah 9 tahun bekerja sebagai jururawat di
Hopital Pakar Seremban Syarifah Jamilah mengambil keputusan untuk berhenti. Bukan
saja-saja dia berhenti kerana malas, tetapi dia mahu menerima tawaran bekerja
di Arab Saudi sebagai jururawat juga. Tawaran itu diterima demi untuk menambah
pendapatannya. Dengan pengalaman 9 tahun sebagai jururawat, dia ditawarkan gaji
sebanyak RM11,000 sebulan. Walaupun berat rasa hati untuk meninggalkan anak
tunggalnya Nur Hidayah, tetapi bila mengenangkan kelebihan gaji yang
bakal diterima Syarifah Jamilah menguatkan hatinya. Itu semua demi untuk masa depan mereka. Dan dia berjanji tidak akan lama dia mencari
rezeki dirantau orang jika semua keperluan untuk mereka hidup dapat dipenuhi,
dia akan pulang semula keMalaysia. Apakah keperluan yang mahu dicarinya..sebuah
rumah untuk mereka tinggal, sebuah keenderaan dan sedikit duit simpanan untuk
kecemasan itu sudah mencukupi untuk mereka dua beranak. Dalam perkiraan Syrifah
Jamilah 10 tahun cukup untuk dirinya menyempurnakan keperluan itu. Terpaksalah
anaknya duduk bersama neneknya semula
dikampung mereka diJelebu Negeri Sembilan. Itulah perancangan Syarifah Jamilah
untuk diri dan anaknya.
Seperti kebiasaan setiap minggu Syarifah
Jamilah akan mengambil anaknya yang bersekolah diasrama pulang kerumah sewanya.
Sejak anaknya duduk diasrama itu rutinnya setiap minggu biar pun hari Sabtu dan
Ahandnya dia bekerja, selagi boleh dia mahu anaknya sering berada dilingkungan
dirinya supaya dia tidak rasa tersisih. Sudahlah keluarganya tidak menyukai
anaknya. Dia bekerja sebagai jururwat di sebuah hospiutal swasta kerjanya tidak
menentu hari, bekerja diwaktu semua orang
bercuti itu sudah menjadi perkara biasa pada dirinya.
“Kenapa mama dating, kan dayah dah kata
minggu ni Dayah tak nak balik tak lama lagi nak periksa”.
“Saja mama nak jenguk anak mama, mama rindu dengan Dayah..nanti kat rumah Dayah
belajarlah. Lagi pun hari ni mama tak kerja baru balik pagi tadi, esok mama
kerja malam pula..banyak masa kita kat rumah Dayah”.
“Oh ye ke. Mama tunggu kejap Dayah kemas
buku.” Kelihatan wajah anaknya yang
ceria bila dia mengatakan dirinya
mempunyai masa terluang untuk mereka berdua. Mendengar kata-kata mamanya
cepat-cepat Hidayah mengemas buku-buku yang mahu dibacanya dirumah.
“Jom..mama dah jumpa cikgu tadi..dia benarkan
Dayah balik”. Muncul sahaja wajah anaknya dimuka pintu. Mereka pulang dengan
menaiki sebuah kereta KANCIL lama. Kereta secondhand yang dibeli untuk
kemudahan mereka bergerak.Perjalanan kerumah nya tidak memakan masa yang lama
hanya kira-kira 15 minit sahaja dari asrama anaknya dan rumah sewa mereka.Ketika
mereka didapur untuk menyediakan makan tengahhari Syarifah Jamilah meluahkan
apa yang mahu disampaikan kepada anaknya.
“Dayah mama nak cakap satu benda dengan
Dayah”.
“Benda apa ma..cakaplah”.
“Bulan depan mama nak berhenti kerja. Mama
nak terima tawaran kerja di Arab Saudi. Tiga hari lepas mama dapat surat
tawaran tu.”. Hidayah terdiam merenung mamanya.Melihat reaksi anaknya Syarifah
Jamilah bertanya lagi.
“Tak apa kan Dayah”.
“Habis Dayah nak duduk dengan siapa.. Dayah
kena ikut mama ke..tapi macam mana dengan sekolah Dayah”. Bimbang hati Hidayah
jika mamanya mahu memberhentikan persekolahanya, sedangkan dia suka bersekolah
disekolah yang baru satu penggal didudukinya.
“Dayah duduk sinilah..sekolah kat sini, masa
cuti Dayah balik rumah nenek kat Jelebu”.
“Nenek kan tak suka Dayah”.
“Tak apalah..hanya kalau cuti penggal sahaja
Dayah duduk dengan nenek. Hari sekolah kan Dayah duduk kat asrama..boleh ye”.
Lama dua beranak itu mendiamkan diri. Benar kata mamanya hanya masa cuti
penggal sahaja. Dihari persekolahan dia
duduk diasrama yang disediakan oleh pihak sekaolah. Sejak awal persekolahan lagi NurHidayah sudah duduk diasrama. Dia bersekolah
disekolah menengah Agama setelah dia mendapat
5A dalam keputusan UPSR. Setelah lulus temuduga yang disyaratkan untuk
masuk kesekolah itu.
“Dayah mama pergi bukan saja-saja. Mama nak
pendapatan yang lebih sikit. Mama nak beli rumah sendiri, jadi kita tak perlulah tumpang
rumah nenek dan duit simpan sikit untuk Dayah belajar tinggi nanti. Dayah bukan
tak tahu keluarga kita semuanya tak suka kita kan. Kita kena hidup berdikari. Tak
lama lagi Dayah nak sekolah tinggi tentu nak kan duit yang banyak. Mama
bercadang nak beli rumah kat Seremban ni, mama tak nak duduk menumpang dengan
nenek kat kampong. Masa nenek masih ada ni bolehlah kita tumpang rumah nenek walau
pun nenek tak layan kita..tapi kalau nenek dah tak ada susah kita nanti Dayah.
Kalau kita kena halau kita tak ada rumah nak duduk. Mama tinggalkan Dayah dulu tak
apa kan, mama nak kumpul duit. Mama tak bercadang nak kerja lama sangat kat
Arab tu. Bila semuanya dah cukup mama balik Malaysia cari kerja kat sini dan
kita hidup bersama semula. Ok ye..” Sekali lagi Syarifah Jamilah mencari
pengertian anaknya.
“Dayah ok sahaja..tapi Dayah kesian mama
pergi kerja jauh..mama bukan ada siapa-siapa kat Arab tu..nanti mama nak minta
tolong siapa?”.
“Dayah jangan risaukan mama,kawan mama ada
sorang kerja kat sana.. buat sementara ni, mama akan tumpang rumah dia, lagi
pun kami akan bekerja dihospital yang sama.Dia yang ajak mama kerja kat Arab tu.”
“Ialah”.
“Hanya mama harap Dayah belajar rajin-rajin
dan jaga diri elok-elok. Mama minta maaf Dayah..sebab kesilapan mama nenek dan keluarga
yang lain, tak suka dengan
Dayah”.Syarifah Jamilah menggengam tangan anaknya mata-nya sudah berkaca-kaca.
“Dah lah mama Dayah tak kisah semua tu. Kalau
Dayah baik dan pandai ada sahaja orang
yang nak kawan dengan Dayah. Mama jangan bimbangkan Dayah, kalau tak ada kawan
pun..In Syaa Allah, Allah kan sentiasa ada untuk kita mama”. Walaupun sejuk hatinya mendengar kata-kata
anaknya namun masih terselit rasa kesal yang
tak pernah terkikis dihatinya.
Syarifah Jamilah merupakan seorang wanita
yang mempunyai seorang anak. Dia seorang ibu yang tidak mempunyai suami.Itulah
kesilapan yang paling besar pernah dilakukan. Menyerahkan diri untuk sang
kekasih hingga melahirkan anak luar nikah. Akibat perbuatanya dia kehilangan
ayah, dibuang dari Universiti dan dibenci keluarga. Sudahlah begitu masyarakat
sekeliling juga memandang serong kepadanya.
Setelah melengkapi dan menyelesaikan semua
urusannya, berangkatlah Syarifah Jamilah ke Arab Saudi untuk memulakan
pekerjaannya disana. Kereta Kancil lamanya dijual untuk menampung tiket kapal
terbang dan dia memberi sedikit duit kepada emaknya untuk menampung
perbelanjaan anaknya nanti.
“Mak ambillah dulu duit ni, hanya ini yang dapat Milah bagi emak buat sementara
Milah belum dapat gaji, kalau Dayah nak pakai duit mak gunalah duit ni dulu dan
kalau mak nak pakai duit ambillah juga”.
“Emm..”.
“Nanti kalau Milah dah dapat gaji Milah kirim
lagi kat emak..hanya Milah harap emak dapat jagakan Dayah sementara Milah kerja kat sana ye mak”.
“Emm”…Hanya itu yang keluar dari rongga mulut
emaknya.Sungguh emaknya tidak dapat memaafkan kesilapanya dahulu.Tetapi dia
sedar kerana perbuatanya emaknya juga dipandang hina oleh sahabat handai dan
masyarakat sekeliling. Dan yang paling tidak dapat diterima oleh emaknya akibat
perbuatannya ayahnya meninggal dunia kerana serangan sakit jantung.
Masa berjalan tidak berhenti, diam tak diam Nur Hidayah sudah melepasi pepereksaan PMRnya
dengan cemerlang. Dia mendapat 8A itu
membolehkan dia terus belajar disekolah yang sama untuk tingkatan empat dan
seterusnya tingkatan lima. Tahun itu Syarifah Jamilah pulang ke
Malaysiauntuk meraikan kejayaan anak tunggalnya.Gembira dua beranak bila
bertemu. Tiga tahu berlalu dengan bersungguh Syarifah Jamilah menghimpun duit
gaji dan cutinya. Cuti nya berlangsung
selama sebulan.Pulang cuti kali itu Syarifah Jamilah menyatakan hasrt hatinya.
“Dayah! Ada sorang mamat ni suka kat
mama..Dayah fikir macam mana”.
“Dia suka yang macam mana mama”.
“Dia nak nikah dengan mamalah Hissy Dayah ni
(Syarifah Jamilah memicik hidung mancung anaknya)..tapi dia ni orang Indonesia
yang kerja kat sana”.
“Kalau dah ada yang suka mama..mama nikah
sahajalah. Nanti adalah orang yang boleh jaga mama kat sana”.
“Habis Dayah..”
“Dayah kat sinilah, Dayah tak habis lagi sekolah.
Nanti kalau dah habis SPM barulah Dayah boleh rancang perjalan hidup Dayah”.
Syarifah Jamilah bersyukur anaknya kelihatan berfikiran matang dan pandai
menjaga diri walaupun dia mengajari anaknya hanya melalui telefon sahaja. Dia
besyukur kerana dikurniakan anak yang mendengar kata.
“Entahlah Dayah.Yang sebenarnya mama memang teringin
dak berumah tangga macam wanita-wanita lain, tapi taklah dengan orang yang
berlainan Negara..tapi ialah kerana kesilapan mama dulu macam tak ada orang
Malaysia yang sudi dengan mama ni”. Memang benar apa yang diperkatakan oleh
Syarifah Jamilah. Status dirinya yang pernah melahirkan anak luar nikah
menghalang dirinya didekati atau disukai oleh kaum lelaki. Walaupun ada juga
lelaki yang ingin mengambil dirinya seadanya tetapi bila sampai kepihak keluarga
lelaki itu status dirinya dia juga ditolak.
“Tak apa ma kalau dah jodoh mama dengan orang
Indonesia nak buat macam mana, terima sahaja lah apa yang Allah dah bagi
ma..kita redha semoga kita diRahmati didunia dan akhirat..nikahlah ma. Kalau
mama dah ada teman kat sana senang hati Dayah ma. Mama dah bagi tahu nenek ke?”.
“Emm..mama malas nak cakap dengan mereka
semua termasuklah nenek, mereka macam dah tak nak ambil tahu hal kita Dayah. Mama ni.. sejak mama tersilap dulu hidup mama
memang dah sendiri..Tapi mama bersyukur sangat mama ada Dayah, seorang anak
menjadi kawan dan tyeman mama bercerita meluahkan rasa..mama hanya ada Dayah
sahaja kat dunia ni Dayah”. Syarifah Jamilah mendakap anaknya dengan erat. Dia
menangis meluahkan rasa kesal dengan kesilapan dulu.
“Mama minta maaf..kerana perbuatan mama Dayah
juga tak disukai oleh keluarga kita..jadikan mama contoh ye..mama harap Dayah
jangan ulangi kesilapan mama.” Agak reda perasaanya dia ketajuk lain..
“Nenek
dengan Dayah macam mana..ok tak ?”.
“Ok sahaja tapi nenek taklah cakap atau cerita banyak-banyak kat Dayah tak
macam nenek dengan cucunya yang lain. Tapi pada Dayah taka pa..janji mereka tak
pukul Dayah tak dera Dayah…Dayah ok sahaja ma. Bab tak layan Dayah tu Dayah tak
kisah..kalau nenek tak masakkan Dayah, Dayah boleh masak sendiri. Tapi selama
mama tak ada bila Dayah masak nenek makan masakkan Dayah ma”.
“Oh ye ke..Alhamdullilah.”Setelah cutinya
habis Syarifah Jamilah pulang semula ke Arab Saudi menyambung tugasnya. Dan
pulangnya kali ini dia akan bernikah dengan seorang duda dari Negara seberang
yang bekerja di Arab Saudi juga, sebagai pemandu.
Sehari ke sehari menjadi bulan dan tahun. Yang
muda menjadi tua dan yang tua bila sampai umur akan dipanggil pulang semula
oleh Penciptanya. Ketika Nur Hidayah
berumur 16 tahun dia di tingkatan empat neneknya meninggal dunia. Tiada sesiapa
yang memberi tahunya akan pemergian nenek-nya keRahmatullah, begitu juga
mamanya yang bekerja nun jauh diArab Saudi. Keluarga mamanya sepakat tidak memberitahu
mereka berdua. Yang sebenarnya semua kakak dan abang Syarifah Jamilah mengambil
keputusan tidak memberi tahu dua beranak itu agar ibu mereka tidak dipandang
hina oleh masyarakat kampung, kerana mempunyai anak yang telah melahirkan anak
luar nikah.
Siapa bapa Nur Hidayah, Tengku Faris ke?
ReplyDeleteMak Teh, kalau guna handphone susah nak tinggalkan komen.
ReplyDeleteKesiannya nasib anak yang bernama Nur Hidayah ini. Ibunya masih tak berubah.
ReplyDelete