Maaf kali ni terlebih panjang sikit..takut anda jemu membacanya...tak bolih nak cut sebab ceritakan kisah ayah Arief Edlan..
Tulis
surat dalam gelap,
Ayatnya
banyak yang tidak kena,
Jagalah
diri jangan tersilap,
Jika
silap bawa bencana.
Ketika
itu sekali lagi lampu dari telefon bimbit Farhan berkelip-kelip, menandakan ada
massage yang masuk. Farhan hanya memandang sepi.
“Jawab
lah” pinta Fatin lembut.
“Abang
tak ada mood nak jawab. Jom kita tidur abang dah letih.” Farhan merasa sangat
letih..letih dengan kerenah NurSaleha dan letih bila membayangkan masaalah yang
bakal timbul. Farhan mengambil telefon bimbitnya lalu mematikan dan mencabut
batri dari telefon bimbitnya. Ini lagi
satu kesilapan Farhan. Mengapa dia tidak menjawab penolakkanya dihadapan
isterinya untuk menunjukkan kejujuranya. Setelah mencabut bateri telefon
bimbitnya dia baring , kemudian dia menarik tangan isterinya mengisyaratkan
agar isterinya baring juga disisinya, mececah sahaja kepala isterinya kebantal
terus sahaja isterinya ditarik dalam pelukknya. Kemudian dia berkata perlahan
ditelinga isterinya.
“Kita
perlu tidur esok nak kerja.”Ketika itu jam loceng dihujung katil sudah
menunjukkan pukul 11 malam. Akhirnya mereka terlena juga. Setelah memastikan
isterinya betul-betul lena dengan perlahan Farhan bangun. Untuk jauh dari
telinga isterinya Farhan keluar dari
bilik dia menuju kedapur. Dia menghubungi Nur Saleha, kali ini tidak dibilik
anak-anaknya seperti biasa. Dia ingin menyelesaikan
permasalaahan dengan Nur Saleha malam itu juga. Dia ingin memperdengarkan
ketegasan suaranya. Dia tidak suka apa yang terjadi.
“Assalamualaikum..maaf
menggangu malam ni.”
“Waalaikumsalam..tak
juga memang I tunggu panggilan dari you..I dah rindu..dapat dengar suara you hilang
setengah dari rindu I malam ni..apa mimpi you call I tak SMS pulak.”
Tadi
pada SMS pertama lama NurSaleha menunggu balasan dari Farhan tetapi tidak
berjawab, pada fikiranya mungkin Farhan masih sibuk dan tidak dapat menjawab
SMSnya. Setelah lama menunggu dia mencuba untuk menghubungi Farhan pula..tetapi
tiba-tiba talian diputuskan. Untuk kali ketiga dia mencuba talian tidak dapat
disambungkan pula..Nursaleha berandaian mungkin isteri Farhan duduk berdekatan
dengan Farhan. Dia menunggu Farhan menghubungi semula sudah hamper pukul satu
pagi tapi matanya tidak mahu terlena. Ingatannya tidak lepas mengingati Farhan.
Ketika telefonnya berdering tanda ada panggilan masuk hatinya begitu teruja
kerana nama Farhan yang tertera discreen telefonnya. Bertambah teruja kali ini
kali ini Farhan menghubunginya, tidak seperti kebiasaanya Farhan lebih suka berSMS, mungkin dia takut
isterinya mendengar perbualan mereka.
“I
tak mimpi apa-apa..tapi kita harus selesaikan cerita kita.”
“You
pun sama macam I juga ke? You pun dah mula rindu dengan I.” Manja kedengaran
suara Nur Saleha dihujung talian.
Suaranya
memang tidak berubah lembut dan manja ditambah jika membayangkan wajah ayunya. Itulah
suaranya ketika semasa mereka menuntut ilmu dulu. Kalau tidak kuat iman, Farhan
tidak akan dapat membuat keputusanya malam itu. Itulah antara sebabnya mengapa Farhan tidak mahu berhubungan dengan percakapan walaupun hanya melalui telefon, dia lebih suka berSMS. Dia tidak
mahu suara manja Nur Saleha mengoda naluri lelakinya nanti. Tetapi malam ini
dia harus meperderngarkan suara lelakinya yang tegas. Dia tidak suka panggilan-panggilan
NurSaleha yang semakin berani dan mula
menggegar keharmonian rumah tangganya.
“Saleha
sebenarnya I tak pernah rindukan you dan Ia tak pernah tunggu you selama ini.
Kalau I tunggu you ..I tak akan kahwin. I cakap jujur dengan you..dulu memang I
suka kat you…hanya suka sahaja. Untuk pengetahuan you ramai lagi yang suka kat you sebenarnya. Dalam kelas
kita sahaja ada dua tiga orang yang suka kat you..bukan I sorag saja.Tapi hanya
sekadar suka saja”.
“Ialah
kalau dah hati suka lama-lama akan jadi cinta dan kasih..berilah peluang hati
you untuk mengasihi dan menyayangi I.”
“I
dah tak perlukan itu semuanya… cinta, kasih dan sayang I dah pun terisi penuh.
Dalam hidup I sekarang ni hanya ada
isteri dan anak-anak I saja. Terus terang I cakap tak perlukan you.”
“Farhan, I
hanya nak menumpang sedikit kasih sahaja dalam hidup you… kenapa..isteri
you tak bagi you datang pada I ke?,
kalau betul dia isteri yang baik dia tak akan halang kebahagian you atau you
takut dengan isteri you?.”
“Saleha!!
Dengar sini..I tak pernah takut dengan dia,
I hanya takut dengan diri I sendiri. I takut tidak terdaya mengemudi dua
bahtera.Takut tak mampu memberi kasih sayang pada you dan anak-anak you. Sebab
kasih sayang I yang sedikit ni I dah bagi semua pada isteri dan anak-anak I.
You carilah orang yang lebih sesuai tapi bukan dengan I. I minta maaf.”
“Farhan
you tak kasehan ke pada I yang terkontang kanteng mengharungi dunia ini seorang
diri. I perlukan seorang suami untuk membesarkan anak-anak I.”
“I
lebih kasehankan isteri dan anak-anak
I..I memohon sungguh-sungguh pada you..lepas ini jangan you cari I lagi, walau
pun you call I sebagai seorang kawan, I
tak akan jawab..tolonglah Saleha jangan
call I lagi. Carilah kebahagiaan you dengan orang lain, ramai lagi lelaki baik
yang boleh you harapkan. Assalamualaikum”.
Sebelum
sempat Nur Saleha memperkatakan sesuatu, Farhan sudah memutuskan talianya. Dia mencabut sekali lagi
batri telefonya supaya dia tidak diganggu lagi. Puas hatinya. Keputusannya muktamad dia tidak akan menoleh
kebelakang lagi. Kini dihatinya hanya ada isteri dan anak-anaknya
sahaja..Dengan perlahan dia memasuki bilik tidurnya dan merebahkan diri disisi
isterinya. Dilihatnya tangan isterinya menepuk-nepuk punggung anaknya yang
kecil yang tidur bersama mereka. Berdebar juga hati Farhan. Terlintas juga dibenaknya mungkinkah isterinya menyedari ketiadaanya
ketika dia menghubungi Nur Saleha tadi. Tetapi kerana dia sudah keletihan matanya
terus sahaja terlelap. Bagi Farhan semuanya sudah tidak perlu difikirkan lagi
kerana tadi semuanya sudah dijelaskan kepada isterinya. Tetapi lain pula yang
ada di fikiran Fatin ianya belum selesai. Ragunya masih ada.
Tadi
ketika Fatin terjaga ditengah malam kerana anaknya merengek mungkin mengigau,
dilihatnya suaminya tiada dipembaringanya. Dipandangnya keatas di kepala katil
dimana suaminya meletakkan telefon bimbintnya tadi, telefonya juga sudah tiada.
Dia tahu suaminya mungkin menghubungi NurSaleha. Curiga dihatinya datang lagi. Susah
baginya mahu mempercayai kejujuran suaminya kini.
Bagi
Farhan bukan dia tidak mahu menjawab panggilan tadi hadapan isterinya. Tetapi
dia tidak mahu keputusanya yang diambil terpengaruh dengan kehadiran isterinya.
Dia mahu keputusan itu datang dari hatinya sendiri. Dia sudah lama melupakan
Nur Saleha. Dia tidak pernah mengharapkan NurSaleha dalam hidupnya sejak NurSaleha
bernikah. Dia tidak pernah bercita-cita untuk
menerima kehadiran Nur Saleha dalam hidupnya. Petanyaannya petang tadi
kepada ayahnya hanya bertanyakan pendapat ayahnya tentang poligami itu sahaja,
tetapi tidak terlintas kearah itu. Padanya hanya satu isterinya dunia dan
akhirat yaitu Fatin Najihah.Tetapi kesilapan ini menyebabkan Farhan harus
membayarnya dengan seribu kesabaran. Kerana setiap orang lain pemikiranya.
Sudah
menjadi kebiasaan anaknya yang kecil akan bangun sekali di tengah malam
hendakkan susu. Malam itu pukul dua pagi anaknya bangun hendakkan susu. Fatin
bangun untuk memenuhi kehendak anaknya. Dia kedapur untuk mambancuh susu
anaknya. Tetapi malang bagi Fatin, ketika sampai didapur dia tergelincir kerana
kakinya terpijak plastic pembukus barang yang terdampar dikaki meja. Mungkin kerana
matanya yang masih kelat, dia tidak
nampak plastik pembungkus barang yang terdampar dikaki meja.Farhan yang membuang plastic itu kedalam bakul sampah di
bawah meja makan mereka. Tetapi malangnya ketika Farhan membuang plastik tadi ianya
tidak betul-betul masuk kedalam bakul sampah..bila persaannya terdengar seakan telefon bimbingnya berbunyi.
Fatin
jatuh punggung terhentak kelantai simen.Walau dia terduduk tidak terlalu kuat
kerana dia sempat berpaut pada bucu meja, namun hetakkan badan yang sudah berat
sakitnya terasa juga hingga kepinggang. Punggungnya juga terasa sangat sengal. Dia
terduduk sendirian menahan sakit
punggung dan sakit dipinggangnya. Anak yang didalam bilik sudah semakin kuat
suara tangisanya. Fatin mencuba untuk bangun tetapi kesakitan pinggangnya menghalang
untuk dia berdiri, dia merebahkan diri
agar kesakitan berkurangan. Oleh kerana tangisan anak yang sudah semakin kuat,
Farhan yang baru terlena terjaga juga. Dia cuba menepuk punggung anak agar tangisannya
reda dan bersabar menanti ibuya datang membawakan susu. Lama ditunggu Fatin tidak juga muncul, Farhan keluar
mencari isterinya sambil mendukung anaknya yang belum reda tangisanya. Alangkah
terkejutnya Farhan didapati Fatin sudah terbaring di kaki meja makan.
“Kenapa
Ha..kenapa baring kat sini?” Farhan menghampiri Fatin yang menghulur botol susu
kosong kearahnya. Fatin cuba sekali lagi untuk bangun tetapi kesakitannya
menghalang dia berbuat demikian. Soalan suaminya juga tidak dijawabnya dia hanya mengeleng-gelengkan
kepalanya sahaja. Farhan meletakkan anaknya disisi isterinya yang telah didudukan,
dia kedapur membancuh susu untuk anaknya. Setelah siap dia mengambil semula
anaknya lalu didukung masuk kebilik tidur mereka. Kemudian dia keluar semula
unuk membantu isterinya bangun dari duduknya. Dilihat isterinya menangis.
“Kenapa
sayang..sakit ke?” Isterinya hanya mengelengkan kepalanya lagi tampa bersuara. Farhan memapah isterinya masuk
kebilik mereka. Diatas katil sekali lagi Farhan bertanya.
“Kenapa
sayang sakit ke?..cakaplah dengan abang.” Fatin hanya mengeleng-gelengkan
kepalanya sahaja, dihatinya dipagut sayu dan hiba. Pinggang sudah beransur
kurang sakitnya. Fatin dipapah masuk kebilik kemudian dia merebahkan tubuhnya. Apabila
suaminya masih berdiri memerhatikan dirinya Fatin menepuk-nepuk bantal suaminya
mengisyaratkan agar suaminya juga baring
menyambung tidurnya yang terganggu. Setelah suaminya baring dia menghulurkan
dirinya didalam pelukkan suaminya. Perlakuanya menghapuskan tanda tanya dikepala suaminya tentang dirinya. Akhirnya mereka lena juga hingga kepagi.
Ketika
bersarapan pagi itu Fatin tidak banyak bercakap, wajahnya kelihatan lesu
mungkin tidak cukup tidur.
“Kenapa
Ha..abang nampak muka nampak lain..Ha sakit ke? Dari malam tadi Ha diam
saja..cuba cakap dengan abang.. abang ni kan suami Ha, cakaplah”.
“Tak
ada apa-apalah..Ha ok saja…tapi letih sikit”.
“Kalau
letih apa kata kita ambil..kita cuti hari ni”.
“Tak
apalah..kalau tak ada orang ganti nanti
susah..Ha ok janganlah abang bimbang”.
Setelah bersarapan mereka bersiap-siap menghantar
anak-anak kerumah pengasuh mereka, yang tidak jauh dari tempat mereka tinggal.
Kemudian Fatin dan Farhan menuju pula ketempat kerja mereka seperti biasa. Pagi
itu Fatin hanya mendiamkan dirinya sahaja kerana dirasakkan pinggangnya tidak selesa. Mereka berdua hanya melayan
fikiran masing-masing hingga ketempat kerja mereka. Setelah bersalaman dan mencium tangan suaminya
Fatin ketempat merekod kedatangan sementara Farhan mencari tempat memakir
keenderaannya.
“Assalammualaiku..letih nampak..kenapa?..anak
kau meragam atau isteri kau yang meragam Han.” Tegur Edlan menyiasat. Edlan
sangat peka pada perubahan sahabatnya. Dia akan mnegesan lebih dahulu jika ada
yang tidak kena pada Farhan.
“Waalaikumsalam..aku
tak cukup tidurlah Lan..malam tadi Saleha yang meragam.”
“Hai
jadi ke kau dengan Saleha tu?.” Perkembangan dirinya dengan Nur Saleha yang
mula menghubunginya dan hubungan mereka
seakan menuju kearah kemesraan telah di ceritakan kepada Edlan dari A hingga ke Z. Permintaan NurSaleha yang
meminta dirinya disunting untuk dirinya
dijadikan isteri kedua juga diceritakan kepada sahabatnya itu. Farhan juga
meminta pandangan sahabatnya itu. Dia masih ingat lagi nasihat sahabatnya itu. Ketika
dia mengajukan soalan itu Edlan memandangnya tidak berkelip.. dia terkaku sebentar.
Bila dia bersuara wajahnya nampak sedeh…
“Han..Han
kau sebetulnya nak cari yang macam mana
lagi..pada aku isteri kau yang sekarang ni, sudah cukup segala-galanya. Apa lagi yang kau nak..dia dah cukup cantik
dan dah cukup baik. Dia dah lahirkan tiga orang anak lelaki untuk kau. Ni nak
keluar seorang lagi. Baru berapa tahun kau kahwin dengan dia dah nak masuk
empat anak kau. Aku ni..dulu aku lagi kahwin dari engkau baru nak masuk tiga
anak aku..kenapa kau terniat nak tambah lagi Han.” Isteri AriefEdlan
juga sedang mengandung lebih kurang sahaja usia kandunganya dengan
Fatin. Setelah lama mendiamkan diri Edlan menyambung lagi nasihatnya. Ketika
itu Farhan hanya mendiamkan dirinya dia memikirkan akan kata-kata sahabat yang
dihadapanya. Sebenarnya tidak terniat hendak bernikah lagi tetapi apabila
NurSaleha mengajukan soalan cepu emas itu teringinn pula dia tahu apakah
pendapat sahabatnya. Tidak disangka itu pula yang keluar dari mulut sahabatnya.
“Cakaplah
dengan aku..Kau nak apa lagi. Kau kesal ke dia tak dapat bagi kau anak
perempuan. Itu yang kau nak terima Saleha tu..Tapi jangan kau lupa Han.. yang
menjadikan anak itu lelaki dan perempuan itu dari benih kita, jangan kau
salahkan isteri kau pula. Kalau benih kita yang aktiv benih Y lelakilah anak kita tapi kalau yang
aktiv tu benih X perempuanlah anak
kita dia hanya tumpangkan rahim dia saja. Kalau aku kan, aku tak akan toleh
orang lain lagi..dia rela melahirkan anak kita pun dah dikira satu rahmat tau
Han. Dah dua kali aku megadap Su bersalin..kalau nak dikirakan tak sampai hati
aku nak mengadap Han…nyawanya kat umbun-umbun saja.” Edlan terbayang kesakitan
isterinya ketika ihendak melahirkan zuriatnya. Itu tidak dikira kepayahan
ketika dia berjalan atau tidur dengan perut besar.
“…
Jangan sampai dia tahu cerita kau ni, nanti hilang kepercayaan dia pada kau..nanti
yang susah kau juga”. Sebenarnya Edlan merasa dia juga turut bersalah diatas
permulaan hubungan NurSaleha dan Farhan kerana dia yang memberi nombor telefon
Farhan kepada NurSaleha.
“Ialah
Lan..aku pun ingat macam tu jugalah selama ni tak pernah terniat aku nak nikah
lagi Lan…tapi aku rasa kesihan pula mengenangkan nasib Saleha. Kesian dia ditinggalkan oleh
suamiya kerana perempuan lain..aku tenguk dulu dia tu baik, lemah lembut tapi
sampai hati suaminya mempersia-siakan hidup dia.”
“Jangan
kau kasihankan orang Han, takut nanti memakan diri kau sendiri.. Han aku nak cerita
satu kisah dalam keluarga aku sendiri.. cerita ni aku tak pernah cerita dengan
orang sebab aku malu ..tapi ini sebagai pengajaran untuk aku dan juga kau. Yang
aku cerita kisah ayah aku sendiri” Arief
Edlan mula menceritakan kisah ayahnya agar
Farhan mendapat pengajaran dari ceritanya.
Ayah
aku sebenarnya pernah nikah tiga kali. Sebab apa aku tak cerita cerita ni dengan
siapa-siapa?? Sebab aku malu.. aku takut
nanti orang kata ayah aku kuat seks..tapi bukan macam tu sebenarnya..keadaan
memaksa dia nikah sampai tiga kali.”
“Hisyy
kau ni ada ke kau cakap macam tu.”
“Ia
Han orang… kalau dengar cerita, orang tu pernah kawin banyak kali, orang tak
fikir lain mesti macam tu”…
“Ceritalah
aku nak dengar ni.”
“Cerita
ni aku dengar dari ayah dan nenek aku…Perkhawin ayah aku dengan isteri pertamanya
adalah atas dasar perancangan orang tua mereka..tetapi kemudiannya ayah aku
memang cinta dan suka pada isteri pertama dia. Wanita itu adalah anak sahabat
baik nenek aku sendiri.
Dulu
atuk aku polis.. mereka duduk beret polis, masa tulah nenek aku berkenalan
dengan besan dia. Maklumlah mereka tu sama-sama kahwin dengan anggota polis. Bila
dah ada anak-anak mereka berpisah bila suami masing-masing ditukarkan ketempat
lain. Tapi dah joidoh agaknya..bila anak-anak dah dewasa mereka berjumpa
semula..masa tulah, mereka merancangkan untuk menyatukan anak-anak mereka pula.
Kebetulan ayah aku juga bekerja sebagai polis ketika itu. Lagi sukalah kawan
nenek aku tu. Walaupun
perkahwinan mereka diatur oleh keluarga Isteri pertama ayah aku seorang yang cantik lemah lembut
sudah tentulah ayah aku sekali pandang saja terus jatuh cinta dan setuju dengan
perancangan keluarga. Ayah aku memmang bahagia dengan perkahwinan pertamanya
maklumlah restu dari kedua belah keluarga.. Aku pernah jumpa bekas isteri ayah
aku yang pertama beberapa kali. Aku pun bersetuju..budi bahasanya cantik
secantik orangnya walaupun dah berusia namun kecantikanya masih terserlah lagi.
Walaupun dia dah berpisah dengan ayah aku, tapi kalau hari raya dia akan datang
jumpa nenek aku, yang telah dianggapnya sebagai emak dia juga. Sebab ayah aku
dan dia berpisah tidak bergaduh jadi dia
masih baik dengan ayah dan emak aku juga.”
“Kalau
mereka saling menyukai dan cinta mengapa mereka berpisah.” Farhan menyoal ingin
tahu cerita seterusnya.
“Mungkin
sudah tiada jodoh..tapi ceritanya bermula dari sini… Masa mereka dapat anak
kedua..ayah aku ditukar dan bertuagas di tempat asal nenek aku. bermula kehidupan mereka jauh dari
keluarga. Kau tahu kan ayah aku tu dah
lah kacak, baik, peramah pula, jadi ramailah yang menyukainya tak kira lelaki
atau perempun.. mahu pun yang tua ataupun yang muda. Ada seorang tua ni amat
berkenan dengan ayah aku, untuk dijadikan menantu dia. Orang tua tu ada anak tujuh
orang, hanya satu anak perempuan dia, bila nampak ayah aku yang kacak baik dan
penyayang dengan anak isteri dia yakin dapat membahagiakan anak tunggal
perempuanya, yang tak berapa cantik. Kau
tahu Han kenapa dia nakkan ayah aku menjadi menantu dia..pertama supaya dia
dapat cucu yang cantik dan kacak. Kedua
akan terjamin kebahagian anak perempun tunggalnya kerana dia Nampak ayah aku ni
penyayang dan yang ketiga dia rasa terjamin kerana ayah aku ni ada kerja tetap
dan kerja dengan kerajaan. Anak orang tua ni kalau nak dibandingkan dengan
isteri ayah aku yang pertama tu sepuluh kali cantik isteri ayah aku yang
pertama.”
“Dia tak kisah ke anaknya
bermadu..dia tahukan ayah kau dah ada isteri dan anak masa tu”.
“Tahu… Lagi pun orang dulu-dulu kalau dengar
sahaja kita kerja dengan kerajaan saham pun tinggi.. lagi-lagi polis diaorang hormat betul
tak kiralah dia dah kahwin kebelum …tapi orang tua ni pandai…dia akan ubatkan ayah aku itulah
perancangannya. Memang pada mulanya ayah
aku tak mahu, sebab ayah aku sayang sangat kat isteri dia. Aku panggil isteri
pertama ayah aku ni ‘mak long’ dan yang kedua tu mak ngah. Kau tahu orang tua
tu buat apa pada ayah aku.”
“Dia
buat apa, dia perangkap ayah kau.”
“Betul
cakap kau..dia perangkap dan kemudian dia bomohkan ayah aku sampai lupa anak
isteri. Berbulan ayah aku tak balik rumah dan tak bagi duit belanja. Masa tu
kesian betul mak long dan abang-abang aku yang dua orang tu hidup dengan belas
ihsan jiran. Sampai ada orang yang bagi tahu kat atuk aku kisah ayah aku ni.
Kemudian atuk akulah yang ambil mereka. Mereka pun balik kampong. Tidak lama
lepas tu ayah aku balik jumpa atuk dan nenek aku mengatakan, yang dia telah pun
bernikah. Dia bawa sekali mak ngah aku. Apa lagi naik hantulah nenek aku. Bukan
mak long aku yang naik hantu tapi nenek aku… emak ayah aku. Dia suruh ayah aku
ceraikan mak long aku masa tu juga. Sebetulnya nenek aku memang sayang sangat
kat mak long aku tu, maklumlah anak kawan baik dia. Lagi pun mak long aku ni memang baik. Dahlah baik,
cantik, berbudi bahasa dan rajin membantu nenek aku, itu yang dia tak boleh nak
terima bila menantu kesayangan dia dimadukan. Cerita ni ayah aku sendiri yang
certia kat anak-anak dia sebagai pengajaran. Tenguk kebaikkan itu ikhlas atau
baiknya ada makna. Kalau orang ajak kerumah timbangkan sungguh sungguh takut ada
udang disebalik batu.
…..Yang
sebetulnya ayah aku memang sayang kat isteri pertama dia, tapi tak tahulah
selepas dia berkenalan dengan keluarga mak ngah aku dia bagai lupa dunia luar. Kata
ayah aku, dia dah tak ingat anak isteri dan mak bapak dia sendiri. Kalau pergi
kerja asyik ingat nak balik saja, ingat mak ngah akulah. Mak long aku pun bila
dah mak mertua dia minta supaya anaknya sendiri ceraikan dia…dia mengikut saja..akhirnya
mereka bercerai. Mak long aku balik kerumah ibu bapa dia di Melaka. Dia bawa sekali
abang aku yang nombor dua dan dia tinggalkan abang aku yang tua tinggal denagn
ayah aku.
Nak
dijadikan cerita..mak ngah aku ni rupa yang kuat cemburu..cemburu buta pulak
tu..mentang-mentanglah laki dia kacak, dia ingat semua orang nak dengan ayah
aku. Kalau dia nampak ayah aku bercakap dengan orang perempuan tak kira
perempuan tua ke muda ke… kalau muda lagi lah, balik nanti habis ayah aku
dikerjakanya, dicubit-cubit dan dipukulnya ayah aku kerana cemburukan ayah
aku.Tapi ayah aku masih bertahan lagi. Lagi satu mak ngah aku ni memang jenis
emak tiri yang bengis. Dia nakkan ayah aku saja anak dia tak nak..abang aku
yang tinggal dengan dia tu selalu kena pukul. Kalau dia pukul dah tak kita
dengan apa semuanya singgah kebadan abang aku yang tua tu. Dia pukul masa ayah
aku pergi kerja…kalau abang aku mengadu esoknya lagi teruk dia kena pukul. Adalah orang kampung yang nampak, dia mengadu
dengan datuk aku..sebab kalau mengadu dengan ayah aku..ayah aku macam dah tak
boleh berfikir lagi.. dia jadi macam orang bodoh. Mula dari saat itu datuk akupun
ambillah dan bela cucu dia, sambil itu dia mencari ubat untuk ayah aku. Akhirnya
mereka bercerai juga bila dapat ubat yang serasi. Ubat guna-guna yang digunakan
kepada ayah aku menjadi tawar dan ayah aku sedar semula..dia ceraikan isteri
kedua dia dengan talak tiga..masa tu mereka dah dapat dua orang anak seorang
lelaki dan seorang lagi perempuan tapi yang perempuan tu meninggal masa umur
dia kecil lagi dan abang aku yang itu emak dia bela. Lama juga ayah aku jadi
duda.”
“Kenapa
dia tak kahwin balik dengan mak long kau kan ayah kau sayangkan dia.”
“Itulah
yang nak dikatakan dah tak ada jodoh…mak long aku pula setahun saja dia janda,
ada pula yang datang nakkan dia. Polis juga tapi dah berpangkat Sargent. Kata
ayah sergeant tu duda anak satu.. ayah aku kenal dia. Bila mak long aku dah
jumpa jodoh yang baik, ayah dah tak kisah dengan bekas isiteri pertama dia
lagi. Ialah dia dah bahagia dengan pasangan dia. Pada ayah aku dia tidak akan
menggangu lagi kebahagiaan orang yang dia sayang. Tiga tahun ayah aku menjadi
duda nenek aku pinangkan pula emak aku. Emak aku pula emak dia meninggal masa
umur dia meningkat remaja. Dia dengan adik lelaki dia tinggal dengan makcik dia
yang berniaga kedai makan. Walaupun ayah dia masih ada dan duda juga, tapi
untuk mengurus anak dia tak pandai jadi diletakkan dua orang anak dia di rumah
adik perempuan dia. Jadi mak aku ni sedari kecil menolong makcik dia memasak
dikedai. Bila nenek aku terpandang saja..dia berkenan lalu dijodohkan dengan
ayah aku. Tapi yang aku nak cerita ni kesan dari nikah cerai ayah aku nilah Han.
“Kesan
dia apa??”
“Aku
cerita ni sebab aku nak kau tahu walaupun setelah kita tahu cerita ayah aku
rasanya tidak bersalah dalam hal ini..dia mangsa keadaan..tapi dia tetap dibenci
juga oleh anak-anak dia. Kau tahu Han abang aku yang tua tu walaupun dia duduk
dengan duit belanja ayah, tapi dia macam
tak sayang ayah aku. Ada sekali tu ayah sakit teruk..kalau nak di tenguk
macam hanya 50-50 sahaja harapan dia
boleh hidup. Bibir dia tak lepas dari menyebut abang aku yang tua tu. Bila kami
call dia, cakap ayah nak jumpa, dia tak mahu balik..katanya dia sibuk tak ada
masa. Masa tu aku bengang betul..sebab apa tau.. kami dah ceritakan keadaan
ayah aku yang kritkal..dia tak nak juga jenguk ayah. Aku pergi rumah dia..kau
tahu dia tengah buat apa..dia tengah sambut hari jadi anak dia, bila aku cakap
ayah sakit dan nak jumpa dia dia kata apa..dulu masa dia kecik ayah tak pernah
memberi dia masa untuk dia bermanja-manja dengan ayah. Masa tulah aku insaf
sangat, insaf kita sebagai anak dan insaf kalau kita menjadi bapa esok.
Ayah aku sebenarnya ayah yang penyayang pada
anak-anak..lebih-lebih lagi dengan anak yang lahir dari rahim orang yang dia
cinta dan sayang, walaupun dia tak dihiraukan oleh kedua-dua anak dia dari
isteri pertamanya dia masih rindukan mereka berdua Han. Ayah sering mengeluh
kadang-kadang tercakap juga bila dia boleh berkumpul dengan semua anak-anak
dia.. Sekarag pun aku tenguk abang aku yang tua tu tak hormat ayah. Kalau ayah
bagi nasihat atau bercakap dengan dia.. dia macam endah tak endah saja. Abang
aku yang nombur dua tu lagi lah setahun sekali pun susah nak jenguk ayah. Aku
pernah dengar..dia kata ayah aku bukan seorang ayah bertanggung jawab..kalau
ayah aku bertanggung jawab tentu hidup dia tak sesusah macam sekarang. Kalau
ayah prihatin tentu dia dapat berlajar lebih tinggi lagi. Dua orang abang aku
tu kesal nasib mereka dan mereka juga sering mempertikaikan kasih yang tak
dapat diberi kepada mereka berdua. Abang aku yang tua kata dia kesal kerana tak
dapat kasih sayang seorang ibu. Dan abang aku yang nombor dua pulak kata dia
kesal tak dapat kasih sayang seorang ayah seperti kami mendapat kasihsayang ibu
dan ayah. Macam kami anak dari isteri
yang ketiga ni lain pula halnya. Walaupun dalam hal ni emak dan kami tak
tahu apa-apa hal perpecahan keluarga
sebelum kami, tapi kami tetap dibenci oleh dua orang abang aku. Abang aku yang
ketiga tu lagilah kami tak pernah berjumpa pun. Jadi Han dalam hal ni kita
fikirkanlah akibat dari poligami itu sendiri. Saling membenci tu akan ada dan
anak-anak tak terjaga”. Farhan menarik
nafas panjang mendengar cerita keluarga Edlan..dari luarnya nampak ayah Edlan
bahagia dengan kehidupan dan anak-anak nya tapi rupanya ada rasa sedih jauh
disudut hatinya. Bila Farhan tidak menjawab Edlan menyambung kembali ceritanya.
“Kau
tahu Han masa aku tingkatan lima mak long aku balik jumpa nenek aku… dia mengadu
katanya suaminya dah nikah satu lagi..nenek aku diam saja. Bila mak long aku
balik nenek bertanya pada ayah aku..sanggup ke ayah aku ambil maklong aku balik
sebagai isteri. Ayah aku kata apa..dia sudah tidak sanggup melukakan hati
orang-orang yang ada disisinya lagi, cukuplah dulu dia melukakan hati mereka.
Yang terluka biarlah terluka..memang kalau dia berpatah balik pun tidak tahu
luka yang dulu boleh sembuh dan menghapuskan parut. Yang pasti dia tidak akan
melukakan hati emak dan kami semua anak-anaknya. Emak aku isteri dia yang sama
bersusah payah dengan dia. Yang sebetulnya tak lama selepas ayah aku nikah kali
kedua tak lama lepas tu ayah aku dibuang kerja kerana selalu ponteng kerja…
…Masa ayah aku kahwin dengan emak
aku itu zaman gersang ayah aku Han. Mereka sama mencari kehidupan hingga senang seperti
sekarang ini. Isteri dan anak-anak yang seramai lapan orang ini akan dia jaga hatinya
hingga dia menutup mata itu katanya.
…..Sebetulnya emak aku izinkan kalau ayah aku
nak balik pada mak long aku. Tapi ayah aku tak mahu.. dia kata kalau mak long
aku betul sayangkan dia dulu, dia tak akan nikah secepat itu..ialah baru
setahun menjadi janda dia dah nikah balik dengan orang lain. Dia tak tunggu pun
sampai ayah aku boleh diubatkan. Masa tu dia tahu ayah aku kena bomohkan. Jadi
sekarang ni waktu senangnya bersama dengan orang yang sama susah dengan dia
dulu yaitu emak aku. Kau tahu Han lepas
ayah aku angaukan mak ngah aku dia selalu tak pergi kerja..kalau buat kerja pun
asyik salah saja..lama dia dibuang kerja..masa dia kahwin dengan emak aku, dia
buat kerja kampong saja kalau ada orang kampong nak upah dia menebas, betulkan
atap rumah dan macam-macam lagilah. Mak aku pula dia dikahwinkan kerana mak
sedara dia nak cepat lepaskan tanggung jawap dia. Lagi pun dia dah tua.“ Tapi
bila makcik dia dah tak larat nak uruskan gerai makan dia serahkan pada mak
aku..sebab anak-anak dia semua tak mahu nak uruskan gerai makan yang tak berapa
nak maju. Emak dan ayah aku uruskan..Alhamdullih rezeki Allah…kalau kita
berusha dengan rajin dan ikhlas.. lama-lama gerai tu maju dan jadi kedai pulak.
Mulalah anak-anak makcik mak aku rebut nakkan balik gerai yang dah jadi kedai
tu.
Masa
tu kami cukup susah..sebab punca pendapatan dah tak ada, anak pula kecil-kecil semuanya bersekolah lagi..tapi Alhamdullilah mak
aku ni diberi kepandaian pandai memasak dan orang percaya pada dia..Mula-mula
jiran kami upah mak aku masak untuk kenduri anak dia kahwin..lepas tu
menjadi-jadi asal ada orang kahwin mereka panggil mak aku masak..lama kelaman
ayah aku cadaangkan buat satu syarikat menguruskan makanan untuk apa saja
jamuan makan. Sampai lah sekarang.. itulah yang ayah aku cakap emak aku ni isterinya masa susah dan masa senang dan dia akan menjaga hatinya sehingga dia menutup mata. Itu cakap ayah aku”.
“Susah rasanya nak cari isteri yang baik macam emak kaukan Lan”.
“Han.. sebenarnya isteri
kau juga isteri yang baik..isteri yang tak buruk pinta..Pernah tak dia
menyungut pasal rumah kau tu rumah sewa dan kecik?”.
“tak ada lah pulak pulak,
dia kata dulu kat mana aku duduk kat situlah dia duduk”.
“Itu tandanya dia isteri
yang baik. Isteri yang tak memandang keliling.. dia tak ada sifat apa yang
orang lain ada.. dia mesti ada. Kalau dia isteri yang kebendaan dia tentu minta kemewahan dan keselesaan
sebab dia tahu kau mampu..dan dia pun kerja. Jadi kau nak isteri yang macam
mana lagi..dia dah cukup baik Han dia terima kau seadanya”.
“Ialah aku tahu tu..tapi
kau tak kesian ke dengan Saleha..kalau dia tak terdesak tentu dia tak minta aku
jadikan dia isteri nombor dua”.
“Han..Han..Kita nak kesiankan orang buat apa, kita kesiankan lah isteri
dan anak-anak kita dulu, mereka tu orang yang paling rapat dengan kita. Kau kesihankan
Saleha tetapi anak isteri kau terabai dan menderita macam tu dah tak betul Han.
Aku kan Han biar aku susah dan menderita
janji isteri dan anak aku bahagia.”
“Entahlah Lan aku harap akupun macam tu..janganlah sampai aku tergoda
dengan permintaan NurSaleha, tu.” Lamunan Farhan melayang bila Arief Edlan
datang lagi mendekati dirinya dan menyapa.
No comments:
Post a Comment