Mak
teh saja nak masukkan pantun peribahasa ni. Supaya anak remaja tahu pada pantun
pantun yang sangat jarang kita jumpa dan kadang-kadang kita tak tahu apa
maksudnya. Rasanya pantun ni tidak berapa menepati isi pada bab ini…hanya
sedikitlah bila menyetuh tentang Fatin yang kalau dia melakukan sesuatu kerja
akan dilakukan bersungguh-sungguh.
Cabang
apakah tidak bergetah,
Kiranya embun turun pagi,
Tanah
tak lekuk kayu tak patah,
Ular dipalu mestilah mati. Maksud: Buat
sesuatu kerja biarlah cermat supaya siap sempurna
Dengan
suara yang begitu bahagia Farhan menceritkan pengalaman pertamanya membawa
tunangnya berjalan-jalan. Jika ada orang yang melihat Farhan ketika itu tentu dapat melihat senyuman lebar Farhan menghiasi bibirnya. Bukan senang mahu melihat Farhan tersenyum.
“Kau
ni Lan..aku jalan dengan dia masa dua minggu sebelum hari nikah kami.”
“Kau
bawak pergi mana? ...shopping? Masa tu tentu shopping komplek sesakkan Han
maklumlah dah nak dekat raya…aku boleh bayangkan masa tu tentu kau ambil kesempatan
pegang tangan dia takut dia hilang..atau peluk dia takut dia tu terhimpit orang
ramai..pandai kau sekarang Han tak payah aku ajar pun kau dah pandai ..”
“Apalah
kau ni Lan.. kau selalu berfikiran kotor tentang aku. Aku tak terdesak lagi nak
buat benda-benda macam tu. Aku masih tahu halal haram. Lan kita ni lelaki
kitalah yang menjaga maruah seorang wanita..jangan fikir pasal peluang
saja..Kalau kita asyik mengambil kesempatan tak perasan kita mengutip
dosa..sedangkan dosa kecil kalau dikumpul akan menjadi daki kehidupan kita..
mulalah kita susah nak nampak kebaikan..sebab rahmat Allah tu menjauh dari
kita.”
“Amboi
ustaz Farhan dah bagi ceramah.ialah..ialah aku berterima kasih kerana
mengingatkan aku..habis kau ajak dia shopping kat mana? ”.
“Shopping
apa ke bendanya pagi hari raya pertama..jalan rayalah dari rumah dia pergi
rumah aku..kau tahu berapa jauh rumah aku dengan rumah dia….hanya berselang
sepuluh buah rumah sahaja.” terkekek-kekek Arief ketawa geli hati hingga terbitkan air mata,
bila dia mendengar cerita sahabatnya.
Tadinya dia membayangkan Farhan membawa tunangnya menonton wayang gambar
dipanggung..ataupun seharian membeli belah dishooping complex. Nasib baik baru
tersebut sikit kalau tidak.. mahu dua hari ceramah Farhan tak habis lagi.
“
Betul ke Han..isteri kau ni lain dari yang lain lah. Aku ingatkan kau pergi
tenguk wayang.. ataupun pergi membeli belah..aku dengar kau macam seronok
sangat nak cerita.”
“tahu tak apa. Tapi betullah kau nampak aku
seronok. Memang aku rasa bahagia sangat, walaupun aku jalan dengan dia tak sampai
pun sejam tapi rasa bahagia yang aku rasa berhari hari.. bibir aku ni nak
tersenyum saja bila membayangkan wajah dia”. Ketika Farhan mengatakan dirinya
‘bahagia betul’ suaranya membayangkan dia begitu gembira.
“Jadi memang tak pernahlah kau bawa dia
jalan-jalan sepanjang kau bertunang dengan dia”.
“Aku
sebenarnya redha apa yang kami lalui sepanjang dalam pertunagan kami tu,
mungkin dia pun macam aku..dia nak cuba mengelak dari terlangsung
perkara-perkara yang haram sebelum menjadi halal. Nak mengelakkan dosa. Lan aku
pernah dengar satu ceramah..dosa sebelum nikah ni bukan terus padam begitu
saja. Benda ni akan timbul bila kita lepas kahwin nanti kadang-kadang
ditunjukkan pada anak-anak kita..contohnya kadang-kadang kita dapat anak yang
sukar dibentuk degil tak mahu mendengar
kata..salah satu cara Allah nak mengingatkan dosa-dosa lalu kita. Itu sebabnya
sebelum kita nikah elok kita sembahyag sunat taubat banyak-banyak. ”
“Han..kalau
kita terlupa nak buat solat sunat taubat tu lepas kita dah dapat
anak-anak..lepas tu anak kita ni nakal dan degil macam mana? Masih boleh ke kita bertaubat
minta ampun dosa-dosa lalu kita.”
“Boleh
aja..buatlah solat tu dengan ikhlas, yang bagusnya lepas solat Magrib.
Kemudian masa anak kita tidur bacakan surah AL-IKHLAS dan tiupkan kat
umbun-umbun anak kita…atau pun bacakan Surah TOHA ayat 1-8..yang aku pernah dengar katanya surah Toha
ni boleh melembutkan hati”.
Masa itu perbualan mereka terpaksa dihentikan
kerana isteri Edlan sudah berdehem dua tiga kali …tanda-tanda dia memerlukan pertolongan untuk melihat-lihat
anaknya, kerana ketika itu dia sedang sibuk didapur. Itulah kisah Farhan di minggu pertama perkahwinannya
Kini
hati ayah dan ibu Farhan bimbang lagi. Bimbang jika Farhan bukan lelaki sejati.
Lucu rasanya bila difikirkan kedua ibu dan ayah Farhan yang berfikiran begitu,
sedangkan mereka melihat fizikal Farhan sedari kecil lagi tentulah dia lebih
arif dari dirinya. Itulah yang terdetik dihati Arief Edlan.
Untuk
mengetahui perkembangan Farhan Arief Edlan cuba menyiasat dan merisik khabar
sekali lagi. Hari Isnin itu dengan tidak sabar-sabar Edlan bertanya khabar bila
dia melihat kelibat Farhan. Bila Edlan
terpandang sahaja wajah sahabatnya yang tidak bermaya terus sahaja dia menegur
sahabatnya.
“Assalamualaikum..nampak
letih hari ini kenapa Han?..cuti tapi tak cukup rehat pulak..isteri kau meragam
ke?” Itulah intro permulaan risikkan..
“Hsyy
engkau ni meragam apa pulak ni? Memang aku rasa letih ni, semalam aku berjalan
sakan dengan orang rumah aku.”
“Ialah
mana tahu dia mengandung..meragamlah. Kau pergi mana semalam yang kau kata berjalan sakan?..wah
rajin kau merayap sekarang ni. Kalau dulu aku
ajak kau berjalan-jalan bukan main liat lagi.” Dulu sewaktu mereka
diUniversiti sering kali Edlan mengajaknya berjalan meronda-ronda Kota raya Kuala Lumpur atau pun keshooping
komplex mencuci mata tetapi Farhan tidak
pernah mahu menunaikan permintaanya. Ada
sahaja alasan untuk dia tidak keluar, dia lebih suka memerap dibilik dari
keluar berjalan-jalan.
“Semalam
aku pergi Putra Jaya saja berjalan-jalan. Aku teringin sangat nak pergi tenguk
sendiri Putra Jaya tu dengar orang cerita saja mana aci. Kami pergi sembahyang
kat misjid Putra Jaya, lepas jalan-jalan
keliling tasik…kemudian pergi Alambandar”.
“Kau
beli apa kat Alambandar tu?”
“Tak
beli apa pun..isteri aku tu bukan pandai nak shopping…kami jalan-jalan dan
tenguk-tenguk saja..lebih-lebih pun kami pergi makan yang dilayan oleh Mat-Mat
Bangla”.
“Han
kau sekarang ni hebatkan, asyik berjalan saja..minggu lepas kau kata kau pergi
Shah Alam..”
“Haah
Lan..aku pergi Taman Chaya Shah Alam, saja nak berbasikal kemudian naik kayak
sambil memandang kehijaun alam keliling. Lepas tu kami pergi I-City pula pergi
Snowalk pergi tenguk dan rasa betapa
sejuknya iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada
salji. Rasalah juga permainan musim salji ..main meluncur ais, keretapi
dan gelongsor salji. Dapatlah juga aku
berangan pergi kenegara sejuk main salji.
Bila malam pula kami tenguk cahaya lampu berwarna-warni. Cantik Lan..
semua pokok di hiasi dengan lampu berwarna warni. Seronok rasa nya bila kita
buat sesuatu ditemani oleh orang yang kita sayang”.
“Ahh
kau tu berapa lama kita belajar kat sana..kau tak pernah nak pergi kalau aku
ajak, sekarang kau cerita seronoknya kat sana..tak payah aku dah pergi dua tiga
kali.”.
“Aku
malas masa tu, kau pergi dengan Su..aku tak nak kacau daun”.
“Banyaklah
kau punya kacau daun..aku pergi sana bukan buat apapun..saja nak rasa betapa
sejuknya dalam Snowalk tu…kemudian nak tenguk lampu-lampu yang berwarna
warni..”.
“Ialah
masa tu kalau pergi..kita bertiga, nanti kau serba salah kau nak jalan dengan
aku atau pun dengan Su..lagi pun tentu kau nak cerita-cerita dengan Su cerita
pasal hati ke.. pasal perasaan ke. Aku tahu membataskan, bila waktu aku boleh sama
kau dan masa tak perlu “. Itulah Farhan dia sangat memahami.. sebab itulah
persahabatan mereka kekal dan Edlan juga sangat selesa bersahabat dengan
Farhan.
“Ehh
Han isteri kau tak mengadung lagi ke?..Kalau dia dah mula mengandung tak elok
kau ajak dia lasak sangat tak baik untuk
dia dan juga kandungan. Itu yang aku dengar lah. ”
“Pasal
mengandung tu tunggulah dulu..aku nak sampai setahun baru aku nak dia menagdung..aku
nak puas-puas berduaan dengan dia dulu.”
“Habis
kau suruh dia makan pil perancang keluarga ke?..rasanya tak eloklah Han, takut
kesanya dimasa akan datang.”
“Taklah
sampai macam tu…pandailah aku nak merancang ..aku buat yang tak akan
menjejaskan kesihatan aku dan dia..kan
kita ada belajar dulu..jadi aku peraktikkanlah.”
‘Hebat juga Farhan ni..tak sangka dalam diam
dia ‘berisi juga’ Detik hati Edlan.
“Wah
pandai kau..jadi memang kau merancang tak nak anaklah buat masa sekarang ni.”
“Aku
nak puas-puas berdua dulu..nanti dah setahun barulah aku fikir pasal anak, dia pun setuju apa yang aku
cadangkan.” cerita Farhan dengan apa yang mereka rancangkan suami isteri dengan
wajah ceria. Begitu rapat persahabatan antara Farhan dan Edlan..mereka tidak
akan merahsiakan apa-apa walaupun hal peribadi..begitulah mereka berdua sungguh
serasi dan memahami.
Jelas
terpamir kebahagian diwajah Farhan setelah dia mendirikan rumah tangga bersama
wanita yang bernama Fatin Najihah. Walau Edlan tahu mereka tidak bercinta
sebelum mereka dinikahkan namun rumah
tangga yang mereka bina mampu bahagia
seperti rumahtangganya juga. Terfikir
juga di benak Edlan tidak semestinya bercinta dahulu kemudian bernikah barulah ada rasa bahagia.
Bernikah dahulu barulah mencari cinta tidak
menghalang dari merasai kebahagiaan. Pucuk pangkal hati, jika hati rela cara
begitu, bahagia pasti ditemui. Bukankah rasa cinta dan rasa bahagia itu kita
yang mesti mencarinya. Itulah detik hati Edalan..Mereka memulakan tugas mereka
pagi itu dengan tekun.
Diam
tak diam kini bualan Ramadan akan datang lagi, ini bermakna sudah hamper
setahun perkahwinan Farhan dan Fatin Najihah… hanya tinggal seminggu lagi
Ramadan menjelang. Hajjah Noraini berkemas dihadapan rumahnya. Mencabut rumput
dipasu bunganya, mengembur tanah dan memotong rating-ranting kering dipokok
bunga kertasnya. Sedang dia leka mengerjakan tugasnya dia disapa oleh besan yang lalu berjogging
seorang diri dihadapan rumahnya.
“Assalamualaikum..berkemas
ke Ni?”
“Ialah
kak Timah bunga-bunga lama tak di tenguk..tak berapa nak berbuaga.. tak ada
masa betul nak keluar. Nak tunggu dua tahun lagi nak pencen ni lama betul
rasanya.”
“Ohh
dua tahu lagi Ani pencen..tak lama lagi tu Ni.”
“Ani
yang tunggu ni rasa lama kak ..tapi mengenangkan banyak lagi tanggungan kita
sabar sajalah..Ni ha nak kedepan macam ni tunggu cuti baru dapat buat..kalau
tak asyik terperuk sajalah kat dalam tu dengan kerja rumah yang tak pernah
siap..bunga ni pulak kalau lama tak tenguk dah tak nak pulak dia berbunga.”
“Ialah
bunga ni macam manusia juga nak dibelai selalu, kalau tak bunganya tak
keluar banyak, lagi pun macam nak tak
hendak saja hidupnya.” mereka berbual-bual dihadapan rumah keluarga Fatin.
“Dah
nak puasa lagi kita ni Ani..dah nak dekat nak raya kan. Tak terasa dah setahun
kita berbesan kan Ni.”
“Ialah
kak..kakTimah cakap nak puasa tak lama lagi dah nak raya ni baru saya
teringat.. ingatkan nak pinjam menantu kak Timahlah..nak mintak tolong kakak
buatkan biskut raya.”
“Ehh..menantu
yang mana tu..kalau Fatin itukan anak awak.”
“Ialah
dah jadi menantu akak kenalah minta izin.”
“
Ani ni.. ada ke macam tu..kita ni sama-samalah.” mereka ketawa lucu berbual
berdua tidak disangkakan mereka berbesan sekarang. Dahulu tidak terfikir mereka
akan menjadi sebahagian dari kelaurga.
Ialah
ajal dan maut jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah yang Maha Esa. Sejak dari
duhulu ketika anak mereka masih kecil lagi mereka sering duduk diwaktu petang
berbual-bual bersama kaum ibu yang lain dibawah pokok mangga sambil menjaga
anak.Tapi ketika itu Hajjah Fatimah hanya menjaga anaknya yang bungsu sahaja.
Kerana yang lain sudah agak besar dan sudah pun kesekolah rendah mereka tidak
mahu mengikuti ibu mereka..mereka lebih gemar menonton tv dirumah.
“Saya
dari dulu lagi tak pernah beli biskut raya kak..anak saya semuanya suka makan
biskut raya kalau beli setakat seratus biji memang tak cukup..ini lagi semua
dah besar bila balik nanti..nak juga bawa sorang sikit..dari dulu lagi memamg
kakak yang tolong buat, saya ni tolong bakar saja jadi rasa macam tak tahu pula
bahan yang nak digunakan.”
“Akak pulak tak pernah pulak buat biskut raya
semuanya beli hanya kek saja yang akak buat tu pun rasa macam membazir saja.
Diaorang tak berapa suka kek yang akak buat katanya kesat tak basah macam kek
yang orang buat, sejak kakak tolong buatkan kek coklat diaorang dah tak bising
lagi. Anak yang tak suka kek pun jadi
suka..untunglah Ani ada anak perempuan walaupun sorang ..boleh juga
tolong-tolong kitakan. Pandai pulak tu mbuat kek.” Puji Hajjah Fatimah pada
menatu barunya.
“Kakak
ni bab buat-buat kueh raya rajin pulak..tapi kalau suruh yang lain susah
juga..malas sikit terutama suruh berkemas.”
“Kat
rumah tu tidak pulak..akak ada juga datang rumah diorang.. tenguk kemas juga rumah dia orang tu.”
“Entah-entah
Farhan yang kemas.”
“Tak
tahulah pulak..tapi Farhan jenis yang pengemas juga..rasanya taklah sebab tak
pernah pulak Farhan cakap dengan akak dia kena berkemas..tapi kalau iapun
Farhan yang berkemas tak apalah suami-isteri
patut tolong-menolong… Oh ye pasal buat biskut tu kalau kakak pandai
buat..rasanya akak pun nak tumpang jugalah Ni boleh tak?”
“Ehh..kak
Timah ni..tentulah boleh, apakata kita buatlah sama-sama..tentu lagi cepat
siapnya…esok kalau kakak ada cuti kita buat..kalau boleh awal-awal puasalah tak
lah kita terkejar-kejar.” Cadang Hajjah NorAini.
Pada
Hajjah Fatimah makin lama dia mengenali menantunya Fatin, makin terserlah
keistimewaanya. Menantunya yang seorang ini tidak kekok didapur, walaupun tidak
pandai sangat dia memasak tetapi dia tidak canggung didapur dan tidak juga
berat tulang. Apa yang dikerjakan dia akan menunaikan bersungguh-sungguh. Tahun
ini dia akan merasa biskut buatan memantunya pula. Kembang hati Hajjah Fatimah
anaknya Farhan tidak tersalah memilih isterinya.Tidak tersalah memilih teman
hidup.Tetapi hanya satu yang merisaukan dirinya. Mengapakah mereka belum lagi
dikurnuia kan zuriat. Siapakah yang bermasalah dalam hal ini.
“
Ani..akak bimbanglah dengan anak-anak kita
ni.”
“Pasal
apa kak..”
“Dah
nak dekat setahun kenapa agaknya mereka tu tak menampakkan tanda-tanda nak
dapat anak..kakak ada cakap apa-apa tak
dengan kamu Ni.”
“Saya
pun risau juga…Ada juga saya cuba risik-risik kakak tu, dia kata belum ada
rezeki..saya ada juga cadangkan kakak berurut ..kita buatlah cara kampong
dulu..kalau kak Timah macam mana?”
“Akak pun ada juga cakap macam tu dengan
Farhan..dia kata nanti dulu.. akak takutlah Ni mereka tu macam tak kisah saja
bila kita tanya bab anak.”
“Kalau
macam tu kita biarkanlah dulu..besok kalau dah sampai setahun dua tak dapat juga barulah kita paksa mereka
berubat… cara kampong ke pergi pakar ke.”
Lapang
rasa fikiran mereka bila sudah terluah masaalah anak-anak mereka. Mereka berdua
bersyukur mendapat besan yang berdekatan dapat berbincang masaalah anak-anak
mereka. Walaupun mereka tidak mencampuri hal rumahtangga anak mereka.
Seperti
yang telah dirancangkan kini perkhawina Fatin dan Farhan sudah satu tahun lebih
..Fatin sudah hamil dua bulan.Tetapi berita itu tidak diberitahu kepada kepada
keluarga mereka. Mereka juga bersyukur kerana Fatin tidak mendapat alahan yang
teruk diawal kehamilanya.
“Bang
kenapa tak nak bagi tahu mereka..mereka nak dapat cucu.”
“Biarlah
abang nak bagi kejutan pada ibu dan ayah kita.”
“Suka
hati abanglah.”
No comments:
Post a Comment