Pulang
peladang meligan ayam,
Kerbau
resah melilau di bendang,
Belakang
parang lagikan tajam,
Kalau
diasah kemilaunya garang.
Sepeninggalan Loqman, Amirah bertiga beranak
bertangis-tangisan, menahan kesakitan akibat pukulan tadi dan juga kerana
kesalan-kesalan dihati. Amirah bangun, dia kebilik tidurnya mengambil minyak
gamat untuk mengubati kesan pukulan suaminya dibadan anak-anaknya. Ketika
sedang dia menyapu minyak gamat di punggung Halim yang masih teresak. Halim
bertanya..
“Kenapa ibu lindungi
angah dengan tangan ibu tadi?”
“Kerana angah anak
ibu..ibu tak mahu angah sakit ayah rotan.” jawapan Amirah menyentuh naluri
halus anak suaminya kerana dikasihi.
“Kan ibu pun dapat
sakit kerana angah jahat.”
“Kalau angah kesiankan
ibu dan tak mahu ibu pun kena rotan ayah angah jangan buat jahat lagi ye.”
“Ibu pun malu ke angah
bodoh.” Halim bertanya lagi.ahh mencabar pulak pertanyaan Halim ni detik hati
Amirah.
“Kalau angah tak mahu
ibu malu…angah belajarlah rajin-rajin ibu boleh tolong ajarkan.. InsyaAllah
angah akan pandai macam orang lain juga.”
“Maafkan angah
bu..angah ingat ibu tak sayang angah kerana angah bukan anak ibu.”
“Bukankah nama angah
Nazrul Halim bin Loqman, dan Loqman tu kan suami ibu jadi angah ni muhrim ibu.
Muhrim tu adalah keluarga yang paling hampir dengan kita. Kalau ibu ada air sembahyang
bila ibu sentuh angah, air sembahyang ibu tak batal. Lagi satu kalau ibu nak ke
Mekah, ibu diwajibkan ditemani oleh muhrimnya dan angah boleh menjadi muhrim
ibu..bukan ke angah orang yang paling hampir dengan ibu, ini bermakna angah
anak ibu juga.” Halim diam mendengar penerangan dari Amirah. Walaupun dia bukan
ibu yang melahirkan dirinya tapi kini dia faham Amirah adalah ibunya Ibu yang
bersedia mempertahankan dan melindungi dirinya. Dia bangun lalu memeluk Amirah
dan teresak sedeh di pelukkan Amirah, kali ini dia menangis bukan kerana sakit
tetapi dia menangis kerana menerima kasih seorang ibu. Kemudian dia
melonggarkan pelukkannya sambil berkata..
“Angah janji tak akan jahat lagi…” bila dia terpegang tangan Amirah yang terkena
pukulan ayahnya tadi, Amirah menyeringai sakit, dia melihat tangan ibunya
bergalur merah dan membengkak.
“Kesian bengkak tangan
ibu ni... angah sapukan minyak gamat kat tangan ibu.” setelah selesai Halim menyapukan minyak gamat
ke tangan ibunya kemudian Amirah bersuara.
“Kak long meh masuk
bilik, ibu sapukan minyak gamat kat badan kak long pulak”. Selepas anak-anaknya
solat Zohor, Amirah menyuruh mereka makan pula. Dimeja makan mendengar
perbualan empat orang anaknya.
“Angah sakit tak ayah
rotan.” adiknya Ahmad Firdaus yang
berumur enam tahun bertanya. Sementara adiknya Abdullah Hakim hanya mendengar
dan memandag sahaja. Mereka semua menyaksikan apa yang berlaku tadi. Hakim
berperangai seperti ibunya sedikit, dia agak pendiam berbanding adik-adiknya
yang lain.
“Tanya kak long sakit
tak..” angahnya tidak mahu menjawab..diserahkan soalan tadi kepada kak longnya.
“Sakiit, kak long yang
kena sekali ni rasa tak sanggup nak kena lagi ..tulah angah kak long minta
sungguh-sungguh dengan angah, jangan buat macam tu lagi..jangan kawan dengan
Pian tu, dia memang nakal dari dulu lagi. Kak long ingat masa dia darjah tiga
pun perangai dia macam tu..kak long bukan apa, kak long ni perempuan tak tahan
dengan rembatan rotan ayah..kak long kena sekali dah tak tahan..tapi angah kena
tiga kali sakit tak?.”
“Sakit..kesian kak
long..sebab angah kak long kena rotan juga.”
“Itulah jangan buat
lagi tau, kalau angah buat lagi ayah tentu rotan kak long lagi..dengar tak kata
ayah tadi kalau angah jahat angah kena rotan kak long pun kena rotan juga.”
“Dengar.. angah tak
buat lagi..angah janji. Tapi angah ni dah bodoh macam mana nak pandai macam kak
long.” Amirah bangun setelah nasi untuk menyuap anaknya yang berumur tiga tahun
habis. Dia kemeja makan dimana anak-anaknya yang empat orang tadi sedang makan,
untuk mengambil sedikit lagi nasi dia menyampuk apa yang mereka bualkan.
“Angah ..ibu dulu pun
bodoh..lagi tak ada siapa nak ajar, sebab ibu anak yang tua, anak sulong…
harapkan atuk saja diwaktu malam. Tapi ada seorang cikgu ibu, nasihatkan ibu,
kalau kita tak tahu atau susah nak ingat, bacalah berkali-kali, umpamanya..baca
sekali tak faham baca sekali lagi, kalau tak faham baca lagi kalau dah baca
sampai sepuluh kali tak kan tak faham tentu faham dan ingat..macam sekarang ni
angah tak berapa lancar membaca..cuba angah baca banyak-banyak kali kalau dah
jumpa perkataan itu saja tentu dah boleh baca, tak payah nak eja lagi.
Sebetulnya ngah kalau kita baca buku kita akan jumpa perkataan yang sama setiap
kali baca. Angah kalau angah tak tahu, angah boleh tanya kak long, tanya ibu
atau tanya ayah pun boleh.” bila Amirah
menyebut nama ayanya terus Halim berkata..
“Tak mahu lah tanya
ayah..angah tak suka.”
“Kenapa angah tak suka
ayah..sebab ayah pukul angah tadi.Angah..ayah pukul tadi sebab dia sayang
angah. Kalau angah tidak diberi peringatan macam tadi, angah tak akan sedar
kesalahan angah. Kalau sampai dah besar angah meminta duit dari orang macam
mana. Kemudian kalau orang tak beri angah curi..bila kena tangkap masuk
penjara. Dipenjara bukan sahaja dikurung tapi kena rotan juga lagi besar
rotanya. Ibu ada tenguk dalam majalah Tiga TV3 dulu..dia orang kena rotan,
rotannya besar..orang yang merotan juga besar dan gagah. Sampai berdarah-darah
orang yang kena rotan, ada yang sampai pengsan menahan sakitnya, kemudian kalau
dia dah sedar akan dirotan lagi sampai cukup berapa kali mahkamah jatuhkan
hukuman sebat itu, kalau lima kali, lima kalilah kena rotan. Kalau sampai dua
puluh kali, dua puluh kali lah dia kena rotan tiada maaf dan tidak ada orang
boleh tolong, jadi sebelum sampai jadi macam tu, ayah rotan angah supaya angah
sedar. Supaya angah menjadi orang yang baik dan pandai...jangan ambil orang
punya.” panjang lebar Amirah menerangkan sebab apa ayahnya merotan dirinya
tadi.
Selepas makan tengahari mereka dinasihatkan tidur sahaja
oleh ibu mereka. Memandangkan kejadian tadi Amirah tidak menggalakkan mereka
kesekolah ugama petang itu. Biarlah mereka berihat. Sedang dia hendak terlena
sambil menyusukan anaknya yang kini telah pun berusia empat bulan telefon bimbitnya
berdering, tertera discreen nama suaminya. Rupanya suaminya ingin memberitahu
mungkin petang nanti dia pulang lewat sedikit kerana ingin menangani satu kes
di Putra Jaya. Setelah talian di putuskan Amirah terus memejamkan matanya. Dia
sungguh mengantuk kerana baru pulang dari bertugas malam. Waktu inilah
kesempatannya yang ada memandangkan kesemua anak-anaknya tidur, dia juga
mengambil peluang memejamkan mata sekejap.
Petang itu setelah semua anaknya siap mandi, disuruh nya
semua anaknya makan malam. Bagi keluarga Amirah makan malam mereka diantara
pukul enam petang hingga pukul tujuh malam. Kerana disebelah malam masa mereka
menghabiskan kerja-kerja sekolah, atau mengulang kaji pelajaran dan mengaji
pula. Setelah selesai makan malam Amirah menasihatkan kak long dan angah
menghabiskan kerja sekolah mereka.
“Kak long, angah buat
kerja sekolah kalau ada..lepas tu baca buku, rasanya tak lama lagi perikasa
penggal pertamakan kak long.” Amirah sangat prihatin tentang pelajaran
anak-anaknya.
“Ia bu..lagi dua minggu
perikasa kata cikgu…angah ..angah perikasa bila? cikgu dah bagitahu?.” kak long
Syifanya bertanya adiknya Halim.
“Entahlah angah tak
tahu.”
“Tapi perikasa penggal
ni rasanya semuanya sama hari kan kak long..mungkin lebih kurang saja
tarikhnya..dah cepat baca nanti ibu ajar angah..mana kerja sekolah angah ibu
tenguk.. sebelum adik bangun ni.” Amirah menghulur bantuan tampa diminta oleh
anak-anaknya.
Mereka belajar di bantu oleh ibu mereka, dua orang anak
mereka yang bersekolah tadika juga megeluarkan buku mereka dan yang berusia
tiga tahun sudah diberi sebuah buku dan sebatang pencil oleh Amirah supaya dia
tidak menggangu abang-abang dan kakaknya belajar. Ketika mereka sedang belajar
didalam bilik terdengar suara memberi salam dan pintu sudah dibuka dari luar
walau pun pintu utama berkunci. Amirah sudah tahu siapa yang pulang ..kalau
bukan suaminya siapa lagi. Loqman mengunakan kunci yang ada padanya untuk
membuka pintu rumah mereka. Sebelum masuk kerumah sekali lagi dia memberi
salam, Amirah bangun menyambut kepulangan suaminya.
“Assalammualaikum….sayang
ok ?”
“Waalaikumsalam.. abang
ok?” Amirah mencapai tangan suami dan menciumnyanya
“Ok..budak-budak mana
Mirah.. sunyi saja.”
“Dia orang dalam bilik
buat kerja sekolah…abang dah solat?”
“Belum Mirah..tadi nak
solat kat Putra Jaya..tapi baju ni rasa macam dah kotor pulak… lupa tadi nak
bawa baju bersih. Yang sebetulnya baju bersih abang ada dalam kereta tapi tadi
naik keenderaan jabatan.”
“Kalau macam tu
pergilah abang mandi, Mirah siapkan makanan abang.” Amirah berlalu kedapur,
sambil memberi senyuman manis kepada suaminya. Sejuk hati Loqman memandang
isterinya kemudian dia juga masuk kebiliknya mengambil tuala dan mandi didalam
bilik mandi yang ada di bilik mereka. Setelah selesai bersolat Asar, dia
menjenguk disebelah katil bahagian bawah anaknya yang masih bayi lena tidurnya.
Dia kedapur dilihat isterinya sedang mengambil pinggan.
“Abang makan kat mana
tengahari tadi?” Amirah bertanya suaminya.
“Abang tak makan
pun..tak ada selera..tapi ni nampak masakkan Mirah terasa lapar sungguh perut
abang ni.”
“Kesihan abang dari
makan pagi tadi, sampai ni baru nak makan.” petang itu Loqman makan penuh
berselera. Apalagi dengan lauk kegemaranya, masak lemak cili api daging salai,
memang telah lama Amirah tidak memasak masakkan tersebut. Sejak dia sibuk
dengan anak kecilnya. Tetapi tidak pula Loqman marah kerana tahu kesibukkan
isterinya, kini Loqman amat prihatin, bertimbang rasa dan bertolak ansur. Dia
akan makan apa yang disediakan oleh isterinya, dia tidak akan meminta-minta itu
dan ini, dia kasihan melihat kesibukkan isterinya sebenarnya.
Malam itu selepas solat Magrib berjemaah dirumah, sudah
menjadi kebiasaan Loqman akan mengajar anak-anaknya mengaji, tetapi Halim tidak
mahu belajar bersama ayahnya, dia ingin belajar bersama ibunya. Pada mulanya
Loqman ingin menggunakan kekerasan memaksa Halim belajar bersamanya tapi Amirah
melarang biarlah dia yang mengajar.
“Biarlah bang..biar
Mirah yang ajar..kalau dia belajar dalam keadaan takut pun tak guna juga.. abang ajar lah Firdaus, Hakim dan Hazril”
Anaknya yang tiga tahun juga sudah mula sedikit-sedikit disuruh belajar
mengenal huruf oleh Loqman dan Amirah.
“Masa Mirah kerja malam
macam mana?”
“Biar kak long yang
ajar…tapi abang pastikan juga dia belajar..buat masa ni mungkin dia takut lagi
.. lama-kelamaan hilanglah rasa takut dia pada abang”.
Malam itu seperti biasa Loqman akan menidurkan anaknya yang berumur tiga
tahun dibilik kak longnya. Kemudian dia
kebilik anak lelakinya pula, dimana Halim tidur bersama, Firdaus dan Hakim. Dia
akan memastikan anak-anak berselimut kemudian dia akan mencium anak-anaknya
satu persatu. Ketika itu Halim masih belum tidur lagi tetapi dia pura-pura
tidur bila terlihat ayahnya masuk kebilik mereka. Loqman merapati Halim lalu
tunduk mencium dahi anaknya dengan penuh kasihsayang, dia berkata dengan
perlahan ...
“Angah..ayah
sayang angah macam anak-anak ayah yang
lain, ayah terpaksa keras sedikit dengan angah supaya angah tidak
lalai..maafkan ayah ngah.” kemudian Loqaman tunduk mencium dahi anaknya
Halim sekali lagi. Kata-kata ayahnya tersemat didada Halim dengan janji dia
akan menjadi anak yang baik dan akan berusha belajar hingga berjaya itulah
janjinya kepada dirinya sendiri.
Ketika di biliknya Loqman melihat isterinya baring
membelakangkan pintu, isterinya menyusui anak kecilnya.Dia baring merapatkan
diri pada isterinya, lalu dipeluk isterinya dari belakang sebuah ciuman singgah
di leher isterinya, kemudian dipipinya pula.
“Emm..Fudhail dah
tidur..Mirah.”
“Syyy..baru nak
lena..belum lepas puting susu kat mulut dia.” isterinya menjawab perlahan.
Dengan perlahan Loqman berkata-kata dengan Amirah..supaya anaknya terlena dulu.
“Sayang abang minta
maaf sebab terotan sayang siang tadi.” Loqman bangun kembali. Dia duduk dia
membelek tangan isterinya yang dengan tidak sengaja dipukulnya siang tadi,
masih bengkak sedikit, kesan rotan berbalar merah..rasa kesal timbul dihatinya
kerana menyakiti isterinya secara tidak sengaja.
“Tak apa bang... abang
bukannya sengaja..Mirah tak kisah kalau dengan cara itu angah berubah menjadi
anak yang baik dan mendengar kata.” suaminya ingin bangun.
“Abang nak kemana?”
“Abang nak ambil air
panas nak tuam tangan Mirah yang bengkak tu.”
“Tak payahlah bang tadi
dah tuam.. angah dan kak long yang tolong tuamkan dah sapu minyak gamat pun.”
Amirah sudah bangun kerana dia ingin meletakkan beberapa biji bantal
disekeliling anak kecilnya yang sudah kenyang dan terlena. Bantal-bantal itu
bertujuan supaya anaknya tidak tertindih olehnya nanti. Amirah dan Loqman tidak
meletakkan anak kecilnya didalam katil bayi kerana bagi mudah untuk dia
menyusukan anaknya ditengah malam jika anaknya bangun hendakkan susu.
“Kak long dan angah pun
dah tuam juga ke Mirah?”
“Dah kita orang
berganti-ganti menuam tadi dengan botol susu Hazril.” supaya mudah menuam
Amirah memasukkan air panas kedalam botol susu kemudian dibalut dengan lampin
basah, sebelum menuam anak-anak dan dirinya yang kena rotan tadi.
“Tadi abang memang
hilang sabar ...dalam bilik guru lagi dah mendidih darah abang ni. Tadi bila
guru disiplin terpandangkan abang dia terkejut, ada polis datang kesekolah.
Tambah terkejut bila abang cakap, abang ayah angah. Dia kata tak sangka ayah
angah seorang anggota polis. Abang rasa sungguh malu Mirah. Nampak sangat abang
tak pandai nak didik anak...kemudian dia ceritalah angah ni agak ganas sedikit
disekolah, berkawan pulak dengan budak darjah lima dan enam. Cikgu kelas dia
sudah dua tiga kali membuat aduan yang angah ni selalu ponteng kelas. Dia
keluar kelas waktu dalam pembelajaran tampa izin cikgu kelas. Tadi ni dia
memeras ugut budak perempuan darjah tiga minta duit pulak. Sebab apa dia mintak
duit kat orang, Mirah nak tahu.... katanya..kerana ibu tirinya tak bagi dia
duit..ibu tirinya pilih kasih antara dia dengan adik-adiknya yang lain..abang
minta maaf Mirah anak abang dah cemarkan nama Mirah.”
“tak apa lah bang.. dia
kecil lagi dia tak tahu membezakan mana baik mana buruk kalau kita ajar dia
dengan baik InsyaAllah...dia akan jadi budak yang baik juga nanti.” Tiada sedikit
rasa terkilan terpamir diwajah Amirah,
malah Amirah tidak menyalahkan sesiapa, diatas tindaktanduk anak suaminya.
“Terima kasih Mirah..”
belum habis lagi Loqman ingin berkata-kata Amirah sudah menyampuk sambil
menyentuh bibir suaminya dengan jari telunjuk.
“Bang jangan cakap
macam tu, jangan cakap terima kasih pada Mirah. Itukan tanggung jawab kita bagi
tunjuk ajar pada anak-anak. Pada Mirah setiap anak yang lahir kedunia ni harus
diberi peluang untuk hidup berjaya dan berbakti...apatah lagi anak yang ada bersangkutan dengan abang. Abang ..Mirah
sayang abang..jadi anak abang pun Mirah sayang. Mirah tak pernah fikir apa-apa
bang. Janganlah abang fikir yang tidak-tidak. Sekarang ni kita sama-sama didik
anak-anak kita supaya menjadi manusia yang berjaya dan berbakti. Berjaya dia
dunia dan berjaya diakhirat. Berbakti pada bangsa, masyarakat dan berbakti pada
kita juga nanti.” Loqman menarik isterinya dalam pelukkanya. Dia memeluk
isterinya dengan erat dan kemas kemudian dia mengucup dahi isterinya lama tanda
terima kasihnya yang tidak terucap. Terima kasih kerana menyayangi anaknya
seperti anaknya sendiri. Bagai tiada istilah anak tiri disanubari Amirah
rasanya. Pada Amirah untuk apa dia membenci Halim, anak itu tidak bersalah. Dia
mangsa keadaan...mangsa perpisahan ibu dan bapanya. Amirah bersimpati.
Sudah dua bulan
kejadian itu berlalu, pada pandangan
mata kasarnya Halim sudah banyak berubah, sudah tidak degil dan seliar dulu.
Dia tidak lagi sewanang-wanangnya keluar rumah tampa meminta izin dari ibu atau
ayahnya. Kini dia sudah mula bertangungjawab pada pelajaranya. Peperiksaan
penggal pertamanya juga sudah menampakkan perubahan sedikit, walaupu tidak
semua mata pelajarannya lulus tapi ada menampakkan peningkatan dari segi
peratus markahnya. Kata-kata semangat sering ditiupkankan oleh ibu mahu pun kak
longnya. Dia juga sudah nampak mesra sedikit dengan ayahnya. Bila melihat kakak
dan adik-adik lelakinya bergurau dengan ayahnya dia akan duduk bersama-sama
ketawa dan mengusik-ngusik. Diatas nasihat Amirah, Loqman juga sudah
menampakkan sedikit kelembutan menangani kesalahan anaknya Halim.
“Bang.. kalau tegur
angah tu, biarlah lembut sikit...jangan nanti dia kata abang tak sayang dia.”
Ketika itu mereka didalam bilik tidur mereka, Amirah menegur suaminya, kerana
memarahi anaknya yang mendapat markah rendah.
“Abang geramlah Mirah..bilalah agaknya angah
tu nak pandai..dah diajar bukan tak ajar.”
“Perlahan-lahanlah
bang. Kita kena sabar..kita kena fikir juga, dia nak mengutip semua pelajaran
dari darjah satu hingga darjah empat yang tertinggal. Dia membaca pun masih lagi mengeja. Dia nak mengeja lagi nak
memaham lagi..takut kalau kita terlalu bagi tekanan dia akan bosan belajar
nanti. Kalau dah macam tu lagi susah kita nak ajar dia.”
Terasa ada kebenaran kata-kata isterinya. Sejak itu
Loqman cuba menunjukkan kasih sayangnya kepada anaknya Halim. Amirah pula dia
sentiasa meniupkan semangat supaya anaknya angah lebih berusha.
“Angah semua orang yang
nak pandai mesti belajar. Macam kak long, angah tengok diapandai sebab kak long
dari dulu lagi dia dah belajar, jadi sekarang ni dia tak lah susah sangat nak
belajar. Sekarang ni angah kenalah belajar bersungguh-sungguh gantikan yang
dulu angah tak belajar tu. Kalau angah tak tahu tanya, tak kiralah tanya ibu
ke, tanya ayah ke, tanya kak long atau pun kalau angah tak keberatan tanyalah
cikgu lagi bagu. kkalau kita belajar dan belajar kemudian berdoa pada Allah minta diterangkan
hati kita ni, InsyaAllah pandailah. Jangan lah kita belajar sikit kemudian dah
berdoa minta pandai tentulah Allah tak kabulkan doa kita. Dalam semua hal kita
mesti bersungguh-sungguh baru Allah kabulkan doa kita…Macam sekarang ni ibu
tenguk angah bersungguh-sungguh menjauhi perkara-perkara yang jahat, sekarang
perkara-perkara yang jahat tu tak datang lagi pada angah kan. Budak yang selalu
mengajak angah buat jahat pun dah tak datang lagi kacau angah. Itu menandakan
Allah dah menjadikan hatinya tak mahu lagi berkawan dengan angah, ibu nak tanya
ni.. angah mesti jawab dengan jujur..angah susah hati ke budak tu tak nak kawan
dengan angah lag?”
“Tak lah... angah ada
banyak kawan lain selain dia, yang nak kawan dengan angah.”
“Kalau macam tu bagus lah, ibu bersyukur
kepada Allah ...sekarang angah dah jadi budak pandai..pandai memilih kawan yang
mana baik dan yang mana tak berapa elok, untuk kita nak jadikan kawan. Hanya
sekarang angah kena belajarlah sungguh-sungguh. Kan ada peribahasa melayu kata
‘Belakang parang tu kalau diasah lama-lama akan tajam juga’ ertinya ….kita ni
kalau tak pandai tapi kita belajar dan belajar InsyaAllah akan pandai juga. Ialah
angah baca sekali tak ingat kemudian angah baca lagi kalau dah sampai tiga
empat kali baca tentu dah ingatkan”. Halim hanya diam dia memahatkan kata-kata
ibunya dalam hatinya. Kemudian Halim menganguk-anguk kepalanya tanda setuju
pandangan ibunya.
Cara Amirah memberi
semangat untuk Halim terus belajar juga unik..kerana setiap kali ujian, jika
ada peningkatan Amirah akan berkata.
“Haa..kan ibu dah kata
kalau angah belajar tentu pandai, ni markah angah dah naik..bukan sikit, banyak
ni, belajar sikit lagi tentu angah akan mendapat A...” dengan kata-kata
sedemikian semakin bersemangat Halim belajar..untuk anaknya Syifa yang
sememangnya sudah pandai pula dia akan berkata...
“Kak long walau pun
kita dah pandai tapi teruskan belajar supaya kita tidak lalai, jangan kita dah
rasa kita pandai kita tak nak belajar...itu bongkak namanya. Allah tak suka
kalau kita rasa bongkak dan bangga diri sifat-sifat macam tu sifat iblis atau
syaitan tau. Lagi pun setiap hari lain pelajaran yang kita dapat.” AinNur Syifa
memang anak yang bijak, dari darjah satu lagi dia sudah menguasai semua mata
pelajaran. Ketika umurnya lapan tahun dia sudah Khatam AL-Quran, Loqman dan
Amirah amat bersyukur dikurniakan anak sulong yang menjadi contoh adik-adiknya,
dalam semua perkara.
p/s: inilah cerita anak
tiri yang mak the nak kongsi….Anak buah mak teh perempuan baru berumur 23 tahun
masa dia kahwin. Dia kahwin dengan duda beranak lima (empat orang lelaki dan
seorang perempuan). Kerja silelaki sebagai pemandu lori. Jika difikirkan apalah yang
boleh dilakukan oleh seorang wanita yang baru melepasi alam remaja(makteh kata
dia wanita sebab dia dah jadi isteri orang walaupun umurnya muda lagi).Tapi memanglah
dia seorang wanita yang tak ada pengalaman dan tak ada rasa kasih sayang..kalau
buat kerja ikut rasa hati saja. Mak the yang sekali terserempak pun dah nampak
dia pandang
anak-anak tirinya dengan pandangan dan teguran garang (masa tu mereka kat rumah
ayahnya)..mak the terfikir kalau dah kat
rumah orang dan dengan orang luar pun dia buat macam tu.. kat rumah apatah lagi. Jadi bagai manakah kehidupan harian anak yang
baru nak mencari hidup.Yang mak the hairan tidak terpandangkah oleh suaminya
akan perbuatan isteri terhadap anak-anaknya.
Tidak terfikirkah nasib anak-anak yang kerana
dia mereka lahir dan bagai manakah kehidupan akan datangnya. Tidak terfikir
langsung mencari suri yang boleh dijadikan isteri dan juga ibu kepada
anak-anaknya (maksud mak the carilah orang yang dah berpengalaman dan ada
sifat-sifat keibuan)…tidak difikirkan kah anak-anak yang selalu ditinggalkan
kerana dia seorang pemandu lori kerjanya banyak
dijalan (dalam sebulan hanya beberapa hari sahaja dirumah) Apakah setiap lelaki ni hanya fikir kebahagian
dia sahaja...bak kata Asraf Muslim dia terdetik nak kahwin dia kahwin…begitu
kah??. tampa memikirkan perasaan orang yang paling hampir dengan kita.
Yang anak sedara mak teh ni pun satu kalau kita tak bersedia menjadi ibu jaganlah terima lamaran silelaki tu...nak ayahnya saja anak-anak terpaksa terima itulah jadinya rasa nak marah saja bila nampak anak-anak tiri (terpaksa dengan rela ni lain tau) tapi ialah dah yang menggayat lelaki berpengalaman sekali terucap ayat-ayat cinta tentulah cair sampai meleleh-leleh anak sedara mak teh ni...jadi nak salahkan siapa??. Sekarang ni tak payah cari salah siapa tapi yang tetap menjadi mangsa adalah anak-anak yang baru nak mencari hidup. Lupa pula anak-anak tadi tu berusia dari 14-7 tahun.
Marilah kita bincangkan maaf makteh tak cukup masa suami mak the bagi masa 5-10 minit saja lepas solat Isyak lepas tu nak jalan raya rumah jiran sebelah…post dulu tak sempat nak semak nanti balik jalan raya baru semak…
Yang anak sedara mak teh ni pun satu kalau kita tak bersedia menjadi ibu jaganlah terima lamaran silelaki tu...nak ayahnya saja anak-anak terpaksa terima itulah jadinya rasa nak marah saja bila nampak anak-anak tiri (terpaksa dengan rela ni lain tau) tapi ialah dah yang menggayat lelaki berpengalaman sekali terucap ayat-ayat cinta tentulah cair sampai meleleh-leleh anak sedara mak teh ni...jadi nak salahkan siapa??. Sekarang ni tak payah cari salah siapa tapi yang tetap menjadi mangsa adalah anak-anak yang baru nak mencari hidup. Lupa pula anak-anak tadi tu berusia dari 14-7 tahun.
Marilah kita bincangkan maaf makteh tak cukup masa suami mak the bagi masa 5-10 minit saja lepas solat Isyak lepas tu nak jalan raya rumah jiran sebelah…post dulu tak sempat nak semak nanti balik jalan raya baru semak…
tertarik dengan apa mak teh tulis tentang artis " terdetik nak kahwin saya kahwin" agaknya terdetik nak bercerai terus cerai... nauzubillah...
ReplyDeletehidup bekeluargani mmg byk cabaran.. tambah yg kahwin terus dpt anak segera. mcm saya walaupun dah berusia 23 thn semasa kahwin tp mmg kekok juga berhadapan dengan keluarga mertua. si anak bongsu bertemu jodoh dgn anak kedua merangkap lelaki yg sulung. biasala lelaki sulung tentu byk tanggungjawab dekat adik2 perempuan.
merajuk usahkata.. baru kahwin biasala teringin berjalan berdua tp ada ja adik2 nak mengikut ..kalau kecil tahan lg.. yg besar2 pun sama siap menelefon ajak si abg. hahahha lucu rasanya bila teringat masa lampau.. yela walaupun saya ada abg2 x pernah la saya ajak abg2 gi jalan bawa saya.
lg satu saya si bongsu yg x pernah nak belajar memasak. mak pun x pernah nak suruh ke dapur.. tanya semua kakak2 saya seramai 5 org ..mmg mak x pernah nak ajar memasak..pandai2 la sendiri.
tentu payah bila di rumah org .. x reti memasak.. dahla jodoh senegeri tentu x boleh nak menipu.. kalau bukan senegeri senang ..menu x sama.
dapat pula suami masa bercinta kita beritahu mmg x pandai memasak ..lebih suka bertukang.. oh xper cinta punya pasal x pandai memasak pun xper. x kisah punya...
bila dah sepuluh tahun berkahwin nak tak nak kena juga blajar memasak.. bila dah ada anak lagila kena memasak.. memasak tu wajib walaupun x pandai.
tp sebenarnya sampai sekarang suami saya lg pandai memasak dari saya. semeangnya keluarga suami , bapa diadan makcik2nya mmg pandai memasak .
Matk teh pula anak kedua...adik beradik sepuluh orng tpi tak tahu masak juga sebeb kakak dan adik prempuan mak teh rajin masak jadi mak teh tolong tenguk dan kemas sja.dpt suami tak suka makan luar..pening kepala ktanya..mak teh tak bercinta sblum kahwin sebab dia terpaksa.. makteh pun terpaksa msa tu adik dia dah nak kahwin sngat syrat emak dia pula abang mesti kahwin dulu..mak teh pula sbab dah tua..kahwin tangkap muat tpi Alhamdulliah bahagia..pasal bab masak awal perkhawinan dia slalu komplin...masak sambal cili tak masak..tpi beruslah sampai berjaya..sbab smpai dah uban memutih kat kepala dia memng tak suka makan kat luar...skrang ni balik kerja 630 ptg..terpa dapur dulu...masak simple2..sengnya satu dia tak memilih sedap mkn bnyak..tak sedap mkn sikit..senangkan.
ReplyDeleteAmirah ni contoh ibu tiri yang sangat baik. Tapi sekarang memang ramai ibu tiri yang baik, bukan macam bawang putih bawang merah.
ReplyDeleteMemasak zaman sekarang lebih mudah. Apa je resepi boleh tanya google.
Alhamdulliah mungkin skrang ramai orng dah terbuka mindanya..ank hal lain ayah hal lain ibunya pula hal lain. Harap2 semua wanita yg terduga sprt Amirah melayan anak tiri baik2 merekakan bakal peneraju ugama bangsa dan negara.
ReplyDeletehehhee adr resipi pun x menjadi gak skill memasak tu x berapa nak ada... jadi masak ikut sesedap rasa ajerla..yg mampu buat...x mampu biar suami yg buat...
ReplyDeletesusah juga kalau dpt yg cerewet.. kalau sedap pasangan senyap aje tp kalau kurang sedaptu yg membebel aja..tahan telinga je la jgn lawan ...hehhehe