Kalau
ke bukit sama mendaki,
Kalau
ke laut sama berenang,
Kalau
kita bersatu hati,
Kerja
yang berat menjadi senang.
Seperti kehamilan yang pertama Amirah mengandung kali
kedua juga begitu. Kasihan Loqman melihat isterinya termuntah-muntah diwaktu
pagi sehingga dia menjadi begitu lemah. Makanan yang boleh masuk melalui
kerongkongya hanyalah sayur bayam yang di rebus dengan ikan bilis, dimakan
dengan sedikit nasi. Tapi Amirah begitu tabah menghadapi, demi dia ingin
melahirkan zuriat dia dan suaminya. Pernah juga Loqman meluahkan rasa
simpatinya..
“Abang kesian tenguk
Mirah macam ni tiap kali mengandung..rasanya lepas ni, Mirah tak payah
mengandung lagi lah cukup dua saja anak kita Mirah.”
“Abang ni kenapa cakap
macam tu..kita ni baru sikit diuji oleh Allah dah putus asa..Mirah reda dengan
keadaan Mirah sekarang ni. Kalau difikirkan, kita ni hendak melahirkan seorang
manusia, yang akan menjadi penduduk bumi ini, dan selebihnya menyambung zuriat
kita tentulah Allah bagi susah sikit, kalau tidak kita tidak menghargai
pemberiannya. Ini abang nampak betapa susah mengandungkan anak abang, tentu
abang tidak akan mensia-siakan anak kita nanti. Kalau tidak percuma saja
setelah kita bersusah payah
menghadapinya macam ni. Mirah tahu abang pun susah hati juga nampak Mirah macam
ni..betul tak bang ”.
“Betul Mirah.. abang
tak sampai hati tenguk Mirah macam ni…kalau Mirah senang mengandung.. abang nak
anak ramai ialah lebih dari dualah”.
“InsyaAllah jika kesihatan Mirah mengizinkan,
lepas yang ni Mirah mengandung lagi untuk abang.” Sebuah ciuman penuh kasih
dihadiahkan kepipi isterinya tanda dia menghargai pengorbanan isterinya.
“Lupa abang nak beli bayam untuk Mirah
tadi..bayam dalam peti sejuk tu rasanya tinggal sikit.” Loqman teringat makanan
untuk isterinya yang tinggal sedikit didalam peti sejuk.
“tak apa bang, cukuplah tu. Bang kalau abang
beli bayam esok tolong belikan Mirah tauhu boleh tak, Mirah rasa macam nak
makan tauhu pula..rasa macam sedap saja tauhu tu kan bang”.
“Kalau macam tu abang pergi beli sekarang
lah..masih ada masa lagi ni.”Sebenarnya Loqman baru sahaja sampai dari tempat
kerjanya. Dia pulang lewat sedikit kerana tuntutan kerjanya.
“Tak payahlah bang dah nak Mangrib ni, esok
saja pun boleh”.
“Tak apa..masih ada 30 minit lagi, kalau abang
pergi sorang cepat sikit..Mirah duduk rumah..abang pergi sekejap.” tidak sampai
hati Loqman membiarkan keniginan isterinya. Tampa menukar pakaian kerjanya
dikeluar semula kesupermarket yang berhampiran dengan rumah mereka.
Semenjak
isterinya mengandung, Loqman terasa rumahnya sentiasa berbau harum dan
kadang-kadang berbau detol. Tengahhari itu dia pulang, dibuka sahaja pintu
semerbak harum bau rumahnya dengan haruman AJAX. Dia menegur isterinya lembut..
“Sayang
..sayangkan tak larat janganlah asyik nak moop rumah saja...sayang tu dahlah
tak makan, buat kerja berat-berat nanti memudratkan kesihatan Mirah, rumah ni
biarlah, nanti kalau abang sempat, abang buat”.
“Bukan macam tu bang.. Mirah rasa tak larat
nak duduk dalam rumah ni bau busuk ..lagi-lagi kat dapur tu.. abang tak bau
ke?”.
“Abang cium bau wangi,
itu yang abang tahu Mirah moop rumah.” Loqman meyakinkan isterinya... lama
mereka diam.. Tiba-tiba isterinya menghampiri dengan wajah sayunya.
“Bang boleh tak abang buatkan air untuk Mirah.....Mirah
rasa lapar sangat tapi rasa tak boleh nak makan.” Ketika itu dibaru sahaj
pulang dari kerja.
“Boleh sayang ..sayang nak air apa? abang
buat.” sambil memberi kucupan dibibir isterinya yang kering.Loqman mengusap
pipi isterinya dengan penuh simpati.
“Air Holick...Mirah nak satu mug, nak yang
panas-panas tapi Mirah nak minum kat balkoni ni ye bang.” Banyaknya kebiasaanya isterinya tidak sukakan
air manis, tentu dia merasa sungguh lapar agaknya. Ketika dia minum dibalkoni
Loqman hanya memerhati tingkah isterinya yang minum dengan gelojoh, lalu
ditegur perbuatan isterinya…
“Perlahan-lahan lah
sayang nanti tersedak, air tu panas.”
“Hmm..sedap air ni”.
Amirah memuji...dia memuji dengan ikhlas kerana air itu begitu sedap
dilidahnya. Sambil minum matanya dipejamkan menikmati kelasatan air holick
buatan suaminya. Loqman diam hanya memandang tingkah isterinya. Kemudian..
“Bang hari ni Mirah
hanya masak sambal sotong saja, masih ada atas dapur tu. Abang tolong rasakan
apa yang kurang...masinnya, manisnya mungkin asamnya, kemudian abang gorengkan kacang boncis. Mirah
dah siap potong-potong tu, ada bunga kobis sikit dan carrot sikit. Tumis dengan
udang yang abang siang semalam ye tapi udangnya masih dalam peti sejuk. Bawangnya
abang tolong kopek ye, Mirah tak tahanlah bau bawang tu. Lepas tu buatkan Syifa
telur dadar.. buatkan lebih sikit boleh bang. Rasanya Mirah pun nak makan
terlur dadar jugalah hari ni.” Sambil minum air holick buatan suaminya, sudah
setengah mug ditelannya, mulutnya menceceh meminta tolong itu ini pada suaminya
pula.
Loqman
kedapur..ingin melaksanakan apa yang diarahkan oleh isterinya tadi. Walaupun
berderet-deret permintaan isterinya tadi, dia tidak merungut, walaupun ketika
itu dia baru sahaja pulang dari tempat kerja.
Sejak
Amirah disahkan hamil, Loqman sedaya upaya cuba menyenangkan Amirah. Dia
akan menolong isterinya itu membuat kerja-kerja rumah, terutama memasak. Satu
lagi perkara baru yang baru diperolehi ketika isterinya mengandung. Isterinya
kalau dia yang memasak lauk termasuk yang digoreng, boleh pula isterinya
memakan masakkannya. Sedangkan ketika
mengandung selama ini isterinya tidak boleh makan makanan yang berminyak. Tekaknya akan mual, jika dia memakan juga
makanan yang berminyak maka bilik airlah tempat tujunya..dia akan memuntahkan
semula semua yang dimakannya. Jika difikirkan macam tak percaya sahaja,
tapi itulah kenyataanya. Jika hendak dikatakan Amirah itu seorang yang
mengada-ngada atau manja, itu bukan
sifat Amirah. Kini dia akur keadaan orang mengandung perilakunya yang tidak
setabil. Kata orang melayu ‘pembawa budak’.
Suatu hari Loqman pulang kerumahnya
tengahhari itu lebih awal dari biasa, seperti biasa Loqman akan memberi salam
dari pintu masuk lagi. Ketika itu isterinya didapur sedang menyediakan makan
tengahhari untuk mereka sekeluarga.
“Assalamualaikum...sayang
abang dah balik.”
“Waalaikumsalam...Mirah
kat dapur bang.” bila mendengar jawapan salam isterinya yang lain dari biasa,
Loqman cepat-cepat kedapur menjengah
isterinya. Alangkah lucunya bila dia tepandang isterinya yang memakai tutup
hidung dengan sehelai saputangan seperti ZORRO lagaknya.
“Kenapalah isteri abang jadi Zorro pulak hari ni.” Loqman
ketawa lepas dan kuat. Dia lucu melihat keadaan isteinya.
“Abang ni suka gelakkan
Mirah kan.”
“Ialah..kenapa Mirah
buat macam ni..kenapa tutup hidung pula.”
“Entahlah bang, Mirah
tak tahan ni.. bau busuklah dapur kita ni. Mirah dah buang semua sampah dan
moop lantai dengan AJAX tapi masih juga bau busuk ..abang tak cium ke bau busuk
ni.” Loqman sudah merapati dan memeluk isterinya dari belakang.
“Tak pulak..bau wangi
adalah.” hidung sudah mencari sasaran leher dan pipi isterinya.
“Abang ni..Mirah tanya
jawablah betul-betul.”
“Tak.. abang cakap
betul, bau wangi..hidung Mirah tu yang tak betul..dahlah Mirah pergi duduk
depan biar abang sambung.”
“tak apalah, abang baru
balik kerja...belum tukar baju pun, pergilah abang rehat.” Loqman masuk
kebiliknya dan keluar semula dengan hanya memakai kain pelikat sahaja.
“Biar abang yang buat..
sayang pergilah duduk depan..ayam ni nak buat apa?” Amirah hanya memerhati
perbuatan suaminya, sebenarnya dia sudah tidak tahan lagi duduk didapur kerana
baunya yang menusuk. Bau itu membuatkan dia rasa merasa loya dan mual, tetapi
mengenangkan permintaan anaknya yang hendakkan ayam goreng digagahkan juga dia
kedapur.
“Betul ke abang, abang
nak tolong ni..abang tak penat ke?” Amirah memandang suaminya dengan rasa
kasihan.
“Betul sayang..biar
abang buat Mirah pergi duduk depan..buka tutup hidung tu nanti tak dapat udara
bersih pula.”
“Ayam ni nak goreng,
dah goreng nanti asingkan dua ketul
untuk Syifa. Dia kata nak ayam goreng
malam tadi. Yang lain Mirah nak goreng berlada untuk abang. Cili
keringnya Mirah dah bland tadi ..ada dalam peti sejuk. Kobis ni kita masak
lemak putih, ok tak bang lauk kita tengahhari ni.” Ketika Amirah mengambil
udang kering didalam peti sejuk untuk dijadikan perencah masak lemak kobisnya,
tiba-tiba dia berkejar kebilik air. Dia termuntah kerana tidak tahan bau udang
kering. Loqman membantu mengusap-ngusap belakang isterinya.
“Tulah abang kata pergi
duduk saja kat depan, biar abang masak hari ni.. kalau abang tak tahu nanti
abang tanya...sayang jawab saja dari luar saja tak payah masuk dapur.. sayang
pergi duduk depan.” Loqman memberi cuiman hangat kepipi isterinya kemudian
memusingkan badan isterinya dan menolak perlahan isterinya keruang tamu...Amirah
menuruti kata-kata suaminya. Sambil
suaminya memasak didapur, Amirah pula diruang tamu melipat kain baju.
Boleh lagi mereka berbual.
Ketika makan tengahhari pula Amirah mengambil makananya,
sambil menutup hidung, kemudian dia duduk di balkoni. Melihat perlakuan
isterinya, Loqman mengambil semua hidanganya tadi, lalu duduk sama di balkoni.
Mereka bertiga beranak makan tengahhari dibalkoni hari itu.
“Kita makan kat sini
Syifa..temankan ibu.”
“Mirah... ok tak abang
masak ni.” sambil makan mereka berbual juga.
“Ok..Emm sedap pulak
masak lemak kobis ni dengan goreng belada ayam ni, memang jodohnya ye bang..ibu
rasa sedaplah ayah masak kan Syifa.
Tenguk Syifa pun boleh makan
goreng berlada ayam tu, merah nasi Syifa tu tak pedas ke?”
“Ohh hari ni ayah yang
masak.. sedap ayah masak.. sambal ni rasa manis ayah tapi Syifa suka esok-esok
ayah masak lagi macam ni ye..Syifa tak nak ayam goreng ni, Syifa nak ayam
sambal.”
“Sedap abang masak,
Syifa pun suka” puji Amirah berkali-kali.
“Mungkin kita makan kat
sini sambil ditiup angin luar itu yang sedap.” Dibalkoni tengahhari itu Amirah
memakan semua makanan yang dimasak oleh suaminya. Suaminya hanya memandang
dengan rasa bangga, kerana isterinya boleh memakan masakkanya walaupun yang
bergoreng. Tiada lauk khas untuk isterinya seperti selalu. Kini Loqman akur
ragam orang mengandung.
Tidak lama rasanya menunggu, kini kandungan Amirah sudah
menunggu hari untuk bersalin sahaja. Berdebar juga Loqman dan Amirah menanti
saat genting yang dijangka bila-bila masa sahaja. Jika dilihat dari tarikh due
dalam kad pemeriksaan bulanan Amirah, hanya tinggal seminggu lagi dia akan
melahirkan. Bagi Syifa pula dia sudah tidak sabar-sabar menantikan kelahiran
adiknya.
“Ayah ..ayah bila
agaknya adik Syifa nak keluar ni…lama betul dia kat dalam perut ibu ye yah.”
“Tunggulah lah ..adik
along ni kena cukup besar dulu, barulah boleh keluar kalau tidak susahlah along
nak dukung nanti.”
“Ehh..dah boleh panggil
along ke yah..adik Syifa tak keluar lagi.” terkekek Amirah mendengar perbualan
anak dan suaminya di ruang tamu. Ketika itu dia sedang menyediakan makanan
malam untuk mereka. Mencapai kandungan Amirah lima bulan alahan mengandungnya
berkurangan sedikit demi sedikit. Kini
dia sudah boleh kedapur seperti biasa dan boleh memakan apa sahaja. Untuk
mengambil langkah keselamatan dan berjaga-jaga, keadaan Amirah yang sudah cukup
bulannya, dia diberi kerja ‘office hours’ seminggu sebelum tarikh duenya.
”Dah boleh dah..kita
prakctis lah dulu, supaya bila adik along keluar nanti taklah susah nak panggil
along lagi.”
“Ia tak ia juga kan
yah.” Loqman hanya tersenyum mendengar celoteh anak daranya yang bermulut
becok.
Hari itu jam menunjukkan pukul dua petang Amirah terasa
perut dipangkal ari-arinya sakit dan pedih. Bila dia mendiamkan dirinya rasa
sakit itu hilang. Dia tidak memberitahu kepada sesiapa keadaan dirinya. Dia akan
memberitahu suaminya ketika dia pulang nanti itulah yang ada dimindanya.
Setengah jam kemudian sekali lagi rasa sakit itu datang kembali, wajahnya
menjadi pucat kerana menahan sakit.
“Puan Amirah ..kenapa
ni..sakit ke?” seorang pekerja bawahannya menyedari perubahan muka pegawainya.
Orang yang menegurnya itu sudah berumur.
Sudah banyak kali mengalami sakit hendak bersalin. Maklumlah dia sudah berumur
empat puluh lima tahun dan sudah mempunyai 5 orang anak.
“Ialah kak..saya rasa
sakit kat sini lah..dah lama tak bersalin terlupa pulak rasa sakit nak bersalin
macam mana.” Amirah menujukkan bawah perutnya kepada orang yang dipanggil kakak
tadi.
“Ehh itu memang sakit
nak bersalin tu…berapa kerap rasa sakitnya.” kakak tadi menyoal seperti bidan
pula.
“Rasanya setengah jam
sekali…baru dua kali rasa sakit ni”.
“Kalau macam tu baik
call suami puan Mirah. Nanti tak sempat pulak. Dia datang sini pun memakan masa
setengah jam..nanti nak balik rumah tukar baju lagi nak siapkan barang nak bawa
lagi..nak hantar anak lagi.”
“Betul juga cakap akak
tu “ Amirah mengambil telefon bimbitnya..ketika sedang dia menanti jawapan
disambungkan sakitnya datang lagi. Dia memejamkan matanya, terlambat sedikit
dia menjawab salam suaminya walau pun dia yang menghubungi suaminya.
“Assalamualaikum…Mirah,
kenapa..Mirah dah sakit ke?” laju Loqman meneka keadaan isterinya. Sebab
isterinya jarang mahu menghubunginya jika dia sedang bekerja. Dia mendengar
suara isterinya seakan mengigil sedikit.
“Waalaikumsalam…abang
kat mana?”
“Abang kat
office....kenapa sayang dah sakit ke?”
“Ialah..Mirah dah rasa
sakit sikit…tapi Mirah rasa nak balik sekarang..nak siap-siap…boleh tak abang datang sekarang tapi jangan
tergesa-gesa Mirah tak sakit sangat lagi, hanya nak bersiap sedia saja.” Lembut
Amirah menuturkan, kerana dia tidak mahu suaminya bimbang.
“Ok..abang datang
sekarang..Mirah tunggu ya.”
“Ok Assalamualaikum
..bawa kereta elok-elok jangan tergesa-gesa..Mirah ok lagi.” Terkedu orang yang
dipanggil kakak tadi mendengar perbualan Amirah dan suaminya. ‘Muka dah pucat
bila datang sakit boleh kata sakit sikit’ detik hati orang dipanggil kakak
tadi.
“Kenapa puan cakap
macam tu..nanti dibuatnya suami puan datang lambat kan susah.”
“Tak apa, kalau lambat
sangat nanti akak tolong panggilkan ambulan sajalah.” sempat lagi Amirah
bergurau. Setelah memberitahu ketuanya, keadaan dirinya. Amirah bersiap-siap
untuk pulang, lalu menuju kepintu utama.
“Puan Mirah nak tunggu
suami puan kat mana?”
“Kat bawah lah..nanti
tak lah dia naik, kami terus balik saja.”
“Kan puan dah sakit
tu..tunggu kat atas lagi selamat”
“Saya takut tak
sempat..dah rasa semakin kerap sakitnyalah kak.” Amirah memejamkan matanya dan
mengusap perutnya mungkin sakitnya datang lagi. Melihat keadaan itu kakak tadi
meminta izin ketua nya untuk turun menemani
Amirah.
“Jomlah saya temankan.
Puan Mirah dah siapkan barang-barang yang nak bawa kehospital ke?.”
“Sudah, semuanya ada dalam kereta suami saya..kad
mengandung pun ada dalam beg saya ni.”
“Eloklah tu..pandai
puan bersiap-siap..pengalaman anak pertama dulu macam mana?.”
“Rasanya dah
ingat-ingat lupa, dah enam tahun dulu kak.” Mereka memasuki lif yang sudah
terbuka pintunya untuk turun kebawah. Tidak lama mereka menunggu, Loqman
sampai, dia memakir keretanya betul-betul dipintu keluar bangunan itu. Setelah
mengucapkan terima kasih kepada orang yang dipanggilnya kakak tadi, Amirah
menuju kekereta suaminya.
“Macam mana rasanya
sakit lagi tak?..”
“Kita balik sekejap
Mirah nak mandi dulu..sementara tu abang pergilah cakap dengan kak Mah
tumpangkan Syifa malam ni..lepas tu kita pergi ye.”
Mereka pergi kehospital Putra Jaya, kerana disitulah
Amirah didaftarkan untuk dia bersalin. Lama Loqman menunggu dibilik menunggu.
Sempat dia solat Magrib dan Isyak, dia belum lagi dipanggil untuk menyatakan
isterinya sudah selamat bersalin, hatinya sungguh risau. Didalam solatnya tadi
dia bermohon kepada Allah semoga dipermudahkan isterinya bersalin. Semoga
selamat isteri dan anaknya. Dia duduk menunggu. Hatinya tidak kering dengan
zikir-zikir kepada Allah untuk menenangkan hatinya yang gelisah. Loqman
teringat keluarganya diPort Dockson dan
juga keluarga Amirah di Kuala Pilah lalu mereka dihubungi. Selesai sahaja dia berbicara di telefon
bimbitnya tiba-tiba namanya dipanggil...
“Loqman bin Abdul Majid
nama isteri Amirah binti Abdul Rahim..isteri encik dah selamat bersalin.”
Loqman dibawa kebilik dimana Amirah ditempatkan. Dari jauh dia sudah nampak
isterinya sedang baring dan ada sebuah katil bayi disisnya. Loqman mengangkat
anaknya dari katil bayi untuk diperdengarkan azan ditelinga kanan kemudian dia
membisikkan iqamat pula ditelinga kiri anaknya. Selepas itu dia mencium pipi
lembut anaknya. Dia meletakkan kembali anak didalam katil bayi disebelah katil
isterinya. Dia merapati isterinya yang tersenyum memandang perlakuanya tadi.
Dengan kasihnya yang melimpah Loqman mengusap perlahan pipi isterinya.
Kelihatan bibir isterinya yang pucat.
Mata Loqman sudah berkaca-kaca hatinya terharu lalu tangannya menggenggam
tangan isterinya. Dia duduk dikerusi
yang disediakan ditepi katil isterinya. Dia bertanya isterinya perlahan.
“Sayang masih sakit lagi?” Dia merasa sungguh
insaf dan bersyukur tak terhingga dengan kelahiran anaknya. Betapa besarnya
pengorbanan seorang isteri dengan rela menahan sakit demi melahirkan zuriat
mereka dari fizikalnya pun kita sudah tahu.
“Mirah dah tak sakit
lagi, Mirah dah ok ni...Mirah dah selamat ni pergilah abang balik dulu..abang
kena tenguk Syifa pulak kat rumah kak Mah..abang dah bagi tahu mama dan ibu?”
“Dah Mirah..tapi
terlambat sikit..yang sebetulnya abang terlupa tadi..itu yang lambat bagi tahu
”. Amirah hanya tersenyum mendengar penerangan suaminya.
Setelah
agak lama Loqman dibilik yang di huni oleh dua orang pesakit, yaitu isterinya
dan seorang lagi pesakit lain. Sekali lagi Amirah menyuruh suaminya pulang.
“tapi kalau abang balik
Mirah kat sini sorang-sorang.”
“Mana pulak Mirah
sorang.. tu kan ada kawan..pergilah abang balik..bawa kereta elok-elok dah
malam ni, esok janganlah pagi sangat abang datang, tidur cukup-cukup nanti
mengantuk pulak datang sini. Lagi satu abang jangan lupa call office abang dan
office Mirah bagi tahu Mirah dah bersalin..abang akan dapat cuti tiga hari
kerana isteri bersalin kan.” Amirah memberi senyuman manisnya untuk membuktikan
dia sudah ok dan tidak sakit lagi, supaya senang hati suaminya meninggalkannya.
“Ok sayang abang ingat
tu..”sebelum melangkah keluar Loqman memberi ciuman didahi isterinya dengan
penuh kasih. Dirumah rupanya mama dan papanya sudah pun menuggu di hadapan
pintu rumahnya. Mereka duduk di luar kerana pintu rumah berkunci.
“Dah lama mama dan papa
sampai, Man lupa pulak nak pesan dengan jiran sebelah nak tinggalkan kunci
tadi.” sambil menyalami dan mencium tangan kedua papa dan mamanya.
“Taklah Man kami pun
baru sampai tak sampai sepuluh minit..”
“Ialah Man..lepas Man
telefon tadi mama dan papa bersiap-siap datang ..tapi papa kamu bawa kereta
perlahan sebab dah malam takut terbabas ..nak pergi Hospital Putra Jaya tapi
tak tahu jalan pulak”.
“Tak apa lah mama
papa..Mirah pun dah selamat bersalin. Mama dan papa dapat cucu lelaki kali ni.”
Ceria Loqman menuturkan perihal anak dan isterinya.
“Alhamdulillah..dah
dapat sepasang anak kamu Man.” papa dan mamanya menjawab.
“Ni kunci rumah papa,
masuklah dulu..Man nak ambil Syifa kat rumah pengasuh dia.”
Malam itu selepas mengambil anaknya Syifa mereka
berbincang mencari nama yang sesuai untuk anaknya yang baru lahir. Telah
dipersetujui nama anaknya kali ini akan
diberi nama Ahmad Firdaus. Gembira hati Loqman sudah dua orang anaknya bagi
mengikat kasih, sayang dan cinta mereka berdua. Tidak putus-putus dalam hatinya
mengucapkan syukur kepada Allah mengurniakan mereka kebahagiaan. Dia juga
memohon agar tabah menerima dugaan dan cabaran mengharungi alam rumah tangganya
buat kali kedua bersama Amirah. InsyaAllah
dia tidak akan terlalai lagi seperti dulu.
Bukan senang dia mendapat Amirah semula sebagai
isterinya, lima tahun dia merayu dan
menanti Amirah kembali semula kepangkuanya. Mungkin pengalaman lama
bersamanya yang begitu memeritkan, Amirah tidak mahu. Dia bersyukur kepada
Allah dengan pertolongan keluarganya dan keluarga Amirah dapat juga dia kembali
kepangkuan Amirah semula. Kehidupan seperti inilah yang diimpikan selama
ini. Hidup sebumbung bersama isteri dan
anak-anak. Agar mereka dapat sama-sama melihat anak-anak membesar didepan mata
mereka. Semoga kebahagian yang dikecapi sekarang ini, berpanjangan hingga
keakhir hayatnya dan hingga ke Syurga.
Loqman betul2 dah matang. Tak sia2 Amirah terima dia sebagai suami semula. Cuma macam tak ingat langsung pada anak yang sorang lagi.
ReplyDeleteYng anak sorang lagi ada nanti mak teh sentuh juga tapi agak lambat sikit...tunggu ye.
ReplyDeletepe yang terjadi sebelum ni betul-betul bagi pengajaran dekat loqman..
ReplyDeletePengalaman silam yg pahit yg memberi impak yg begitu besar dlm kehidupan luqman. Kekesalan yg memberi impak positif....
ReplyDeleteAlhamdulillah jika kita diberi kesedaran...sbab itulah cubalah mencari keredaanya dng berbuat baik..setiap perkara baik InsyaAllah mendekatkan kta dng RahmatNya.
ReplyDelete