Makin hari makin membuak perasaan ingin
memberontak bertandang dihati Sarah. Dia sudah tidak sabar ditinggalkan selalu.
Walau pun dia tahu suaminya bukan saja-saja meninggalkan dirinya. Tetapi dia
juga punya hak dan dia pun ada perasaan mahu dibelai dan diberi perhatian.
Kerana kekalutan rumahtangganya disebelah sana jangan dijadikan alasan dirinya
terbiar tampa perhatian. Malam itu Sarah sengaja duduk diruang tamu menunggu
suaminya balik. Malam itu adalah malam giliranya.
Masuk
sahaja suaminya kedalam rumah, Syukri melihat Sarah masih tercongok diruang
tamu. Tadi Syukri tidak menjenguk
kebengkel dan hari ini sekali lagi suaminya pulang agak lewat. Selalunya pukul
sepuluh setengah dia sudah sampai, tetapi hari ini hampir pukul 12 malam baru
dia muncul. Hatinya jadi hangat. Sarah menjadi muskil mengapa agaknya sejak
kebelakangan ini sudah dua tiga kali giliranya suaminya pulang lewat. ‘Tidurkan
anak dulu ke atau tidurkan uminya dulu’. Itulah bisikkan syaitan yang
menyelinap didalam hatinya. Mungkin sabarnya sudah semakin nipis hatinya tidak dapat lagi
menerima apa yang dilakukan oleh suaminya terhadap dirinya.
Sudahlah kalau balik tu muka penat sahaja yang
terpamir, dirinya juga sudah beberapa
hari tidak disentuh. Hendak bertanya tak sampai hati. Selesai sahaja solat
subuh mereka bersalaman tidak sempat bercakap apa-apa suaminya akan bekejar kerumah madunya. Alasanya ‘nak tolong Nuri angkat anak pergi rumah
pengasuh’ mana hatinya tidak hangat. Memang benar apa yang diperkatakan
oleh Syukri. Dia bekejar kerumah Nuri kerana ingin membantu Nuri menghantar
anak-anaknya kerumah pengasuh. Syukri tidak sampai hati melihat Nuri bergantian
mendukung anaknya dengan perut yang sudah besar.
Pada Sarah suaminya mengambil kesempatan
dengan sikap ‘MEMAHAMI’ dirinya,
makin berlembut makin kepala nya
dipijak-pijak. Itulah hasutan syaitan yang ditelah diterima oleh otak Sarah.
Untuk mengetahui apa yang terjadi melalui CCTV. CCTV itu telah ditanggalkkan
oleh suaminya. Kata suaminya dia takut kegiatan mengintip Nuri selama ini
kedapatan oleh Nuri nanti makin hangat pergeseran mereka.
Sebenarnya
anak perempuan Syukri Nuha tidak sedap badan lagi. Dia menangis dari mula masuk
senja hingga hamper pukul 11 malam tadi, yang dapat memujuknya hanya dia. Nuha
sememang anak babanya. Setelah kepenatan menangis barulah berhenti dan terlena.
Sebenarnya siang tadi dia bersama Kak Ton dan Nuri mencari ubat hingga
kekampung kak Ton di Mantin. Disitu kak Ton memperkenalkan seorang dukun yang
pandai mengubat anak yang kena sawan tangis. Mereka mencuba.
“Bang
boleh tak kita bincang sekejap. Sarah nak cakap sesuatu dengan abang ni”.
“Hari dah
pukul 12 malam Sarah, jomlah kita tidur. Hari ni abang penat sangat ni”.
“Sarah
tenguk sejak tiga empat bulan ni abang balik mesti penat, jadi bilanya yang tak
penat. Rasanya sekarang ni masa abang untuk Sarah dah tak ada. Abang perasan tak?”.
“Janganlah
cakap macam tu, Sarah kena faham”.
“Sarah
memang faham, anak abang yang kat sana masih kecil dan perlukan perhatian
abang. Ditambah pula uminya sedang menagdung, itu semua Sarah faham bang. Tapi
sampai bila, sampai bila abang minta Sarah faham dan Sarah mesti bersabar. Keluar yang ni perlukan perhatian lagi, lima
enam bulan kemuadian sorang lagi jadi, selagi Nuri tak menopous selagi tulah
dia akan mengandung”. Hati Syukri menjadi panas mendengar apa yang keluar dari
mulut Sarah. Namun dia terpasksa menyabarkan hatinya. Dia tahu dia yang
bersalah.
Keluar
juga keluahan dari bibir Syukri, susah sebenarnya mengendali dua baktera. Waktu
untuk dirinya tidak tercari rasanya. Dia sungguh-sungguh penat sebenarnya
tetapi bila menyedari yang menyebabkan Sarah naik angin itupun kerana kesalahannya.
Syukri menahan hatinya dan merendahkan egonya demi untuk sebuah keharmonian
rumah tangga bersama Sarah.
“Sarah
abang minta maaf, sebab sekarang ni abang tak bagi perhatian pada Sarah, tapi
abang memang tak sempat sayang, abang memang, tak sempat. Abang minta maaf ye.
Esok lepas Nuri bersalin abang akan untukkan masa yang banyak untuk Sarah pula
ye”. Syukri menghampiri Sarah denagan rasa bersalahnya. Dia memeluk Sarah kemas
tapi Sarah membatu.
“Esok
abang kerja ke?” tanya Sarah dingin, dalam hati esok dipejabat dia ingin
menyatakan dirinya mahu dilepas kan. Untuk malam itu dia kesian melihat wajah
letih suaminya dan hari pun sudah menginjak hampir pukul satu pagi.
“Tenguk
dulu, kalau Nuha baik sikit, abang kerja. Nuha demam meragam menangis dari
masuk Magrib sampai pukul 11 malam ni haa, itu yang abang tunggu sampai dia
tidur dulu barulah abang balik sini, Nuha memang tak nak dengan siapa-siapa,
hanya dengan abang sahaja, susu abang buat, tepuk punggung dia pun kena abang
yang tepuk, baru dia nak tidur.” ‘tepuk
punggung umi dia pun abang juga kan’ bisik hati Sarah yang makin hangat.
“Dah lah
bang, Sarah malas nak dengar alasan abang, Sarah nak tidur ni”. Sarah bangun menuju bilik tidur mereka Syukri
mengekori langkah isterinya dari belakang. Kemudian dia memasuki bilik air
untuk membasahkan badan untuk mencari
sedikit kesegaran. Dia sememangnya keletihan seharian tadi. Bila keluar dari
bilik air dilihat Sarah sudah memejamkan mata. Perlahan dia membaringkan diri
dibelakang Sarah sambil memeluk kemas isterinya yang diabaikan selama beberapa
bulan kebelakangan ini.
Baru
beberapa saat kepala suaminya mencecah bantal sudah kedengaran denguran halus
suaminya. Syukri sudah terlena. Sarah mengeluh perlahan. Tekadnya padu, itulah
keputusanya.
Sebenarnya
Sarah ingin memberitahu suaminya yang dia akan bekerja bersama Maryam mulai
bulan hadapan. Minggu lepas dia kerumah Sarah. Maryam sudah sebulan bekerja
ditempat barunya. Sarah kerumah Maryam
untuk berbual-bual menghilangkan bosan yang ditinggalkan sendirian oleh
suaminya yang pulang kerumah isteri yang satu lagi. Seronok Sarah mendengar cerita yang keluar
dari mulut Maryam mengenai kerja-kerja yang dilakukan oleh Maryam ditempat
barunya. Walaupun matanya dipejamkan dia
sebenarnya belum tidur lagi. Dia menayangkan semula ketika dia dirumah Maryam.
Dia teruja hendak bekerja ditempat baru.
“Kak Sarah kat tempat Yam ada satu kerani
akaun akan kosong, Budak tu dah bagi resign latter ertinya dua bulan lagi dia
akan berhenti. Boss kami dah mula cari orang nak gantikan tempat dia, boss nak
orang baru masuk dulu sebelum dia berhenti sebab nak ajar berkenaan kerja yang
mesti dia buat. Akak nak tak..”
“Nak lah
macam mana cara nak memohon?”.
“Ok bagi
segala salinan sijil-sijil akak, Yam
bagi kat bos nanti lepas tu barulah dia panggil untuk temuduga. Boss tak mahu
panggil temuduga ramai-ramai nak jimat masa katanya”.
Dua hari
lepas itu dia kepejabat Maryam untuk menghadiri temuduga. Hanya ada sepuluh
orang sahaja yang hadir untuk temu duga itu. Kata Maryam hanya kenalan para
pekerja disitu sahaja yang diberi peluang. Pihak pengurusan tidak mengiklankan didalam akhbar, sebab nak jimat kos lagi pun hanya ada satu
kekosongan sahaja. Oleh kerana pengalaman dan sijil yang ada pada Sarah, dia
berjaya mendapat jawatan itu. Pembantu akautan itulah nama jawatan yang akan
disandang oleh Sarah.
Mengikut pihak
pengurusan dia mahu Sarah bekerja pada minggu itu sahaja kerana dia mahu Sarah
memahami tugas-tugas sebelum dia memulakan kerja. Tetapi bagi Sarah dia harus
menyelesaikan kerja-kerja dipejabat suaminya dahulu, jadi meminta tangguh selama dua minggu lagi
untuk dia memulakan tugas.
Pagi tu Sarah ketempat kerja menaiki kereta
berasingan dengan suaminya.Melihat suaminya tidak kerumah madunya selepas solat
subuh mereka Sarah bertanya.
“Abang tak
tolong Nuri hantar anak?”
“Hari ni
dia habiskan cuti-cuti yang diorang hutang. Minggu esok baru dia kerja office
hour untuk menantikan waktu dia bersalin nanti. Tapi tengahari nanti abang nak
jenguk Nuha sekejap. Sarah bawa kereta ye”. Syukri cuba bercerita panjang untuk mengembalikan suasana bahagia mereka
dulu walaupun dia merasakan Sarah masih menunjukkan sikap dinginya selepas meluahkan rasa tidak puas
hatinya malam tadi.
Sarah akur
dia menaiki kereta MYVInya. Dan Syukri menaiki Honda Accordnya. Tiba dikawasan
letak kereta Syukri sudah siap sedia menunggu Sarah, mereka berjalan beriringan
sebelum naik kepejabat mereka, Syukri meminta isterinya membeli sarapan pagi
untuk mereka.
“Sebelum
naik Sarah pergi beli sarapan kita dululah, nah duit. Sarah belikan abang mee
hoon dengan teh tarik”. Syukri menghulur
duit.
Sarah akur tampa banyak soal. Itulah sikap
suaminya jika dia bermalam dirumahnya, sampai sahaja dikawasan letak kereta dia
sudah minta dibelikan sarapan pagi. Mungkin dia sudah terbiasa makan diawal
pagi dirumah madunya. Sarah ke gerai berdekatan untuk membeli sarapan untuk
mereka berdua. Mereka makan ditempat
makan didalam pejabat mereka. Selepas bersarapan Syukri memasuki pejabatnya.
Setelah
berkemas Sarah memasuki pejabat suaminya dia nekad mahu berbincang. Perbincagan
mereka tertangguh kerana dia kasihan melihat Syukri kepenatan malam tadi.
Ketika Sarah membuka pintu keliahatan suaminya sedang meneliti segala senarai
barang-barang yang telah habis. Melihat isterinya terjenguk dimuka pintu dia
menghentikan kerjanya.
Padu hasrat Sarah mahu dirinya
dilepaskan. Jika dia terus menajadi isteri Syukri rasa sakit ini tak akan dapat
dihindarkan. . Dia tidak mahu dibelenggu rasa sakit hatinya sepanjang hidupnya.
Sebelum ianya berlarutan baik dia berundur dari sekarang. Dia tidak mahu
setelah terlambat untuk bertindak mencari kebahagian dirinya sendiri.Hari
inilah dia harus memperkatanya juga.
“Bang! boleh kita bincang sikit?”
“Boleh meh lah masuk, apa yang Sarah nak bincangkan..”
Terus sahaja Sarah ketajuk utama dia tidak mahu
membuang masa menyampaikan apa yang ada dihatinya.
“Dah lama Sarah fikir dan ini adalah yang terbaik
untuk kita. Sarah rasa Sarah tak boleh lagi meneruskan perkahwinan kita ni.
Dengan keadaan kita yang tengah tenang ni dengan hati yang masih dingin ni,
Sarah minta dari abang relakanlah Sarah pergi dari hidup abang, kita bercerai
saja”.
“Kenapa ini? Kenapa ini yang Sarah minta? kenapa
isteri-isteri abang nak pergi dari abang. Abang tidak cukup baik untuk menjadi seorang
suami ke?. Adakah abang suami yang tidak membahagiakan selama kita bersama atau
abang suami yang tak adil dengan giliran ke?, rasanya setiap giliran abang
penuhi dengan adil”. Syukri mengeluh
sedeh hatinya isteri-isterinya memohon perpisahan darinya.
“Bukan macam tu, abang suami yang cukup baik, tapi
Sarah nak anak sendiri. Tahun lepas lagi
Sarah pergi check, Sarah tak ada apa-apa masaalah kesuburan. Abang pula dah
terbukti abang memang tidak ada masaalah apa-apa. Sarah dah bagi masa setahun
agar benih abang tersangkut dalam rahim Sarah ni tapi hampa, tak ada
tanda-tanda Sarah akan mengandung. Mungkin kita tak serasi bang, itu sebabnya
Sarah tak lagi mengandung.”
“Jadi apa tujuan Sarah minta cerai ni, Sarah nak kahwin dengan orang lain, Sarah dah
ada calon ke?” Terkejut Syukri mendengar apa yang disampaikan oleh isterinya
Sarah. Apakah selama ini Sarah bermain kayu tiga.
“Abang ni, kenapa nak buruk sangka dengan Sarah. Sarah
masih siuman dan Sarah tahu dosa. Sarah masih setia dengan abang. Selagi Sarah
isteri abang, Sarah tak akan berkawan
dengan mana-mana lelaki. Sarah jaga maruah abang selama ni..percayalah”.
“Sarah boleh tak, jangan bincangkan perkara ni, abang tengah serabut
ni. Dengan hal Nuri dengan hal Nuha. Ni Sarah minta macam ni, lama-lama mati
beragan abang”.
“bang! Sarah nak kita berpisah cara baik, supaya
walaupun kita bukan suami isteri lagi kita boleh terus jadi kawan, kalau jumpa
kat mana-mana kita boleh bertegur sapa”.
“Tapi kenapa harus kita berpisah, tak ada cara lain ke
kita selesaikan masaalah kita”.
“Ada! hanya satu caranya abang, bagi satu anak abang
Sarah jaga. Dia akan jadi anak Sarah.
Sarah janji, Sarah tak minta perpisahan dari abang”. Syukri terkedu mendengar
apa yang diminta oleh Sarah. Mampukah dia menyatakan permintaan Sarah kepada
Nuri atau dia bertegas atau berkeras dengan kata lain memaksa Nuri memberikan
seorangnya kepada Sarah. GILA itu kata hatinya. Apa erti gila itu Syukri. Dia
yang akan jadi gila bila Nuri mengila bila mendengar permintaanya.
Sedang matanya
terkebil-kebil memandang isteri yang dihadapanya. Sarah menyambung katanya
inilah masa dia harus mengeluarkan apa yang difikirkan sejak dua tiga bulan
lepas.
“Bang! Pada Sarah kalau abang nak jadi suami yang baik,
menjadi bapa yang baik.. cukup satu isteri abang. Kalau dua macam ni, secara
tak sedar abang melukai hati orang-orang
yang abang cinta dan abang sayang. Sarah tahu abang cintakan Nuri dan Sarah
tahu abang juga cinta kan Sarah tapi abang dah melukakan hati kami. Abang tahu
tak betapa sakitnya hati Sarah bila abang pergi pada Nuri, begitu juga Nuri hati dia sakit bila abang
pergi pada Sarah. Siapa yang tak sakit hati bila ada wanita lain dalam hati
suaminya. Mana ada wanita lain boleh membayangkan yang suaminya sedang bermesra
dengan wanita lain. Walau pun dia tahu yang dimesrai oleh suaminya adalah
isterinya dan itu adalah tanggungjawabnya.”
Syukri jadi terkedu mendengar penerangan Sarah. Begitukah hati seorang
isteri bila dimadukan.
“Dah tahu macam tu, kenapa dulu Sarah terima bila
abang ajak nikah?”
“Dulu sebelum Sarah lalui
semua ini, rasanya Sarah boleh bertolak ansur dan Sarah boleh memahami keadaan
abang. Lagi pun masa tu Sarah terasa
ingin nak hidup dengan abang, hidup dengan orang yang Sarah cinta. Masa tu
Sarah hanya bayangkan kebahagian bila dapat berdampingan dan dikasihi oleh kekasih yang bertahun Sarah tunggu. Tapi bila dah terjadi pada Sarah. Sarah
selalu berdoa, apa yang Sarah doa abang tahu tak?.”
“Kalau Sarah tak cakap mana abang nak tahu”.
“ Setiap hari Sarah berdoa agar hanya Sarah dihati
abang. Sesekali ada juga rasa nak suruh abang ceraikan Nuri. Jahatkan hati Sarah ni.”
Ada niat
itukah dihati Sarah selama ini. Patulah setiap kali dia hendak kerumah Nuri ada
sahaja kata-kata sedeh yang terkeluar dari mulut Sarah. ‘ ‘bang kesian kan Sarah ni’ akan ayat lain dihujung kata-kata kesianya.
Bagi Syukri perkataan kesian Sarah menusuk kedalam hatinya. Sememangnya
perkataan kesian itu mengikat kakinya untuk melangkah. Melihat suaminya hanya
terkebil-kebil memandang kearahnya Sarah meneruskan kata-katanya..
“Tapi setelah Sarah tenguk CCTV abang dulu, Sarah rasa
Sarah dah berdosa dengan Nuri. Dia tak pernah lupa mengingatkan abang pada
giliran Sarah. Walaupun Sarah tahu hatinya pedih bila abang datang pada Sarah.
Macam Sarah juga. Kami ni perempuan dan
kami ni isteri, perasaan tu sama bang. Abang tak akan pernah merasa apa
yang kami rasa. ”. Sarah menarik nafas panjang. Memandang sayu wajah suami
dihadapannya.
“Sarah tunggu
abang ke selama kita tak berhunbungan”.
“Ya Sarah tunggu. Tapi bila dah jadi macam ni Sarah
lebih rela abang lepaskan Sarah. Dulu sepatutnya Sarah berfikir panjang sebelum
menerima cadangan abang untuk kita bernikah.
Sepatutnya bila dah nampak abang bahagia dengan Nuri, tak sepatutnya
Sarah menyorong diri untuk menumpag kasih abang. Sarah kesal memporak
perandakan kehidupan rumah tangga abang yang aman sebelum kemunculan Sarah.
Sarah betul-betul kesal kerana mencalar kepercayaan Nuri pada abang.
..Rasanya belum terlambat lagi untuk kita
memperbetulkan segala yang bercelaru sekarang ni. Jalannya lepaskan Sarah dari
hidup abang. Biarlah Sarah mencari kebahagian Sarah sendiri. Sarah minta secara
baik dan abang tunaikan secara baik jadi kita tak bermusuh.”. Syukri diam tak
berkutik memandang kesungguhan Sarah minta dilepaskan. Mungkinkah ini jalan
penyelesaian yang paling baik untuk mereka bertiga. Itulah tanda Tanya besar
dikepalanya, suaranya tersekat dikerongkong untuk menyatakan sesuatu.
Yuhuuu...saya orang yang pertama..
ReplyDeleteBaru tahu penat ya syukri..
Papepun tetap benci sarah..
Kalau nak pergi..beramb je la..
Thanks mak teh tuk n3 baru....
ReplyDeleteIshhhhh c syukri ni bg jela apa yg Sarah nk tu (ceraila)
Suka sangat andai sarah pergi dr hidup syukri. Kesian anak2 nuri
ReplyDeleteSarah tetap berpura2 mengatakan dia tunggu syukri dulu. Takpe la, mungkin utk kebaikan kali ni agar dpt berpisah cara baik. Blm 9bln terabai sarah dah tak puas hati. Dulu Nuri bertahun, diam jer(sblm meletop).
ReplyDeleteKisah sarah je, mak teh tak selit langsung kisah live Nuri. Cuma ada yang ckp psl dia jer. Rindu pulak.
ha la... biar la sarah yg berundur lg. bagus...
ReplyDeleteBetul3x. Bila difikirkan nuha yg rapat dgn babanya dan selalu sakit kesian pulak kat anak2.biarlah sarah pergi kerana anak syukri memerlukan babanya.jgn pula jd macam nuri bila nak mintak cerai terus mengandung si sarah.ahhhhhhhhhh tak sanggup membacanya andai betul dugaanku ini.jgn mak teh buat kisah begitu sudah lah
Deleteewahh.. Suka hati ko jer Sarah nak amik anak Nuri.. klu anak kuceng bole laa.. lempang kang..!!!
ReplyDeleteSedar pun dia slalu cukai ms Nuri. Rasanya kalau sarah mengandung pulak Nuri takkan berkompromi lagi. Memang Nuri la yg akan undur diri. Skrg pun dia dah siap surat utk lawyer sign.
ReplyDeleteNuri dah nk msuk ofc hour. Dlu ms Nuha tak smpat pun kj dah bersalin. Tak sabar kali ni. Syukri dftarkan hspital swasta ke. Dlu kemain kesian tgk kat wad biasa.
Pasal la minah gedik ni bermuka2 lagi. Dah rasa bersalah nak bercerai buat apa nak menipu lagi. Boleh lagi dia mengaku tunggu syukri dlu. Bertambah 'kasihan' la syukri nk lepaskan dia.
ReplyDeleteBetul...mmg dah keturunan kot..walaupn di katakan sarah ni baik..buat masa ni mmg x nampak lg baiknya..mungkin baik dia di antara keluarga dia yang teruk tu..
DeleteTq mak teh atas n3 baru... apa-apapun seronok sbb sarah sedar diri telah merosakkan keharmonian rumahtangga nuri selama ini walaupun untuk kepentingan diri sendiri.. Tak sabar nak tahu jawapan syukri sama ada turut meroyan macam menerima permintaan nuri untuk berpisah atau boleh menerima dengan lapang dada.
ReplyDeleteEnam bulan saja sarah dah berasap kepala nak marah syukri abaikan dia, nuri dua tahun, segala kebajikan nuri terabai, terpaksa bersalin sorang tanpa suami akibat KASIHANkan sarah tanpa alasan kukuh malah jadi penipu lagi.. Syukri berkeadaan begitupun bukan nuri yang terhegeh2 minta syukri buat tapi syukri sendiri yang rasa tanggung jawabnya terhadap anak2 dan isteri yang kesukaran.
ReplyDeleteSyukri harus muhasabah diri menilai mana permata dan mana kaca... Benar kata sarah, syukri tak layak beristeri lebih kerana dia masih tak mampu menjadi suami yang baik pada isteri2nya dalam pembahagian masa.
alah mak teh kalau dibukukan i definitely skip this last 3 bab sebab tak ada kisah Nuri. peace mak teh, just my opinion
ReplyDeleteSyukri harus pertimbangkan permintaan sarah untuk berpisah secara baik andai dia masih sayangkan rumah tangganya dengan nuri dan sayang akan anak-anaknya. Itu merupakan satu pengorbanan yang paling bagus pernah sarah buat untuk syukri, biarpun ianya untuk kepentingan dirinya sendiri juga. Mana tahu si yam nak jadikan dia kakak ipar pulak lepas ini, maklumlah abang siyamkan duda senang juga. Syukri tak perlu banyak songeh.
ReplyDeleteSarah ni tunjuk baik dpn syukri bukan main lg. Dialog pun byk tiru nuri. Belajar dari skodeng cctv la tu.
ReplyDeletebetul..betul..cam nak nampak dia seorang yang memahami la kunun2..
Deletemenyampah betul...
mesti dia nak syukri lak kejar2 dia cam syukri kejar nuri sekarang ni...