“Kamu berterusterang dengan dia apa
yang ada dalam hati kamu tu. Supaya dia tak membina harapan dengan kamu. Tadi
emak dah berterus terang dengan dia, keputusan di tangan kamu. Jangan kamu tipu
hati kamu sendiri kerana nak senangkan hati orang Syukri. Kalau kamu dah tetap
hati, telefon dia terangkan dan putuskan pendirian kamu. Kalau
ditangguh-tangguh pun tak guna juga, membiarkan dia membena harapan dengan
kamu”.
Dihadapan
emaknya dan masih diatas sejadah Syukri
mencapai telefonnya untuk menghubungi Sarah. Tidak lama panggilanya
sudah bersambung terdengar suara ceria Sarah dihujung talian. Mungkin dia
teruja menerima panggilan dari Syukri. Tetapi yang sebenarnya Sarah menyangka
Syukri mahu memujuknya kerana layanan dinginya tadi. Dia mula teruja dan
membayangkan dimana tempatnya didalam hati Syukri. Tiada basa basi dari Syukri
terus sahaja dia topic yang mahu disampikan.
Dihujung tali Sarah hanya mendengar memberi peluang apa yang hendak
disampaikan oleh Syukri.
“Sarah emak abang dah cakap apa yang
Sarah minta dari emak tadi. Sekarang
abang nak terus terang dengan Sarah. Keputusan abang tetap sama macam yang
abang cakap dalam telefon hari tu. Abang minta maaf sebab tidak boleh nak terima
cadangan Sarah untuk rujuk. Banyak buruknya dan tak ada kebaikan langsung untuk
kita, kalau kita rujuk. Abang bukan suami yang baik kalau mengemudi dua
bahtera. Abang tak mampu berlaku adil.” Cepat Sarah memintas kata-kata Syukri
“Bang yang dulu tu semuanya salah
Sarah. Sarah yang selalu melekakan abang bila tiba giliran abang ruamh Nuri.
Yang sebenarnya Sarah terdengar perbualan abang dengan Pak Su Nuri masa dia
datang bengkel masa kita baru nikah dulu. Sarah dengar abang kata abang nikah
dengan Sarah kerana Kesian sahaja. Jadi Sarah nak pupuk semula cinta dihati
abang supaya abang sayang Sarah sorang. Sarah nak sangat mengandungkan anak
abang supaya Sarah boleh minta abang tinggalkan Nuri bila Sarah mengandungkan
anak abang. Tapi Allah tu Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati Sarah ni,
takdirnya Nuri yang mengandungkan anak abang. Sarah tersedar dari salah
perangai Sarah ni, bila Sarah tenguk CCTV abang tu. Rupanya Nuri tak pernah nak
lekakan abang bila sampai giliran Sarah. Sampai masa dia sakit pun dia tak mahu
abang temankan, kerana malam tu adalah malam giliran Sarah. Sekarang Sarah dah
sedar Sarah tak akan mengulangi perbuatan itu, kalau abang rujuk pada Sarah…
….Kalau Nuri tetap tinggalkan abang
selepas ini, Sarah akan menjadi seperti Nuri, akan masak untuk abang setiap
hari bang. Sarah nak jadi seorang isteri yang menyediakan makan pakai suaminya.
Itu janji Sarah pada diri Sarah bang”.
Sebenarnya Sarah cuba berbuat baik dimata Syukri dulu. Dia minta
dilepaskan kerana mahu Nuri kekal disisi Syukri. Tetapi bila Nuri pergi juga
walaupun dirinya sudah dilepaskan oleh Syukri timbul pula keinginan untuk hidup
sebumbung kembali.
“Sarah kena ingat, anak-anak abang
masih kecil perlu perhatian abang, abang tak tergamak nak biarkan Nuri
membesarkan anak-anak diselang dengan ketiadaan abang. Kalau pun Nuri tetap
tinggalkan abang, abang akan tunggu dia sampai luka hati dia sembuh. Abang yang
buat dia terluka abang sanggup tunggu dia. Abang tak akan leraikan ikatan
perkahwinan kami. Pada abang selagi abang tak lepas kan dia harapan abang untuk
bersama dia masih ada.”.
“Tak apa bang itu semuanya Sarah
faham. Yang Sarah mahu kita ada ikatan pun cukup, asalkan abang memilik Sarah.
Abang datang lambat pun tak apa, abang tunggu Nuri pun tak apa”. Itulah janji
manis sebelum terikat.
“Tidak Sarah! Abang nak terus terang pada
Sarah, sekarang kita tak boleh hidup bersama lagi. Abang sebetulnya dah tahu
apa yang arwah emak Sarah cakapkan masa dia tolak pinangan abang dulu. Sarah
kena fikir, abang ni berniaga jika makbul apa yang arwah emak Sarah cakapkan
alangkah dayusnya abang dan alangkah kesianya Sarah. Wanita sebaik Sarah
menanggung suaminya dengan hasil duit tubuhnya. Biarlah jodoh kita hanya
setakat dua tahun sahaja, itu lebih baik”.
“Abang baru tahu ke kata-kata arwah
emak Sarah tu. Dulu mak tak cerita ke?”.
“Tak Sarah, emak abang bukan orang
yang suka memburuk-burukkan orang”.
“Ni bila dia cerita? Sebab dia tahu
Sarah nak abang rujuk ke dia cerita atau yang sebetulnya dia tak mahu abang
rujkuk pada Sarah, itu yang dia ceritakan kata-kata arwah emak Sarah pada abang”.
“Taak masa abang demam hari tu, masa
tu Sarah beum call abang lagi. Abang yang tanya, lepas kita bercerai kenapa dia
boleh duduk lama kat rumah Sarah, sedangkan dulu nak duduk sekejap pun macam
cacing kepanasan. Masa tulah dia cerita. Dan dia takut kalau doa arwah emak
Sarah makbul. Satu lagi doa dia dah makbul bila Sarah tak dapat mengandungkan
anak abang”. Sarah mendiamkan diri dihujung talian. Mengambil kesempatan itu
Syukri meneruskan kata-katanya..
“Sarah!! Terimalah hakikatnya kita
hanya layak sebagai abang dan adik angkat sahaja Sarah. Abang cerita masaalah
abang dengan Nuri pada Sarah tempuh hari kerana
abang dah anggap Sarah adik abang, ahli keluarga abang. Harap Sarah tak
salah angap dengan abang. Tidak sekali abang mahu meraih simpati Sarah. Dan tak
terlintas langsug untuk kita rujuk. Satu lagi abang minta, jangan sekali datang
rumah abang lagi.
.... Abang tak suka tipu dan abang tak
suka berselindung.. memang benar
hubungan abang dengan Nuri masih seperti telur dihujung tanduk, takut
dengan kedatagan Sarah kerumah abang akan mejadikan telur jatuh pecah tak dapat
diselamatkan lagi. Sekarang abang sedang meraih kepercayaan Nuri pada abang.
Abang merayu pada Sarah untuk sekali ini sahaja. Kasihanilah abang berikan
kerjasama untuk abang menyelamatkan rumah tangga abang. Abang sangat memerlukan
Nuri dan anak-anak dalam hidup abang”. Kedengaran esakkan halus dihujung
talian. Syukri tahu Sarah kecewa dengan jawapanya. Bila tiada lagi kata-kata dari Sarah, Syukri
memutuskan talian. Dia memandang emaknya yang masih menemaninya sedari tadi.
“Mak harap keputusan kamu dari hati
kamu sendiri Syukri. Emak tak mahu sebab emak ada sama ni, itu yang kamu jawap
untuk Sarah”.
“Tak mak Syukri memang mengharapkan
emak ada depan Syukri, untuk Syukri kuat menolak Sarah. Tak tahulah mak Syukri
kalau depan Sarah ni rasa kesian sahaja. Syukri dengar dia menangis tadi. Mungkin
dia kecewa dengan jawapan Syukri menolak dia”.
“Pada emak, biar dia yang menangis kecewa
sekarang. Dari kita yang kecewa esok. Memang jawapan emak, emak mementingkan diri sediri sebab emak nak kesiankan diri sendiri dulu baru kesian kat orang Syukri.” Itulah puan Noriza jika sesiapa yang tidak kenal dirinya dia seorang yang mementing diri sendiri. Kalau anda macam mana?.
“OHH..Kenapa pula kita nak kecewa esok
mak?”
“Emak bayangkan kalau kamu rujuk dan
kemudian dapat anak dengan dia. Dapat anak yang tak mendengar kata kan susah.
Emak kalau anak tu bodoh dia boleh dia ajar tapi kalau anak tak mendengar kata,
baik kita tak payah dapat anak Syukri. Anak tak mendengarkata ni merosakkan
keturunan sahaja.”.
Walaupun
percubaanya gagal tapi kini Sarah akur, dia memang sudah tidak ada lagi didalam
hati Syukri. Semuanya bukan salah Syukri atau keluarganya tetapi salah arwah
emaknya yang memandang harta. Dia akan cuba melupakan Syukri. Janjinya dia
tidak akan menggangu kehidupan bekas suaminya lagi. Sebagai mana Syukri kasihan
dan berbuat baik kepada nya dulu, dia juga akan begitu. Dia ingin membalas semua
budi Syukri.
======
Hampir
sebulan Nuri menjadi tetamu abangnya. Hasrat hati ingin tinggal lebih lama di
bumi Kangaru, agar luka dihatinya betul-betul sembuh. Tetapi memandangkan kesihatan
anaknya Nuha yang rindukan babanya memaksa dia pulang segera keKampung Subang. Kemudian dia
melanjutkan sedikit lagi cuti nya dengan
mengambil cuti rehatnya yang masih berbaki untuk tahun itu. Seminggu setelah
dia pulang Puan Noriza masih menemaninya dirumah. Syukri pula tinggal
dibengkel.
Ketika
Syukri mahu kebengkel pagi itu, sebuah teksi Airpot berhenti dihadapan pangar
rumahnya. Hatinya jadi berdebar. Bila
pintu teksi dibahagian penumpang dibuka abang iparnya yang bergelar along
keluar sambil mendukung Nuha. Melihat sahaja Syukri yang menghampiri teksi Nuha
sudah menangis dan menghulur tangan, jelas benar rindunya anak kecil itu kepada
babanya. Cepat sahaja Syukri menyambar anaknya dari dukungan abang iparnya. Dia
menangis sambil menciumi anaknya. Ciumannya terhenti bila merasa ada lagi tangan kecih yang memeluk kakinya
pula. Bila dia tunduk kebawah dilihat Wafi sedang memeluk betis nya. Melihat
kesibukkan Syukri melayani rindu anak-anaknya cepat-cepat Nuri meloloskan diri
lalu masuk kedalam rumah. Diambang pintu masuk dia bertembung dengan emak
mertuanya. Dia berhenti dan menyalami emak mertuanya. Kemudian cepat-cepat dia
masuk kedalam bilik.
Agak
lama dia dialam bilik sambil meyusui anaknya yang kecil. Hari sudah mahu
menjelang tengahhari. Mereka sekeluarga perlukan makan untuk tengahari itu. Untuk
membiarkan sahaja emak mertuanya menyediakan makan tengahhari seorang diri, rasa
tidak sampai hati. Dia buang rasa marah kepada suami, Nuri kedapur. Tiada suara
dia membantu emak mertuanya memasak.
Siap
berhidang, emak mertuanya menjemput tetamu dan anaknya makan tengahhari.
“mak
cik lepas zohor nanti saya nak keKuala Selangor. Nak jenguk nenek busu
sekejap.Lusa dah nak balik dah”.
“Ohh
ingatkan along tidur sini.”
“Lain
kali lah, kalau saya bercuti dengan keluarga nanti bolehlah duduk lama sikit kat
sini. Saya teringin juga nak kePengkalan Hulu. Nak pergi kedai bebas cukai kat
sempadan tu.”
“Datanglah
bawa sekali anak-anak dan orang rumah along. Kalau dah pergi bebas cukai nanti
kena siapkan duait banyak sikit, kalau tak… balik nanti terkenag-kenang. Kenapa
nak balik cepat sangat”.
“Kesian
pula angah hendle sorang, dua tiga hari ni nak siapkan oder yang datangnya dari??,
entah hari tu tak sempat nak ambil tahu hari tu. Diaorang nakkan daging halal”. Dua
abang Nuri menjalankan perniagaan dan pembekal daging halal di Australia.
“Éloklah
tu kita berniaga, orang berniaga ni perlu bergerak dan buat kerja kalau tak
mana duit nak masuk.” Sambung puan Noriza.
“Betul
tu makcik”.
Selesai
makan along beransur keruang tamu, manakala Syukri masih sibuk didapur bersama emaknya.
Pada kesempatan itu cepat-cepat Nuri mengamit along agar mengikutinya keluar rumah.
“Ada
apa dek?”
“Long
tak payah pergi rumah nenek busulah, adik nak mita tolong carikan rumah. Adik
nak duduk rumah lain dengan anak-anak. Kalau along dah balik nanti susah adik
nak angkat barang, anak lagi.”
“Kenapanya
nak duduk rumah lain. Duduk sinilah anak-anak adik terutama Nuha kan perlukan
baba dia”.
“Entahlah
long masa kat sana hari tu, adik rasa dah cukup kuat. Tapi bila dah berhadapan,
adik tak mampu rasanya”. Perbualan mereka di luar rumah rupanya didengari oleh
Syukri disebalik dinding. Sedeh hatinya, rupanya Nuri belum boleh menerima
dirinya lagi. Selama sebulan mereka tidak bertemu kini Nuri mahu menghidar diri
lagi dari dirinya. Ternyata sudah tiada rasa rindu Nuri pada dirinya, sedangkan
rindunya pada Nuri membuak-buak bak kata Nuri tempuhhari ‘seperti paip air yang
pecah dibawah tanah’. Jika tidak kerana
malu, mahu rasanya dipeluknya Nuri semasa dia melintas tadi. Syukri tersedar dari
sedehnya. Dengan semangat dan suara hatinya yang mengajar ..harus bertegas dia
ada hak keatas diri anak-anak dan juga Nuri. Dengan suara yang keras dia
menjengah keluar pintu.
“Nuri!!
Masuk..abang nak cakap”. Serta merta perbincangan Nuri dengan along terhenti,
dia mengikuti arahan suaminya. Bila sudah didalam rumah Syukri dengan suara
tegas memberi arahan lagi.
“Ini
amaran abang jangan sekali-kali bawa anak-anak abang kelaur dari rumah abang ni. Kalau Nuri
tak mampu nak serumah dengan abang biar abang yang keluar dari rumah ni. Dah
pergi kemas baju-baju yang dah Nuri masukkan dalam beg tu. Ingat abang ada hak
juga keatas anak-anak abang”. Syukri memperdengarkan suara garangnya.
Walaupun hatinya mendungkul marah, namun dia
mengikuti juga arahan suaminya dia masuk kedalam bilik. Sedang dia mengemas
semula pakainan didalam beg emak mertuanya menjengah bilik.
“Boleh
mak masuk Nuri”.
“Masuklah
mak Nuri tengah kemas baju-baju ni mak”. Puan Noriza duduk dibirai katil sementara
Nuri masih sibuk dengan kain bajunya.
“Nuri
meh sini mak nak cakap.” Nuri menghapiri emak mertuanya dan duduk mengadap emak
mertuanya. Emak mertuanya seorang yang baik Nuri tidak merasakan yang
dihadapanya adalah emak mertuanya. Dia merasakan Puan Noriza seperti emaknya
sendiri.
“Nuri
mak harap buat masa ni jangalah putuskan hubungan Nuri dengan Syukri. Kesian
kat anak dulu Nuri. Mak kesian Nuha, dia rapat sangat dengan Syukri, kalau kita
dah tak ada hubungan susah nanti. Macam mana Nuha boleh rapat sangat dengan
baba dia, tenguk Wafi taklah separah Nuha”.
“Entahlah
mak, mungkin masa Nuri mengandung Hadi, dia kecil lagi. Lepas tu dalam masa
sembilan bulan ni, memang abang yang ambil berat semuanya tentang Nuha. Masa
kat rumah along hari tu pun demamnya tak berhenti baik dua tiga hari esok
badanya panas lagi. Dia tidur pun meracau panggil baba dia, itu yang Nuri cepat
balik. Macam mana mak rumah ni rumah abang, Nuri tak nak susahkan dia.”
“Biar
dia… Nuri duduk sahaja kat rumah ni biar Syukri yang cari rumah lain, dia
lelaki. Lagi pun dia yang buat hal, biar lah dia yang susah.” Kemudian puan
Noriza keruang tamu menyertai along dan Syukri yang sedang duduk berbual sambil
menantikan masuknya waktu Zohor.
“Along
dari sana pukul berapa?.”
“Dapat
Flight petang tu yang cepat sampai tu. Nuha tak berhenti demam makcik. Dari tak
pandai bercakap dah pandai dia bercakap, tapi panggil baba dengan nak susu
sahaja. Terpaksalah Nuri balik dia kesian tenguk anaknya”.
“Entah
babanya kat sini pun demam juga, bukannya baik sangat tu long. Tapi digagahkan
juga pergi kerja”.
“Alah
demam sikit aje long. Kalau buat kerja berpeluh hilanglah rasa demam tu”.
“Demam
sikit jangan buat tak tahu Syukri kalau dah melarat nanti susah cari ubatnya”.
Tiba-tiba
bergetar telefon bimbit along diatas meja kopi. Along menghentikan bualnya
untuk melihat siapa yang menhubunginya. Setelah dia selesai membaca SMS dari
seseorang dia memandang kearah Syukri dan puan Noriza silih berganti.
“kenapa
Long, siapa yang SMS.”
“Angah
dia minta along cepat balik. Orang berniaga macam nilah bukan boleh nak bercuti
lama sikit tapi masa ni memang tengah sibuk
sikit. Esok pagi rasanya kena balik lah Syukri. Syukri pinjam laptop sekejab
along nak book ticket besok pagi...tapi kalau ada malam ni lagi baik”. Malam
itu juga along pulang semula ke Australia atas urusan perniagaanya.
Pulang
dari Australia Nuri mengambil keputusan menyewa
rumah untuk diri dan anak-anaknya, kerana dirasakan dia tidak selesa hidup
disisi Syukiri. Tetapi Syukri tidak membenarkan. Syukri lebih rela dia yang keluar
dari rumahnya. Padanya tidak bermasaalah jika dia tinggal dibengkelnya.
Sememangnya ada sebuah bilik yang telah tersedia sebuah katil untuk dirinya
berehat jika dia kepenatan. Juga terdapat sedikit pakaian dan keperluan
peribadi dibilik itu. Hanya makannya sahaja dia akan makan di gerai atau
restoren.
Tetapi
tiga hari dia tinggal dibengkel emak nya
menghuningi agar dia pulang kerana Nuha demam dan asyik memanggil nama babanya.
Tengahari itu dia pulang makan tengahhari dan solat Zohor berjemaah bersama
emak dan Nuri sekali. Itulah pertama kali mereka solat berjemaah selepas Nuri
habis berpantang dan selepas Nuri pulang dari bercuti diAustralia.
Ketika
dia selesai menyalami tangan Puan Noriza
dilihat Nuri masih duduk bersimpuh disisi emaknya. Selesai dia menyalami
emaknya Nuri pula menyalami emaknya. Syukri cuba menghulur tangan ketika Nuri
sudah selesai menyalami emaknya. Huluran tangan disambut baik oleh Nuri
tangannya disalami dan dicium seperti biasa. Ada rasa damai disitu, damai
dihati Nuri, damai juga dihati Syukri. Sebelum dia kebengkel dia bermain dahulu
dengn Nuha agar rindu Nuha pada yang dapat dileraikan. Ternyata panas badan
Nuha berkurangan.
“Baba pergi kerja ye sayang nanti
petang baba datang lagi.” Hanya emak dan anak-anaknya sahaja yang menghantar
Syukri kedepan pintu masa dia hendak pulang kebengkel tengahhari tu.
Petang
itu seperti yang dijanjikan Syukri pulang kerumah, makan malam solat Magrib dan
solat Isyaknya juga berjemaah dengan emak dan isterinya Nuri. Nuri juga
menyalami dan mencium tanganya. Selesai solat Syukri bermain-main dengan anak-anaknya sehingga mereka masuk
tidur. Syukri juga yang akan menidurkan Wafi dan Nuha. Setelah anak-anaknya
tidur Syukri pulang semula kebengkel. Tetapi malam itu sekali lagi badan Nuha
panas dia menangis dengan jeritannya sekali kalam kabut Nuri dan puan Noriza.
“Macam mana ni Nuri? Tadi Nuri bagi
makan ubat tak?”
“Tak mak ingatkan dah baik. Tadikan
elok saja dia main. Kenapalah anak umi ni..panas lagi badannya meh umi dukung
pula”. Bila Nuri mahu mendukung anaknya
dia dilarang oleh puan Noriza.
“Nuri tak payah dukung biar emak yang
dukung. Kamu baru habis pantang. Sayang
nenek, nenek sayang Nuha kenapa ni sayang nenek.” Sambil memujuk sambil tangan puan Noriza
menepuk lembut belakan cucunya, tetapi tangisan Nuha tidak mahu berhenti makin
yaring jeritanya. Kasihan Nuri melihat emak mertuanya kehulu kehilir memujuk
cucu yang tak terpujuk. Dia membuang rasa marahnya kepada Syukri. Dia
yang menghubungi Syukri malam itu.
“Mak Nuri panggil babanya ye mak”.
“Haah panggilah Nuri. Takut menangis
banyak sangat kembung pula perutnya kerana masuk angin.”. Sekejapan itu juga
Nuri menghubungi suaminya. Tampa salam terus sahaja dia menyampaikan…
“Bang boleh balik rumah tak, Nuha ni
panas balik badannya. Dia tengah menangis ni. Emak yang dukung”. Tidak lama menanti, Syukri sudah sampai entah berapa laju dia
memandu. Keretanya sudah dihadapan pagar.Tetapi yang sebenarnya kedudukan rumah
dan bengkelnya tidak sejauh mana. Jika jalan lengang seperti waktu itu pukul 1
pagi hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai. Pintu pagar juga sudah
siap terbuka, Nuri yang membukanya sebelum Syukri sampai tadi.
Mendengar Syukri membuka pintu.
Menjerit suara puan Noriza memberi arahan..
“Syukri sebelum masuk tu baca ayat
Kursi dulu. Kemudian bagi salam”. Tampa banyak tanya Syukri mengikuti arahan
emaknya.
Malam
itu Syukri bermalam serumah dengan Nuri, tetapi hanya diruang tamu diatas tilam
nipis yang selalu digunakan oleh Nuri bersama anak-anaknya dulu. Nuha tidur
didadanya sampai kepagi. Sememangnya
Nuha anak babanya. Dialah anak yang paling rapat dengan Syukri. Pagi itu
sewaktu minum pagi Puan Noriza mengeluarkan pendapatnya. Ketika itu Nuri
didapur, dialah yang memasak sarapan pagi mereka sekeluarga pagi itu. Dia sudah boleh kedapur tempuh pantang
bersalinnya sudah lama berlalu.
“Nuri mehlah duduk sini sekejap kita
bincang pasal Nuha sikit”. Nuri datang keruang makan, tangannya dilap dengan
kain tuala lap tangan. Dia menghampiri meja dan duduk bertetangan dengan puan
Noriza. Mereka berdua seperti mengadap guru besar sekolah yang sedang menanti
hukuman lagaknya.
Pagi
tadi mereka solat subuh berjemaah. Selesai solat dan doa, ketika Syukri
memusing untuk bersalaman dengan emaknya dilihat Nuri masih lagi bersimpuh
disisi emaknya. Selesai dia menyalami emaknya Nuri pula menghulur tangan kepada
emakanya. Kemudian Syukri mencuba menghulur tangannya kepada Nuri, tidak disangka huluran tanganya
juga bersambut. Nuri menyalami dan
mencium tangannya seperti biasa. Ingatkan waktu siang matahari cerah sahaja
Nuri sudi menyalami tanganya detik hati Syukri. Tetapi yang sebenarnya acara
salam menyalami dan mencium tangan berjalan lancar jika mereka berdua solat
berjemaah. Ialah mereka berdua orang masih dalam ikatan perkahwinan, walau
dalam keadaan perang dingin. . (Nuri
tidak menegurnya sejak Nuri pulang dari Australia).
“Syukri, Nuri mak rasa nama untuk Nuha
tu tak sesuai untuk dialah”.
“Habis mak!! macam mana? nak pergi
tukar nama lain ke mak?. Kalau kita nak tukar nama kena pergi pejabat
pendaftaran bubuh @ selepas nama asalkan Nuri”. Nuri hanya terkebil-kebil
memandang suami disisinya.
“Tak lah sampai pergi pendaftaran
tukar nama, kita tukar panggilan dia saja lah, kita panggil dia Syuhadah atau
Su sahaja. Orang tua kata mungkin dia tak tahan nak bawa nama Nuha. Macam mana
Nuri, kamu setuju tak?”
“Boleh aje mak untuk kebaikan, lagi
pun Syuhadah nama dia juga”.
“mak bukan apa dulu dia asyik demam
mungkin sebab nak beradik. Ni adik dah keluar dia masih juga demam, cubalah
kita tukar panggilan dia pula. Mulai hari ni kita panggil dia Su ataupun
Syuhadah ok ye kamu berdua setuju ye”.
Syukri dan Nuri serentak menjawab
“setuju mak”. Terkekek puan Noriza mentertawakan anak menantunya. Reda tawanya dia memberi komen.
“Kamu berdua ni macam budak sekolah pulak. ‘Setuju cikgu’’’ Tawa puan Noriza bersambung lagi.
Nuri menekup mulutnya menahan tawa.
Manakala Syukri hanya mencebek mendengar komen emaknya.
Alahai Sarah. Susahnya nak faham orang dah tak nak.
ReplyDeleteSusahnya nak sembuh luka Nuri. Anak2 juga jadi pengikat. Kalau sarah tau dia orang tak serumah mau laju dia merayu lagi.
Yesss...Nuri dah balik. Bukan syukri je sekolah, Nuri pun dah mcm bdk sekolah dibuat dek pn Noriza. Pakej mak syukri ni. Tegas, berterus terang, open minded, boleh melawak lagi.
ReplyDeleteWah seronok, nuri dah balik. tak sabar nak tahu macamana syukri nak pujuk si nuri agar lembut lagi kepada nya. Ayat macamana harus diluahkan kepada nuri agarkembali meniupkan rasa cinta dan kasih rindu nuri kepadanya. Adakah nuha yang menjadi pengikat kembali kasih yang telah tercalar di hati ibunya terhadap babanya. Aaahh tak sabar nak tahu episod seterusnya mak teh...
ReplyDeletePoyo betul sisarah. masih tak serik2 nak goda balik si syukri. Itu sudah lumrah kehidupan manusia, Mampukah syukri menetapkan hati dari terus tergoda dan melupakan si sarah sebagaimana ucapannya dihadapan puan noriza.
Puan noriza seorang ibu dan ibu mertua yang amat baik. Syabas mak teh. Sambung lah cepat mak teh tak sabar nak tahu n3 seterusnya. teruja tahap petala dah ni.
Terima kasih mak teh utk n3 ni..akhirnya nampak hati nuri dah makin lembut..tp x berapa thhrill la mak teh cara derang nak berbaik2 selain dr anak2 dan ceramah puan nuriza..
ReplyDeleteSekarang dah terbalik. Rindu Syukri pada Nuri membuak2 bagai 'paip air yang pecah dibawah tanah'. Nuri plk dah tak heran.
ReplyDeleteTakde dialog antara mereka rasa macam lemau la pulak. Tapi tetap excited nak tunggu bab seterusnya.
tq Mak Teh.
Nuri dah takde perasaan lagi pada syukri. Berpisah sebulan pun tak rasa rindu. Sebab Nuha asyik demam je dia balik awal. Syukri kena gigih berusaha nak takle Nuri semula, bukan dengan kata² tapi perbuatan.
Deletesweetlah part yg last tu, sayang mak teh dari Zurich
ReplyDeleteAlhamdulillah dah agak lembut hati nuri untuk serumah dengan syukri biarpun hanya kerana keadaan kesihatan nuha. Sekurang-kurangnya itu permulaan bagi pertautan kembali kasih mereka dan sebagai satu landasan percantuman kembali rasa cinta rindu dan kebahagiaan rumahtangga mereka. Moga hati nuri makin terubat dari kelukaan yang parah tu. Sekurang-kurangnya syukri masih ada ruang untuk menunjukkan ketulusan kasih sayangnya pada rumah tangga, anak-anak dan terutama pada nuri. Semoga mereka kembali mengecap sejuta kebahagiaan tanpa sekatan lagi. Sekurang-kurangnya keberadaaan puan noriza di rumah mereka dapat menjadi jambatan pengikat kasih kembali dalam rumah tangga nuri- syukri.
ReplyDeleteminta-minta jgn le si sarah pasang perangkap kenakn si syukri klu dia tahu si syukri menginap di bengkel sorang-sorang. bukan blh aci si sarah tu...banyak muslihat.
ReplyDeleteklu si syukri masih tak sedar dn bertegas dgn si sarah tak tau le nk ckp...mmg dia tak serik dn tak syg kn nuri dn anak-anak le.
bila nuri nk berbincang dgn si syukri....tak sabar
-dibah-
Ye la. Rasanya selagi dia belum dapat boipren lain kalau ada peluang dia takkan lepaskan.
Deletedemi anak ..maybe nuri terpaksa membenarkan suami duduk serumah... harap syukri berubah
ReplyDeletemoga syukri-nuri bahagia kembali. Malah kasih sayang tmbah erat dan sukar untuk rungkai lagi. Bahagia sampai hujung nyawa. Harap syukri dah serik nak buat perangai poyo tu lagi.
ReplyDeletetak sabar nak baca n3 baru mak teh
ReplyDeleteYe la. Ternanti2 mlm ni syukri tidur mane. Ekekeke.....
ReplyDeleteLOL. kita pun sakit perut. nak tahu juga. seharian asyik buka blog nie. sayang Mak Teh dari Zurich belum nak tidur
ReplyDelete