~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 8 June 2012

Bab1. Jangan ada rahsia



Sudah terantuk baru terngadah


              lah kisah NurJannah. Semenjak kecil hingga menginjak remaja, Nur Jannah hanyalah cucu kepada orang kebanyakkan. Datuknya Ibrahim bin Muhammad dan neneknya Zubaidah binti Osman merupakan seorang penoreh getah di sebuah kampung di Kuala Selangor. Tetapi keadaan menjadi berubah bila pada suatu hari datuknya didatangi oleh seseorang.

              Setelah mengucap salam dan bersalaman datuk mempersilakkan orang yang tidak dikenali oleh NurJannah duduk diserambi. Nenek menghidangkan sepinggan goreng pisang nangka dan goreng ubi keledek bersama seteko air kopi O. NurJannah pula terintai-intai dibalik lansir ingin melihat wajah yang tidak dikenalinya. Lama datuk dan orang itu berbincang diserambi. Berkerut wajah datuknya yang telah berkedut seribu itu melihat dan meneliti dua tiga helai kertas yang diunjukkan kepadanya. Kertas-kertas itu mungkin pengenalan dirinya yang membuktikan dia bukan orang jahat. Sebetulnya orang itu menunjukkan salinan kad pengenalan dan salinan surat beranak Tengku Raihana yaitu ibu NurJannah untuk megesahkan bahawa dirinya diutuskan oleh nenek kepada NurJannah yang berada di Kuala Lumpur. Setelah orang itu pulang datuknya hanya mendiamkan diri, dia banyak termenung seperti memikirkan sesuatu. Nenek juga tidak berani bertanya, biarlah kalau datuk ingin bercerita kepadanya nanti akan tahulah perkara sebenarnya..tapi kalau tidak.. nenek tidak akan memaksa suaminya bercerita kepadanya.

               Sebenarnya yang datang itu adalah pemandu Tengku Khalidah, Abu Bakar namanya, tapi lebih di kenalinya sebagai Pak Bakar. Dia pernah kerumah datuk Nur Jannah suatu ketika dahulu di atas arahan nendanya untuk mengambil bonda Nur Jannah. Ketika itu, Nur Jannah baru berusia empat bulan. Kali ini Pak Bakar datang lagi, juga di atas perintah yang sama.. datang untuk mengambil dirinya pula. Ketika itu NurJannah sedang menunggu keputusan SPMnya.

                Pagi itu ketika bangun dari tidur Tengku Khalidah merasa badannya panas berbahang dan kepalanya pula rasa berpusing. Angin dalam perutnya berlumba hendak kelur melalui anak tekaknya meyebabkan dia terasa hendak termuntah. Dia mengeluh kecil ‘Demam rasanya aku ni..tak pernah demam, demam pulak..tak apalah pergi kerjalah kejap jenguk dia orang dulu, tak tahan nanti aku baliklah’ itulah detik hati Tengku Khalidah. Dia bersiap untuk kepejabatnya melihat-lihat para pekerjanya. Digagahkannya juga dirinya walau pun dia tidak berapa sihat namun tiada siapa yang boleh diharapkan untuk menggantikan tempatnya sementara dia tidak sihat. Anaknya Tengku Raihana sudah bertahun menghilangkan diri mungkin kerana merajuk denganya. Selama ini sememangnya Tengku Khalidah jarang dihinggapi demam. Jika dirasakan badanya letih dan lemah dia akan memakan ubat-ubatan dan pil viamin untuk megembalikan kesihatan badannya. Dia memang sorang yang kuat bekerja.

Demam yang dijangkakan biasa melarat hingga tiga hari..dia merasa sungguh tidak bermaya… Lemah seluruh anggota badannya. Dia merasa hairan dan berkata dalam hatinya ‘ubat demam sudah ditelannya tetapi kenapa agaknya demamnya tidak juga kebah’. Pembantu rumahnya juga bimbang melihat keadaan majikanya tidak berselera untuk makan. Semenjak dia dihinggapi demam majikanya sering muntah-muntah..katanya tekaknya merasa loya. Apabila dia muntah hanya air dan lender sahaja yang keluar. Mungkin sudah tidak ada makanan perutnya, kerana majikan hanya minum sedikit air dan sedikit bubur nasi sahaja ketika hendak makan ubat.

“Tengku rasanya Tengku kena pergi klinik..buat ujian darah kalau-kalau demam lain..Hari ni dah masuk hari keempat Tengku demam…nampaknya semakin teruk..kata tak makan ubat makan.. Tengku dah makan ubat demam hari ini.” Ketika itu pembantu rumahnya memasuki bilik tidurnya untuk menghantar bubur nasi didalam termos supaya buburnya dalam keadaan panas.

“Aku makan tiap empat jam Milah….Tak apalah Milah ni baru sekejap tadi aku makan panadol, kejap lagi baiklah” itulah jawapannya sambil menarik selimutnya hingga kedada. Dia teringat petua yang mengatakan kalau demam, lepas makan ubat berselimutlah supaya keluar peluh, itulah yang dilakukannya. Sesungguhnya dia mahu cepat kebah dari demamanya dia teringat pejabatnya tiada siapa yang menguruskan. Dia tidak mahu perkara lama berulang lagi kerana terlalu mempercayai seseorang, perniagaanya hamper gulung tikar angkara pekerja yang tidak amanah kepadanya. Sebab itulah ditelan ubat itu setiap empat jam, dari hari pertama dia merasa badanya panas dan tidak selesa.

“Jangan macam tu Tengku..ni dah hari keempat Tengku demam..saya bukan apa, saya takut sangat demam denggi..kalau dah terlamat tak guna Tengku..suami saya dulu sebab terlambatlah tak dapat nak selamatkan” Pembantu rumahnya membuka cerita lama yang menyedihkan hatinya.

“Suami kamu dulu kena demam denggi ke Milah” tanya Tengku Khalidah ingin tahu dengan kepala teranggkat sedikit dari bantalnya. Sebenarnya dia terkejut mendegar cerita pembantu rumahnya. Selama Mila h bekerja dengan dia tidak pernah ambil tahu kisah dan latar belakang pembantu rumahnya.

“Ia Tengku..demamnya hampir seminggu barulah kami pergi klinik..itu pun bila sudah timbul bintik-binik merah dikulitnya ingatkan demam campak. Bila periksa ternyata demam demggi tetapi sudah terlalu lambat..akhirnya dia meninggal..Tengku. Tinggallah saya terkontang kanteng sendiri macam ni dengan tak ada anak” Milah menyapu pelipis matanya yang berair mengenangkan nasib dirinya yang sebatang kara setelah ditinggalkan suaminya kealam abadi.

               Mendengar cerita pembantu rumahnya Tengku Khalidah keklinik hari itu. Apabila dia mendapat keputusan ujian darahnya..ternyata benar apa yang dijangka oleh pemabanu rumahnya. Dia mengidap demam denggi. Hari itu juga dia dimasukkan kehospital. Di hari pertama lagi platlet darahnya sudah turun ketahap bahaya. Dihari kedua pula platlet turun lagi. Begitu juga dihari ketiga.Tengku Khalidah mulai bimbang..bimbang akan perniagaannya yang tidak berwaris jika dia meninggal dunia nanti. Hendak dicari anaknya dia tidak tahu dimana mahu dicari. Jika mahu diwartakan didalam akhbar mungkin memakan masa pula. Fikiranya buntu..

                    Ketika dikatil hospital duduk bersendirian memikirkan keadaan dirinya. Akhirnya dia mula teringat kata pemandunya Pak Bakar dahulu. Anaknya Raihana baru lepas bersalin ketika dia mengambilnya dari kampung arwah menantunya dulu. Ketika itu darahnya naik mendidih hingga melebihi 100% agaknya..diherdeknya orang yang membela anaknya.

“Tengku..janganlah kasar sangat dengan Hana..dia tu baru lepas pantang, suaminya pula baru dua minggu meninggal dunia..kesiankan dia tu Tengku” Bela Pak Bakar terhadap anak majikanya.

“Aku peduli apa..jangan kau cuba nak bela dia Bakar.”

“Tak elok kita bertegas sangat Tengku.. takut-takut kena meroyan susah ubatnya nanti”.

“Itu aku tak peduli..yang dia gatal sangat nak kahwin kenapa…bukan aku tak kasi kahwin tapi tunggu habiskan belajar dulu…ni belajar baru setahun dah gatal nak kahwin.. kahwin pun tah dengan siapa-siapa aku pun tak tahu” Itu hanya alasan Tengku Khalidah sahaja, sedangkan mengikut perancangannya, apabila tunangan anaknya habis belajar Raihana akan dikahwinkan akhir tahun itu.

“Tengku kita kena bersabar sikit” Walaupun diherdek Pak Bakar tetap berlembut dengan makjikannya. Dia tahu majikkan sedang bermasaalah ketika itu.

“Bakar!! aku tak mahu dia jadi orang bodoh kerana cinta…Ini haaa kau tenguklah belajar tak habis dia dah kahwin.. kat Sempadan Thai pula tu..tentu lelaki tu yang pujuk rayu sampai Hana sanggup tinggalkan pelajaran dan kahwin dengan dia.”

“Tengku tak baik buruk sangka dengan orang.”

“Habis kau tuduh anak akulah yang gatal nak kahwin” Diherdiknya pemandunya ketika itu untuk memuaskan hatinya yang sedang sakit dengan perbuatan anaknya sendiri.
Setelah tiga hari anaknya Hana tidak keluar dari bilik hatinya mula risau dipanggilnya sekali lagi Pak Bakar untuk memujuk anaknya supaya keluar dan menjamah sedikit makanan.

“Bakar tolonglah pujukkan Hana tu ..dah tiga hari dia kunci bilik. Makan tidak ..aku takut sakit lain pula jadinya.” ‘Tahu pulak dia takut..dulu macam nak makan anak saja garangnya’ tempelah Pak Bakar dalam hati..melihat tingkah majikan yang sudah tak keruan bila mengenangkan anak tunggalnya akan ditimpa musibah akibat perbuatanya.

” Saya nak cakap apa Tengku?”

“Cakap dengan dia elok-elok ..aku nak dia sambung pelajaran yang dah terbengkalai..aku dah mohonkan dia belajar dan dah dapat jawapanya pun.” Sememangnya bab pujuk mememujuk Tengku Khalidah tidak pandai..dia tidak pandai untuk berkata lembut dan manis. Kata-katanya tegas dan kata-katanya adalah arahan.

“Baiklah Tengku ..saya cuba”

“Bakar..sebetulnya aku nak hantar dia keluar negara supaya dia boleh melupakan apa yang telah dilaluinya disini..supaya dia boleh melupakan arwah suaminya tu” Walaupun dalam hati Pak Bakar marah kepada Tengku Khalidah yang seperti tidak bertimbang rasa kepada anaknya sendiri tetapi dia cuba juga membantu memujuk Tengku Raihana demi kepentingan masa depan Tengku Raihana itu sendiri. Entah apa yang diperkatakan oleh Pak Bakar kepada anaknya akhirnya Tengku Raihana mengikuti segala kemahuan ibunya.

Tengku Khalidah tidak pernah ambil tahu mengenai cucu yang telah menjadi anak yatim itu selama ini..Tetapi setelah keadaan terdesak barulah dia tercari-cari akan keturunannya untuk dijadikan warisnya warisnya… Itulah ada perpatah mengatakan ‘sudah terantuk baru terngadah. Dia mencari cucunya tidak pernah diambil peduli selama ini. Walaupun tidak pernah terlintas langsung akan kehadiran cucu untuk mewarisi perniagaanya. Tetapi baginya belum terlambat jika dia ditakdirkan dia meninggal dunia masih lagi ada harapan untuk perniagaanya diwarisi oleh keturunannya. Dia ingin mengambil dan mendidik cucunya nan seorang itu. Kenangan lamanya terhenti dengan kemuculan pembantu rumahnya. Kedatangan pembantu rumahnya membawa makanan sememangnya ditunggu.

“Tengku makan lah sup ketam ni..kata orang kalau nak baik cepat, makan sup ketam..ni saya rebuskan ketam minumlah airnya”

“Entahlah Milah dah berbotol 100 Plus ni aku minum..tapi kata doktor pletle darah aku makin turun..aku jadi risau kalau aku mati nanti siapa pulak nak uruskan perniagaan aku tu…Hana entah kat mana..sampai hati dia Milah langsung tak ingatkan aku ni emak dia. Dah bertahun dia tinggalkan aku sorang terlonta-lonta macam ni. Masih hidup ke aku ni tak pernah dia nak ambil tahu” Tengku Khalidah mula terkenang anaknya nan seorang. Terdengar sayu suaranya. Tetapi dek keras hati Tengku Khalidah dia tidak akan menitiskan air mata dihadapan orang. Padanya dia tidak akan menunjukkan kelemahannya dihadapan orang. Walaupun begitu hatinya didalam siapa yang tahu.

“Janganlah cakap macam tu Tengku..kalau Tengku tak ada, kat mana pulak saya nak menumpang hidup.” Milah sipembantu rumah lain pula ceritanya. Air matanya sudah berjujuran keluar dari tubir matanya dek rasa sedeh. Sesungguhnya dia juga bimbang. sejak majikkannya disahkan mengidap demam denggi, kisah lamanya sentiasa menghantui difikiranya.

“Jangan pula kau menangis Milah…tadi kau datang dengan Bakar kan.”

“Tapi Tengku jangan sebut pasal mati..saya ni tak ada tempat nak bergantung nanti..”

“Ialah..ialah aku tahu, jangan kau sedeh”.

“Bakar ada kat bawah saya minta dia tunggu saya. Susah nak dapat teksi tengahhari macam ni, orang pejabat tengah keluar makan tengahhari.” Mendengar pemanduannya ada di situ Tengku Khalidah menghubungi nombor telefon pemandunya.

“Hallo…asalammualikum Bakar…kau naik sekejap aku nak cakap dengan kau.” apabila pemandunya disisi katilnya. Tengku Khalidah terus menyampaikan apa yang ada didalam kepalanya.

“Bakar kau ingat lagi kampung arwah suami Hana…kau kata dulu Hana ada anakkan..pergi hari ini juga. Cakap dengan datuknya elok-elok.. cakap aku nak ambil budak tu aku nak sekolahkan dia kat sini.”

“Tengku tak kan nak ambil begitu saja… tentu datuk dan nenek dia tak kasi..dah berbelas tahun mereka bela cucunya tu tiba-tiba kita rampas macam tu tentu kecik hati dia.. sebetulnya saya yang tak sampai hati..lagi pun dulu saya tenguk ayah mertua Hana ni baik orangnya..tak tercakap pulak saya nak ambil cucu dia.”

“Bakar.. kau cakaplah elok-elok..cakap aku nak sekolahkan dia kat sini..kalau ada cuti dia boleh balik jumpa dengan mereka, bukan tak kasi dia balik jenguk mereka langsung..aku hanya nak ajar dia berniaga…esok-esok kalau aku dah tak ada dialah yang akan menggantikan tempat aku.. Hari ni kau pergi….suruh mereka bersedia dulu bagi masa dua atau tiga hari, kemudian barulah ambil bawa kesini.” dengan mandat itulah Pak Bakar kekampung NurJannah untuk mengambilnya.

“Bang saya ni di arahkan oleh Tengku untuk mengambil cucunya. Dia kata dia nak sekolahkan cucunya di Kuala Lumpur untuk menjamin masa depannya…” serba salah Pak Bakar ketika menyampaikan pesanan Tengku Khalidah, bila melihat wajah bersih datuk Ibrahim.

“Baiklah, tapi saya kena tanya Jannah dulu, nak ke dia pergi”, terasa berat mulut datuk Nur Jannah untuk memberi kata setuju.

“Tapi bang..nenda dia cakap, suka ke.. tak suka ke, dia kena pergi juga. Abang jangan lah bimbang, Tengku Khalidah taklah jahat sangat orangnya. Pada saya dia baik tetapi dia hanya garang sikit saja. Kalau dengan cucunya tentu dia sayang. Yang saya tahu cucu abang sajalah cucu yang dia ada. Lebih tepat lagi keturunan dia. Jadi abang janganlah bimbang, takkan dia nak pengapa-apakan cucu abang, cucu dia juga”, ujar Pak Bakar sambil berharap datuk Nur Jannah tidak bimbang. Bagi Pak Bakar sememangnya Tengku Khalidah seorang majikan yang bertimbang rasa. Jika diberitahu sahaja akan kesusahanya, dia akan cepat membantu. Sudah tiga orang anak Pak Bakar kemenara gading, segala wang pendahuluan untuk memasuki institusi itu ditanggung oleh Tengku Khalidah tampa banyak soal. Itulah sebabnya sudah hampir tiga puluh tahun Pak Bakar setia menjadi pemandu Tengku Khalidah. Baginya susah untuk mendapatkan majikan yang bertimbang rasa seperti Tengku Khalidah.

Dalam hati datuk terdetik juga ’Aku pun sama hanya Jannah saja cucu atau keturunan yang aku ada macam manalah aku tak bimbang, lagi pun cucu aku tu perempuan’.

“Emak pada cucu saya tu dulu kat mana? Sejak awak ambil dulu tak pernah dengar khabar dia” datuk Ibrahim bertanya ingin tahu tentang bekas menantunya. Semenjak dia di ambil oleh Pak Bakar dahulu sehingga kini mereka tidak pernah mendapat khabar beritanya lagi.

“Dulu setelah saya ambil dari sini, tiga bulan kemudian saya diarahkan menghantarnya ke KLIA. Yang saya tahu dulu dia dipaksa oleh bondanya belajar keluar negara. Dua tahun selepas dia pergi belajar tu dia ada balik bila saya tanya, dia kata dia balik cuti. Tapi di tahun ketiga dia tak balik sampailah sekarang ni, saya tak pernah nampak dia lagi…saya perasan juga Tengku pergi menjenguknya disana… balik dari sana saya tenguk muka Tengku masa tu lain macam saja. Nampak murung dan dia tak pernah sebut lagi nama anaknya..Saya nak tanya pada majikan saya pun saya segan… maklumlah saya ni driver saja”, terang Pak Bakar. Bila disoal begitu dia teringat kenangan lalu, ketika dia dia ingin menbambil Tengku Raihana atas arahan bondanya.

“Hana.. bonda Hana nak Hana balik Kuala Lumpur hari ini juga.”

“Tak Pak cik..Hana tak kan balik Hana suka tinggal sini lagi..kalau Hana balik bonda akan paksa Hana kahwin dengan pilihan dia.”

“Jangan macam tu Hana..baik Hana ikut saja, sebelum bonda Hana menyusahkan orang yang Hana sayangi.”

“Macam mana pula tu.”

“Ialah kalau sampai bonda kamu upah orang-orang jahat, nanti susah pula keluarga suami Hana..hari ini Hana ikut pakcik balik KL, esok lusa kalau ada masa Hana datang sini tampa pengetahuan bonda Hana…lagi pun yang pakcik faham bonda Hana marah sebab Hana tinggalkan pelajaran, itu yang dia marah sangat.” terang Pak Bakar lagi.

“Kalau macam tu Hana bawa sekalilah anak Hana”

“Hana.. Pakcik rasa lebih baik Hana tinggalkan sahaja anak Hana kat sini”

“Macam mana pula Pak Bakar dia masih kecil lagi..siapa pula yang akan jaga dia..suami Hana baru saja meninggal”

“Kalau kita bawa juga..takut lain pula jadinya, Pak cik takut bonda Hana hantar anak Hana tu ke rumah anak yatim..kalau disini tentu-tentu dia selamat, datuk dan neneknya yang jaga.” Dengan nasihat itulah NurJannah ditinggalkan dan dipelihara oleh datuk dan neneknya. Dia menasihati begitu kerana maklum ketika itu Tengku Kalidah sedang teramat marah kepada anaknya, yang sanggup mengabaikan pelajaran dan berkahwin lari bersama pemuda biasa, sedangkan dia sudah ditunangkan. Perbuatanya umpama menconteng arang kemuka bondanya sendiri.

Sebenarnya dia juga sedeh melihat anak majikanya..tapi dia juga tidak berdaya untuk membantu, hanya nasihat sahaja yang dapat diberinya. Kini dia berhadapan lagi wajah sedeh bekas ayah mertua Tengku Raihana. Terdetik juga dihatinya kenapa agaknya Tengku Khalidah tidak dapat menyelami kesedehan orang lain..hanya mementingkan perasaan dan kepentingan nya sahaja. Kenanganya berderai pergi bila terdengar suara garau datuk Ibrahim yang kedengaran sayu.

“Tak mengapa. Abang faham.”

“Macam nilah bang, abang setuju sajalah pasal hal cucu abang tu. Insyallah hidupnya akan terjamin kelak, lagi pun kata nendanya.. dia akan benarkan cucu abang tu balik jenguk abang kat sini kalau dia cuti belajar. Hari ni saya balik dulu tapi siap-siaplah mungkin dua tiga hari nanti saya akan diarahkan kesini lagi untuk mengambil cucu abang tu ye”.

Selepas orang itu pulang, kelihatan datuk seperti susah hati sahaja. Selepas menunaikan solat Isyak, barulah datuknya bersuara bagi menyampaikan berita bahawa dia harus berpindah ke Kuala Lumpur demi masa depannya.

“Jannah, meh duduk sini..neneknya sekali..atuk kena beritahu kamu sesuatu” nenek dan Nur Jannah duduk menghampiri. Mereka diam seketika. Datuk mungkin mengatur ayat didalam kepala untuk menerangkan. Akhirnya terkeluar juga suara datuk menyambung bicaraanya yang terhenti tadi.

“Sebenarnya Jannah ada seorang lagi nenek di Kuala Lumpur. Dia mahu Jannah tinggal bersamanya demi masa depan Jannah. Dia nak sekolahkan Jannah kat sana supaya lebih terjamin” agak berat kelihatan datuknya membuka bicara. Nenek dan Nur Jannah terpinga-pinga cuba memahami apa yang di sampaikan oleh datuknya.

“Habis atuk dan nenek macam mana..takkan Jannah pergi seorang saja.”

“Atuk dan nenek duduk sinilah. Inikan kampung kita..kalau Jannah dah pandai balik sendiri nanti jenguklah atuk dan nenek dikampung ni, atuk dan nenek tak akan kemana-mana.” jelas datuk lagi. Nenek hanya termangu memikirkan dia terpaksa berpisah dengan cucunya nan seorang ini. Setelah tujuh belas tahun membesarkan Nur Jannah kini bayangan perpisahan menghampiri..ahh tak tergambar oleh mereka berdua hari-hari tampa kehadiran cucunya yang selama ini bersama mereka.

“Tuk orang yang datang siang tadi tu siapa sebenarnya.” soal cucunya ingin tahu diiringi anggukkan neneknya yang ingin tahu juga. Seingat nenek kalau tak salah orang itulah yang mengambil bekas menantunya suatu waktu dulu. Hanya ketika itu orang itu masih nampak muda lagi. Pada masa itu menantunya kelihatan seperti mengenali orang itu lalu mengikutnya pergi. Mungkin orang itu bukan orang jahat detik hati nenek Zubaidah.

“Dia tu pemandu nenda kamu”, datuknya berterus-terang.

“Ehh… macam keterunan raja saja tuk, siap panggil ‘nenda’ lagi”, ujar Jannah terkejut. Selama ini tak pernah sekali pun datuk atau nenek menceritakan yang dia ada lagi datuk atau nenek selain daripada mereka. Datuk dan neneknya berpandangan kemudian menganguk-ganguk. Lalu neneknya bersuara mula membuka cerita… Cerita yang di simpan sekian lama dari pengetahuan Nur Jannah. Kalau itu berkenaan nenda cucunya dia pun tahu ceritanya. Kata-kata itu hanya didalam hati nenek sahaja.

“Mungkin telah tiba masa Jannah tahu cerita sebenar mengenai ayah dan ibunya…” ujar nenek Nur Jannah sambil memandang kepada suaminya. Mereka berpandangan lalu datuknya mengangguk tanda setuju apa yang di bicarakan oleh isterinya.

“Jannah ayah kamu memang anak datuk dan nenek, tapi ibu kamu ada keturunan ‘tengku’ namanya Tengku Raihana, seperti yang tertulis dalam surah beranak Jannah. Ayah dan ibu kamu berjumpa ketika sama-sama belajar di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Lepas tu mereka berkahwin”, cerita nenek tanpa berselindung kerana baginya Nur Jannah sudah cukup dewasa untuk memahami cerita tersebut.

“Ketika usia kamu sebulan lebih ayah kamu meninggal dunia kerana sakit. Nenek tak tahu ayah kamu sakit apa. Sebelum mendapat pekerjaan tetap ayah kamu, mengajar disekolah kamu tulah sebagai guru sementara. Hari tu selepas balik dari sekolah katanya dadanya sakit. Ibu kamu yang masih dalam pantang mengurut-ngurut dadanya. Ketika ibu kamu mengambilkan air panas didapur dia mendengar ayah kamu mengerang di dalam bilik, dia pun panggil kami tapi bila nenek dan atuk jenguk ayah kamu dia dah tercungap-cungap. Kami hantar dia pergi ke hospital Klang tapi dalam perjalanan dia meninggal dunia tapi kami hantar juga sampai kehospital. Mengikut kata doktor ayah kamu diserang sakit jantung. Entahlah Jannah selama dia hidup dengan kami.. kami tak tahu pun dia ada sakit jantung. Bila atuk dan nenek tanya ibu kamu pun dia tak tahu ayah kamu tu ada sakit jantung tapi katanya masa mereka belajar bila mereka buat aktiviti lasak atau pun berjalan-jalan ayah kamu sering pegang dada dia sebelah kiri …tak tahulah pula itu tanda-tanda sakit jantung. Beberapa bulan lepas tu… ibu kamu di paksa oleh nenek kamu untuk pulang ke Kuala Lumpur dan kamu ditinggalkan dengan kami disini…” cerita nenek Zubaidah. NurJannah mendengar dengan tekuni. Selesai bercerita nenek Zubaidah bangun dan masuk ke dalam biliknya dan kemudian keluar semula sambil membawa sebuah bungkusan kecil. Apabila bungkusan itu di buka, terdapat sebentuk cincin dan seutas rantai emas. Di unjukkan kepada Nur Jannah.

“Cincin dan rantai ini ibu kamu yang punya. Katanya dulu kalau ada apa keperluan masa nenek menjaga kamu jualkan saja tetapi nenek tak sampai hati nak jualkannya. Ini kami simpan sebagai kenangan untuk Jannah, tapi kalau Jannah kesusahan disana nanti Jannah boleh jualkan dan datang jumpa kami disini”, ujar neneknya dan kemudian datuknya menyambung cerita.

“Dulu masa ibu dan ayah kamu berkahwin, nenda kamu tak setuju.. kerana ibu kamu sebenarnya telah di jodohkan dengan orang lain. Tetapi ibu kamu ingkar dengan arahan nenda kamu. Untuk mengelakkan paksaan itu, dia bernikah dengan ayah kamu berwali hakim di Selatan Thai. Datuk ada menemani mereka ketika mereka bernikah. Sebenarnya kami amat menyayangi ibu kamu kerana ibu kamu seorang yang baik dan tidak sombong walaupun dia berketerunan ‘Tengku’. Ibu dan ayah kamu memang saling mencintai antara satu sama lain, itulah sebabnya datuk dan nenek sokong mereka berkahwin. Tak sangka pulak umur ayah kamu tak panjang. Kalau dia masih ada lagi mungkin nenek kamu tak boleh paksa ibu kamu balik ke Kuala Lumpur masa tu”, tambah datuknya dengan wajah sayu.

No comments:

Post a Comment