Sayang
cempaka dipukul ribut,
Jatuh mari
tanah seberang;
Di mulut
naga lagi kurebut,
Inikan pula
di tangan orang.
Akhirnya
tiba juga hari majlis pernikahan antara Loqman dan Amirah. Kebetulan perayaan Tahun baru Cina tahun itu jauth pada pada hari Khamis. Ini
bererti ada dua hari cuti kelepasan am
dan dicampur dengan cuti hujung minggu
Sabtu dan Ahad. Diatas budi
bicara pihak pengurusan membenarkan Amirah melajakkan cutinya seminggu. Majlis
nikah Amirah dirumah keluarga Amirah diadakan pada hari Sabtu bersama majlis
bersandingnya sekali, walau pun tiada persanding dipelamin kerana ayah Amirah
tidak membenarkan upecara bersanding. Hari Ahadnya pula majlis di rumah
keluarga Loqman diPort Dikson. Upecara menyambut menantu. Walaupun majlis
dibuat ala kadar tapi kemeriahan masih terasa kerana segala kerja di buat
secara gotong royong. Semua ahli keluarga kedua belah mempelai dan orang
kampung bekerjasama menjayakan. Ditambah lagi Encik Abdul Rahim dan Encik Andul
Majid seorang pegawai polis tentulah dia ramai kenalan.
Selesai majlis, didalam bilik pengantin.
“Terima kasih Mirah kerana sudi terima abang jadi suami
Mirah…abang rasa bahagia sangat …kita dah sah jadi suami isteri.”
“Mirah juga berterima kasih... kerana abang dengan keluarga
abang banyak membantu dan bertolak ansur …Mirah minta maaf banyak-banyak kerana
tak dapat nak cuti panjang. Hari Rabu ni Mirah kena kerja, ada ujin hari tu.”
“Itu tak apa..janji
Mirah dah ada depan mata abang, hari Isnin kita balik nanti Mirah boleh baca buku sikit..”
“Tak kesian ke...kita
tak tolong mereka berkemas”.
“Kalau macam tu kita
balik malam Isnin lepas kita
tolong-tolong mereka kita balik lah.... Emm... cantik isteri abang ni..abang
tak pernah nampak Mirah bersolek, ni baru pertama kali nampak Mirah macam
ni..cantiknya.” Amirah hanya tertunduk malu bila suaminya memujinya begitu.
Loqman manarik
isterinya dalam pelukanya lalu mencium umbun-umbun dan dahi isterinya. Amirah
terkedu dengan perbuatan sepontan lelaki yang baru sahaja sah menjadi suaminya.
Tadi mereka bernikah dimasjid, ayah Amirah yang mewalikannya. Sebelum akad papa
Loqman berpesan, supaya anaknya mendirikan solat sunat dua rakaat selepas dia
selesai mengucapkan akad nikahnya tanda kesyukuran dan Encik Abdul Majid juga
tidak menggalakkan anaknya mencium dahi isterinya dikhlayak ramai untuk upecara
membatal air sembahyang.
“Kenapa papa tak boleh cium dahi pulak..bukan biasa orang
buat macam tu”.
“Upecara macam tu macam upecara kawin dalam gereja...papa
pernah dengar seorang uztaz cakap macam tu..tapi betulkan ...hanya kurangnya
kita tak bercucupan sajakan”.
“Habis Man nak buat macam mana..sarung cincin saja ke?”.
“Macam tulah kan lebih sopan..atau kalau Man nak lebih
afdal..Man letakkan tangan Man kat kepala Mirah nanti dan baca doa ni... ‘Ya
Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau
tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan
kejahatan yang Engkau tetapkan padanya.Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku
dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki
dan perbuatan tukang sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya.’..lepas tu baru sarung cincin..papa rasa macam tu lagi elok.”
“Ialah Man ikut nasihat papa”.
Loqman menuruti
segala tunjuk ajar papanya. Selesai sahaja ijab dan kabul Loqman menyisih
sedikit lalu mendirikan solat sunat syukur dua rakat. Usai solat dia diiringai
oleh keluarganya mendapatkan Amirah. Diletakkan tangan kirinya dikepala Amirah
yang bertudung tangan kanannya pula menadah lalu dia membaca doa.....selepas
itu barulah dia menyarungkan sebentuk cincin bermata satu kejari manis Amirah.
“Bang jomlah kita
keluar dulu.. mereka masih ramai lagi tu.” Amirah cuba melonggarkan pelukkan suaminya tapi
tidak berjaya, dia mengajak suaminya keluar dari bilik pengantin.
“Nantilah kejap.” Loqman semakin memperkemaskan pelukkanya.
“Dah lama abang tunggu nak peluk Mirah macam ni…emmm abang
sayang Mirah.” Amirah tidak membantah tapi bila terasa lama Loqman mendakapnya.
“Dahlah bang.. orang masih ramai lagi kat luar tu.”..Amirah
melonggarkan pelukkan suaminya.
“Mmmm..” meraka keluar besama-sama. Mereka sudah berbaju
biasa kerana baju pengantin itu jugalah
yang akan dipakai kerumah pengantin
lelaki keesokan harinya.
Semenjak
berumahtangga Loqman merasa sangat bahagia.Terasa kehidupan harianya lebih bermakna. Makan
minumnya serta pakaianya sudah ada orang yang menjaga hidupnya teratur
kini. Seyuman bahagianya terpamir
diwajahnya setiap hari. Kini Amirah sudah berpindah kekuarters suaminya. Bagi Loqman hidup sebumbung dengan
Amirah adalah anganannya sejak dulu lagi. Honeymoon mereka hanya diwaktu malam
sahaja, kerana di waktu siangnya mereka bekerja. Loqman sudah maklum isterinya
tidak dibenarkan mengambil cuti, sepanjang tempuh dia ber kursus.
“Kesian abang tak dapat cuti lama, kalau kita nak pergi
mana-mana pun cuti Sabtu dan Ahad saja. Tapi rasanya macam tak sempat pula
kalau nak pergi jauh. Bang.. jomlah kita balik Port Dikcson boleh kita mandi
laut nak?” cadang Amirah kepada suaminya selepas makan malam. Amirah berkata
begitu kerana esok adalah hari Sabtu mereka suami isteri cuti hujung minggu.
Mereka duduk diruang tamu, Loqman menariknya isterinya duduk rapat dengannya.
Tanganya sudah merangkul bahu isterinya. Walaupun matanya memandang televisyen
dihadapan, tanganya membelai rambut isterinya yang berbau harum.
“Emmm..tak payahlah, abang nak rehat kat rumah saja. Abang nak peluk Mirah dari pagi sampai
petang untuk dua hari ni”.
“Hsyyy abang..ada ke macam tu.”
“Habis dah masa itu saja yang ada..abang nak rasa berduaan
saja dengan Mirah, kalau balik PD nanti mama dan papa ada...Mirah nak tolong
mama masak lagi, tinggal abang terkontang-kanteng sorang-sorang dalam bilik..
kalau ajak Mirah masuk bilik pun Mirah bukannya mahu.” Loqman sudah maklum
sikap isterinya yang pemalu. Tapi kalau berduaan macam sekarang ni kurang
sedikit malunya kepadanya.
Berita
Loqman sudah berumahtangga tidak ramai yang tahu, termasuk lah seorang kerani yang
baru sebulan berpindah kepejabat polis dimana Loqman bertugas. Dia tertarik
dengan kesegakkan Loqman. Sejak dia mula
bertugas lagi dia sudah terpikat dengan Loqman. Kesegakkan Loqman makin
terserlah bila dia memakai uniform polisnya. Orangnya tinggi lampai, kulitnya tidaklah putih tetapi
tidak juga hitam, kata orang sawo matang, berbadan sederhana. Tetapi yang
menampakkan dia bertambah tampan adalah kumisnya yang agak tebal seperti senikata lagu Allahyarham P.Ramle ‘misai
tebal ular sawa’ lagu itu dinyanyikan
dalam filem ‘Nasib si Labu Labi.’ Mamanya dahulu menyarankan Loqman menyimpan
misai sebegitu..untuk menampakkan dia seorang lelaki maskulin. Kerani itu benama Norliza. Hati wanitanya
jadi tertawan dengan ketampanan dan sikap ramah Loqman.
Oleh
kerana dia adalah satu-satunya kerani yang menguruskan, hal peribadi dan cuti
dipejabat itu, maka dia menjadi tumpuan bagi semua warga kerja di pejabat itu.
Termasuklah Loqman yang sentiasa berjumpa jika dia memohon cuti. Sikap Norliza
yang peramah dan murah dengan senyuman
maka dia mudah dikenali walaupun baru sebulan berkerja disitu. Norliza seorang
gadis yang cantik, berkulit putih, rambutnya lembut beralun mencecah bahu. Bulu matanya lentik, suaranya
gemersik lembut, terasa senang didengar. Tingkah lakunya pula lemah lembut dan
bersopan santun. Ramai orang mengatakan
wajahnya ada mirip wajah pelakon Maya Karen.
Siapa
yang tak berminat untuk memandang sambil berbual dengan gadis semanis Liza.. itulah panggilan
singkat bagi dirinya jika dia membahasakan
dirinya. Dapat mendengar suara tawanya yang romantic setiap orang dibuai rasa. Warga kerja di pejabat itu
ramai yang meminati sigadis kecil molek ini. Terutama kaum Adam. Minat berbual
denganya. Tidak pernah Liza dilihat bersaorangan dimejanya. Ada sahaja orang
cuba menghimpit bertanya itu dan ini mencari peluang. Ditambah pula Liza
sememangnya peramah dan murah senyum. Dia pandai bergaya setiap hari dia
kelihatan anggun bergaya dan menarik. Termasuklah Loqman, yang sering menegur
sigadis untuk mendengar suaranya tetapi setakat mendengar sahaja tidak sampai
kehati. Sebagai teman ditempat kerja.
Kerana dihati sudah ada Amirah.
“Assalamualaikum, ceria pagi ini Encik Loqman…dah minum?”
Ketika itu mereka terserempak dipintu masuk kepejabat..Liza menegur sambil
tersenyum simpulnya. Tidak salah senyum.. bukankah senyuman itu sedekah..
“Waalaikumsalam…biasalah..saya dah minum kat rumah tadi.”
jawab Loqman dengan senyuman bahagianya..memang dia sedang bahagia sekarang.
“Liza jangan tak tahu.. orang tengah bahagia sekarang,
maklumlah pengantin baru… dah ada yang tolong jaga makan minumnya.” kawan yang
berjalan dibelakang Loqman menyampuk. Kemudian mereka sama-sama tergelak kecil
disambut oleh senyuman manis sigadis, tetapi ada riak terkejut sedikit diwajahnya.
‘Ohh dia dah kahwin rupanya..terlambat lah aku nampaknya,
ahh kalau ada jodoh tak kemana’ Liza menyedapkan hatinya sendiri yang ada rasa
sedikit kecewa. Tapi tak mengapa bukankah ada perpatah berkata ‘dimulut naga
lagiku rebut, inikan pula ditangan orang’ . Belum cuba belum tahu detik
hatinya memberi perangsang. Sebenarnya
ego Liza yang tidak mahu mengalah sebelum mencuba.
Tegur
menegur antara mereka lama-kelaman menjadi kebiasaan. Kini sudah timbul rasa
mesra dihati masing-masing. Pada Loqman setakat berbual biasa tidak menjadi
apa-apa masalah pun. Sesekali ada
juga Loqman mengajak Liza keluar minum
atau makan tengahari di kantin pejabat. Liza apalah lagi ‘pucuk dicita ulam
mendatang’. Tidak pernah menolak jika Loqman yang mengajaknya.
====================================
Kursus
Amirah berjalan dengan lancar, segala pelajaran diterima dengan
bersungguh-sungguh. Buat masa sekarang ini tidak ada apa pun masaalah dalam
hidupnya, malah bertambah senang sejak dia berumahtangga. Dia merasa sungguh bahagia
diuliti kasih sayang suaminya. Dia berpindah kekuarters suaminya yang berada di
Petaling Jaya juga. Kedudukan kuarters Loqman pula tidak jauh dari tempat
kerjanya jika dibandingkan rumah yang disewanya dulu. Suaminya menghantar dan
menjemputnya dia pergi dan pulangnya dari kerja. Dia tidak perlu lagi bersusah
payah berhimpit-himpit menaiki LRT (Low
Resistant Transit atau Transit Aliran Ringan.
Kini kehidupan
Amirah benar-benar bahagia. Dia bangga mempunyai suami yang penyayang dan
prihatin yang sentiasa mengambil berat kebajikkan dirinya. Sejak dia menjadi
isteri Loqman bin Abdul Majid hidupnya menjadi sungguh bahagia. Memasuki bulan
kedua usia pernikahan mereka, Amirah
merasa badannya letih dan selera makanya berkurangan. Petang itu sewaktu pulang
dari kerja dia menyuarakan masaalahnya kepada suaminya.
“Bang kenapa sekarang ni Mirah rasa macam letih saja..pagi
tadi Mirah muntah dibilik air tempat kerja Mirah.... Mirah rasa loya pulak,
lepas makan nasi goreng yang Mirah masak tu, abang rasa loya tak…kalau-kalau
Mirah keracunan makan, makan nasi goreng yang Mirah buat tu.”
“Lepas makan nasi goreng tu...Mirah makan apa lagi kat
tempat kerja”. Denga muka serius Loqman menyiasat apa yang dimakan oleh
isterinya.. mentang-mentanglah dia pegawai polis, lagaknya gaya polisnya tidak
hilang ketika dia menyoal siasat isterinya.
“Mirah tak makan apa pun.. rasa loya tu sampai nak tengah
hari..bila Mirah muntah baru rasa lega..kenapa agaknya ye bang..abang rasa loya
tak?”
“Tak adalah pulak…abang rasa ok saja..Mirah bubuh apa dalam
nasi goring tu..”
“Biasa saja…tapi Mirah bubuh daging cincang sikit dalam nasi
goring pagi tadi tu..takut daging tulah yang tak fresh lagi…sebab daging tu dah
lama jugak dalam peti sejuk tu”.
“Dah tahu dah lama kenapa Mirah bubuh juga”.
“Tak kan nak buang
bang..sayang membazir.. lagi pun Mirah
dah tenguk, masih belum sampai tarikh luputnya lagi…tapi abang tak rasa
apa-apa pulak.” Berkerut-kerut dahi Amirah memikirkan keganjilan pada dirinya.
Begitu juga suaminya.
“Sekarang ni macam mana.. loya lagi tak.. . ada kena cirik
birit tak?” Seperti seorang doktor pula Loqman menyoal isterinya..untuk
memastikan kesihatan orang yang disayanginya.
“Lepas muntah tu Mirah tak selera nak makan…mungkin sebab
Mirah tak makan..Mirah tak rasa loya lepas tu”.
“ Ada cirit birit tak.”
“Tak adalah pulak.”
“Lepas makan dan
sembayang ni jom kita pergi klinik.”
“Kalau lepas makan tak rasa apa-apa tak payah pergilah ye
bang.” Balas Amirah sebenarnya dia tidak berapa suka untuk keklinik. Dirasakan
bukan dia teruk sangat hanya muntah
sedikit sahaja. Tetapi petang itu selepas mereka makan malam sekali lagi Amirah
termuntah di bilik air rumah mereka.
“Mirah siaplah jom kita pergi klinik…keracunan makanan
agaknya Mirah ni.”
“Oklah..tapi abang tak rasa loya pulak..kenapa Mirah saja
yang keracunan..abang tak”.
“Antibody abang ni kuat ..tenguk ni mussel abang ni lebih
besar dari lengan Mirah, ini menunjukan
abang lagi sihat dan cukup zat jadi tak mudah kuman nak meyerang badan abang,
lagi pun abang selalu exercise. Itulah makan lah banyak sikit biar berisi sikit
badan Mirah ni.” dengan ketinggian 163 cm Amirah yang berbadan lansing
sememangnya nampak kurus dengan berat hanya 48kg.
=============================================================
Setelah
diperiksa, doktor menyarankan agar
Amirah membuat ujian air kencing untuk memastikan kehamilnya. Tidak disangka
pula ketidak selesaan tekaknya berkaitan dengan kehamilan pula. Setelah selesai
ujian air kencingnya disahkan Amirah hamil lebih kurang dua minggu. Tergamam
Amirah suami isteri dengan berita yang tidak disangka-sangka. Mereka tidak
menduga begitu cepat dia hamil, ketika usia perkahwinanya baru menjagkau dua
bulan. Loqman hanya mendiamkan diri. Tidak menunjukkan sebarang reaksi gembira atau pun tidak dengan berita itu.
Sepulangnya dari klinik.
“Kenapa bang …abang diam saja dari tadi..abang tak suka ke,
tak lama lagi kita dapat anak.”
“Bukan tak gembira..tapi tak sangka secepat ini..rasanya
baru sangat kita nikah dah nak dapat
baby…rasa-rasa abang tak bersedia lagi.”
itulah yang dirasai oleh Loqman, belum puas berduaan dan
bermanja dengan isterinya, tidak lama lagi dia akan berkongsi kasih dengan
anaknya pula. Jika di lihat dari perwatakkan Amirah tentu dia akan melebihkan
kasihnya kepada anak mereka kelak..ahh Loqman ada pula sikapnya cemburu kasih
isteri kepada anaknya.
“Habis tu nak buat macam mana, bang?” soal Amirah bingung.
Dia menjadi bingung melihat perubahan wajah suaminya yang seakan tidak gembira
dengan berita kehamilanya.
“Ahh terima
sajalah..dah rezeki Allah nak bagi.” Loqman mengeluh berat walaupun
katanya tadi dia menerima sahaja rezeki dari Allah tetapi suaranya tidak
menunjukkan keikhlasan hatinya.
Hari
demi hari kandungan Amirah kian membesar..alahan mengandungnya juga teruk.
Setiap apa yang dimakannya dia akan
memuntahkan semula. Pantang tersilap makan sedikit dia akan termuntah.
Kini keadaan Amirah begitu lemah. Setiap hari kalau tidak bekerja dia hanya
terbaring dikatil. Perkara ini makin menekan kehidupan Loqman yang rasa
tersisih dan diabaikan oleh isterinya. Amirah tidak secergas dulu, memasak juga
sudah tidak sekerap dulu. Lauk yang dimasak nya hanya yang direbus sahaja. Dia
tidak boleh tercium bau bawang tumis, loyanya menjadi-jadi. Kadang-kadang
sehingga lembik dia di bilik air mengeluarkan isi perut nya. Keadaan seperti
itu rupanya merimaskan Loqman yang tidak faham keadaan orang mengandung.
Untuk mengelakkan dia merasa loya
dan termuntah, Amirah hanya memasak sayur-sayur rebus dan makan bubur sahaja.
Dalam sebulan dua ini Loqman banyak yang makan di kedai, kerana sebelum pulang
Amirah sudah memberitahunya, yang dia sangat letih dan tidak mampu untuk
memasak. Kalau dia masak pun hanya bubur nasi sahaja, hanya itulah makanan yang
dimakan oleh Amirah, bersama dengan telur rebus dicampur kicap pekat cap kipas
udang sahaja. Suatu hari itu terluah juga apa yang terbuku dihati Loqman.
“Abang rasa Mirah sekarang tak secergas dulu..asyik
terbaring saja kalau dirumah.”
“Ialah bang Mirah rasa letih sangat..masuk makanan saja
Mirah rasa nak muntah ..kalau tak makan pula Mirah rasa lapar..kesian abang,
Mirah tak dapat nak jaga makan minum abang buat masa ini.”
“Semalam abang telefon mama..abang tanya pada mama keadaan
Mirah ni..dia kata sampai tiga bulan saja Mirah meragam.. masuk bulan keempat
nanti Insyaallah oklah.”
“Harap-harap macam tulah bang, Mirah pun teringin sangat nak
sihat macam dulu.”
Perubahan
pada muka Loqman yang seakan mendung dapat dikesan oleh rakan sekeliling. Kalau
dulu dia sentiasa ceria tapi kini tidak lagi..mukanya sentiasa seperti orang
yang ada masaalah sahaja. Dia tidak banyak
mulut lagi. Liza yang sentiasa memerhati sudah mengesan perubahan itu.
Syaitan berbisik didalam hatinya agar mengambil peluang yang ada didepan matanya. Pada hematnya masa inilah masanya kalau dia
ingin cuba merapati Loqman serapat-rapatnya.
“Kenapa Encik Loqman ..kelat semacam sahaja muka pagi ni.”
“Tak ada apalah Liza.. hanya I risau masaalah isteri I
saja”.
“Kenapa dengan isteri Encik Loqman..dia sakit ke?”.
“Isteri I itu dah
mengandung.. baru sebulan...tapi tak tahu mana silapnya, alahan dia teruk
sangat, tak boleh nak bangun... makan sikit dia muntah..makan sikit muntah..itu
yang badan dia lemah tak boleh nak buat
kerja, I ni dia dah tak dilayannya lagi”. Itu pula akhiran bicara Loqman
seolah-olah mencari simpati Liza untuk dirinya.
“Emm biasalah perempuan mengandung..macam tulah…Encik Loqman
dah minum pagi ni.” Liza apa lagi cuba
memulakan permainanya. Mula-mula kena tunjuk simpati.
“Belum lagi… jomlah kita pergi minum, saya dah lapar
ni..makan petang semalam saja, nak keluar makan malam tadi, isteri I tak larat
nak berjalan pun…I makan roti saja malam tadi.” penuh sayu Loqman meceritakan
kisah dirinya, bila Liza menunjukkan rasa rasa simpatinya tadi. Dengan wajah
penuh pengertian Liza menerima sahaja ajakkan Loqman minum bersamanya. Hatinya
melonjak gembira.
“Kesianya..jomlah Liza temankan.” Kini Loqman sudah ada teman makan pagi. Diwaktu
tengahhari Liza pula menghubungi Loqman.
“Assalamualaikum..Encik Loqman ada teman nak makan
ke...kalau tak ada jomlah pergi dengan Liza..Liza nak pergi makan ni tapi tak
ada temanlah.” Renek manja Liza mencari teman. Loqman pula yang sudah rasa
terhutang budi..sebab pagi tadi Liza menemankan dia minum pagi, susah untuknya
menolak permintaan Liza yang meminta dirinya ditemani. Mereka kini sudah
menjadi teman meneman berdua.
Kekerapan
mereka makan berdua menyebabkan Loqman makin mesra dengan Liza, tampa
sedar Loqman sudah mula menceritakan
masaalah rumah tangganya kepada Liza. Liza pula mulakan sandiwaranya..dia mula
mencucuk jarum kedalam perasaan Loqman. Liza sudah menjadi penasihat tidak
rasminya. Bila sesekali sudah menjadi kebiasaan dan lama-kelamaan mesra pula.
Kini sudah ada
satu rasa di hati Loqman... jika sehari
Loqman tidak berjumpa atau tidak makan atau berbual dengan Liza, rasa bagai
tidak sempurna harinya. Adakah itu rindu. Sudah ada rindu lainkah dihati
Loqman...tetapi itulah rasa hatinya jika dia tidak memandang dan mendengar
suara Liza. Dipihak Liza sudah semestinyalah. Dalam diam dia berusha untuk
menjadikan Loqman miliknya, walau pun dia tahu Loqman sudah beristeri. Kalau
boleh cinta dan sayang Loqman berpaling arah kepadanya alangkah bertuah
dirinya, sudahlah lelaki itu hati baik, tampan, berpangkat inspektor polis
lagi.
Loqman
sudah kembali ceria dengan teman barunya. Walau tidak sepenuhnya dia melupakan
isteri yang sedang bermasaalah. Tetapi Loqman kalau ditempat kerja sememangnya
terlupa pada isteri yang dulu sentiasa dihatinya. Betul ke?? Ohh.. begitu
cepatnya dia melupakan orang sangat diharap suatu masa dulu mengisi ruang dalam
hidupnya. Itu tidak mungkin..tapi tunggu dan lihat sahajalah, apa yang akan
terjadi. Mampukah Loqman menolak huluran kasih dan simpati dari gadis manja
seperti Liza. Berhasilkah sigadis yang mempunyai senyuman manis semanis madu
tualang, memikat hatinya.
No comments:
Post a Comment