Apa diharap padi seberang,
Entah berbuah entahkan tidak,
Apa diharap kasihnya orang,
Entahkan kasih entahkan tidak.
Akhirnya pernikahan yang dirancang oleh dua sahabat
berlangsung juga. Sungguh gembira kedua sahabat itu apa yang apa yang diimpikan
selama ini berjalan dengan lancar. Itulah perasaan bagi pehak kedua datuk dan
nenek mempelai. Tetapi bagi pehak kedua pengantin baru pula ianya tidak beri
apa-apa makna. Kerana hari bersejarah itulah kini Nur Jannah termanggu
sendirian di kamar pengantin yang mewah terhias indah. Di setiap sudut biliknya
jambangan mawar berwarna merah jambu dan merah tergubah cantik. Menghasilkan
haruman yang sungguh menenangkan bila menyentuh rongga hidung siapa sahaja yang
berada dibilik itu.
Nur Jannah mengelamun sendirian, mengingati
perjalan hidupnya sehinggalah ditelentang dikatil empuk disebuah hotel bertaraf
lima bintang. Patut sungguh dengan nama hotelnya HOTEL IMPIAN. Mungkin setiap
orang mengimpikan bilik tidur yang sebegitu rupa. Bagai bilik peraduan sang
puteri layaknya. Tetapi itulah kebenaranya bukankah dia menjadi ratusehari hari
itu. Baru sebentar tadi dia bersama suaminya diraikan. Mereka berjalankan
berpimpin tangan menuju kesinggahsana untuk bersanding. Dia dipakaikan dengan
pakaian yang bergemerlap dengan batu permata. Wajahnya disolek hingga menjadikan
dia begitu jelita. Hari itu dia bukan lagi NurJannah yang biasa, tetapi
NurJannah puteri yang anggun bergaya dan jelita. Tetapi kini rajanya entah
kemana meninggalkan sang ratu seorang diri. Kejelitaan wajahnya yang dirias
tidak dapat menambat hati sang raja. Entah apalah nasibnya.
Waktu sudah menghampiri dinihari. Jarum jam telah
melepasi angka tiga pagi. Andainya mereka adalah pasangan yang saling mencintai
dan menyayangi tentu dirinya sedang didodoikan dengan lagi PUKUL TIGA PAGI lagu
nanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee oleh suaminya. Ahh NurJannah
berangan-angan.Tetapi bukankah begitu adatnya dimalam pertama setiap pengantin.
Kenyataanya kala itu NurJannah baring bersendirian
tanpa ditemani oleh Tengku Farid Izzuddin yang telah sah menjadi suaminya
semalam, seperti layaknya pengantin-pengantin lain di malam pertama mereka.
Akhirnya dia terlena juga. Dia tersedar apabila jam di telefon bimbitnya berbunyi
menandakan telah masuk waktu subuh. Dengan rasa yang masih mengantuk Nur Jannah
masuk ke bilik air membersihkan tubuhnya dan mengambil wuduk. Selesai
bersembayang subuh Nur Jannah berzikir sedikit dengan zikir-zikir yang telah di
ajar oleh datuknya. Dia mengelamun lagi…
Dari awal lagi Nur Jannah sudah bersedia dengan
keadaan itu.. sebab seminggu sebelum hari pernikahan mereka, Tengku Farid telah
merencanakan satu pertemuan di sebuah Restaurant dibangunan KLCC, untuk
berkenalan di samping memberitahunya sesuatu yang ‘mengejutkan’ katanya.Sampai
sahaja bakal suaminya dihadapanya… tampa sempat dudu dan berbasa basi terus sahaja dia berkata..
Kata-kata itu masih terngia-ngia ditelinga nya, dia menerimanya dalam mengerti. Rupanya itulah perkara yang mengejutkan. Setelah mengucapkan kata-kata keramat itu dia melangkah pergi. Tergesa-gesa keluar semula seperti orang diburu waktu. Tinggallah Nur Jannah yang terkedu dan terpinga-pinga di restoran itu sendirian. Itulah temu- janji pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa seminggu saja lagi. Pertemuan yang tidak sampai sepuluh minit.
Sudahlah dari rumah nendanya tadi dia terburu-buru berkejar ketempat pertemuan yang telah didipilih oleh bakal suaminya. Tempatnya pula ditengah-tengah jantung Kuala Lumpur, serasa bakal suaminya sengaja mendera dirinya pula. Alhamdullilah Pak Bakar sangat memahami dan mengenali tempat-tepat diseluruh pelusuk Kuala Lumpur, kerana dia sudah berpuluh tahun mencari kehidupan di Kuala Lumpur. Mudah sahaja dia menuju tempat pertemuan. Sudahnya dia pula yang terpaksa menunggu hampir setengah jam kerana bakal suaminya itu datang lewat darinya. Alasanya ‘trafic jam’ dapat pula kata-kata yang seperti ‘halwa manisnya’… entahlah nasib agaknya. Mujurlah Pak Bakar setia menanti sehingga pertemuan antaranya dan Tengku Farid selesai. Jika tidak, terpaksalah dia pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Pasti banyak soalan yang akan ditanya oleh nendanya. Mahu cair dan sakit telinga di buatnya.
Inilah takdir yang berlaku ke atas dirinya. Bagi dirinya perkahwinan ini juga bukanlah di atas kehendaknya. Segalanya diatur oleh nendanya. Dia terpaksa rela menerima. Dia tidak mengenali langsung peribadi bakal suaminya itu. Seingatnya hanya dua kali dia dipertemukan dengan lelaki itu. Dia hanya mendapat tahu tentang pernikahannya itu melalui nendanya sebulan sebelum ianya dilangsungkan.
Malam itu selepas makan malam, sedang dia membantu Makcik Milah berkemas, dia dipanggil oleh nendanya keruang tamu.
“Jannah meh kejap..biar mak Milah yang kemas, nenda nak cakap dengan Jannah ni.” Mendengar panggilan Tengku Khalidah pembantu rumahnya mengesa NurJannah keruang tamu segera.
“Mak Milah kata jangan kemas biar mak Milah yang kemas..Dah lah Jannah nanti nenda kamu marah mak Milah ni..pergi dia dah tunggu kat depan tu.”
“Tinggal sikit ni mak Milah kata nenek kat kampung tak baik kerja tak habis.” Apabila NurJannah tidak menghiraukan larangannya, dia merampas kain buruk yang digunakan oleh NurJannah mengelap meja dan menolak NurJannah keruang tamu.
“Heee budak ni degil betul…dah pergi sana…orang kata tak payah” sungut mak Milah..sudah berkali-kali Mak Milah melarang NurJannah membantu dia membuat kerja rumah namun tidak pernah dihiraukan olehnya. Jika NurJannah berada dirumah dia akan tetap membantu membasuh pingganmangkuk, memasak dan membasuh kain baju apa saja kerja rumah semua ingin ditolongnya.
Setelah dia duduk dihadapan nendanya..
“Jannah bulan depan nenda nak adakan majlis pernikahan kamu dengan cucu Tengku Faizal.”
“Ehh..Jannah tak kenal pun cucu Tengku Faizal tu.”
“Mana tak kenalnya… kan dah banyak kali jumpa..dia ada datang kat office kita.”
“Jannah tak ingat yang mana satu?” dengan dahi berkerut cuba mengingati, NurJannah mula membayangkan wajah orang yang bakal menjadi suaminya.. kalau orang itu yang maksudkan oleh nendanya cucu Tengku Faizal…orangnya tinggi lampai, bertubuh sedehana, berkulit cerah, rambutnya lurus, hidung mancung dan wajahnya pula bujur ada misai nipis menghiasi atas bibirnya. Matanya agak sepet…wajahnya mirip Tengku Faizal yang seakan-akan wajah Cina sedikit.
“Jannah ni belum lagi tua dah pelupa..masa Tengku Faizal datang dua minggu lepas dengan seorang anak muda dialah orangnya…kami dah setuju dan Tengku Farid pun dah setuju dinikahkan dengan kamu..jangan lupa nama bakal suami kamu tu Tengku Farid Izzuddin” Sahlah orang itu detik hati NurJannah.
” tak payah bertunang dulu ke nenda?”
“Tak payah bertunang-tunang..nikah saja terus tak payah nak banyak kerja.” Sebenarnya Tengku Khalidah takut perkara lama berulang lagi jika mereka bertunang.
“Tapi nenda.. Jannah rasa macam tak sesuailah dengan dia.”
“Tak sesuai apanya..dengar cakap aku ni..bulan depan bersiap-siaplah..kami dah bincang majlis sandingnya nanti akan diadakkan dihotel kepunyaan mereka Hotel Impian. Tapi nikahnya kat kampung kamu diKuala Selangor sebab datuk kamu yang akan nikahkan kamu” Tegas bunyi suara nendanya.
Jika sudah nendanya ber’aku’ untuk ganti dirinya
dan nada suaranya sudah tinggi, duduknya sudah ditegakkan dan renungan matanya
sudah tajam menikam..maka kata-katanya sudah tidak boleh dibangkang lagi. Itu
bukan lagi perbincangan tetapi arahan ataupun perintah. NurJannah akur dia
berserah akan segala ketentuan Nya.
Sejak itu setiap selepas solat Magrib dia akan
sembahyang sunat taubat memohon keampunan kepada Allah. Mungkin kerana
dosa-dosanya dia diuji sebegitu. Kemudian dia akan bersembahyang sunat
Istiharah supaya dia ditunjukkan jalan yang diredai Allah untuk kehidupanya
yang mendatang. Selesai bersembahyang dia akan berdoa..
NurJannah menyerahkan diri dan nasibnya kepada
Allah. Kemudian diwaktu diniharinya dia akan bangun dan bersembahyang sunat
hajat pula. Dia memohon agar dapat menerima segala ujian dengan sabar. Tidak
ada tempat lain untuk dia mengadu dan menyerahkan nasib hanya kepada Allah
Tuhan yang Satu. Penuh khusuk NurJannah menadah tangan memohon pertolongan
kepada Allah. Dia pasrah….Bagi Nur Jannah jika ini adalah jodohnya, dia
menerima segalanya dengan redha. Jika itu adalah ujian dia memohon kesabaran
dan ketenangan kepada yang Maha Mengasihani.
Nur Jannah terpaksa akur diatas kemahuan nendanya
yang mahu dia membawa kembali pangkat keturunan ‘Tengku’ kepada keturunan nya.
Itulah alasan Tengku Khalidah tentang perkahwinan yang akan berlandsung tidak
lama lagi. Sepatutnya tugas itu digalas oleh bondanya dahulu, tetapi ianya
tidak dapat dilaksanankan kerana bondanya yang bernama Tengku Raihana telah
berkahwin dengan orang kebanyakkan yang bernama Ahmad Amin iaitu ayahnya.
Kerana itu pada pangkal namanya tidak terdapat gelaran ‘Tengku’.
Pada Nur Jannah apalah yang hendak di banggakan
sangat dengan gelaran keturunan ianya mahluk Allah juga ‘manusia biasa’… tapi
ketegasan Tengku Khalidah nendanya, tidak boleh dibangkang. Bak kata pepatah
jika hitam katanya, maka hitamlah jika putih katanya, maka putihlah. Nur Jannah
tiada diberi peluang bersuara untuk membantah, walaupun ianya bersangkutan
dengan masa depanya. Dia akur dan pasrah dan berlapangkan dada mungkin ada
hikmah segala apa yang terjadi.
Nur Jannah terkejut dari lamunanya apabila terdengar
pintu biliknya dibuka dari luar. Rupanya Tengku Farid baru pulang entah dari
mana. Nur Jannah yang duduk disejadah memandang tanpa mengeluar kan sepatah
perkataan sama ada untuk bertanya. Bagi Nur Jannah tiada apa yang harus di
tanya atau diperkatakankan. Ketika Tengku Farid masuk ke bilik itu tadi, dia
tidak memberi salam dan terus duduk dibirai katil. Nur Jannah jadi
temangu-mangu tidak tahu apa yang harus di lalukannya. Dia serba tak kena.
Apabila suaminya memandang kerahnya NurJannah menunduk memandang sejadah yang
didudukinya. Dengan wajah yang lesu Tengku Farid bersuara. NurJannah memandang
kearah suaminya semula bila dia mendengar suaminya bersuara..
Tengku Farid mengulangi kenyataan yang telah di nyatakan kepada Nur Jannah seminggu yang lalu.
‘La… berapa kali lah Pak cik ni nak ulang… Kan hari tu dah cakap, aku masih ingat lagi, belum lupa pun. Tahu lah, tak payah nak cakap banyak kali..aku tak harapkan apa-apa dari kau’ kata-kata Nur Jannah itu hanya bergema dalam hatinya sahaja. Dia hanya termangu sambil memandang suaminya dengan pandangan yang tidak dapat di mengertikan sama ada sedih atau pun suka. Dia bagaikan orang yang tidak berperasaan dan tidak memahami apa yang diperkatakan oleh suaminya.
Setelah mengulangi kenyataan itu, Tengku Farid terus mendiamkan diri, dia ingin mendengar apa yang akan di perkatakan oleh Nur Jannah pula tetapi malangnya Nur Jannah hanya berdiam diri. Lalu Tengku Farid bangun dan menyambung kata-katanya yang terhenti tadi.
“Cepatlah siap.. kita pergi breakfast dulu, sebelum kita pergi ke rumah grandpa” ujar Tengku Farid sambil bangun untuk melangkah keluar.
Bila
mendengar suaminya berkata begitu, Nur Jannah menanggalkan telekungnya lalu
dilipat. Dia bangun dan melipat sejadahnya pula lalu dimasukkan kedalam begnya ‘La… dah siap pakai baju dengan tudung
rupanya’ detik hati Tengku Farid. NurJannah setelah memasukkan sejadah dan
telekung didalam beg galas yang dibawa dari rumah nendanya, terus sahaja dia
mengekori suaminya dari belakang, tiba-tiba suaminya berhenti menoleh dan
bertanya…
‘Hsyyy dia ni berhenti tak bagi isyarat, kalau terlanggar tadi aku pula yang kena samman’ hati Nur Jannah berkata-kata lagi.
Tengku Farid berkata-kata di dalam hatinya ketika
melihat Nur Jannah membuka telekungnya tadi sudah siap berpakaian dan bertudung
selepas itu dia mengekorinya untuk keluar juga dari bilik hotel itu. ‘Macam ni saja ke..tak berbedak ke dia
ni..emm oklah tak de la lama aku nak tunggu dia siap. Yelah, perempuan ni kan
kalau time bersiap, diaorang lah yang paling lambat sekali… nak sapu bedak
sana..nak sapu lipstik sinilah alah macam-macam lah’ Pengalaman itu
didapati bila melihat neneknya Tengku Faridah bersiap.
Terima kasih tuan. ^_^
ReplyDeleteNak jawab PANTUN kat atas tu ... :)
Hai PADI segala padi,
Padi berasal BUKiT SIGUNTANG;
Hai jadi segala JADI,
Jadi berTiTAH tidak terhalang .
:)
^_^
Jadi = KUN .
memang tak tnguk lagi crita ni...bila buka ada pula yang nak membalas pantun.Terima kasih ye..mak teh mmang suka pantun..warisan kita yg dah terpandang lagi kan.
ReplyDelete