Sudah
hampir sebulan Syukri menjalani hidup mengemudi dua bahtera. Pulang kerumah
isteri muda Maisarah namanya, dia disambut dengan seyuman ceria berkicau
mulutnya bercerita itu ini. Tapi bila dirumah isteri tua Nurizana wajah pilu
meruntun jiwa yang terpamir. Bibirnya
pula rapat terkunci bagai ada intan
permata yang dikulum didalam mulutnya. Hanya sepatah dua kata sahaja yang
keluar dari bibirnya, itu pun bila dia
ditanya. Bak kata orang dia membuka mulutnya hanya pada yang perlu sahaja. Dulu
dia tidak begitu wataknya manja celotehnya juga boleh tahan. Sejak dia memberi
madu kepadanya wataknya jauh berbeza.
Ada juga rasa bersalah dibenak Syukri menyebabkan Nuri dirundung duka.
Nurizana bekerja disebuah Jabatan Kerajaan,
waktu kerjanya pula mengikut giliran. Setelah kasihnya disaingi dia lebih suka
bekerja waktu malam sahaja. Syukri menyedari keadaan itu dan dia maklum mungkin
dia mahu menghindari dirinya. Dia merajuk,Syukri akan bersabar. Dia akan cuba memujuknya
perlahan-lahan. Itu azamnya dalam diam.
Awal tengahari itu Syukri menerima
satu SMS dari isteri pertamanya Nuri. Jika pada kebiasaan isterinya setelah
bekerja malam dia kan diberi cuti dua hari.
‘saya nak balik kampong tiga hari…’
‘bila? Abang temankan’
‘Petang ni.. tak perlu saya nak
sendirian..saya nak cari ketengan saya..’
‘Angkat call abang..’ tidak lama lepas tu dering handfon Nurizana
kedengaran memenuhi ruang tamu rumahnya. Sebenarnya dia baru pulang kerja
giliran malam.
Sejak Syukri menyatakan dia sudah
bernikah sekali lagi mereka tidak pernah lagi membincangkan perkara itu. Nurizana membisu seribu bahasa. Dia tidak
pernah ingin bertanya dengan siapa dia bernikah sekali lagi dan bila mereka
bernikah. Waktu mereka bersama juga sangat terhad kerana dia sering bekerja
diwaktu malam.
“Assalamualaikum” Syukri berdahuluan
memberi salam.. lembut sahaja suaranya dihujung talian. Itu nada memujuk Syukri
mengharapkan suara lunaknya akan mengubati sedikit luka dihati isteri
pertamanya.
“Walaimukum salam..” lemah sahaja
suara Nuri dihujung talian. Dia sebenarnya dia tidak suka mendengar suara
suaminya. Hatinya menjadi sedeh. Hatinya terhiris bila mengenangkan suaminya
ada lain kasih dihatinya. Hatinya menjadi pilu bila mengengangkan suara lembut
memujuk suaminya juga dikongsi dengan wanita lain. Akan timbul pertanyaan
dihatinya siapakah dia dihati suaminya sekarang ini.
“Nuri..abang rasa sekarang ni Nuri
macam nak menjauhkan diri dari abang saja. Kalau dulu hanya tiga empat kali
saja Nuri kerja shift malam. Sekarang
ni, abang tenguk hari-hari Nuri
syit malam. Kenapa Nuri..” Nuri dihujung talian hanya mendiamkan diri namun dihatinya sibuk menjawap kata-kata
suaminya.
‘Sebab abang dah ada orang lain..kalau saya
tak ada pun abnag tetap akan bahagia. Kecapilah bahagia abang..abang tak
perlukan saya lagi’..itulah bisik
hatinya. Beriring dengan air mata yang mengalir dipipi. Sekarang ini air
matanya seirng sahaja menjadi temanya. Bila dia bersendirian dan bila dirinya
merasa kesaorangan.
“Nuri abang nak tanya ni ..Nuri nak
balik kampung ni sebab Nuri nak lari
dari abang ke?..” tiada juga jawapan
yang keluar dari mulut isterinya yang kedengaran hanya helaan nafas halus dihujung talian, Syukri jadi
buntu dengan kebisuan isteri pertamanya.
“…jawablah sayang rindu sangat abang
dengan suara Nuri rasanya dah lama
sangat abang tak dengar suara sayang..”.
Semenjak
suaminya memberitahu yang dia sudah menikah sekali lagi Nuri bagai kehilangan
kata-kata bila berhadapan dengan suaminya. Dia hanya berSMS jika menghubungi
suaminya. Kalau boleh dia juga mahu berSMS sahaja jika suaminya memenuhi
giliranya. Entahlah bagaikan ada batu besar yang menyekat suranya. Rasanya dia
sudah kehilangan banyak ‘perbendaharaan
kata’ jika berhadapan dengan suaminya sekarang ini.
“Nuri janganlan macam ni, sayang abang
pada Nuri tak berubah, abang sayang Nuri macam dulu juga”. Makin sedeh hatinya
mendengar kata-kata sayang yang keluar dari bibir suaminya.
“Ye!! saya tahu abang sayang saya,
itulah sebabnya abang beri saya madu sampai saya tak tertelan sebab rasa
manisnya..manis sangat rasa nya bang. Sejak abang cakap abang dah nikah satu
lagi, teringin saya nak tahu apa salah saya sampai abang mencari kasih lain,
apa kurangnya saya ni, tak sempurnakah saya dimata abang, tidak cukupkah
layanan saya pada abang, atau sebab saya belum lagi dapat melahirkan zuriat
abang, tapi kita kan sedang mencuba.
Saya sedang berusha bang, segala ubat saya telan, segala petua sedang saya
amalkan. Saya sedang berusha bang saya sedang berusha. Kenapa dengan kekurangan
saya yang baru saya nak memperbaiki ni abang hukum saya macam ni, kenapa???”
terjerit sura isterinya dihujung talian bersama esakkan pilu.
Pertukaran
ganti namanya juga sudah berubah tidak lagi, Nuri nama manjanya bila dia
berbicara dengan suaminya tetapi SAYA. Tidak pernah tergambar oleh Syukri
begitu hebat luka hati isterinya dengan tindakkanya. Sudah sebulan peristiwa
nikahnya baru sekarang ini isterinya pertamanya mampu melontarkan soalan itu.
Sebenarnya
pasangan Syukri dan Nurizana sudah pun melakukan pemeriksaan di sebuah hospital
pakar sakit puan, mencari punca mengapa mereka belum lagi dikurniakan zuriat,
walaupun mereka telah berkahwin hamper empat tahun. Hasil dari pemeriksaan
tersebut didapati mereka berdua normal. Isterinya juga subur, tidak ada
tanda-tanda kemandulan. Untuk memberi kesan yang diharapkan, Nuri mengikuti
segala nasihat yang diberikan oleh doctor. Dia
sudah memakan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital. Dia juga
sudah kekampung Syukri diPengkalan Hulu beberapa bulan lepas berurut untuk
membetulkan kedudukan rahimnya. Itu yang dicadangkan oleh emak mertuanya dan
dia menurutinya. Tetapi mungkin rezeki belum menyebelahi mereka untuk mereka
menerima zuriat.
“Tak sayang, sayang cukup sempurna pada abang, cukup
layan, cukup segalanya tapi abang hanya nak menunaikan janji. Dulu abang pernah
janji dengan Maisarah abang akan jaga dia sampai kehujung nyawa. Abang malu
abang yang tak setia dan tak berpengang pada janji, tolong fahami abang
Nuri.”
Sememangnya Syukri ada melafaskan
janji ketika dia dan Maisarah berkasihan dahulu. Dia akan duduk serumah dan
menjaga Maisarah hingga kehujung nyawa, bila tiba masanya. Itu biasalah adat
orang berkasih.
“Saya tak sangka pandai abang berjanji sana
sini. Kalau dah abang janji pada dia kenapa abang kahwin dengan saya. Bukan
saya yang beria dulu.”
“Sebetulnya masa kita kawan, abang dah
lama putus dengan Sarah. Masa abang ajak Nuri nikah memang abang benar-benar
dah jatuh cinta pada Nuri. Masa pertama kali abang jumpa Nuri dulu pun abang
dah terpikat dengan Nuri.”
‘Ahh
terpikat konon’ Nuri mencebik kata-kata suaminya. Nasib baiklah ditalian
telefon kalau didepan mata tentu kedapatan tingkahnya oleh suaminya.
“Habis macam mana abang boleh nikah
dengan dia kalau dah lama putus..kalau dah tak ada perasaan dengan dia?”
“Abang tak sangka setelah lama kami
tak ambil tahu hal masing-masing tiba-tiba dia call abang. Katanya dia dah
berhenti kerja kerana nak jaga emak dia sakit. Masa tu dah setahun lebih kita kahwin.
Tapi abang tak pernah pergi jumpa dia. Kami hanya berhubung melalui
telefon saja. Abang memang dah tak ada hati dengan dia. Tapi tiga bulan lepas
dia datang pada abang nak minta tolong carikan kerja. Kebetulan pula Kak Nab (Kerani dibengkel
Syukri) dah berhenti kerja, jadi abang pelawa dia kerja dengan abang. Masa
tulah dia cakap selama ni dia tunggu abang, tu pasallah dia tak kahwin. Dulu
memang abang ada janji dengan dia nak jaga dia, jadi abang rasa bersalah
sangat. Abang kahwin dengan dia hanya nak menunaikan janji abang, tolong faham
abang Nuri. Abang memang masih sayang Nuri macam dulu juga”.
“Kenapa abang tak cakap dengan saya sebelum
abang nikah. Jika abang bagi saya pilihan saya tak sesakit macam ni, saya lebih
rela dilepaskan dari abang beri saya sakit yang macam ni.” kedengaran esakkan
dihujung talian.
Hati Nuri menjadi hancur mengapa selama ini
dia tidak terhidu suaminya menjalin semula hubungannya dengan kekasih lama.
Jika dikira sudah dua tahun mereka berhubungan. Kerana terlalu percaya cinta
suami yang kononya seteguh Timbok Besar
Negeri Cina dia buta pada keadaan.
‘Jika
dilihat pada keadaan sekarang ..kalau bagi tahu dengan Nuri mesti abang tak
jadi nikah dengan Maisarah ataupun Nuri yang akan tinggalkan abang’..Itu bisikan dihati
Syukri
“Nuri!! abang sayang Nuri cinta abang masih teguh
pada Nuri, abang tak mampu hidup tampa Nuri, Nuri jangan jauhkan diri dari
abang. Tolong fahami abang sayang”.
‘ahh pandai sungguh suaminya berkata
manis’
“Kalau abang sayang Nuri kenapa sampai
hati abang lukakan hati Nuri”.
“Nuri! abang serba salah sebetulnya, abang nak menunaikan janji abang
pada Sarah saja. Janji yang abang dah lafazkan
lapan tahun dulu, yang sebetulnya
abang tak sangka yang dia betul-betul tunggu abang. Abang rasa bersalah pada
dia sebab tak setia. Tapi dalam pada tu abang dah cintakan Nuri, abang cintakan Nuri sangat-sangat.”
Perkenalan
Syukri dan Nurizana terjadi ketika Nurizana menemani pak su memilih barang
untuk pertunangan pak su. Beza jarak usia pak su dan dirinya hanya 4 tahun
sahaja. Dua abangnya, Ahmad Lutfi dan dirinya merupakan sepermainan waktu kecil dahulu. Sejak
pertemuan yang tidak disengajakan galak Syukri menghubungi dirinya. Hingga lama kelamaan hatinya lembut
dan memilih Syukri menjadi teman hidupnya.
“Lut kau kenalkanlah aku dengan anak
sedara kau tu, aku tenguk kau dah nak kahwin aku pun rasa nak kahwin juga lah
Lut. Aku tenguk anak saudara kau pun ok apa. Cantik, sopan.. pandai lagi..
tolong ye”. Rayu Syukri pada teman baiknya.
“Tenguklah macam mana nanti”.
“Jangalah macam tu Lut..aku
sungguh-sungguh ni”.
“Aku tak suka kau main-mainkan
perasaan dia,dia tu baik, hati nurani dia bersih lagi, tak tercemar lagi dengan
cinta sang jejaka..”.
“Kalau macam tu lagi baik, aku lagi suka cintanya hanya untuk aku
sorang, aku nak akulah cinta pertama
dia, aku janji tak akan main-main dalam soal perasaan aku pada dia. Aku tak
akan dia tunggu aku lama kalau dia setuju saja kita sanding sama-sama boleh,
aku sungguh-sungguh ni.” Begitu bersungguh Syukri meyakinkan teman baik tentang
hasrat hatinya ingin berkenalan dan menyunting Nurizana pada ketika itu.
Sememangnya dia begitu teringin berumahtangga. Ingin hidupnya ada yang
menemani.
“Nanti aku bagi kau nombor dia, kau
cubalah sendiri”.
Pertama kali Syukri menghantar SMS kepada Nuri tidak dilayan sehinggalah
lima kali SMS baru lah orang dihujung talian memberi tindak balas.
‘Siapa ni??” macam tak tahu bahasa.
Kalau orang dah tak balas ertinya orang tak suka’.
‘Amboi garangnya’.
‘Mestilah…saya akan garang pada orang yang saya tak kenal’.
‘Kalau awak dah kenal awak tak garang lagi lah..ok saya kenalkan
diri saya, saya Syukri bin Abdul Razak , kita ada jumpa beberapa hari lepas,
ingat lagi tak’.
‘Rasanya saya tak jumpa orang beberapa
hari lepas’.
‘Apa pulak tak adanya, Hari tukan Nuri
temankan Ahmad Lutfi bin Haji Abdul
Wahab pak su awak tu beli barang dia nak bertunang, yang bercakap-cakap dengan pak su Nuri
sayalah’.
‘Pun saya tak kenal..ok
asalamualikum..jangan SMS lagi saya tak kenal’. belum sempat Syukri menjawab
salam talian sudah diputuskan. Tak apa
esok SMS lagi bisik hati Syukri
sambil memerhati muka screen telefonnya dengan senyuman meleret. Yang
sebenarnya hatinya rasa tercabar dengan sikap garang Nuri.
nak kesian kat yang mana satu ni...
ReplyDeleteYang mana-manalah tapi mak teh nak cerita sakitnya hati seorang wanita yang dimadu. Tak kiralah isteri pertama atau isteri kedua tetap sakit tapi yang pertama lebih parah sebab dia tak diberi pilihan mana tahu balik saja suami kata dia dah nikah. kalau yg kedua sakit dimadu dia yg pilih sendiri. betul tak. Lagi pun yg kedua rasanya lebih disayangi sebab suami baru dapat.
ReplyDeleteAssalmualaikum. Sedih cerita ni perlu ke kita menunaikan janji sebelum ini konon nak hidup bersama hingga ke hujung nyawa sedangkan kita telah berkahwin? Susahkan kalau selalu ikut kata hati tanpa memikirkan perasaan pihak yang lain.
ReplyDeleteMak Teh rasanya ada perenggan di Bab 3 diulang dalam Bab 4 ni.
Kan dah ditolak mentah² dulu. Menunaikan janji tu cuma alasan Syukri nak tambah cawangan. Takde kena mengena dengan janji lama. :)
DeleteSebab sedih mak teh malas nak tengok dua tiga kali, tapi hati nak share crita sorry.
ReplyDelete