Orang
berakit mudik ke hulu,
Tanak
pulut santan durian,
Tak
ada orang menyesal dahulu,
Banyak
orang menyesal kemudian.
Setelah disahkan
diri dan bayinya tidak mengalami apa-apa masaalah Amirah dibenarkan
pulang. Kini sudah dua orang anak Loqman bersama Amirah, AinNur Syifa dan
Ahmand Firdaus. Kadang-kadang teringat juga anaknya yang bersama Nurliza yaitu
Nazrul Halim yang tinggal dengan bekas mertuanya di Simpang Rengam Johor.Tetapi
apakan daya keadaan sekeliling yang memaksa dia tidak dapat rapat denganya.
Setiap kali dia cuba merapati anaknya yang seorang itu, ada sahaja halangan
dari Liza dan keluarganya. Sikap bekas bapa mertuanya yang suka memerli dan
menyindir sinis menyebabkan Loqman berat hati untuk menziarahi anaknya. Timbul
rasa kesal mengenangkan nasib anaknya yang semakin jauh dari jangkauannya.
Masa berjalan begitu pantas, Amirah sudah mula bekerja,
anaknya yang baru lahir juga diletakkan dirumah pengasuh bersama kak long Syifanya. Kini umur anak
lelakinya sudah mencapai lima bulan dan sudah mula hendak meniarap, gembira
betul Syifa melihat perkembangan adiknya.
“Ayah..tak lama lagi,
adik bolehlah berjalan ye ayah..nantikan kak long nak pimpin adik jalan kat
taman permainan boleh yah.” Syifa sudah membayangkan keseronokan dirinya
bermain bersama adiknya ditaman permainan yang disediakan di kawasan perumahan
kerajaan itu.
“Kak long dah tak sabar
nak ajak adik bermain ye..tunggulah adik kak long ni besar sikit, kalau adik
dah pandai berlari nanti bolehlah kak long bawa berjalan kat taman ye.” ketika
itu hanya mereka bertiga sahaja dirumah.
Ibu mereka bekerja syift malam.
Jika Amirah
bekerja syift malam Loqman tidak menghantar anaknya kerumah pengasuh. Dia
sendiri akan menjaga anak-anaknya dirumah.Waktu pagi sebelum dia ketempat kerja
barulah dia menghantar semua anakya kerumah pengasuh. Dia tidak kisah bangun
malam membuat susu untuk anak. Kini barulah Loqman tahu betapa susahnya menjadi
ibu.Berkorban masa tidur untuk membesarkan anak. Itu tidak dikira lagi
menguruskan anak yang masih kecil untuk mandi, buang air kecilnya dan buang air
besarnya, makannya juga mesti disuapkan. Dengan pengalaman itu Loqman tambah
merasa terhutang budi kepada isterinya, yang sanggup mengandung melahirkan dan
membesarkan anak-anaknya dengan sabar. Ketika dia masih menjadi suami Liza dia
tidak merasai pengalaman itu, kerana anaknya tidak pernah duduk sebumbung
dengan mereka. Loqman hanya bertemu dengan anaknya dirumah ibu Liza, itupun hanya sekadar memandang sahaja, kerana
anaknya sentiasa didalam dukungan bekas ibu mertuanya sahaja.
Kehidupan Loqman dan Amirah terasa begitu sempurna dengan
kehadiran anak-anak. Walaupun agak sibuk dan penat dengan kerenah anak-anak,
tetapi mereka merasa bahagia. Bahagia mendengar celoteh, tawa dan tangis
anak-anak mereka, seakan itulah irama kehidupan mereka kini.
Kerana kesibukkanya sebagai ibu dan pekerja, Amirah baru
tersedar yang dia sudah lama tidak didatangi oleh darah bulanannya (darah
haid). Seingatnya ketika usia anaknya tiga bulan ada sekali dia didatangi haid.
Kini anaknya sudah menjangkau usia lima bulan dia tidak lagi didatangi haid.
Tenghari itu dia menghubungi ibunya
diKuala Pilah bertanyakan masaalahnya. Keadaan fizikalnya pula dirasakan agak
gemuk, perutnya juga besar sedikit,tetapi itu mungkin kesan dia mengadung belum
hilang lagi itu detik hatinya.
“Assalamualaikum..ibu
apakhabar..lama kakak tak balik ni bu.”
“Waalaikumsalam…ialah
dah berapa bulan kakak tak balik?”
“Rasanya dah tiga bulan
bu..tempat kakak ni susah nak cuti hari Sabtu dan Ahad, biasanya kalau Sabtu
dan Ahad cuti bergilir-gilir, ialah semua orang nak berkumpul dengan keluargakan
kenalah buat macam tu..kalau hari biasa Syifa
pulak sekolah..nampaknya dapat cakap dengan ibu dalam telefon sajalah
bu.”
“Tak apalah
kakak..nanti kalau ayah kakak ada masa, ibu ajak dia pergi Nilai.”
“Bu kakak nak tanya ibu
ni..sebenarnya kakak dah lama tak datang bulan..kenapa agaknya ye bu.”
“Firdaus masih menyusu
badan ke kakak?”
“Memang masih menyusu
tapi air susu kakak macam dah kurang saja..lepas menyusu, Firdaus ni masih nak
susu botol juga mungkin dia rasa tak kenyang.”
“Kalau masih menyusu,
mungkin itu yang menyebabkan kakak lambat datang bulan agaknya, kenapa kakak
takut kakak mengandung ke?”
“Taklah takut...tapi
kalau kakak mengandung tidak pula kakak mabuk macam selalu, kawan kakak kata
kalau kita dah pernah datang bulan sekali lepas pantang, kemungkinan besar kita
mengandung tu tinggi, masa Firdaus tiga bulan hari tu, ada sekali kakak datang
bulan tapi kakak tak pasti itu darah nifas ke darah datang bulan...masa tukan
kakak baru habis pantang..kalau fikir-fikir takkan darah haid pulak bu .”
“Kalau darah nifas ni
darah yang keluar dari kita lepas bersalin tak putus-putus. Tapi kalau dia
kering selama seminggu kemudian darah tu keluar balik itu darah haid..Mirah
macam mana”.
“Mirah rasa macam yang
ibu cakap lah..rasanya tiga minggu lepas Mirah bersalin Mirah dah bersih..tapi
tak lama lepas tu keluar darah balik banyak pulak tu macam kita datang bulan
seminggu lepas tu barulah dia kering”.
“Kalau macam tu
pergilah klinik chek..kalau mengandung bolehlah berjaga-jaga makan..janganlah
makan yang tajam-tajam, macam makan tapai ke, nenas ke, minuman bergas juga
jangan, ingat ye kakak”.
“Ehh..minuman bergas
juga tak boleh ke bu? Sekarang ni kakak suka sangat minum coca cola..entahlah
rasa tak puas kalau kita tak minum.”
“Coca cola tu lagi tak
elok kakak ..kalau kakak tak mengandung pun jangan minum minuman tu.. kata
orang cocacola mengandungi alcohol. Cuba kuat... tahan sikit kehendak kakak tu,
lagi pun minuman bergas ni kandungan gulanya memang tinggi kalau diamalkan
nanti kakak dapat sakit kencing manis pulak. Susah nanti ..sepanjang hayat kena
berpantang sebelum kita kena ni berjaga-jagalah. ..jangan minum minuman tu. Kata orang
mencegah tu lebih baik dari mengubati... ingat ye kakak.” Bersungguh-sungguh puan
Halimah menasihati anak sulongnya.
“InsyaAllah bu kakak
ingat pesan itu...nanti kalau abang Man balik, kakak ajak dia pergilah klinik
sekejap.”
“Minggu depan kalau
ayah kakak ada masa, ibu nak turun Nilai..rindu ibu nak jumpa cucu ibu..nak
dengar Syifa cerita tentang sekolah dia.”
“Kesihan ibu..ibu pula
yang kena datang sini..sepatutnya kakak yang jenguk ibu dan ayah.”
“Tak apa
kakak..sekarang ni langkah ibu dan ayah panjang sikit, sejak ayah ada kereta
kakak tu ibu selalu juga berjalan dengan ayah. Minggu lepas ibu pergi jumpa
Aizat kat kolej dia di Seremban. Lagi pun ibu nak bincang dengan kakak..pasal
Angah.” Cerita puan Halimah lagi.
Semenjak Amirah bernikah semula dengan Loqman, kereta
SAGA 1.3 milik Amirah diserahkan kepada ayahnya atas permintaan Loqman. Loqman
sendiri dengan rela menjemput isterinya
pergi dan pulang dari kerja. Sebenarnya Loqman ada perasaan takut bila
isterinya mempunyai keenderaan sendiri. Dia teringat perbuatan Liza bekas
isterinya terhadap dirinya dulu.
Walaupun dia tahu Amirah tidak akan berbuat begitu namun perasaan itu
tidak mampu dibendungnya. Bayaran bulanan yang masih berbaki pula diuruskan
oleh dua orang adik Amirah yang telah bekerja yaitu Adnan dan Atirah diatas
permintaan mereka, kerana mereka juga ingin berjasa dan memberi sesuatu kepada
ayah dan ibu mereka. Itu kata adik-adik Amirah. Inilah berkat didikan yang
sempurna menghasilkan anak-anak yang bertimbang rasa dan mudah bertolak ansur
antara satu sama lain. Itulah anak-anak Encik Abdul Rahim dan Puan Halimah yang
sentiasa sepakat dalam hal keluarga mereka.
“Kenapa dengan angah
bu.. dia nak bertunang ke.?
“Itulah yang ibu nak
bincang dengan kakak ni...dia kata
Jalilah dah habis kursus..angah kata dia tak mahu bertunang, dia nak terus
nikah bulan enam tahun depan. Maknanya ada lagi enam bulan lagi kita nak
siap-siap..tapi boleh ke nak terus nikah..tak payah nak bertunang dulu tak
pernah di buat dek orang kita macam tu”.
“Kalau dah keluarga
pihak perempuan kata macam tu kita ikut saja lah bu..pada kakak lagi senang tak
banyak kerja.”
“Ialah tu.. ibu rasa
pihak perempuan tak cakap apa-apa lagi...ibu takut angah saja yang
lebih-lebih..ibu tenguk angah ni macam orang yang dah tak sabar nak nikah
saja”.
“Ialah bu orang dah
besar umur dia pun dah nak masuk dua
puluh tujuh tujuh rasanya..Ibu dah tanya angah ke?”.
“Malas ibu nak tanya
angah yang tengah kepala tak betul tu. Ibu rasa... ibu dengan ayah nak jumpa
dengan emak ayah Jalilah dulu..kita berbincang.. tanya macam nama adat dia
orang. Kalau diaorang kata tak nak bertunang nak terus nikah saja barulah kita
ikut. Ibu takut hanya dari pihak kita saja yang nak terus nikah..kakak bukan
tak tahu angah tu kadang-kadang ikut senang dia saja...kalau kakak macam mana?”.
“kakak rasa elok juga
kata ibu tu ..kita kenal-kenal keluarga diaorang dulu dengar dulu apa cerita
diorang”.
“Haa ibu fikir pun
macam tu... Esok taklah kita main terjah rumah orang terus nak nikah saja kan
kakak.”
“Kalau macam tu ibu
suruhlah angah cuti dua tiga hari..bawak ibu dengan ayah pergi kampung Jalilah,
angah ada bagi tahu kakak hari tu, kampung Jalilah tu kat Tanjung Karang
Selangor.. kampung Sungai Gulang-Gulang
namanya kalau tak silap kakak.”
“Ialah tu angah pun ada
bagi tahu ibu juga... kejap lagi ibu nak telefon angah..suruh dia ambil cuti,
cepat selesai perkara ni senang hati ibu kakak, boleh kita mula bersiap-siap”.
Puan Halimah sangat bersyukur mendapat anak sulung yang
berfikiran matang dan senang diajak berbincang.Puan Halimah suami isteri merasa
lega dua orang anak perempuan mereka
sudah berumahtangga. Sembilan bulan selepas Amirah bernikah semula
bersama Loqman, Atirah pula mengikuti jejak langakah kakaknya. Tidak sampai setahun
mereka bertunang pihak lelaki sudah menggesanya untuk bernikah, kerana
kesihatan ayah Ahmad Lutfi tunangan
Atirah yang tidak stabil ketika itu. Kini Atirah sedang mengandung anak
pertamanya.
Tengahari itu bila Loqman pulang untuk mengambil anaknya
Syifa dari sekolah dan makan tengahari. Amirah mengajaknya keklinik, untuk
memastikan keadaan dirinya..Itulah rutin harianya, jika isterinya tidak bekerja
atau jika dia tidak ditugaskan keluar dari pejabatnya, dia akan pulang untuk
makan tengahari. Kebetulan pejabatnya tidak jauh dari tempat mereka tinggal.
Dia juga akan mengambil anaknya dan juga anak pengasuhnya dari sekolah, tetapi
jika dia ditugaskan keluar, anak-anak mereka akan diambil oleh suami kepada
pengasuh anaknya yang juga kawan Loqman seorang anggota polis.
“Bang boleh tak kita
pergi klinik petang nanti.”
“Kenapa Mirah… Mirah
tak sihat ke?” Loqman memandang isterinya, ketika itu mereka sedang menikmati
makan tengahari.
“Mirah ok..tapi Mirah
nak chek kalau-kalau Mirah mengandung.”
“Ehh.. ibu nak dapat
adik lagi ke?” suara riang Syifa menyampuk, baru tersedar mereka tidak
sepatutnya membicarakan hal itu dihadapan anak mereka,Syifa.
“Kak long cepat makan
ye.. nak pergi mengaji ni, nanti tak sempat..ayah dah nak pergi kerja ni.”
Loqman cuba mematikan perbualan tadi. Syifa dihantar kelas mengaji dan fardu
ain di sekolah agama berdekatan rumah mereka, walaupun Syifa baru mencapai umur
enam tahun Loqman mendaftarkan juga anaknya. Alhamdulillah anaknya
itu sudah boleh mengikuti segala tunjuk ajar yang di ajar.
“Ialah ..kak long dah
habis makan pun.. ayah tunggu ya.”
“Ayah tunggulah
ni..pergilah kak long kemas-kemas buku
nak pergi mengaji..kemudian telefon Haziq dia dah siap ke belum.” Haziq
adalah anak kepada pengasuh anak-anak mereka, Haziq juga seperti Syifa sudah
didaftarkan oleh ayah dan ibunya ditempat yang sama dengan Syifa. Oleh kerana
kawan Loqman ditugaskan keluar hari itu, Loqman ditugaskan menghantar
anak-anaknya mengaji dan belajar fardu ain petang itu. Semasa anaknya
bersiap-siap untuk kesekolah agama dan kelas mengaji.
“Petang nanti abang
balik cepat sikit kita pergi klinik.” Loqman berkata perlahan.
“Ialah..tapi jangalah
abang tergesa-gesa..Mirah bukan apa ..kalau Mirah mengandung kenalah Mirah jaga
makan Mirah.”
“Eloklah tu..apa-apa pun
kita kena beringat-ingat juga…Mirah rasa mabuk macam selalu tak?.”
“Rasanya tak ada..tapi
kakak kat tempat kerja Mirah kata, kalau kita dah pernah datang bulan lepas
pantang, kemungkinan kita mengandung itu tinggi, lagi pun Mirah rasa perut
Mirah ni besarlah… betul ke bang?”.
“Entahlah..abang tak
perasan pula..mungkin Mirah dah gemuk sikit .“
“Abang nampak Mirah
gemuk ke?”
“Berisilah sikit..tapi
abang suka Mirah macam ni..taklah kurus sangat..nanti orang kata abang tak bagi
isteri abang ni makan kalau kurus sangat.”
“Abang ni…ada ke macam
tu pulak.” sedang mereka ketawa bahagia, anaknya Syifa muncul di meja makan.
“Ayah,ibu.. kak long
dah siap, Haziq kata dia pun dah siap..jomlah nanti kak long lambat masuk
kelas.”
“Anak ayah ni rajinlah
pergi sekolah… sayang anak ayah”, Loqman memberi ciuman kepada anaknya, sebagai
hadiah dia rajin ke sekolah. Amirah menghantar mereka hingga ke pintu sambil
memberi senyuman yang manis kepada suaminya setelah bersalaman.
Petang itu mereka ke klinik seperti yang dirancang,
keputusanya positive, Amirah disahkan mengandung, sudah masuk dua bulan, ini
bermakna usia anaknya Ahmad Firdaus 1tahun 3bulan dia sudah ada adik kelak.
“Tak sangka pula ye
bang, tak ada tanda-tanda mengandung.. Mirah dah mengandung lagi..tapi kesian
pula Firdaus ni tak dapat manja, kecil lagi dah nak ada adik.”
“Tak apalah dah rezeki kita, Alhamdulillah
Mirah tak mabuk..kalau tidak teruk juga, mana nak jaga anak kecil lagi, mana
nak kerja lagi ,mana nak jaga abang dan Syifa lagi, kalau dikira-kira mahu
kurus kering isteri abang ni. Yang sebetulnya abang suka Mirah
mengandung..cepat-cepat kita dapat anak lagi, cepatlah Mirah pencen bersalin
nanti”.
“ abang nak anak berapa
orang…baru Mirah boleh berhenti mengandung ni.”
“Mirah nak berapa..
abang tak kisah..abang ikut kemampuan Mirah tapi yang disarankan oleh kerajaan
5 orang sepanjang kita berhidmatkan.”
“Kalau ikut Mirah tiga
ni pun dah cukup…tapi kalau abang nak lebih lagi Mirah tak kisah juga, janji
abang tolong jaga sekali lah. Yang susah
satu, abang kata Mirah kena jaga abang, susah ni.. jaga abang dengan jaga anak
lagi susah jaga abang tau.” Amirah menjeling manja kearah suaminya disisi.
“Mirah ni..abang dah
tak macam dulu, sekali abang terkena abang dah insaf. Dah abang tanamkan tekad
dalam diri abang ni hanya Mirah isteri abang dunia dan akhirat InsyaAllah.”.
“Mirah tak ragu lagi
dengan abang..yang susah bukan yang itu..susah kalau abang nak makanlah..mana
tahu Mirah tak larat nak buat untuk abang.”
“Ohh..kalau yang tu
jangan bimbang abang akan tolong...abangkan dah pandai masak sekarang, masa
Mirah mengandungkan Firdaus tu dulu, abang masak Mirah boleh makan ..itu
tandanya abang masak sedapkan.” Tangan Loqman mencuit hidung isterinya.
“Ohh abang nak minta
puji ye..terlupa pulak nak puji..ni dah lama baru teringat..memang sedap abang
masak tau.”
“Ialahlah tu...Mirah
kalau tiga rasanya sikit sangat…abang nak lima orang Mirah sanggup ke?”
“InsyaAllah..kalau
kesihatan Mirah mengizinkan dan dengan pertolongan abang. Boleh..Mirah boleh.”
Sambil mengenggam tangan dan mengangkatnya tinggi, bersemangat.
“Wah bersemangat isteri
abang ni”.
Mengadung
kali ketiga Amirah tidak mengalami apa-apa alahan. Semuanya boleh dimakan,
namun begitu dia tetap berhati-hati, masa makan. Tidak yang terlalu berminyak
dan tidak juga yang terlalu pedas..takut dia kena cirit birit, walaupun yang
sebenarnya dia suka makan pedas. Bukankah dia anak orang Negeri Sembilan yang
tidak dapat dipisahkan dengan cili apinya.
Tidak dirasainya kini dia sudah
hampir hendak melahirkan. Amirah sampai kerumah pulang dari kerja giliran
malamnya hampir pukul 9.00 pagi. Ketika dia melangkah kedapur dia merasa
pinggangnya sakit dan tidak selesa. Dia mendiamkan dirinya sahaja. Selesai mereka makan tengahari ketika dia membasuh pinggan
manggkuk dia terasa ada air meleleh dicelah dipehanya. Dia teringat cerita ibu
mertuanya ketika dia melahirkan Syifa dahulu, katanya ‘jika ada air keluar dari
faraj tampa boleh ditahan’ itu air tetuban. Adakah itu air tetuban ,air yang
keluar dari rahim kerana tetuban kita sudah pecah. Mungkinkah tanda, itu tanda
hendak bersalin. Tetapi jika hendak bersalin mengapa sakitnya tidak berapa
dirasai..tidak seperti sakitnya di dua kelahiran yang terdahulu. Dia keruang
tamu memberi tahu suaminya yang sedang menjaga anak kecil mereka yang sedang
bermain. Kebetulan hari itu hari Sabtu suaminya tidak bertugas. Amirah
dan suaminya berkerja sama, jika dia sibuk masak atau berkemas didapur suaminya
pula akan menjaga anak mereka. Mereka tidak boleh mengharapkan Syifa sahaja
menjaga adiknya yang sedang lasak sekarang ini.
“Bang ..Mirah rasa
Mirah dah sampai hari lah bang..Mirah dah turun tanda ni.”
“Mirah rasa sakit
ke…tapi kalau ikut due masih ada, seminggu lagi kan.”
“Rasa sakit sikit-sikit
saja tapi Mirah takutlah bang.. ada cecair yang keluar ni..mama kata itu juga
tanda-tanda nak bersalin juga. Lagi pun
masa Firdaus kan Mirah cepat seminggu juga, masa Syifa lagi cepat..
rasanya cepat seminggu lebih..tak sempat Mirah nak balik Pilah masa tu.” sedeh Loqman mendengar cerita isterinya, dia
teringat masa itu dia sedang bersiap-siap untuk bernikah dengan Norliza. Loqman
tersedar dari khayalanya.
“Cepatlah siap..nanti
tak sempat pulak ..abang siapkan Firdaus lepas tu hantar rumah kak Mah dulu,
Mirah pergi mandi”. Loqman menggesa isterinya. Kemudian Loqman mengesa anak
sulongnya berkemas barang dirinya dan barang-barang adiknya Firdaus.
“Cepat kak long, ibu
dah sakit tu.. kak long dengan adik pergi rumah Haziq ye..tolong mak Mah jaga
adik tau.”
“Baiklah ayah”
“Bang..jangan
terkocuh-kocuh sangat, Mirah tak sakit sangat.. cuma sakit pinggang sikit saja
ni.” Kedengaran suara isterinya didalam bilik air melaung.
“Ok Mirah..abang hantar anak sekarang tau..Mirah
siap-siap kat rumah sementara abang pergi rumah kak Mah”.
“Ialah.” Amirah sudah
membuka pintu bilik air dia sudah siap mandi...kemudian dia menciumi
anak-anaknya.
“Kak Long tolong mak
Mah jaga adik tau.” pesan Amirah pada anak sulongnya.
“Baik bu..kak long
pergi dulu”. Syifa mengikuti ayahnya setelah dia menyalami dan mencium tangan
ibunya.
Mereka sekeluarga bersiap-siap, kemudian Loqman
menghantar anak-anaknya AinNurSyifa dan Ahmand Firdaus kerumah pengasuh mereka.
Selepas itu Loqman menghantar isterinya keHospital Putra Jaya. Alhamdullilah
bersalin kali yang ketiga terasa sangat mudah
bagi Amirah. Tidak lama sakit dan menunggu, dia sudah selamat melahirkan
seorang lagi anak lelaki.
Mendegar sahaja azan Asar berkumandang cepat-cepat Loqman
menunaikan solat Asar, dia ingin berdoa agar isterinya mudah dan selamat
bersalin. Setelah Loqman selesai menunaikan solat Asar dia masuk semula kebilik
menunggu. Ketika baru dia hendak mencecahkan punggungnya dikerusi yang
disediakan, seorang jururawat memanggil namanya dan memberitahu isterinya telah
selamat melahirkan anaknya. Ketika didalam wad...
“Alhamdullilah..dah
selamat sayang.” Loqman menghampiri isterinya, melihat suaminya datang
menghampirinya Amirah menghulurkan tangannya dengan senyuman manisnya.
“Alhamdulillah..kita dapat
anak lelaki lagi bang.” Huluran tangannya tidak disambut oleh suaminya.
“Mirah jangan pengang
abang... abang nak azankan anak kita dulu ye.” lembut Loqman berbicara.
“Emm..lupa pulak
Mirah.” Setelah selesai suaminya memperdengarkan azan dan bisikkan iqamat
ketelinga anaknya yang baru lahir, Amirah menyambung kembali bicaranya. Dia
nampak ceria.
“Alhamdullilah yang ini
senang sangat Mirah bersalin bang… apa abang nak bagi nama anak kita yang
ni...abang dapat hero lagi..kuruslah abang nampaknya..yang kat rumah tu tengah
lasak, dapat lagi hero tak sempat rehat nampaknya abang ni”.
“Abang tak kisah, janji
Mirah dan anak kita sihat sudah
lah..abang suka juga dapat anak lelaki ramai..dah besar nanti senang nak minta
tolong buat kerja-kerja yang berat. Lagi pun Mirah, masa kita meninggal nanti
anak lelakilah yang menyambut kita masuk keliang lahat.”
“hisyy abang ni sampai
kesitu pula abang fikir”.
“Betul Mirah abang ada
dengar satu certamah ugama kita ni sunat mengingati mati..sebab kita tak tahu
bila Izrail datang mencabut nyawa kita Mirah...ehh..nak bagi nama apa ya
Mirah.” Begitu teruja dua suamiisteri itu hendak memberi nama kepada anak yang
baru lahir.
“Abang dah bagitahu
mama dan ibu, Mirah dah bersalin ni.”
“Terlupa pulak abang…
masa Mirah kat labour room tadi..abang dengar azan Asar jadi cepat-cepat abang pergi solat, ingatkan lama lagi Mirah
bersalin..baru abang nak duduk..jururawat dah panggil nama abang..tak sempat
nak berdebar Mirah dah selamat bersalin…apa nak bagi nama anak kita ni Mirah.”
teruja Loqman ingin menamakan anaknya.
“Kalau Mirah nak bagi
nama Abdullah Hakim...Abdullah ertinya hamba Allah dan Hakim pulak yang
bijaksana jadi ertinya keduanya hamba
Allah yang bijaksana ok tak bang.”
“Boleh juga..
sepatutnya Loqman Hakim ini terbalik pula Abdullah Hakim bin Loqman pulak..tapi
apa pun oklah abang setuju.”
Kini sudah tiga orang anak Loqman dan Amirah. Tempuh
berpantang Amirah hanya di kuarters kediaman mereka sahaja. Kerana waktu
persekolahan AinNur Syifa masih ada lagi sebulan, barulah tiba musim cuti akhir
tahun. Loqman mendapat cuti tiga hari kerana isteri bersalin kemudian dia
bekerja semula, sementara mama dan papanya menunggu Amirah hingga seminggu
lamanya. Maklumlah cucunya yang kedua masih terlalu kecil sudah beradik lagi.
Bila pasti Amirah sudah cukup kuat dan sihat mama dan papanya pulang ke PD.
“Mirah...mama dan papa
nak balik ni..ingat ye jangan lupa pakai bengkung..ikat kuat sikit perut tu.”
“Baik lah mama...mama
jangan risau Mirah dah ok ni..lagi pun Hakim tak banyak ragam tenguklah tu
tidur saja dari tadi..kalau lapar saja dia bangun nak susu.”
“Mama tak risau yang
kecik ni..mama risau Firdaus tu..dia tu macam cemburu sikit kat adik dia. Tapi
ingat Mirah jangan dukung dia ye..takut Mirah turun darah atau bentan nanti
susah cari ubatnya.”
“Ialah mama Mirah ingat
tu.”
“Man sebelum kamu pergi
kerja tu tolong Mirah ikat bengkung macam yang mama ajar hari tu ye”. Puan
Sharifah mengajar anak dan menantunya mengikat bengkung. Mula mula kain
bengkung tadi diletak dibawah punggung Amirah yang dalan keadaan baring
kemudian kain tadi dililit dengan menyimpulnya di bahagian perut. Ketika kain
tadi disimpul, Amirah hendaklah
mengempiskan perutnya. Ikat berulang kali hingga kain tadi habis melilit
disekeliling perut Amirah. Kedudukan lilitan bengkung pula dari bawah punggug
sedikit hingga keatas perut.
Sebagai
langkah berjaga-jaga setelah kedua mama dan papanya pulang kePD. Loqman pula
bercuti selama seminggu lagi atas nasihat mamanya supaya Amirah betul-betul
sihat.
“Bang..tak payah lah abang
cuti, Mirah pun dah sihat ni..Mirah boleh jaga Firdaus, lagi pun Hakim tak
banyak ragam.”
“Jangan cakap macam
tu..nanti kalau Firdaus menangis nak dukung susah Mirah nanti.”
“Tapi abang nak cuti
lagi masa Syifa cuti sekolah nanti..kata kita nak balik PD dengan Pilah mahu
seminggu abang cuti.”
“Tak apa cuti abang
banyak lagi ni dah nak habis tahun pun, tahun depan dah dapat cuti rehat yang
lain pulak”.
No comments:
Post a Comment