Siapkan
tissue atau kain, nak lap air mata. Tak tahulah pada mak teh bab yg ni sedeh
sikit. Dua kali semak dua kali mata mak teh merah. Ha..ha..ha (menangis) ialah
tu. Tak sempat nak jawab komen sebab nak hbiskan bab ni sorry ye
====================================
Hari
berganti hari masa berlalu dirasakan sangat cepat berganti. Itulah yang dirasa
oleh Sarah. Kini anak perempuan suaminya dari isteri tuanya sudah menjangkau
usia 3 bulan ini bermakna isteri tua suamiya sudah bekerja sebulan yang lalu.
Dia kakitangan kerajaan cuti bersalinya 60 hari (2 bulan).
Setiap
hari dia dan suaminya akan menyaksikan isteri tuanya menjaga anak melalui CCTV
yang dihubungkan dari rumah isteri tuanya. Balik sahaja dari kerja sambil
mendukung anak yang kecil Nuri akan masuk kedapur untuk memasak makan malam
mereka bertiga. Anaknya yang tua akan dipermainan dan dia bermain sendiri.
Sesekali dia akan melayani juga anaknya yang tua agar anaknya tidak kebosanan
bermain sendirian.
Biasanya
Nuri akan menyuapi anaknya yang tua diruang tamu dengan semangkuk besar bubur.
Mereka berdua akan mendengar kata-kata
Nuri, itulah ucapanya setiap kali menyuapi anaknya, lucu dipendengaran pada mereka berdua.Macam
dalam cerita Nujum pak Belalang dialog antara Badan dan Nyawa didalam gua yang
sedang membahagi hasil curi mereka. Kadang-kadang suaminya turut mengajuk
kata-kata isteri tuanya...
“Abang
Wafi duduk sini kita makan. Baca Bismilah sayang” setelah anaknya mengucapkan
perkataan bismillah dengan pelat bahasa kanak-kanaknya..dia mula menyuapi.
“Bismillah haa satu untuk umi emmm, satu lagi untuk
abang Wafi aaaa emm.” Perkataan itu diulang-ulang, sehingga mereka menghabis
bubur yang didalam mangkuk. Dari sudut pandagan matanya, Nuri tidak berkira
tentang makan, jika diikutkan tentulah tidak sesedap mana makan dengan makanan
budak kecil.Tetapi setelah dia menyuapi anaknya makan, tidak kelihatan lagi dia
mengambil makan lain untuk dirinya. Sunggu besar pengurbanan seorang ibu,
mereka tidak berkira janji anak makan dia tidak kisah walau itu tidak menepati
selera tekaknya.
Ketika
solat Magrib pula Nuri akan mengerjakan dengan begitu tergesa-gesa.
Memandangkan anak yang sulong sedang
lasak dia perlu cepat menyelesaikan solat Magribnya. Jika solat Isyak Nuri akan
mengerjakan ketika anak-anak sudah tidur. Pada solat Isyak Nuri akan
mengerjakan dengan lebih tertib dan teratur surah dan doanya juga dibaca panjang. Selalu dipertengahan doa,
Nuri akan menangis teresak-esak entah apa yang diadu kepada Yang Maha
Pengasihnya. Pada pertama kali melihat Syukri terkaku melihat tingkah Nuri.
Ada sekali
sedang dia bersolat Magrib siabang memukul adiknya dengan botol susu
kosongnya, apa lagi sianak dara kecil
terpekek kesakitan. Dia terpaksa menghentikan solatnya yang sudah di rakaat
yang ketiga. Ketika itu ada tindakkan spontan dari Syukri dia bagai mahu menepis botol yang memukul anak daranya.
“Abang
Wafi kenapa pukul adik, ini adik abang tau, esok abang yang akan jaga adik,
bila adik dah besar nanti abang Wafi main dengan adik, meh sini sayang adik.
Jangan pukul adik lagi ye, umi nak solat. nanti Allah marah kalau umi lewatkan
solat, abang jaga adik ye”.
“Ya Allah permudahkan diriku ketika aku
mengadapMu, terimalah solat yang tidak husyuk ini. Kau ampunkanlah anak-anak ku
dengan perbuatanya.” Dengan esakan doa itu dibaca ketika anak-anaknya sudah
dipangkuan.
Sarah
mengerling suamiya yang tepaku disisnya melihat adigan tadi ternampak wajah
sayunya ada air mata ditubir matanya.
Mendengar rintihan isteri tuanya hati Syukri menjadi hiba. Dia rasa
terpukul akan kesusahn yang Nuri alami.
Kini baru dia sedar akan kesuahan isterinya Nuri selama ini. Sepatutnya mereka
sama susah membesarkan anak, tetapi apakan daya dia mumpunyai satu lagi
tanggung jawab dirumah yang berlainan. Malam itu adalah malam giliranya dirumah
Sarah. Kemudian dia keluar menonton tv, tapi yang pasti fikiranya tidak dirumah
Sarah ketika itu.
Tetapi
selalunya jika giliran dirumah Nuri pun dia akan sampai kerumah Nuri setelah
mereka berdua selesai solat Isyak. Semenagnya dia jarang dapat solat berjemaah
bersama Nuri. Datangnya ketika anak-anak sudah tidur dan Nuri sedang atau pun
sudah selesai solat Isyak. Sejak itu Syukri
jarang mahu melihat CCTV itu lagi. Setiap kali dia melihat perbuatan
Nuri dirumah setiap kali itu juga rasa bersalahnya menjerut tangkai hatinya.
Petang itu
sekali lagi hanya Sarah sahaja yang
menyaksikan perilaku Nuri bersama anak-anaknya dirumah. Tetapi perlakuan Nuri
asing sekali. Dia asyik menekan-nekan perutnya sahaja, sekejap-sekejap dia akan berlari kebilik air
dengan berjalan laju tetapi
terbungkuk-bunkuk.
“Ehh
cepatnya Nuri sampai rumah bang, selalunya kalau pukul enam baru dia sampai.. Ni lima empat
puluh lima dan dah pakai baju rumah”.
“Dia extra
off hari ni, esok pagi baru kerja pagi katanya semalam”.
“Ohh..bang!!bang..meh
tenguk kejap, kenapa Nuri bang, cuba abang tenguk.”
“Biarlah
dia, abang malas nak tenguk, biasalah
dia dengan anak-anak dia”.Syukri duduk
bersantai disofa panggilan isterinya dibilik kerjanya diabiarkan sahaja.
Mendengar
jawapan suaminya, Sarah bangun menuju bilik mandi. Niat dihati dia akan
menyambung aktivitinya selepas mandi nanti. Ditakuti suaminya mengajak dia
keluar makan sedangkan dia belum mandi dan bertukar pakaian lagi. Sudah menjadi
satu kebiasanan pada Sarah sampai sahaja dirumah lap top suaminyalah yang
dikejarnya dahulu. Mahu menyaksikan kegiatan Nuri anak beranak.Entah mengapa
kegiatan dirumah Nuri sangat menarik perhatianya. Dia sebenarnya suka melihat
anak-anak suaminya yang sungguh comel dimatanya.
Selesai
mandi dan bersiap, azan Magrib berkumandang bersahut-sahutan dari bebrapa surau
dan masjid. Syukri pula masuk kebilik air mengambil wudu’, semenatara suaminya
mengambil wudu’ sempat lagi Sarah melihat kescreen laptop suaminya, dilihat
Nuri sedang menunaikan salot Magrib sambil duduk. Hatinya tertanya-tanya mengapakah Nuri berkeadaan begitu. Mengapakah
dia solat duduk adakah dia sakit? Hatinya tertanya-tanya.
“Bang meh lah kejap, tenguk ni. ”
“Biarlah
dia jom kita solat, kita pergi makan. Nanti malam sangat susah, abang nak rehat
cepat malam ni”. Syukri tidak
menghiraukan ajakkan Sarah dia sudah membentang sejadah. Terkocoh-kocak Sarah
mengambil sejadanya juga. Mereka solat Magrib berjemaah.
Pulang
dari makan malam mereka, sekali lagi Sarah mengadap Laptop suaminya. Ketika itu
dia melihat keadaan yang semakin parah. Dengan keadaan anak-anak yang menangis,
Nuri pula terbungkuk-bungkuk bekejar kebilik air sambil menekan perut. Sarah
menaggil suaminya agar dia menyaksikan sendiri keadaan Nuri.
Setelah
dipanggil berulang kali akhirnya Syukri mengalah dan duduk disisi isterinya
Sarah. Mereka berdua menyaksikan segala tingkahlaku Nuri yang amat berbeza dari
hari-hari biasanya.
Bila
dia datang semula keruang tamu setelah
memasuki bilik air, Nuri kelihatan berguling-guling diruang tamu. Kedengaran
juga suara Nuri merintih “Allah..Allah.Allahuakbar” bersulam dengan tangisan dua orang anak-anak
yang masih kecil. Melihat keadaan uminya anak sulungnya datang menghampiri
uminya sambil menangis. Apabila mendengar abangnya menangis adiknya juga turut
menangis dia juga takut ditinggalkan seorang diri. Anak perempuan Nuri belum
lagi pandai merangkak, ialah baru mahu memasuki usia empat bulan.
Dengan segala kepayahan sambil menekan perut
Nuri mengagahkan diri, dia merangkak mengahpiri anak perempuanya diatas tilam
yang memang sudah sedia terbentang diruang tamu, tangan anak lelakinya
juga ditariknya sekali. Kemudian
merangkul keduanya dalam pelukkanya. Syukri dan Sarah melihat air mata Nuri
berjejeran dia menangis teresak-esak.
“Abang
Wafi dan adik Nuha jangan menangis ye. Umi tak ada apa-apa.” Nuri cuba untuk
menunjuk kuat dihadapan anak-anaknya.
“Napa umi
nangis” Tanya anak yang tua dengan bahasa pelatnya. Dia sudah berumur 1 tahun
7 bulan sudah pandai bercakap tapi pelat
sedikit.
“Umi nangis
sebab tenguk abang dengan adik nangis..jangan nangis ye, abang duduk sini jaga
adik”. Nuri mula merangkak menuju peti
talivesyen, anaknya yang kecil memaut kakinya, Nuri menghentikan pergerakaknya.
Dia duduk kembali memeluk dua lulutnya,
kedengaran perlahan rintihannya seperti menahan kesakitan. “Aduuh Ya Allah..”.
agak lama dia berkeadaan begitu. Kemudian dia mula merangkak mungkin setelah
agak reda sakitnya. Dia menolak anak yang sudah memeluk dirinya.
“Abang
tolong jaga adik bang, umi nak ambil fon umi tu saja, duduk sini teman adik
sayang.” Anaknya mendengar kata-kata uminya dia berdiri disisi adiknya, tetapi
tangisanya masih kedengaran. Nuri meneruskan rangkakannya. Dia mengambil
telefon bimbitnya diatas peti televisyennya. Kemudian dia merangkak semula
mendapatkan anak-anaknya. Tangisan anak-anak menjadi reda bila dipangkuannya.
Dengan air
mata yang masih mengalir tangannya mencari nombor seseorang kemudian berhenti
sebentar untuk menekan perutnya sekali
lagi. Dari pandagan mata Sarah dan Syukri, Nuri sedang sakit perut.
Tiba-tiba dia menolak anaknya, dia merangkak lagi tangannya mencapai surat khabar tidak jauh
dari tempat mereka duduk, lalu dibentangkan diatas simen. Dia muntah
disitu. Anaknya sudah dikais kebelakang menangis lagi dengan perlakuan uminya.
Dia membungkus surat khabar tadi sambil tanganya bekerja mulutnya tidak
berhenti merintih “Allah..Allah”
memanggil Penciptanya. Kemudian dia mencapai telefon bimbitnya kembali.
Kedengaran dia berbicara dalam telefon dengan suara tersekat-sekat.
“Kak Ton
tolong Nuri kak Ton, Nuri kena gastric..tolong kak ton tolong datang rumah Nuri
sekarang”. Tampa salam dia minta pertolongan kepada orang yang dipanggilnya kak
Ton. Syukri yang sedang menyaksikan
adigan itu terkaku. Air mata lelakinya sejak tadi bertakung sudah menitis dia
menangis rupanya. Dalam jangkaanya tadi tentulah Nuri menghubungi dirinya. Dia
kan suaminya. Itulah yang diharapkannya tadi. Mengapa dalam keadaan begitu kritikal orang luar yang
diharap membantunya. Dia sungguh kecewa. Dia berpusing memeluk Sarah dalam
sendunya dia merintih.
“Sampai
hatinya Nuri buat abang macam ni Sarah, entah siapa abang ni pada dia, entah
dimana abang ni dalam hati dia, abang sedeh sangat Sarah. Sejak kita nikah,
Nuri tak anggap abang ni suami dia lagi Sarah, sedangkan sayang abang pada dia
tak berubah. Dua kali dia bersalin dia pergi sendiri kehospital. Ni dia sakit
macam ni pun bukan abang yang dia panggilnya. Sanggup dia panggil kak Ton dari
abang. Agaknya siapa abang dihatinya Sarah”.
Syukri merintih dibahu Sarah. Dalam keadaan tertekan begitu Syukri tidak
sedar apa yang diucapkanya. Sarah terkaku mendengar rintihan suaminya, tetapi
dia sememangnya tiada jawapan untuk soalan itu. Yang dia sedar kerana kehadiran
dirinya, hubungan retak muncul dalam bahagia rumahtangga suaminya. Dia rasa
terpukul.
Habis sahaja dia menghubungi kak Ton dia
berguling-guling lagi mungkin dia sudah tidak dapat menahan kesakitan. Melihat keadaan itu menyebabkan dua anaknya
menjerit menangis mungkin ketakutan melihat tingkah uminya. Riuh ruang tamu
rumah Nuri dengan jeritan dua orang anak yang sedang menangis. Nuri memaksa
dirinya bangun dan duduk kerana jika dia berguling anak-anaknya akan merasa
takut dan mereka mula menangis. Bangun dari baringnya, kedua anaknya didakap
erat. Mendengar jeritan anaknya di laptop Sarah dan Syukri berpaling memandang
kescreen laptop. Mereka melihat pemandangan itu dan suara Nuri memujuk
anak-anaknya.
“abang dan
adik jangan nangis, saayang umi sakit ni.Ya Allah,Ya Allah, ampunkanlah
dosa-dosa ku ya Allah, jika kesakitan ini merupakan peringatan dari dosa-dosa
ku, maka ampunkan diriku Ya Allah.
Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah ” Berkali-kali dia beristifar
memohon keampunan Allah di atas dosa-dosanya. Dia memohon keampunan kepada Yang
Maha Pengampun.
Kedengaran
diluar rumah orang melaung memberi salam. Dengan terbungkuk-bunkuk Nuri bangun
mencapai kunci rumah lalu diberikan kepada anaknya lelakinya.
“Abang!
mak Ton datang tu, abang bagi kunci pada mak Ton ye.”
Walaupun
baru berumur I tahun 7 bulan Wafi sudah memahami apa yang diperkatakan oleh
uminya. Kemudian Nuri merangkak kemuka pintu dengan mengigil dia membuka pintu
rumah untuk anaknya, dengan terkedek Wafi berlari mendapatkan kak Ton diluar
pagar dan menghulur kunci kepadanya.
Nuri di muka pintu sudah terjelipuk dan menyebamkan mukanya di kedua
belah lututnya. Anak perempunya yang sudah kejat menangis sudah tidak
dipedulikanya. Nuri sudah tidak bertenaga untuk mendapatkan anak perempuannya.
“Ya Allah
Nuri!! kakT on nak buat apa ni, panggil Syukri ye”. Mulutnya berkata-kata
kakinya laju mendapatkan anak perempuan Nuri yang sudah tidak bersuara kerana
terlampu menangis.
“Tak perlu
kak Ton hari ni memang turn dia kat sana,
Nuri minta tolong kak ton, tolong buatkan saya susu, tolong kak
ton..sakitnya kak Ton.” Sarah dan Syukri sangat terpukul dengan jawapan Nuri.
Habis dia bercakap dia berguling lagi.
Kali ini dia sudah tidak kisah anak-anaknya lagi, dia berguling dan terus berguling menahan
kesakitan yang teramat sangat.
“Kak Ton
tolong capaikan surat khabar tu kak Ton” tangannya sudah menekup mulut, dia
hendak muntah lagi. Dia sudah tidak berdaya untuk kebilik air. Dicapainya
sahaja surat kabar ditangan kak Ton lalu dibentangkan dia muntah sekali lagi.
Kak Ton bergesa kedapur dia mahu membuat susu
sepertti yang diminta oleh Nuri, dia juga tahu jika terkena gastrik untuk
melegakannya minumlah susu yang dicampur dengan air batu atau susu sejuk.
“Susu ni
kak Ton bubuh air batu Nuri, orang kata
kalau gastric minum susu sejuk”. Sebelum dia meneguk susu buatan kak Ton sempat
lagi dia berpesan.
“Kak Ton
kalau nyawa saya habis malam ni, tolong panggil Syukri lepas subuh. Saya tak
mahu berhutang masa dengan Sarah”. Terkaku Sarah mendengar ayat Nuri. Belum
pernah dia menyuruh suaminya datang tepat pada masanya, bila giliran Nuri tiba,
kalau boleh dia akan menghalang suamiya kerumah isteri tuanya bila tiba giliran
itu, tetapi hanya dia yang tahu niat hatinya selama ini.
“Baiklah”
Jawab kak Ton yang turut menangis.
Dengan
tangan mengigil Nuri mencapainya susu dan meneguknya rakus, belum ada beberapa
minit susu ditelan Nuri muntah lagi, kali ini dia tidak sempat untuk mencapai
surat khabar, habis muntah susu melambak di atas simen. Kak Ton mencari kain
buruk didapur.
Bila
melihat keadaan Nuri semakin teruk Syukri mencapai kunci keretanya. Dia ingin
kerumah Nuri. Harapanya mahu Nuri menghubungi dirinya tidak akan tercapai bila
mendengar jawapanya tadi. Dia tidak jadi hendak merajuk dan rasa sakit hati nya
tadi sudah tidak terasa lagi. Ditekannya minyak hingga paras maxsimum,
jika ada polis trfik malam itu tentu dia kena saman. Sampai dihadapan rumah
Nuri tidak sempat memasukkan
kereta kedalam pagar meluru laju larian kaki Syukri menerpa pintu yang sudah
ternganga.
Mak teh. . X sanggup saya baca partni berulangkali. Betapa deritanya nuri. -joijoi
ReplyDeleteboleh pula orang ber2 tu tengok cctv instead of rushing down to help. besar punya eg
ReplyDeleteSakit hati bertingkek-tingkek. Macam makhluk tak berakal waras.
Deletemmg sefih sgt pengorbanan nuri tak pernah nk difaham oleh si syukri...slalu salah anggap je. tp yg paling menyMpah blh pulak dia bersama si sarah mrnonton cctv tu...mmg kurang ajar btul si syukri. hbis perbuatan harian isteri tua si sarah pun tahu.
ReplyDeletemenyampah btul si syukri....menyampah berkali kali.
kesiannya nuri.... tak berubah juga si syukri walaupun dh ada 2 anak..tetap lewat dgn giliran di rumah nuri.
tak afa kesedaran dlm diri langsung.
-dibah-
Benci ngan Syukri....sktnya hati klu dapat laki cam gini....
ReplyDeletedr sentiasa sakit hati baiklah hidup sendiri dgn anak anak kan.
Delete-dibah-
Saya sokong dgn awak.walaupun talak ditangan suami jika suami tidak berlaku adil kita blh meminta cerai dan mahkamah akan membuat keputusan.drp anak anak membenci ayahnya bila besar nanti kerana ketidak adilan ayah baik mengundur diri.jiwa anak terlalu rapuh dan jgn sampai anak berdendam dgn ayah kerana ketidakpusan hati diatas layanan ayah menyebabkab mereka memberontak nanti sudahlah.cukup cukup sudah cukup sampai disini biarkan nuri bahagia.mungkin nuri blh bertanya pd syukri kalau abg masih ada lg sisa sisa sayang pd nuri satu je yg nuri pinta lepaskan nuri.
DeleteBetul tu. Dosa ngan suami pun x de. Apa guna ada suami klu kita sakit tak dipedulikan.
DeleteMemang dari awal slps Syukri berkahwin ngan Sarah kebajikan Nuri terabai. Pentingkan perasaan dia shj. Sepatutnya bila Syukri dah tahu Nuri sakit maka tidak perlu tgg Nuri tuk menelefonnya. Dia sepatutnya tahu apa yg patut dilakukan. Bilalah Syukri akan berubah....
Mak Teh akan ada lg tak n3 baru tuk mlm nie ? Berdebar2 nk tau apa akan terjadi slps nie.
Mlm tak ada bru suku siap. esok mak teh krja blik 630 InsyaAllah mungkin mlm,
ReplyDeleteakn diushakan
Ya Allah mulia sungguh hati Nuri, saya belinang air mata membacanya berulang kali. Tidak adakah keinsafan pada Syukri dan Sarah lagi melihat kebaikan Nuri.
ReplyDeleteNuri mmg seorang wanita baik. X mementingkan diri... Tp sebenarnya dia fikir bika minta tolong syukri maybe syukri akan berkata3. Mcm dkt hodpital haritu.. Itu pasal dia mengharapkan jiran yg baik hati.yg ldbih memahami
ReplyDeletespeechless....hmmm..
ReplyDeleterasa cam nak pergi rumah syukri n terajang je dia dgn perempuan gedik tu sekali..
si syukri ni tak yah la nak sedih2 kunun2 nuri tak kol dia dulu..
si syukri ni tak yah nak hiba2 bila nengokkan nuri kelam kelibut melayan anak2 kecik dia..
si syukri ni tak yah nak kecik2 hati sbb nuri panggil kak ton..
apa guna kau pasang cctv kat rumah kalau setakat nak nengok je sengsara si nuri..
kalau orang berakal dah tentu2 kau bole slow talk dgn bini gedik kau tu kan tok kau uruskan anak2 kau..bila selesai kau layan la bini kau yg gedik tu kan..
kalau kau berakal kau nampak je nuri dalam kesakitan kau terus je kerumah dia tuuuu...
bukannya kau ngadap je nak tengok apa seterusnya nuri nak buat..
dah tentu2 yg ngadap nuri tu anak2 kau yg kencing pun tak reti nak cebok lagi..
sebenarnya kau ni ego syukri..
tapi ego2 kau tu terus lunyai bila bini gedik kau kol nak suruh layan nafsu dia..
walaupun turn nuri..kau bole tipu nuri kata nak ke bengkel...
memang kau dgn bini gedik kau tu bole pergi mamp...ssss
minta maaf mak teh..saya dah tak bole tahan tgk nasib nuri..
memang sedih dan saya akan mengikuti sedih nuri sehingga hari bahagia dia tiba...
Kalau ikut hukum berdosakan bila turn isteri tua suami pergi rumah isteri muda tapi melakukan hubungan.itu satu dosa.kalau sekadar menjenguk sebab sakit tak apa tp kalau buat hubungan itu satu dosa
DeleteRasanya Syukri ni sembahyang je yang tak tinggal. Bab agama yang lain hampeh. Bab nafsu je yang lebih. Dah tengok susah payah Nuri jaga anak boleh rilex je kat rumah sarah sampai isyak. Datang nak menyondol aje. Ingat itu je tjawab dia pada Nuri. Kalau turn rumah sarah terus tak jengok Nuri dan anak². Risau sgt bini muda yang dah tua bangka tu tak makan. Yang pemalas dijaga cukup². Nak kan power atas katil la tu. Dari cerita ni Syukri memang laki tak guna. Kawin lebih utk kepuasan nafsu semata².
DeletePoyolah syukri, isteri sakitpun masih mahu tunggu di telefon dulu baru nak balik, Harapnya lepas ni sarah akan insaf dan sedar diri, Syukripun biarlah jadi lelaki yang bertanggung jawab.. Huaaaa mak teh...sedihnya bab ni.... sakit dada rasanya... Inilah contoh isteri solehah... mana nak dapat isteri macam ni... Syukrilah manusia yang paling rugi andai membiarkan nuri pergi... Tahniah Mak teh..
ReplyDeletesyukri ni mmg laki tak guna...bila nuri dah teruk baru nak pergi jenguk..jgn bila nuri tiada baru kau nak nyesal..time tu dah tak guna nak sebut perkataan "kalau" lagi...mesti syukri akan cakap "kalau" saya di rumah nuri, atau "kalau" saya tak kahwin lain mesti nuri akan selamat..
ReplyDeleteMak teh, tak sabar nak tahu apa yang terjadi seterusnya... huhuhu... sambunglah cepat mak teh....
ReplyDeleteCiter ni mkin best....n rasa nk trajang jer syukri n Sarah
ReplyDeleteXsbr nk tggu next n3......
hahaha..ramai lak rasa nak terajang syukri kan..
ReplyDeletesaya pun sama..
kalau ikut turn, syukri boleh la bagga kata dia ikut giliran pergi rumah isteri2nya..
tapi bila kira balik jam berapa lama dia habiskan masa..
kita sendiri bole tahu yg si gedik tu di lebihkan...
hari2 jumpa dari pagi sampai petang sbb satu ofis..
makan sama2 dari pagi sampai malam kecuali kalau malam giliran nuri..
adil ke tu namanya..
sepatutnya hari2 dia kena pergi rumah nuri..kalau dah nyampah sangat lah dengan nuri..jenguk n layan anak2 tu sampai tido..
jadi syukri mmg bukan suami n bapa yg baik n berguna...
malang sungguh kalau dapat suami macam ni. dah tahu isteri sakitpun masih nak merajuk bagai. Nak tunggu isteri jadi jenazah baru nak menyesal.. bagi penampar dua tiga das baru tahu. kata sayang tak berkurang. sayang apa kalau macam tu. sayang tahi kucing.. Tak bertanggungjawab langsung..
ReplyDeletebetul la tu..sayang taik kucen..
ReplyDeletepatut2 kalau dah hari2 bole ngadap muka gedik..
dia pun kena hari2 gak jenguk nuri..
sekurang2nya jemput anak2 dari rumah kak ton...
jd bole la nuri siap2kan kerja rumah...
ini bila tiba giliran, pandai pulak dia ikut turn..
terus tak tgk anak2..
my husband kalau habis kerja, tak tentu arah bekejar nak cium anak2...
ini bapa apa pun tak tau nak cakap...
yg dia dok kejar kalau gedik merengek..
anak2 merengek lantak pi la...
Rasanya sayang syukri pd nuri dah hilang cuma ada sifat ingin memiliki.jika dia lepaskan nuri jatuhlah ego dia.oleh itu dia simpan nuri agar mak syukri dan pak su nuri tidak marah padanya.sifat ingin menguasai dan memiliki menyebabkan dia rasa dirinya hebat dan membiarkan nuri diawang awangan.kata syukri org yg beragama tang mana agamanya.rasanya kalau setakat bercakap tp tak menzahirkan semua org blh berkata2.nuri pula seorang wanita yg tipikal yg berserah pd takdir padahal banyak saluran yg disediakan unt isteri yg teraniaya.bangkitlah wahai kaum wanita.jgn takut pd status janda.kita hamba allah yg dikurniakan akal untuk berfikir.memang senang unt mencari pahala bila bersuami tp bila hati tidak redha. .......
DeleteMakin benci dgn syukri+sarah. cctv tu mcm hiburan dia org plk. tgk Nuri sakit boleh lg buat drama airmata+berpeluk2. Sakitnya hati.
ReplyDeleteAdakah kesudahannya bahagia milik dua makhluk yang kejam ni bersama anak2 Nuri.
Huaaaaarrgh....banjir la macam ni...
tak nak le ending camtu misza...biarle nuri bahagia dgn wafi dn nuha. biar si syukri menyesal tak sudah dgn si gedik.
ReplyDeletemmg si syukri tak menghormati perasaan nuri langsung kerana hak privasi nuri dia blh dok tonton dgn di gedik... mana dia letak otak dia..dilutut agaknya.
mmg banggang btul si syukri.
-dibah-
tu la pasal..geram pulak bila tgk nuri dah sakit teruk gitu bole pulak nak nangis2 dah terus peluk2 gedik..patut2nya awal2 lagi dah bekejar ke sana..sedangkan kalau tgk anak2 tak terurus pun dah kena bekejar ni kan pulak sakit..
ReplyDeletedah tu nak sedih2 kunun yg 2 kali bersalin nuri sengsorang..ni la namanya laki bodoh..patut2 kalau pandai dah tau bini tu dah sarat jgn di tinggalkan..tak yah la nak ulang2 ckp kecik hati, sedih, jauh hati kalau sendiri perangai pun tak betul..pentingkan nafsu dan diri sendiri..lagi buat orang menyampah pun ada..harap2 nuri tak payah la tunggu laki perangai gini sebab otak dia letak kat lutut...
Semakin bengang rasanya bila baca dua makhluk kejam ni semakin bahagia atas derita Nuri. Dah lama Nuri dimadukan, dr blm ada anak sampai anak dua. Maknya dah terang2 ingatkan bagaimana giliran yang sepatutnya. Kenapa anak tak mau dgnnya. Tapi syukri macam orang bodo je.
ReplyDeleteSiap geli air susu Nuri. Klu tgk pd perbuatan sikit pun syukri tak syg Nuri. Yg ada cuma kesian dan tjwb yang ala kadar. Tapi sbb ego dia x nak lepaskan Nuri. Dia gunakan kuasanya utk ikat Nuri. Syukri mmg laki kejam abad ini. Mari kita semua terajang dia sampai impotent... :)
Nasib Nuri memang malang. Dpt laki bodo. Dpt madu down syndrom.
ReplyDeleteSorry mak teh, kutuk terover. emo la plk....
sepatutnya nuri yg bertanya kpd si syukri siapa dia dihati syukri bukan si syukri yg bertanya sbg. dh tahu isteri bersalin dua kali bersendirian pun masih tak berubah..itu pun klu dia masih anggap nuri tu isteri dia le. bkn dia tak tahu sebabnya pun dia juga mlayan si gedik ke langkawi dn muntah pulak. bkn tak tahu nuri dh sarat patutnya dh sentiasa menjenguk kebajikan nuri. yg nak dilahirkn tu kan ke anak dia. mmg patut anak tak kenal bapa.
ReplyDelete-dibah-
Masani la agaknya baru terkantoi cctv tu. Lg bertambah sakit hati nuri. Betulket makteh. Main teka ni
ReplyDeleteagaknya si syukri ni sebenarnya takut pelaburan nuri dlm bisnes dia hilang sb tu tak nk lpaskn nuri. dh nuri yg byk berkorban dn belikn rumah kedai tmpat dia bisnes.
ReplyDeletebiarle di syukri tinggal sehelai sepinggang balik sb balasan menganiaya isteri tua.
-dibah-
dibah, syukri ni perasan bagus. Nak Nuri anggap dia istimewa dlm hati. Kecik hati bagai dgn tindakan Nuri. Kalau syukri ni berakal waras masa giliran Nuri terus je la kerumah Nuri dr blk keje. Bini muda pun dah dblikan keta. Ini tak, tunggu lepas isyak juga. Sisarah ni tak masak lg ke? Memang dasar pemalas. insaf hangat2 taik ayam. Sama la mcm laki dia, menangis tgk kesusahan Nuri, tapi tak ingin nak menolong. Apa punya laki la ni.
ReplyDeletewow! Baca comment kawan2 yg lain macan baca bab seterusnya, terlebih emo. completely n totally agree eith all the abovementioned. Cepat2lah berpisah minta half of mata pencarian. biarlah mereka ber2 memang sajak. kasihlah hero baru yg dapat menjaga n sayang Nuri seiklhasnya. Allah tu kan maha adil
ReplyDeleteSyukri mmg x adil...org pasang cctv nak jaga family kalau ada perkara2 buruk berlaku n terus berkejar balik ke rumah..ni setakat dok tgk dgn si gedik..rasa cam nak hempuk je cctv tu kt kepala masing2..mcm ada forumer ckp sepatut2nya dia kena pergi rumah nuri hari2 sbb dia dah ngadap gedik dr pagi..tp cara dia seolah2 nuri dok jauh di selatan sana n dia dok kat utara..mmg bingai punya jantan..
ReplyDeleteDua orang ni perangai dah macam kanak² terencat akal. Tengok Nuri sakit boleh macam tengok drama realiti 'pilih kasih'. Siap menjiwai lagi. Dari mula dah agak, dia pasang cctv untuk hiburan bini muda yang mandul tu tengok anak² dia. Tak patut betul menceroboh privasi orang. Langsung tak nampak kebaikan dia. Nuri nak bersalin pun tak tau. Patut malam tu dia boleh previous utk tengok kejadian sebelum tu. Perhatian suami yang penting, bukan cctv.
ReplyDeletesemuga kisah nuri berakhir dgn kebahagian bagi pihak nuri ya mak teh..
ReplyDeletejgn bagi kita semua bakar laptop/hp/pc masing2 udah..
dan lagi bagus dua orang tu dapat pembalasan yg setimpal..
mungkin bkn dari sudut fizikal tapi dari sudut mental..
sebab saya seorang yg menghayati sesuatu cerita dan berharap semua mendapat bahagian masing2..
bak kata pepatah..buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali...
Sebaliknya seseorang yang melakukan kejahatan pula bakal mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat...
kalau gini la layanan syukri terhadap nuri dan anak2..jgn nnti bila dah tua nak komplen yg anak2 tak pedulikan dia...sebab dia pun bukan bapa yang baik..rugi je jadi bapa tapi tak dapat ngadap bini bersalin n azan kan anak..satu kerugian yg paling besar di mana peluang yg bukan selalu dia dapat...
ReplyDelete