Dari
Arab turun ke Aceh,
Naik
keJawa berkebun serai,
Apa
diharap pada yang kasih,
Badan
dan nyawa lagi bercerai.
“Itulah
jangan sampai bercerai berai. Kalau ada perkara yang boleh menyebabkan kita bercerai berai elakkan jauh-jauh…fikir dan kasihan nasib
anak-anak”.Terhenti kata Haji Abu Bakar..melihat Fatin terjengul dimuka pintu. Dia berjalan
keluar pagar..lalu ditegur oleh Farhan.
“Ha
nak pergi mana?..”
“Ha
nak naik atas nak pinjam motor ayah. Sementara Aman ibu jagakan.. Ha rasa nak
pergi beli susu. Bukannya jauh.. Ha pergi sekejap saja sebelum masuk waktu ni.”
“Ohh..ye
ke abang ni asyik lupa saja..Tak apalah nanti balik abang beli.”
‘ialah sejak sibuk dengan SMS dah jadi orang
yang sibuk dan pelupa.Maklumlah dah ada
pengarang jantung baru.’ Fatin mengutuk sikap suaminya yang mula berubah
didalam hati.
“Sempat
ke?..ibu suruh makan sini..nanti tak sempat, susu anak memang dah habis untuk
malam ni saja, esok kita kerja… tak kan nak suruh Kak Mah beli pula.” Fatin menyambung
lagi kata-katanya. Dia sudah tidak yakin dengan sikap suaminya sekarang ini.
“Sempat..lepas
Magrib kita balik”. Bila mendengar kata suaminya Fatin masuk kerumah mertuanya semula.
Dia ingin membantu ibu mertuanya menyediakan makan malam.
“Ingat
Han jangan jadi kera di hutan disusui anak dirumah mati kelaparan. Kasihani dan
jagalah anak dan isteri kamu dulu.Lagi pun Han kata kawan Han tu cantikkan,
kalau macam tu tentu dia boleh cari pengganti suaminya bila-bila masa saja.”
“Mungkin
dia boleh cari pengganti tetapi..Han takut dia tak dapat yang baik pula.”
“Habis
Han rasa Han cukup baiklah..itu yang nak ganti tempat suami dia.. Pada ayah…Kalau
Han buat macam tu..memang baik untuk kawan Han...tetapi untuk anak dan isteri
Han, Han sama saja macam suami kawan Han tu. Lebih-lebih lagi kalau sampai Han
bercerai dengan Fatin..na’uzubillah janganlah sampai macam tu. Ayah berharap
dan berdoa rumah tangga Han dengan Fatin sampai kesyurga..bahagia dan harmoni
tiap-tiap hari. Amin.. itulah harapan ayah,
sebab ayah tak rasa Fatin tu macam menantu dah sekarang… ayah rasa macam anak
perempuan ayah sendiri. Pada pandangan mata ayah isteri kamu tu isteri yang
mendengar kata dan tak banyak kerenah..” Takut Haji Bakar menyebut keruntuhan
rumahtangga anakya Farhan.
“Walau
macammana pun ayah, Han tak akan lepas kan isteri Han tu...Han lebih rela tak
kahwin dengan kawan Han tu dari Han kehilangan Fatin ayah.”
“Eloklah
macam tu..jadi mulai dari sekarang jangan dilayan lagi kawan Han tu, cakap
dengan dia terus terang.. Han tak dapat memenuhi kehendak dia.. cakaplah cepat
sikit, jangan sampai Fatin kedapatan rahsia Han ni..nanti lain jadinya. Yang
sebetulnya Fatin dah tahu ke cerita Han ni?.”
“Dia
tak tahu lagi, perkara ni baru tiga empat bulan lepas dia menghubungi Han.Tapi
baru-baru ni saja dia berterus terang minta Han kahwin dengan dia.”
“Ingat
pesan ayah selesaikan perkara ni secepat mungkin jangan sampai ketahuan oleh
Fatin..dia tengah mengadung tu kesian lah kat dia. Lagi pun kalau Fatin tahu
kemungkinan besar ibu kamu pun akan tahu.. nanti susah Han. Ayah tak sanggup
melihat monyok muka ibu kamu kalau dia bimbangkan rumahtangga kamu.”
“Ialah..malam
nanti Han akan cakap dengan kawan Han tu, Han tak boleh terima tawaran dia,
macam yang ayah cakap tu.” putus Farhan setelah mendapat nasihat panjang lebar
dari ayahnya. Dia bertekad tidak dapat menerima Nur Saleha menjadi isterinya.
Dengan
kerenah anak-anak yang perlu dilayan akhirnya selepas solat Isyak barulah
mereka pulang. Dalam perjalan pulang kerumah mereka, Farhan singgah disebuah
supermarket untuk membeli susu anaknya.
“Pergilah
abang sorang, Ha tunggu anak-anak dalam kereta..kalau pergi sama nanti lambat
pulak, hari dah 930malam ni kejap lagi surpermarkit tutup. Lagi pun dah ada
yang mengantuk.” Fatin memaling mukanya
ketempat duduk belakang untuk melihat anak-anak yang sudah terlintuk
mengantuk. Farhan juga tahu jika isterinya
juga pergi, pasti semua anak-anaknya akan mengikutinya..ini
akan melambatkan pergerakkan dirinya.
“Ialah
abang pergi dulu.” Farhan keluar dari kereta.
Ada
satu yang Farhan terlupa. Dia terlupa
mambawa telefon bimbitnya bersama. Semasa ketiadaan Farhan tetefon
bimbitnya bergetar menandakan ada mesej masuk.
Dengan teragak-agak Fatin membuka dan
memabaca mesej untuk suaminya. Alangkah berdebar jantungnya apabila membaca
massage yang terpapar diskrin telefon bimbit suaminya..mula terfikir Fatin untuk menyamar sebagai Farhan.
“Assalamualikum…kenapa
lama tak contact..I dah mula rindu dengan you..macam mana… ada harapan tak I
ni”. Malam itu tidak sabar NurSaleha menanti..kerana desakkan hatinya dia
menghubungi Farhan. Sememangnya waktu-waktu
itu mereka berSMS. Terus sahaja dia bertanya tentang harapanya.
“Waalaikumsalam…InayaAllah
kalau jodoh tak kemana. You nak cepat ke?”Fatin memulakan penyamarannya.
“I
tak harap you terima I dalam waktu terdekat ni..tunggulah sampai isteri you
bersalin dulu.” setelah yakin itu Nur Saleha, Fatin memulakan SMSya sebagai
Farhan.
“Kalau
macam tu lama lagilah, isteri I mengadung baru tujuh bulan lebih, takut you
tunggu lama sangat..tapi sebetulnya I belum tanya dia lagi.. kalau dia tak reda
macam mana?.”
“Kalau
nak diikutkan ..you lagi lama tunggu I, dah sepuluh tahun, I akan sabar tunggu
hanya tiga bulan saja lagi. Kalau dia tak bagi… you pujuklah dia.. Pada I kalau
dia isteri yang baik tentu dia tak akan menghalang kebahagian suami dia.”
“Betul
juga cakap you tu..oh oklah I sebenarnya dalam kereta ni.”
“Isteri
you ada kat sebelah ke?”
“Taaak
..dia pergi beli barang, I kena tunggu anak dalam kereta..tapi dia dah keluar
dari kedai tu ok assalamualaikum.”
“Waalaikum
salam..nanti sambunglah balik ye, rindu I ni belum hilang lagi you dah nak
noktah kan perbualan kita pulak.”
“Ok”
Setelah menekan butang ‘send’ Fatin men’delete’ semua apa yang ditulisnya tadi, dan
meletakkan semula telefon bimbit suaminya ketempatnya semula. Fatin melihat
Farhan berjalan menghampiri keretanya sambil tanganya teraba-raba kepoket
seluar dibahagian belakang dan sisinya kemudian kepoket bajunya pula.Dua tiga
kali dia menoleh kebelakang mungkin memastikan tidak ada barang yang tercicir.
Kini
sudah jelas suaminya sudah ada yang menanti. Dirinya bakal ada pesaing. Fatin mula
membayangkan keadaan dirinya yang akan ditinggalkan dua atau tiga bulan lagi.
Jika nasibnya kurang baik mungkin semasa dia
dalam pantang lagi, suaminya akan meninggalkan dirinya. Mampukah dia
menghadapai keadaan itu.?? Tiba-tiba
hati menjadi sedeh dan sayu. Oh Nasib itu keluhnya didalam hati
Ketika
memasuki kereta sebelum menghidupkan injin kereta, Farhan cepat-cepat dia membuka tempat yang dia
selalu meletakkan telefon bimbitnya, barulah menampakan wajah kelegaanya.
“Kenapa?”Fatin
bertanya kepada suminya dengan wajah hairan.
“Taak
abang ingat abang tercicir handfon abang rupanya ada ni..dengar ada berbunyi
tak tadi.” Didalam hatinya turut berdoa agar
NurSaleha tidak menghubunginya ketika itu.
“Tak
adalah pulak..dah abang letak dalam laci tu mana Ha nak dengar, suara anak-anak
bising tadi, ni baru diam, bila sorang dah terlentok tu.” Tadi semasa dia keluar dari kereta ada juga
anaknya yang menangis hendak mengikutinya.. tetapi dipujuk oleh isterinya.
Farhan menoleh kebelakang dilihat angah dan aman tersandar lena mungkin
kepenatan bermain dirumah datuk dan nenek mereka tadi, hanya tinggal abang yang
tua matanya masih terbuka..tetapi sudah layu mungkin mengantuk juga.
“Jomlah
kita balik..diaorang ada yang dah tidur
tu.” Kereta Farhan meluncur laju menuju kerumah mereka.Tetapi didalam
hati Fatin mengata suaminya lagi ‘agaknya
dah tak sabar nak berSMS lah tu ialah seorang dah rindu tentu yang seorang
lagi, rindu juga’.
“Alhamdulillah
dah makan dan sembahyang , kita balik ni terus tidur saja, abang nak tidur
cepat hari ni dah rasa mengatuk juga
ni.. biasa kita tidur tengahhari.” Farhan berkata ceria..segala masaalah
dirinya dan Saleha sudah dapat diatasi setelah dia meluahkan kepada ayahnya
tadi.
“Ialah”
hanya itu jawapan isterinya acuh tidak acuh, sebab dihatinya sibuk menjawap
kenyataan lain berkenaan suaminya.‘Nak
cepat tidur ke atau nak cepat jawab SMS
dari buah hati itu yang nak cepat tu.’itulah bisik hati Fatin dalam diam.
Farhan mengerling isterinya dengan ekor matanya, bila mendengar jawapan
isterinya bagai tidak bermaya..seakan lesu sahaja suaranya. Dari jelingan ekor matanya
dia melihat wajah selamba isterinya yang tidak berapa ingin melayani
perbualanya.Terkesan juga riak wajahnya
yang sayu seperti orang kesedihan.
“Kenapa
Ha..Ha ok ke?”
“Haa??
kenapa?” Terkejut dia bila pertanyaan
suaminya singgah ketelinganya maklumlah oranbg sedang berangan-anagan..dia
tidak memberi tumpuan sebenarnya..hatinya asyik memikirkan SMS NurSaleha
sebentar tadi.
“..abang
nampak Ha macam mana? Nampak Ha letih juga ke?.”
“Haah
Abang nampak Ha letih..letih ke?”
“Mungkin
juga..tadi kita kan tak tidur tengahari.” Fatin mengulagi kenyataan suaminya
tadi untuk melindungi kegugupan dirinya..takut pula terkesan oleh suaminya yang
dia telah membaca massage dari seseorang yang ada didalam hati suaminya
sekarang ini.
Sampai
dirumah Fatin mencari kunci rumah dan kemudian kebelakang kereta lalu mendukung
anaknya yang kecil untuk dibawa naik keatas.
“Tak
payah dukung Aman biar abang yang dukung..Ha kejutkan angah dan abang tu jangan
dukung tau, Ha pimpin biar dia naik
tangga sendiri. Mana kunci rumah abang naik dulu”. Rumah mereka ditinggkat satu
perlu menaiki beberapa anak tangga.
Sememangnya Fatin sudah tidak mampu untuk mendukung anak-anaknya, dia sudah merasa mengah seperti orang yang tidak cucup nafas. Bila kandunganya mula membesar, dia sering mengah, mungkin kandunganya yang besar menyenak menyukarkan dia untuk berbafas dengan selesa apatah lagi bila dia memanjat tangga..Fatin menghulur kunci rumah kepada suaminya. Semenjak tertinggal kunci rumah suatu ketika dulu Fatin amat berhati-hati jika mereka keluar rumah. Dia akan memastikan dimana dia meletakkan kunci rumah mereka. Fatin akan memastikan kunci rumah didalam kereta atau didalam poket baju ataupun seluarnya. Peristiwa dimarahi beberapa bulan dulu menjadi pengajaran dirinya.
Sampai
sahaja mereka didalam rumah Fatin megarahkan anak-anaknya kebilik air sebelum
tidur.
“Abang
bawa angah kebilik air..buang air kecil dulu sebelum tidur”.
“Baik
bu”. Setelah bersalaman dan mencium tangan ibu dan ayahnya mereka kebilik tidur
diikuti oleh ayahnya. Farham mahu memastikan selimut atau bantal telah
mendidingi bahagian tepi anak-anaknya. Malam itu dia tidak berlama-lamaan
didalam bilik anak-anaknya seperti kebiasaan.
Untuk
mengelakkan anak mereka terjatuh dari katil, Farhan meletak dua tiga biji
bantal di tepi katil anak-anaknya dan sekeping
tilam single diletak dibawah katil mereka. Jika mereka terjatuh juga
mereka akan jatuh dia atas tilam. Fatin pula kebilik air membersihkan diri.
Sudah menjadi kebiasaan Fatin akan mandi sedikit untuk membasahkan badanya
sebelum tidur, jika tidak dia merasa tidak selesa dan susah hendak tidur.
Selepas memberus gigi dan mengelap badanya, dia hanya berkain batik hingga
kedada (berkemban) memasuki bilik tidur mereka. Dilihat suaminya sudah baring
di katil memandang pintu yang dibukanya. Hairan Farhan memandang isterinya dia
tercegat lama diambang pintu bilik mereka.Tetapi yang sebenarnya Fatin yang
hairan melihat suaminya sudah baring diatas katil tidak seperti biasa.
“Kenapa
Ha taknak tidur ke?tadi kata letih tak tidur tengahari.” Soalan suaminya tidak
berjawab..dia melangkah masuk perlahan. Hatinya pula sibuk mentafsir perubahan
pada suaminya..dia mula mearasa takut pula..
‘Oh mungkin malam ni dia nak berlakon
baik-baik dengan aku untuk menyampaikan hasrat hatinya’ Itulah
kata-kata yang menyelinap
dihatinya pula. Sambil kakinya melangkah kemeja soleh untuk menyisir rambutnya.
Bagi
Farhan setelah mendengar nasihat dari ayahnya dia memutuskan akan berterus
terang dan menolak permintaan
NurSaleha esok. Dia akan menyelesaikan bersama Edlan ditempat
kerja mereka. Dia merancang ketika waktu rehat dia ingin meminta Edlan menemaninya
membuat panggilan menyatakan dia tidak sanggup untuk memadukan isterinya. Dia
tidak mahu Nur Saleha ternanti jawapan darinya. Hatinya lebih yakin jika
sahabatnya memberi sokongan ketika meluahkan hasrat hatinya. Kini hatinya merasa lapang. Malam itu dia ingin berehat
dan tidur secukupnya.
“Cepatnya
abang nak tidur malam ni?.” Tercetus juga pertanyaan dari bibir Fatin akan
keluarbiasaan suaminya malam itu..merujuk kepada tidur cepat.
“Ehh
abang kan dah kata tadi abang letih hari ni..abang nak cepat tidur…Ha pakai
baju tidur tu lama abang tak nampak Ha pakai baju tidur tu.” Tadi..sementara isterinya
kebilik air, Farhan mencari baju tidur
isterinya yang menjadi kegemaranya.
Memang
sudah lama baju itu tidak dipakai oleh isterinya. Baju bertali halus diperbuat
dari kain satin yang sungguh lembut kainnya
berwarna biru lembut. Baju itu
dibeli ketika mereka baru sahaja menjadi suami isteri.Potongan baju itu terdedah dibahagian atas sungguh seksi. Oleh
kerana sekarang ini, anak-anak mereka sudah agak besar Fatin sudah jarang
memakainya. Fatin tidak membantah permintaan suaminya, dipakainya baju tidur
itu.
Walau
pun dibahagian perut sudah menonjol jauh dari kedudukan asalnya tapi keseksian
isterinya terselah juga. Malah bertampah cantik dimata Farhan. Kulit putih gebu
isterinya terdedah diabahagian dada.Kelihatan payu daranya lebih besar jika
dibandingkan ketika isterinya tidak mengandung. Payu dara wanita mengandung
akan menjadi besar sedikit kerana
peroses kilang susu mula terbentuk bila kandungan mencapai usia tiga bulan
lagi. Fatin menyisir rambutnya yang separas bahu perlahan.Ketika dia ingin
merebahkan badanya, dilihat tempat tidurnya sudah tersedia dibahu suaminya. Cecah
sahaja kepalanya, Farhan sudah bersiap sedia merangkul dengan kemas.Dia
berbisik perlahan ketelinga isterinya.
“Memang
bahaya kalau sayang pakai baju ni.” Cumbuan hangat dari suaminya, dilayan hanya
separuh hati sahaja oleh Fatin. Kerana mindanya sibuk membayangkan kehangatan
itu juga akan dikongsi dengan wanita lain selepas dia melahirkan anaknya kelak.
Mungkin juga kehangatan ini tidak akan
dirasai lagi bila kasih suaminya akan bertukar
arah. Mungkin juga suaminya tidak lagi memandang keseksian dirinya ,
walau baju apapun yang dipakainya nanti ketika itu.Tidak lama lagi masa itu
akan tiba, hanya tinggal dua atau tiga
bulan sahaja lagi dia merasa kehangatan
kasih suaminya tampa berbelah bagi. Setelah Farhan didalam dirinya kembali dia
baring menelentang. Dia menyedari balasan
dari isterinya hanya separuh hati sahaja tadi..
“Kenapa
sayang..sayang letih sangat ke?”
“Letihlah
sikit.” Fatin mula hiba..matanya mula berkaca-kaca.
“Abang
minta maaf..abang memang tak boleh tenguk sayang pakai baju ni…jiwa abang mula
bergelora… tapi abang suka kalau sayang selalu pakai baju ni sayang nampak
lebih seksi..lagi-lagi masa mengandung ni.” Farhan sudah menarik isterinya
dalam pelukkanya. Ada juga rasa kesal
kerana melakukan ketika isterinya dalam keletihan. Kerana perut
isterinya yang sudah besar Farhan lebih selesa memeluk isterinya dari belakang.
Dia memusingkan kedudukan isterinya supaya membelakangkan dirinya.
Tiba-tiba
telefon tangan yang berada di meja almari solek bergetar dan mengeluarkan
cahaya berkelip-kelip. Itu menandakan ada massage masuk.. Kerana Fatin
mengadapkan mukanya ke meja almari solek dia melihat isyarat dari telefon
suaminya ..sebetulnya Farhan juga belum lagi memejamkan matanya. Dia mendengar
bunyi getaran dan cahaya yang berkelip di telefon bimbitnya. Dia menjadi seba
salah..dia tahu waktu begini NurSaleha akan mengubunginya apatah lagi sudah
tiga hari Farhan tidak menghubunginya. Dia mengharapkan isterinya telah
memejamkan matanya dan tidak menyedari isyarat dari telefonya..Tapi sangkaanya
meleset…
“Bang
ada massage masuk..jawaplah kok penting.”.Bila mendengar suara isterinya timbul
kesal hati Farhan kerana terlalai.
Dia
terlupa untuk tidak mengaktivkan telefonya tadi. Dari rumah ayahnya tadi dia
sudah bercadang untuk tidak megaktivkan telefonya kerana dia tidak mahu
diganggu, tetapi tadi ketika isterinya dibilik air dia sibuk mencari baju tidur
kegemaranya didalam almari, kemudian
ketika dia hendak bangun mencapai
telefon nya kedengaran Fatin memasuki bilik mereka tumpuanya kepada isterinya
yang sedang berkain batik separas dada pula,
bila isterinya memakai baju tidur kegemaranya, dia terus jadi lupa. Farhan sudah tahu siapa
pemanggilnya kerana diwaktu-waktu begini biasanya dia ataupun Saleha akan
menghubungi antara satu sama lain. Itulah sebabnya Fahan suka menidurkan
anak-anaknya, sambil itu mengambil
kesempatan untuk berSMS bersama Nur Saleha. Kesalnya sudah tidak berguna
lagi…cahaya dari telefon sudah terpandang oleh isterinya..
“Emm
biarlah esok saja abang jawab.”Itulah jawapanya untuk mematikan persoalan.
Tidak beberapa minit telefon Farhan bercahaya lagi menunjukkan ada massage
sekali lagi.. Mereka diam seketika , akhirnya Fatin bersuara..bila dilihat
suaminya tidak memberi tidak balas pada telefonnya…
“Jawablah..tentu
dia dah rindu”. Farhan bingkas bangun merenung isterinya yang baring
membelakangkan dirinya.
“Siapa
yang rindu dengan ..siapa yang Ha maksud kan.” Farhan sudah tidak dapat
meneruskan kata-katanya.. dia terkedu..dia mula memikirkan adakah
isterinya sudah mengetahui apa yang
dilakukan selama ini. Farhan duduk dan merenung kearah isterinya dengan
renungan yang tajam. Fatin juga bangun lalu dia bersandar dihujung katil.
“Siapa
yang Ha maksudkan.. cakap dengan abang.”Farhan nampak garang bila terasa
dirinya disindir.
“Sebelum
Ha jawab, Ha minta maaf banyak-banyak dari abang…Ha dah menceroboh hak peribadi
abang selama ni”.
“Menceroboh??..menceroboh
hak peribadi abang ? apa yang peribadi antara kita berdua selama ni?”
“Pada
Ha hak peribari pada abang memang tidak ada..tapi hak peribadi abang dengan Ha
ada.” Berkerut dahi Farhan mendengar jawapan isterinya yang nampak tenang.
Walaupun perkataanya agak berbelit namun ada makna yang sungguh dalam terselit
didalam kata-katanya.
“Apa
buktinya yang abang ada hak peribadi
dengan Ha.”Soal Farhan masih tegas bunyi suaranya.
“Ialah
abang ada rahsia yang abang rahsiakan dari Ha..sedangkan Ha tiada rahsia pada
abang.”
“Cuba
cakap terus terang..jangan berteka teki abang letih ni..apa rahsia abang pada
Ha.”
“Petang
tadi masa abang pergi beli susu ada message masuk dan Ha tolong jawabkan untuk
abang.”
“Dari
siapa???” berdebar jantung Farhan
mendengar jawapan dari isterinya. Hatinya bergetar hebat menanti jawapan dari
isterinya.
“Ha
tak tahu dari siapa tapi Ha rasa dari
NurSaleha.” Bagai mahu pitam Farhan bila isterinya menyebut
namaNurSaleha. Dia sudah berpesan kepada NurSaleha..biar dia yang
menghubungi terlebih dahulu, itu
tandanya dia sudah ada masa untuk berbalas SMS denganya. Farhan mengeluh.
“Ha
minta maaf..Ha minta maaf sangat-sangat..sebab dah …” Fatin tunduk memandang
hujung jari kakinya yang berlunjur diatas
katil. Belum sempat isterinya
menghabiskan kata-katanyaFarhan sudah memintas. Dia tidak sabar…
“Sudah
berapa lama Ha tahu tentang Saleha.”
“Dari
dua bulan lepas..masa tu abang dalam bilk air..telefon abang bawah bantal.”
Inilah Fatin yang tidak pandai berbohong. Orangnya suka berterus terang. Tapi sebenarnya Fatin
seorang yang tulus dalam pergaulan.Pemaaf dan orangnya sentiasa nampak ‘cool’ kerana dia pandai menyembunyikan
perasaan yang bergolak didalam hatinya.
“Kenapa
Ha tak Tanya pada abang, kenapa Ha cuba tafsir sendiri”.
“Tak
payah nak tafsir-tafsir SMS untuk abang tu, maknanya sungguh jelas kalau tanya abag
dan angah pun dia faham bang. Lagipun.. pada Ha kalau abang nak rahsiakan dari
Ha tentu abang nakkan hak peribadi..kalau abang nak bagi tahu tak tak payah Ha minta tak payah
Ha tanya..abang sendiri akan cerita pada Ha, walaupun masa tu Ha tak tahu
apa-apa...”
“Kalau
abang nak hak peribadi kenapa Ha baca massage abang?.”
“Yang
ini memang salah Ha…Ha minta maaf..sekarang Ha dah pun terhukum dengan
perbuatan Ha sendiri..Ha minta maaf banyak-banyak. Kalau sekiranya abang nak
pergi pada dia bagitahu Ha..supaya Ha dapat bersiap sedia.”Bagai mahu tercabut
jantung Farhan dengan jawapan isterinya. Adakah Nur Saleha menagih jawapan
darinya pada SMSnya tadi. Sewaktu NurSaleha meminta dirinya memeberi sedikit
kasih kepadanya dulu Farhan meminta waktu untuk dia memikirkan..adakah
NurSaleha sudah tidak sabar untuk mendengar jawapanya.
“Jadi
sekarang apa yang yang Ha nak tahu dari abang”.
“kalau
selama ni abang nak berahsia..jadi boleh ke jika Ha nak tahu sekarang.. boleh
ke abang jawab Ha dengan jujur tiada berselindung walau pun sedikit”. Pada
Fatin dia tidak suka dirinya ditipu...biarlah suaminya berterusterang biar pun
pahit kenyataanya itu lebih baik dari ditipu.
“Abang akan jawab dengan jujur..dengan nama
Allah, abang jawab dengan jujur.” Tidak guna dia berselindung kini ,demi keharmonian
rumahtangganya Farhan mesti bersikap jujur dengan isterinya.
“Abang tidak menyesal
..abang berjanji dengan nama Allah.”
“Sekarang abang rasa
sungguh menyesal kerana tak bagitahu Ha tentang kawan abang ni..tapi pada
abang, ini bukan rahsia, sebab abang rasa dia hanya sebagai kawan biasa..tidak
tahu perkara yang abang rasa remeh jadi persangka pada Ha pula..sekarang
tanyalah akan abang jawab.”
“Siapa
NurSaleha..kenapa sampai sepuluh tahun abang tunggu dia?”
“NurSaleha ni kawan abang
masa kat UiTM dulu dia kawan satu kelas. Siapa yang kata abang tunggu
NurSaleha?..selama ni abang tak pernah tunggu siapa-siapa.”
“Dalam SMSnya tadi dia
yang cakap..abang tunggu dah sepuluh tahun”.
“Jadi sekarang apa yang
abang nak jelaskan “.
“Jika itu jawapan abang…Rasanya
tak ada apa lagi, semuanya dah jelas”.
“Apa yang jelas cakap
dengan abang..mungkin Ha salah faham”.
“Entahlah..tapi
tadi dia massage dalam bahasa Melayu takkan Ha tak faham…Ha tak akan
halang abang, itu hak abang…Ha tak akan
mempertikaikanya. Hanya Ha minta satu saja dari abang kalau abang nak pergi
pada dia bagitahu Ha…itu saja”
“”Apa
yang dia kata dalam SMS dia sampai Ha cakap macam ni”.
“Dia
akan sabar tunggu sampai Ha bersalin
yang tak berapa bulan lagi, untuk abang pergi kepadanya. Kalau nak dikira abang
boleh bersabar tunggu dia sampai sepuluh
tahun dia juga akan bersabar tunggu
hanya dua atau tiga bulan sahaja lagi..”.Sekali lagi Farhan terkejut dengan
jawapan isterinya. Dia sudah tersedar kini jalan ceritanya sudah menjadi rumit. Rumit mencari cerita
asal, jika diterangkan mungkinkah isterinya boleh menerimanya.
“Jadi
apa tindakkan Ha seterusnya.”
“Jika sudah begitu lama abang tunggu ..buat apa
abang nak buang masa lagi, jika sekarang abang nak pergi pada dia pergilah.. Ha
tak akan halang..itu kebahagiaan abang..Ha tak boleh halang dan Ha tak akan mempertikai hak abang....dia
kata lagi kalau Ha isteri yang baik, Ha takkan halang kebahagian abang. Jadi Ha
nak jadi isteri yang baik..Ha tidak akan sekali-kali menghalang abang pergi pada dia.”
“Ha
abang sayang Ha...” belum sempat Farhan meneruskan Fatin memintas kata-kata suaminya… hati sudah
terasa sungguh pedih berbicara soal kaseh suaminya yang akan berbahagi dua.
“Ha
tahu..abang sayang Ha dari dulu lagi..tapi kalau abang sayang dan kasihan pada
Ha..sebelum abang pergi kepadanya lepaskan lah Ha dulu. Walaupun berdosa kalau
suaminya menceraikan isterinya ketika dia sedang mengandug tapi ini Ha yang rela… nanti kat pejabat ugama kita tanya jika isteri yang rela diceraikan apakah
hukumnya…”.
“Ha
kenapa Ha fikir sampai macam tu sekali..kenapa Ha yang minta di lepaskan.”
“Ha
tak mahu merasa dimadu walau pun sehari
kerana Ha bukanlah seorang isteri yang sabar..Lagi pun Ha tidak mahu mengumpul
dosa mencerca abang didalam diam. Sekarang ni pun dah cukup banyak dosa Ha pada
abang, setiap hari sepanjang dua bulan ini Ha mencerca abang dalam hati Ha ni”.
Sungguh berterus terang Fatin tiada terselindung apa yang menjadi rahsia
hatinya itulah Fatin Najihah. Kemudian dia menyambung katanya lagi. Farhan
hanya memandang isterinya.
“Dari
mendapat payung emas disyurga kelak..aleh-aleh Ha dicampak keneraka jahanam
kerana mencerca suamniya diadalam diam..Ha memohon simpati abang..kalau betul
abang sayang dan kasihkan Ha bebaskan Ha sebelum abang pergi kepadanya”.
Terkedu Farhan mendengar permintaan isterinya. Dia mengakui kata-kata ayahnya
siang tadi..tiada perempuan yang suka dimadu. Walau wajah isterinya nampak
tenang tetapi permintaanya tegas sekali.
“Ha..abang
tidak pernah berniat untuk kahwin dengan dia, dan tak pernah terlintas diahati
abang ni untuk melepaskan Ha dalam hidup abang. Ha adalah cinta pertama abang,
jika kita tidak ada masaalah selama ini mengapa harus abang pergi dari Ha mengapa harus abang mencari pesaing Ha..”
“Habis
Saleha macam mana, sudah sepuluh tahun abang tunggu dia, kini dia sudah
dilepaskan oleh suaminya..bukankah ini peluang abang. Untuk kebahagian abang Ha
sanggup..tetapi untuk berkongsi abang
dengan dia, Ha tak sanggup.. Lagi pun Ha percaya abang akan lebih bahagia dengan dia. Jadi
hanya ada satu sahaja caranya…. Ha mengalah. Ha rela untuk kebahagiaan
abang“.
“Ha
tak akan berkongsi abang dengan siap-siapa. Kasih dan sayang abang ni hanya
untuk Ha dan anak-anak abang saja.. Percayalah cakap abang ni..Saleha adalah
kawan satu kelas dengan abang dan Edlan dulu. Dia juga rakan serumah Suhaila
isteri Edlan. Abang hanya suka dia masa tu saja..abang tak pernah bercinta
dengan dia. Dulu masa masih belajar, abang bercakap dengan dia pun boleh
dibilang dengan jari walaupun kami satu kelas. Sudah ditakdirkan kami memang
tidak ada jodoh..walaupun selalu abang berdoa agar dimasukkan kami dalam satu
kumpulan tetapi doa abang tidak penah terkabul hingga keakhir pengajian, kami tak pernah dalam satu kumpulan kalau
membuat apa-apa projek. Tapi bila tahun akhir abang meminta pertolongan Suhaila
menyatakan isi hati abang ni pada dia. Masa tu Suhaila dah jadi teman wanita
Edlan. Bila Suhaila tanyakan pada dia..dia kata dia sudah bertunang dengan
sepupunya, akhir pengajian mereka dijabkabulkan dengan sepupunya seorang
doctor. Abang cakap betul abang tak pernah bercinta dengn dia. hanya abang pernah ada rasa suka saja dengan dia tapi itu
dulu.. sekarang dah tak lagi. Abang suka dia dulu kerana dia cantik dan bersopan santun itu saja.
Bukan abang sorang saja yang suka pada dia Ha..ramai lagi kawan abang suka kat
dia. Tapi sekarang ni abang anggap dia
sebagai seorang kawan saja, macam abang anggap Edlan dan Suhaila.”
“Tapi sekarang dia suka kat abang..ini peluang
abang memiliki dia. Lagi pun macam mana dia boleh mengharap kalau abang tak
bagi dia harapan selama ni”.
“
Abang tak pernah bagi dia harapan Ha… sekarang ni abang sudah cukup bahagia
dengan Ha dan anak-anak kita, abang tak perlu kebahagian lain. Kebahagian abang
hanya ada bersama Ha saja”.
”Habis
abang tak rasa menyesal..sekarang ni abang ada peluang untuk memilikinya. Ha
tak mahu menyekat kebahagiaan abang dan Ha tak mahu abang menyesal dan
menyalahkan Ha kemudian hari.”
Nasib baiklah Fatin ni seorang yang penyabar mengambil masa untuk meluahkan rasa sakit hatinya pada suami. Kalau perempuan lain agaknya dah lama 'perang'. Elok juga Fatin meluahkan isihati pada Farhan supaya Farhan sedar. Namun begitu bagi pihak Fatin pula pasti sukar untuk memaafkan Farhan kerana tidak kejujuran Farhan terhadapnya.
ReplyDeleteApa jadi lepas ni? Sabar je la tunggu sambungannyer...
ReplyDeleteentahla..kalau perempuan sudah terluka..memang payah nak memaafkan ..kalau sudi memaafkan pun kerana anak2 tapi hati mungkin dah tawar...
ReplyDeletedalam keadaan mengandung tentu sukar memendam perasaan.. teringat pada sahabat.. masih muda lg. dlm mengandung pun bercerai.. habis iddah bila habis pantang.
Itulah mak teh memaparkan ksah-ksah lepas kahwin..kadng brcinta bertahun kawin dua tiga bln dah ada masaalah..pembawa budaklah..jadi kta yg permpuan harus pandai mencari hidup bila ditimpa musibah..sabar dn ingat pd Allah..Anak-anak yg masih muda yg masih ada peluag belajar beljar bersungguh-sungguh klu tak pun cari kemahiran untk sandaran hidup kita juga.
ReplyDeleteSalam makteh, sy baru bertamu di blog makteh ni.
ReplyDeleteJatuh suka dgn karya makteh di penulisan2u terus mengoogle mencari blog ini.
Terus jatuh cinta pandang pertama.
Suka dgn bimbang ini...tak semua yg manis kekal bergula...akan ada semut mengganggu kemanisan sesebuah ikatan kan? Bimbang n bg sy umpama realiti yg patut disedari...lari drpd yg selalu ditonjolkan masakini...
Tahniah makteh. Semoga ada rezeki utk diterbitkan.
Trimaksih krna menyukai crita mak teh. Komen anda menaikkan semangat makteh untk bercrita.
ReplyDelete