~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 30 December 2013

Bab 5 Bahagia yang ku cari

           


                Mizan Khir cepat-cepat masuk kebiliknya.Dia tahu jika Sarah terlihat kelibatnya mungkin dia menjadi tidak selesa nanti. Dia akan kemasjid berhampiran pekan kampung mereka. Dia akan duduk disitu supaya anak-anak dapat melepaskan rindu kepada orang yang dipanggilnya mama. Ketika mereka sibuk bercerita didapur  Mizan Khir menyelinap keluar rumah, dia menghampiri motorsikal buruk ayahnya. Dia sudah bersiap dengan baju melayu dan berkain pelikat. Niat dihatinya ingin beri’tikaf di masjid hingga waktu Magrib nanti. Sampai sahaja diMasjid Mizan menghubungi emaknya.

“Assalammualaikum! Mak Mizan ni. Mizan nak duduk kat masjid  sampai Magrib nanti. Mak cakaplah dengan ayah nanti ayah cari  Zan pula.  ”.

“Waalaikum salam. Ok” Senyum Hajjah Nafisah menerima panggilan anak lelakinya. Hatinya berbunga riang anak dudanya pandai membawa diri bila ada wanita bukan muhrim didalam rumah mereka.

“Siapa yang call mak.” Maryam hairan melihat emaknya selepas menerima panggilan dari seseorang. Jawapanya hanya ‘Walaikumsalam dan ok’ tapi emaknya tersenyum lebar.

“Abang kamu, syuut”.Hajjah Nafisah menjawab dengan suara senyap hanya mulutnya sahaja yang bergerak kemudian jari telunjuknya menunjuk kebibirnya, menandakan agar perbualanya tidak didengari oleh Sarah yang sibuk melayani anak-anak angkatnya bertanya itu dan ini. Maryam yang faham dengan bahasa emaknya juga terseyum lebar.

Setelah puas melayani dua orang anak dara kecil Mizan, Sarah ingin menjenguk emak angkatnya pula. Tetapi langkahnya terhenti bila  dilihat ada kereta ayah Isnya terpakir dihalaman rumah emak angkatnya. Langkahnya  berhenti dimuka pintu hanya matanya sahaja dihalakan keruamah emak angkatnya yang tidak jauh dari rumah Maryam.

“Kenapa kak Sarah..kalau nak pergi pergilah cepat nanti Yam datang dengan budak berdua tu”.

“Bukan tak nak pergi, tu ada kereta ayah Is lah Yam”. Ada suara hampa kedengaran disitu.

“Ialah itu kereta Pak su Ishak tu. Bila sampainya pak su Is mak?”.Hajjah Nafisah turut menjenguk dan memandag kearah rumah Puan Siti NurBahiah untuk memastikan kehadiran birasnya.

“Baru sampai agaknya, semalam tak ada pun, kerap juga dia  datang sini sekarang ni walaupun sekejap. Minggu lepas datang juga tapi tak sempat bermalam.Datang singgah sebelum dia pergi kePenang kata mak su Yah kamu”.Untuk mengelakkan pernikahanya diketahui oleh isteri pertama, pertemuan antara Ishak dan Siti NurBahiah dilakukan secara menyorok-nyorok. Jika dia dikehendaki keluar dari Kuala Lumpur dia kan singgah sebentar menemui isterinya mudanya dan pulangnya juga akan begitu. Itulah nasib isteri nombor dua yang disorok.

“Ohh.”Hanya itu yang keluar dari mulut Maryam dan Sarah.

Sarah masuk semula tidak jadi melangkah.Bila emak Maryam mula kedapur untuk meyediakan makan tengahari Sarah turut membantu.

“Yam tengahari ni ayah kamu nak makan gulai nangka muda meh tolong emak siang nangka Yam, kamu makan tak nangka muda ni Sarah”.

“Hsyy sedap tu makcik ..apa yang tak makan pulak”.

“Ok kita masak nangka muda dengan ikan talang kering tengahari ni, Yam ambilkan emak bekas minyak goreng ikan atas para tu Yam”.

“untuk apa mak?”

“Ni mak nak lumur pisau dan tangan emak ni”.

Sarah dan Maryam hanya memerhati bagai mana Hajjah Nafisah menyiang nangka muda.

“mak cik!kenapa dilumur pisau tu dengan minyak masak tu?”.

“Supaya getah nangka tu tak melekat sangat kat pisau ni. Bila getah nangka melekat banyak sangkat hulu pisau niNanti susah pula nak ditanggalkan”.

“Ohh..Sarah tak pernah tenguk orang siang nagka muda.Biasanya beli gulai yang dah siap dimasak sahaja.Susah juga nak siang rupanya.”

“ SiYam tu pun tak pernah nak siang nangka  Sarah. Siang nangka ni leceh getahnya. Ni mak cik potong Sarah tolong siramkan air kat tangan mak cik ni. Cara ni pun untuk mengurangkan getah nangka melekat kat tangan dan pisau kita. Kalau dah melekat kat pisau tangan kita jadi melekit-lekit nak pegang pisau pun rasa tak selesa”.

Tengah hari itu mereka makan gulai nangka muda yang dimasak bersama ikan talang kering. Sungguh berselera mereka makan. Sarah lagilah berselera, kerana rindunya sudah ada dihadapan mata dengan keletah yang tidak pernah menjemukan dirinya.

“Meh kakak ngan adik nenek yang suap,  mama nak makan dengan mak su tu”. Hajjah sudah memegang pinggan untuk meyuapi cucu-cucunya  seperti kebiasaan.

“Tak mau kakak ngan adik nak mama suap. Mama suap yeee”. Manja sahaja permintaan Zurin memandang kearah Sarah diikuti pula oleh adiknya Zira. Zira pula apa yang dilakukan oleh kakaknya dialah yang menjadi penyokong kuat dan pengikut setia. Zira sudah banyak cakapnya walaupun pelat dan tidak difahami apa yang diperkatakan. Pinggan ditangan Hajjah Nafisah bertukar tangan. Berbunga riang hati Sarah bila dirinya bagai sangat dihargai oleh anak-anak kecil itu.


Selesai dia menyuapi anak-anaknya makan dia pula makan.Dua minggu seleranya tertutup kerana rindukan anak-anak dan emak angkatnya. Dia makan bersungguh-sungguh, dah tak payah tunjuk ayu lagi. Maryam hanya tergelak melihat telatah Sarah.

“Walau hanya lauk kampong berselera sungguh  akak makan ye. Tapi kalau makan macam ni depan pak we, takut pak we nak datang meminag…”.

“Peduli apa Yam kalau dia tak nak meminag akak,  janji perut akak kenyang. Yang sebetulnya sedap sangat gulai emak Yam ni, yang kita makan kat kedai kenapa tak sedap macam ni Yam”.

“Mana ada, Yam rasa sama aja, rasa nangka juga.”

“Tak Yam akak rasa sedap, terasa lemaknya serainya pun berbau, tapi yang membuka selera ni mungkin rasa ikan masin ni”.


“Ialah mungkinlah kita ni semuanya ambil saja kat belakang rumah, kelapa tak payah beli, nangka pun yang baru petik, itu yang jadinya sedap tu. Yam rasa nak ratah saja nangka ni”. Sambil makan mereka berbual, mesra sahaja nampaknya Sarah dan Maryam.

“Ialahlah tu, akak tenguk Yam dah tiga kali tambah nasi dah Yam ni, akak tak makan lagi dia dah mula, ni akak dah nak siap dia tak habis lagi”.

“Yam makan kunyah sampai empat puluh empat kali baru telan lah kak”.

“Ialah tu”. He he he seorang dara, seorang janda terkekek-kekek  dimeja makan. Emak dan ayah Maryam hanya mengeleng melihat gelagat mereka.


Selesai makan dan berkemas Sarah membawa anak-anaknya duduk dibawah pokok jambu, mengambil angin. Hendak kerumah emak angkatnya dia segan kerana ayah Is masih ada disitu. Hendak masuk kebilik  takkan lah tetengah hari buta hendak duduk memerap didalam bilik. Dia juga tahu berbudi bahasa jika dirumah orang.Dia ingin mendandan rambut anak-anak angkatnya untuk mengisi masa lapangnya. Ditangannya ada sikat, reben dan getah rambut. Apa yang dirasanya ketika itu SANGAT BAHAGIA itulah rasa yang hadir dari lubuk hatinya. Rasa  berbaloi dia berkejar dari Damansara keMelaka tadi.

“Meh sini mama dandan rambut adik dulu ye..lepas adik kakak pula”. Sudah ada pelanggannya walaupun salonnya hanya dibawah pokok.

Yang menjadikan dia selesa, kerana  sejak dia sampai tadi tiada pun kelibat Mizan ayah kepada anak-anak angkatnya. Sedang dia leka mendandan rambut Zira kedengaran sebuah motor masuk keperkarangan rumah keluarga Maryam.  Sarah yang membelakangkan jalan tidak memperdulikkan.  Injin motor sudah diberhentikan, mengikut dari peka deria telinganya tidak jauh dari tempat mereka duduk. Tangannya terus menyikat perlahan rambut pelangan kecilnya.Pada perkiraan Sarah tiadak ada kepentingan untuk mengambil tahu siapa yang menunggang motosikal, jika seseorang menuju kerumah Maryam tentu sahaja kenalan ayah atau abang Maryam yang ingin mengunjungi keluarga Maryam, dia orang luar tidak perlu ambil tahu.

Tiba-tiba ucapan  salam garau, terasa sangat  hampir dibelakangnya menyebabkan dia sungguh terkejut hingga terlepas tangan dari memeganag rambut anak angkatnya, punggungnya juga terangkat sedikit…

“Assalammulaikum”.

“Walaikum salam” Agak terjerit sedikit spontan jawapan salam disambut dengan duduk yang terkinjat kerana terperanjat.

“Is is is ayah ni, kesian mama sampai terperanjat. Lain kalau bagilah salam lembut-lembutlah sikit, macam ni kakak ajar Assalamualaikuuum. Haa barulah mama tak terperanjat”. Dengan suara kecil dan berlagu-lagu pandai sungguh sikecil Zurin mengajari ayahnya yang kurang berbudi bahasa pada pendapatnya. Dia kesian mamanya terperanjat hingga terkinjat dari duduk yang tenang.

Terhenyut-henyut badan Sarah menahan ketawa kerana rasa lucu bila melihat lakunan Zurin tadi, begitu juga dengan Mizan dia sudah terbungkuk-bungkuk ketawa kerana  kelucuan.


Sarah menoleh, dua anak angkatnya juga menoleh memandang wajah ayahnya yang menayang sengeh.

“Sorry tak sengaja, boleh join”.

“Err..err” belum sempat Sarah memberi jawapan Mizan Khir sudah duduk dihujung pangkin.

“Nak cakap sikit dengan awak”. Mizan memberi penyataan. Sarah jadi berdebar pula takut-takut Mizan mahu memberinya amaran supaya jangan rapat dengan anak-anaknya.

“Cakaplah.”Sarah tidak memandang kearah Mizan lagi. Walaupun hatinya berdebar tetapi tangannya meneruskan kerja mendandan rambut Zira yang sudah terlerai akibat terlepas tadi. Dia perlu cepat menyelesaikan kerjanya kerana seorang lagi pelangannya sedang menungggu giliran dengan sabar.  Zurin mahu rambutnya didandan juga, janjinya tadi selepas dia siap mendandan  siadik.. sikakak  pula.

“saya balik sekejap aja ni, balik nak makan. Tak tahan perut dah lapar Lepas makan nanti saya akan duduk masjid balik”.

“Ya Allah! saya datang ni menyusahkan awak ke? Saya minta maaf saya tak berniat pun macam tu, kedatangan  saya dah susah kan awak pula.”.Terkejut Sarah dengan penyataan Mizan tidak disangkanya Mizan duduk diMasjid kerana memberi nya peluang untuk melayani anak-anaknya.

“Taak awak tak menyusahkan saya. Tapi saya takut awak lari balik..bila nampak saya  ada kat rumah nanti. Sebelum awak lari balik saya cakap dulu”. Terus terang Mizan.

“Janganlah cakap macam tu, inikan rumah keluarga awak, sepatutnya awak tak payahlah lari duduk kat masjid. Saya ok, sekejap lagi saya nak pergi rumah emak saya tu. Tapi sekarang ni saya nak duduk sini kejap, nak dandan rambut anak-anak ni. Kesian awak sorry ye..”.

“Yang sepatutnya kalau awak kesian kan saya, bila dah awak angkat anak-anak saya menjadi anak angkat awak, angkatlah ayahnya  sekali”.

“Ha!!!.” Terkejut Sarah dengan perkataan yang keluar dari mulut duda dihadapanya. Bulat matanya spontan memandang kearah Mizan..dia ingin mencerana dan mencari maksud apa yang diperkatan kan oleh Mizan sebenarnya. Kemudian Sarah bangun.Entah dia jadi bingung, tak tahu tujuan dia bangun mungkin mahu masuk kedalam rumah atau mahu kerumah emak angkatnya. Dia bangun tampa tuju kemana handak dituju.

“Awak nak kemana pulak tu duduklah dulu..kita tak habis bicang lagi”. Datar sahaja suara Mizan seakan dia berkecil hati, kerana bagai Sarah tidak mahu melayani dia berbual.

“Err..err”. Sarah jadi tertoleh-tertoleh antara Mizan dan pintu rumah.Tadi sebenarnya dia sudah tenang itulah sebabnya perkataanya yang keluar dari bibirnya banyak sedikit. Tetapi bila Mizan mengeluarkan pernyataan angkat mengangkat dia jadi tidak tentu arah pula. Kepala bercelaru dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Mizan hingga terkesan pada perbuatanya.

“Dah lah meh duduk sini sekejap,  saya nak tanya awak ni..Hssyy awak ni blur lah. Orang cakap sikit dah jadi bingung macam orang tak betul saja. ” Dah pula Mizan mengatakan Sarah blur dan orang tak betul…orang tak betul tu apa??? Soal Sarah dalam hati. Bukan ke orang tak betul orang gila.Hangat hati Sarah bila orang yang dihadapanya mengatakan dia begitu. Dah dia yang cakap tak jelas dia kata orang tak betul pula bebel hati Sarah yang kegeraman.

“Saya nak tanya ni..” lama Mizan mendiamkan diri sehingga Sarah jadi tidak sabar mahu mendengar apakah yang mahu diperkatakan oleh Mizan. Walaupun  hatinya membebel kegeraman dia tetap berdiri menanti Mizan bersuara.

“Ehh nak tanya tanyalah..kalau tak nak tanya saya nak masuk ni. Nak tidur meh lah kakak ngan adik ikut mama tidur”..

Ehh sedapnya dia ajak anak orang tidur dengan dia..ingat aku ni siapa ‘BAPAK’ budak-budak tu senang-senang dia ajak anak kikta tidur dengan dia pula.

“Tunggulah duduk dulu... Kakak adik tunggu dulu ayah nak tanya mama ni, duduk!!”. Arah Mizan, garang sahaja terdengar suaranya, tetapi perkataan ‘mama’ mesra pula didengari oleh telinga Sarah. Sarah dan anak-anaknya mengikuti arahan Mizan. Mereka duduk semula.

“Memandangkan awak ni tak tahu bahasa berlapik saya tanya terus terang. Kalau saya nak pinang awak pada siapa saya nak pergi meminang”. Haa kan Mizan sudah menanyakan soalan cepu berliannya. ‘Dasyat gila’Sungguh dia berterus terang detik hati Sarah yang terkejut. Tadi cakap tak terang dia jadi blur kini dia cakap berterus teranag Sarah jadi terkejut.

“Haa??” sekali lagi Sarah terkejut dia betul-betul jadi blur dengan pertanyaan Mizan duda anak dua yang dihadapanya sekarang.. Hingga ternganga dan bulat mata Sarah dibuatnya kerana terkejut, memandang kearah Mizan  duda yang tak tahu berbudi bahasa.



Sebenarnya lama Mizan memikir baik buruknya membuka hatinya untuk mejadikan  Sarah mama untuk anak-anaknya disamping itu halal untuk dirinya. Supaya merek tidak kekok bila duduk bersama seperti sekarang ini. Tujuan utama agar anak-anaknya ada tempat untuk bermanja. Dilihat pada mata kasar anak-anaknya sudah sangat serasi dengan Sarah, bagi dirinya kebahagiaan anak-anak adalah perkara utama dalam hidupnya sekarang ini. Setelah yakin dia memeberanikan diri bertanya dari hati kehati kepada Sarah, dia tidak mahu melalui orang tengah. Ini dia memulakan langkah pertama, tetapi silapnya dia orang muda mana tahu nak berkias bagai.

“Tak kan bahasa senang macam tu awak tak faham?” Garangnya Mizan ni, tak ada pujukkn atau nada suara yang lembut mahu memikat janda muda dihadapan mata.

“Faham, tapi betul ke awak tanya macam tu?” Sarah jadi tidak mengerti apakah yang dimahukan oleh Mizan, mahu meminangnya tapi bahasa dan gayanya macam orang nak bergaduh sahaja.

“Habis siapa lagi yang tanya?ada ke orang lain kat sini”. Mizan tertoleh-toleh kiri dan kanan.

“Awak!awak tahu tak siapa saya?”

“Tahulah nama awak Maisarah binti Zamri, kawan serumah dan satu tempat kerja Maryam adik saya”.

“Awak tahu tak saya ni janda?”

“Tahu awak janda tak ada anak”.

“Habis kenapa awak nak kan saya..Awak tahu tak dua tahun lebih saya jadi isteri orang dulu, tak menyesal ke  nanti.”

“Habis..Saya ni teruna ke yang nak menyesal kahwin dengan janda, kita samakan, awak janda saya duda anak dah dua atau sebab saya dah ada anak dua jadi awak tak sudi nak terima saya. Ialah bak kata orang duda kan bekas orang”.
 Tak padan dah duda sensitive pula dia ni, tadi suaranya bukan main garang, ni sensitive pula.Emosi tak setabil betullah dia ni..nak kata datang bulan.. dia ni jantan datang bulan apanya’. Bebel Sarah dalam hati mengenai orang jantan yang duduk sepangkin denganya. Wajahnya berkerut-kerut memandang Mizan yang masam mencuka.

“Hsyy awak ni merepek yang bukan-bukan kenapa?. Maksud saya.. biasanya orang kahwin nak kan anak. Saya ni pernah berkahwin dua tahun lebih tapi tak dapat anak, tak takut awak  kalau saya tak dapat memberi anak pada awak”.

“Ohh itu boleh diushakan, sekarang bidang perubatan sangat canggih, macam-macam cara ada untuk membantu orang yang berusha. Lagi pun yang memberi anak adalah saya. Awak tu hanya tolong mengandungkan anak saya sahaja itu pun kalau kita dah nikah lah”. Berbahang rasa muka Sarah mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Mizan Khir yang agak tidak bertapis. Ahhh sungguh lelaki ini berterus terang. Mungkin kerana lelaki ini pernah berkahwin itulah sebabnya ayatnya tak ada ‘water filter’. Sarah hanya mendiamkan diri dia tidak tahu apa yang mahu dikatakan lagi.

“Jadi macam mana? Kalau saya nak pinang awak, pada siapa yang boleh saya pergi meminang”.

“Saya yang sebenarnya dah tak ada siap-siapa lagi yang boleh diharapkan. Masa saya kahwin dengan bekas suami saya pun kami pergi berdua sahaja kat Sempadan Siam”. Sarah juga sudah menjadi  seperti Mizan, kata-katanya terus dan telus tampa selindung.

“Awak nak yang macam tu ke? Kalau saya cara tu adalah jalan yang terakhir setelah habis ikhtiar.  Awak masih ada abang lagi kan. Dan awak tahu kat mana dia duduk, tak boleh ke diushakan kita jumpa dia. Pada saya kalau kita dah berusha jumpa dia dan dia tak mahu mewalikan awak, kita boleh berwali hakim untuk nikah ditanah tumpah darah kita sendiri.Tak payahlah kita nikah di Sempadan, pada saya nikah disempadan hanya untuk orang yang terdesak.Kita masih ada keluarga untuk merestui pernikahan kita.”Lembut sahaja nada suara Mizan memberi pandangan.Sayu hati Sarah mendengar penerangan dari Mizan. Kini sudah tertutup sikap garang Mizan dimata Sarah.

“Tahu, mereka masih di Gemencih, tapi mereka dah tak ambil berat hal saya”.

“Walaupun mererka tak ambil berat hal awak tapi mererka tetap waris awak dan wali awak kalau awak nak nikah. Atau awak memang suka nikah kat Sempadan Thai?”.

“Hsyyy awak ni saya ni perempuan Melayulah, kalau boleh hari bahagia saya nak dihadapan saudara mara, dan kalau boleh diwar-warkan. Saya sebetulnya tak mahu hari yang bermakna bagi saya, diSOROK macam dulu.Tapi betul ke awak nak nikah dengan saya? Kenal tidak, bercinta jauh sekali..tup-tup kita nikah. Macam mana kita nak menghadapai hari-hari yang mendatang bersama-sama.”.

“Alah kita ni kan dah tua tak payahlah nak bercinta bagai. Rasa cinta itu akan datang sendiri selepas kita nikah nanti. Yang sebetulnya saya perlukan awak untuk saya dan anak-anak saya. Awak tak nak tanya kenapa saya pilih awak?”

“Boleh juga kalau awak nak bagi tahu”.

“Sebab anak-anak saya sayang sangat kat awak. Awak tak nak tanya persaan saya pada awak?”

Hai dia ni menyuruh kita bertanya pulak, kalau nak bagi tahu cakap sajalah banyak songeh lah dia ni’. Pada Sarah dia sedang malu bila berhadapan dengan seorang lelaki yang melamar dirinya secara terus terang. Ialah dia kan wanita Melayu yang masih ada sifat malu. Betulkah semua  wanita Melayu tebal dengan sifat malu didalam dirinya?.

“Tak perlu. Yang saya perlukan sayang anak-anak awak pada saya itu pun sudah cukup”.

Oleh kerana terlalu lama mereka bercerita kedua-dua akak-anak Mizan sudah baring dipangkin berbantalkan peha Sarah. Tangan Sarah pula secara  spontan membelai rambit keduanya akhirnya  mereka terlena disitu. Mizan hanya memandang tingkah anak-anaknya. Hatinya mengakui anak-anaknya perlukan kemanjaan dan belaian tangan seorang wanita yang bergelar mama atau ibu atau emak.

“Jadi oklah kalau kita nikah”.

“Saya sebenarnya dah tak ada apa- apa rancangan untuk hari depan saya. Untuk mengharap kekasih datang menunaikan  janji pada saya pun tak ada. Harapan untuk saya bahagia dalam rumah tangga pun rasanya dah jauh dari gapaian. Pada saya hidup saya akan berlalu begitu sahaja, saya ingin memberi kasih pada anak-anak awak yang dah tak ada ibu. Bila saya berkenalan dengan anak-anak awak yang comel ni bertambah kuat semangat saya. Awak nak tahu apa perasaan saya bila kasih saya diterima oleh anak-anak awak?”

“Apa perasaan awak?”Tanya Mizan ingin tahu.

“Sangat bahagia. Kata mak su Yah kalau kita dapat mengembirakan hati anak yatim kita akan diBerkati dan diRahmati Allah. Inilah nikmat yang saya rasa kerana mengembirakan hati anak yatim BAHAGIA”.Mizan memandang Sarah dengan wajah yang berseri-seri terpancar kebahagian diwajahnya. Mungkin benar dia bahagia. Bila Mizan tidak bersuara Sarah mengambil peluang menyampaikan apa yang ada diahatinya.

“Sebetulnya setelah saya menjadi isteri dulu saya sangat mengharapkan dapat membelai anak-anak kecil. Tapi ialah Allah tak beri rezeki  itu  pada saya. Awak!! Awak jangan salah faham pada saya, saya tak pernah mengharapkan awak ambil saya sebagai isteri. Cukup kalau awak  izinkan saya mengasihi anak-anak awak.”

“Saya pun macam awak juga, nak harapkan kekasih datang pun dah tak ada, nak mengharapkan janji ditunaikan pun dah tak ada, jadi pada hidup saya berlalu begitu sahaja saya nak balas kasih pada orang yang sudi mengulur kasih ibu kepada anak-anak saya. Saya tersedar fitrah anak-anak saya dengan kehadiran awak,  yang sebenarnya mereka sangat mengharapkan kasih ibu. Ini fitrah setiap anak memerlukan kasih ibu dan ayah barulah lengkap hidup mereka. Jadi bila boleh kita ikat hubungan kita, supaya mudah kita memberi kasih pada anak-anak. Mereka dapat melihat kita bersama-sama dalam keadaan yang  halal. Kita pun tak lah kekok macam sekarang ni. Jadi bila yang boleh kita menghalalkan hubungan kita”.

“Saya tak kisah sebenarnya, ikut pada kelapangan masa awak lah”.

“Ikutkan saya sekarang ni pun boleh.Tak payahlah saya duduk masjid lagi”. Ada senyum dihujung bibir Sarah, Mizan pula ada tawa perlahan dihujung katanya. Hati mereka  bagai dijentik kelucuan bila Mizan berkata begitu. Apakah itun putik bahagia mereka.

“Ohh!! tak payah lah pergi lagi, lagipun  sekejap lagi saya dah nak balik KL dah. Mereka berdua ni  dah ok rasanya, saya pun dah ok ni”.

“Awak pun tak ok ke sebelum ini??”. Mizan ingin tahu  perasaan Sarah.


Thursday 26 December 2013

Bab 4 Bahagia yang ku cari




Mizan Khir menelinga dirunag tamu. Hatinya merasa kasihan pada anak-anaknya yang masih kecil, kelihatan  anak-anaknya sangat mengharapkan huluran kasih seorang wanita yang bergelar mama atau ibu atau emak.


Berbaki tiga hari lagi cuti Mizan Khir untuk bulan itu. Malam itu dia menghubungi Sarah dengan SMSnya.Nombor Sarah diambil dari telefon bimbit emaknya secara curi-curi. Ada juga rasa malu dihati Mizan jika emaknya tahu dia mahu menghubugi janda muda tak ada anak tu. Takut emaknya tersalah anggap.

“Assalammulaikum.Mungkin awak tak kenal siapa saya.Tapi saya kenal awak.Kalau pun saya kata saya adalah  ayah Zurin dan Zira awak tetap tak kenal siapa saya. Saya hanya nak bagi tahu esok saya akan balik bertugas.. jadi saya berharap awak baliklah jenguk anak-anak angkat awak tu. Saya harap setelah awak menghulurkasih awak pada mereka janganlah awak permainkan perasaan mereka.Jangan lupa jenguk mereka ye. Saya mengharap”.


Ketika itu sebenarnya Sarah sudah lama berbaring untuk tidur.Tetapi entah mengapa lenanya tidak mahu berlabuh dimatanya. Dia terkejut bila tiba-tiba telefonnya bergetar. Siapalah yang gatal menghubungi ditengah malam buta ni detik hatinya. Tetapi bertambah segar matanya bila membaca SMS dari seseorang yang dia tahu tetapi tak kenal. Terpinga-pinga, terfikir-fikir dan rasa tidak tidak percaya ayah anak-anak angkatnya mengSMSnya meminta dia balik menjenguk anak-anaknya. Berbagai soalan timbul dibenaknya, lama dia terkebil-kebil mencari kepastian yang menghubunginya sebetar tadi adalah Abang Maryam. 


Seperti yang diminta bulan itu setiap minggu Sarah balik keMelaka bersma Maryam. Kali pertama dia sampai setelah sekian lama tidak menjenguk anak-anak saudara Maryam.. Sarah menangais sambil mencangkung di depan pintu grill yang masih berkunci. Hanya tanganya sahaja yang bejaya mencapai badan sikecil disebalik grill pintu. Yang diluar gril menagis yang didalam gril juga menangis. Menangis kerana melepas rindu yang tertahan selama ini.


Petang itu ketika dia sampai terus sahaja membuka pintu kereta dengan injin yang masih hidup, Sarah berkejar kepintu rumah, anak-anak angkatnya menangis sambil menjerit-jerit memanggil neneknya minta dibukakan pintu grill yang berkunci.  Maryam yang memandang juga turut menangis sedeh melihat drama sebabak jejak kasih, macam cerita dalam filam pulak satu kat luar dan satu lagi dalam grill yang berkunci. 


“Nenek!! Mama balik cepatlah buka pintu ni. Nenek! Nenek!”. Tidak sabar-sabar anaknya angkatnya ingin menyambut kepulanganya. Tangan mereka  sudah dihulur keluar dari jerejah besi grill mencapai tangan Sarah diluar grill. Sebenarnya Sarah juga begitu tidak sabar untuk mendakap anak-anaknya.  Kelihatan sahaja jalan menuju kerumah Maryam hati menlonjak riang serasa tidak sabar mahu memakir keretanya. Sampai sahaja dihalaman rumah Maryam dibukanya  pintu kereta dia melompat keluar dan berkejar kepintu rumah, injin kereta masih menderam kerana tidak dimatikan injinnya. Yang paling mengejutkan anak saudara Maryam yang kecil juga sudah pandai memenggilnya mama.


Terbuka sahaja pintu grill Sarah diterpa hingga dia jatuh terduduk hamper sahaja dia tertelentang. Alhamdullilah Maryam sempat mengampu belakang badan Sarah kalau tidak mungkin kepalanya terhenpas kesimin. 


“Ya Allah sabarlah kakak ngan adik kesian mama kamu  ni dah terduduk dia”.


Tidak sempat bangun Sarah turus sahaja menarik anak-anak angkatnya kedalam pelukkanya. Bertubi-tubi hidung hinggap kepipi dua orang kana-kanak itu. Lama mereka berkeadaan begitu rasa tidak puas rasanya mencuiumi anak-anak angkatnya untuk melerai rindunya.


“Rindunya mama dengan kakak ngan adik. Kakak ngan adik  rindu mama tak”. Air matanya masih berjejeran itu pula yang keluar dari mulut Sarah.


“Winduuu sangat.Kenapa mama lama tak balik”.


“Mama banyak kerja tak sempat nak balik”.


“Ni kerja mama dah habis, ni mama balik ni”.


“Ialah mama buat kerja cepat-cepat supaya mama dapat balik jumpa adik ngan kakak.” Seharian itu Sarah tidak dapat melakukan kerja kerana digayuti oleh dua orang anak-anaknya.


Hari berlalu minggu berganti, dah sebulan. Kini tiba pula cuti untuk Abang Maryam.  Dutynya akan diganti dengan orang lain, giliran  dia pulang bercuti selama sebulan pula.Tetapi dengan kepulangan Mizan Khir menyebabkan Sarah tidak dapat pulang keMelaka menziarahi anak-anak dan emak angkatnya. Siksanya menaggung rindu itulah yang ditanggung oleh Sarah. Bukan rindu untuk sang kekasih tetapi rindu pada anak-anak angkat dan emak yang menagih kasih. Dan rindunya juga untuk melayan manja emak dan anak-anak angkatnya. Untuk menghilangkan rindu dia hanya menghubungi anak-anak dan emaknya melaluli telefon sahja. Seminggu berlalu dengan kemuraman diwajah anak-anak Mizan Khir. Bergitu juga Sarah harinya muram seperti tidak bersemangat. Mereka sekeluarga menyedari tu.


“Kakak ngan adik meh sini kita tenguk tv” Ajak ayahnya bila melihat-anak-anaknya yang  asyik memerhati jalan. Dia tahu anaknya menanti kepulangan orang yang dipanggil mama. Lemah sahaja langkah anak-anaknya menghampiri ayah yang memanggil.


“Kenapa anak ayah ni. Macam tak bersemangat sahaja”. Anaknya yang kecil sudah dipangkuan. Anaknya yang kecil masih belum petah bercakap, walaupun unmurnya sudah mencapai umur 2 tahun. 

“Ayah! Mama tak balik ke yah”. Tanya sikakak mencari kepastian mungkin untuk menyedapkan hatinya.


“Taak, kan mama ada call kakak dia tak balik minggu ni, mama banyak kerjalah tu”. Mendengar perkataan mama yang sikecil menyampuk dengan bahasanya yang tak difahami, tetapi berbunyi juga perkataan mama dihujung kata. . Apa yang difahami oleh Mizan adalah pertanyaan anak kecilnya ‘Kenapa mama tak balik.’ Dengan pertanyaan itu meruntun hati kasih seorang ayah. Walaupun dia nampak garang dan tegas namun jauh disudut hatinya sedeh melihat rindu anak-anaknya pada belaian kasih seorang mama.


Mencapai dua minggu Sarah dan Maryam tidak pulang, kerinduan anak-anaknyanya sudah mula tidak tertanggung. Tidur malamnya juga kadang-kadang mengigau-mengigau memanggil  nama mama. Sepanjang hari  Sabtu Zurin dan Zira duduk dimuka pintu memandang jalan. Bagai mahu menangis Hajjah Nafisah melihat gelagat cucu-cucunya. Dia tahu isi hati cucu-cucunya. Mereka  mengharapkan orang yang dipanggil mama pulang memberi belaikan kasih seorang ibu kepada mereka. Akhirnya terluah juga permintaan Hajjah Nafisah kepada anak lelakinya.Tidak sampai hati membiarkan cucu-cucunya menanggung rindu pada orang yang dipanggilnya mama.


“Zan esok pergilah kerumah Yam kesian mak tenguk budak bedua tu asyik pandang jalan saja dari petang semalam. Ialah biasanya Sarah denagn Yam balik petang Jumaat. Kesian mak tenguk makan pun tak berapa lalu, dah tu.”


“Mak tiap-tiap minggu kah Yam dan siSarah tu balik.Sampai rindu sangat budak berdua tu dengan dia.Entah-entah Sarah tu memang nak pernagkap Zan jadi laki dia”.


“Kalau dia perangkap kamu pun apa salahnya dia tu janda, kamu tu dah dekat dua tahun  duda. Emak suka juga sebenarnya kalau kamu dengan Sarah tu”.


“Entahlah mak. Mizan rasa kekok pula nak hidup beristeri.Teringat arwah Zaharah rasanya baru lagi dia pergi tinggalkan Zan”.


“Yang pergi biarlah pergi Zan. Mak bukan apa mak kesian tenguk budak berdua tu tertunggu-tunggu ternanti-nanti macam tu. Mak tahu mereka rindukan belaian seorang ibu, Zan”.


“Emak tenguk Sarah tu macam mana orang nya, yang sampai melekat sangat Zurin dan Zira tu dengan dia. Zan takut dia saja memancing budak-budak tu, bila budak tu dah suka lain pula jadinya. Lagi pun macam ni haa kalau betul dia sayangkan budak-budak tu kenapa tak datang saja. Bukan dia tak tahu budak-budak tu rindukan dia”. Geram hati Mizan dengan tindak tanduk Sarah. Padanya mengapa harus Sarah memepermain-mainkan perasaan anak-anaknya jika benar dia sayang datang jenguk seperti kebiasaan.


“Dia baik Zan. Dia memang sayang kan kakak dengan  adik, tapi nak datang masa kamu ada ni, mungkin dia malu agaknya. Mak tenguk dia ni pandai jaga maruah dia, Zan. Lagi pun dia bukan jenis perempunpuan yang tergedik-gedik.Mak rasa dia sayang kakak dan adik ikhlas, tak sebab dia nak pikat kamu. Kalau dia betul nak pikat kamu tentu dia datang bila tahu kamu ada kat rumah. Yam ada cerita dengan mak kalau dia telefon kakak dengan adik dia menangis, katanya dia pun rindu anak-anak kamu Zan.”.


“Kalau dah tahu rindu kenapa tak datang saja.Tapi ialah pada Zan Kita tak boleh nak tenguk luaran saja mak.Zan takut bila Zan dah terikat dengan dia, budak berdua tu kena naya kat dia saja.Zan bukan selalau ada kat rumah kalau dideranya budak-budak tu nanti menyesal tak sudah kita mak”.


“Tak baik buruk sangka kat orang Zan.Sarah tu baik kata Yam, dia tu memang nak sangat anak, dia suka budak-budak.Dia bercerai pun sebab nak anak sendiri. Dengan suaminya dia tak boleh ada anak”.


“Kenapa mak suami dia ada masaalah ke mak?”.


“Bukan suaminya ada masaalah .Tapi emaknyanya yang sumpah dia tak mahu Sarah tu mengandungkan anak bekas suaminya.Takut anak yang lahir dari keturunan bekas suaminya habiskan harta keluarga Sarah”.


“Ehh macam mana cerita si Sarah ni mak macam berbelit-belit pulak.Tak faham Zan”.


“Yam cerita macam ni.. Sarah ni kahwin dengan kekaksih dia dulu. Kekasih dari zaman mereka sekolah menengah. Habis belajar kolej kekasihnya ni pinanglah dia, tapi emak Sarah tak terima sebab kekasihnya ni belum ada kerja tetap lagi. Itu yang arwah emak dia sumpah sampai bila bila pun emak siSarah  tak rela siSarah ni kahwin dengan kekasihnya. Sebab dia tak rela Sarah mengandungkan anak kekasihnya ni, takut keturunan dia akan mengjhabiskan harta keluarga Sarah. Bila emak dia meninggal dan Sarah berjumpa balik kekasihnya, mereka nikan juga. Ialah kadang kita ni tak percaya apa yang kita dengarkan.  Dua tahun mereka kahwin dia tak dapat anak, tapi kekasihnya ye ni dapat anak dengan isteri yang lain”.


“Ohh Sarah ni dulu bermadu dia bini nombor berapa?


“Kata Yam dia bini nombor dua. Masa mereka jumpa bekas suaminya dah lama kahwin tapi tak dapat anak. Mak rasa itu sebabnya bekas suaminya kahwin dengan Sarah mungkin dia nak anak.Tapi bila mereka kahwin tup-tup isteri tua suaminya mengandung pula”.


“Kalau suaminya dapat anak dengan isteri lain,  Sarahlah yang bermasaalah. Kejam sungguh bekas suaminya..tak mengandung sahaja dia diceraikan”.


“Jangan cepat hukum orang Zan tak baik. Kata Yam siSarah ni dah pergi check dan dia tak mandul. Kalau dia tak bermasaalah dan suaminya juga tak bermasaalah jadi dia kata mungkin kata-kata emak ni yang menyebabkan dia tak mengandung.”


“Senangnya… dah nikah bila tak menagdung minta cerai. Entahlah mak Zan macam tak setuju saja cara macam tu. Macam perkahwinan ni satu permainan pula”.


“Bukan macam tu Zan, ikut cerita Yam, Sarah meminta cerai, sebab dia kesiankan bekas suaminya. Yang sebetulnya  isteri suaminya tak pernah rela dirinya dimadukan, bila dia minta cerai suaminya jadi susah hati, muka dia sentiasa murung badan pun susut. Kita tak boleh juga salah kan isteri tua dia. Mungkin dia tak tahan dengan rasa yang dia tanggung itu sebabnya dia minta cerai...ialah Zan mana ada perempuan yang suka dirinya dimadu. Mana ada isteri yang suka kasih suami berbagi-bagi. 

..Kita dengan pasangan kita bukan nak seronok sahaja yang sama-sama. Tapi kalau boleh kerja nakkan berdua duduk senang-senang nak bersembang biarlah sama-sama.  Jaga anak sama-sama.Yang sebetulnya waktu kita suami isterinya tak pernah terluang Zan.Macam emak dengan ayah kamu. Masa kamu adik beradik kecil-kecil kami jaga sama-sama, kamu masuk sekolah tenguk pelajaran anak sama-sama, pergi ambil repot kad berbincang dengan guru tentang masaalah anak-anak pun sama-sama. Apa perasaan Zan bila emak dengan ayah datang ambil reportkad jumpa guru sama-sama masa Zan sekolah dulu”.


“Bangga mak.Zan bangga dengan guru dan kawan-kawan, emak ayah Zan ambil bertat pada Zan, sayang pada Zan.Masa tu timbul rasa bersungguh nak belajar”.


“Haa tulah kalau orang bermadu boleh ke dia buat macam tu, lagi lah madu yang disorok macam Mak su Yah kamu tu. Nasib baik dia tak ada anak, kalau ada anak kan kesiah anak-anak ayah mereka jarang datang jenguk”.


“Entahlah mak. Kadang-kadang Zan heran juga lelaki ni, kenapa mereka sanggup lukakan hati orang yang mereka sayang. Mungkin kerana  nafsu mereka tidak puas dengan seorang isteri. Pada Zan isteri lebih dari satu kena banyak tenaga. Bukan tenaga atas katil sahaja.Tenaga nak melayan keperluan zahir pun kena kuat. Ialah kalau nak berbelanja dua rumah. Zan dulu berbelanja satu rumah yang sebulan sekali pun rasa penat sangat. Ni nak melaksanakan tugas pada dua rumah atau tiga rumah.Entahlah banyaknya tenaga mereka ye Mak.”


“Tapi ialah beristeri dua ni ada sebab juga. Kadang-kadang bukan nya mereka suka- suka berbini lebih. Macam pak su Is tu dia kahwin dengan Masu Yah kamu tu katanya kerana dia nak merasa dirinya berfungsi sebagai suami”.


“berfungsi apanya, dah tiga tahun kahwin mak su masih tak mengandung  lagi”.


“Fungsi seorang suami hanya yang tu saja ke? Tak macam tu. Mungkin dia nak isteri yang akan mendengar kata-katanya, isteri yang tak kuat melawan atau isteri yang melayan makan minum dan pakainya. Atau pun isteri yang akan berkata dengan lemah lembut bila mereka bercakap atau bercerita. Banyak fungsi isteri kepada suami ni Mizan, bukan ke seorang isteri tu penghibur kepda suaminya. Suami pula adalah penjaga atau penwal isteri. Setiap yang Allah jadikan ada fungsinya tersendiri.”


“Betul juga kata emak tu, dengar cerita isteri tua pak su Is tu anak orang kayakan mak”.


“Mak dengar macam tu juga. Dahlah kaya cantik pulak, itu kata mak su Yah. Tapi kenapa suaminya nak kahwin lain dah tu secara rahsia pula tu, lagi pun kalau kita tenguk mak su pun bukan cantik sangat, hanya putih sahaja”. Siti NurBahiah tidak termasuk dalam ketegori wanita cantik tetapi sederhana. Hidungnya tidaklah mancung tetapi tidaklah kemik, matanya agak sepet sedikit dan berfizikalnya agak gempal. Tetapi wajahnya manis lembut dan nampak penyabar orangnya. Tutur kata dan tingkah lakunya lemah lembut.


“Entahlah mak macam-macam orang ni kalau dia dah nak.Berbalik pada cerita siSarah ni, mak kata dia sendiri yang minta diceraikan kerana kesiah pada suami dia. Kenapanya yang jadi macam tu”.


“ini kisah orang Zan. Kata Yam suaminya tu dulu kahwin dengan Sarah sebab dia kesiankan Sarah yang dah tak ada tempat bergantung. Kemudian bekas suaminya pula kahwin dah dekat empat tahun tak ada anak. Kira dia khawin two in onelah, selain kesian dia nakkan anak  dengan siSarah ni. Tapi silapnya dia tak bagi tahu dulu dengan isteri pertama dia. Dah lepas nikah baru dia bagi tahu, mereka nikah pun kat sempadan Siam. Bila isteri tua dapat tahu dia minta cerai. Tapi entahlah dah rezeki Allah nak bagi, dalam masa bergaduh bergeser laki bini…Tup-tup isteri tua dia mengandung. Itulah kuasa Allah kan Zan, masa elok-elok tak ada pula rezeki dapat anak, bila kahwin lain bergaduh dia mengadung pula.. Jadi permintaanya minta diceraikan ditangguhkan dulu. Sebelum terjadinya perceraian antara suami dan isteri tuanya, Sarah dengan suka relanya minta diceraikan dulu dengan harapan bila dia dah bercerai, isteri tua suaminya tu tak jadi minta cerai dengan suaminya”.


“Oh macam tu. Pada Zan bekas suami Sarah ni tak sabar. Sebelum berusha bersungguh-sungguh dah cari lain. Kalau betul dia sayangkan isteri tuanya apa salahnya ushakan dulu bersungguh-sungguh, tunggu sampai lima enam tahun kalau tak dapat juga mintalah izin kahwin lain atau suruh isterinya sendiri carikan jodoh untuk dia kan mak. Orangkan mak..entah apa yang difikirkan. Tapi baik juga siSarah ni ye mak”. Ahh dah masuk juga jarum Hajjah Nafisah. Yang sebenarnya sengaja dia menceritakan kebaikkan Sarah agar pintu hati anak dudanya mahu terbuka dia mencarikan mama pada cucu-cucunya. Dia yakin pada Sarah yang sudah mendapat tempat dihati cucu-cucunya.


“Itulah mak kata dia ni baik, bertimbang rasa. Bila dia rasa dirinya yang menyebabkan pergolakkan dalam rumah tangga suaminya dia mengundur diri bagi memulihkan keadaan”.  Yesss Berjaya itulah perkataan yang bergema dihati Hajjah Nafisah. Rasa gembira. Macam rock sahaja Hajjah Nafisah ni.


“OHH macam tu kisahnya”.


“Apalah dua beranak ni asyik mengumpat orang saja ye emaknya”.


“tak lah megumpat ayahnya. Cerita  untuk tauladan kita kan Zan”. Mizan hanya terseyum bila ditegur oleh ayahnya. 


Sehabis sahaja Mizan berbual dengan emaknya dia bangun menuju bilik tidurnya. Dia hati mahu menghubungi Sarah, menyuruhnya pulang. Kali ini dia menghubungi melalui panggilan.


“Asalammualaikaum. Saya ni ayah Zurin dan Zira. Kalau tak jadi keberatan dan tak menyusahkan awak balik lah, anak-anak angkat awak tu asyik pandang jalan saja, tak kesian kat mereka ke?.” Sarah dihujung talian terkedu dengan sergahan suara lelaki dihujung talian yang memperkenalkan diri sebagai ayah Zurin dan Zira. Sahlah abang Maryam.


“Tak apa ke?.Saya tak mahu ganggu masa awak dengan anak-anak awak, awak pun hanya sebulan sekali dapat berkumpul dengan anak-anak awak”.


 “Tak apa,  awak pun hanya dua hari sahaja kat rumah ni kan. Dapat hilangkan rindu anak-anak pada awak pun jadilah. Saya masih ada lagi dua minggu bermain dengan diaorang”.


“Ok saya siap sekarang mungkin tengahari saya sampai dengan Yam”. Laju tangan Sarah berkemas apa yang patut untuk dia pulang kerumah Maryam diMelaka. Di melaung memanggil Maryam yang sedang leka menonton kartoon kegemaranya. Itulah Mayam umur dah dua puluh lima tahun tetapi masih meminati siri kartoon.


“Yam cepat siap Yam, kita balik Melaka sekarang!!”.


“Kenapa kak ada apa-apa hal dengan mak su Yah ke?”.


“Tak ada apa-apa dengan emak akak tu tapi akak yang tak tahan rindu nak pandang muka diorang.Tak boleh tak balik nanti akak asyik terkenang kat mereka sahaja. Nanti  buat kerja pun tak betul. Jom lah cepat. Rasanya Yam tak payah tukar bajulah sarung sahaja cardigan bukan orang nampak pun kita pakai baju rumah. Akak ni pun pakai baju ni sahaja”. Ketika itu Sarah memakai baju t-Shirt lengan panjang dan seluar tracksuit. 


“Hai kak??Kenapa terkocoh-kocoh sangat ni”.


“Alaah tak apalah kita bukan nak singgah mana pun. Terus tuju rumah Yam sahaja”. Maryam akur dengan cadangan Sarah. Bila dia sudah mendapat kebenaran hatinya sudah tidak sabar-sabar hendak melayani kerenah manja akak-anak angkatnya. Dia sudah tidak terfikir keadaan kekok bila berhadapan dengan ayah Zurin dan Zira nanti.

           
Dengan ucapan Bismillah dan doa naik keenderaan mereka memulakan perjalanan. Walaubagai mana pun Sarah tetap berhati-hati ketika memandu. Keadaan jalan yang agak lengang memudahkan pemanduanya. Sememangnya jalan kearah selatan tanah air agak berkurangaan keenderaan jika dibandingkan dengan jalan yang menuju keKuala lumpur ketika itu. Mugkin hari Sabtu dan waktu juga sudah menjelang tengahhari tidak ramai orang menuju keselatan. Biasanya keadaan agak sesak petang Jumaat waktu lepas kerja jalan menuju selatan agak padat ialah mungkin hujung minggu orang mula pulang kekampung.


Perjalanan yang memakan masa dua jam lebih akhirnya sampai juga. Sarah disambut dengan jeritan tangis dua orang anak-anak angkatnya. Mizan Khir hanya memerhati di ruang tamu melalui tingkap rumah keluarganya sahaja. Bila pintu grill dibuka oleh emaknya berkejaran anak-anaknya mendapatkan Sarah yang baru keluar dari kereta. Sarah mencangkung mendakap dan menciumi anak-anaknya sambil dia menangis juga. Mizan menyaksikan tiga insan yang sedang melepas rindu..Wahh macam jejak kasih pula nampaknya.


“Amboi kakak ngan adik bila jumpa mama dia dah tak nampak maksu ni lagi ye” Tegur Yam kepada dua orang anak saudaranya yang sudah didukungan Sarah.


“Meh sorang dengan mak su, mama kau orang ni tak makan lagi dari malam tadi tau.Tak lalu nak makan rindukan kakak ngan adik”. Cerita Yam kepada anak-anak saudaranya macam lah mereka faham apa yang diperkatakan. Namun tidak seorang pun rela dirinya turun atau beralih dari dukungan Sarah.


“Kenapanya tak makan Sarah Yam.Tak elok tak makan perut kosong nanti masuk angin.Kalau kena gastrik lagi teruk nanti”.Sampuk Hajjah  Nafisah yang mengekori cucu-cucnya tadi bila mendengari cerita anaknya Maryam.


“Yam makan sampai bertambah-tambah. Ni mak budak sorang ni asyik ingat emak dan anak-anak angkat  dia dah tak lau nak makan”.


“Yam ni pandai aje, akak makanlah masa yang dah tidur  malam tadi. Sedap lauk malam tadi makcik..kami baru belajar masak kerabu taugeh dengan kacang botor, belajar dengan Encik google, kemudian masak sambal udang kering”.


“Ialah tu akak makan tak habis, pagi tadi Yam nampak nasi akak kat atas meja”.


“Allah Yam ni itupun nak mengadu. Manja betul Yam ni kan makcik, mentang-mentag dia ada emak. Nanti kejap lagi akak nak mengadu dengan mak akak pula”.. He he he tiga wanita ketawa dihalaman rumah sambil menuju kepintu masuk.