Asal kapas menjadi benang,
Dari benang menjadi kain,
Barang yang lepas jangan
dikenang,
Sudah menjadi siorang lain.
Sudah enam bulan Tengku Farid dan
Diana bercerai. Kini kehidupan Tengku Farid sudah berubah jauh dari kehidupanya
yang dulu. Kini dia sudah menjadi seorang lelaki yang penuh bertanggungjawap. Jelas terpancar diwajahnya kehidupanya yang bahagia. Kini dia
tidak perlu lagi terkejar-kejar menguruskan dua orang isterinya. Tapi
pengalaman itu begitu berharga untuk dirinya. Pengalaman lalu menjadikan dia lebih
sabar, bertimbang rasa dan bertanggungjawab
kepada keluarganya. Ronda-ronda waktu malamnya juga sudah lama ditinggalkan. Walau
pun ada sesekali kawan-kawan rondanya mempelawa ‘lepak-lepak untuk melegakannya tekanan setelah sepanjang hari
bekerja’ namun ditolak
dengan berhemah. Padanya selepas waktu bekerja adalah waktu untuknya
mempelajari ilmu akhirat sebanyak mungkin.
Dia ingin mempersiapkan dirinya dengan bekalan dialam kubur dan hari
akhirat kelak.
Tengku Farid sungguh bersyukur dengan apa yang
telah di kurniakan kepadanya. Tengku Farid begitu bangga dengan dua orang
anaknya yang kian membesar, anaknya Arief
Daneal sudah tidak meragam lagi. Dia hanya menangis jika laparkan susu atau
lampinya basah. Nur Aisyah pula sudah mula gebu berisi, pipinya gebu dan badannya
sudah montel. Fizikalnya lebih kurang abangnya Arief, walau pun dia agak kecil
sedikit mungkin juga sebab dia perempuan. Dari segi wajah mereka seiras, memiliki
wajah Tengku Farid, berkulit yang putih dan rambut lebat dan hitam. Keduanya
seperti sepasang adik-beradik kembar seiras. Tengku Farid berazam dia tidak
akan menoleh kebelakang dari kehidupanya
sekarang ini. Kehidupan dulu dijadikan pengajaran supaya tidak ditempuhi oleh
anak-anaknya.
Begitu juga Halim dia juga sudah melupakan
kehidupan malamnya dulu. Selalu juga Halim berkunjung kerumah Tengku Farid bertanyakan
tentang kemuskilan ugama kepada datuk Ibrahim. Bagi Halim semua hidayah dari Allah yang didapatinya mungkin tempias dari
sahabatnya Tengku Farid. Dia sungguh bersyukur mendapat cahaya perubahan yang
membuatkan hidupnya lebih bermakna dan tenang sekarang. Kini dia sering solat
berjemaah dimasjid-masjid yang banyak terdapat diKulau Lumpur. Rupanya masjid
bukan sahaja tempat untuk bersolat tetapi unuk belajar juga. Selepas solat
fardhu biasanya akan diadakan ceramah ugama. Kita diajar sirah Rasul, diajar
adab bergaul dengan kawan dan diajar juga ilmu berumahtangga. Kini dia sedar
betapa dia sudah ketinggalan banyak perkara dalam hidup ini.
Buat sementara waktu ketika anak-anaknya masih
kecil Nur Jannah tidak bekerja itu atas permintaan Tengku Farid dan juga
persetujuan nendanya. Bagi Tengku Khalidah dia bersetuju kerana sekarang ini
dia tidak kesaorangan lagi menguruskan perniagaan. Anaknya Tengku Raihana mama
Nur Jannah sudah sepenuh masa membantunya. Kemungkinan besar cucunya Ahmad ZulHelme
akan membantunya juga.. jika dia sudah tamat pengajianya diUniversiti kelak. Diatas
nasihat nendanya kini ZulHelme mengambil kursus Pengurusan Perniagaan disebuah
Universiti tempatan selama tiga tahun. Bagi Tengku Khalidah dan Tengku Raihana apabila
semua anak-anak Nur Jannah sudah besar dan pandai berdikari, Nur Jannah akan
juga dipanggil untuk sama-sama menguruskan perniagaan keluarga mereka. Perkara
itu sudah diberitahu kepada Tengku Farid dan Tengku Farid tidak keberatan
membenarkan Nur Jannah bekerja ketika itu.
Datuk
Ibrahim dan nenek Zubaidah sudah menetap
bersama mereka, dirumah banglo dua tingkat hadiah datuk Tengku Farid. Tengku
Farid tidak lagi bimbang kerana Nur Jannah tidak keseorangan di rumah menjaga
anak-anaknya ketika dia keluar bekerja. Sementalah datuk dan nenek pula sudah
tiada siapa-siapa lagi di kampung. Tengku Farid meminta jasa baik datuk Ibrahim
suami isteri tinggal terus bersama mereka.
Tanah dan tapak rumah datuk Ibrahim dikampung juga
sudah dijual kepada saudara terdekat datuk Ibrahim. Duit jualanya tanah
tersebut sudah dimasukkan keTabung Haji menambah simpanan datuk yang sedia ada.
Datuk dan nenek merancang untuk menunaikan haji jika sampai pada pangilan
giliran mereka yang di jangka dua atau tiga tahun lagi. Walau pun Tengku Farid
bersungguh-sungguh ingin membiayai mereka berdua namun datuk tidak bersetuju, katanya
biar dia mengunakan duit mereka sendiri
untuk ibadah itu. Bagi Nur Jannah hidupnya kini sangat bahagia atuk dan
neneknya sentiasa ada disampingnya. Dia juga kini marasai akan kehadiran dan
kasih sayang mama, papa dan adik-adik yang tidak pernah terfikir akan dimiliki
suatu masa dulu. Dia juga sudah tidak takut lagi dengan nendanya kerana
nendanya kini sudah boleh diajak bergurau dan bermanja, ditambah lagi dengan
suami yang penyayang. Baginya hidupnya kini serba lengkap dan penuh dengan
kasih sayang.
Tetapi lain
pula Diana, dia begitu kecewa apabila Tengku Farid tidak menghubunginya lagi, selepas
mereka bercerai. Keadaan tidak seperti yang di jangkakan. Pada mulanya Diana
berfikir selepas seminggu bercerai tentu
bekas suaminya itu akan datang kepadanya, merayu untuk rujuk kembali. walau pun
dia tahu talak tiga tidak boleh rujuk kembali, tapi sekurang-kurangnya dia akan
datang dan berusha mencari jalan untuk mereka dapat bersama semula. Ini tidak,
jangankan datang, telefon pun tidak, Tengku Farid seolah-olah sudah melupakan
langsung dirinya. Dia begitu tercabar dengan Nur Jannah, apakah kelebihan Nur Jannah
yang seperti perempuan kampung itu begitu menarik sehingga bekas suaminya terus
terlupa kepada dirinya.
Diana bertekad selepas fizilaknya kembali kebentuk
asal dia akan bersemuka dengan Tengku Farid kalau boleh dihadapan Nur Jannah
lagi bagus. Kalau Tengku Farid tergoda nanti, terbuktilah dia memang lebih
cantik dan menarik dari Nur Jannah. Dia masih boleh menggegar iman bekas
suaminya dan dia masih mampu mengoda. Itulah angannya. Mengapa harus Diana
berfikiran begitu, mengapa dia takut pada bayang-bayangnya sendiri. Mungkin dia
tidak sedar kecantikan seseorang bukan diukur pada zahirnya sahaja, tapi harus
diukur dari segi zahir dan batinya juga.
Setelah betul-betul
yakin akan fizikal dirinya, dia kepangsapuri yang pernah di sewa oleh Nur Jannah...
tetapi hampa. Kata tuan rumah yang menduduki pangsapuri itu, penyewa yang
menyewa dulu telah lama berpindah. Dia mencari ikhtiar lain untuk mengetahui
dimanakah Tengku Farid sekeluarga tinggal. Dia nekad mengekori kereta bekas suaminya
sewaktu pulang dari kerja. Tengku Farid tidak menyedari Diana mengekorinya
kerana Diana meminjam kereta kawanya Bella.. NISSAN LATIO sport berwarna kuning.
Setelah pasti dimana mereka tinggal, Diana pulang kekondonya dan bercadang pada hari Sabtu akan datang dia ingin bersemuka
dengan bekas suaminya di rumah mereka.
Kini
tibalah pagi Sabtu yang penuh debaran dihati Diana. Dia merasakan dirinya
seorang wanita anggun cantik lagi bergaya. Tetapi itulah kebenaranya..Diana
sudah menjadi Diana yang dulu mempunyai wajah dan betuk tubuh yang cantik. Dengan rasa tidak sabar-sabar, boleh dicatat
dalam “Hari ini dalam sejarah” Diana
sudah bangun pada pukul 9 pagi dan sudah pun berada di hadapan rumah banglo Tengku Farid di waktu cuti pula
tu. Ini disebabkan dia begitu teruja ingin membuat kejutan kepada bekas
suaminya. Tujuan utamanya untuk mempamirkan bentuk badannya yang sudah langsing.
Kalau boleh dia ingin menyanyi lagu ‘tiru
macam saya nanyian allahyarhamah Saloma’. Dia ingin menunjukkan kepada
bekas suaminya, siapakah dirinya yang telah ditinggalkan agar suaminya merasa
sungguh kesal dan rugi melepaskan dirinya.
Kebetulan pagi
itu pintu pagar rumah Tengku Farid terbuka sedikit kerana datuk dan nenek Nur Jannah
berada diluar pagar. Nenek Zubaidah dan suaminya memetik buah terung rembang.
Ada dua tiga pokok terung rembang itu tumbuh di bahagian luar pagar rumah
mereka. Untuk menu makan tengahari nanti, nenek Zubaidah merancang akan memasak
sambal tumis ikan bilis bersama terung rembang. Terung rembang sejenis terung
yang kecil-kecil sebesar jari kelingking, bentuknya bulat dan berwarna hijau
muda. Terung ini sedap dibuat ulam atau
dicampur dalan sambal tuimis ikan bilis. Ada sesetengah orang terung rembang ini
panggil terung pipit, mungkin kerana burung pipit suka memakannya ketika buahnya
sudah masak dipokok. Ketika dikampung, terung ini dijadikan peluru pistul yang perbuat
dari kayu untuk main tembak-tembak.
Ketika arwah ayah Nur Jannah masih disekolah rendah datuk Ibrahim pun ada
membuatkan anaknya yang seorang itu pistol mainan untuk dia bermain dengan
kawan-kawanya dan peluru yang digunakan adalah terung pipi.
Dengan pintu pagar yang terbuka sedikit memudahkan
Diana masuk, dia sudah berada di depan pintu rumah lalu memberi salam. Ketika
itu Tengku Farid dan Nur Jannah sedang berbual-bual di meja makan.
“Assaalamualaikum” terkejut juga Tengku Farid dan Nur Jannah yang belum habis bersarapan pagi, mendengar
suara orang perempuan memberi salam di hadapan pintu rumah mereka.
“Siapa agaknya ye Jannah.. tak kan salegirl pagi-pagi buta ni, suara nenek
pun bukan.. cuba Jannah tenguk.” Berkerut dahi Tengku Farid mendengar suara
itu. ..seakan suara itu pernah didengarnya dulu.
“Ialah nanti biar Jannah tengok.” Nur Jannah keluar menjenguk. Pagi itu, Nur Jannah memakai seluar jean yang ketat
sedikit dibahagian perutnya. Katanya dia
selesa perutnya bagai diikat dengan bengkung, berbaju t-shit yang di beli oleh Tengku
Farid ketika dia ke Venice, semasa pakaj honeymoon bersama Diana dulu. Rambuatnya
yang melepasi bahu pula ditocang dua lalu di lilit di kepalanya menjadikan
dia nampak comel seperti “budak Cina sekolah menengah”. Dia
berdandan begitu supaya senang dia mengurus anak-anaknya tidaklah rambutnya
terjurai-jurai menutupi mata nanti. Tadi
setelah dia siap berdandan dia kedapur untuk melayani suaminya
bersarapan pagi dia sudah ditegur oleh suaminya...
“Comelnya Jannah pagi ni macam anak Cina sekolah menengah.” kata Tengku Farid
mengenai isterinya pagi itu.
“Anak Cina cantik ke bang?” soal Nur Jannah
“Anak Cina cantik apa… abang suka, abang memang suka rupa macam Cina sikit
apa orang kata ‘Chinese look’” kata suaminya
mengulas pula.
“Itu yang abang terkahwin dengan anak Cina Baba tu.” tampa sedar dia
terbuka kisah lama suaminya.
“Hiss Jannah ni kesitu pulak, tapi abang tenguk Jannah ni lagi nampak macam
Cina kalau nak di bandingkan dengan Diana. Dia tu dulu abang tak sangka
keturunan Cina, kalau tak jumpa mommynya yang cakap terdengar loghat Cina abang
tak percaya dia tu Cina tau Jannah. Kalau tenguk biasa.. matanya tidaklah sepet
macam mata Cina, hanya kulitnya saja yang putih, tapi Jannah pun putih dan
abang pun putih juga. Di Malaysia ni kita dah tak boleh nak tentukan apa
keturunan seseorang tu kalau tengok dari segi fizikal saja kan Jannah”. Memang
betul rupa Nur Jannah sedikit rupa Cina..rupanya ada iras-irans rupa pelakon
Shira Iskandar anak pelakun Aznah Hamid.
“Jannah ni macam Cina mungkin ikut atuk, mata atuk tukan macam sepet sikit,
alah yang mengata pun macam Cina juga, Cina yang kacak hidung mancung...abang
ada keturunan Cina ke bang”.
“Entahlah Jannah, grandpa kata dulu emaknya keturunan Minang, orang Gombak
KL. Kata grandma pula orang Minang ni biasanya mata agak sepet sikit, tu yang
terlekat pada abang ni, muka abang nikan
macam grandpa sikit”.
“Ialah bang, wajah abang memang seiras wajah grandpa, tentu grandpa kacak
masa dia muda, sampai sekarang walaupun dah tua tapi nampak masih kacak lagi”.
“Amboi Jannah puji grandpa saja ke… tak puji abang pun.”
“Kalau Jannah puji abang ..abang kena belanja Jannah nanti.” kemudian perbualan mereka terhenti bila
mendengar orang memberi salam di muka pintu rumah mereka. Nur Jannah bangun
untuk melihat siapa yang datang pagi-pagi begini, alangkah terkejutnya dia apabila
terpandang wajah Diana dimuka pintu rumah mereka.
Pagi itu
Diana memakai baju baby-t-shirt dengan leher berbenuk V yang agak luas sedikit
hingga menampakan sedikit lurah didadanya, midi A-shape di bahagian perut agak
ketat bagi menampakkan perutnya yang sudah kempis dan kembang di bahagian
bawahnya. Memang terserlahlah bentuk tubuh Diana yang seperti ‘ikan duyung’ itu. Dengan ramah tampa
prasangka Nur Jannah mempersilakan Diana masuk dan minum sekali bersama mereka.
Diana pula bila terpandang Nur Jannah yang memakai
t-shirt yang agak menampakkan susuk badanya, berderau juga darahnya.’Cantik juga dia ni, macam budak sekolah saja...pergi
gyum mana agaknya, nampak dah kurus pulak, lebih kurang aku saja, muka dia ni
lain kalau tak pakai tudung’ gerutu hatinya yang cemburu. Terasa Nur Jannah
nampak lebih cantik walaupun tidak tercalit sebarang make-up diwajahnya dan wajahnya
kelihatan lebih muda dari diriny. Jika diikutkan sememangnya Nur Jannah lebih
muda dari dirinya kerana Diana sebaya dengan Tengku Farid. Diana tersedar dari
lamunanya bila Nur Jannah bersuara lagi menyuruhnya masuk.
“Masuk..masuklah Diana, murah rezeki you, kami tengah minum ni, marilah
kita minum sekali.” Nur Jannah menghampiri untuk bersalaman dan mengajak tetamunya
ke meja makan di mana Tengku Farid sedang bersarapan. Nur Jannah berlalu ke dapur
mengambilkan pinggan dan cawan untuk Diana. Nur Jannah juga menyendukkan nasi
lemak ke pinggan Diana.
“You boleh minum nescaffe?, kami minum nescaffe pagi ni.” Tanya NurJannah
kepada bekas madunya. Pagi itu nenek masak nasi lemak sambal sotong kering
untuk mereka sekeluarga.
“Boleh ..I tak memilih terima kasih”. Diana memerhati NurJannah
menyendukkan nasi untuknya.. hatinya sudah berbelah bagi mahu makan atau pun
tidak. Diana sedang mengawal pemakanannya untuk mengekalkan bentuk badan agar
sentiasa lansing. Tetapi untuk menolak tidak makan dia sudah terliur dengan bau
nasik lemak yang berbau harum. Nenek Zubaidah meletakkan sehelai daun pandag
kedalam nasi lemaknya.
“I sebetulnya tak makan nasi lemak, I tengah diet ni, tapi you dah senduk I
makanlah sikit.” baru sesenduk Nur Jannah menyenduk nasi dan ingin menyendukkan
lagi tetapi terhenti tangannya bila Diana kata begitu.
“Kalau tak cukup nanti tambahlah ya, jangan malu.” Nur Jannah duduk di kerusinya
tadi untuk menghabiskan nasi lemaknya yang masih berbaki.
“Ada apa hal you datang pagi-pagi ni
Diana.” Tengku Farid meluahkan kemuskilan dalam hatinya, sedari tadi dia
memandang bekas isteri dihadapanya dengan rasa tidak percaya.. di atas ke datangan
Diana yang tidak di sangka-sangka pagi itu.
“I datang nak jenguk you dan anak kita tak boleh ke?”.
“Ialah pagi lagi ni, hari cuti pulak tu.” Tengku Farid masih ingat lagi
kebiasaan Diana bila hari-hari cuti begini, tidurnya hingga meninggi hari.
Dalam masa mereka berbual nasi di pinggan Diana sudah pun habis.’sedap pulak sambal sotong dia ni’ bisik
di hati Diana, melihat nasi di pinggan Diana sudah habis Nur Jannah
menghulurkan mangkuk nasi tambah kepada Diana.
“Tambah Diana, alah sesekali langgar diet tak apa nanti cover lah, tak
payah makan tengah hari ni.” Syor Nur
Jannah.
“Ok jugak tu ya..tengahhari ni I tak nak ambil lunchlah.” Diana menambah
dua senduk lagi nasi lemak ke pinggannya dan menyenduk sambal sotong kering
kepinggannya lebih banyak dari tadi, di ambilnya
juga sepotong telur dadar yang di dalamnya di campur dengan hirisan bawang
besar cili api dan daging cincag kegemaran Tengku Farid.
‘Itulah belum rasa lagi dah tak nak
makan, diet konon’ Tengku Farid berkata-kata dalam hatinya sambil tersenyum.
Ketika itu kedengaran anak mereka merengek di dalam bilik yang berdekatan
dengan dapur.
“Abang temankanlah Diana makan, Jannah nak tenguk anak mungkin dah nak susu
tu.” Nur Jannah membiarkan suaminya menemani bekas isterinya merangkap bekas madunya
makan dimeja makan. Dia juga ingin memberi peluang suami dan bekas madunya
berbicara. Dia tidak mahu Diana atau suaminya akan merasa kekok untuk
membicarakan sesuatu jika dia ada sama bersama mereka. Semasa ketiadaan Nur Jannh,
Diana menambah lagi nasi lemaknya, memang sedap sungguh sambal sotong, dan
telur dadar itu, di hadapan bekas suaminya dia tidak malu untuk menambah nasi, tapi
jika di depan Nur Jannah tadi dia malu juga.
‘Dah rasa…lupa langsung deit
dia’ kata-kata itu hanya
didalam hati Tengku Farid sahaja sambil memandang dengan senyuman penuh makna.
Selesai makan Tengku Farid mengiringi bekas isterinya keruang tamu.
“Farid sampai hati you, tak pernah call I selepas kita bercerai, tak ada ke
rasa rindu you pada I lagi.” Diana memulakan bicaranya memancing rahsia hati bekas
suaminya.
“Untuk apa I nak rindukan you, kitakan dah bercerai, kita bukan muhrim lagi
berdosa kita berhubungan.”
“You tiada ke rasa nak kita rujuk semula. Cari lah jalan untuk kita bersama
semula.”
“Ingat Diana kita ni bercerai talak tiga, dah tak boleh nak rujuk.”
“Tapi kalau I kahwin dengan orang
lain, kemudian bercerai, kita dah boleh rujukkan.”
“Diana apa ni!! you dah gila ke, cuba you elakkan dari menyebut perkataan
cerai…cerai ni walaupun di bolehkan tapi paling di benci oleh Allah, you jangan
kahwin lepas tu ingat nak bercerai saja. Jangan mempermainkan nikah kahwin ni...
berdosa Diana.” tegas Tengku Farid kepada bekas isterinya.
“Tapi kalau dah itu saja jalannya untuk kita bersama semula, rasanya tak
salahkan.” Ini dah terbalik pula ingatkan bekas suaminya yang merayu nak rujuk
balik, rupanya Diana pula yang merayu. Ingatlah cakap jangan sombong dan takbur
bila-bila masa sahaja Allah akan terbalikkan cakap dan niat kita.
“Diana kenapa dengan you ni.....dulu masa you nak berpisah dengan I, you
tak pernah nak fikir, tak sabar-sabar you minta dilepaskan. I nak cakap terus
terang dengan you, I sebenarnya hanya mampu seorang isteri sahaja, dari segi
mental dan fizikal I hanya mampu seorang
isteri sahaja. Kalaupun ada peluang kita bersama lagi, I tak boleh dan tak mampu
nak laksanakan. You cari lah lelaki lain yang boleh memberikan you kebahagian.
I akan sentiasa mendoakan kebahagian you Diana.” kata Tengku Farid tegas. Dia rimas dengan permintaan Diana. Dalam
hatinya kini hanya ada Nur Jannah seorang, dia tidak akan berpaling lagi pada
mana-mana wanita lain InsyaAllah. Setiap kali selepas solat itulah doanya
bermohon agar ditetapkan hatinya. Sekarang Tengku Farid sudah ada prinsip
baginya perkahwinan bukan untuk keseronokan sahaja. Tapi rasa cinta dalam perkhawinan
ada amanah dan tanggungjawab yang wajib
dilaksanakan. Itulah prinsip cintanya.
“Farid tiada lagi kah rasa cinta you pada I. Bertahun kita menjalin rasa
cinta ni dari zaman kita belajar lagi kita bercinta, rapuh sungguh cinta you
pada I, I tak sangka begitu mudah cinta you bertukar arah”.
“Diana ….pada I sekarang cinta tu dah jatuh entah nombor yang ke berapa, tapi
yang paling utama pada I sekarang adalah ‘tanggung
jawab’. Sekarang tanggungjawab I dah banyak, yang nyata ada tiga orang
untuk I bertanggung jawab sepenuhnya kepada dirinya, esok lusa mungkin
bertambah lagi. Kisah kita ni dah jadi sejarah, jadi jangan you ungkit lagi. Macam
yang I cakap tadi, cari lah lelaki yang sesuai dengan you...you akan bahagia. Carilah kebahagian you bersama orang lain
Diana”.
“Begitu mudah you buang I Farid, bercinta bertahun-tahun kahwin tak sampai
satu tahun, you dah buang I.” Tengku Farid tersenyum sinis memandang Diana yang
tidak mahu mengalah mencari kesalahanya. Ini adalah salah satu sikap Diana yang
paling dibenci oleh Tengku Farid. Diana memamg pandai memutar belit dan akan
berusha sedaya yang boleh untuk mencapai apa yang dihajatinya, pada pandangan
mata Tengku Farid, Diana memang tidak pernah berubah. Dia harus berhati-hati.
“Diana…kenapa you cepat sangat lupa..baru enam bulan peristiwa tu, walaupun
I tak pernah terkilan ataupun berdendam dengan you, tapi peristiwa itu masih
segar lagi dalam ingatan I ni... I tak boleh nak lupa. Seingat I, I tak pernah
buang you, you sendiri yang memintanya Diana...tak sabar-sabar you minta dari
I, bukan satu malah tiga sekali, jelas sekali you memang tak mahu hidup bersama
dengan I lagi. You juga yang kata you dah bosan hidup dengan I”.
“Ohh..jadi you dendamlah dengan I ni”.
“Kan I dah cakap tadi, I tak pernah dendam dengan you. I dah anggap you seperti
kawan I saja sekarang. Lagi pun banyak lagi yang minat dengan you, you tak akan
susah untuk mencari pengganti I. Macam kata mommy you.. Johan teman sepermainan
you tu masih menunggu, kahwin saja dengan dia. Kalau sampai sekarang ni dia sanggup tunggu
you, tentu hebat cinta dia pada you. I doakan you bahagia dengan dia.” terkedu
Diana bila bekas suaminya menyebut nama Johan sebagai pengganti dirinya, Diana
hanya tertunduk memandang hujung kakinya. Ketika itu Nur Jannah muncul di ruang
tamu sambil mendukung Arief dan membawa bersamanya tilam kecil.
“Bang tolong letakkan tilam ni, kemudian tepuk belakang Arief ni ya..dia
dah menyusu, Jannah nak susukan Aisyah pula lepas tu baru nak mandikan Arief.” sambil
Jannah menghulurkan tilam kecil dan kemudian Arief ke tangan suaminya.
Bila Arief di tangan Tengku Farid, Tengku Farid menghulurkan pula kepada
Diana.
“Nah you cuba tepuk pula anak you ni.”
“Tak apalah Farid, you sajalah yang tepuk, lepas ni I nak pergi satu lagi
tempat.. nanti dia kencingkan I pula”.
“You ni kan Diana tak pernah berubah rupanya, tak kan dengan kencing anak
you pun you takut, Arief ni anak you apa salahnya you pegang.” Tengku Farid
mendukung anaknya sambil menepuk-nepuk belakang anaknya perlahan-lahan, sehingga
sendawa sambil memandang wajah Diana, terdetik juga dihatinya tidak adakah rasa
kasih ibu dibenak Diana terhadap anaknya sendiri. Kemudian dia meletakkan
anaknya di tilam yang telah disediakan tadi.
Diana menghampiri sambil menunduk memandang
anaknya, dia sudah duduk bertimpuh di lantai. Bahagian dadanya terbuka luas apabila
dia menunduk mempamirkan setengah payu daranya yang putih gebu. Itu juga adalah sebahagian dari lakonan Diana
untuk menggoda bekas suaminya. Terdetik didalam hati Tengku Farid..’Diana memang tidak ada rasa malu dan suka
mempamirkan rahsia wanitanya kepada orang lain’. Walau dia adalah bekas
suaminya tetapi mereka sudah tidak ada ikatan lagi ..tidak sepatutnya dia
menunjukkan rahsia itu kepadanya..Bagi Tengku Farid naluri lelakinya tidak
tergoda langsung dengan tayangan percuma itu.
“Anak kita ni macam muka youlah Farid.” Diana mendongak memandag wajah suaminya.
Yang duduk di sofa bertentangan dari tempat dia bertimpuh, bekas suaminya hanya
tersenyum tampa menjawab kata-kata Diana.Tiba-tiba Arief merengek-rengek.
“You tengukkanlah mungkin lampin dia basah atau pun dia buang air besar, nah
ni pempes dan tissu basah dia tukarkanlah.” sengaja Tengku Farid berkata begitu
untuk melihat riaksi Diana, sambil menghulurkan sekeping lampin pakai
buang dan sebekas tisu basah untuk
membersihkan punggung anaknya kepada Diana.
“Ehh..you nikan saja nak kenakan I pulak”.
“Youkan mama dia, apa salahnya kalau you tolong bersihkan sekali, sebagai
tanda kasih sayang you untuk anak yang you lahirkan. You tahu tak.. Arief dulu
tu manangis kerana perutnya tak tahan dengan susu berfomula yang kita bagi, kalau
you susukan dia dulu tentu masaalah macam tu tak timbul, dia menangis siang
malam, kerana perutnya sakit tapi kita tak tahu. Sekarang ni Jannah susukan dia
dengan susu badan, dia tak pernah lagi meragam.” Tengku Farid berkata dengan
nada kesal, kesal sakit anaknya mungkin dapat diatasi, jika Diana ibu yang pengasih
dan prihatin.
“You tak tahu Farid kalau anak menyusu badan nanti badan kita jadi tak
cantik lagi..I Tak mahu tanggung risiko macam tu.” Ketika itu anaknya rengekkan
anaknya semakin menjadi tangis pula.
“Cepatlah Diana tukarkan lampinnya..I rasa dia buang air besar tu...Arief
ni pembersih tau kalau dia buang air besar dia nak cepat kita tukarkan
lampinnya kalau tidak dia akan menjerit”.
“Dahlah Farid, malas I nak dengar, I nak balik ni dah lambat nanti dia
orang tunggu.” bingkas bangun Diana dari tempat duduknya, tampa mahu dia
mencium anaknya atau mendukung anaknya. Tiada langsung rasa kasih ibu di hati Diana.
Tengku Farid hanya mampu mengelengkan kepalanya melihat Diana sudah menuju
pintu utama untuk balik.. tidak lagi menoleh ke belakang walaupun dia mendengar
anaknya sudah mula menangis. Sebenarnya Diana belum bersedia lagi untuk menjadi
ibu..tetapi kerana niatnya hanya untuk memerangkap Tengku Farid dia meneruskan
kehamilanya, itulah niat Diana sebenarnya.
Cepat-cepat Nur Jannah keluar dari bilik setelah
menyusukan anaknya Aisyah bila mendengar
Arief menangis.
“Kenapa anak ibu ni.. buang air agaknya itu yang
menangis tu..kejap ye... Arief terus mandi ye..nanti mama Arief nak sayang malu
aja anak ibu busuk...” NurJannah menghulur Aisyah supaya suaminya menepuk belakang Aisyah
pula.
“Mana Diana bang, Aisyah baru habis
menyusu, abang tolong tengukkan Aisyah, Jannah nak mandikan Arief dulu...” Soalan
Nur Jannah tidak dijawab oleh Tengku Farid dia hanya tersenyum sambil menyambut
huluran tangan isterinya, untuk menepuk belakang Aisyah hingga sendawa.
“Ohh. Arief dah eekek..ya (untuk bahasa Jannah dan Farid termasuk nenek dan
atuknya Eek.ek bermaksud buang air
besar) kata Jannah sambil membersihkan punggung anaknya tampa rasa jijik.
Tengku Farid hanya memandang. Dalam hatinya berkata-kata, kelebihan Nur Jannah
terlalu banyak. Dia tidak akan mencari pesaing untuk menyaingi kasih sayangnya
kepada Nur Jannah. Dia terus memerhatikan sahaja perlakuan isterinya tampa
berniat menjawab pertayaannya berkenaan
Diana tadi.
Geram sungguh tengok perangai Diana ni.kesian Arief.ceriter masih menarik.
ReplyDelete