Mendengaar suara sarah yang
agak tinggi Mizan mendiamkan diri. Mizan merasakan Sarah sedang tertekan bila
mendengar apa yang diceritakan oleh abangnya. Jadi dia mendiamkan diri memberi
peluang untuk Sarah bertenang.
“Awak awak
marah saya ke. Maaf ye suara tertinggi sikit”.
“Taklaah,
mana ada saya marah, saya rasa awak yang marah saya”.
“Saya tak
marah awak, hanya fikiran saya ni bercelaru sikit. Saya nak berterus terang
dengan awak, kalau awak rasa ragu nak teruskan niat awak tu saya faham, kalau
awak nak tarik diri pun tak apa. Saya sebetulnya tak mengharap sangat hidup
berumah tangga. Saya pun dah selesa hidup sorang sekarang ni. Hanya satu saya
harapkan izinkan saya menyayangi dan jumpa anak-anak awak masa awak kerja. Saya
janji kalau awak ada, saya tak akan balik jumpa mereka, hanya kalau awak tak
ada sahaja saya datang boleh”.
“Siapa kata
saya nak tarik diri, saya yakin dengan awak atau awak yang tak yakin dengan
saya. Ialah awak kata saya ni muda, mungkin pada pandagan mata awak saya macam
tak matang walaupun anak dah dua. Lagi satu saya ni hanya makan gaji, gaji pun
tak banyak mana. Mungkin awak tak yakin saya boleh memenuhi keperluaan awak.” ‘Pantang akau cakap lembut sikit mula lah
duda ni ajak aku bergaduh lagi’ detik hati Sarah yang merasakan Mizan sengaja
mahu mereka berbalas kata.
“Saya tak
pernah pandang awak macam tu, ni baru sehari kita cakap banyak macam ni, saya
dah boleh agak awak orang yang macam mana.”
“Habis..
kenapa awak rasa saya nak batalkan niat
nak nikah dengan awak?”
“Saya
sebetulnya tak mahu awak rasa bersalah pada saya bila awak tarik diri. Saya
sedar saya dari keturunan yang tak berapa elok. Awak pun dah dengar apa yang
dah diceritakan oleh abang saya tadi berkenaan emak saya. Saya takut saya
mengikut apa yang emak saya lakukan pada anak-anak tirinya”.
“Awak ni jangan
fikir sangat dengan apa yang diceritakan oleh abang awak tu. Pada saya cerita hanya
tauladan untuk kita. Cerita mak awak itu cerita dia dengan ayah awak.Tapi cerita
kita lain. Walaupun awak adalah anak emak awak, lahir dari kantung rahimnya namun
perangai tak mungkin sama. Saya yakin perangai emak awak tak akan turun pada awak
kalau awak ada kesedaran. Bukan ke ada salah satu senikata lagu Raihan Iman tu
tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. Ertinya perangai seseorang
dia yang fikir sendiri baik buruknya. Bukan warisan dari keturunannya.”
“Kalau macam
tu saya rasa lega, tapi yang saya takut perlakuan saya, diluar sedar saya..”.
“Insya Allah
tak. Saya nampak awak takut dan awak berusha untuk menghidari nya kan. Sekarang
ni saya nampak awak tengah berusha menghidari sikap arwah emak awak. Buktinya awak
takut perangai itu turun pada awak. Itu tandanya awak dah sedar perangai emak awak
tu buruk dan patut dijauhi”.
“Yang saya takut
perasaan tu turun pada saya tanpa saya sedar”.
“Kalau macam
tu berdoalah. Hanya Dia yang dapat menghidarkan perasaan itu dari awak. Berdoa dengan
tulus dan ikhlas. Bab perasaan hanya Allah yang dapat tolong kita. Tapi saya yakin
awak boleh sebab dulu emak awak berebut kasih dengan isteri pertama arwah ayah
awak, itu sebabnya dia berperangai macam tu.Tapi awak nak berebut dengan siapa.Saya
ni tak ada siapa yang punya. Kalau awak nak berebut dengan arwah isteri saya
pun tak ada gunanya berebut dengan orang yang dah tak ada kat dunia ni. Pada
saya kalau awak dah ada rasa macam tu, ertinya awak dah tahu menilai baik
buruknya dan saya rasa awak tak akan buat apa yang emak awak buat”.
“Awak yakin
ke?”
“Ye saya yakin. Tapi
sekarang saya rasa awak tak dapat terima saya bila awak tahu siapa saya”.
“Siapa pula awak??
Bukan ke awak ayah Zurin dan Zira, kerja sebulan diatas kapal kemudian cuti sebulan kat kampong”.
“Ialah itu memang betulah tu, tapi yang saya cuba nak
sampaikan, saya ni hanya pekerja makan gaji.. pendapatan tak banyak mana, cukup
untuk makan dan pakai sahaja. Kalau ikut
cerita Yam bekas suami awak dulu ada bengkel sendiri, tentu pendapatan dia
banyak”.
“Awak nak tahu apa yang saya azamkan dalah hidup saya
sekarang ni”.
“Apa azam awak?”
“Kalau ada orang yang sudi menjadikan saya teman didunia dan diakhirat, saya nak membina hidup
dengan dia. Erti membina hidup..saya nak mulakan hidup dengan dia dari dia susah dan dari dia tak ada apa-apa.
Awak tahu tak dulu kenapa pinangan bekas suami saya ditolak oleh arwah emak
saya. Sebab sebelum dia ada kerja tetap lagi dia dah datang pinang saya. Bila
pinangan ditolak hubungan kami putus,
emak saya melarang saya berhubung lagi dengan dia. Kami jumpa balik bila dia
dah senang, kemudian saya kahwin dengan dia. Tapi apa yang keluarga dia pandang
pada saya bukannya mereka kata saya SETIA tau... Mereka kata saya ni kahwin
hanya kerana nak tumpang senang dia sahaja. Dan sampai keakhir saya dalam
keluarga dia pun mereka pandang saya, orang yang menempel kerana nak menumpang
kesenangan orang.
…Sekarang ni kalau ada yang sudi jadikan saya teman hidup dia
biarlah saya sama susah untuk membina hidup kami bersama.”
“Kalau macam tu baguslah..bertambah yakin saya pada awak.
Saya sebetulnya tak mahu kerja kat atas kapal ni lama sangat. Saya sebetulya
tengah kumpul modal, kalau dah cukup esok, saya nak berniaga.. saya nak buka
syarikat katering, menyediakan makanan untuk kehduri kahwin atau jamuan. Duduk
atas kapal ni susah kita nak balik segera
kalau ada hal-hal keluarga”.
“Awak buat apa atas kapal tu?”.
“Saya jadi tukang masak saja atas kapal tu, menyediakan
makanan untuk anak kapal”.
“Ohh. Awak!! saya nak cakap terus terang dengan awak ni…saya
sebetulnya tak tahu masak. Saya pandai
masak sikit-sikit ni pun belajar dengan Yam.
Saya malulah dengan awak. Awak lelaki pandai masak saya yang perempuan
ni pula yang tak tahu masak”.
“Belajar lah”.Pada mata Sarah, Mizan bukan jenis orang suka
berkata manis atau lembut. Mizan nampak tegas
dan bertanggung jawab. Mungkin dia anak lelaki tunggal dia merasakan tanggung
jawabnya besar pada keluarganya.
Dalam
pada berbual tak sedar mereka sudah sampai kejalan masuk kerumah keluarga Mizan
semula. Perjalanan ulang alik dari Melaka keGemencih rupanya memberi mereka
peluang untuk berbincang dan mengenali sedikit diri masing-masing. Keluar
sahaja Sarah dari kereta Mizan laju langkahnya menuju kerumah emak angkatnya.
“Ehh awak nak pergi mana tu?”
“Saya nak balik rumah emak saya lah”.
“Tak masuk rumah saya dulu ke”.
“Tak mahulah, nanti awak lari pergi masjid”.
“Kan elok. Beriktikaf dalam Masjid dengan niat kan dapat
pahala”.
“Ilalah tu”. Langkahnya diteruskan.
Mizan
memandang langkah Sarah. Makin tidak tentu arah langkah Sarah bila diperhatikan
oleh duda yang dalam proses memasuki ruang hidupnya. Mizan tahu Sarah malu bila
diperhatikan langkanya. Tersungging senyum
dihujung bibirnya. Janda sorang ni pandai juga nak melawak. Pandai juga nak
jaga maruah dia dan masih ada rasa malu pada dirinya. Emmm itulah detik hati
Mizan.
Namun belum
jauh langkah Sarah dia dikejar oleh
anak-anak Mizan...
“Mama..mama..” Sarah memberhentikan langkahnya bila ganti
namanya diseru oleh suara halus. Cepat sahaja tangan sikecil mencapai tanganya.
“Ayah ngan
mama ni pergi mana?,dari pagi sampai sekarang baru balik?” Tanya Zurin, tangan
Sarah sudah digengamnya. Zurin sudah mengengam tangan kanan Sarah manakala
disebelah kiri pula Zira yang masih tercungap-cungap kerana mengejarnya tadi..
Kasihan pula Sarah melihat dua anak kecil yang menagaih kasihnya. Dia mencangkung untuk memberi perhatian apa
yang hendak dikatakan oleh anak-anak Mizan. Soalan keletah Zurin dijawap oleh ayahnya.
“Ayah ngan
mama pergi nak buat lessen. Jadi ke mamanya kita buat lessen esok?”. Ada
senyuman yang tersungging dibibir Mizan begitu juga dengan Sarah. Hati Sarah
dijentik lucu mendengar pertanyaan sianak dan jawapan dari siayah.
“Mama tak
kisah kalau ayah yakin nak buat, mama
ikut sahaja”.
“Ayah ngan
mama nak buat lessen esok?” Zurin mencari kepastian apa yang diperkatakan oleh
ayahnya macamlah dia faham bahasa tersirat ayahnya. Kedengaran mesra sahaja
ganti nama mama dan ayah dalam perbualan
mereka berdua.
“Ayah
memangnya yakin dengan mama. Janagn lupa esok tau lepas subuh siap-siap, kita
nak sampai sana kalau boleh sebelum pukul 830
pagi, kalau lambat nanti abang Zul cancel pulak kita nak buat lessen,
nanti ayah kena duduk masjid pula kalau mama datang jumpa kakak ngan adik.”
“Haaa,
lessen tu untuk mama jumpa kakak ngan adik.. yah”.
“Iaaa”.
Terpinga-pinga Zurin mendengar jawapan ayahnya. Sarah sudah terkekek kelucuan
melihat memek dua beranak dihadapanya.
“Ok..kalau
macam tu, kakak ngan adik ikut ayah
masuk rumah atuk. Mama nak pergi rumah nenek cu. Hari ni lessen mama tak ada
lagi, mama tak boleh masuk rumah atuk kalau ayah ada. Esok kalau mama dah ada
lessen baru mama masuk. Sekarang kakak ngan adik ikut ayah masuk rumah atuk
ye”. Sayu pandangan mata Zurin memandang mamanya.
“Awak!! ambil anak-anak ni bawalah masuk. Saya nak
tenguk emak saya tengah buat apa”. Mizan dengan senyuman yang penuh makna
tersungging memandang kearah Sarah,
menjadikan Sarah tak tentu arah.
“Ehh awak
ni..apa senyum-senyum, ambik anak ni bawa masuk saya nak tenguk emak saya
pulak”. Melihat senyuman Mizan mati senyum Sarah dihujung bibir. Masam muka
Sarah bila melihat senyuman Mizan seakan memerlinya.
“Awak niii
senyum pun tak boleh. Meh kakak ngan adik ikut ayah. Mama tu lapar agaknya
macam nak makan orang saja”. Bebel Mizan dengan suara perlahan tetapi masih
didengari oleh telinga Sarah. Terjegil
mata Sarah sambil bercekak pinggan tanda dia marah. Mizan hanya mencebik dan menghampiri anak-anaknya yang tidak berganjak
dari sisi Sarah, namun terpaksa akur bila tangan mereka sudah digengaman
ayahnya. Mereka mengikuti langkah ayahnya masuk kerumah datuknya Haji Marzuki.
Manakala Sarah menuju kerumah Puan Siti NurBahiah.
Sarah memberi
salam dan masuk kerumah emak angkatnya. Ketika itu Puan Siti sedang sibuk
didapur untuk menyediakan makan tengahari.
“Assalamualikum mak!! Sarah dah balik mak”.
“Walaukumsalam. Mak
kat dapur Sarah!”.
“Mak masak apa hari ni”. Terjengul sahaja wajahnya didapur
itu soalan yang keluar dari bibir Sarah.
“Apa ceritanya, mahu tak abang Sarah tu mewalikan Sarah”. Pertayaan
Sarah tidak berjawap namun dia disoal oleh Puan Siti. Sejak Sarah bertolak keGemencih bimbang hati
Puan Siti tentang penerimaan abang sulung Sarah terhadap Sarah. Yang sebenarnya
Sarah ada menceritakan sedikit perihal abang-abangnya kepada puan Siti.
“Dia kata boleh, Isnin ni dia suruh kitaorang datang, dia nak
kami nikah di pejabat ugama. Tapi mungkin kat depan dialah kot sebab dia kata
jumpa dia kat pejabat ugama esok pukul 830 pagi.”
“Haa bila??? esok dah kena nikah??”.
“Esok Isnin..ohh esok hari Isnin kan mak. Allah mak weng
betul kepala Sarah ni mak. Alhamdullilah mak cakap, Sarah tak ingat esok Sarah
kerja, nampaknya pagi esok kena call office minta cuti segera. Betul ke mak
esok Sarah dah kena nikah ni?”. Sebenarnya Sarah belum lagi dapat mencerana apa yang telah
terjadi beberapa jam yang lalu, fikiranyan asyik terbawa pada kisah emak dan
abang yang baru sahaja diketahui.
“Sarah ada bawa baju ke
nak pakai esok”.
“Alah pakai baju biasa sahaja lah mak. Dah nikah tak
dirancang nak buat macam mana”. Selesai masak Sarah berhidang diatas meja.
Ketika di menyenduk nasi..
“Mak jomlah kita makan, lapar perut Sarah nampak lauk mak ni”.
“Makanlah dulu mak nak tunggu ayah Is, katanya dia nak
singgah sekejap. Dia nak pergi Penang esok ada meeting kat sana”.
“Ni yang mak masak lauk banyak ni.”
“Haah, semalam tu dia baru balik dari Johor itu yang singgah
sekejap. Sebelum balik dia pesan nak makan masak lemak labu. Kalau
masak lemak labu jodohnya goring berlada. Ini mak masak ayam goring berlada
ayah Is kamu suka pedas , mak buat goreng berlada ayam dengan cili api.”
Semalam Encik Ishak singgah hanya beberapa jam sahaja. Begitulah kehidupan
rumah tangga Siti NurBahiah namun dia pasrah. Belum tiba masanya lagi
perkahwinan suami dengan dirinya dihebahkan kepada isteri pertama Encik Ishak.
Encik Ishak ada sebab tersendiri mengapa perkahwinanya dengan Siti NurBahiah
disorok dari pengetahuan isteri pertama dan anak-anaknya..
“Ialah mak memang sedap masak lemak labu dengan ayam goring
berlada ni mak”.
Didalam rumah Haji Marzuki juga kecoh bila mendengar Mizan
dan Sarah bernikah esok.
“Zan pergi rumah ketua kampong ambil surat pengakuan bujang.
Biasanya kalau kita nak nikah diorang akan minta surat pengakuan bujang ni”.
“Betul tu Zan. Lepas tu pergilah ke Bandar beli cincin
sebentuk untuk batalkan air sembayang. Salinan kad pengenalan Zan punya dan
Sarah punya pun siapkan nanti tak lah susah tercari-cari. Apa lagi ayahnya”.
“Usai solat zohor Mizan menghubungi Sarah”.
“Assalamulaikum! Awak..awak datang sini kita bincang. Cepat tau”.
“Walaikumsalam, nak bincang apa lagi”.
“Awak ni jangan banyak tanya.. datang cepat, kita tak ada
masa ni. Datang tau”. Kebetulan pula usai Sarah menamatkan panggilan Mizan, kereta ayah Isnya menjalar
diperkarangan rumah Puan Siti. Sarah melaung memanggil emak angkatnya yang
ketika itu di dapur sedang berkemas.
“Mak!! ayah Is dah sampai mak!!”.
Sarah membuka pintu dan menjemput ayah Isnya masuk.
“Masuk Yah. Emak ada kat dapur tu. Sarah nak pergi rumah Yam
ye diorang panggil tu”.
“Ialah”.
Belum sempat dia masuk anak-anaknya sudah menerpa.
“Mama!..mama janganlah duduk kat rumah nene cu ayah tak bagi
kakak ngan adik pergi sana, macam mana kakak ngan adik nak main dengan mama”.
“Ialah..ialah memang mama datang nak main dengan kakak dan adik lah ni”.
“Jangan janji dengan anak dulu, awak ada kerja nak buat ni, bagi
saya kad pengenalan awak, saya nak buat salinan. Lepas tu siaplah kita pergi
Bandar”.
“Buat apa kita nak kebandar Melaka?”.
“Awak ni cubalah jangan banyak tanya, kalau saya cakap sikit
awak tanya..cakap sikit tanya saya tak
kan bawa awak lari awak. Ikut saja apa
yang saya cakap”.
“Ialah.. boleh bawa kakak ngan adik ke? ”.
“Awak niii..awak takut saya buat tak elok kat awak ke yang
nak bawa bodyguard bagai ni.” Anak-anak Mizan memandang kearahnya dengan pandangan memohon simpati dari
suara ayahnya seperti ayahnya sedang memarahi mamanya. Akhirnya…
“Taaak..bukan sayatak percaya awak tapi saya kesian diorang ni sejak
pagi tadi asyik kena tinggal saja. Pergi bandor sekejap saja kan jadi bolehlah
mereka ni berjalan-jalan sambil tenguk-tenguk bandor. Boleh ye”. Lembut suara
Sarah menagih simpati untuk anak-anak angkatnya.
“Oklah kakak ngan adik
pergi siap kita jalan kat Bandor”.
“Yam boleh ikut tak”.
“Dah..dah jangan dah diberi betis nak peha pula..Yam biar tolong
mak siapkan makan malam pula”. Mizan seorang yang agak tegas anak-anak dan
adiknya gerun sedikit kepadanya. Nasiblah Sarah bakal mendapat suami yang
garang.
Tempat pertama yang mereka tu adalah kedai emas. Tidaklah di
Habib Jewels hanya kedai emas biasa sahaja. Ketika memasukki kedai emas..
“Awak nak buat apa masuk kedai emas ni?”
“Saya nak beli ikan”.
“Awakk! cakaplah betul-betul.”.
“Saya nak beli cincin untuk awaklah tak nak beli ikan masuk
kedai emas”.
“Perlu ke?”
“Awak juga yang cakap semalam.. awak adalah wanita Melayu
yang inginkan kesempurnaan dihari bahagia awak”.
“Ialah tapi tak perlulah membazir bercincin bagai. Dihadapan
emak ayah awak cukuplah”. Akhirnya berbayar juga sebentuk cincin bermata satu
yang muat dijari manis Sarah. Kemudian mereka kekedai pakaian pula. Sepasang kurung moden kain satin warna
muntiara disertakan sekali dengan tudung warna yang sama. Walaupun pot pet pot
pet Sarah melarang namun tidak dihiraukan oleh Mizan.
“Kesian awak rabak poket awak bulan ni”.
“Tak apa untuk kebahagiaan anak-anak saya. Tenguk tu mereka
dah letih jomlah kita minum kat gerai tu dulu”. Mizan mendukung sikecil Zira, manakala Zurin pula dipimpin oleh Sarah.
Malam itu Sarah
diinai oleh Maryam dan Puan Siti. Bukan sahaja jari jemari tangan Sarah termasuklah tangan sikecil Zurin dan Zira juga.
Malam itu dengan hanya beralaskan toto, Puan Siti, Sarah, Maryam dan dua orang
anak kecilnya tidur diruang tamu rumah Puan Siti..
Keesokkan
paginya, selepas subuh Puan Siti sudah kedapur, dia menyediakan Meehoon goring
untuk keluarga abang dan kakak iparnya, mereka bersarapan sebelum bertolak
keGemencih. Sudah makan Sarah disolek
oleh Puan Siti dan Maryam.
“Yam jangan tebal sangat, akak tak selesa”.
“Ialah..ialah Yam nak sapu bedak saja. Kemudian pakailah
sikit pembayang mata dan lipstick ni sikit. Jadi taklah nampak pucat kan mak
su”. Sarah memakai baju kurung moden dan tudung yang dibeli oleh Mizan semalam.
“Haahh betul tu Sarah, nampaklah ceria sikit, barulah nampak
seri pengantin.”
“Pengantin janda apanya nak berseri”.
“Ehh cuba tenguk pengantin Rozita Cik Wan..kan cantik. Siapa
pun kalau disolek mesti cantik”.
Mizan ditemani oleh kedua ayah dan emaknya
kepejabat Ugama di Gemencih. Serpuluh minit kemudian kelihatan abang Sarah
keluar dari keretnya Honda CITY berwarna merah. Hanya dia seorang sahaja yang
keluar dari keretanya. Tampa membuang masa terus sahaja mereka berjumpa pegawai
yang bertugas. Upecara pernikahan mereka tidak memakan masa yang lama. Mereka
bernikah berwali hakim dihadapan abang Maisarah. Akhirnya sah Sarah menjadi
isteri kepada Mizan Khir dengan sekali lafaz. Selesai ucap Ijab dan Qabul pegawai bertugas memberi tahu ada surau
dibangunan itu untuk Mizan melakukan solat sunat selepas nikah…
Sebelum mereka kesurau mereka menemui Encik Zulkifli untuk
mengucapkan terima kasih.
Mereka ditemani ayah dan emak Mizan ke surau yang disebutkan.
Lafaz niatnya solat sunat nikah ialah :
"Usoli sunata nikahi raka'atani lilahi ta'ala "
Maksudnya : Sahaja aku solat nikah dua rakaat kerana Allah
Taala
Bacaaan Surah Selepas Surah Al-Fatihah:
Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
membaca doa berikut selepas salam:
Usai Mizan
melakukan solat sunat selepas nikah Mizan meletakan tangan kanannya keatas umbun-umbun Sarah dan
membaca doa…
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu:
“YA Allah,Engkau
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian
alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami
memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah
aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim,
pada-Mulah kami memohon pertolongan.
Engkau
anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan
isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan
tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah
kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau
redhai.
“Ya Allah,Engkau
berkatilah umur kami,, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat
kami.Engkau peliharalah kami, anak-anak
kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada
kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah
rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah
rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”
Wallahualam
Sumber: Cara Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Akad Nikah |
Fuh.My
Dirumah
keluarga Mizan, Maryam dan Puan Siti bersiap ala kadar untuk sedikit jamuan
makan tengahari bagi meraikan pernikahan Mizan dan Sarah. Hanya beberapa orang
jiran disekeliling rumah Haji Marzuki dijemput untuk menyerikan majlis.
“Yam! Yam dah call office ke kita cuti segera hari ni. Akak
terlupa lah Yam”.
“Mana nak ingat kalau jantung akak tu berdegup macam nak
pecah Yam dengar”.
“Mana ada. Akak memang terlupa, lepas subuh tadi memang ingat
tapi bila dah dalam perjalan pergi Gemencih tadi lupa.. Yam pun tak ingatkan
akak”.
“Jangan bimbanglah kak Yam dah call office bagi tahu”.
“Diorang Tanya tak kenapa kita cuti segera”.
“Tanyaaa.”.
“Habis Yam cakap apa?”.
“Yam katalah akak kena nikah dengan abang Yam. TANGKAP
BASAH”.
“Haaah?..tak kan Yam cakap tu”.
“Diorang tak kan percaya..tenguk jari dengan tangan akak tu
siap berinai takan kena tangkap basah. Tentulah pernikahan yang dirancang.”
“Yam cakap akak cuti sebab nikah ke? Jangkanya tak payahlah
berinai bagai semalam, jadi bolehlah kita tipu sikit esok”.
“Nak tipu apa..kita nak cakap sakit perut..takkan kita berdua
kena sakit perut”.
“Ye tak ye jugakan nak tipu apa esok”.
“Tak payah tipulah.. Yam cakap jujur tadi, akak nikah dengan
abang Yam. Lagi pun nikah kawin tak baik tipu-tipu..nanti tak berkat,
takut pernikahan tak kekal lama.
Nauzubillah.”
“Tapi aka malulah nanti orang kata akak rapat dengan Yam
sebab nak teckle abangnya”.
“Bukan ke nanti orang cakap Yam saja rapat dengan akak sebab
nak carikan bini untuk abang duda dia”. Terkekek dua orang sok..sek..sok sek.
Yang sebenarnya ketika itu mereka berdua sedang mencuci pinggan mangkuk selesai
khenduri kesyukuran tadi.
akhirnya sampai jodoh sarah dan mizan..
ReplyDeleteselamat pengantin baru, semuga berkekalan sehingga ke akhir hayat..
Semoga sarah dapat mencapai impian bahagianya. Barulah kita tak rasasakit hati sbb dia tak rampas hak orang. Cayalah mak teh. Mak teh the best. Sayang mak teh.
ReplyDeleteTadi rasa mcm dah baca bab 8. Ni dah hilang. Mak teh balik ke. :)
ReplyDelete