Bahulu
dalam pinggan,
Makan
bersama air kopi,
Jangan
malu jangan segan,
Kita
sudah suami isteri.
Rupanya
ayah dan ibu Farhan juga memikirkan perkara yang sama bila melihat tingkahlaku
Farhan. Mereka bersoalan antara mereka. Hendak dikatakan Farhan tidak menyukai
isterinya tidak juga kerana dialah yang menyuruh meminang Fatin untuk dirinya.
Hajjah Fatimah tidak pernah memaksanya atau menyuruh anaknya memperisterikan
Fatin Najihah anak jirannya. Dia hanya membantu Farhan sahaja bagaimana mahu
berkenalan dengan Fatin ..tidak lebih dari itu. Hendak dikatakan mereka tidak
menyukai antara satu sama lain tidak juga. Pening dia memikirkan tingkah
anaknya yang seorang ini. Lain dari yang lain. Tetapi apa yang menghalang untuk
mereka bersama. Puan Fatimahlah orang yang paling bimbang dengan perilaku
anaknya Farhan. Dia takut Farhan lelaki yang tidak normal. Nauzubillahminzalik.
Puan
Fatimah sering memerhatikan anaknya yang seorang itu.Ketika mereka berjalan
kerumah saudara mereka, Farhan sering berbisik dan jika mereka berdua mereka
berbicara nampak mesra. Ketika berjalan Farhan sentiasa memegang tangan isterinya.
Perbuatan Farhan itu sudah tidak
malu-malu walaupun ketika dihadapanya.
Jika Farhan memandu dia akan selalu mengerling kebelakang memandang isterinya
duduk di kerusi belakang bersama nya. Seakan tidak puas untuk memandang wajah
isterinya.
Hendak
dikatakan Fatin tidak menyukai Farhan tidak juga kerana bila Farhan memegang
dan menyulam jarijemarinya kelihatannya, Fatin juga membiarkan sahaja segala
perlakuan suaminya seakan dia juga merasa bahangia diperlakukan begitu.
Kadang-kadang tangannya dibawa kedada dan kadang-kadang tangan suaminya pula
memeluk bahunya mungkin ingin mendekatkan tubuhnya kepada isterinya, kala itu
dilihat Fatin juga tidak membantah perlakuan suaminya. Hajjah Fatimah dan Haji
Bakar hanya memandang sahaja perlakuan anaknya yang sudah tidak segan silu
menunjukkan rasa sayangnya kepada isterinya dihadapan mereka.
“Bang
kenapa agaknya Farhan tidak mahu Fatin tidur kat rumah kita ye bang..dahlah
macam tu, dia tidak mahu pula tidur kat
rumah keluarga Fatin. Nak kata tak ada bilik rasanya rumah Haji Rasid sudah
disiapkan anak-anaknya seorang satu bilik.”
“entahlah..tunggu
sampai seminggu, kalau dia buat macam tu
juga kita tegurlah.”Jawap suaminya lembut, Haji Abu Bakar sememangnya lembut
orangnya dan tidak tergesa-gesa walau pun dia tegas. Dia juga bimbang
sebenarnya tetapi masih memberi anaknya peluang untuk menyesuaikan diri dengan
isterinya. Dia juga memberi peluang supaya anaknya betul-betul bersedia untuk
menunaikan tanggung jawabnya sebagai seorang suami.
Kebetulan
mereka makan malam cepat sedikit dari biasa pukul 630 petang lagi puan Fatimah
sudah menyediakan makan malam kerana perutnya sudah lapar.
“Kakak
kita masak malam cepat sikit hari ni..ibu rasa lapar pulak..makan kat rumah
orang tadi rasa tak kenyang pulak.”
“Ialah
bu kita nak masak apa?”
“Entahlah
nak masak apa ni… kita masak yang senang sajalah.” Puan Fatiman mula memikirkan
menunya malam itu.
“Kita
rebus kentang campur suun campur telor
kemudian ayam masak goring belada. Sayurnya ada sikit kita tumis
jadilah.”Pantas Fatin mencapai bahan dan memulakn kerjanya. Puan Fatimah
menjeling cara menantunya membuat kerja..tidak kekok..seperti sudah biasa dia
membuat kerja-kerja itu dirumahnya. Detik Hati Hajjah Fatimah. Ketika makan
petang itu Farhan menyuarakan hasrat hatinya.
“Ibu
ayah rasanya malam ni Han nak tidur kat rumah Han lah ..dah lama sangat rumah
tu tinggal tentu dah berhabuk.” Sebulan dari hari pernikahanya Farhan sudah
menyewa sebuah flat dua bilik berdekatan dengan tempat kerjanya. Nanti mudah
bagi isteinya berulag alik jika dikehedaki isterinya berkerja mengikut
giliran..itu katanya. Pada mulanya Puan Fatimah keberatan untuk Farhan hidup
sendiri..tetapi bila dikenangkan untuk kebaikan anaknya dia merelakan. Dengan
cara itu anaknya akan belajar berdikari dan dapat mengumpul harta untuk
keluarganya yang mungkin akan bertambah tahun ketahun.
“Bang!!
Mah bimbanglah Farhan kata dia nak cari rumah
sendiri bila dah kawin nanti”.
“Biarlah
Mah..biar dia belajar berdikari”.
“Tapi
bang kita pun duduk dua orang saja..rasa membazir pula dia menyewa rumah,
sedangkan rumah kita ada dua lagi bilik kosong.”
“Pada
abang elok dia duduk sendiri..biar dia belajar jadi ketua rumah macam mana..nak
uruskan makan minum mereka suami isteri..kalau duduk berdua ni mereka akan
belajar bersabar dengan kesusahan yang bakal mereka tempuhi, kemudian belajar
mencari harta untuk keluarganya nanti”. Hajjah Fatimah akhirnya akur dengan
permintaan anaknya, segala kata-kata suminya sememang ada kebenaranya.
“Kamu
pergi sorang saja ke Han?.” Soal ibunya mencari kepastian akan sikap anaknya.
Jika ditinggalkan isterinya kali ini,
Hajjah Fatimah tidak akan melepaskan peluang..dia akan menasihati anaknya dan
akan memberitahu adab-adab orang berumah
tangga dan erti isteri kepada seorang suami.
“Ehh
dengan isteri Hanlah..” Fatin hanya mendiamkan dirinya sahaja mendengar
perbincangan antara suaminya dan kedua menrtuanya.
Dalam
perjalan pulang dari rumah saudara mara Farhan tadi, suaminya sudah memberi
tahu dirinya segala apa yang telah dirancang.
“Kakak
malam ni kita balik rumah kita ye.”
“Ialah
kakak tahu.”
“Kalau
tahu kat mana.”
“Abang
ni takkan kakak tak tahu, dari kecil kita duduk situ takkan dah lupa, Lorong
Mangga Dua, Taman Seri Emas..apalah abang ni.
Ni tentu abang penat sangat itu yang tak boleh nak fikir lagikan.”
“Sayang
ni ada ke… itu rumah keluarga kita…Ini rumah sewa kita. Sebetulnya sebelum kita
nikah hari tu abang dah sewa sebuah flat untuk kita duduk..abang rasa kita
patut berdikari.. duduk rumah sendiri, tapi abang sewa flat dua bilik saja..ok
tak?”
“Kakak
ikut saja..kalau abang kata kita duduk atas pokok atau kata nak duduk dalam kelongkong sekali
pun kakak ikut.. kiranya kat mana abang duduk kat situlah kakak duduk.. bukan
ke duduknya seorang isteri adalah disebelah suaminya..” Mendengar jawapan
isterinya Farhan ketawa bahagia.
“Kakak
ni..janganlah ingat macam tu..abang ni masih waras lagi takkan nak ajak isteri
abang ni duduk atas pokok..nanti kita tumbuh ekor pulak.”
“itu hanya umpama sahaja..nak tunjuk kakak
akan ikut kemana abang pergi bukan ke
kakak dah sebahagian dari abang” serasa hendak sahaja di mencium isterinya
ketika itu..tetapi dia masih berpijak dibumi yang nyata..mereka masih lagi
dikawasan awam, ayah dan ibunya juga
sedang berjalan tidak jauh dibelakang mereka. Sungguh-subngguh Farhan merasa
sangat bahagia mendapat isteri sangat sesuai dengan dirinya.
“Alhamdulliah..tak
sia-sia abang bersusah payah mendapatkan kakak menjadi isteri abang.. abang
rasa sangat bertuah. Tapi kakak kena ingat rumah flat dua bilik tak besar
mana..lagi pun perabutnya alah kadar saja..tak macam rumah keluarga kita.”
“Itu
tak apa, asal kita ada tempat berteduh dari hujan dan panas dan ada tempat
berlindung dari segala bahaya..kakak dah cukup bersyukur”. Farhan menarik
hidung isterinya yang mancung. Hanya itu sahaja perlakuan yang dapat dilakukan
untuk melepas rasa bahagia didalam hatinya.
“Kenapa
bang..kakak tak cukup cantik lagi ke?”
“Siapa
cakap? Kan hari tu abang dah bagi pantun kat kakak...”
“Anak
tempua didahan rendang.
Terbang
turun ditepi paya.
Hodoh
buruk dimata orang.
Cantik manis dimata saya.”
Mereka
menghabiskan pantun itu bersama kemudian mereka ketawa bahagia..perlakuan itu
diperhatikan oleh ayah dan ibunya yang berjalan tidak jauh dari mereka. Panjang
muncung Hajjah Fatimah menunjukkan perilaku anak menantu dihdapan matanya pada
suami disebelah macamlah Hajji Abu Bakar tak nampak. Sebenarnya mereka tumpang
rasa bahagia dan mendoakan kebahagiaan
yang dikecapi kekal membawa kesyurga.
“Tu
abang tarik hidung kakak nak bagi mancung lagi.” Farhan hanya ketawa saja
mendengar isterinya berkata begitu. Lamunanya terhenti bila terdengar suara
ayahnya bertanya.
“Han
dah bagi tahu ayah kat atas …yang Han nak bawa kakak sekali.”
“Belum
lagi..cadang lepas magrib nak bagi tahu.”
“Eloklah
tu..cepatlah makan boleh kemas-kemas apa yang nak dibawa.” celah ibunya memberi
sokongan. Hajjah Fatimah sebenarnya gembira..anaknya bukan seperti yang
disangkakan.. kini dia yakin anaknya seorang lelaki sejati. Bimbang yang
membelit hatinya terlerai sudah.
“Bukan
ada apa pun nak bawa hanya baju kakak saja rasanya kan kakak? Baju Han dah
banyak kat sana..lagipun kalau ada yang tertinggal boleh balik, bukan pindah
jauh dekat saja bu hari-hari pun boleh balik..saja Han nak berdikari.”Itulah
kata-kata Farhan yang sudah Nampak kematanganya.
“Betul
cara Han tu, ayah setuju sangat..kita ni kalau dah ada keluarga sendiri mesti
belajar berdikari..belajar cari harta sendiri..esok-esok kita nak ajar
anak-anak kita pula.” itu nasihat Haji
Abu Bakar kepada anaknya yang baru hendak mengepalai hidupnya akan datang.
Selepas
solat magrib pasangan pengantin baru itu kerumah bapa mertuanya pula
memberitahu.. mereka juga bersetuju walaupun rumah mereka juga mempunyai
bilik-bilik kosong dan sebuah bilik khas untuk anak perempuan tunggal mereka.
“Kakak
janganlah bawa baju banyak sangat… yang nak pakai kat rumah sikit, baju jalan
dua tiga helai dan uniform kerja jadilah. Kita bukan pindah jauh bila-bila masa
kita boleh balik.” Itu pesan Farhan kepada isterinya.
“Ialah
kakak bawak sikit saja ni.” Hajjah Noraini mengambil satu set pinggan
mangkuk satu set cadar untuk dihadiahkan
kepada anak perempuan tunggalnya. Ketika Farhan keluar dari bilik..ayah
mertuanya menyapa.
“Farhan
…kamu pergi lepas kita solat Isyak ye?”
“Kalau
boleh Han nak gerak sekarang boleh yah, rumah sewa Han tu tak kemas lagi
haritu?”
“Kalau
macam tu ayah dan ibu nak hantar.”
“Tak
susahkan ayah ke..lagi pun bukan bawak barang banyak..hanya baju-baju Fatin
sahaja.”
“Tak..saja
ayah nak tenguk rumah kamu esok-esok boleh datang sendiri.”
“Kalau
macam tu jomlah nanti Han bagi tahu ayah kat bawah..ibu dan ayah kat bawah nak
ikut juga tadi.”
Setelah
bersiap dua keluarga yang sudah berbesan menuju kerumah sewa Farhan.
Dua
keluarga yang telah menjadi besan menghantaranak-anak mereka berpindah rumah. Ayah
Fatin membawa keretanya dan disebelahnya Farhan menunjukkan jalan. Manakala
Haji Bakar dan isterinya membawa kereta SAGAFLX milik Farhan mengerkori dari belakang.
Setelah
tolong berkemas lebihkurang, kedua keluarga mereka pulang meninggalkan sepasangan pengantin yang baru ingin memulakan kehidup bersuamiisteri
dan memikul tanggungjawab. Fatin berkemas kainbaju yang dibawanya, kemudian dia
kedapur membasuh pingganmangkuk hadiah dari ibunya. Tidak lama selepas kedua ibu
dan keluarga mereka meninggalkan mereka kedengaran azan Isyak berkumandang dari
masjid berdekatan. Farhan menghampiri.
“Dahlah
tu kakak..kita kemas esok saja dah masuk waktu Isyak kita solat dulu.”
“Abang
ambil wuduk dulu.. kakak nak mandi sementara abang ambil wuduk kakak nak masukkan
ini dulu”. Farhan menuju bilik air untuk mengambil wuduk. Tapi sebelum memasuki
bilik air sempat juga dia berpesan dengan isterinya.
“Dah
malam tak elok mandi.”
“Kakak
rasa tak selesa badan dah berpuluh ni.”
“Ialah
tapi jangan lama sangat..sebetulnya mandi malam tak elok.”
“Ialah.”
Fatin
menuju kebili k tidur mereka mengambil tuala dan baju tidurnya. Farhan sudah membentangkan
dua helai sejadah. Tidak lama dia menunggu isterinya selesai mandi.
Kemudian
mereka solat berjemaah.. selesai membaca doa Fatin menyalami tangan suaminya berlapik
kain telekungnya kerana dia ingin menunaikan solat sunat dua rekaat selepas Isyak
kemudian disambung lagi denagan solat sunat witirdua + satu rekaat, begitu juga
Farhan. Ilmu-ilmu itu dipelajari ketika mereka bersekolah menengah ugama dahulu.
Kata uztas yang menyampaikan:…Allah Subhanahu wa Ta’ala amat menyukai mereka
yang mengerjakan solat witir. Daripada ‘Ali radhiallahu’ anh di berkata
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Farhan
menyelesaikan dahulu solatnya, bila dikerling dengan ekor matanya isterinya masih
dalam tahyat akhir dia menunggu disejadah… bila isterinya selesai membaca doa dan
meraup muka dengan kedua belah tanganya Farhan mengesot menghampiri isterinya
yang masih bersimpuh.
“Dah
kakak.”
“Dah”
sepatah jawapanya.. matanya memandag suaminya yang duduk bersila rapat dihadapannya.
Kemudian Farhan…
“Kakak
sekarang kita dah seminggu menjad isuamiisteri.. kalau seminggu yang lalu abang
nak rasa menjadi sebagai seorang kekasih sahaja.. tapi mulai dari sekarang kita
akan memulakan hidup satu bumbung sebagai suamiisteri sebagai mana keadaan
kedua ayah dan ibu kita. Abang mengharapkan apa-apa yang kurang pada diri abang
kakak boleh terima.” Farhan memandag wajah isterinya.
“Kalau
macam tu kata abang kakak harap juga abag akan dapat terima apa yang kurang
pada diri kakak.”
“InsyaAllah
kita cuba menerima kekurangan diri masing-masing dan cuba melengkapinya
kemudian”.
Farhan
membuka telekung isterinya dilipat lalu di letakkan disebelah tepi. Diamerapatkan
wajah lalu mencium dahi isterinya lama.
“Abang
rasa sagnat bahagia sekarang..harap-harap kakak juga rasa macam yang abang rasa.”
Fatin tidak menjawab walaupun dia juga merasa bahagia.
Setelah
melipat sejadah Farhan memimpin beriringan masuk kebilik tidur mereka. Mereka duduk
dibirai katil.
“Kakak
janganlah malu dengan abang…kita ni dah jadi suamiisteri sekarang… sekarang kitalah
yang akan mencorakkan rumahtangga kita macammana” Farhan mendongakkan wajah isterinya
supaya dapat memandang wajahnya.
“Kalau
kakak malu cuba pandang muka abang ni..abang pun sama tapi kalau kakak malu abang
pun jadi malu juga.” Fatin hanya memandang wajah suaminya dengan matanya terkelip-kelip
dia tidak tahu apa yang harus dituturkan. Hatinya jadi berdebar teramat sangat.
Pertama kali berduaan dengan seorang lelaki didalam bilik, kebenaranya hanya ada
mereka berdua sahaja dirumah itu. Kini dia milik lelaki yang ada disisinya. Itu
adalah suaminya. Ohh susah juga kalau tup..tup terus halal tak yak ada adigan teman tapi mesra seperti yang
diperkatakan oleh anak muda sekarang..tapi kalau begitu tentu kita mengumpul
dosa.. bergaul bebas dengan yang bukan muhrim balasannya api neraka ingat tu…
Sedang hatinya berdetup detap …
“Cuba
dengar degupan jantung abang ni. Sampai bergegar dada abang ni dia berdegup..mehlah
cuba dengar.. ” Farhan merapatkan dadanya kearah isterinya. Fatin pula
melekapkan telinga kedada suaminya.
“Dengartak?”Fatin
memandang suaminya sambil mengelengkan kepalanya. Macammana nak dengar jantungnya
juga berdebar kencang.
“Tak
dengar?nanti ..agaknya sebab ad abaju itu yang kakak tak dengar.” Belum sempat Fatin
menuturkan sesuatu Farhan sudah membuka bajunya kemudian dicuba melekapkan telinga
isterinya kedadanya sekali lagi.
“Dengar
tak?” soal Farhan lagi.. Kalau jawap tak dengar juga entah apa pula yang
dilakukan oleh suaminya..akhirnya Fatin hanya mengaguk-angguk.
“Abang
nak dengar jantung kakak pula.” Apalah Farhan ni cerita macam kat hospital
pulak tahu lah mererka kerja kat hospital ni nak mulakan malam pertama cerita bab-bab
jantung pulak … belum sempat Fatin bersedia Farhan sudah melekapkan telinganya didada
isterinya.
“Abang
tak dengar pun degup jantung kakak.”
Mungkin
jantung kakak dan berhenti berdegup..” tidak habis ayat yang keluar dari mulut
Fatin Farhan sudah menutup mulut isterinya dengan tapak tanganya.
“Jangan
cakap macamtu.. bukan senang abang nak dapat kan isteri.. bukan senang abang nak
dapatkan kakak yang jinak-jinak merpati..ingat jangan cakap macam tu lagi.” ‘Susah ke nak dapatkan aku dulu rasanya hanya
sekali sahaja jiran sebelah rumahnya merisik jawapan setuju sudah diterima’.
Detik hati Fatin yang masih terkebil-kebil
mencari kepastian sambil memandang wajah suaminya. Pada Farhan memang dia
begitu susah untuk memikat hati Fatin hingga meminta pertolongan ibunya dan
kemudian merayu meminta pertolongan dari adik Fatin sendiri.
Farhan
cuba berbual seperti kawan-kawan untuk mencairkan rasa malu isterinya. Dia tahu
isterinya malu, untuk menyesuaikan diri dengan keadaan mereka. Farhan memanggil
dengan nama biasa yang dipanggil oleh kebanyakkan orang.
“Sayang debaran kita sama saja.. kita adalah pelengkap
satu sama lain.. Abang perlukan sayang dalam hidup abang. Begitu juga sayang.. tentu
sayang perlukan abang dalam hidup ini.”
“Ikut
apa yang abang ucapkan ye..” Farhan membaca
Bismillahhirrahmannirrahim kemudian berselawat keatas nabi, seterusnya dia membaca
doa "Ya Allah yaTuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong
kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah
kepada kami rahmat dari sisiMu, karena sesungguhnya Engkau-lah
MahaPemberi(kurnia)." Dan Fatin mengAminkan. Sebuah cucupan hangat singgah
kedahi isterinya kemudian hidungnya dan kedua belah pipinya. Dia berbisik
lagi..
“Sayang
dah bersedia untuk hidup dengan abang.”
Kelihatanya Fatin mengguk perlahan. Farhan menarik isterinya dalam
pelukkanya dia berbisik ketelinga isterinya. Membaca doa lagi.."Dengan
Nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkan syaitan agar
tidak mengganggu apa yang Engkau
rizkikan kepada kami."
Tujuan doa sebelum jimak adalah bagi
menjauhkan syaitan daripada anda kerana ketika itu malaikat Rakib dan Atib akan
meninggalkan anda. Jimak bagi suami dan isteri adalah satu ibadat. Mulakan
ibadat anda dengan bismillah dan doa. Semoga ia akan menghasilkan zuriat yang
beriman kepada Allah dan menjadi anak yang soleh dan solehah.
Belum
sempat isterinya menjawab pertanyaanya sebuah kucupan hangat menutupi bibirnya.
Bermula satu kehidupan rumahtangga Farhan dan Fatin.
=====================================================
Subuh
itu mereka bersembayang berjemaah. Kini kebahagian menyelubungi kehidupan mereka.
Bagi Farhan dia tidak menjangkakan jodohnya hanya jiran satu lorong dengannya sahaja.
Dahulu dia cuba mencari jodohnya dimenara gading itu. Ramai orang berpesan
carilah pasangan ditahun akhir pengajian kalau tak jumpa nak cari yang sesuai
diluar nanti susah nak jumpa. Itulah sebabnya dia mencuba untuk menawan hati NurSaleha
tetapi bibirnya tidak terbuka untuk menyatakan hasrat hatinya akhirnya bunga dipuja
disunting orang. Tetapi dia tidak terkilan dengan sejarah lama. Kini hatinya sudah
terisi dengan nama FatinNajihah jiran setaman dan selorong dengannya.
Sudah
seminggu kehidupan mereka menjadi suamiisteri Farhan tidak boleh berjauhan dengan
isterinya. Kalau boleh isterinya sentiasa didalam pelukkanya sahaja. Farhan juga
sudah menukar memanggil isterinya dengan memaggil nama Najihah.
“Abang
suka panggil sayang Najihah, abang nak lain dari kebiasaan dari semua orang.. Jihah
tak kisahkan. Isterinya hanya tersenyum tanda setuju sahaja. Farhan sangat bersyukur
rupanya hidup berumahtangga sangat membahagiakan . .segalanya aktiviti yang
dilakukan berteman dia tidak lagi kesunyian dan berangan-angan didalam bilik kesaorangan.
Jika
kehidupan bahagia terasa cepat benar masa berlalu kini mereka sudah bekerja seperti
biasa. Mereka pergi bekerja bersama. Bahagia yang mendakap kehidupan setiap hari.
No comments:
Post a Comment