Pagi
itu Zul Fahmi datang kerumah kakaknya..
“Hidayah
mana kak Jannah..dengar kata malam tadi abang Farid bagi dia cuti”.
“Ehh
mana abang dengar abang Farid bagi dia cuti”.
“Masa
akak nak makan tu abang ada dah kat luar, sahaja tak nak masuk..sebab baru
lepas makan dengan mama..mama balik saja terus pergi dapur lapar katanya jadi
abang pun tumpang semangkuk. Itu yang dengar abang Farid nak bagi cuti pada Hidayah
tu”.
“Kalau
dah ada kat luar kenapa tak masuk makan
dengan kami sekali malam tadi. Hidayah masak sedap semalam..masak lemak
labu..cara dia..dia bubuh daun kunyit dengan udang kering bang. Kemudian makan
dengan ikan kembung sumbat belakang.Tapi penyumbat kelapanya dia buat uhh
terangkat”.
“Apa
yang terangkat kak Jannah”.
“Kelapa
yang disumbat dalam ikan tu lah. Kelapa tu dia gaul dengan cilia pi dan belacan
kumudian digaul dengan air asam jaw..Pedas. Tapi Abang Farid dengan budak-budak
ni makan bertambah-tambah. Dia boleh makan selamba sahaja.. tak berapa pedas
katanya. Betul-betul dia orang negeri Sembilan.”
“Ohh
dia orang negeri Sembilan. Terliur abang dengar kak ..sampai anak-anak dan
abang Farid makan bertambah tentu sedapkan, ada lebih tak..nak juga merasa
masakan menu Hidayah ni.”
“Emm
mama dia orang Negeri Sembilan orang Jelebu.Ada lagi tapi akak tak panas kan,
bang.”.
“Tak
apa..boleh saja abang makan, lagi pun abang belum minum pagi lagi ni..Tadi
ingatkan kak Dayah tak kerja tu yang cepat abang datang sini. Abang nak ajak
dia keluar temankan abang cari barangyang nak bawa pergi Kuantan sikit.”Sambil
makan sambil ZulFahmi menanti tukang masak kuah labu dan ikan sumbat belakang
tetapi tak muncul-muncul kata bercuti.
“Mana
Hidayah kak..keretanya ada kat depan tu tidur lagi ke..hari dah meninggi..”.
“Dia
dah pergi kerja dengan abang pagi tadi.Katanya halnya dengan abang dah selesai.Lagi
pun kerja kat boffice tengah banyak jadi dia malas nak cuti. Betul ke dah selesai
apa yang abang nak tanya pada dia tu.Apa kesudahanya”.
“Dia
tak boleh nak terima abang kak Jannah..pertama sebab dia lebih tua 4 tahun dari
abang, kedua dia tak mahu mama terpaksa terima dia..betul ke mama tu bekas tunang
uncle Faris kak”.
“Alah
itu cerita dulu..mama dulu tak mahu dijodohkan dengan uncle Faris tu..sampai
dia kawin lari dengan ayah akak kat Siam. Bila nenda jumpa mama semula dia
paksa mama sambung belajar kat UK, kat sana mama jumpa papa abang..tapiyang
akak tahu nenda tu tegas orang nya. Yang sebetulnya dia nak kekalkan keturunan
Tengku kat pangkal nama cucu-cucunya itu yang dia paksa mama kahwin dengan
uncle Faris”.
“Itulah..malam
tadi Hidayah ada cerita sikit pasal papa dengan mama dia. Mama kita putuskan
pertunaganya dengan uncle Faris bila terserempak dia berdating dengan mamanya
di Unversiti Sain Pulau Pinang. Rupanya mama pernah masuk Universiti Sain Pulau
Pinang”.
“Itulah
kalau dah takdir kan..akhirnya terjumpa pula anak-anakmereka dan jatuh suka
pula. Apa rasa hati abang bila dia tak boleh nak terima abang”.
“Sedeh
juga kak, tapi betul juga kata dia..kita jagalah hati mama..itu lebih baik dari
menjaga hati sendiri. Abang nak jadi macam dia mendahulukan hati mama dari hati
sendiri. Lagi pun bahagia ke kita, kalau dia dan mama rasa berjurang bila duduk
serumah.”.
“Eloklah
kalau abang fikir macam tu. Kalau mereka kekok bila berdepannanti. Yang teruk
kalau abang diduga membuat pilihan antara isteri dan mama..kita juga rasa serba
salah kan bang..Habis apa cadangan abang untuk masa depan..jangan sampai abang
tak kahwin kerana kecewa dia tak nak abang pula”.
“Hssy
taklah sampai macam tu..abang nak habiskan houseman abang selama dua tahun
dengan jayanya.Nanti barulah abang fikir masa nak cari pasangan.Abang nak
belajar jadikan dia kakak abang, itu lebih baik dari memaksa dia menerima kita
sebagai suami kan kak.”
“Betul
abang cakap..haabaru akak ingat abang Farid cakap dengan akak malam tadi, Hidayah
suruh abang jaga diri baik-baik. Dia risau dengar kata-kata abang bab pertemuan
terakhir tu”.
“Kenapa
pula macam tu”.
“Dia
takut abang buat sesatu yang tak masuk akal.Dia sayang abang.Sayang sebagai
adik dan sayang sebagai lelaki yang sempurna, bijak, baik dan teguh peganan
ugama. Dia kagum adik-adik kita semuanya baik dan kuat berpegang pada
ugama..Akak pun nak pesan pada abang jaga tingkah laku..kalau nak kahwin cakap
dengan mama. Jangan buat macam papa Faris kesian anak yang lahir macam Hidayah
tu. Susah dia nak bergul dengan orang dan orang pun susah nak terima dia. Yang
sebetulnya dia malu bila orang tahu status dia bang”.
“In
Syaa Allah kak Jannah..abang akan ingat kan diri abang.. bangga mama dan papa
dengan kelahiran abang akan abang akan jaga sampai hujung nyawa abang kak.”
(Cuba
anda bayangkan bangga ibu dan ayah kita meyambut kelahiran anaknya.lirik lagi
M.Daud Kilau)
Kini
aku gembira
Yang ku tunggu dah tiba
Anakku
lahir sudah
Hai anakku yang pertama
Sungguh cantik rupanya
Mirip
wajah ibunya
Betapa
bahagia Hai dengan kehadirannya
Kan
kujadikan raja
Di
dalam rumahtangga
Kucurahkan
semua Hanya untuk mu sayang
Buah hati wahai permata Besarlah kau segera
Anakku yang pertama
Riang tiada terkira
Hapus
segala duka
Bila
ku memandangnya
Hai
anakku yang pertama
Copy
and WIN : http://ow.ly/KfYkt
Sudah
hamper tiga bulan pemergian Tengku Faris keRahmatullah.Ini bermakna sudah mahu
tamat tempuh iddah bagi Nur Hidayah.(Tempuh
iddah mengikut syarak tiga kali suci“Perempuan-perempuan yang diceraikan
hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru’ (suci).” —
(al-Baqarah 2:228))
Ia juga dapat memberikan
ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang
kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi
menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.
Semalam dia didatangi oleh Syed Borhan denagn membawa
misi mahu membela kehidupanya dimasa akan datang.Yang sebenarnya baru tiga hari
Syed Borhan pulang dari bekerja hatinya sudah tidak sabar-sabar mahu turun
keKuala Lumpur mencari Nur Hidayah di tempat kerjanya. Dia tidak tahu hati sang
isteri yang setia hancur lebur dengan tingkahnya yang bagai tidak sabar-sabar mahu
memberinya madu kepadanya. Namun demi untuk melihat suaminya bahagia direlakan
juga.Rela yang terpaksa.
Ketika dia mencari pakir ditempat pakir Hotel Impian
dia melihat kereta KELISA miliknya dulu dicelah-celah kereta yang gah di tempat
pakir berbumbung milik hotel itu. Dia mendekati kereta Kelisa untuk memastikan
nombor platnya..sah memang kereta milik Nur Hidayah. Hatinya jadi berdebar
namun debar bahagia.
Memang betul Hidayah masih bekerja
disini.Tak sia-sia dia datang kali ini itu detik hatinya yang gembira.Rasanya
tidak sabar-sabar mahu melihat fizikal orang yang disayanginya dan orang yang
dirinduinya. Dulu ketika dia melawat Nur
Hidayah di lokap kelihatan wajah Nur Hidayah yang cengkung dan bawah matanya
juga bergaris hitam. Kelihatan juga dia layu tak bermaya.. Masih begitukan
keadaanya setelah hamper tiga bulan kejadian hitam itu berlalu.
Syed Borhan kekaunter pertayaan bertanya untuk
kepastian. Bila melihat gadis yang duduk dikunter bertudung Syed Borhan memberi
salam..
“Ada
ke pekerja disini yang bernama Nur Hidayah binti Abdullah”.
“Ada
dia bekerja sebagai Akauntan disini”.
“Boleh
saya berjumpa dengan dia”.
“Encik
ada temu janji dengan dia ke?”.
“Saya
tak ada temu janji tapi saya saudara dia, saya datang dari Melaka ni”.
“Tunggu
sekejap ye saya cuba hubungi dia dulu”.Penyambut tetamu tadi menghubungi Nur
Hidayah dan membenarkan Syed Borhan menemuinya dipejabatnya.
Nur Hidayah tertanya-tanya dalam hati siapakah saudara
yang diperkatakan oleh penyambut tetamu yang bertugas hari itu. Kalau Tengku
Faridah tentu sahaja mereka kenal..lagi kata penyambiut tamu itu tadi lelaki
muda..siapa agaknya yang menyamar diri sebagai saudaranya. Atau memang dia
masih mempunyai saudara di Kuala Lumpur selain saudaranya yang berada di Jelebu
Negeri Sembilan.
Nur Hidayah menghentikan kerja dan menanti pintu di
ketuk dari luar. Hatinya berdebar tetapi debarnya debar ingin tahu siapa
gerangan saudara yang ingin menemuinya. Pintu diketuk dan dengan pantas Nur
Hidayah menyuruh masuk mukanya mengadap tepat kepintu. Bila terjengul sahaja
wajah lelaki yang membuka pintu..kelihatan senyuman lebar sang jejaka
dihadiahkan kepadanya..Nur Hidayah yang terngaga mulutnya tidak sangka.
“Assalamulkaikum..Dayah
apa khabar”.Suara dan wajah Syed Borhan sungguh ceria bila dapat bertentang
mata dengan orang yang dirindui.
“Walaikumsalam.Eh
alonoog.Alahamdullilah..baik sihat..Along sihat?balik cuti ke long…tak sangka
betul Dayah along yang datang. Nak pecah kepala Dayah fikir tadi..siapa saudara
yang datang nak jenguk Dayah”.
“Along
cari Dayah sejak Azam bagi tahu Dayah dah dibebaskan dulu. Tiga hari along
tunggu kelibat Dayah datang kerja..tapi tak nampak pula. Kata Azam Dayah masuk
hospital.”. Wahh hebatnya pihak polis menyiasat hingga setelah dia dibebaskan
juga masih disiasat juga..detik hati Nur Hidayah.
“Along
cari dayah kat mana.Mana tahu Dayah kerja kat sini”.
“Along
perhatikan dekat kedai bertentangan Hotel nilah....kalau ada Dayah datang
kerja..sebetulnya along tak pasti Dayah kerja kat sini..Azam kata dari siasatan
masa mencari bukti Dayah dulu dia kata Dayah kerja kat hotel ni. Betul ke Hotel
ni kepunyaan bapa kepada suami merangkap bapa biologi Dayah?”.
“Betullah
tu long”.
“Habis
kes yang dia tuduh Dayah bersubahat membunuh suami Dayah tu apa ceritanya.diaorang
tak buang Dayah pula”.
“Alhamdullilah
semuanyua dah selesai dan Alhamdullilah juga Dayah masih kerja kat sini. Dayah
memang malas nak cari kerja tempat lain long”.
”Along
pun bersyukur Dayah tak pergi kerja tempat lain, kalau tak kat mana along nak
cari Dayah.Terkilan rasanya tak jumpa Dayah hari tu. Balik cuti ni along cepat-cepat
datang sini.. Alahmdullilah akhirnya jumpa juga dengan Dayah.Tak sia-sia bergesa
along datang sini”.
“Ohh..along
baru turun kapal ke”.
“Ahhah baru tiga hari”.
“Ehh
along nak minum apa..boleh Dayah oderkan”.
“Tak
payah lah Dayah, along nak cerita dengan Dayah sahaja. Dapat jumpa Dayah along
rasa lega sangat..”.
“Tak
ada apa nak cerita long, Dayah macam ni sajalah..Kak Nisa tahu along jumpa
Dayah ni”.
“Tahu..masa
datang yang dulu pun along dah cakap dengn dia along pergi KL cari Dayah”.
“Dia
tahulah yang Dayah kena tahan polis”.
“Tahu
semua along cerita dengan dia. Yang sebetulnya dia pun kesian kat Dayah..itulah
kami dah bincang dan dia pun setuju kalau along nak jaga Dayah”.
“Nak
jaga Dayah macam mana tu long. Rasanya tak perlulah along dan kak Nisa
susah-susah.. Dayah boleh jaga diri Dayah sendiri. Dayah dah ada kerja dan
Dayah pun dah ada rumah sendiri kat KL ni.”
“Along
sanggup jadi suami Dayah, jadi pelindung Dayah”.
“Tak
apa lah long Dayah lagi senang hidup macam ni. Dayah tak nak menyusahkan
orang.”
“Apa
pula menyusahkan orang Dayah. Kalau kita nikah Dayah tak menyusah kan along pun.
Bab nafkah along mampu nak tanggung kak Nisa dan Dayah sekali harung..jangan
bimbang tentang tu”.
“Dayah
tahu dengan gaji along yang lima angka setiap bulan memang mampu nak tanggung
dua isteri, tapi Dayah tak mampu nak membina kebahagiaan Dayah diatas air mata
wanita lain long. Kak Nisa tu sama gander dengan Dayah, dahlah tu kak sepupu
sendiri pula tu. Biarlah Dayah macam ni, Dayah ada duit sendiri untuk tanggug
makan pakai Dayah”.
“Hidayaah..along
sebetulanya dah bincang dengan kak Nisa bab nak ambil Dayah menjadi isteri
along dan dia setuju..Jadi terimalah, kita bertiga bantu membantu. Masa along
tak ada Dayah bantulah kak Nisa nanti kak Nisa juga akan bantu jaga Dayah..boleh
kan”.
“Baik
nya hati kak Nisa demi nak tenguk suaminya bahagia dan gembira dia rela bermadu
dengan Dayah..tapi bagi Dayah tak ada perempun yang sanggup melihat suaminya
membahagi kasih dengan wanita lain. Jauh disudut hatinya mesti dia rasa sedeh.
Kalau dia tak berkemampuan boleh along madukan dia. Ni dia mampu bahagiakan
along sanggup along nak bagi madu pada dia. Lagi pun along nikah dengan dia
baru sangat..baru setahun along. Kata orang tu rasa hangat nya cinta masih
membara, along dah sekat dengan membahaginya dengan Dayah...along tak kesian
ke.
…Sebab
apa Dayah cakap macam ni..sebab Dayah merasakan nya. Dayah tak mampu nak
membayangkan suami Dayah ada isteri lain selain dari Dayah. Tak mampu nak
membayangklan suami kita bahagia dan gembira bergelak ketawa dirumah isteri
lain, sedang kita kat rumah bersendirian kesunyian tak ber teman. Pada Dayah dari kita
makan hati bertiga baik Dayah macam ni. Dayah hanya fikir diri Dayah sorang,
itu rasanya berpuluh kali lebih baik. Entahlah long belum lagi Dayah menjadi
isteri..Dayah dah ada rasa cemburu seorang isteri”.
“Kenapa
Dayah tak cuba dulu..along janji akan adil dengan pembahagian masa Dayah dan
kak Nisa nanti”.
“Untuk
apa nak dicuba long, kalau kita dah tahu sakitnya. Kalau dah tahu peria tu
pahit tidak kugulai dengan kelapa, Dayah dah tahu bermadu tu sakit dan perit..walaupun
untuk sehari Dayah tak akan mencuba
long. Bagi Dayah ada jalan keluar dari merasai sakit bermadu..Jadi Dayah tak
nak terima pelawaan along untuk bernikah. Untuk Kak Nisa dia tak diberi pilihan
bila along kata nak nikah satu lagi..sebab dia dah memang terikat dengan Ijab
dan Qabul along terlebih dulu. Sekarang Dayah pilihkan untuk dia..Dayah tak mahu
kerana Dayah sendiri tak mampu.”
“Hanya
sebab itu sahajakah Dayah tak terima along”.
“Long jangan hanya nak fikir negetiv
sahaja..along kena fikir positive bila Dayah tak mahu. Kalau dah dicuba
kemudian kita mengeluh menyalahkan takdir itu tak betul namanya.Kita ada otak
fikir dulu sebelum buat keputusan. Jangan fikir bahagia sendiri sahaja. Dah lah
long.. tak lama lagi anak along bakal lahir jaga anak along dan kak Nisa elok-elok”.
Syed Borhan sangat kecewa dengan penolakkan Nur
Hidayah. Untuk memandu pulang keMelaka dia tidak mampu.Dia bercadang bermalam
dirumah Inspektor Azrul Azam untuk menenangkan hatinya dahulu.
Dah agak pendirin Dayah. Sedang syed borhan bujang pun ditolak, inikan pulak suami orang.
ReplyDeletefahmi ditolak, syed borhan direject...siapakah gerangan yg akan menemani dayah
ReplyDeleteDr Johan... hahaha... jangan marah ya mak teh.... saja je kasi hangat... seronok bila hidayah tetap pendirian tak mahu terima syed borhan... Setiap insan mesti ada peluang bahagia... Cepatlah sambung mak teh... tak sabar nak baca kisah seterusnya.
Deletek.mid