Nakhodanya
bingung kapalnya karam,
Karam
nun jauh dilaut dalam,
Umpama
api dalam sekam,
Luarnya
elok hangus didalam.
Atirah rupanya pandai berlakon untuk
mencari mood kakaknya. Ialah bukan sekejap mereka bersama. Sedari kecil
lagi mereka sebilik. Segala rasa mereka berkongsi tidak kiralah rasa suka atau pun duka. Lagipun hanya mereka berdua anak perempuan Encik Abdul Rahim dan Puan Halimah tentulah
mereka rapat.
“Tirah..kenapa cepat
sangat putus asa ..kakak belum pun cakap apa-apa, dah nak mengalah” .
“Habis kakak setujulah
ni.. kalau kakak setuju cakaplah, boleh Tirah cakap dengan dia esok .. yang
sebetulnya dia pun susah hati juga. Nak diikutkan kata emak ayahnya dia takut
tak dapat jadi suami yang baik, tak diikutkan dia tak dapat bawa calon untuk
mereka..”
“Kenapa pulak macam
tu”.
“Kan ada orang cakap
kahwinlah dengan orang yang kita suka, InsyaAllah kita akan berbuat baik dan
mengasihi..tetapi kalau kerana terpaksa mungkin secara tak sedar kita akan
menzalimi mereka…jadi kakak macam mana
setuju tak?? cakaplah.” desak Atirah suara cerianya bergema di hujung talian mahu kepastian tentenag
persetujuan dari kakaknya.
“Ialah kakak setuju.”
“Setuju apa.. setuju
kalau abang Man jadi suami kakak semula?.”
“Tirah ni ...apa yang
Tirah tanya..setuju itulah.” Amirah ni memang dalam ketegori orang yang
pemalu. Untuk mengakui dia bersetuju untuk menjadi isteri Loqman kembali pun dia malu.
“Yess…Alhamdulliah Tirah bersyukur sangat kepada Allah..kakak
setuju. Tirah nak cakap dengan ibu kejap nak dengar suara ibu pulak..
Semoga Tirah tidur lena malam ni kak.”
ceria suara Atirah terbayang
kelakuannya dia mata Amirah.
Kemudian
Amirah memanggil ibunya. Setelah bercerita dengan ibunya beberapa minit, talian
di putuskan. Tapi puan Halimah masih
lagi bercerita di telefon, dengan siapa dia bercerita Amirah tidak tahu. Amirah
masuk kebiliknya.Ketika dia didalam bilik bersama anaknya yang sudah terlena,
terdengar puan Halimah memanggilnya, mengajaknya berbual diruang tamu. Keluar dari bilik hairan Amirah memandang wajah ceria ibunya senyumnya mahu sampai ketelinga.
“Alhamdulilah,..ibu
bersyukur sangat kakak setuju terima Loqman balik.” Itu yang keluar dari mulut ibunya bila punggung mencecah disofa ruang tamu mereka. Sambil tangan ibunya mencapai kedua belah tanganya dengan mata yang sudah berkaca-kaca.
“Tirah cakap dengan ibu
ke?..Tirah ni tak boleh nak berahsia langsung.” berkerut-kerut dahi Amirah.
Tidak disangkanya Atirah sudah menyampaikan dahulu persetujuanya.
“Ialah berita gembira
ni, Tirah pun suka kalau kakak kahwin dengan Loqman balik… tapi ibu nak tanya
ni...betul ke kakak setuju?.” Amirah hanya mengangguk, ketika itu ayahnya juga
menjeguk keruang tamu.
“Ayahnya! anak kita ni
ha, setuju nak terima Loqman balik.”
“Alhamdullilah.” Hanya
itu yang dilafazkan oleh ayah Amirah. Kecerian terpancar pada kedua suami
isteri itu. Mereka bersyukur kepada Allah, akhirnya terbuka juga pintu hati
anak sulong mereka untuk menerima seorang lelaki sebagai suami. Bertambah
gembira kerana yang diterima adalah Loqman.
Pagi
itu Syifa meminta ibunya menghantarnya kesekolah. Sepulangnya Amirah dari
menghantar anaknya, dia kedapur semula menyambung mengoreng ‘kueh pau
goring’nya yang terkendala, kerana permintaan anaknya tadi. Pau goreng adalah
sejenis pau yang berintikan sambal tumis ikan bilis dan sekeping hirisan timun
ditengahnya. Ianya digoreng dahulu dengan api yang perlahan.. setelah
kekuningan pau tadi diangkat dari kuali, kemudian pau tadi akan dihiris
dibahagian tengahnya untuk dimasukkan sambal tumis ikan bilis dan hirisan timun
kedalamnya. Sedap dimakan ketika masih panas lagi. Kedua ayah dan ibunya
dikeliling rumah menyiram tanaman mereka. Waktu itu baru pukul sembilan pagi,
terdengar deruman sebuah kereta berhenti dihadapan rumah mereka. Tidak lama
kemudian terdengar pula orang memberi salam, terdengar pula ayah dan ibunya
menjawap salam.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam..Ehh..kak
long pagi lagi dah sampai..pukul berapa dari rumah tadi?.”
“Ni haaa kak long kamu
ni Limah tak sabar-sabar nak datang sini..nak jumpa Mirah katanya.” terdengar
suara Encik Abdul Majid memberi penjelasan.
“Ialah Limah, Rahim
…Mirah ada?..kak long nak jumpa dia ni.” Puan Sharifah mengiakan kata-kata
suaminya.
“Ada kat dapur tu
tengah goreng pau..pagi tadi Syifa merengek minta ibunya hantarkan dia pergi
sekolah, tu yang tak siap lagi goreng kueh…naiklah kak.”
“Ialah Limah kak long
naik dulu. Assalamualaikum !! Mirah mama datang ni.” Laung Puan Sharifah sambil
menaiki tangga meluru sahaja menuju kedapur bagai tidak sabar-sabar lagi. Bila
mendengar orang memberi salam bergesa Amirah mematikan api dapurnya, ingin
menjengah keluar.
“Waalaikumsalam..Ehh
mama! apa khabar lama tak jumpa mama.” tidak sempat Amirah meraih tangan bekas
ibu mertuanya untuk bersalaman, Puan Sharifah terus memeluk dan mencium dahi
bekas menantunya bila Amirah terjengul dipintu dapur.
“Mirah dah habis goreng
kueh..mari kejap mama nak tanya.”
“Dah... mama nak tanya
apa??” Terkejut Amirah dengan kenyataan bekas ibu mertuanya..sedang dia
terpinga-pinga tanganya pula ditarik oleh bekas ibu menantunya menuju keruang
tamu. Mereka duduk bertemu lutut disofa runag tamu. Kelihatanya Puan Sharifat
tidak sabar-sabar hendak mengeluarkan isi hatinya wajahnya nampak sungguh
gembira. Mencecah sahaja punggung Puan
Sharifah disofa terus sahaja ketopik yang hendak dinyatakan.
“Mama sebenarnya
bersyukur sangat Mirah sudi terima Loqman jadi suami Mirah semula.. mama tak
sabar nak Mirah jadi menantu mama balik..kalau boleh hari Sabtu ni Mirah
nikah.”
“Ehh mama!! takkan Sabtu
ni..tak cepat sangat ke?” Amirah terkejut dengan perancangan bekas ibu
mertuanya.Tampa berbasa basi Puan Sharifah terus menyampaikan hasrat
hatinya..hatinya begitu teruja. Malam tadi tidurnya tidak begitu lena
menantikan pagi. Terasa lama menanti terbitnya sang mentari..tadi baru pukul
tujuh, sudah digesa suaminya bersarapan dan bersiap turun ke Kuala Pilah
menyampaikan hajat hatinya.
“Mama bukan apa
Mirah..mama dah lama tunggu Mirah sudi jadi isteri Loqman semula, lagi pun kak
ngah ada kat rumah tu, dia nak habiskan cuti bersalinya kat PD. Minggu depan
dia dah mula kerja. Kalau dia dah kerja nanti susah dia nak dapat cuti lagi,
lagi pun Mirah tengah cuti kan senang.. tak payah minta cuti lagi”. Kak ngah
adalah kakak ipar Loqman yang nombor dua. Bekerja sebagai seorang guru di Kuala
Terengganu, sudah hampir dua bulan
melahirkan anak yang ke tiga, seorang bayi lelaki. Abang Loqman yang kedua
ini telah mempunyai dua orang anak perempuan.
Setelah
lama mendiamkan diri mungkin sedang berfikir. Ibu mertuanya bersuara kembali. Melihat
Amirah tunduk mendiamkan diri.Puan Sharifah menyambung kata-katanya lagi...
“Mirah, ni mama dah
bawakan baju untuk hari nikah Mirah esok, sama dengan warna baju Loqman. Mirah
setuju ye.” Lembut suara Puan Sharifah memujuk. Amirah mengangkat muka
memandang wajah bekas ibu mertuanya yang bersungguh. Melihat Amirah membatu tidak
bersuara.Puan Sharifah menyambung lagi rayuannya.
“Mirah, hari Sabtu ni
atau bulan depan ke…sama saja, Mirah juga yang akan nikah dengan Loqman, lagi
pun bukan kita nak buat besar-besaran, nikah saja kan. Kalau Mirah dah nikah
dengan Loqman senang hati mama, boleh ye Mirah mama harap sangat Mirah setuju.”
Amirah sudah tidak terkata lagi, jika sudah itu yang diminta oleh bekas ibu mertuanya, akhirnya dia
mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Untuk membantah dia tidak sampai
hati. Dengan suara perlahan dia berkata..
“Mirah ni ikut saja,
mama bincang lah dulu dengan ayah dan ibu Mirah. Mirah ikut mana yang
baik.” Hanya itu yang dapat diperkatakan
demi melihat kesungguhan bekas ibu mertuanya. Dia tahu sejak dari dulu lagi ibu
saudaranya yang ini memang sayangkan dirinya.
Walaupun dia sudah tidak menjadi menantu mereka mereka tetap menganggap
dirinya seperti anaknya.
“Mama dah minum ke?..nanti
Mirah buatkan air.” Amirah bangun menuju kedapur sementara ibu mertuanya pula
menjengah keluar rumah.
“Limah, Rahim dan
papanya mari lah naik kita bincang hal anak kita ni.”
“Tenguk tu Limah, Rahim
tak sabar-sabar kakak kamu tu.” Mereka naik kerumah bila mendengar gesaan dari
Puan Sharifah. Untuk membincangkan hal anak mereka.
Mereka
berbincang diruang tamu. Jika di lihat dari perbincang kedua belah keluarga,
Amirah merasakan kedua ayah dan ibunya seperti sudah lama bersedia. Mereka
tidak membantah apa yang diperkatakan oleh bekas besan mereka. Berdebar hatinya
mengenangkan hari-hari mendatang. Tetapi keluarganya dan keluarga bekas
suaminya kelihatan sungguh gembira. Mereka makan tengahhari sambil berbual
ceria bersama cucu mereka yang keletah, seakan mereka meraikan sesuatu
kemenangan. Selepas solat zohor barulah mereka pulang. Sepeninggalan mereka,
Amirah bertanya apa yang berbuku didalam hatinya kepada kedua orang tuanya.
“Ayah,ibu kenapa
ikutkan sangat cakap mak long dan pak long tu….hari Sabtu ni tak ke suntuk
sangat.”
“Tak apalah kakak ada
lagi tiga hari ..sempat lagi, kejap lagi
ibu telefon angah dan Tirah suruh diorang balik tolong kita..kakak jangan bimbang. Lagi
pun kita bukan nak buat kenduri besar-besaran.. nikah saja, lepas tu buat dua
tiga ‘jambal’ hidangan panggil jiran sebelah menyebelah jadilah..betul tak
ayahnya.”
“Betul tu kakak..bab
kadi pak long yang uruskan. Katanya kalau nak nikah kat rumah boleh panggil
kawannya.. dia bekas kadi. Ayah kata
tadi nikah dipejabat kadi saja senang, tapi kakak kena nikah hari Jumaatlah
paling lambat atau pun hari Khamis ni.” usik ayahnya. Dia tahu anaknya
mengelabah dengan pernikahahnya yang tidak dirancang dan diduga.
“Haa ayah ni biar betul,
kakak tak naklah tergesa-gesa sangat, ini pun macam ada yang tak kena saja ni, mak
long dan pak long nak cepat-cepat ni kenapa agaknya.” Amirah mula ber prasangka
buruk pula pada bekas kedua mertuanya.
“Kakak! kakak janganlah
fikir yang bukan-bukan, niat mak long dan pak long tu baik. Dia sayang sangat kat kakak. Dia tak
sabar-sabar nak kakak jadi menantu mereka semula”. Terang Puan Halimah.
“Ia kakak..mungkin dia
takut kakak berubah fikiran.” sambung Encik Rahim pula, tapi sememang itulah
yang ditakuti oleh kedua keluarga itu. Mereka takut Amirah bertukar fikiran dan
menolak Loqman semula.
Sehari selepas pulang dari berbincang dirumah keluarga
Amirah, Encik Abdul Majid menghubungi Encik Abdul Rahim. Dia memberitahu bahawa
kawanya bekas kadi itu sekarang ini berada di Mekkah mengerjakan ibadat Umrah.
Nampaknya anak mereka terpaksalah dinikahkan di pejabat agama saja, ini
bermakna mereka akan dinikahkan selewat-lewatnya hari Jumaat.Berita itu
disampaikan kepada ibu Amirah. Kemudian mereka berdua menyampaikanya pula
kepada Amirah.
“Kakak meh sekejap
nak…”lembut sahaja ibu Amirah berbicara.
“Ye bu, ibu panggil
kakak ke?” ketika itu Amirah didapur sedang menyediakan makan makan malam
mereka. Apabila Amirah bercuti hati ibu
Amirah girang kerana kerja-kerja rumah, membasuh kain baju dan memasak dilakukan oleh Amirah tampa meminta
bantuannya. Dia pula akan mengemas sekeliling rumah.
“Mari lah ibu dan ayah
nak bincang sikit dengan kakak ni.” setelah Amirah duduk bersama mereka diruang
tamu ayahnya membuka kata.
“Kakak! nampaknya kakak
kena nikah hari Jumaat ni..sebab kadi kawan Pak Long tu tengah buat Umrah
sekarang ni.”
“Ehh ayah!! sempat ke?”
berkerut-kerut lagi dahi Amirah..Ahh belum masuk tiga puluh dah berkedut seribulah muka aku ni..kerana
memikirkan hal peribadi. Pulang bercuti
kali ini dia asyik terkejut-kejut sahaja mendengar berita-berita yang tidak
disangka-sangka..detik hatinya. Ini
semuanya angkara Loqman.
“Sempat lah…bukan buat
apa pun, nikah saja dipejabat agama..malamnya kita buat kenduri doa selamat
sikit, okkan ibunya.” cadang ayah Amirah, seakan tiada masaalah baginya.
“Limah ok saja .“
dengan senang ibunya mempersetujui cadangan ayahnya. Kemudian dia menyambung lagi, mengatur rancangan.
“Kakak jangan bimbang
nanti masa kakak pergi pejabat ugama, ibu ajak dua orang makcik kakak dan jiran kita masak pun sikit saja makan untuk tiga puluh orang cukuplah kan ayahnya".
"Cukuplah tu kita khenduri doa selamat dan pemberitahuan kaka dan nikah dengan Loqman...nanti taklah timbul fitnah".
"Ayahnya esok pergilah beli barang-barang yang
hendak kita masak. Ibu dah telefon Tirah dan angah suruh ambil cuti, diaorang
akan cuti Jumaat ni.. entah-entah malam esok mereka dah sampai.” mereka
sekeluarga akan sama-sama menjayakan majlis bagi menyatukan Amirah dan Loqman.
“Eloklah tu ayah
setuju.” Amirah sudah tidak terkata apa..bila kedua ayah dan ibunya menyokong
padu rancangan bekas besan mereka. Kelihatannya mereka sangat gembira.
“Kakak ni kalau nak
nikah mesti macam tergesa-gesa saja. Dah masuk kali kedua pun macam ni juga.”
rungut Amirah tapi tetap didengari oleh kedua ayah dan ibunya.
“Kenapa kakak tak
setuju ke?” ayah bertanya bila mendengar rungutan anaknya.
“Bukan tak setuju..tapi
kakak takut jadi macam dulu…dulu abang Loqman juga yang nak cepat, akhirnya..”
Amirah tidak meneruskan kata-katanya.
“Tapi sekarang Loqman
dah lain, dia dah mempersiapkan dirinya dengan ilmu agama supaya dia boleh
bersabar jika ditimpa musibah dalam rumah tangga. Kata Pak Long sepanjang dia
menjadi duda, dia belajar ugama dimasjid. Dia selalu mengikuti mereka mendengar
ceramah-ceramah ugama. Kalau dia ada kat PD hari Sabtu dan Ahad dia ikut pak
long dan mak long pergi kursus haji. Dia betul-betul berusha untuk menjadi
suami dan ayah yang bertanggungjawab.” panjang lebar ayahnya meyakinkan
anaknya. Mendengar kata-kata ayahya yang bersungguh-sungguh Amirah tidak dapat
berbuat apa-apa lagi, melainkan mengikut segala yang telah dirancangkan.
“Ayahnya jangan
lupa..esok bagi tahu dan jemput sekali abang Long Sudin sekeluarga..nanti kecik hati diorang
tu”.
“Ialah ibunya esok
balik kerja abang singgah rumah dia orang..abang pergi sorang Limah tak payah
ikut. Nanti abang cakaplah sebab-sebanya tentu diaorang faham. Yang sebetulnya abang long tu bukan
cerewet sangat kalau kita berterus terang dengan dia, hanya yang dia bising tu
kadang-kadang macam kita ni membelakangkan dia sebagai orang tua...dia ok kalau
kita cakap elok-elok”. Amirah meninggalkan kedua ayah dan ibunya yang sedang
berbincang diruang tamu, malas dia mahu mendengar perbincangan tentang dirinya.
“Ehh takkan abang nak
pergi kerja juga esok...esok juga nak beli barang yang kita nak masak.”
“Tak apalah ayah kerja
sehari sahaja kemudian terus memohon cuti..sambil tu abang nak jemput
kawan-kawan abang untuk kenduri doa selamat malam Jumaat nanti..”
“Habis nak pergi beli
barangnya bila?”
“Hari ni baru hari
Rabu, esok kita beli barang yang kering pakai kereta Mirah sekali harung saja..
Jumaat pagi pula abang pergi selepas
subuh..beli barang waktu barang baru turun dari lori ni murah harganya Limah”.
Encik Abdul Rahim sudah biasa pergi awal pagi jika dia kepasar membeli
barang-barang basah.
“Elok jugalah
tu..beras, bawang dan minyak masak abang beli petang balik kerja pun boleh kan
bang..lagi pun bukan nak masak banyak sangat.. buat dalam tujuh atau lapan
jambal cukuplah, kan bang”.
“Cukuplah tu..tapi kalau boleh lebihkan lah sikit abang rasa nak jemput kawa-kawan abang sekali lah Limah"
“Bang! kawan-kawan
abang tu kalau yang dekat ajaklah sekali orang rumah diorang ye.. untuk
meramaikan majlis kita”. Terasa sudah ada kemeriahan dihati ayah dan ibu
Amirah.
Hari yang
tidak pernah dirancangkan oleh Amirah tiba juga. Loqman tersenyum lebar dari
dia pergi kepejabat kadi untuk dinikahkan hinggalah sampai para tetamu yang menghadiri
kenduri doa selamat beransur pulang. Kini tinggal keluarga Amirah sekeluarga
duduk menikmati makan malam bersama, temasuk Amirah tiga beranak.Tiba-tiba
Syifa bersuara ..
“Ayah dan ibu dah
kahwin yeeh…ayah bolehlah tidur sini…esok bolehlah ayah hantar Syifa pergi
sekolah yee.” Berderai suara ayah,
pakcik, mak cik dan datuknya ketawa, ibunya hanya tersipu malu dan tekedu,
mendengar pertanyaan anaknya di depan semua orang.
“Siapa yang nak hantar
Syifa..semua orang nak bangun lambat esok..betulkan abang Man.” Adnan cuba
mengusik anak saudaranya.
"Apa pak ni jangan jadi pemalas..atuk kata bangun lewat ni rezeki tak masuk tau"
“Betul tu pak ngah…ayah
pun nak bangun lambat esok"
"Eeee apa ayah ni nak ikut jadi pemalas macam pak ngah pulak"
"Apa pulak pemalas ni ha... Lepas makan ni semua orang mesti kemas kalau tidak, suka sangatlah tikus cicak dan lipas dengan pinggan manggkuk yang kotor ni.” Loqman pula mengiakan kata-kata adik Amirah yang kedua Adnan dengan panggilan pak ngah, sengaja dia mengusik anak dara suntinya yang becok. Mulut Syifa mula memuncung macam muncung Donald duck, memek muka dimasamkan dengan jeligan segala, dipamairkan diraut mukanya.
“Kalau macam tu atuklah
hantar Syifa..selalu pun atuk yang hantarkan Syifa pergi sekolah.yeeh” Dia
memberi senyuman manis khas untuk
datuknya.
“Hari ni kita dah penat
kenduri, ni nak kemas lagi..rasanya atuk pun nak bangun lambat. Atuk nak
cutilah esok…ialah atuk cuti kerja dan cuti hantar Syifa esok. ”
“Macam mana ni …semua
orang malas nak hantar Syifa pergi sekolah.. nak jalan sorang-sorang nanti
Syifa kena culik pula, atuuk juga yang susah nanti.”
“Atuk kan polis tak siapa berani kacau cucu
atuk.” jawab balas atuknya pula.
“Oklah kalau macam tu
biar maklang saja yang hantar.” sampuk Atirah yang datang untuk menambah lauk
yang sudah habis diatas meja.
“Haa ada juga orang nak
hantar Syifa..oklah mak langlah yang hantar esok pagi yeeeh” Syifa berpaling
kearah mak langnya dia memberi seyuman manisnya khas buat mak langnya pula.
“Ok mak Lang hantar..
tapi Syifa kena dukung mak lang lah..mak lang tak pandai bawa motor tak pandai
juga bawa kereta..nak jalan jauh mak lang penat ni.” jawab mak Lang bersyarat
pula. Muka Syifa muncung kembali.
“Alaah mak Lang
ni..mana Syifa larat nak dukung mak lang ..kan Syifa ni kecil lagi...ibu macam
mana ni... Ibu lah hantar Syifa.” Syifa memegang lengan ibunya, wajahnya sudah
mahu menangis, memikirkan tiada siapa mahu menghantar dirinya pergi kesekolah
esok pagi.
“Esokkan hari Sabtu …
Syifa sekolah ke?” sambut ibunya yang kesian melihat anaknya diusik.
“Ohh..ye ke..lupa pulak Syifa..ye..ye..ye esok
cuti… lupa pulak Syifa hari ini hari Jumaat.” wajahnya mula ceria.
Mulutnya becok semula.
“Itulah seronok sangat
ibu dan ayahnya dia ada…sampai terlupa hari.. cucu nenek ni.” puan Halimah yang
baru keluar dari dapur menyampuk.
Selesai makan, mereka sekeluarga sama-sama berkemas dan
membasuh pinggan mangkuk. Tidak terkecuali Loqman dan Amirah. Mereka juga
tolong berkemas. Loqman sibuk mengangkat pinggan kotor. Amirah pula mencuci
pinggan yang telah dilonggokkan ditempat basuhan. Terdapat tiga buah besen
besar yang berisi air. Satu besen yang agak kecil sedikit air sabun, satu besen
lagi air bersih yang telah dicampurkan dengan kulit limau kasturi dan sebesen
lagi air yang bersih. Kata puan Halimah supaya mudah membilas pinggan mangkuk,
itulah fungsi air bilasan dicampur kulit-kulit limau kasturi. Melihat isterinya
membasuh pinggan seorang diri, Loqman menghampiri.
“Biar abang tolong
bilas..mana yang dah basuh?” Loqman menghulur bantunan bila dilihat isterinya
membasuh pinggan sendirian. Amirah menunjukkan pinggan yang telah dicuci untuk
dibilas sahaja.Manakala ibunya dan Atirah sibuk memanaskan lauk-lauk lebih
kehenduri tadi.
“Bang masukkan pinggan
yang Mirah dah sabun ni dalam dalam besen yang ada kulit limau”.
“Kenapa?”
“ nak buang air
sabunnya, nanti baru masukkan dalan besen air bersih tu ye.” terang Amirah.
Kemudian datang pula
Adnan membawa sebuah lagi besen besar.
“Abang Man dah bilas
masukkan dalam besen ni, nanti angah angkat tanggkup kat dalam, ibu dah
sediakan tempat tu.” setelah habis kerja-kerja mengemas, Loqman bersuara...
“Abang nak mandi
dululah Mirah.. abang tak solat Isyak lagi ni..Mirah dah solat?”
“Belum juga..abang
pergilah mandi dulu nanti Mirah ambilkan tuala dan kain abang. Kain abang, .abang
letak kat mana?”
“Rasanya masih dalam
kereta tak ambil lagi..biarlah abang ambil sendiri..Mirah kita sembayang
berjemaah ya ..abang tunggu.”
“Ialah..”sepatah jawab
isterinya..Loqman berlalu mengambil pakaiannya didalam keretanya.
Malam itu buat pertama kalinya Amirah solat berimamkan
suaminya. Diperkahwinannya yang dahulu, Loqman tidak pernah mengajak Amirah
sembahyang berjemaah bersamanya. Maklumlah waktu itu ilmu agamanya hanya boleh
untuk diri sendiri sahaja. Sejak dia menjadi duda dia berazam mempelajari ilmu
agama sebanyak mungkin, supaya dia dapat
membimbing isteri dan anak-anaknya kelak kejalan yang diredai Allah. Semoga
bahtera rumah tangganya diberkati Allah dan dapat bertahan bila dilanda badai
dengan iman didada. Selesai solat Amirah bersalaman dan mencium tangan
suaminya. Loqman mengesut merapatkan dirinya kepada isterinya, telekong
isterinya ditanggalkan kemudian dia mencium dahi isterinya. Dengan mata berkaca
dia berkata dengan perlahan..
“Terima kasih Mirah
kerana sudi terima abang kembali walau pun abang banyak buat salah pada
Mirah... terima kasih kerana bagi abang peluang membetulkan diri abang ni.” air
matanya meleleh dipipinya, dia rasa terharu dan dia rasa bahagia diatas
penerimaan Amirah dan keluarganya.
“Mirah berterima kasih
juga kerana abang masih boleh menerima Mirah seadanya, Mirah ni banyak
kekurangannya bang.”
“Jangan cakap macam
tu..abang yang banyak kurangnya Mirah.” Loqman menarik isterinya dalam
pelukanya dan mengucup umbun-umbun isterinya dengan rasa syukur yang tak
terhingga. Dia berjanji didalam hatinya akan menjadikan peluang kedua yang
diberikan kepadanya satu yang membahagiakan rumah tangga mereka.
Pagi itu, pagi lagi Amirah sudah bangun, setelah mandi
dan bersolat subuh berjemaah dengan suaminya, dia kedapur. Mengemas mana yang
masih perlu dikemaskan. Kemudian dia memasak sarapan pagi. Memandangkan masih
ada lagi lauk-lauk khenduri yang masih tidak habis dan boleh dimakan lagi,
Amirah memasak nasi goring dan memanaskan lauk-lauk baki semalam. Dia bersiap
cepat kerana pagi itu juga mereka akan kePort Dickson pula, kerumah keluarga
Loqman. Malam tadi Puan Sharifah menghubungi Loqman, menyatakan keluarga mereka
akan mengadakan sedikit makan-makan untuk keluarga dan jiran-jiran berdekatan
rumah mereka. Ketika Amirah sedang leka di dapur Puan Halimah menegurnya di
pintu dapur.
“Cepatnya kakak buat
sarapan.”
“Oh ibu...malam tadi
mak long telefon katanya rumah dia nak buat jamuan makan tengahari ni..jadi
kami kena pergi sanalah pagi ni..taklah pagi sangat..dalam pukul sembilan ke
pukul sepuluh agaknya bertolaklah.”
“Eloklah tu..cepat
sampai nanti boleh tolong sikit-sikit..mak mentua kakak pun bukan ada sesiapa
nak tolong, kan katanya kak ngah Loqman tu baru habis pantang tak kan dia yang
nak buat kerja yang berat-berat. Keluarga abang Long Loqman tak balik kan
Mirah”.
“Tak sempat balik
bu..buat khenduri mengejut macam ni mana sempat nak minta cuti”.
“Tak apalah
Mirah..Mirah dan Loqman pun dah selamat
nikah.. pergilah kesana cepat sikit
boleh tolong-tolong mana yang patut.”
“Ialah bu lepas sarapan
nanti kami bertolak… Syifa dah bangun bu.”
“Sudah agaknya..dah
bunyi riuh suaranya dalam bilik kamu tu dengan ayah dia.” Setelah lama
mendiamkan diri dan Amirah mula menyambung kerjanya ibunya memanggilnya anak
sulongnya perlahan...
“Amirah”.
“Ye bu..” Amirah
memberhentikan kerjanya dan berpaling memandang ibunya semula. Dia ingin
memberi tumpuan apa yang hendak diperkatakan oleh ibunya. Jika ibunya memanggil
dengan namanya pasti ada perkara yang serius yang hendak diperkatakan.
“Kalau kita memaafkan
suami kita, biar lah kemaafan yang tulus ikhlas, jangan ada dendam lagi dihati
kita. Dendam ni umpama ‘api didalam sekam’ dalam sebuah rumah tangga. Kemudian
jangan ungkit perkara yang lepas..sebab ungkitan ni umpama duri yang mencucuk
hati.. walaupun tusukkanya tidak parah tapi sakitnya berpanjangan jika selalu
di cucuk”. Amirah memasukkan kata-kata ibunya kedalam hati dengan rasa insaf.
“Baiklah bu, kakak
ingat pesan ibu tu dan terima kasih diatas tunjuk ajar dan nasihat ibu.” Amirah
menghampiri ibunya dan memeluk ibunya erat. Dia menangis didalam pelukkan
ibunya...mukanya disembamkan di bahu ibunya.
“Kenapa kakak
menangis?”
“Kakak rasa bertuah
sangat, kakak tak pernah kesaorangan, ketika kakak susah ibu dan orang-orang
disekeliling kakak memberi sokongan padu, memberi bimbingan supaya kakak tak
sesat jalan. Ini masa kakak bahagia ibu masih berdiri disisi kakak memberi
tujuk ajar, Alhamdulillah kakak bersyukur sangat-sangat.” Esak Amirah didalam
pelukkan ibunya.
Alhamdulillah, terbina semula ikatan perkahwinan antara Amirah & Luqman. Harap2 mereka dpt menepis musibah2 yg akan dtg dgn tenang...
ReplyDelete