Kusangka nenas atas permatang,
Rupanya durian tajam berduri,
Kusangka panas hingga kepetang,
rupanya hujan ditangahhari.
Tangan
kirinya memegang kepala, tangan kanannya menghulur tetefon yang ditangan kepada
suaminya matanya pula dipejamkan. Dia seakan mahu tumbang tetapi cepat disangga
oleh suaminya yang sedari tadi memerhatikan gelagat dirinya.
“Pah..oh Pah kenapa ni Pah”. Encik Abdul
Majid sudah memeluk isterinya lalu memimpin isterinya ke kerusi yang
berhampiran.
“Duduk Pah..duduk..kenapalah isteri abang
ni..cuba cerita kat abang...kenapa Pah tiba-tiba nak tumbang ni?” Lembut sahaja
suara Encik Abdul Majid sambil mendudukkan isterinya.
“Bang.. Pah nak telefon Mirah kejap nak
tanya khabar dia, abang tolong tekankan nombor dia mata Pah dah gelap rasanya.”
dia mahu mendengar berita menantunya dahulu, baru apa yang di dengar dari anak
bungsunya sebentar tadi disampaikan kepada suaminya.
Alangkah terkejutnya dia bila diberi tahu
yang Amirah sudah hendak bersalin. Seperti mahu tercabut jantungnya dengan
kejutan-kejutan dari anak dan menantunya. Lalu dia berkata dengan suaminya.
“Ya Allah!!, Bang jom cepat kita
kehospital Universiti..Mirah dah nak bersalin, kesian dia sorang-sorang kat
sana..”
“Loqman mana..dia tak temankan isteri dia
nak bersalin ke?”
“Loqman outstation…”Puan Sharifah terpaksa
berbohong dengan suaminya kerana suaminya akan memandu kereta sebentar lagi. Dia takut suaminya
tidak dapat memberi tumpuan di jalan raya nanti.
Oleh
kerana sudah malam, jalan raya tidak begitu sibuk dan keenderaan tidak begitu
banyak, suaminya memandu dengan tenang dan lancar, akhirnya sampai juga
mereka di Hopital Universiti. Puan
Sharifah mengeluar kan telefon bimbitnya untuk menghubungi kawan-kawan Amirah.
Dia mengikuti apa yang diarah kan oleh kawan Amirah, Encik Abdul Majid hanya
mengikuti langkah isterinya. Dihatinya tertanya-tanya melihat kekalutan
isterinya sejak dari rumah mereka lagi...tetapi mulut nya tidak terbuka untuk
bertanya’kenapa’. Puan Sharifah menghamiri dua orang gadis yang sedang duduk di
sebuah kerusi....
“Assalamualaikum..Ini Siti Zawana kawan
Amirah ke?”
“Waalaikumsalam..Ya..ya saya Siti Zawana
dan yang ini Ain Nasuha…”
“Mak cik ni.. emak mentua Amirah…Amirah dah
bersalin?” Lembut Puan Sharifah bertanya.
mereka menghulurkan tangan lalu bersalaman dan mencium tangan Puan Sharifah.
Begitulah adat anak Melayu yang penuh dengan sopan santun, menghormati yang
tua, tidak kira ibu siapa, mereka tunduk mencium tangan tanda hormat.
“Ohh..cepatnya makcik sampai..tak tahulah
dia masuk tadi dah nak Isyak..sampai sekarang belum ada orang panggil kami
mengatakan Amirah dah bersalin.”
“Kamu berdua dah solat Isyak..mak cik dan
pak cik ni tadi tak sempat nak solat, boleh tunjukkan surau nak..”
“Kami dah solat..jom saya tunjukkan
surau.” Ain menunjukkan surau kepada kedua ibu mertua Amirah.
Selesai
mereka solat kedua ibu dan bapa mertua Amirah menyertai dua orang gadis kawan
Amirah tadi. Mereka sama-sama menunggu di hadapan wad bersalin. Tidak lama
lepas tu seorang jururawat memanggil waris Amirah mengatakan Amirah sudah
selamat bersalin. Mereka berempat pergi mendapatkan Amirah. Kelihatanya Amirah
baring disebuah katil dan ada katil bayi di sebelahnya. Melihat sahaja ibu dan
bapa mertuanya datang, air mata Amirah terhambur keluar, bagai tidak boleh
dibendung lagi.
Dia
menekup kedua belah tangannya kemukanya. Dia menangis teresak-esak hingga
terhenjut-henjut badanya menahan tangis. Kawan-kawan Amirah serta ibu mertua
Amirah juga turut menangis. Hanya Encik Abdul Majid bapa mertua Amirah sahaja
yang terpinga-pinga melihat keempat-empat wanita itu menangis. Didalam hatinya
sibuk mengata ‘hai orang perempuan ni tak fahamlah aku...suka pun menangis
sedeh apatah lagi’. Puan Sharifah segera mendapatkan Amirah dan memeluk
menantunya dengan kejap, dielus-elusnya
kepala Amirah yang dibaluiti tudung Amirah supaya tenang, kemudian dia
berkata perlahan.
“Kenapa Mirah menangis.. Mirah sakit lagi
ke?” barulah Amirah tersedar, ibu mertuanya tidak tahu kisah rumah tangganya
lagi. Setelah reda tangisanya.. Amirah cuba bangun..
“Mirah nak bangun.”
“Haah ma dah leguh rasanya baring tak
bergerak sedari tadi”. Ibu mertuanya dan kawan-kawannya membantu Amirah duduk
bersandar di kepala katil
“Ok
tak.. selesa tak Mirah mama buat macam ni.” Puan Sharifah meletakkan bantal
dibelakang Amirah
“ Oklah ni..Mirah rasa selesa dah ni.”
“Mirah rasa sakit lagi??”
“Tak..Mirah dah tak rasa sakit lagi tapi
Mirah gembira sangat..sekarang Mirah dah jadi ibu..mama itu anak Mirah..kata
nurse tadi anak Mirah perempuan.. masa dia tunjuk kat Mirah tadi, Mirah tak
nampak dengan jelas.” Amirah menunjuk kearah katil bayi disebelahnya semua mata
terarah kekatil bayi tersebut. Bayinya sedang tidur dengan lena.
“Ohh..kita dapat cucu perempuan..
atuknya.” lalu Puan Sharifah
mengangkat bayi didalam katil bayi, lalu
diserahkan kepada suaminya..
“atuknya tolong qamatkan cucu awak
ni..baik-baik jangan kena tangan saya
atuknya masih ada air sembayangkan.”
“Ialah mari sini sayang.. atuk dukung.”
bapa mertua Amirah menyambut huluran isterinya, menatang cucunya yang masih
merah lalu dicium pipinya penuh kasih. Dia mengadap kiblat lalu diazankan
ditelinga kanan dan dibisikan iqamat ketelinga kiri cucunya perempuanya itu.
Melihat apa yang diperbuat oleh bapa mertuanya air mata Amirah berhambur lagi.
Hatinya menjadi pilu terkenangkan suaminya, jika mereka masih dalam ikatan
suami isteri tentu ‘dia’ yang melakukn apa yang dilakukan oleh bekas bapa
mertuanya. Cepat-cepat Siti pula memeluk
dan menyabarkanya. Dengan suara yang perlahan Siti berkata mengingatkan Amirah.
“Sabar Mirah.. sabar..mereka tak tahu lagi
kisah kau..emak dan bapa mertua kau tak tanya apa-apa pun dengan aku dan Ain
tadi”. Amirah hanya mengangguk-angguk kepalanya dan cuba menahan tangis.
Setelah reda tangisanya dia bersuara.
“Terima kasih Siti..terima kasih Ain
temankan aku. Sampai dah lewat malam kau orang masih kat sini.. Alhamdulillah esok tak
kerja..kalau tidak mengantuk kau kerja esok.” Setelah Siti meleraikan
pelukkanya Amirah cuba berlagak ceria.
“Tak apa
…kau punya pasal tak apa, lagi pun aku terharu ni dah dapat anak buah..”
Ain yang diam sedari tadi bersuara menceriakan suasana.
“Hai.. kamu berdua dah jadi mak cik lah
ni.” sambung ibu mertua Amirah pula. Makin ceria suasana orang-orang disekeliling
Amirah.
“Mirah dah ada nama nak bagi pada cucu
perempuan papa ni?” bapa mertua Amirah bersuara, cucunya tadi telah diserahkan
kepada isterinya.
“Belum lagi papa..Mirah tak sempat nak
cari, ingat balik kampong minggu depan, nak cari dengan ibu dan ayah..rupanya
tak sempat..anak Mirah ni nak jadi orang KL, itu yang keluar cepat lebih
seminggu ni.”
Amirah menghulurkan tanganya menyambut
bayi yang diserahkan oleh ibu mertuanya kepadanya.
“Kalau macam tu boleh papa yang bagi
nama…mamanya apa pendapat mama atau nak tunggu Loqman dulu.” mendengar nama
Loqman mata Amirah berkaca-kaca lagi, dia terdiam menahan tangis dengan sedaya
upaya. Melihat keadaan itu ibu mertuanya cepat-cepat bersuara.
“Tak payahlah bang..abang dah ada nama nak
bagi..tunggu Loqman mungkin dia lambat balik..dia kata dia tengah kerja luar
dari Petaling Jaya.”
“Papa nak bagi nama Nur Syifa atau Nur
Fariha mana satu yang Pah rasa sesuai.” bapa mertuanya memandang isterinya Puan
Sharifah kemudian menantunya Amirah.
“Mama teringin nak bagi nama Ain kat
pangkal nama..boleh tak Mirah.”
“Mama ni, pilih dulu nama yang papa
bagilah NurSifa ke NurFariha..nanti barulah bubuh Ain tu.” Sibuk mereka memikir
nama untuk diberikan kepada seorang bayi yang baru hendak memandang dunia.
Diharapkan nama yang bagus-bagus agar besar nanti menjadi orang berguna dan
berakhlak mulia, kerana kita memanggilnya dengan erti yang bagus.
“Mama suka Nur Syifa..kalau tak salah
Syifa ni ertinya penyembuh..tapi NurFariha ni mama tak tahu ertinya.Mirah suka
mana?”
“Mirah ikut papa dan mama saja..elok pada
mama elok juga pada Mirah.”
“Kalau macam tu biar papa yang buat keputusan…
papa pilih Nur Syifa..nama ni jarang orang gunakan. Kalau mama nak tambah
jadilah Ain jadilah AinNur Syifa ok tak Mirah.”
“Oklah tu papa..Mirah suka juga nama tu
macam lembut saja nama orang yang pakai nama tu.”
“Betul Mirah kalau sebut nama Ain tu
nampak lembut orangnya kan macam aku ni.” Ain bersuara disambut dengan ketawa
Siti dan Amirah.
“Banyaklah kau punya lembut..kau tu macam
tomboy adalah.” balas Siti lagi..ceria orang-orang dikeliling Amirah
Setelah dipersetujui nama cucu mereka
mereka berbual-bual lagi sehinggalah Amirah tersedar waktu sudah menjangkau
tengah malam.
“Papa, mama, Siti dan Ain ..dah malam
sangat ni …Mirah pun dah selamat ..pergi lah balik. Mama.. kesian kawan Mirah
ni, dari Magrib tadi mereka temankan Mirah”.
“Ialah ..Mirah rehat elok-elok..esok mama
dan papa datang lagi..jom lah Siti dan Ain mak cik hantar.” Ibu mertua Amirah
menghampiri Amirah tunduk lalu mencium dahi Amirah lama, meleleh juga air mata
Amirah namun cepat-cepat disapunya dengan tapak tanganya. Kemudian dua orang
sahabatnya pula mencium pipi kiri dan kanannya sambil bisikkan kata-kata
semangat untuknya.
“Sabar Mirah…sabar ini hanya
dugaan..sabarlah ya.” Amirah menganggauk-anggukkan kepalanya. Mereka pulang
dengan janji esok mereka akan datang lagi. Langkah mereka diiringi oleh
pandagan mata Amirah, hingga kepintu keluar.
==============================
Sepeninggalan
mereka, Amirah teresak lagi mengenangkan
nasibnya tampa suami dan mengenangkan nasib anaknya tampa ayah.
Dia merenung anak yang masih dipangkuanya. Bila anaknya merengek-rengek mungkin
hendakkan susu, Amirah cuba menyuapkan puting susunya kemulut anaknya.
Terkial-kial dia memasukkan puting susunya kemulut comel anaknya, akhir berjaya
juga mulut comel anaknya menghisap
puting susu ibunya.
Bila
mulut comel itu mula mengisap puting susunya, ada satu rasa yang sangat bahagia
menjalar keseluruh anggotanya. Rasa yang tidak dapat digambarkanakan kebahagiaanya, hanya seseorang yang
melaluinya sahaja dapat merasa nikmat itu. Terbit satu semangat di hatinya..
’mulai saat ini aku mesti kuat, aku akan
membesarkan anak ini..inilah amanah yang Allah telah beri kepadaku, untukku
besarkan dan akanku didik supaya menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia
dan akhirat’ itulah kata-kata semangat dan janji yang lahir dari hatinya.
=======================
Didalam hati Puan Sharifah berombak
menahan rasa. Persoalan yang tersimpan sejak dia sampai dihospital tadi rasanya
tidak dapat dibendung lagi. Apabila sampai sahaja mereka dipangsapuri tempat
kawan-kawan Amirah menyewa, mereka mempelawa bapa dan ibu mertua Amirah singgah
dan bermalam di rumah dirumah sewa
mereka.
“Pakcik, mak cik tidur sini sajalah..dah
malam sangat ni.”
“Ehh…mamanya kenapa tak minta kunci rumah
pada Amirah tadi, kalau tak.. boleh kita tidur saja di rumah mereka.” Puan
Sharifah menelan air liurnya mendengar pertanyaan suaminya. Namun pertanyaan
suaminya tidak dijawab. Dia meminta izin suaminya hendak masuk kerumah dua orang gadis itu pula.
“Bang kita masuk rumah Siti dan Ain ni sekejap.”,
“Jomlah naik makcik , pakcik.” Ajak mereka
bersungguh-sungguh.
Sampai
didalam rumah, mereka duduk diruang tamu. Ain ingin berlalu kedapur mungkin
untuk menghidang secawan air untuk tetamu..begitulah adat orang Melayu yang
menghormati tetamu tidak kira masa siang atau malam sekurang-kurang secawan air
bujang pun jadilah tanda kita berbudi bahasa..
“Tak payah susah-susah nak..duduk sini makcik
nak tanya..jawab secara jujur, makcik nak dengar..jujur tahu.” Puan Sharifah
menekan perkataan ‘jujur’ dua kali supaya jelas, tegas bunyi suara Puan
Sharifah.. terpinga-pinga suaminya mendengar suara tegas isterinya seperti
seorang polis yang sedang menyiasat pula lagaknya. Disaat itu Encik Abdul Majid
menjadi keliru siapa agaknya yang menjadi polis dirinya atau isterinya.
“Ialah..kami akan jawab apa yang kami tahu
Insyaallah.” Ain duduk semula disebelah Siti.
“Betul ke Amirah dan Loqman dah bercerai?”
tajam pandangan mata Puan Sharifah kearah kedua orang gadis itu, manakala Encik
Abdul Majid sudah terbangun dari tempat
duduknya.
“Apa..apa awak cakap tadi Pah. Awak ni
sedar ke tidak ni..kenapa awak cakap Loqman dengan Amirah dah
bercerai...bila??.”
“Saya ni tengah sedar papanya..Pah tak
tidur lagi..Pah nak cari kepastian.. ini yang Pah nak tanya ni..dia orang
berahsia dengan kita…mungkin ibu dia di Pilah pun tak tahu agaknya.” mata Puan
Sharifah terarah kepada kedua-dua orang gadis.. kawan Amirah. Nampak garang
saja Puan Sharifah ni, macam harimau nak terkam mangsanya bisik hati dua orang
rakan serumah Amirah. Mereka jadi kecut perut.
“Betul mak cik …pak cik.. mereka dah
bercerai.”
“Bila mereka bercerai… kamu tahu tak.”
lembut sikit suara Puan Sharifah. Sebenarnya Puan Sharifah menjadi kecewa
mendengar pengakuan rakan serumah Amirah. Dia mengharapkan kata-kata Loqman
Magrib tadi tidak benar atau mungkin dia tersalah dengar. Tetapi kini sudah
jelas. Encik Abdul Majid yang baru tahu jadi terpinga-pinga..dia sudah tidak
boleh bertanya lagi. Otaknya sibuk memperoses apa yang baru didengarinya.
“Dalam tiga bulan lepas..Amirah datang
sini..dan malam tu dia kata dia dah bercerai dengan suaminya.”
“Dia ada cerita tak kenapa mereka
bercerai.”
“Yang kami tahu mereka dah bercerai
sahaja..sebabnya kami tak tahu, bila sebut
‘suami’ sahaja dia akan menangis macam kat hospital tadi..dia tidak
dapat nak meluahkan apa yang ada dihatinya pada kami. Kami kesin…jadi kami tak tanya lagi”.
“Ohh, jadi kamu semua tak tahu lah apa sebabnya mereka
bercerai.”
“Tak. “ serentak mereka berdua mengiyakan.
“Bang dah nak pagi ni, jom lah kita
beransur mereka pun nak tidur, kesian dari tadi temankan Amirah.”
“Tidur sinilah makcik..pakcik…Ini bilik
Amirah..gunalah bilik ni, tak lama lagi pun dah subuh. ” mereka menunjukkan
bilik Ain bersama Amirah, Ain pula malam ini dia akan tidur dibilik Siti.
“Macam mana bang..kita tidur sini ke
..atau kita cari hotel dekat-dekat sini.”
“Abang rasa lebih baik kita cari hotel
saja, ada banyak hotel dekat-dekat sinikan.” bapa mertua Amirah memandang kedua
gadis kawan Amirah.
“Ada..yang saya tahu SHAH VILLAGE di Jalan
Othman, dan hotel SINGGAHSANA dekat-dekat situ juga.”
“Dah jom lah kita pergi, pakcik bukan apa
nak..kami nak tunggu sampai Amirah keluar hospital sekali..kemudian nak hantar
mana dia nak duduk, rasanya dalam keadaan dia macam ni, tentu dia pilih rumah
ibunya diKuala Pilah.” bapa mertua Amirah menerangkan supaya mereka tidak kecil
hati.
“Eloklah tu pak cik..”mereka mengiringi kedua
orang tua itu hingga kepintu.
“Assalammualaikum..kunci pintu ya, makcik
dan pak cik pergi dulu terima kasih ya.”
“Waalaikumsalam..terima kasih hantar
kami.”
Ketika dalam kereta Encik Majid bersuara.
“Pah sejak bila ..Loqman bercerai.”
“Nanti sampai hotel Pah cerita, kita cari
hotel dulu.” mereka memilih hotel SINGGAHSANA. Setelah mereka mendaftar dan
masuk kebilik yang tertera pada kunci bilik tersebut. Encik Abdul Majid
melabuhkan punggungnya di kerusi yang tersedia. Dia tidak terus merebahkan badannya
kekatil, walaupun matanya sudah berat dan badannya juga keletihan. Katil yang
tersedia pula nampak sungguh selesa. Dia ingin isterinya menjawap tanda tanya
besar yang bersarang dikepalanya sejak
tadi. Hatinya sudah tidak sabar lagi.
“Pah cakaplah terus terang dengan abang..jangan nak sorok
lagi..dah lama betul abang sabar ni.” Lembut suaranya bagai merayu isterinya
yang mula hendak mencecahkan punggung di kerusi sebelahnya.
“Ialah bang..memang Pah nak cerita dengan
abang..Pah dah tak sanggup nak simpan walaupun seminit lagi. Bang..Pah
tahu mereka bercerai pun masa Pah
telefon Loqman petang semalam.”
“Kenapa Pah tak cakap dengan abang.”
“Pah ni... macam nak pecah dada menahan
cerita ni bang, tapi kalau Pah cerita kat abang..abang tu nak bawa kereta,
nanti tak dapat beri tumpuan..satu lagi abang kena sabar bila Pah cakap.
Beristifarlah banyak-banyak, bersiap sedia ye.” kata-kata Puan Shrifah
menjadikan hati suaminya tambah berdebar. Sejak bila pula isteri aku ni pandai
bermain kata-kata bisik hati Encik Abdul Majid.
“Cakap lah ..abang dah bersedia ni.” Makin
sayu pandangan matanya memandang isterinya. Hatinya sungguh kecewa mengenangkan
menantu pilihan mereka yang seakan teraniaya oleh anaknya sendiri.
“Masa tengah hari Pah telefon Loqman kata
dia tengah sibuk, Pah ada bagitahu abang kan.. Lepas tu dekat Magrib kita
telefon dia lagi, dia cakap apa abang tahu.”
“Manaaalah abang tahu..Pah tak cakap
dengan abang.” Sayu kedengaran suara Encuk Abdul Majid yang bertambah letihnya
kerana kisah anaknya.
“Dia cakap dia dah nikah …maksudnya Loqman
nikah semalam.” Terloncat Encik Majid
dari tempat duduknya mendengar cerita isterinya, matanya tadi layu kini
segar kembali kerana beliakkan matanya yang membulat memandang isterinya. Bagai
mahu tercabut jantungnya mendengar perkabaran yang diucapkan oleh isterinya.
“Astafirullahalazim..astafirullahalazim..
astafirullahalazim kesianya Amirah sedang dia sakit nak bersalin suaminya nikah
lagi.” kata-kata itu terlontar dari mulut Encik Abdul Majid yang terkejut. Mereka
berdiam diri memikir perjalanan hidup anak menantu yang seakan penuh liku dan
duri. Mereka mengharapkan panas sampai kepetang rupanya hujan ditengah hari
rumagtangga anak dan menantu mereka. Yang dikesalkan anaknya sendiri tidak
mampu menghadapi cabaran berumah tangga dan tidak mampu menangkis dugaan dan
gagal menjadi nakhoda pelayaran dalam rumah tangganya.
Puan Sharifah berpesan kepada suaminya...
“Bang esok abang jangan cakap dan jangan
tanya apa-apa pasal Loqman pada Mirah ya, mungkin Loqman nikah dia tak
tahu..dan jangan sekali-kali sebut tentang Loqman depan dia ye..kan kawan-kawan
dia cakap tadi ..kalau sebut sahaja tentang suaminya dia kan sedeh, nanti lain
pula jadinya. Tadi Pah dah nak tersebut rasanya..rupa cucu kita memang sebiji
macam rupa Loqman masa bayi kan bang.”
“Pah cakap macam muka Loqman baru abang
ingat..tadi nak tersebut juga, tapi sebab sibuk cari nama dalam kepala, lupa
pulak. Rambutnya saja macam rambut Mirah masa kecikkan keriting maggi..ya Pah.”
Kerana keletihan akhirnya mereka terlena juga. Subuh mereka pula hamper pukul
630pagi baru mereka terjaga.
No comments:
Post a Comment