Cerita ni jadi tersngkut-sngkut..mlm ni pun tak ada post baru..dah diushakan pun tak boleh nak habis juga. Masa ni mak teh memang tngah sibuk maklumlah awal tahun..banyak kursus mak teh sibuk kursus kat tempat kerja.
Bagi menjawab pertanyaan…Anonymous8 March 2015 at 19:57
Baru keluar watak Jannah...
Mak Teh,
nak tanya sikit yer. Perempuan akan jadi mahram dengan anak tiri setelah dia
bersama dengan suaminya kan? Pernah baca begitu tapi tak pasti.
Biar pun tak bersama setelah bernikah dia dikira anak
atau emak atau baba tiri dan mereka akan jadi mahram hingga akhirat..ini yang
mak teh tahu tapi juga tak pasti seperti anda..Tetapi yang menjadikan kita
mahram adalah syarat kita bernikah..bukan perbuatan(jimak (bersetubuh) dengan
pasangan.. betulkan..itu sebabnya anak luar nikah bukan mahram pada bapa luar nikahnya.
Batasan : Anak Menantu – Mertua @ Mertua Tiri
Sejak sekian lama mendirikan rumah tangga diri ini
selalu tertanya2…. apakah batasan aku dengan ibu mertuaku… apakah aku dikira
mahram atau ajanib??? selalu keterbatasan fikiranku bermain dan berlegar…
setiap kali pulang kerumah mertua hati ini menjadi tertanya2… ya…. kalau mertua
aku tahu apa hukumnya.. tapi kisah aku lain sikit… sebab aku mempunyai ibu
mertua tiri…
Pada mulanya perkahwinan, aku selalu bersalaman dengan
ibu mertuaku iatu ibu tiri isteriku… tapi setiap kali aku bersalaman… diri ni
selalu musykil.. apakah keterbatasan aku dengan ibu mertua tiri ini??? adakah
aku boleh bersalaman dengan beliau? adakah beliau boleh mendedahkan
auratnya (Rambut) dengan aku???
jawapannya :
mari kita baca kisah ini :
Suatu hari seorang lelaki berjalan di kota Madinah.
Tiba-tiba beliau terpandang kepada seorang wanita dan mereka saling pandang
memandang. Lantas Syaitan mencampakkan ke dalam hati kedua mereka perasaan
kagum di antara satu sama lain. Dalam keasyikan memandang, lelaki tersebut
terlanggar tembok di hadapannya lalu berdarah hidungnya. Lantas dia bersumpah
“Demi Allah, aku tidak akan membasuh darah ini sehinggalah aku bertemu
Rasulullah dan mengadu hal ku”. Maka dia bertemu Rasulullah dan menceritakan
peristiwa tersebut. Lantas Rasulullah bersabda: “Inilah balasan terhadap
kesalahan kamu”. Lalu turunlah ayat 30
surah an-Nur
قُلْ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ
Maksudnya: Katakan kepada orang beriman hendaklah
mereka menjaga pandangan mereka dan kemaluan mereka.
Di dalam ayat tersebut Allah Taala mendahulukan
menyebut ‘merendahkan pandangan’ ke atas ‘memelihara faraj’ kerana terdapat
rahsia tersendiri. Antaranya (Wallahu ‘alam) pandangan merupakan mukadimah
kepada perkara yang lebih besar seperti berlaku zina. Ahmad Shauqi pernah
bermadah:
نَظْرَةٌ فَابْتِسَامَةٌ فَسَلاَمٌ فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌ فَلِقَاءٌ
Maksud: Bermula dengan pandang-pandang kemudian
senyum-senyum lantaran berkirim salam, kalam diucapkan, perjanjian diadakan
lantaran diakhiri dengan pertemuan.
Lihatlah betapa hebatnya peranan yang dimainkan dua
mata.
ADAKAH BAPA MERTUA SAMA DENGAN BAPA TIRI SUAMI (BAPA
MERTUA TIRI)?
Persoalan sebegini memang selalu berlegar di dalam
masyarakat. Persoalan ini timbul adalah kerana tidak dapat menentukan hubungan
seorang perempuan dengan bapa tiri bagi suami, adakah mahram atau bukan mahram
?
Keterangannya adalah seperti berikut:
1- Di dalam
surah an-Nisa’ ayat 23 Allah telah menjelaskan perempuan-perempuan yang
diharamkan ke atas lelaki untuk dinikahi kerana terdapat sebab tertentu.
Sebab-sebab tersebut adalah seperti berikut;
1- Kerabat
2- Susuan
3- Musoharah (perkahwinan)
Berdasarkan persoalan yang diajukan, kita hendaklah
lebih jelas siapakah yang dimaksudkan dengan bapa tiri bagi suami dan apakah
hubungannya dengan perempuan tersebut. Dengan bahasa yang lebih ringkas
bolehlah kita katakan hubungan bapa tiri bagi suami dengan perempuan terbabit
adalah hubungan sebagai bapa mertua tiri
dengan menantu tiri.
2- Pokok perbahasan bagi permasalahan ini adalah ayat
23 surah an-Nisa’;
وَحَلاَئِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِيْنَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ
Maksud: (Dan diharamkan bagi kamu) isteri-isteri anak
kandung mu (menantu).
Berdasarkan ayat tersebut jelaslah Allah Taala menegah seseorang lelaki
berkahwin hanyalah dengan isteri bagi anak kandung berdasarkan kait أصلابكم .
Pengharaman itu juga termasuk isteri bagi anak susu kerana berdasarkan hadis
وَيَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
Maksud: Diharamkan daripada susuan apa-apa yang
diharamkan daripada nasab. Hadis riwayat Imam Bukhari.
Justeru itu, bapa mertua yang menjadi mahram muabbad
(selama-selamanya) bagi seseorang perempuan (menantu), adalah daripada nasab
dan daripada susuan. Hal ini bermaksud bapa mertua terbabit merupakan bapa
kandung bagi suami atau bapa susu bagi suami seperti mana yang telah dinyatakan
di dalam ayat an-Nisa’23 dan di dalam hadis. Lantaran itu bapa tiri bagi suami (bapa mertua tiri)
bukanlah menjadi mahram bagi perempuan terbabit. Sekiranya suami bagi perempuan
tersebut meninggal dunia, maka tidak menjadi kesalahan bagi bapa mertua tiri
untuk berkahwin dengan perempuan tersebut (menantu tiri).
3- Berkaitan anak tiri juga dijelaskan di dalam ayat 23
an-Nisa’ juga
وَرَبَائِبِكُمُ الَّاتِي فِى حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ الاَّتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ
Maksud: (Diharamkan bagi kamu) anak-anak isteri mu yang
di dalam pemeliharaan mu, dari isteri yang telah kamu campuri.
Ulama mentafsirkan maksud rabibah seperti di dalam ayat
ialah anak perempuan bagi isteri dari bekas suaminya.
Jelaslah di dalam ayat tadi Allah Taala telah menegah
seseorang lelaki untuk berkahwin dengan anak perempuan tirinya setelah ia
menyetubuhi ibunya. Pengharaman yang dinyatakan di dalam ayat hanyalah
melibatkan seorang lelaki dengan anak perempuan tiri, lantaran itu menantu
perempuan tiri tidak termasuk kategori yang dinyatakan .
RUMUSAN KEDUDUKAN ANTARA BAPA MERTUA TIRI DENGAN
MENANTU TIRI
1- Kedudukan bapa mertua adalah tidak sama dengan bapa
mertua tiri. Hubungan bapa mertua dengan menantu perempuannya adalah hubungan
mahram, manakala hubungan di antara bapa
mertua tiri dengan menantu tiri adalah sebaliknya. Pengharaman kepada bapa
mertua berkahwin dengan menantunya adalah bersifat selama-lamanya (muabbad),
manakala bapa mertua tiri dengan menantu tirinya adalah bersifat sementara.
2- Di dalam kitab مغنى المحتاح karangan
syeikh khatib as-Syarbini menyatakan sekiranya suami kepada perempuan tersebut
meninggal dunia, tidak menjadi kesalahan kepada bapa tiri bagi suaminya untuk
berkahwin dengannya kerana kedudukan isteri bagi anak tiri (menantu tiri) tidak
sama dengan isteri bagi anak kandung (menantu)
3-Wajib bagi perempuan tersebut sentiasa menjaga batasan auratnya seperti
yang ditetapkan oleh syarak seperti mana ketika ia berhadapan dengan lelaki
ajnabi yang lain.
Dalam situasi sebegini juga tidak dibenarkan mereka
berdua-duaan kerana jelas mereka bukanlah mahram.
4-Sering menjadi persoalan, dalam situasi sebegini
adakah apabila mereka bersentuhan akan membatalkan wuduk. Hukum tersebut jelas
termaktub di dalam kitab-kitab fikh. Ulama Syafie menyatakan, apabila seseorang
lelaki menyentuh kulit perempuan ajnabi tanpa berlapik menyebabkan wuduk kedua
mereka terbatal (Minhaj at-Tolibin)
Assalamualaikum... mmg citer dan situasi Hidayah ni perlu research menyeluruh. Mmg bapa mertiua tiri bukan mahram isteri. Kerana istilah tiri adalah pada suami. Tapi yg selalu orang kita terlepas pandang ialah bila seorang mempunyai anak tiri... ibu bapa kandung suami/isteri akan ada cucu tiri... cucu tiri ini bukan mahram mereka dan membatalkan air sembahyang bila bersentuhan.
ReplyDeleteAssalamualaikum... mmg citer dan situasi Hidayah ni perlu research menyeluruh. Mmg bapa mertiua tiri bukan mahram isteri. Kerana istilah tiri adalah pada suami. Tapi yg selalu orang kita terlepas pandang ialah bila seorang mempunyai anak tiri... ibu bapa kandung suami/isteri akan ada cucu tiri... cucu tiri ini bukan mahram mereka dan membatalkan air sembahyang bila bersentuhan.
ReplyDelete3- Berkaitan anak tiri juga dijelaskan di dalam ayat 23 an-Nisa’ juga
ReplyDeleteوَرَبَائِبِكُمُ الَّاتِي فِى حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ الاَّتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ
Maksud: (Diharamkan bagi kamu) anak-anak isteri mu yang di dalam pemeliharaan mu, dari isteri yang telah kamu campuri.
Ulama mentafsirkan maksud rabibah seperti di dalam ayat ialah anak perempuan bagi isteri dari bekas suaminya.
Jelaslah di dalam ayat tadi Allah Taala telah menegah seseorang lelaki untuk berkahwin dengan anak perempuan tirinya setelah ia menyetubuhi ibunya. Pengharaman yang dinyatakan di dalam ayat hanyalah melibatkan seorang lelaki dengan anak perempuan tiri, lantaran itu menantu perempuan tiri tidak termasuk kategori yang dinyatakan .
RUMUSAN KEDUDUKAN ANTARA BAPA MERTUA TIRI DENGAN MENANTU TIRI
Ni yang saya maksudkan. Kes Hidayah bertentangan(ibu tiri kepada anak lelaki suaminya). Adakah Tengku Farid boleh jadi mahramnya walaupun dari segi biologi mereka adik beradik.
Walaupun sekadar bacaan tapi memang rumitkan. Maaf ye Mak Teh.
Sebab Hidayah dan Tengku Faris tidak pernah bersama.
DeleteJelaslah di dalam ayat tadi Allah Taala telah menegah seseorang lelaki untuk berkahwin dengan anak perempuan tirinya setelah ia menyetubuhi ibunya.