Dan dengan panggilan itu, pukul 11 pagi
esoknya Syed Borhan tiba di pejabat balai polis****. Terus sahaja di mahu bejumpa
dengan Inspektor Zam seperti yang diberi
tahu oleh pegawai polis wanita yang menghubunginya semalam. Ketika Inspetor Zam
terjengul diruang bilik yang disediakan mereka terkejut dan kaku seketika.
“Azrul..Ini Azrulkan..Ya Allah lama tak
jumpa Azrul awak jadi polis rupanya.. macam
mana dengan Ijazah jurutera awak tu”. Yang sebenarnya antara Azrul Azam dan
Syed Borhan merupakan kenalan masa di Universiti. Mereka merupakan rakan
sebilik, biar pun mereka berjarak umur. Ketika Azrul menuntut ditahun satu Syed
Borhan sudah ditahun tiga. Biar pun hanya setahun sahaja mereka duduk sebilik
namun hubungan mereka memang rapat. Syed Borhan merupakan abang senior yang
baik hati. Kebetulan mereka megambil jurusan yang sama JURUTERA. Banyak juga
ilmu-ilmu asas dan buku-buku jurutera yang diturunkan kepada adik sebiliknya.
“Entah lah bang, lain kita belajar lain
pula yang kita dapat, nak buat macam mana dah rezeki saya jadi polis”.Mereka
berjabat tangan kemudian berpelukkan. Lepas pelukkan dileraikan…mereka
berpandangan sambil tersenyum dan mereka berdakapan lagi. Kawan lama kalau dah
jumpa rasa tak terlerai rindu rasanya.
“Yang Inspektor Zam tu Azrul ke?”.
“Ia bang.. kat sini diorang panggil
Azam..biar saya penuh dengan azam setiap
hari itu kata mereka. Masa kat U dulu diorang ikut abanglah yang mulakan
panggil saya Azrul. Sampai saya habis belajar mereka panggil saya Azrul. Bila
saya kat kampong orang panggil saya Itam. Kaya saya bang kaya nama..”. ha..ha
dua kenalan lama ketawa gembira.
“Azrul nama awak juga kan. Ehh abang
datang sini sebenarnya disuruh bagi keterangan berkenaan dengan Nur Hidayah binti
Abdullah”.
“Haa siapa Nur Hidayah binti Abdullah
pada abang. Mengikut kata pagawai yang menghubungi abang semalam, dia adik
sepupu abang betul ke”.
“Betullah dia tu anak arwah mak su
abang. Kenapa dengan dia?”.
“Macam ni ceritanya..Inspektor Azurul
Azam menceritakan kisah Nur Hidayah sehingga dia terpaksa duduk dilokap kerana
dituduh melakukan kecerderaan hingga menyebab kan kematian kerana hendakkan harta suaminya.”
“abang tak percaya dia buat macam tu,
sebab dia ni jenis orang yang tak pandang pada dunia. Orangnya alim. Azrul nak
tahu dari masih remaja lagi dia dan buat solat-solat sunat. Dia tak sewenang-wenangnya
keluar rumah pergi kehulu kehilir mencari hiburan walau pun abang rasa dia
banyak duit. Sebab apa abang kata dia banyak duit. Dia dari remaja lagi dah
diberi kepercayaan oleh mamanya hidup sorang menguruskan diri. Tentu urusan
duit dia yang fikir sendiri kan. Emaknya kerja kat Arab Saudi jadi jrurrawat
dengan gaji lima belas ribu sebulan. Agak-agak lah berapa ratus ringgit sebulan
dia bagi kat anaknya yang seorang tu”.
“Ohh dia anak tunggal bang”.
“Abang nak cerita tapi ni aib keluarga
kami, perlu ke abang cerita rasa nya tak
perlu kan”.
“Ok lah kalau macam tu abang boleh
jumpa dia, mana tahu dia nak meluahkan perasaaan dia pada abang, sebab abang
sedara dia. Mungkin dengan luahan perasaan dia, kami dapat klu yang boler
dijadikan bahan bukti. Sebab kes ni dah melibat kes dadah dan kematian jadi dia
dipandang serius”.
Setelah memberi keterangan hubunganya
dengan Nur Hidayah. Syed Borhan dibenarkan berjumpa dengan Nur Hidayah di bilik
yang disediakan.
“Asalamualaikum”..sapa Syed Borhan bila
Nur Hidayah terjegul bersama seorang pegawai polis wanita.
“Kenapa jadi sampai macam ni
Dayah..betul ke segala tuduhan tu”. Terus sahaja pertanyaan itu yang meluncur
keluar dari bibir Syed Borhan. Hatinya sedeh melihat orang disayang menderita.
“Dah takdir Dayah macam ni..nak buat
macam mana. Tapi apa tuduhanya”.
“Dayah dituduh merancang membunuh suami
sendiri kerana nakkan hartanya”.
“Kalau dah dituduh macam tu ialah
agaknya”.
“Jangan sebarang cakap Dayah, kerana kata-kata kita akan diambil sebagai
bukti nanti. Dayah tahu tak dengan tuduhan itu kalau Dayah didapati bersalah
Dayah akan ketali gantung.”.
“Kalau dah ditakdirkan itu cara
kematian Dayah, Dayah reda long. Dayah
tak boleh nak mengubah takdir..Dayah tak ada kuasa mengubahnya”.
“Tapi betul ke tuduhan tu, kalau betul
kenapa?.. terdesak sangat kah kehidupan Dayah selama ni...Lagi satu Dayah kahwin
dengan orang dah berumur 54 tahun yang ada HIV. Kenapa Dayah terdesak nak kahwin sangat. Kalau susah kenapa
tak bagi tahu along..kita kan sepupu. Along sanggup tanggung kehidupan Dayah.Kalau
Dayah tak payah kerja pun tak apa along boleh tanggung. Ceritalah sikit Dayah,
supaya hati along tak rasa bersalah membiarkan adiknya menjadi pembunuh kerana
kesempitan hidup. ”
“Ok Dayah cerita satu-satu kemudian
along fikir kehidupan Dayah ni. Yang along kata Dayah
kesempitan dalam hidup Dayah. Along! Mama Dayah simpankan duit untuk Dayah seratus
ratus ribu ringgit dalam bank Dayah. Walau pun separuh Dayah dah bayar pada
aparment yang Dayah beli tapi dengan duit gaji Dayah, Dayah dah boleh
kembalikan duit yang mama simpankan untuk Dayah. Sebab duit simapanan tu buat
persediaan kalau Dayah kesusahan itu kata mama. Along tahu tak berapa gaji
Dayah jadi Akauntan dan PA selama ni.. enam
ribu ringgit sebulan, sebab Dayah buat
dua kerja, jadi majikan Dayah bagi dua gaji pada Dayah. Along rasa cukup tak
untuk Dayah yang tak ada tanggungan, hidup kat Kuala Lumpur ni dengan duit gaji
sebanyak itu.Lagi satu untuk pengetahuan along apartment Dayah ada tiga bilik,
dua bilik Dayah sewakan ..Sempit ke hidup Dayah sebelum Dayah ditanggung oleh
suami long” Terganga mulut Syed Borahan
mendengar duit simpanan yang dimiliki oleh Nur Hidayah..
…Kalau kata along Dayah terdesak nak
kahwin..Dulu ada orang tu cakap suka kan Dayah, kalau Dayah terdesak nak
kahwin patut ke Dayah melepaskan ajakkan
seorang lelaki yang masih bujang dan muda. Dayah tahu lelaki itu mempunyai
pendapatan 5 angka sebulan. Dahlah berpendapatan tinggi, kacak pula orangnya.
Baik hati, penyabar dan penyayang lengkap dirinya mempunyai ciri-ciri suami
mithali. Memag bertuah gadis yang mendapat cinta dan sayang nya. Dia mengaku
sayang kan Dayah bukan sebagai adik..tapi Dayah tak membalas sayang dia. Kerana
dia lebih layak memberi sayangnya pada gadis yang lebih baik dari Dayah, tapi
kalau Dayah terdesak peduli apa layak tak layaknya Dayah nikan..jadi along
fikir terdesak sangat ke Dayah nak kahwin”.
“Habis kenapa Dayah kahwin dengan
lelaki yang dah tua dan mempunyai HIV positiv pula tu. Dayah tahu tak apa itu
HIV positive. Penyakit yang lama kelamaan akan menjadi ADIS..penyakit yang akan
membawa maut..dan penyakit yang tiada ubatnya”.
“Lebih dari tahu long..along tahu tak
siapa Tengku Faris tu”.
“Anak pengusha hotel Dato’ Tengku
Faizal yang kaya tu”.
“Jadi along fikir sebab dia anak
pengusha hotel dan kaya lah Dayah nikah dengan dia.. Macam tu?. Kalau along nak
tahu dia adalah bapa biologi Dayah. Dia adalah bekas kekasih mama..dia lah lelaki yang meyebabkan
Dayah lahir. Along tahu tak kenapa Dayah nikah dengan dia..”
“Kenapa??”. Terkelip-kelip mata Syed
memandang Nur Hidayah dihadapanya yang berwajah tenang. Terkejut memag terkejut
mendengar pengakuan Nur Hidayah tentang arwah suaminya.
.”Sebab Dayah terdesak mencari kasih
seorang ayah. Kalau kami tak nikah Dayah bukan mahram pada dia. Kalau dah bukan
mahram kami duduk serumah, kami keluar
makan bersama, kami jalan-jalan berdua, semuanya akan mengumpul dosa. Kami tak mahu mengumpul dosa
secara percuma. Ada jalannya kalau kami nak duduk serumah. NIKAH..Jadi Dayah
nikah dengan dia untuk menjadikan kami boleh hidup satu bumbung. Dia boleh jadi pelindung Dayah dan Dayah boleh
jaga dia kalau dia sakit.…Yang ini
memang Dayah tersedak.
…. Yang sebetulnya dari Dayah kenal
manusia lelaki dan perempuan lagi, Dayah dah terdesak untuk memanggil seorang
lelaki itu dengan panggilan ayah atau papa atau baba atau abah atau abi atau
bapa dan yang sewaktu denganyalah. Dulu
masa Dayah kecil, Dayah teringin sangat nak panggil seorang lelaki dengan
gelaran itu.Teringin nak pegang hujung jari mereka sambil berjalan pergi
kesekolah atau pun berjalan kat laman rumah pun jadilah.
…Bila melihat sepupu-sepupu kita jalan
dengan ayah mereka hati Dayah cemburu sangat. Along pernah ada rasa yang macam
tu. Dayah rasa tak pernah kan sebab along mempunyai seorang ayah yang penyayang
dan penyabar . Sesekali nak juga Dayah pegang hujung jari pak ngah atau pak su. Nak merealisasikan impian Dayah, namun
mereka akan menjauhkan diri bila nampak Dayah datang pada mereka. Kedekut betul
pak ngah dan pak su nak pinjam hujung jari mereka pun mereka tak kasi itulah
yang terdetik dihati Dayah ketika tu.
…Itu sebabnya Dayah nikah dengan Tengku
Faris nak merealisasikan impian Dayah. Dapat berjalan pegang lengan dia, Dayah
rasa bahagia sangat. Dayah rasa Dayah sorang saja yang ada papa penyayang macam
papa Dayah. Terasa diri Dayah berumur tujuh tahun bila Dayah jalan dengan dia
long. Itulah kehidupan Dayah selepas Dayah jauh dari mata along. Dayah bahagia.. sangat bahagia.”.
“Jadi kenapa Dayah upah orang bunuh
bapa biologi Dayah tu… kerana dendam ke..sebab dia menjadikan Dayah hina jadi anak luar nikah”.
“Along! kalau along rasa bahagia dengan
kehadiran dia, patut ke kita hapuskan dia dalam hidup kita. Apa buktinya Dayah
yang mengupah orang untuk memukul Tengku Faris. Along tenguk muka Dayah ni muka Master Mind sesuatu
keganasan ke?.”
“Habis yang sampai Dayah masuk penjara
kerana dituduh bukan ringan tuduhan terhadap Dyah tau..Dayah dituduh melakukan
keganasan hingga menyebabkan kematian… macam mana? Keliru betul along”.
“Mungkin inilah harga kasih ayah yang
Dayah minta..bila Dayah dapat dijadikan ujian pada Dayah. Kalau Allah dah tetap
kan macam ni Dayah nak buat macam mana.. Dayah reda long, biar pun Dayah akan
ketali gantung jika sabit kesalahan..itu takdir Dayah.”.
“Kenapa Dayah cepat putus asa..kalau
Dayah cakap macam ni seumpama memang betul tuduhan tu..mungkin kerana marah
pada Tengku Faris yang menyebabkan Dayah lahir jadi anak tak sah taraf”.
“Nak marah kenapa long.. Dayah lahir jadi anak yang tak taraf itu dah takdir
perjalanan hidup Dayah. Yang sebenar nya jika kita lahir ke dunia ni, walau dengan
apa cara sekali pun, kita patut bersyukur. Kerana dengan kelahiran kita, Allah bagi kita
peluang memilih nak syurga atau neraka
bila kita diakhirat kelak. Allah dah bagi kita otak untuk memilih perkara yang
baik atau buruk untuk diri kita sendiri..Dayah guna otak Dayah untuk memilih
yang baik untuk diri Dayah.Itu sebabnya Dayah berusha menjadi hamba yang baik
dan taat. Tak semestinya anak luar nikah ni berkeahiran buruk didunia dan
akhirat. Memang anak luar nikah tak dipandang didunia ni..tapi kalau kita
mengikut segala perintah Allah dan membuang jauh apa yang dilarangNya.. In Syaa
Allah kat akhirat kelak akan di balas
dengan seribu nikmat kebaikkan”.
“Jadi bukan Dayah lah yang merancang pembunahan tu”.
“ Along..along macam tak kenal Dayah.
Dari kecil along tengok Dayah, macam mana Dayah menjaga perlakuan untuk
menjadikan Dayah seorang hamba yang baik,
yang taat. Sungguh tak berbaloi berbelas tahun Dayah menjanga
diri..tiba-tiba dengan sekali bisikkan syaitan Dayah rugi didunia dan akhirat.
Dayah tak akan jadi orang yang rugi long. Lagi pun memaafkan satu perbuatan
yang mulia. Kenapa selalu orang menyebut ‘sedang
kan Nabi pun memaafkan umatnya’.. supaya kita mencontohi sifat Nabi
Muhammad saw yang baik tu MEMAAFKAN. Kan along pun tahu kalau kita buat jahat
dengan manusia, perbuatan baik kita akan tergantung antara langit dan bumi tak
akan sampai pada Allah selagi manusia yang kita khianati itu tidak memaafkan
kita”.
“Along kesihan Dayah. Dayah baik tapi
kenapa diduga macam ni. Mama tak ada.. ada mak cik dan pak cik semuanya tak
ambil tahu tentang Dayah.. termasuklah ibu along. Ni orang buli Dayah macam ni
tak ada siapa nak bela dan nak melindungi Dayah”
“Tak apalah long, Dayah ambil ni
sebagai ujian pada Dayah. Mungkin Allah nak menguji ketetapan pendirian Dayah. Mungkin
juga didatangkan musibah ini untuk
menghapus dosa-dosa Dayah yang Dayah tak
sedar, Dayah redha. Pada Dayah apalah sangat hidup didunia yang hanya sementara,
jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang kekal. Lagi pun hilang Dayah
tak akan ada siapa yang akan merasainya Long.” Orang –orang yang disebalik
diding terkedu mendengar bicara wanita muda yang sangat kuat menerima cabaran.
Mereka tidak menyangka wanita yang dilihat pendiam begitu petah berkata-kata.
“Dayah..”
“Dah lah long Dayah ok..Terima kasih sebab
jenguk Dayah. Along jalanilah kehidupan ini dengan bahagia. Jika kita bahagia
didunia In Syaa Allah diakhirat kita akan bahagia juga. Jaga kak Nisa baik-baik
(Nur An-Nisa isteri Syed Borhan). Kalau along jaga kat Nisa baik, dia akan jaga
anak-anak along baik juga. Jangan salah kan diri along dengan apa yang menimpa
Dayah.. Kat sini Dayah cakap terus terang, Dayah tak buat semua tuduhan ini
tapi ialah kalau Dayah jadi terhukum dengan tuduhan ni Dayah reda dengan takdir Dayah .. Apa-apa
yang Allah bagi pada Dayah..Dayah terima. Akhir sekali Dayah minta maaf kalau
ada salah silap Dayah pada along. Mana tahu ini pertemuan kita yang terakhir. Lepas
ni jangan bimbangkan Dayah. ” Nur Hidayah sudah bangun dari kerusinya.
“Dayah!! along nak Tanya ni..orang yang
kata sayang kat Dayah tu siapa?” Nur
Hidayah memandang abang sepupunya tenang.
“along rasa ada orang lain ke yang suka
Dayah, selain along?. Tapi sekaramg Dayah tak harap lagi sayang tu..Harap along
boleh bagi sayang along tu pada yang lebih berhak.” Rasa mahu melompat Syed Borhan mendengar
jawapan Nur Hidayah. Yang sebenarnya sayangnya pada adik sepupunya tidak pernah
berkurang walaupun dia sudah mempunyai isteri.
Syed
Borhan berjumpa Inpektor Azrul Azam sekali lagi. Niat dihatinya mahu
menyelamatkan Nur Hidayah sedaya boleh. Dia tahu Nur Hidayah tidak bersalah.
Setelah dia duduk dihadapan Inspektor Azam.
“Azrul!..abang rasa Hidayah ni teraniaya. Abang tak fikir dia gilakan harta. Abang kenal dia
dari kecil lagi. Apa yang abang cakap tadi itulah dirinya. Yang sebetulnya
abang kagum dengan dia, muda-muda lagi dia dah rajin buat solat sunat dah
pandai jaga aurat dia. Abang tak pernah nampak rambut dia sejak dia dah pandai
jaga aurat dia…walaupun rumah keluarga abang tak jauh dari rumah nenek kami.
Dia duduk kat rumah nenek kami.. Dan yang paling abang kagum dia pandai jaga
diri walau pun tak ada orang tua membimbing dia. Mama dia kerja kat Arab masa
dia ditingkatan tiga. Masa dia ditingkatan empat nenek kami meninggal. Dia
duduk sorang kat rumah tu, tak ada
saudara-mara kami yang nak ambil duduk dengan mereka.. termasuklah emak abang.
Sebab apa Azrul nak tahu, sebab dia anak luar nikah.”
“Ohh dia anak luar nikah..abang memang
ada hati dengan dia ke bang”.
“Sejak remaja lagi abang memang suka
dengan dia.. kerana peribadi dia Azrul.. tapi ibu abang tak restu. Ada juga
rancangan abang nak kahwin lari dengan dia tapi rasanya, dia tak akan setuju
dengan rancangan abang. Akhirnya bila dia nikah, abang pun nikah juga dengan sepupu kami. Abang minta tolong dengan
Azrul tolong tenguk-tengukkan dia. Abang berharap sangat Azrul dapat tolong
dia”.
“In Syaa Allah bang. Orang yang tak
bersalah ni selalunya Allah akan tolong kan bang”.
Azrul pun seorang yang baik mudah-mudahan terungkailah kisah yang sebenar. Dayah tidak sesekali menceritakan yang ibu mertuanya tak suka padanya. Rasanya Azrul akan jatuh kasih pada Dayah ni.
ReplyDeleteSian kat Dayah. Dah puas berkata benar, bila orang tak percaya dia terpaksa redha. Ni semua Tengku Faridah punya pasal. Biarpun anak tak sah taraf tapi tetap darah daging dia.
ReplyDeleteSedih pulak Tengku Faris dah takde. Dari awal cerita watak dia yang menonjol.
rindu nak baca sambungan citer hidayah....adakah bahgia untuk dayah
ReplyDeleteMak teh baru habis kursus, ingatkan bleh curi2 masa rupanya tak boleh..lagi pun beku ilham tak kluar..In Syaa Allah mlm ni diushakan.
ReplyDelete