Pucuk pauh
delima batu,
sayang
selasih ku lurutkan,
Walau jauh
beribu batu,
Kerana kasih
kuturutkan.
Dua tiga bulan ini fikiran
Tengku Raihana asyik teringatkan anaknya Nur Jannah yang telah lama di tinggalkanya.
Akhirnya di luahkan juga keinginan untuk
berjumpa dengan satu-satu anak
perempuanya itu kepada suaminya.
“Bang kenapa agaknya dua tiga bulan ni hati Hana
asyik teringatkan anak yang kat Kuala Selangor saja..ada apa agaknya..kalau
abang tak keberatan boleh tak Hana nak jenguk sekejap.”
“Boleh juga, lagi pun kita dah kat KL ni, minggu
depan kita balik ke Kuala Selangor berjumpa ibu dan ayah Amin.” tampa banyak
soal suaminya bersetuju, bersyukur Tengku Raihana mendapat suami yang sangat memahami.
Sebenarya
Mohd Razlan suami Tengku Raihana juga mengenali
bekas ayah dan ibu mertua isterinya itu, kerana dia juga pernah ke kampung
Ahmad Amin, suatu ketika dahulu. Ahmad
Amin dan Mohd Razlan belajar di sekolah menengah yang sama. Razlan merupakan
abang angkat Ahmad Amin kerana Razlan lebih tua setahun dari Ahmad Amin. Selepas
tingkatan lima Razlan pergi keluar negeri untuk menyambung pelajaran dalam
bidang kedoktoran dan setahun kemudian Ahmad Amin pula memulakan pengajianya diUniversiti
Sains P.Pinang. Sesekali jika cuti dia akan pulang ke Malaysia dia akan
menjenguk adik angkatnya yang belajar di Universiti Sains P.Pinang kerana Razlan orang
Pulau Pinang. Ketika Ahmad Amin
berkasihan dengan Tengku Raihana ada sekali dia membawa Tengku Raihana berjumpa
dan diperkenalkan kepada abang angkat nya itu. Pada tahun kematian Ahmand Amin, dia tidak pulang ke Malaysia kerana keduan ibu dan
bapanya yang datang melawatnya di sana, rupanya tahun itu adik angkatnya
meninggal dunia.
Pertemuan sekali lagi yang tidak di
sengajakan ketika sama-sama belajar diUniversiti yang sama luar negera merapatkan perhubungannya hingga membawa
mereka kealam rumahtangga. Ketika
itu Tengku Raihana baru sahaja mendaftar sebagai pelajar baru di universiti di mana
Razlan belajar. Tengku Raihana duduk termangu di sebuah bangku di hadapan
perpustakaan. Ketika itu Raihana bagai orang hilang arah dan bingung, kerana
sedeh mengenangkan suami yang baru meninggal dunia dan anak yang masih kecil
yang terpaksa di tinggalkan. Dia pula dipaksa oleh bundanya belajar ke luar
negara, untuk menyambung pelajaran yang terkendala. Itulah hukuman bondanya
kerana dia berkahwin dengan pemuda yang di cintai dan mengabaikan pelajarannya.
Dengan kesedehan yang ditanggung dia
menjadi bingung dan keliru, dia bersendirian pula ditempat asing, dinegera
orang. Takdir menemukan dia dengan abang angkat arwah suaminya di situ. Razlan-lah
yang memberi perangsang untuk dia
belajar semula dan memulihkan semangatnya untuk hidup dan Razlan-lah tempat dia
bergantung.
“Hana you mesti kuat, kalau you nak bela nasib
anak you, kalau you tak belajar sampai bila-bila pun you akan bergantung dengan
bonda you, you tak boleh lari dari dia. Tapi kalau you ada pelajaran you boleh
berdikari, walau di mana you berada.. you boleh kerja sendiri kemudian ambil
anak you, you jaga dia.”
Itulah
kata-kata Razlan yang membuatkan dia bersungguh-sungguh belajar, menamatkan
pengajianya.
Ketika dia masih belajar
setiap tahun bondanya datang menjenguknya..untuk memastikan keadaan dirinya dan
memantau perjalan pelajarannya di luar negara. Betapa bangganya Tengku Khalidah
bila anaknya begitun bersungguh-sungguh dan cemerlang dalam pelajaran. Hanya
ketika dihujung tahun akhirnya Tengku Khalidah tidak menjenguk anaknya kerana
dia berfikiran tidak lama lagi anaknya akan pulang keMalaysia dan mereka akan
hidup sebumbung semula. Alangkah hampanya penantiannya tidak kunjung tiba. Anaknya
itu tidak pulang ke pangkuanya, kehilanganya juga tidak dapat di kesan. Walau
pun bergesa Tengku Khalidah kerumah sewa
dimana anak dan kawan-kawanya menyewa ketika mereka belajar...bertanya kawan-kawan
serumah Tengku Raihana...Namun dia pulang dengan rasa yang sungguh hampa...
Mengikut
kata-kata kawan-kawan Tengku Raihana... dia telah bernikah dengan seorang
pelajar yang mengambil jurusan kedoktoran dari Malaysia, tapi tak tahu dari negeri
mana. Dihari graduation sekali lagi Tengku Khalidah keluar negara bagi
menjejaki anak tunggalnya..sekali lagi dia pulang dengan kehampaan..
Setelah
tamat pengajian Tengku Raihana mengambil keputusan bernikah dengan Razlan
dengan persetujuan ibu dan bapa Razlan yang datang menziarahi mereka ketika
itu, kemudian dia terus pulang ke Pulau Pinang tampa memberitahu sesiapa, walaupun
kawan-kawan serumahnya sendiri. Dia sudah mengambil kira jika rahsianya bocor
kepengetahuan bondanya, mungkin dia tidak dapat melarikan diri lagi dari
mengikuti kehendak bondanya. Itulah sebabnya juga dia tidak berani pulang ke
Kuala Selangor selama ini, takut-takut jejaknya dapat dikesan oleh bondanya dan
dia akan dipaksa pula bercerai dengan suaminya, sedangkan ketika itu dia sudah
mempunyai anak.
=======================
Mereka sampai di kampung bekas ibu dan ayah mertua Tengku Raihana
merangkap keluarga angkat Razlan tengah hari itu, mereka di sambut dengan esaktangis
ibu Ahmad Amin. Di peluknya bekas menantu kesayangnya dengan penuh kerinduan.
“Ibu ayah ini suami Hana.” Ketika dia memperkenalkan
suaminya kepada bekas kedua mentuanya, Encik Ibrahim bagai megenali lelaki itu.
“Kalau tak salah ini Razlan abang angkat Aminkan.”
“Betul ayah,ibu” jawab Razlan, lalu Encik Ibrahim
memeluk abang angkat anaknya, sambil menepuk-nepuk belakangnya perlahan.
“Wajah Razlan tak berubah..masih macam dulu juga.”
kata Encik Ibarahim dengan mata berkaca-kaca kerana teringatkan anaknya yang
telah meninggal dunia. Kemudian Razlan memperkenalkan anak-anaknya kepada
mereka berdua.
“Ini tiga orang anak-anak kami ayah ibu, yang ini
Zulhelmi,yang ini Zulkamal dan yang ini Zulfadzli” kata Razlan sambil menyuruh
anak-anaknya bersalaman dan mencium tangan orang tua itu. Setelah mereka masuk
ke rumah Tengku Raihana menyambung cerita dirinya.
“Sampai sahaja Hana di rumah bonda Kuala Lumpur
dulu, bonda tak bagi lagi Hana balik sini.
Dia kurung Hana, tiga bulan kemudian bonda paksa Hana belajar keluar
negara, di sanalah Hana jumpa abang Razlan dan kahwin tiga tahun lepas tu. Lepas
habis belajar Hana balik Malaysia, tapi Hana menetap dan kerja diPulau Pianag
Hana tak pernah balik KL, sebab takut bonda paksa Hana bercerai dan di kahwin
lagi dengan pilihanya. Kami sekeluarga dah pindah sini sebab abang di tukarkan
kesini, Hana rindukan Jannah bu.... Jannah mana bu bagilah Hana jumpa dia
walaupun sekejap.” rayu Tengku Raihana.
Encik Ibrahim dan Puan Zubaidah saling
berpandangan, mereka kasihan melihat kerinduan bekas menantunya terhadap
anaknya. Kasih mereka pada Tengku
Raihana masih tak berubah walaupun Tengku Raihana bukan menantu mereka lagi, mereka
telah mengangap Tengku Raihana sebagai nak perempuan mereka sendiri.
“Hana… Jannah dah kahwin, bonda kamu
menjodohkanya dengan ‘tengku’ juga
kalau tak salah dah dekat sembilan bulan.
Masa baru kahwin dulu ada juga Jannah balik lama, dua minggu jugalah dia duduk
kampong. Masa tu dia balik seorang saja, tapi ini memang dah lama dia tak
balik, dia ada dia belikan telefon
bimbit untuk atuk dia, katanya supaya
senang dia telefon kami... biasanya dia akan telefon tiga empat hari sekali,
minggu lepas dia ada telefon kami.
“Siapa nama suaminya bu.” soal Tengku Raihana kepada bekas ibu mertuanya.
“Kalau tak salah Tengku Farid
….Tengku Farid apa atuknya”
“Tengku Farid Izzuddin bin Tengku Faris Ikhwan, kalau tak salah ayahlah..
ayah pun dah tak berapa ingat sebab jumpa budak tu masa mereka nikah saja.”
sambung datuk Ibrahim.
“Mereka nikah di sini?” Razlan pula bertanya.
“Mereka nikah disini, sebab nak berwalikan ayah..lepas tu kami buat kenduri
sikit untuk jiran-jiran kita dekat sini saja…sebelah petangnya tu mereka balik
Kuala Lumpur.” tambah datuk lagi.
“Dapat juga bonda berbesan dengan uncle Faizal..abang tahu Hana dulu bonda
nak jodohkan dengan Tengku Fariz Ikhwan.” Tengku Raihana memberitahu suaminya.
“Oh..gitu.” serentak mereka bertiga bersuara. Terkejut.
“Abang, Hana rasa rak sabar nak junmpa Jannah, boleh tak kita pergi petang
ni. Macam manalah keadaan dia sekarang ni.”
“Boleh juga. Ayah ada alamat rumah Jannah yah?” Lembut sahaja Razla
bertanya ayah angkatnya..sebetulnya Razlan sangat bersimpati kepada isterinya.
“Ada..nanti ayah ambilkan...ayah ada salin alamat tu haritu.” Encik Ibrahim
mengunjukkan sekeping kertas kecil kepada Razlan..
“Kita pergi lepas zohor.” Sambung Encik Ibrahim memandang Razlan.
“Ok elok juga macam tu..”
“Hana mari kita ke dapur siapkan makan tergahari, ibu dah siap masak..
tinggal nak hidang saja lagi. Hari ni ibu masak lemak pucuk ubi dengan goreng
belada ikan puyu ayah kamu pancing semalam”. Nenek Zubaidah beriringan kedapur
dengan bekas menantunya. Hatinya sungguh gembira dengan pertemuan itu.
Pertemuan yang tidak disangka-sangka.
Selepas makan dan solat zohor berjemaah mereka
bertolak ke Kuala Lumpur berpandukan
alamat yang di beri oleh Nur Jannah kepada datuknya selepas dia berpindah ke pangsapuri
yang di sewakan oleh suaminya. Mereka sampai kerumah Nur Jannah petang itu. Ketika
NurJannah membuka pintu..yang terhidang didepan matanya wajah datuk dan
neneknya.. bagaikan lupa diri sebentar dia terloncat-loncat kegembiraan lalu memeluk
datuk dan neneknya....
“Baru Jannah ingat nak ajak abang balik kampong jumpa datuk dan
nenek, atuk dan nenek dah sampai. Pandai p[ulak atuk dan nenek cari rumah
Jannah..atuk naik apa tadi.” Bederet-deret keluar
soalan yang keluar dari mulut NurJannah..tetapi semua soalanya tidak dijawap
oleh datuk dan neneknya.
“Hana marilah masuk.“ Puan Zubaidah mengajak seseorang yang tidak di kenali
oleh Nur Jannah masuk ke rumahnya.. sedangkan dia tidak sempat bertudung tadi, oleh
kerana terlalu gembira dia tidak menyedari ada orang asing di belakang neneknya
tadi.
Nur Jannah berundur ke belakang untuk membolehkan lima orang tetamu yang di
bawa oleh datuk dan neneknya masuk ke rumahya. Hendak di katakan orang
kampungnya tidak juga, kerana sepanjang dia tinggal di kampung dia tidak pernah
mengenali tetamu itu, tetapi yang perempuan ada iras-iras seperti nendanya. Sedang
Nur Jannah terpinga-pinga nenek memeluk bahunya.
“Jannah, ini mama yang melahirkan kamu.” Jannah terpegun mendengar
penerangan neneknya dan memandang tepat ke wajah wanita yang dalam lengkungan
awal empat puluhan itu. Tetapi wanita itu terus meluru dan mendakap Nur Jannah
dengan esak-tangisnya.
“Maafkan mama Jannah, maafkan mama, mama yang tinggalkan Jannah... mama
pentingkan diri sendiri, maafkan mama Jannah.” berkali-kali Tengku Raihana
memina maaf kepada anaknya, Nur Jannah merenggangkan pelukkan mamanya sambil
kedua tangan memegang kedua belah pipi mamanya, setelah di tatap beberapa saat,
dia memeluk wanita itu dengan esakkan tapi dia tidak juga bersuara. Lama mereka
berpelukkan akhirnya.
“Jannah tak sangka akan dapat juga Jannah tatap wajah mama Jannah, terima
kasih mama kerana mama masih ingat Jannah lagi”.
“Jannah..mama tak pernah lupakan Jannah, dalam hati mama selalu rindukan
Jannah tapi mama takut nak datang. Kesian Jannah yang terpaksa menanggung apa
yang sepatutnya mama pikul, kesiannya anak mama”.
Nur Jannah meleraikan pelukkan ibunya dan menarik mamanya duduk di sofa
berhampiran.
“Tak mengapa mama Jannah reda mungkin itu dah memang jodoh Jannah.” Nur
Jannah berpaling kearah empat lelaki yang masih berdiri tercegat di muka pintu,
sedang dirinya tidak bertudung, kalau datuknya tidaklah mengapa, ini lelaki
yang tidak di kenali, Tengku Raihana mula tersedar dia belum lagi meperkenalkan
suami dan anak-anaknya.
“Jannah, ini papa Razlan ini adik-adik Jannah, ini Ahmad Zulhelmi tengah
tunggu keputusan SPM, ini Ahmad Zulkamal
tingkatan 5 tahun ini dan yang ini Ahmad Zulfadli tingkaan tiga, sorang lagi adik Jannah di UK
Ahmad Zulfahmi, kalau dia balik nanti mama bawa dia jumpa Jannah.” Nur Jannah
bangun menghampiri keluarga yang baru di kenali untuk bersalaman, adik-adiknya
tunduk mencium tanganya tak terkira gembira hatinya bila tanganya di cium
sampai kepada bapa tiri dia pula tunduk mencium tangan bapa tirinya, sambil
tangan bapa tirinya mengelus-ngelus rambutnya dan bersuara.
“Alhamdullilah,dapat juga papa anak perempuan”.
“Terima kasih papa terima Jannah, Jannah ingat Jannah tak dapat merasa ada
papa, tak sangka juga Jannah ada adik-adik yang ramai ni”, dengan linagan air
mata terharu dan gembira Nur Jannah menoleh kearah adik-adiknya kemudian
memandang kearah papanya semula. Papa Razlan menyapu sisa air mata di pipi Nur Jannah.
Kalau di ikutkan Razlan adalah seorang papa yang lembut dan penyayang tetapi
Tengku Raihana yang agak tegas dan garang sedikit kepada anak-anaknya tapi
tidaklah setegas bondanya Tengku Khalidah.
“Ehh...Dah lama berdiri ni duduklah Jannah buat air, teh o boleh mama,
Jannah ada buat bubur jagung ni.” Nur Jannah ke dapur di ikuti oleh nenek dan
mamanya, datuk, papa Razlan serta adik-adik Nur Jannah duduk di ruang tamu.
Selepas solat asar
berjemaah berimamkan datuk Ibrahim, mereka yang perempuan ke dapur menyiapkan
makan malam, sambil berbual-bual. Neneknya membuka bekalan yang di bawanya dari
kampong tadi, masak lemak pucuk ubi, ikan puyu goreng berlada dan sayur pucuk
paku, yang sempat petik oleh datuknya di belakang rumah mereka sebelum mereka
bertolak tadi dan ayam goreng untuk menambah juadah malam itu. Bahagia sungguh
hati semua orang, bertemu semula dengan orang-orang yang di kenang dan di sayangi.
Tidak pernah Nur Jannah membayangkan dapat berkumpul beramai-ramai begini, bersama
datuk, nenek, mama ,papa dan adik-adiknya. Magrib itu mereka sembahyang
berjemaah lagi, selesai solat nenek, mama dan Nur Jannah ke dapur untuk
menghidang makan malam, manakala datuk Ibrahim di dalam bilik yang di sediakan
untuknya menyambung lagi zikirnya, sementara papa dan adik-adik Nur Jannah
duduk di ruang tamu. Ada suara orang perempuan memberi salam dari luar.
“Assalamualaikum”…
”Waalaikumsalam... “ papa dan adik-adik Nur Jannah serentak menjawab salam
dan membuka pintu.
“Masuklah..kak Jannah di dapur..” Adik Nur Jannah Zulkamal memanggil Nur
Jannah di dapur.
“Kak Jannah ada orang datang.” Nur Jannah menjenguk ke ruang tamu.
“Ehh..nenda datang..masuk.. masuklah, oh ..Mak MiIah pun ada juga..ramainya
tetamu Jannah malam ini.” Nur Jannah menghampiri untuk bersalaman dan mencium
tangan nendanya dan tangan Mak Milah, gembira sungguh Nur Jannah malam ini
tidak disangka dia didatangi ramai tetamu hari itu.
“Ramainya, Jannah ada tetamu ke.” tegur nendanya terpinga-pinga memandang
para lelaki yang ada diruang tamu rumah cucunya, semua mereka tidak dikenalinya.
Tidak diduga cucunya nan seorang itu memepunyai ramai kenalan lelaki. Mulalah
timbil berbagai anadaian didalam benaknya.
Semenjak mendapat tahu Nur Jannah bermadu nendanya
cuba mengambil berat keadaan cucunya.. Sedapat mungkin dia cuba menyenangkan
hati cucunya. Supaya dapat meringankan sedikit beban perasaan yang dia tanggung
oleh cucunya nan seorang itu. Sikapnya terhadap NurJannah juga sudah lunak
sedikit, malah kadang-kadang memeberi perhatian yang tidak terduga seperti
sekarang ini.. dia menjenguknya untuk memastikan keadaan cucunya. Tujuan kedatangannya
malam itu kerana ingin memastikan suami cucunya menepati giliran yang di janjikanya.
Apabila mendengar Nur Jannah menyebut perkataan
‘nenda’, Tengku Raihana sudah tahu
siapa yang datang, dia keluar dari dapur. Tertegak Tengku Khalidah dan Tengku
Raihana memandang antara satu sama lain buat seketika. Tengku Raihana meluru
kearah Tengku Khalidah sementara Tengku Khalidah sudah terduduk di sofa
berdekatan kakinya terasa lemah kerana terperanjat. Tengku Raihana meraih tangan
bondanya menciumnya sambil menangis. Walau bagai manapun garang bondanya, tapi
bondanya tetap ibunya juga, ibu yang melahirkan dan ibu yang membesarkan
dirinya. Dia sebenarnya rindu pada bondanya tapi kerana takut kemungkinan
dipaksa bercerai dia tidak pernah pulang menemui bondanya.
”Bonda...maafkan Hana, bonda..maafkan Hana.” Ucap Tengku Raihana
mencapai mengucup tangan bondanya sambil
menangis dan meminta maaf berulang kali. Tengku Khalidah mengusap-ngusap kepala
anaknya yang ditutupi tudung..dengan air matanya juga bercucuran. Tengku
Khalidah tidak dapat mengeluarkan kata-katanya
kerongkongnya seakan tersekat. Dadanya penuh dengan rasa sebak. Dia
sudah mengoggoi dan meraih badan anaknya dalam pelukkanya. Dia sudah tidak dapat menahan perasaanya ketika itu. Perasaan
rindu yang tersimpan sudah setinggi gunung rasanya. Suami dan anak-anak Tengku
Raihana hanya jadi pemerhati jejak kasih diruang tamu rumah NurJannah. Setelah
reda sedikit perasaanya....
“Bonda yang patut minta maaf Hana..bonda yang salah selama ini, bonda minta
maaf… bonda dah sedar sekarang”, sambil melongggarkan sedikit pelukkanya
kemudian dia menarik semula anaknya dalam pelukkan, terasa takut pula untuk
melepaskan anaknya..takut-takutnya anaknya akan pergi lagi dari jangkaunan
tangannya. Sebenarnya Tengku Khalidah sangat menyayangi Tengku Raihana, kerana
itulah satu-satunya anak yang dia ada. Itulah anak yang diharapkan. Lama dia
memeluk anaknya. Apabila pelukkan di leraikan
Tengku Raihana memperkenalkan suami dan anak-anaknya.
“Ini suami Hana bonda dan ini anak-anak Hana.” Tengku Raihana berpaling dan
menggamit ke arah suami dan anak-anaknya untuk berkenalan dan bersalaman dengan
bondanya.
“Hana, bonda bersalah selama ini, dan
kesalahan ini bonda ulang lagi pada Jannah. Bonda rasa bersalah sangat dengan derita
yang Jannah lalui.” Tengku Khalidah
membuka ceritanya setelah selesai menantu dan cucunya bersalaman dan mencium
tanganya dia meluahkan kesal hatinya dan mengakui kesalahanya.
“Kesalahan apa dan derita apa yang Jannah tanggung bonda.”
“Hana...bonda tak tahu selama ini Jannah di madukan oleh suaminya. Selama
ini segala deritanya di pendamkan sendiri.” Tengku Khalidah menyambung lagi
tangisnya.. sambil teresak dia menceritakan kisah Nur Jannah. Mendengar Nur
Jannah dimadu nenek Nur Jannah yang ada di dapur keluar mendapatkan cucunya
yang masih berdiri di pintu dapur berdekatan ruang tamu.
“Betul Jannah kamu di madu? Sebelum dia kawin dengan Jannah dia dah kawin
dulu? Jannah tak tahu ke?..kalau dah tahu kenapa Jannah terima dia jadi suami.”
Bertubi-tubi soalan keluar dari bibir nenek Zubaidah. Cucunya itu hanya
menundukkan wajahnya. Semua wanita itu sama saja, keperitan dimadu menyebabkan
mereka merasakan kesakitan itu bersama,
walau pun hakikatnya wanita lain yang di madukan.
Tengku Khalidah menoleh ke arah suara yang menyoal cucunya.
“Ini nenek Jannah dari kampong ke?” Tengku Khalidah bangun dan merapati Nur
Jannah dan neneknya.
“Ya, saya nenek Jannah dari kampong, nama saya Zubaidah” nenek Nur Jannah
memperkenalkan diri.
“Maafkan saya cik Bedah..saya menyebabkan cucu kita menderita.” Lalu
menghulur tangan bersalaman, Tengku Khalidah memang sudah bertukar kini, sejak
kejadian yang menimpa cucunya, membuat hatinya kini lebih lembut, sifat
egonya terkikis dek rasa bersalah kepada
Nur Jannah.
“Dah itu takdir cucu kita nak buat macam mana, janji dia tidak terabai oleh
suaminya tak tak apalah.”
“Tapi Jannah ni lembut sangat, mudah dibuli orang, tengok ni dia hanya
duduk di rumah yang macam ni saja, sedangkan madunya duduk dikondominium,
dibelikan kereta lagi.” Adu nenda Nur Jannah kepada semua.
“Nenda... kalau Jannah dibelikan kereta pun bukan Jannah pandai memandu”.
“Itulah…dari dulu nenda dah suruh belajar memandu kamu tak mahu. Lepas
bersalin nanti pergi belajar memandu. Mintak dia belikan kereta juga jangan
lembut sangat.” herdik nendanya, memang dulu dia sudah menyuruh Nur Jannah
belajar memandu tetapi dia takut untuk belajar memandu.
“Lagi pun sepatutnya malam inikan giliran kamu, kenapa sampai sekarang
suami kamu tak sampai lagi?. Selalu ke dia lambat macam ni?” Soal nendanya lagi, untuk
meyelidiki rumahtangga cucunya. Dia tidak suka cucunya diperlekehkan oleh
suaminya setelah beristeri dua.
“Mungkin abang ada hal itu yang dia lamat sikit nenda.”
“Kamu jangan lembut sangat Jannah.”
“Bonda bukan apa Hana, madu Jannah tu cantik pandai bergaya tentu Farid
akan melebihkan dia dari Jannah, bonda sedih
Hana, orang buat Jannah macam tu.”
tutur Tengku Khalidah sayu.
“Merekakan dah besar biarkanlah mereka selesaikan masaalah mereka sendiri, lagi pun jangan kita racuni fikiran Jannah. Dia
dah reda, jika kita asyik melaga-laga dan mengungkit-ungkit kelebihan madunya,
akan membebankan lagi fikiran Jannah. Perkara macam ni kalau kita berkeras akan
memburukkan lagi keadaan. Kalau Jannah dah reda dan berlapang dada kita yang
ada sokong saja dari belakang, supaya dia tak tertekan. Hanya itu saja jalan
yang terbaik.” datuk Ibrahim yang baru keluar dari biliknya bersuara memberi
pandanganya.
Dia
keluar dari bilik bila mendengar kekecoh di luar bilik. Dia cuba menenangkan
keadaan bagi membantu cucunya dan meredakan kemarahan nendanya. Tengku Kahlidah
menoleh mencari suara yang berkata-kata tadi..’mungkin ini datuk Jannah dari kampung’ detik hatinya..kedengaran
ada kebenaranya.
“Ini siapa Jannah atuk Jannah ke??” Pandagan matanya beralih kepada cucunya
mencari kepastian.
“Saya Ibrahim atuk Jannah”. Jawap datuk Ibrahim menjawab soalan yang
ditujukan kepada cucunya.
“Saya mita maaf encik Ibrahim selama
ini saya tidak pernah ambil berat..saya minta maaf banyak-banyak”.
“Tak mengapa.. kita ni manusia biasa dan taka
akan sempurna.. kadang-kadang
terlepas pandang.”
Kemudian keadaan menjadi sunyi mungkin mereka semua terdiam memikir hal Nur
Jannah dan memikirkan kata-kata datuk Ibrahim tadi.
“Ehh jomlah kita makan…”Tengku Raihana memecah kebisuan bila melihat tangan
suaminya memberi isyarat makan.
“Bonda, ibu, ayah jomlah kita makan perut dah lapar ni.” ajak Razlan. Dia
sebenarnya sudah lapar. Apa lagi bila teringat masak lemak pucuk ubi dan goreng
belada ikan puyu yang di bawa oleh bekas ibu mertua isterinya siang tadi, perutnya
bertambah lapar. Semasa mereka semua sedang hebat membahaskan masaalah Nur
Jannah. Di dapur rupa Mak Milah sudah siap berhidang. Mereka makan dengan penuh
selera. Tengku Khalidah terasa sungguh meriah dan berselera. Dia jarang dapat
makan beramai-ramai. Apa lagi dapat pula merasa makan kampung yang jarang
dirasai.
Baguslah semua orang menyebelahi Jannah,takdelah terkilan pembaca. Ceriter tetap best.
ReplyDelete