Nuri bersila diatas lantai simen, dia mengeluarkan dan mengasingkan pakaian kotor dari
dalam begnya, tiba-tiba emak mertuanya terjengul di muka pintu biliknya. Terjerit
lagi orang tua tu. Kemudian laju langkahnya menghampiri menantu yang sedang
memilih kain kotor. Syukri yang sedang leka meneliti wajah anaknya juga
terkejut, terangkat kepalanya melihat kearah emaknya yang tergopoh gapah. Dia
sudah duduk dengan wajah terpinga-pinga
melihat tingkah emaknya.
“Ya Allah
Nuri!! kamu jangan duduk bersila macam ni, duduk tu timpuhlah kepit sikit ‘anu’ kamu tu”.
“Kenapa mak??.” Nuri
menarik senyum. Dia merasa lucu bila mendengar perkataan anu kamu disebut oleh emak mertuanya.
“Hari tu
kamu dijahit tak?”.
“Jahit? Apa
yang jahit mak??”.
“’Anu kamu’ dijahit tak lepas kamu
bersalin hari tu?”
“Jahiit.”
“Kalau
macam tu, duduk timpuhlah, luka tu belum kering lagi, belum bercantum lagi lukanya, kalau kamu duduk
bersila macam ni, tentu luka tu meregang, luka yang baru nak bercantum tu akan
kembali terbuka nanti. Lagi pun jangan kamu duduk atas simen macam. Simen nikan
sejuk nanti kamu masuk angin. Kalau dah badan masuk angin banyak penyakit datang
Nuri oii. Dah bangun!! kain kotor ni biar Syukri yang asingkan. Kamu Nuri dalam dua tiga minggu ni janagan
buat kerja, tolong dengar cakap emak ni Nuri. Syukri! tolong isteri kamu ni.” Puan
Noriza menarik tangan menantunya agar bangun.
“Biarlah
mak abang tengah nak tenguk anak dia”.
“Jangan
macam tu Nuri, kamu kena berpantang, kamukan baru lepas bersalin, kesihatan
luar dan dalam badan kita nak pakai lama. Ni dah ada anak, nanti kamu nak jaga
anak. Kalau kamu sakit sapa nak jaga
anak, Nuri. Mak ada seminggu dua saja,
jadi sementara mak ada ni dengar cakap emak ye.”
“Baik mak,
Nuri dengar cakap emak”. Nuri memeluk emak mertuanya. Dia teresak di bahu emak
mertuanya. Dia merasa sungguh disayangi oleh emak mertuanya. Biar pun kasih
suaminya sudah berbelah bagi namun kasih emak mertuanya masih ada untuk merawat
hatinya yang luka.
“ Syukri! jangan bagi Nuri buat kerja, dia baru lepas
bersalin tak sampai pun seminggu, dia kena berpantang 44 hari. Kata nenek kamu
dulu, selepas seorang wanita bersalin
banyak urat-urat halus dia putus, jadi kena rawat elok-elok. Caranya jangan
bergerak kasar sangat, dalam sebulan ni jangan buat kerja, susukan anak kamu saja. Lagi pun luka jahitan
dia kalau tak dijaga dengan betul akan bernanah. Kamu kena jaga makan juga Nuri. Jangan makan sebarangan nanti
akan keluar keputihan. Keputihan ada banyak macam, ada yang busuk dan ada yang gatal atau pun
kedua-duanya sekali. Kalau dah kena susah cari ubatnya. Nuri dah beli jamu
untuk orang lepas bersalin?”. Menceceh Puan Noriza menasihati anak dan
menantunya. Orang muda yang tidak tahu hal-hal orang lepas bersalin harus
diberi tahu.
“Tak ada
mak, sebetulnya Nuri tak tahu”.
“Tak apa, mak ada bawa jamu lebih kak Seha sikit. Sementara
ni kamu makan yang kak Seha punya, nanti mak ajak Syukri beli lagi. Syukri! kat
sini mana nak dapat bidan yang boleh urut orang lepas bersalin. Nanti kamu
pergi cari. Berurutlah selama tiga hari berturut-turut, esok dah boleh mula. lepas urut mandi air daun pula, lepas tu
perut kamu di ikat dengan bengkung, lepas ikat bengkung barulah makan dan barulah kita makan jamu untuk orang
bersalin.” Puan Noriza mula mengatur jadual yang perlu Nuri ikuti. Terangguk-angguk
Syukri dan Nuri mendengar ceramah penjagaan orang berpantang yang di kendalikan
oleh Puan Noriza. (Kak Seha adalah kakak isteri abang Syukri yang sulong dia
baru lima bulan melahirkan anak).
“Ialah
mak”. Sebelum melangkah keluar sekali lagi Puan Noriza mengingatkan...
“Beg tu
biarkan nanti Syukri buat. Ehh yang sebetulnya mak nak kamu makan, sementara
anak kamu tu tidur, kamu makan. Nasi semuanya dah masak mari kita makan orang
lepas bersalin elok makan panas-panas..”
“Mak!
Syukri boleh makan tak mak. Dari pagi tadi kita tak makan lagi”. Kedengara sayu
suara Syukri meminta makan. Perut sudah terasa pedih kerana kosong sejak pagi
tadi lagi.
“Ialah
kita semualah makan. Lauk kita semuanya dah masak, Imah tengah hidang tu. Hari
ni kita makan two in onelah makan pagi
campur makan tengahari sekali”. Kahh..kahh
gelak Syukri kuat mendengar emaknya bercakap mat Salleh…cakap London..
“apa yang
lucu sangat ni, share lah dengan Imah abang Syuk”. Imah menjenguk bilik
abangnya bila emak dan orang-orang yang dipanggil tak datang-datang ke meja
makan.
“Emak kita
ni kata makan tengahari kita dikira two in one Imah, tadi kitakan tak sarapan
ni terus nak makan tengahari. Kamu masak lebih tak Imah abang lapar sangat ni”.
Sambil beriringan keluar dari bilik menuju meja makan, Syukri meletakkan
tanganya dibahu Nuri, dia menarik Nuri berjalan rapat disisinya.
Sebenarnya
perkataan Puan Noriza tidak selucu mana, dia sering berkata begitu pada
anak-anaknya ialah dia juga bersekolah hingga ketingkatan lima hanya dia tidak
bekerja sahaja. Tetapi dek hati Syukri yang bahagia maka terlahir lah rasa
gembira digerak lakunya.
Tidak
habis disitu sahaja ceramah penjagaan ibu lepas bersalin Puan Noriza, dimeja
makan sekali lagi dia beceramah.
“Ni lauk
Nuri, lauk Nuri lain lauk kita lain tau Syukri. Untuk Nuri ni emak rebuskan
ikan tenggiri bersama lada hitam dan bawang putih. Dalam masa sebulan jangan
makan yang berminyak, sawi ni pun emak rebus juga, kemudian makan betik tu, minum
air masak banyak sikit ini semua untuk
melawaskan buang air besar. Syukri nanti kalau ada masa pergi pasar tani
carikan Nuri ikan haruan. Kata orang ikan haruan ni cepat nak sembuhkan luka, tapi
kalau tak jumpa ikan haruan tu belikan
saja tonik ikan haruan pun boleh”.
“Emak
rasanya Nuri lebih suka minum toniknya saja lah mak, Nuri tak makan ikan sungai
ni, baunya Nuri tak tahan”.
“Kalau ada
eloklah ikannya, bau sikit tak apalah nak buat ubatkan..”.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam
pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka
dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat
mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai
dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati
perkara tersebut benar.
Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran
menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi,
pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang
panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta
terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam
seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu,
belimbing, durian belanda, mangga, ciku,
langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka,
pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang,
kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit
tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui
telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
“Syukri! Lepas
makan ni, kamu pergi cari bidan urut. Nuri ni kena berurut
sekurang-sekurangnya tiga hari
berturut-turut. Berurut semasa dalam
pantang amat digalakkan, tujuan berurut ni untuk memulihkan tenaga, memulihkan
kembali otot-otot yang lemah, membuang angin dalam badan, memulihkan kembali
saraf-saraf yang mengembang dan
melancarkan perjalanan darah. Kamu ada bengkung Nuri. Lepas berurut esok kita
mandi lepas tu baru kamu berbengkung..”.
“Berbengkung
tu apa mak”. Nuri sememang tidak tahu apa itu berbengkung. Dia anak bungsu dan
emaknya meninggal pula ketika dirinya ditingkatan lima. Tiada orang yang
bercerita tentang bengkung kepada nya.
“Ikat
perut ketat-ketat dengan kain yang panjang”.
“Macam ni
ke mak?” Nuri bangun dari duduknya dan menyelak sedikit baju yang dipakainya.
“Yang
macam tu tak cukup kuat, tu macam apa tu Imah, adalah yang jual dalam iklan yang selalu kak
Seha tenguk tu kan Imah, Nuri dapat kat
mana benda tu?”
“Semalam
doctor pelatih yang tolong azankan Wafi dia bagi girdle AVON ni, dia kata kakak
dia punya.”
“Haa Avon,
baru Imah ingat, untuk kempeskan perut”..
“Bila Nuri
kata Nuri akan balik dengan memandu sendiri dia bagi ni. Kata kakaknya boleh
memandu tapi perut kena ikat kuat sikit supaya tak mudarat pada rahim kita yang
belum betul-betul kecut, betul ke mak.”
“Betul lah
tu, baik pula doctor tu ye Nuri”.
“Budak
muda mak, dia cerita kat Nuri dia baru jadi doctor pelatih sebulan. Masa ni dia
duduk dengan kakaknya yang tinggal tak jauh dari kawasan hospital”.
Pagi tu sekali lagi
Doktor Wafi melawat Nuri.
“Anak kak
Nuri dah buang air besar?”.
“Alhamdullilah
dah malam tadi..”
“Kalau
macam tu rasanya kak Nuri boleh balik tengahhari ini, kak Nuri balik naik apa?
Nak saya tolong.”
“Ehh tak
payah, akak naik kereta akak, akak datang hari tu naik kereta sendiri”.
“Bil nya
siapa yang nak tolong bayar kan”.
“Akak
minta tolong nurse pelatih tulah.,.” Nuri menunjukkan seorang nurse pelatih kepada
Dr. Wafi. Dia sedang menjalankan tugas selang empat buah katil dari katil Nuri.
Kebetulan ada seorang nurse pelatih yang agak ramah dan baik sepanjang Nuri
dirawat disitu.
“Kalau
macam tu oklah, saya balik dulu, mengantuk betul ni. Alhamdulillah rumah tak
jauh dari hospital ni, kalau tak mahu terpejam kat kereta”. Dr Wafi terkena
syif malam malam itu sebelah paginya akan pulang berehat. Sebelum dia balik dia
menjenguk Nurizana sebentar.
“Akak
berterimakasih banyak-banyak pada doctor yang banyak membantu, akak tak tahu nak balas apa, semoga Allah melimpahkan Rahmat
rezeki dan kebahagiaan pada doctor”.
“Amin,
terima kasih kakak Nuri doakan saya macam tu. Saya tolong kak Nuri ikhlas tak
payah nak balas, ini hari kak Nuri, mana
tahu esok-esok hari saya pula ok kak
Nuri Assalamualaikum”.
“Walaikum
salam”.
Ketika dia
sibuk berkemas kerana sudah dibenarkan pulang, muncul lagi Doktor Wafi berpakaian santai T-shirt putih dan berseluar
jean biru, tahulah dia tidak bertugas hari itu.
“Assalamualaikum,
dah boleh balik ke kak Nuri?”.
“Walaikumsalam,
Ehh doctor Wafi, kata nak tidur tadi, ni dah tercongok ni sempat ke tidur?”.
“Saja nak jenguk
anak sedara saya ni, kalau kak Nuri dah balik susah pula nak jumpa lagi. Emm
kalau kak Nuri nak pandu kereta sendiri, kakak saya kata elok pakai girdle ni supaya
perut akak rasa kemas, pergilah pakai dalam bilik air, saya tunggukan anak
sedara saya ni dulu. Anak tak boleh ditinggalkkan sendirian. Takut ada kes
orang curi bayi nanti . Kak bil akak dah bayar ke?”.
“Belum
lagi doctor, tak sempat lagi”.
“Tak
apalah akak pergi pakai girdle tu dulu”.
Sebenarnya
Doktor Wafi bersimpati melihat Nuri, sepanjang tiga hari dia dimasukkan kewad,
tiada siapa yang datang menziarahinya. Berbagi perkara timbul dalam kepalanya.
Adakah Nuri dibuang keluarga atau Nuri melahirkan anak luar nikah tapi bila
Nuri memberi ‘guarantee latter’ semalam ada tertera nama suaminya pula. Dan
akhir sekali doctor Wafi meneka bahawa Nuri adalah isteri kedua atau ketiga
seseorang. Mungkin juga kelahiran anaknya tidak diketahui oleh sesiapa atau
disorokkan dari sesiapa, itulah sebebnya tiada orang yang datang melawatnya.
Kemuskilan
tentang Nuri diceritakan kepada kakaknya. Kerana terdetik dihatinya ingin
membantu Nuri apa yang patut. Membantu kerana Allah dan membantu sesama Islam. Untuk
bertanya kepada Nuri itu tidak mungkin.Padanya tidak baik untuk mengambil berat
rahsia orang mungkin perkara itu memalukan.
Setelah
selesai Nuri mengenakan girdle dibilik air dia keluar semula. Dilihat Dr.Wafi
sedang memangku anaknya.
“Kak anak
sedara saya ni nak menyusu agaknya. Baik kak Nuri susukan dulu nanti taklah dia
menangis masa akak memandu. Saya pergi bayar bil dulu.” Nuri mengikuti apa yang
disarankan oleh Wafi. Setelah anaknya selesai menyusu kelihatan Dr.Wafi datang
kearahnya.
“Kak saya
dah bayarkan bil. Kalau akak nak balik jomlah saya tolong angkatkan beg akak.”
“Tak
apalah doctor, akak boleh angkat
bukannya berat, susah doktor saja”.
“Kak tak
payahlah panggil saya doctor, akak pun dah nak kelaur hospital dah ni, anggap
saya ni adik akak saja boleh. Pada saya tak ada yang susah, saya tolong ikhlas.
Akak tu yang susah, nak dukung anak lagi nak bawa beg lagi, saya takut ada yang
tercicir nanti, kalau cicir beg tak apalah kalau cicir anak tak ke naya”.
“Ialah, kalau
dah macam tu kata Wafi, terima kasih banyak-banyak, Kasih Allah pada hambanya
kadang-kadang tidak terjangka, pada hamba yang sangat memerlukan pertolonganya seperti akak Wafi. Akak bersyukur sangat.”. Mata Nuri sudah
berkaca-kaca sebenarnya hatinya sebak dengan pertolongan yang dihulurkan oleh
Wafi. Tika itu hatinya bertanya-tanya masih ingatkah lagi suaminya akan
dirinya. Masih adakah lagi namanya dihati suaminya. Sebenarnya Nuri cuba untuk
redha dengan apa yang ditakdirkan kepadanya. Tetapi hatinya terlalu sukar untuk
menerima. Salahkah dia.
Mereka
beriringan kekereta Nuri . Wafi membukakan pintu penumpang untuk Nuri
meletakkan anaknya.
“Kak Nuri
boleh tak saya buka beg akak ni nak ambil kain atau apa-apa yang boleh
dijadikan lapik”.
“Lapik
untuk apa Wafi”.
“Ni tempat
duduk ni, kita tak tahu tahap kebersihanya, kita duduk kat mana-mana kemudian
kita duduk kat sini. Jadi anak sedara saya ni kecil lagi takutlah kalau ada
kuman yang akan hinggap kat badan dia, nanti kita juga yang susah nak cari
ubatnya. Sebelum kena jangkitan kalau boleh kita elakkan lah, jadi lapik lah
sikit tempat duduk penumpang ni dulu, sebelum akak letak anak sedara saya ni”.
“Ok Wafi
tolong pegang anak sedara awak ni dulu, akak ambil kain batik akan yang bersih
ye.” Nuri menghulur anaknya kepada Dr.Wafi.
“kak!!
ambil sekeping lampin pakai buang tu satu untuk bantal sicomel ni”.
“Ok”
Selesai semuanya, dengan ucapan terimakasih. Nuri mula memandu menuju
kerumahnya.
org yg luhur tuhan sntiasa beri bantuan. kesian nuri. baik sungguh dr wafi.
ReplyDeletebiar si syukri tu dgr crite bgmana org lain yg tiada kaitan drah mbantu isteri dia sdgkn dia sukaria di lgkswi
-dibah-
dahle tu asal balik rumah nuri mesti sj si syukri cri mkn..lapar. tp bila dgn sisarah tahu pulak pergi blikn dn tapau klu tak mkn bdua di luar.
ReplyDeletepoyoh btul si syukri.
-dibah-
Geram kan cik dibah. Pisah je ngan syukri tp jgn la plak putuskan hubungan dgn mertua
ReplyDeleteSian Nuri, banyak dia tak tau. Baik juga dalam kalut2 sempat mak mertuanya bawa ubat lebihan menantunya yang lain. Kalau syukri tak buat hal mesti maknya tau dari awal dan dapat sediakan semua.
ReplyDeleteBerapa lama la syukri tu tunjuk tjwb pd Nuri. Balik emaknya nanti dengar sisarah merengek cair.
Harap Syukri bijak buat pilihan. Jangan lega dengan sikap diam Nuri. Diam Nuri kerana hatinya bertambah parah.
Pertolongan Allah dtg keadaan yang tak diduga. Wafi kecik kalau ayah sibuk dgn mak tiri nnt blh manja dgn bapa saudara. Nama dah sama.
Mak Teh, tak sabar nak bc bab seterusnya. tiap hari jengok sini. Kadang baca ulang2. :)
akak rasa nuri tak akn putuskn hubungan dgn mak mertuanya yg baik walaupun dia berpisah dgn syukri. silap mak mertua dia yg putus juga dgn syukri jika syukri trus tidak adil dn mnipu nuri.
ReplyDeletemnta2 paksu dn abg nuri dtgle dn basuh si syukri.
hee geramnya.
-dibah-
Trma ksih bnyak2 diatas komen anda smua. Tpi slalu tak smpat nak balas. klu blas siang cuir2 masa keja. Klu balas mlm berselang dng kerja rumah. Tpi apapun mak teh ucpkan ribuan trima ksih diatas komen anda. Komen anda menaikkan semagat mak teh.
ReplyDeleteSama-sama banyak mak teh. Tiap malam mak teh dapat sambung bab pun dah Alhamdulillah. Dalam sibuk2 dapat juga mak teh menulis(menaip).
ReplyDeleteSemua pembaca dah bengang sangat dengan Syukri. Kalau la ada dpn mata memang dah kena jotos. :)
Begitulah jika ilmu poligami hanya sejengkal jer yg diketahui oleh Syukri. Ilmu keibubapaan juga dia tak pandai. Tiada ciri2 kepimpinan yg ditunjukkan oleh Syukri. Tak reti menjaga isteri yg sedang berpantang dan tidak juga membuat persediaan utk menjadi bapa walaupun Nuri telah menyatakan dia akan bersalin dlm masa 2 minggu. Kesian Nuri yg hidup sebtg kara.....
ReplyDeletesi syukri tu hanya kesian sisarah yg hidup sebtg kara...dia lupa yg nuri tu pun seorg juga tiada ibu bapa..
ReplyDeletemmg btul dia tidak mpunyai ciriciri seorg imam dlm kluarga. dia spatutnya mengimamkn membimbing mendidik menyediakn dn menyayang.
-dibah-
Dulu kesian dengan sarah. Skrg dah sayang. Kalau Nuri dah takde dalam hidup dia baru dia rasa segala kekurangan sarah. Kasih sayang dengan sarah takkan sehebat macam Nuri kalau nak buat air untuk suami pun malas. Syukri tak makan air tangannya.
ReplyDeleteSian Syuk semua marah dia, tapi Syuk tu kira maseh lelaki bagus lagi pe maseh kuat sayang dia kat Nuri tu ada rasa kesal dihati cuma di ding dong sikit je, lagipun sebagai hamba allah kena redho segalanya kerana setiap kejadian ada hikmah dan biar allah saja yang membalas setiap perbuatan manusia itu sebaik-baiknya. Niat redho yang mulia itulah yang perlu ada dalam diri Nuri dan kita semua kena ingat SEMUA ITU MILIK ALLAH KITA PINJAM SEMENTARA termasuklah si syukri itu allah pinjamkan untuk nuri. Hehe....jangan marah ye wahai buat pembaca budiman karya mak teh ;)
ReplyDeleteKarya mak teh hebat. dapat mengikat rasa kami untuk terus mengetahui apa yang akan jadi seterusnya. Berjaya menggetarkan pelbagai rasa di hati kami sang pembaca. Walau hati berdarah serta penuh amarah namun ada benarnya kata bulangerhana, semua yang berlaku adalah kehendakNya, pasti ada hikmah disebalik sesuatu yang telah ditetapkannya. Pasti ada suatu kemanisan disebalik kepahitan itu terjadi, kan mak teh? ALLAH ITU MAHAL ADIL. Harap Nuri akan tetap peroleh kebahagiaan dan ketenangan akhirnya. Orang yang baik dan sabar serta penuh ketakwaan pastimendapat petunjuk dariNYa. Tahniah Mak teh.
ReplyDeleteMemang betul Syukri sayang sangat kat Nuri. Dihadapan Sarah pun dia akui. Tapi sikap dan godaan isteri baru buat dia terleka. Nuri pulak jenis pendam perasaan. Syukri ingat dia boleh terima. Rasanya memang laki mcm tu, bukan tak sedar, tapi mls nak fkir. Tgk dia selalu menyesal, tp selalu juga ulang kesilapan.
ReplyDeleteTahniah mak teh....
syukri tu jenis duka ambil mudah dn ambil ringan..org mcm ni mmg selalu tak adil sb bila dia tgk org mcm tak kisah dia pun buat tak kisah klu org bertindak bru dia mengelabah. jadi org mcm ni slalu tak adil
ReplyDelete-dibah-
best citer ni..byk bljr pntg larang smua...cpt2 la masuk n3 baru
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu n3 baru. every hour check blog. Nuri mesti tegas dengan pendirian dia minta dilepas kan. Hopefully ada hero baru eg. adik Doc tu ke? OK pun juga
ReplyDelete