Untuk mengubati hatinya yang
kecewa..Syukri memohon memasuki Giatmara untuk memantapkan lagi ilmu
memperbaiki kereta (TEKNOLOGI AUTOMOTIF). Di Sepang Selangor. Dia sememangnya
berminat tentang injin. Walaupun ada tempat sebegitu dikawasan negeri Perak
namun Syukri lebih memilih kenegeri Selangor sebab dia akan terus mengintai
peluang untuk membuka bengkel di negeri itu. Negeri Selabgor merupakan negeri
yang pesat membangun tentulah ramai orang mempunyai keenderaan. Dia
berkira-kira tentulah bengkel akan lebih cepat maju nanti.
“Kenapa jauh sangat Syukri..kamu marah
emak ke ?”.
“Tak mak ..Syukri tak pernah marah
emak..hanya Syukri nak cari pengalaman dan nak cari hidup Syukri sendiri..kata
orang kalau jauh berjalan banyak pengalaman”.
“Ialah Syukri..emak doakan kamu berjaya
dan dimurah rezekikan oleh Allah. Ingat Syukri sekarang kamu dah besar dan nak
cari kehidupan sendiri pegang kuat-kuat solat tu, ingat solat jangan sekali ditinggalkan. Solat
kita kerana mencari redha Allah dengan
solat kita dapat menghindari segala kejahatan. Dengan solat kita dimurahkan
rezeki. Tapi sekali kita tinggalkan solat Allah akan menyiksa kita dengan siksa
dunia. ”
Setelah habis kususnya selama setahun enam
bulan, Syukri bersama tiga orang rakan sepengajian membuka bengkel dikawasan
kampung Melayu Subang. Dari bertiga hanya dia yamg mampu bertahan. Dua orang
kawanya Berjaya mendapat pekerjaaan disebuah syarikat besar. Maisarah juga
sudah mampu dilupakan. Namun hasrat hati yang mahu hidup berteman tidak pernah
padam.
Semangatnya mahu mencari teman
hidup tambah berkobar bila suatu hari dia terserempak sahabat baiknya ketika
dia belajar di Metrikulasi Selangor diBanting Selangor dulu, sedang membeli
barang hantaran untuk pertunanganya. Dia ditemani seoarang anak saudara
perempuanya, yang sungguh manis dan lemah lembut dimata Syukri.
Akhirnya berjaya juga Syukri menyunting
gadis yang agak sukar untuk didekati pada mulanya. Dia bahagia dengan
perkahwinan itu. Setahun lebih Syukri melayari alam perkahwinanya, pada suatu
hari dia dihubungi oleh seorang yang telah dilupakan. Maisarah..
Dia sibuk dipejabatnya ketika itu, sedang meneliti senarai alat
ganti yang perlu dibeli. Telefonnya sudah berdering dua kali tetapi diabiarkan
dan akhirnya berhenti dengan sendiri bila tidak diangkat, tetapi bila mendengar
deringan kali ketiga terpaksa juga diambil, takut-takut ianya ada perkara
penting.Walaupun dia sibuk sebenarnya tetapi terpaksa juga dia mengalihkan
tumpuanya bagi menjawab panggilan kali ini. Bila talian disambungkan kedengara
suara perempuan menyapa dihujung talian.
“Assalamualaikum..”. Terkejut Syukri bukan suara Nuri, huluran salam yang sepintas,
tidak dapat dia mahu meneka siapa yang menghubunginya. Hatinya jadi berdebar.
“Hello siapa ni??..”.
“Assalamualaikum tak kan abang tak
kenal dengan suara Sarah lagi”. Bila suara itu berkata agak panjang barulah
Syukri boleh mengenali suara si pemanggil. Syukri jadi terkedu, suara itu
memang selalu didenagri dulu. Ia suara
itu suara Maisarah telinga dan perasaanya mengesahkan.
“Walaikumsalam Maisarah kan, sekarang
kat mana?..lama tak dengar khabar.”
“Abang yang tak call Sarah..Sarah ada
aja”. “ABANG” sememangnya panggilan untuknya dari mereka disekolah menengah
lagi, maklumlah ketika itukan mereka diistiharkan sebagai adik dan abang
angkat.
“Abang tak nak memberi harapan pada
diri abang sendiri, bila keluarga Sarah tolak abang dulu”.
“Memang benar emak Sarah tolak abang
tapi Sarah tidak..”
“Tapi sekarang dah tak guna lagi
Sarah, sebenarnya abang dah kahwin, dah setahun lebih abang kahwin Sarah. Jadi Sarah carilah penganti abang, kita
memang tak ada jodoh”. Syukri berterus terang tentang status dirinya. Dia tidak
mahu Maisarah terus menaruh harapan kepadanya sedangkan dia sudah bahagia hidup
bersama Nuri.
“InsyaAllah bang Sarah akan cari
penganti diri abang”. Bagi Sarah walau pun hatinya pedih mendengar apa yang di
ucapkan oleh Syukri tapi dia redha jodoh tidak menyebelahi. Sarah juga tidak
menyalahkan Syukri sebab sememangnya bukan salah Syukri. Mereka berpisah kerana
kesombongan ibunya.
“Yang sebetulnya Sarah kat mana ni,
masih diSingapura ke?”.
“Tak Sarah dah berhenti kerja, dah
jadi penganggur sekarang ni, Sarah jaga emak Sarah, dia sakit sekarang ni, kena
serangan angin Ahmar. Sarah kat kampong dah enam bulan dah”.
“Oh!! Sarah dah berhenti kerja”.
“Terpaksa bang, emak Sarah sakit tak
ada orang nak jaga, jadi Sarah yang tak kahwin lagi ni kenalah berkorban, berhenti
kerja jaga emak”.
“Tentu emak sarah suka sangat ada juga
anak yang baik tolong jaga dia masa dia sakit”. Sejak hari itu mereka sering
berhubungan. Pada Sarah, Syukri tempat dia melepaskan rasa bosan dan meluahkan
perasaan tertekan. Bagi Syukri pula sekadar melayan kenalan lama.
Semenjak
duduk dikampung menjaga ibunya Sarah menjadi bingung. Tiada apa aktiviti yang
boleh menghibur dirinya. Jalan terakhir dia menghubungi Syukri untuk meluahkan
rasa hati yang tertekan dengan keadaan ibunya, keadaan abang dan kakaknya yang
bagai tidak pedulikan emaknya yang terlantar sakit, malah segala tanggungjawab
emaknya diserahkan seratus peratus kebahunya.
Hari
kehari mereka berhubung melalui telefon kini bagai sudah satu kebiasaan pula.
Syukri sudah ada rasa, dia ingin mendengar masaalah Sarah hari kehari.
Hinggalah saat kematian emak Sarah, Sarah juga meminta bantuan Syukri bagai
mana mahu menolong emaknya yang sedang sakaratulmaut. Ketika itu hanya dia
berdua sahaja dengan emaknya. Tukang masaknya telah pulang kerana kerja-kerja
memasak sudah selesai. Bila dihubungi abangnya yang tua yang berkedudukan paling hampir,
panggilanya tidak berjawab.
Sebenarnya abangnya mendengar
panggilan itu tetapi bila nama Sarah yang tertera discreen telefonya malas pula
dia mahu menjawab panggilan itu. Hatinya yang linang libau tiada tempat untuk
bertanya. Akhirnya dengan tagis pilunya
dia menghubungi Syukri yang nun jauh di Kampung Subang Selangor.
“Sarah bertenang, bisikkan kalimah
syahadah kat telinga emak Sarah. Jangan menangis nanti emak Sarah tak dapat
memahami apa yang Sarah ucapkan.. bertenang. Dah pergilah tolong emak Sarah
sementara sempat.”
“Baiklah..” Sarah menuruti apa yang
telah diajar oleh Syukri sebentar tadi.
Sudah seminggu emaknya pergi
menemui Illahi. Satu-satu kakak Sarah yaitu Hadizah sudah berpindah masuk
kerumah pusaka sementelah rumah itu di wasiatkan kepada mereka berdua.
Kebetulan pula kakaknya menyewa dipekan berhampiran kampong mereka. Untuk tidak membazir duit sewa rumah,
kakaknya sekeluarga berpindah masuk keruamh tinggalan orang tua mereka. Tidak
disangka setelah mereka tinggal bersama, abang iparnya berusha mencari peluang
mahu merasai kemanisan gadisnya.
Kini Sarah datang keKuala Lumpur untuk mencari kehidupanya sendiri.
Tiada siapa yang dapat membantu. Hanya
bantuan Syukri yang dia nampak sekarang. Sememangnya Syukri sudi
membantunya. Syukri menawarkan Sarah bekerja sebagai kerani dan pembantu
peribadi Syukri dibengkelnya. Bagi Sarah yang kesusahan tawaran itu diterima
dengan senang hati.
Setelah
Maisarah berkerja dibengkelnya dia selalu menceritakan masaalah keluarganya
kepada Syukri. Perihal abang dan kakak yang menganiaya dirinya. Dia tiada tempat berlindung. Akirnya simpati
Syukri menjadi sayang. Sayang yang sudah lama berkubur tumbuh kembali dan
begitu cepat menjadi rendang hingga sukar untuk dicantasnya. Semtelah gadis itu
pernah menghuni hatinya dulu.
Sarah merasa sangat
terhutang budi kepada Syukri. Sifat manjanya kepada Syukri sukar untuk dibendung. Lelaki itulah yang memberi kemanjaan dan
memberi perlindunganya ketika dizaman mereka berajar dulu. Dia selalu mengekori Syukri. Dia akan begitu
setia menemani Syukri sambil berbual bila Syukri membaiki keenderaan. Makan dan
minum usah diceritalah, dari makan pagi hingga makan tengahhari bersambung
makan malam jika Nuri berkeja giliran malam. Lama kelaman perkara itu sudah
menjadi kebiasaan pada Syukri. Naluri
lelakinya mula menginginkan Sarah selalu berada didepan mata. Para pekejanya
pula sudah mula memandang serong mereka berdua ditambah dengan panggilan abang,
menambah lagi pandagan kurang elok dimata siapa yang melihat mereka berdua.
Untuk tidak mejatuhkan maruah Sarah,
Syukri mengambil keputusan untuk bernikah sahaja dengan Sarah.
Berkali-kali Syukri memikirkan baik
dan buruknya jika dia bernikah dengan Maisarah. Tapi ialah kalau hati dah suka
tentulah baik yang terpandang. Syukri juga melihat keadaan isteri yang sedia
ada dan melihat kekurangan isteri yang belum dapat melahirkan zuriat kepadanya.
Melihat keperibadian isterinya yang lemah lembut dan mudah memaafkan Syukri
nekad untuk mengambil Maisarah sebagai isteri. Dalam hatinya yakin lama
kelamaan Nuri akan menerima pernikahanya dengan Maisarah. Dia juga yakin dapat
memberi perlindungan dan kebahagian pada dua wanita dalam satu masa.
Nuri abang sebenarnya dah nikah sekali
lagi…..
Itulah ucapan suaminya, setelah
mereka selesai memadu kasih. Rindu yang
menggunung setelah tiga hari dia tidak
berjumpa suaminya kerana tututan tugas tidak juga terlerai. Dia memeluk
suminya, kepalanya dilengan pejal suaminya. Itulah kebiasaanya, itulah bantal
tidur. Hatinya begitu rindu walaupun
baru tiga hari mereka tidak berjumpa. Setiap kali dia pulang dari bekerja malam itulah kebiasaanya Dia akan memeluk suaminya sepanjag malam
itu agar rindunya menjauh dari mendakap hatinya. Tetapi bila ayat itu yang keluar
dari dua ulas bibir suaminya, bibir yang mengucup dirinya bertubi-tubi tadi..
dia jadi nanar. Bingkas dia bangun memandang suaminya yang masih telentang
memandag dirinya yang tiba-tiba bangun.
Kasih yang meluap-luap terbang
melayang. Kini hatinya terasa kosong. Dia hanya terkelip-kelip mencerana apa
yang didengari sebentar tadi. Nuri berkerja mengikut giliran atau syift. Jika
kena pada giliran malamya dia akan hanya dapat berjumpa suaminya pada malam
hari ketiga sahaja.
“abang minta maaf sebab tak bagi tahu
dulu, tapi abang masih sayang Nuri macam dulu, kasih sayang abang pada Nuri tak
akan berubah ..percayalah.” Kata-kata itu menluncur keluar dari bibir suaminya.
Seakan berjanji.
Kini mendengar perkataan sayang dan
janji manis suami untuknya sudah tidak bermakna lagi. Apa yang didengari seakan
sembilu menghiris hati. Kini dia sudah dapat memahami apa yang diperkatakan
oleh suaminya sebentar tadi. Sedikit-sedikit air mata yang ditubir mata
mengalir asal mulanya lesu tapi makin lama makin lebat. Tiada suara yang
terlontar dari dua ulas bibirnya yang bergetar.
Dia sungguh tidak menyangka pernyataan itu yang akan keluar dari bibir
suaminya.
Hati masih tertanya-tanya apakah benar
apa yang dengari. Untuk meminta suaminya mengulangi kenyataan terasa dia tidak
berani untuk mendengarnya sekali lagi.
“Cakaplah sesuatu sayang, marahlah
abang, abang bersalah..maafkan abang.” Suaminya menariknya dirinya dalam
pelukkan dan memeluknya dengan kemas.. Namun Nuri membatu. Pelukkan itu bagai
tidak memberi bermakna pada dirinya dan pelukkan itu tidak lagi
menimbulkan rasa ghairah. Kehangatanya juga
terasa sudah tidak dirasai, yang dirasa kini seakan duri yang mencucuk
kulitnya yang halus dan mulus.
Syukri tahu dia bersalah pada isterinya, kerana
membelah kasihsayag nya selama ini. Dia
lebih rela dimarahi. Diam isterinya sangat berbahaya…kata orang diam biasanya
makan dalam. Nuri melonggarkan pelukkan suaminya lalu menarik bantal. Dia
baring mengadap suaminya yang masih duduk mengadap dirinya juga. Memandangkan
perlakuan isterinya Syukri turut merebahkan dirinya. Keduanya mendiamkan diri .
Tiada lagi rengekkan manja dan gurau senda dari isterinya seperti
kebiasaan. Keadaan membeku.
Dalam samar suasa bilik tidur mereka,
Syukri dapat melihat bahu isterinya terhenyut-henyut menahan tangis. Ditarik
isterinya dalam pelukkan. Entah terlena entah tidak isterinya malam itu. Tapi
bangun tidur pagi tadi dia melihat mata isterinya sembab. Dia tahu isterinya
terluka dengan perbuatanya.
Sudah hampir sebulan Syukri menjalani
hidup mengemudi dua bahtera. Pulang kerumah isteri muda Maisarah namanya, dia
disambut dengan seyuman ceria berkicau mulutnya bercerita itu ini. Tapi bila
dirumah isteri tua Nurizana wajah pilu meruntun jiwa yang terpamir. Bibirnya pula rapat terkunci bagai ada intan permata yang dikulum didalam
mulutnya. Hanya sepatah dua kata sahaja yang keluar dari bibirnya, itu pun bila dia ditanya. Bak kata orang dia
membuka mulutnya hanya pada yang perlu sahaja. Dulu dia tidak begitu wataknya
manja celotehnya juga boleh tahan. Sejak dia memberi madu kepadanya wataknya
jauh berbeza. Ada juga rasa bersalah
dibenak Syukri menyebabkan Nuri dirundung duka.
Nurizana bekerja disebuah jabatan
kerajaan, waktu kerjanya pula mengikut giliran. Setelah kasihnya disaingi dia
lebih suka bekerja waktu malam sahaja. Syukri menyedari keadaan itu dan dia
maklum mungkin dia mahu menghindari dirinya. Dia merajuk, yukri akan bersabar. Dia akan cuba memujuknya
perlahan-lahan. Itu azamnya dalam diam.
Awal tengahari itu Syukri menerima
satu SMS dari isteri pertamanya Nuri. Jika pada kebiasaan isterinya setelah
bekerja malam dia kan diberi cuti dua hari.
‘saya nak balik kampong tiga hari…’
‘bila? Abang temankan’
‘Petang ni.. tak perlu saya nak
sendirian..saya nak cari ketengan saya..’
‘Angkat call abang..’ tidak lama lepas tu dering handfon Nurizana
kedengaran memenuhi ruang tamu rumahnya. Sebenarnya dia baru pulang kerja
giliran malam.
Sejak Syukri menyatakan dia sudah
bernikah sekali lagi mereka tidak pernah lagi membincangkan perkara itu. Nurizana membisu seribu bahasa. Dia tidak
pernah ingin bertanya dengan siapa dia bernikah sekali lagi dan bila mereka
bernikah. Waktu mereka bersama juga sangat terhad kerana dia sering bekerja
diwaktu malam.
“Assalamualaikum” Syukri berdahuluan
memberi salam.. lembut sahaja suaranya dihujung talian. Itu nada memujuk Syukri
mengharapkan suara lunaknya akan mengubati sedikit luka dihati isteri
pertamanya.
“Walaimukum salam..” lemah sahaja
suara Nuri dihujung talian. Dia sebenarnya dia tidak suka mendengar suara
suaminya. Hatinya menjadi sedeh. Hatinya terhiris bila mengenangkan suaminya
ada lain kasih dihatinya. Hatinya menjadi pilu bila mengengakan suara lembut
memujuk suaminya juga dikongsi dengan wanita lain. Akan timbul pertanyaan
dihatinya siapakah dia dihati suaminya sekarang ini.
“Nuri..abang rasa sekarang ni Nuri
macam nak menjauhkan diri dari abang saja. Kalau dulu hanya tiga empat kali
saja Nuri kerja shift malam. Sekarang
ni, abang tenguk hari-hari Nuri
syit malam. Kenapa Nuri..” Nuri dihujung talian hanya mendiamkan diri namun dihatinya sibuk menjawap kata-kata
suaminya.
‘Sebab abang dah ada orang lain..kalau
saya tak ada pun abnag tetap akan bahagia. Kecapilah bahagia abang..abang tak
perlukan saya lagi’..itulah bisik hatinya. Beriring dengan air mata yang
mengalir dipipi. Sekarang ini air matanya seirng sahaja menjadi temanya. Bila
dia bersendirian dan bila dirinya merasa kesaorangan.
“Nuri abang nak Tanya ni ..Nuri nak
balik kampung ni sebab Nuri nak lari
dari abang ke?..” tiada juga jawapan
yang keluar dari mulut isterinya yang kedengaran hanya helaan nafas halus dihujung talian, Syukri jadi
buntu dengan kebisuan isteri pertamanya.
“…jawablah sayang rindu sangat abang
dengan suara Nuri rasanya dah lama
sangat abang tak dengar suara sayang..”.
Semenjak suaminya memberitahu yang dia sudah
menikah sekali lagi Nuri bagai kehilangan kata-kata bila berhadapan dengan
suaminya. Dia hanya berSMS jika menghubungi suaminya. Kalau boleh dia juga mahu
berSMS sahaja jika suaminya memenuhi giliranya. Entahlah bagaikan ada batu
besar yang menyekat suranya. Rasanya dia sudah kehilangan banyak ‘perbendaharaan kata’ jika berhadapan
dengan suaminya sekarang ini.
“Nuri janganlan macam ni, sayang abang
pada Nuri tak berubah, abang sayang Nuri macam dulu juga”. Makin sedeh hatinya
mendengar kata-kata sayang yang keluar dari bibir suaminya.
“Ye!! saya tahu abang sayang saya,
itulah sebabnya abang beri saya madu sampai saya tak tertelan sebab rasa
manisnya..manis sangat rasa nya bang. Sejak abang cakap abang dah nikah satu
lagi, teringin saya nak tahu apa salah saya sampai abang mencari kasih lain,
apa kurangnya saya ni, tak sempurnakah saya dimata abang, tidak cukupkah
layanan saya pada abang, atau sebab saya belum lagi dapat melahirkan zuriat
abang, tapi kita kan sedang mencuba.
Saya sedang berusha bang, segala ubat saya telan, segala petua sedang saya
amalkan. Saya sedang berusha bang saya sedang berusha. Kenapa dengan kekurangan
saya yang baru saya nak memperbaiki ni abang hukum saya macam ni, kenapa???”
terjerit sura isterinya dihujung talian bersama esakkan pilu.
Pertukaran ganti namanya juga sudah
berubah tidak lagi, Nuri nama manjanya bila dia berbicara dengan suaminya
tetapi SAYA. Tidak pernah tergambar oleh Syukri begitu hebat luka hati
isterinya dengan tindakanya. Sudah sebulan peristiwa nikahnya baru sekarang ini
isterinya pertamanya mampu melontarkan soalan itu.
No comments:
Post a Comment