Sudah tiga bulan hidup Nur Hidayah tenang
dari ganguan Tengku Faris. Namun pagi itu dia dikejutkan oleh kedatangan Tengku
Faris ke mejanya. Dengan wajah manis dihiasi seyuman yang berseri.
“Hidayah nanti lepas you balik surau tolong
masuk bilik daddy I ye”. Waktu tu jam menunjukkan pukul 10 pagi..’Eh tahu pula orang tua ni aku pergi surau
kejap lagi’ detik hati Nur Hidayah.
“Ada apa Tengku..saya ada buat salah ke
sampai dato’ panggil”.
“Entah..you ada buat salah ke”. Melihat
kerutan didahi Nur Hidayah..terus sahaja rasa kesihan menyelinap dihati Tengku
Faris. Maklumlah kata-katanya membuatkan gadis kesayanganya risau..mana tahu
akibat kerisauan dia terjatuh pula dibilik air tak ke nyaya..cepat-cepat dia
memperbetulkan kata-katanya.
“Ehh…Tak usah bimbang Hidayah tak ada apalaah..dato’
sahaja nak jumpa you. Ok ye you pergi solat dulu tenangkan hati, lepas tu jumpa
dato’ sehabis you solat Duha..”. Sememangnya sudah maju pengetahuan Tengku
Faris tentang solat. Yang sebetulnya dia ada bertanya kepada daddynya apa itu
solat DUHA. Kerana dia juga ada mendengar Nur Hidayah bersolat sunat Duha dari
bibir kawan sekerjanya suatu masa dulu.
(Solat
Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan
rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya.
Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki
syurga.
Ruang Waktu dan Waktu Afdal
Ruang Waktu dan Waktu Afdal
Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya
bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam
kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu
al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula
berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat
sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari
telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Rezeki
yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk
menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang
bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang
hakiki.
Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.
Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha.
Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.
Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu malas melakukan empat rakaat solat
Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.”
(Riwayat Hakim dan Tabrani)Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.
Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha.
Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.
Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)
Antara lain solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga.
Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”
Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.)
(Saja mak the ambil dari google untuk amalan kita).
Seperti
yang diarahkan Nur Hidayah kebilik Tengku Faizal pada pukul 1030 pagi. Dia
mengetuk pintu bilik pejabat Tengku Faizal yang bertutup.. Tengku Faridah
mendatangi Nur Hidayah di pejabat suaminya Tengku Faizal. Nur Hidayah membuka
pintu bila mendengar suara menyuruh nya masuk dan memberi salam.
“Asalamualaiukum Dato’ datin..eer Tengku”. Bila dia terpandagkan Tengku Faris juga berada
didalam bilik itu.
“Waalaikumsalam..masuk
lah Hidayah”. Serentak dua suami isteri itu menjawab salam Nur Hidayah.
“Ohh
ini yang namaya Nur Hidayah..patutlah Ris tak boleh duduk diam. Terberhenti
semua kegiatan Ris”.
“Mommyy..”Panjang
sahaja panggilan Tengku Faris pada mommynya untuk mengingatkan suapaya tidak
memecahkan rahsianya. Memang pada pandangan mata Tengku Faridah gadis
dihadapanya cantik sopan dan lembut orangnya, walaupun dia hanya memakai baju
kurung yang sudah kusam warnanya..(Mak teh bayangkan Nur Hidayah ada iras-iras
wajah ElFira Loy).
“Mehlah
duduk sini..”Tengku Faridah memlambai
Nur Hidayah untuk duduk disofa yang tersedia dibilik pejabat suaminya.
Nur Hidayah menuruti langkah Tengku Faridah. Mencecah sahaja punggung Nur Hidayah disofa
kulit..terus sahaja Tengku Faridah menyampaikan apa yang telah dirancang bersama anaknya.
“Faris
cerita dengan mommy, dia suka kat
Hidayah..Hidayah boleh terima dia ke?..Mommy nak tahu jawapan jujur Nur
Hidayah sebab mommy maklum anak mommy ni dah tua dan lima puluh dua tahun umurnya.
Kalau nak dikira padan memang tak padan dengan Hidayah yang masih muda ni”.
“Myyy…”
Tengku Faris bersuara lagi, dia takut kalau mommy nya bersuara lebih-lebih Nur
Hidayah tidak dapat menerima dirinya. Yang sebenarnya Tengku Faris bimbang penerimaan
Nur Hidayah pada dirinya. Sebab dia belum menerima kata putus dari Nur
Hidayah tempuh hari, sama ada dia menerima atau pun tidak.
“Mommy
kena cakap berterus terang dan apa yang mommy pandang itu kenyatanya. Faris kamu tu dah 52 tahun sedang Hidayah ni
baru berumur 27 tahun. Dengan Farid pun Farid tua dua tahun lebih.. Ris”.
“Datin..saya
ni tak kisah sesiapa pun yang sudi kutip saya..janjinya dia dan keluarganya boleh terima saya
seikhlasnya sebab status saya..Emm Tengku Faris dah beri tahu dato’ dan datin
ke siapa saya yang sebenarnya…”
“Dah
semuanya dia dah cerita. Pada mommy kalau Faris dah suka mommy tak kisah.. asal
kan kamu berdua dapat menerima. Sebab penerimaan pasangan yang mahu duduk serumah tu yang penting. Kat
situlah nanti kebahagian itu muncul tapi kalau Hidayah rasa tak sepadan jangan
dipaksa rasa hati Hidayah tu”.
Mendengar
sahaja kata-kata mommynya terus sahaja Tengku Faris bangun dari duduknya dan
duduk rapat disisi Nur Hidayah.Terkedu Nur Hidayah dengan perbuatan Tengku
Faris. Sedikit-sedikit dia menjarakkan duduk dari Tengku Faris. Dia melakukan
perlahan-lahan jangan sampai terlihat
dipandagan mata Tengku Faridah. Sekali lagi soalan yang keluar dari bibir
Tengku Faridah.
“Jadi
..Hidayah macam mana setuju ke nak terima Faris jadi suami ni”.
“Jika
datin dan dato’ boleh terima saya yang macam ni, saya tak kesah apa pun. Saya
pun tak memilih nak yang muda sahaja. Pada saya kalau dah ada yang sanggup
menjadi pelindung saya… saya dah rasa bersyukur sangat.”.
“Alahamdullilah..kami
memang setuju sangat..sebab dari mula Faris kenal Hidayah dia mula mengubah
dirinya. Kami tahu sebab Hidayahlah dia berubah”.
“Astagfirullah..datin
jangan cakap macam tu..jangan cakap sebab saya..nanti kita menjadi oranbg
syirik sebab tak jaga bercakapan kita. Katakan lah Alhamdulillah Tengku berubah
sebab Allah yang mengubahnya. Allah yang memberi petunjuk untuk dia berubah
bukan saya yang mengubahnya”..
“Ehh
cakap macam tu pun boleh jadi siyrik ke?”.
“Ia
datin, jangan kita melebihkan atau menunjukkan manusia ni lebih dari kekuasaan
Allah..apatah lagi perasaan dan hati manusia. Bab hati dan perasaan kita, hanya
Allah yang berkuasa mengubahnya.. Mungkin
saya hanya yang menjadi sebab mengapa Tengku berubah..”
“Habis
kalau dah saya yang dah tersalah cakap ni, nak buat macam mana??”
“Beristifarlah
banyakkali..sebut ASTAGFIRRULLAH berulang kali tanda kita memohon ampun erti
astagfirrullahkan Ya Allah, ampunilah
dosaku. Datin! saya cakap macam ni datin tak kisah ke. Saya bukan nak tunjuk
pandai tetapi bab akidah ni wajib kita sesama Islam ingat-mengingati”.
“Hssyy
tak ada apanya, mommy lagi suka sebab mommy
tak tahu, Alhamdulillah Hidayah bagi
tahu. Lagi pun tak semestinya kalau kita dah tua kita tahu semuanya. Kadang-kadang
yang muda lebih pengetahuanya dari yang tua sebab yang muda ni tahu mana nak
dapatkan ilmu”. Kemudian ke dengar suara Tengku Faridah beristifar berulang
kali.
“Jadi
kalau dah semuanya setuju, daddy nampak Ris pun macam dah tak sabar-sabar
lagi..bila kita boleh nak langsungkan”. Kini Tengku Faizal pula mencelah
berbincangan mereka. Dengan senyum yang tersungigng dibibirnya seolah-oleah dia
sangat gembira..
“Ehh
daddy ni..bukan Ris yang tak sabar nampaknya, abang pun dah tak sabar nak dapat
menantu. Jangan lupa pada adat kita bang..tak kan kita nak berbincang dengan
pengantin perempuan. Tentulah kita kena jumpa waris nya dulu, kita jumpa
kerluarga Hidayah. Hidayah orang mana, bila boleh mommy jumpa dengan mereka. Mommy
tanya tadi sebab nak kepastian, Hidayah terima Faris bukan kerana terpaksa.
Sekarang ni mommy nak juga berkenalan
dengan keluarga Hidayah”. Betul juga
kata Tengku Faridah takkan nak berbicang tentang majlis nikah kahwin dengan
pengantin perermpuan betul tak. Nur Hidayah nampak kurang selesa bila bab
keluarga dibangkitkan.
“Haa
Hidayah pada siapa yang patut kami jumpa nak minta izin ambil Hidayah ni..Yang
sebenarnya Hidayah ni asal mana atau memang anak jati Kuala Lumpur ke?.” Melihat wajah
resah Nur Hidayah Tengku Faizal meyakinkan gadis dihadapanya.
“Hidayah you jangan bimbang I Tanya sebab I
nak ikut adat kita. You masih gadis tentu keluarga you nak ada orang datang
merisik dan meminang untuk mengambil anak gadis nya. Adat-adat tu sebenarnya
menunjukkan kami pihak lelaki menghormati pihak keluaga gadis yang kita nak
ambil anaknya sebagai sebahagian dari keluarga kami”.
“Saya..saya…”.
Begitu susah untuk Nur Hidayah mahu berterus terang.
“Hidayah I sebetulnya tak kesah.. I pun dah cakap dengan Faris, kalau you ni orang
kutub Utara atau kutub Selatan pun I dan isteri I pun sanggup pergi meminang
you untuk Faris”. Walau pun kedengaran
ceria keluarga Tengku Faris bercerita perihal pinang meminang namun Nur Hidayah
menundukkan wajahnya.Dia Nampak gelisah kenapa agaknya.
Yang
sebenarnya dalam kepalanya berperang bagai mana dia mahu menyelesaikan
masaalahnya. Haruskah dia berterus terang.. takkah nanti dia dikatakan meminta simpati. Tetapi dia tiada pilihan..
“Inilah
masaalah saya..yang sebetulnya saya memang betul-betul tinggal sorang kat dunia
ni. Sejak mama saya meninggal 5 tahun lepas, saya jadi sebatang kara. Mahram
sebelah bapa memang saya tak ada, waris
sebelah mama pun mereka dah buang saya. Saya tak dibenarkan pulang, sebab ada
seorang sepupu saya, ingin mengambil
saya sebagai isteri, tetapi emaknya tidak membenarkan. Itu sebab utama mengapa
saya terpaksa keluar dari kampong saya.
..Emm..Saya
rasa perkara kita ni rumit, dan saya rasa, saya menyusahkan keluarga dato’ dan datin, terus
terang saya katanya saya ni memang susah nak dimasukkan kedalam keluarga orang.
Saya minta maaf sungguh-sungguh saya cakap macam ni kerana saya tak tahu nak
halakan dato’ dan datin untuk bertanyakan hal saya. Takkan nak main nikah
sahaja, nanti akan mencemar nama baik dato’ dan datin pula, bila tiba-tiba
sahaja Tengku Faris bernikah, dah macam kahawin ‘cow boy’ pula.Silap hari bulan
nanti orang kata Tengku Faris kena
kahwin tangkap basah pula. Saya
cadangkan kalau dah susah macam ni, apa kata dato’ dan datin carikan Tengku
jodoh yang lain sahaja”.
“Tidak..tidak
kalau macam tu, kita terus sahaja nikah dipejabat ugama..Nur Hidayah pun
terpaksa berwalikan hakim kan..jadi mudah kita nikah kat sana sahaja”. Cepat-cepat Tengku Faris menyampuk bila mendengar jawapan dari Nur Hidayah.
“Dari
pihak datin tak apa ke?..bila anak lelaki datin kena nikah macam tu.”
“Mommy
tak kisah..Hidayah sudi jadi isteri
Faris pun mommy dah bersyukur sangat. Jadi bila agaknya Hidayah boleh
melaksanakan impian kami ni”.
“Kalau
tak menjadi masaalah dan tak menyusahkan dato’ datin dan Tengku sendiri..sebelum
saya nak nikah saya nak mengikuti prosidur yang telah ditetapkan oleh majlis
agama Islam..saya nak kan sijil kursus perkhwinan sebelum saya dinikah
kan..boleh ke?”.
“Haa
itu eloklah..kita kena tahu juga bab-bab nikah kahwin dan bab apa yang boleh
dan apa yang tak boleh dalam urusan rumah tangga ni”.
“Tapi
Ris kan dah pernah bernikah ..perlu lagi ke Ris ikut kursus tu”
“Walaupun
Ris tu dah pernah bernikah tapi itu nikah diluar negara. Lagi pun tak rugi
kalau Ris ikut kursus, untuk pengetahuan.
Ris cari borang berkenan kursus
nikah kahwin ni kat pejabat ugama. Cepat kita selesaikan hal kursus cepatlah
Ris dan Hidayah boleh bernikah.”.
Minggu itu juga Tengku Faris mendaftar untuk
menghadiri kursus perkawinan …Dua hari mereka menghadiri kursus perkahwinan.
Diakhir kursus mereka diberi sijil.
Setelah menerima sijil Tengku Faris keluar dari bilik kursus dengan semyuman lebar. Bangga dirinya lulus
dengan jayanya. Dengan rasa bahagia dia menanti Nur Hidayah, yang keluar agak lambat sedikit darinya. Tengku
Faris hanya memerhati dari jauh Nur Hidayah masih bercakap-cakap dengan salah seorang tenaga pengajar mereka. Mungkin dia ada sedikit kemuskilan..Tengku
Faris berjalan kekeretanya dengan
senyuman gembiranya. Dia tidak terus masuk kekereta. Dia menyandarkan diri dipintu sebelah
penumpang sambil menanti buah hati pengarang jantungnya menuju kearahnya.
“Hai
sayang apa yang you Tanya kat ustazah tadi?” Wahh Tengku Faris sudah
bersayang-sayang pada bakal isterinya.
“Tanya
sedikit masaalah saya..tentang masaalah anak luar nikah”.
“Ohh..”.
Bila Nur Hidayah semakin hampir digapai tangannya lalu digengam dan diciumnya..Terkejut
Nur Hidayan dengan tidakkan Tengku Faris. Dengan kasar dia menarik tangan yang dibibir Tengku Faris.
“Tengku
janganlah buat saya macam ni, saya masih haram untuk Tengku sentuh”.
“Ehh..tak
lama lagikan kita kan dah nak nikah, Atau
you malu nampak dek ustaz dan ustazah.. Jangan lah nak malu Hidayah kita memang
dah sah akan jadi pasangan. kita pun dah dapat sijil kursus kahwin ni..” Tengku Faruis mengibar-ngibarkan sijil yang baru diterima nya tadi.
“Memang
betul kita dah nak nikah..tapi walau pun hanya tinggal seminit kita akan dinikahkan, kita masih haram bersentuhan
selagi ucapan Ijab belum Tengku lafazkan dan ucapan Qabul belum disahkan”.
“Kenapa
susah sangat I nak rapat dengan you Hidayah”.
“Saya
bukan apa..saya tak mahu mengumpul dosa. Perkara yang boleh kita elak dari dosa
cubalah kita elakkan. Sebab dosa-dosa ni
akan menjadi daki dalam hati kita. Bila daki dah tebal kita susah untuk
menerima kebaikkan. Bab malu kita jangan malu dengan manusia..sebab malu dengan
manusia kita akan menyorok atau berlindung untuk melakukan. Tetapi kalau malu
dengan Allah In Syaa Allah kita akan selamat. Sebab hati kita akan berkata
tiada tempat yang kita boleh menyorok dari Allah. Jadi biasakan diri malu
dengan Allah. ”
“Mana
kita banyak buat dosa, I sentuh you berapa kali saja..rasanya baru dua tiga kali I sentuh you”.
“Yang
sebenarnya setiap hari kita mengutip dosa Tengku.. Seorang wanita dan seorang
lelaki yang bukan mahram, jika mereka berpandagan dan bercakap-cakap pun berdosa..tapi
macam mana kita nak elak sebab kita bekerja dan kita terpaksa untuk bercakap.
Tapi kalau berpengangan ni kita boleh elak jadi kita elaklah”.
“Hidayah
I sangat berterima kasih dengan you. You selalu menginagtkan I tentang dosa. Rasa
nya tak sabar I nak hidup serumah dengan you..nak dengar cerita you tetang
hidup ni. Walau pun usia kita beza berganda-ganda dan I pun dah pernah jauh merantau keluar dari Malaysia ni tapi pengetahuan you tentang hidup lebih
banyak dari I. ”.
Haiyakkkk..ini tg. Faris ek, namanya dah nak masuk warga emas tp perangai mcm budak2..jenuh dayah nak bela dia nanti..
ReplyDeleteTg Faris terlebih dimanjakan oleh mummy & daddynya. Nasib baiklah Hidayah dpt menunjukkan jln supaya dpt dia kembali ke landasan yg diredhai Allah swt.
ReplyDelete