Sedang ibu duduk menjahit,
Tercucuk pula jarum dijari,
Sedangkan lidah lagi tergigit,
Inikan pula suami isteri.
Kini sudah lima tahun usia perkahwinan Farhan dan
Fatin. Anak mereka pula sudah ada tiga orang yang sulung berusia empat tahun
yang kedua berusia dua tahun dan kecil baru berusia lima bulan. Ketika
kecil kesemua akak-anaknya disusui dengan susu ibunya. Kesibukkan
Fatin menjadi ibu kepada tiga orang anak ditambah lagi yang anak kecil masih menyusu badan menyebabkan Farhan rasa tersisih.
Dia rindukan perhatian dari isterinmya. Dia menginginkan layanan isteri seperti dulu, seperti mereka belum lagi mempunyai
anak. Bermanja-manja tampa gangguan. Rasa terkilan yang terpendam dari hari
kehari menyebabkan perangainya berubah…air mukanya sentiasa mendung. Sikapnya sekarang cepat meradang.
Ditambah lagi bila melihat perangai anak-anak yang lasak. Fatin pula setelah
terbeban dengan tagungug jawab sebagai isteri, ibu dan pekeja menyebabkan dia
mudah lupa dan mudah penat. Pagi itu
ditempat kerjanya Farhan ditergur oleh sahabatnya Arief Edlan yang amat peka dengan perubahan sikap sahabatnyai.
“Assalamualaikum..kenapa Han nampak letih saja.”
“Entahlah sekarang aku ni macam tak ada mood saja. Aku rasa macam
tak ada semngat lah Lan.”
“Kenapa pulak..kau bergaduh ke dengan orang rumah kau
ke?.”
“Taklah bergaduh..tapi dia tu sekarang macam tak
pedulikkan aku saja dia asyik dengan anak-anak dia saja.”
“Hai Han..anak-anak dia kata kau..bukan ke mereka anak
kau juga.”
“Memanglah anak aku tapi aku rasa..aku ni dia dah tak
pedulikan lagi. Makin lama kita serumah
dengan dia aku rasa dia makin tak ada
masa dengan aku..isteri kau macam tu ke Lan.”
“Kenapa kau fikir macam tu Han. Kan dia sibuk uruskan
anak-anak kau yang masih kecik-kecik tu”.
“Sampai terlupa aku ni suami dia. Orang lain ada anak
juga..macam Su pun ada anak… dia sisih kau ke Lan?”.
“Han kau jangan lupa… anak kau umur berapa tahun..anak
aku umur berapa tahun.. sebetulnya kau tu yang salah..dah kau yang bagi anak deret-deret kat dia..kecik-kecik lagi anak kau dah ada
adik. Cuba kau fikir.. anak kau dah tiga orang anak aku masih dua orang lagi. Ni
dalam masa lima tahun.. tiga orang kau bagi dia macam mana dia nak bagi masa
kat kau.”
“Aku nak cepat-cepat habis dia beranak kecik..supaya
dia cepat rehat.”
“Kalau macam tu kau kenalah bertolak ansur.. tolong dia,
tolong jaga anak..sentiasa bersabar… masa ni anak-anak masih kecik lagi kau
kena berkorban perasaan sikit..mereka anak-anak kau juga."
"Aku sabrlah ni kalau tak mungkin hari-hari kami bergaduh..tapi dia tu asyik dengan anak saja..lepas sorang..sorang yang dia layan".
Kau kena fikir Han
mana ada budak yang lahir tup-tup dah pandai berdikari, sekurang-kurangnya
ambil masa lima enam tahu barulah pandai mencari makan pakai dia sendiri. Masa ni diaorang kena bimbing..kena ajar...makan nak kena suap pergi tandas nak kena ajar..”. Farhan hanya mendiamkan diri sahaja mendengar bebelan sahabatnya.
'Hai Farhan ni..dari zaman nak mengurat dah
sampai ada anak pun masih kena bagi tunujk ajar juga'. Detik hati Arief Edlan.
“...tapi yang sebetulnya kau nak berapa orang anak.
Aku tenguk belum sempat isteri kau betul-betul ramping daaah kembung lagi…tiap tahun isteri kau
dapat PJK ( Perut Maju Kedepan)…” hahaha Edlan cuba berlucu untuk
mengurangkan ketegangan di wajah sahabatnya.
Farhan menjeling tajam kearah sahabatnya yang galak mentertawakan dirinya, namun dijawab juga soalan yang terpacul dibibirnya.
“Aku tak kisah berapa sebetulnya tapi aku teringin nak
anak perempuan.. kalau yang kecil ni tadi perempun aku dah stop rasanya..tapi
tak tahulah aku ni asyik dapat anak lelaki saja.”
“Kau ni Han tak bersyukur langsung, ada orang tu
berhenmpas pulas tunggu bertahun-tahun tak dapat juga anak.Kau baru lima tahu dah tiga...kau tenguk aku ni
pulak asyik dapat anak perempun saja..tapi aku reda..sebab benih tu dari kita,
Han!.. kita tak boleh nak salahkan mereka. Dah Gen kau yang aktif Gen Y dapatlah kau anak
lelaki..aku pulak Gen X aku yang aktiv dapatlah aku anak perempuan.. nak buat
macam mana. Itukan semua kuasa Allah. Ehh baru aku teringat satu petua arwah atuk aku..dia kata kalau nak
anak lelaki makan sayur sawi banyak-banyak. Aku nak cubalah sebelum Su mengandung
lagi ni. Kau pulak kau stop makan sawi. Jangan lupa jangan kau ambil sayur sawi lagi.. ni tidak kalau nampak sawi berhantu.. tak cuckup yang kat pinggan kau
kau ambil pulak yang kat pinggan aku.” Farhan sememngnya suka makan sayur
terutama sayur hijau. Oleh kerana sudah terbiasa apabila mereka makan bersama
dia akan mengutip sayur-sayur di pinggan Edlan yang tidak dimakannya. Edlan tidak suka makan sayur .. sayur kegemaranya hanya bunga kobis dan salat sahaja. Kalau sawi apatah lagi ‘pahit’ katanya.
“, aku tahu tu pasal gen..gen ni, kan kita ada belajar dulu aku masih ingat. Tapi entah lah Lan” Farhan mengeluh lemah. Rasa
tidak puas hatinya masih bersarang dilubuk hatinya. Itulah manusia terutama manusia seperti Farhan… kalau tak ada.. salah dah ada.. pun
salah. Dah dapat lelaki nak kan
perempuan dah dah dapat perempuan nak pula lelaki. Kalau dah dapat semuanya
nakkan yang cantik, nak lawa, nak bijak macam-macam manusia ni.. tak pernah besyukur pada kurniaannya…Kalau Tun
Mahathir kata Melayu mudah lupa ..tapi yang sebetulnya manusia ni yang selalu
lupa tidak kira bangsa atau keturunan.. lupa untuk mensyukuri Rahmat Allah.
Betul tak?.
Seperti
kebiasaan cuti hujung minggu mereka sekeluarga akan mengunjungi rumah orang tua mereka..ketika dirumah keluarga
Fatin lagi Farhan sudah menahan sabar melihat tingkah laku anak-anaknya yang
begitu aktif. Berkejaran dirumah luas datuk dan nenek mereka.Tetapi
kemarahanya dia tahan dihadapan kedua mertuanya. Masih ada lagi sifat malu
Farhan untuk menjerkah anak-anaknya dirumah mertuanya.. kalau dirumahnya
sendiri tentu sudah berhambur jerkahan
untuk mengawal tingkahlaku anak-anaknya. Kemudian mereka kerumah keluarga
Farhan pula. Ketika dirumah keluarganya juga begitu. Dia hairan melihat gelagat
anak-anakya yang dua orang itu tidak tahu penat. Asyik bergurau berkejaran
tidak boleh hendak duduk diam. Bila ditegur duduknya hanya sekejap sahaja
kemudian mereka akan melakukan aktiviti mereka semula.. mulalah Farhan bersuara.
“Abang, angah tak boleh duduk ke..ayah nak cerita
dengan atuk dan nenek pun dah tak boleh.” Hanya sekejap sahaja anak-anak mendengar kata-katanya,
sekejapan itu pula mereka memulakan kenakalannya dengan mula tercuit-cuit kemudian bertepuk
tampar lalu berlari dan terlompat-lompat di sofa datuk dan nenek mereka.
“Abang dengan angah macam kera ni kenapa?? tak boleh ke
duduk diam ke?..ayah pening lah dengan perangai kauorang berdua ni.”
“Han kenapa cakap anak macam tu.. tak baik Han.” Tegur
ayahnya dengan ucapan yang terkeluar dari mulut Farhan.
Farhan sekarang ini mudah marah..mungkin kerana rajuk
yang terpendam. Jika sudah marah mula terkeluar perkataan yang tidak elok untuk
anak-anaknya. Itulah satu sifat Farhan yang menjeruk hati isterinya. Walaupun
sudah berkali Fatin mengingatkan suaminya bahawa perkataan yang keluar dari
mulutnya merupakan doa untuk anak-anak mereka.
“Bang janganlah umpamakan anak-anak kita macam tu.
Abang tu kan ayah mereka. Janganlah kita
sama kan anak-anak kita dengan sesuatu yang tidak elok.. setiap apa yanag kita
keluarkan untuk anak-anak adalah doa.. sedangkan doa ibu bapa adalah doa yang
mustajab untuk mereka.. apa akan jadi kalau kata-kata yang keluar dari mulut
abang dimakbulkan Allah …itu anak-anak kita bang.”
“Kalau macam tu jangan bagi abang marah. Abang rimas
dengan perangai abang dengan angah tu. Penat tau Ha..penat kerja lagi balik tak
sudah dengan perangai abang dengan angah..Abang dah tahan dengan perangai
diaoarang.. abang kalau dah marah memang susah nak kawal apa yang keluar dari
mulut abang ni”.. Ketika itu angah sendang menangis kerana diusik oleh abangnya.
“Ialah cubalah
bersabar sikit..merekakan masih kecil lagi, mana ada budak kecil tak lasak..
dunia mereka hanya tahu bermain bergurau dan berkelahi itu adatlah.. lagi pun
kalau anak-anak duduk diam saja tentu kita risau juga, tentu ada yang tak kena
dengan mental mereka.”
“Ha ni selalu nak menangkan anak”. Farhan mendengus
lalu berlalu kebilik mereka dan menutup pintu biliknya dengan kuat. Itulah
sifat Farhan setelah dia mempunyai anak-anak.
Angin Farhan tidak dapat ditahan walaupun dirumah
kedua ayah dan ibunya. Anak yang terasa bebas dirumah atuk dan nenek bertambah
aktiv tingkahnya. Fatin pula sendang menyusukan anaknya yang kecil didalam bilik, dia mendengar apa yang
diperkatakan oleh suaminya tentang anak-anaknya hatinya menjadi sayu.
Farhan sekarang
ini merasakan isterinya selalu menghilang kan diri bersama anak kecil mereka
dan perasaan tersisih Farhan makin menebal mengocakkan kesabaran yang cuba
dibina. Pada Fatin pula dia tidak suka menyusukan anaknya dihadapan
abang-abangya kerana dia ingin menjaga auratnya, yaitu payudaranya dari dilihat
oleh anak-anak yang telah besar sedikiti atau adik-adik lelakinya. Sebab itulah
setiap kali menyusui anak kecilnya dia akan masuk kebilik. Tetapi pada Farhan
isterinya sering menghidar diri darinya.. Mengapakah Farhan tidak dapat memahami
tindak-tanduk isterinya..Mengapakah setelah lama berumah tangga, Farhan sudah
tidak dapat bertolak ansur dengan isterinya lagi. Atau kerana adanya anak-anak maka berubah tinggkahnya, tetapi banyak orang mengatakan anak-anak adalah penyeri
rumah tangga dan menguatkan lagi kasih saying antara suami dan isteri. Entahlah
mungkin Farhan belum bersedia dengan cabaran beranak kecil. Tetapi bagaimana
mahu mengundur lagi, anak-anaknya sudah tiga orang didepan mata. Jawapannya
SABAR...Sifat sabar adalah sebahagian dari iman.
Kini dihadapan kedua ibu dan ayahnya sendiri Farhan memperkatakan lagi perkataan yangi
tidak elok untuk anak-anak mereka. Oleh kerana tiada kesabaran dan sakit hati
dengan anak-anaknya Farhan mengajak meraka pulang sahaja, walaupun mereka baru
sahaja duduk tidak sampai satu jam..dia lebih suka dirumahnya sendiri.
Mudah baginya mahu mendenda atau merotan mereka sebagai pengajaran kepada
anak-anaknnya. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul sebelas pagi.
“Kita balik lah..ayah panggil ibu.. kita balik sekarang,
pergi masuk kereta.”Herdik Farhan marahnya
sudah tidak dapat dibendung lagi. Setelah mempunyai anak-anak barulah terserlah
sikap Farhan yang tidak sabar.
“Farhan sabarlah..diaorang nikan masih budak-budak.. mana ada budak tak nakal Han.” pujuk ayahnya. Farhan tidak memperdulikkan
pujukkan ayahnya.Dia kebilik belakang untuk memanggil isterinya. Ketika pintu di
buka Fatin baru memperbetulkan bajunya dia melekapkan jari telunjuk dibibirnya.
“Hsyyy..baru tidur tu ..Ha nak tolong ibu masak
pulak..abang tolong letakkan bantal kat tepi-tepi Aman ni ye.” Perlahan Fatin
berbicara dengan suaminya.
“Dah..dah kita balik saja abang dah tak tahan dengan
perangai budak dua ekor tu macam kera terlompat-lompat tak tahu nak duduk diam.” Rasa menusuk
kata-kata suaminya menikam kehatinya bila
di sebuat ‘budak dua ekor macam kera’ merujuk kepada dua orang anak-anaknya
abang dan angah.
Sememangnya Farhan jika sudah marah perkataanya sukar
untuk dibendung. Walau pun dia tahu
isterinya tidak suka dengan perkataanya yang keluar dari bibirnya. Fatin ingin membalas kata-kata
suaminya tapi ditahannya sahaja. Dia tidak mahu pertengkaran berlaku dirumah
mentuanya. Suara Farhan yang tinggi mengejutkan anaknya yang baru hendak lena.
Anaknya yang berusia lima bulan mula menangis. Fatin cuba menepuk punggung
anaknya tapi Farhan menjerkahnya lagi.
“Cepatlah kita balik sekarang..tidurkan saja kat rumah
kita.” Farhan sudah berdahuluan keluar dari bilik menuju kepintu untuk
pulang kerumahnya.
“Cepat masuk kereta..kita balik sekarang… tak tahu
duduk diam.” Kedua orang anaknya yang terkebil-kebil bila di tengking oleh ayahnya
menuruti sahaja segala arahan masuk kedalam kereta, sementara Fatin mendukung
anaknya yang masih menangis kerana tidurnya terganggu.
“Han sabarlah...tunggulah makan dulu dah pukul sebelas
ni..kita makanlah ramai-ramai kat sini.” ibunya bersuara dari dapur cuba
menghalang. Hajjah Fatimah sudah mula memasak untuk makan tengahari mereka
menjengah ruang tamu bila mendengar suara Farhan yang sudah tinggi kerana
memarahi anak-anaknya.. Dia ingin makan beramai-ramai bersama anak menantu
serta cucu-cucunya.
“Tak apalah bu ..nak makan pun tak selera dengan
perangai budak dua ekor ni.” Fatin menghulur
tangan untuk menyalami ibu mertuanya.
Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja dengan tingkah suaminya.. anak didukunganya
masih menangis.
“Kesian cucu nenek ni..ayah tu entah apa-apa Man… tak
sabar langsung.”
“Balik dulu bu..assalamualaikum.”ujar Fatin usai
menyalami dan mencium tangan ibu mertuanya.
“Waalaikumsalam..jangan dilayan sangat Farhan tu kakak..ibu
tenguk sejak beranak kecil baru nampak baran dia”. Fatin hanya tersenyum
mendengar kata-kata ibu mertuanya.
“Kenapa lama sangat…tergeheh-hegeh..hee menyusahkan saja.”
Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Farhan apabila isterinya duduk
disebelahnya. Fatin menahan sabar. Ditelan segala kata-kata suaminya. Sepanjang didalam kereta muka Farhan masam
mencuka..hatinya mendengkul marah..rajuk yang selama ini dipendam sekali
terkeluar amat sukar untuk diredakan.
Setelah beranak ramai Farhan rasa tersisih dari
isterinya. Padanya isterinya lebih memberi perhatian kepada anak-anaknya
sahaja. Kini mereka bagai tiada peluang untuk berbicara mesra. Jika malam pula isterinya akan cepat sahaja tertidur. Kalau dahulu
mereka akan bergurau senda dahulu sebelum terlena, kini apabila kepala isterinya
mencecah bantal sahaja, dia terus terlena. Sesekali ketika dia ingin
bermesra..baru dia ingin memulakanya, regekkan anaknya pula minta disusui
menyebabkan perasaan yang berkorbar menjadi terbantut. Farhan sering mengeluh
didalam diamnya.Tetapi mengapa Farhan tidak mememikirkan yang sedang hendak
dibesarkan adalah anak-anaknya bukan anak orang lain. Itulah cabaran orang
membesarkan anak-anak. Tetapi sayang Farhan tidak faham.
Entah apalah malangnya nasib Fatin hari itu dari pagi
hingga ke tengahhari dia asyik dimarahi oleh suaminya. Sampai dihadapan pintu
rumah mereka, Farhan menghulur tangan meminta kunci rumah, dia ingin membuka
pintu rumah mereka.
“Ehh..bukan abang ke yang pegang kunci rumah??” Farhan
merenung isterinya denagn pandagan geram.
“Semua abang yang nak buat..hee menyusahkan
saja.” Farhan merungut. Yang sebenarnya
Fatin amat terluka dengan sungutan suaminya, dia juga penat dan letih, sedari pagi dia terkejar-kerjar menyiapkan anak-anaknya dan minum pagi mereka, setelah semuanya selesai belum sempat dia menjamah makanan Farhan sudah bersiap sedia hendak kerumah keluarga mereka pula, dia hanya sempat meneguk secawan air milo sahaja pagi tadi.
“Ok..ok biar Ha yang ambil dalam kereta..” Fatin mengalah,
jika dia berkeras mungkin akan meletuskan pertengkaran . Dia turun semula dengan
mendukung anak kecilnya untuk mengabil kunci rumah didalam kereta..tetapi
didalam kereta dicari kunci rumahnya tiada. Dia menyelongkar lagi ditempat yang
biasa mereka meletakkan kunci rumah.. namun tiada. Anak yang didalam dukungan makin
galak menangis. Kalut Fatin dibuatnya. Fatin naik semula kerumah mereka ,
dengan tercungap-cungap.
“Bang!! kunci tak ada dalam kereta.”
“Habis kat mana Ha letak..pagi tadi siapa yang kunci
pintu…bukan ke Ha yang paling akhir sekali keluar rumah.” Terjegil mata Farhan
memarahi isterinya yang cuai.
“Memanglah Ha yang akhir ..tapi lepas tu abang masuk
rumah sekali lagi.” Barulah Farhan teringat dia masuk sekali lagi kerana
mengambil barang ayahnya yang tertinggal didalam rumah, dan memasukkan kunci rumahnya dipoket belakang seluarnya..
Farhan meraba poket seluarnya dibahagian
belakang.Kunci itu ada disitu.Walaupun begitu dia tidak menampakkan rasa
bersalah.Terus sahaja dia membuka pintu rumah dengan menggunakan kunci yang
baru ditemui didalam poket seluarnya. Fatin kebilik tidurnya untuk menidurkan
anaknya yang kecil yang sedang merengek minta ditidurkan kerana tadi tidurnya
terganggu. Setelah anaknya tidur Fatin dengan perlahan menutup pintu bilik
tidurnya supaya anak kecilnya tidak terganggu tidurnya.
Dia kedapur untuk menyediakan makan tengahari mereka
pula. Untuk Farhan dia ingin memasakkan kari ayam bersama kentang. Itulah ushanya
untuk memujuk marah Farhan..itu lauk kegemaran Farhan kari ayam bersama kentang.
Untuk anak-anaknya pula Fatin memasakkan mereka sayur sawi rebus
sahaja. Kemudian dia mengoreng dua tiga ketul ayam. Selesai memasak dia
menghidang diatas meja. Farhan entah kemana. Anak yang dua orang bermain sesama
sendiri dengan permainan LEGO yang bersepah
di atas lantai.
Setelah selesai semuanya Fatin memanggil anaknya yang
dua orang untuk disuapkan makan nasi. Hari sudah menjelang pukul satu
tengahhari. Kelihatan pintu rumah dibuka dari luar. Farhan yang entah dari mana
masuk kerumah dengan memberi salam. Salamya dijawab oleh Fatin anak beranak. Ketika
dia berjalan masuk dia terpijak mainan lego anaknya. Apa lagi Farhan terjerit
kerana sakit.
“Heii !!!beruk dua ekor kemas mainan ni..kalau tak
ayah campak nanti, keturunan siapa ni
yang tak tahu kemas langsung, bersepah saja rumah ni.” Dia sudah duduk dikerusi
menahan sakit dikakinya.
Fatin membasuh tangan lalu mengutip mainan
anak-anaknya masuk kedalam bakul mainan mereka. Air matanya sudah bercucuran. Dia
merasa teramat sedeh bila sudah berkali-kali anak-anaknya diumpakan sebegitu oleh ayahnya
sendiri.
“Abang tak suruh Ha yang kemas..biar dioarang kemas
nanti dia orang tak tahu nak kemas..pandai menyepahkan saja tapi tak tahu
kemas..menyusahkan orang saja”. Fatin hanya mendiamkan dirinya tangannya masih
laju megutip mainan anak-anaknya. Setelah selesai Fatin menyambung kembali kerja
menyuapi anak-anaknya makan. Anaknya yang tua bertanya bila melihat air mata
ibunya berjujuran dipipinya.
“Kenapa ibu nangis..ibu sakit ke?”
“Ia ibu sakit terpijak mainan abang dengan angah yang
bersepah tu..lain kali kalau abang dan angah sayang ibu jangan sepahkan mainan
ye.” Farhan berlalu kedalam bilik mereka
dengan wajah masam mencuka. Dia menutup pintu dengan kuat. Oleh kerana
dentuman pintu biliknya tadi anak kecil yang sedang lena terkejut lalu menagis.
Sekali lagi Fatin mencuci tanganya untuk mengambil anak kecilnya yang menangis
pula. Untuk dia menyuapi semula anak-anaknya tentulah sukar dengan anak kecil
didukungan.
Dengan perlahan Fatin bertanya anak-anaknya.
“Abang dan angah dah kenyangkan..nanti ibu suapkan
lagi.” Hatinya sudah tidak boleh disabarkan lagi. Dia nekat tengahari itu dia
ingin pulang sahaja kerumah ibu dan ayahnya. Dihati ingin memberi peluang
suaminya berehat dari suasana bising dan tingkah aktiv anak-anaknya. Anaknya
terlena semula bila disusui. Fatin meletakkan anaknya dikatil abang-abangnya.
Dia kembali keruang tamu berkemas apa yang patut. Dia mengambil dua helai baju
kerjanya lalu memasukkan kedalam beg sandangya. Setelah siap semuanya dia masuk
kedalam bilik tidurnya dilihat suaminya sedang baring memejamkan mata. Dia
menghampiri suaminya dengan perlahan dia meminta izin untuk pulang kerumah ibu
dan ayahnya.
“Bang!! Ha nak balik rumah ibu.. kalau abang nak makan nasi dan lauk Ha dah hidang atas
meja, semuanya dah siap tu..Ha pergi sekarang.”
“Kenapa nak pergi rumah ibu tadikan baru balik dari
sana.” Kelihatannya mata isterinya sedikit sembab..Farhan tahu isterinya
menangis.
“Tak apalah ..abang rehatlah..kalau anak-anak ada
abang tak boleh nak rehat.”
“Kenapa Ha marah abang ke..abang marah anak-anak
abang.”
“Tak..tapi Ha kesian kat abang ..abang tak dapat rehat
dengan sempurna anak-anak Ha ni nakal-nakal..bising.”
“Abang tak halau Ha dan tak halang Ha nak pergi
kerumah ibu dan ayah Ha.”
“Terima kasih..abang memang baik ..Ha pergi
dulu.”Fatin mencapai tangan suaminya dan menciumnya.
“Biar abang hantarkan.”
“Tak payahlah..Ha tak nak menyusahkkn abang..Ha boleh
panggil teksi” Farhan tahu isterinya berkecil hati dengan kata-katanya...dia juga
tahu isterinya tidak suka dia mengumpamakan anak-anaknya tadi...tetapi apakan
daya terlajak perahu boleh diundur terlajak kata tanggunglah sendiri.
“Meh abang angkat kan beg .”
“Betul tak payah abang rehatlah.. Ha nak belajar berdikari
balik..selama ni Ha dah terleka kerana terlalu bergantung pada abang, samapi Ha
ni manja sangat.. sampai Ha lupa nak berdikari, semua abang buatkan untuk
Ha..ni dah terantuk baru Ha tersedar.” Sindir Fatin sinis.
Farhan sungguh terpukul dengan kata-kata isterinya
yang sudah menuju kepintu. Anaknya yang kecil didukung menggunakan pendukung, bahunya
memikul beg sandang yang berisi baju kerjanya dan susu anak-anaknya, manakala
dua tanganya membimbing dua orang anaknya abang dan angah. Mereka menuruni
tangga untuk mencari teksi. Farhan termangu sambil memandang langkah isteri dan
anak-anaknya hingga keluar dari pintu rumah mereka.
rumahtangga kena ada give and take jika nak bahagia
ReplyDeleteYe betul mak teh setuju tu. Setiap orang harus bersdia walaupun kita dah bercinta bertahun. Tapi bila dah serumah dua2 bersedialah menghadapi cabaran..baykkan sabar brulah rmtngga kekal hingga ke akhir hayat. tak gitu.
ReplyDelete