~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 12 July 2012

Bab 17. Jangan ada rahsia




Hendakku sukat air madu,
Dari kendi kedalam loyang,
Semakin dekat semakin rindu,
Makin hari semakin sayang.


Dalam perjalanan ke klinik, Halim cuba menyelidiki kehidupan rumahtangga sahabatnya. Pada fikiranya tentulah sahabatnya merasa sungguh bahagia mendapat dua isteri. Yang seorang cantik jelita dan seorang lagi lemah lembut...

“Untungnya kau dapat isteri macam Nur Jannah Farid..orangnya cantik, lemah lembut, masaknya sedap, rajin pula tu. Aku nampak macam dia sayang sangat kat engkau.. tapi tadi kenapa dia tak makan sekali dengan kita. Kalau kau dengan dengan dia saja, dia makan sekali tak dengan engkau.” Halim meluahkan apa yang menjadi tandatanya di hatinya. Halim maklum kerana Nur Jannah dan sahabatnya bernikah pun secara paksa tentu lah mereka akan membuat kerja berasing-asing.

“Kalau dia dengan aku  saja tentulah dia makan sekali….mungkin dia segan dengan engkau Lim, aku pun tak tahu sangat tentang tingkah laku  dia. Pada pandangan aku kan Lim,  Jannah ni kalau orang tak biasa dia pemalu sikit.. dulu dengan aku dia pun malu, tapi sekarang dah ok. Tapi yang aku tahu.. semakin hari semakin banyak yang menarik tentang dia Lim. Apa yang kau nampak itulah dia. Dia tak suka menunjuk-nunjuk dan tak mengada-ngada. Dari hari kehari hati aku ni makin sayang  makin rindu kalau tak jumpa dia. Kau tahu Lim bila aku hantar dia waktu pagi sampai tengahari aku dah mula rindu tak sabar nak tunggu petang nak jumpa dia”. Terang Farid bersungguh-sungguh kerana itulah kebenaranya.
“Habis dengan Diana macam mana?.”

“Hmm” Tengku Farid melepaskan keluhanya..”Entahlah bila bersama dengan Diana aku asyik teringat Jannah, tapi bila aku bersama Jannah aku tak pula aku teringat Diana…kadang-kadang aku tertanya  sendiri sudah pudarkah cinta yang aku bina bersama Diana selama bertahun-tahun…tapi dengan Jannah kau pun tahu baru berapa bulan aku kenal dia. Belum banyak perkara lagi yang aku tahu tentang dia, tapi kenapa hati aku asyik ingat kat dia saja. Aku kenal dia pun atas desakkan kau tempuh hari. Kalau tak kerana nasihat kau, tentu  aku tak kenal dia Lim. Sekarang ni aku  rasa selesa sangat kalau dengan dia, aku dah jatuh cinta dengan dia ke Lim?” keluh berat Tengku Farid.

“Kalau kau jatuh cinta dengan dia kau menyesal ke?”.

“Tidaklah….aku sebenarnya bersyukur sangat dipaksa nikah dengan dia. Walaupun pada asalnya aku nikah dengan dia kerana hartanya..tapi sekarang ni kalau di beri pilihan antara dia dengan segunung intan, sepuluh kali lagi aku pilih dia.” betapa Tengku Farid bersungguh menyatakan kesungguhanya.

“Ahh… ingatkan kau salahkan aku tadi memaksa kau mengenali dia hari tu. Tapi hebatnya dia Farid, sampai begitu yakin kau pilih dia tu kenapa?, ada rahsia lain ke yang aku tak nampak atau ada yang kau sembunyikan dari aku.”

“Kau nampak macam mana?”

“Ialah aku nampak dia tu sederhana, kecantikanya asli, walaupun tak pakai make up nampak manis, lemah lembut, penyayang dan jangan marah ya…aku sebenarnya aku suka dengan suaranya yang lembut…tak tahulah, …macam tulah agaknya suara merdu kalau dah dengar macam nak dengar lagi untungnya kau dengar suara dia tiap-tiap hari.”

“Lim..kau tak pernah rasa apa yang aku rasa sekarang ni...Bahagia aku ditambah dengan ketenangan jiwa, fikiran yang lapang...aku rasa hidup aku menjadi begitu sempurna dan bermakna..itulah yang aku rasa hidup aku jika bersama dengan dia Lim”.

“Kau memang bertuah sangat Farid dapat dua-dua pun cantik, yang seorang cantik bergaya dan seorang cantik kampong, cantik yang memberi kau ketenangan, belum tiga puluh umur kau dah dapat dua bini.” Halim memuji sambil tersenyum.

“Entahlah Lim aku belum nampak lagi dimana untungnya. Yang aku rasa sekarang ni aku rasa penat sangat ke hulu kehilir. Aku tak sanggup sebenarnya nak hidup macam ni, macam tak terurus hidup aku  sekejap kesana kekejap kesini melayan dua isteri. Tapi kalau dua-duanya seperti Nur Jannah barulah aku rasa beruntung.”

“Kalau kau  di beri pilihan yang mana kau suka dan yang mana kau tak suka.” Halim menyoal lagi. Walaupun pada pandangan Halim sudah tahu siapa yang akan dipilih oleh sahabatnya. Dia bertanya hanya mahukan kepastian dan sebab-sebabnya.

“Jika aku cerita tentang kedua isteri aku, kau berikan pendapat kau dengan jujur boleh?...
 Lim..Diana mengajar  aku hidup mewah..kemudian macam mana nak gunakkan duit. Dia ajar aku bergaya sebab itulah dia menyedarkan aku betapa pentingnya harta. Dia mengajar aku segala-galanya tentang keseronokkan dunia. Tapi Lim keseronokkan yang dia ajar hanya sekejap sahaja yang aku rasa..bila sampai dirumah duduk sendiri aku rasa sunyi dan rasa bosan. Sebab seronok yang dia bagi hanya bila kita dengan kawan-kawan berbual dan bergelak ketawa... betul tak Lim..Kandang –kadang kita ketawakan yang entah apa-apa..tapi sekarang ni kalau aku ketawa macam tu ..aku ingat mati pulak.”

“Ehh..kenapa pulak macam tu.”

“Jannah kata datuk dia pesan..ketawa ada hadnya dan berpada-pada..sebab Lailatul-maut sentiasa memerhatikan kita..jika sampai saja umur kita tak terlewat walau sesaat pun dia terus ambil nyawa kita..jadi kita sepatutnya sentiasalah bezikir dalam hati ingatkan Allah..supaya kalau sampai ajal kita, kita mati ketika kita mengingati Allah.”

“Maasayaallah..banyak nya yang aku dah terlupa Farid.” dengan tangan sebelah Halim meraup wajahnya kerana tersedar dari lalainya. Dahulu  datuknya dikampung  juga ada berkata begitu kepadanya, tetapi kerana leka dengan keseronokkan dunia dia jadi terlalai.

“Lim…Jannah pula menyedarkan aku tentang kehidupan dan kewajipan seorang hamba  kepada Tuhannya, kewajipan pada dirinya sendiri dan kewajipan kepada orang yang telah diamanahkan kepada kita. Kata Jannah kan Lim ..Allah berfirman dalam Quran Tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahnya.  Jadi kita dihidupkkan ada kewajipanya...

 Satu lagi tentang perkahwinan... rupanya sesorang itu berkahwin bukan untuk keseronokkan saja Lim tapi juga satu kewajipan..kewajipan seorang umat untuk memperkembangkan  umatnya itulah sebabnya kita diberi nafsu. Setelah lahir zuriat kita..kita diamanahkan pula supaya mendidik menjadi hamba yang taat kepadaNya pula..inilah satu amanah. Wajib seseorang itu berkahwin jika dia mampu dari segi rohani dan jamani. Jannah menunjukkan aku hala tuju kehidupan kita di dunia ini..
 ...Aku dah sedar  sekarang, aku dah jauh terpesong dari  landasan sebenarnya. Itulah sekarang aku takut nak kekelab malam..aku takut  mati kat situ..takut aku mati ketika aku sedang  terkinja-kinja dan aku takut mati ketika aku sedang ketawa berdekah-dekah masa tu aku tak ingatkan Allah....nauzubillah...aku memohon sungguh-sungguh pada Allah biarlah aku mati ketika aku mengingatiNya dan berzikir memujiNya..” Halim hanya termangu mendengar penerangan sahabatnya..

Sekali lagi dia tersedar dengan cerita  sahabatnya. Dahulu masa dikampung dia pernah mendengar ceramah ugama tentang itu, tetapi dia sudah  terlupa dengan apa yang dipelajarinya dulu kerana kesibukkan mencari keseronokkan. Dia sungguh  bersyukur disedarkan dari  lalainya melalui sahabatnya sendiri.. Halim mendengar  cerita  sahabatnya dengan tekun. Dia  memikirkan dan membayangkan kehidupan Tengku Farid yang sudah jauh berubah dari mula-mula dia kenal dulu. Dia juga berazam akan mengubah dirinya. Kemudian Tengku Farid menyambung lagi kisah dirinya.

 “ Lim kau nak tahu... Jannah yang ajar yang aku sembayang semula…sebenarnya aku baca surah Al-Fatihah pun aku dah lupa. Aku memang dah lama sangat tak sembahyang. Sejak di UK lagi aku dah mula tak sembahyang. Mulanya aku malu juga, tapi bila dengar dia mengaji aku rasa tenang,  dada aku rasa lapang.  Aku buangkan rasa malu aku.. aku bagi tahu dia yang aku dah lupa macam mana nak sembanyang. Dia tak ejek aku Lim dan dia tak pandang aku hina..perlahan-lahan dia ajar aku. Aku rasa sejak aku mula sembahyang aku rasa bahagia. Kata Jannah lagi Lim dengan sembahyang boleh menjauhkan kita dari melakukan perkara-perkara jahat dan keji..dengan sembahyang kita mendapat ketenagan jiwa. Kau nak tahu  Lim, bila aku di rumah Jannah  aku rasa bahagia sangat..mungkin kat rumah tu Jannah  selalu mengaji jadi ada Nur ketenganan disitu.… hebatkan Lim dalam jiwa aku yang kosong ni Cahaya dari Allah itu dapat mendamaikan jiwa aku... walau pun rumah itu tak ada aircondition, tak secantik dan semewah kondo aku tapi aku rasa selesa dan gembira.Dengan dia aku dapat kedamaian..Lim,  dulu aku tak pernah rasa tenang  macam ni..Aku rasa hidup aku sekarang ni penuh bermakna.” terang Tengku Farid dengan mata yang sudah berkaca-kaca.  Kemudian dia menyapu matanya dengan telapak tanganya.

Dalam hati Halim rasa sungguh berdosa kerana selama ini dia juga cuai  dalam mengerjakan solat..walaupun tidak ditinggalkan terus tetapi melakukan jika terasa inigin melakukan sahaja..dia berulang kali beristifar dalam hatinya.

 “Dengan Diana aku hanya dapat keseronokkan sementara saja..itu pun aku rasa dah tak seronok lagi..setiap kali aku pergi kekelab malam jiwa aku ni rasa macam sakit..aku rasa bosan sangat. Rasa yang tak puas, badan letih, apa taknya kita balik pukul satu pagi itu paling cepat... paginya kita kena kerja juga, duit habis tapi seronoknya sekejap saja,  balik rumah semuanya hilang. Sekarang ni aku tak tahu nak cakap macam mana nak terangkan rasa bosan bila pergi kekelab malam, dalam hati aku ni rasa macam nak menjerit-jerit pun ada ..tapi aku terpaksa. Lim kau pernah tak rasa kalau kau tak suka tapi terpaksa juga kau buat macamana rasanya...”

“Aku dapat rasakan Farid…mungkin ini lah jadinya, malam tadi tu kau mungkin demam sikit saja, kalau kau duduk rumah, berehat dan bertenang mungkin ok demam engkau, tapi sebab dipaksa kau tertekan menjadikan demam kau teruk macam ni.” Halim memberi  pendapat.. menghulurkan rasa simpatinya.

“Mungkin juga Lim..tapi sekarang aku rasa terkilan sangat kerana tak sebebas dulu untuk bersama dengan orang yang kita suka. Aku terpaksa ingat pada Diana, suka ke.. tak suka ke aku terpaksa juga mengadap dia, sebab dia dan jadi isteri aku tanggungjawab aku. Aku bersyukur Jannah tak tahu memandu kereta, inilah jalannya untuk aku bertemu dia setiap hari. Aku tak rasa terbeban pun, malah kadang-kadang terasa lambat sangat pagi untuk aku ke rumah dia Lim. Jemput dan hantar Jannah pergi dan balik kerja selain dari menutup perbuatan aku yang menikah dua ni, itu juga adalah alasan aku untuk berjumpa Jannah setiap hari. Itu adalah alasan aku kepada Diana... kau janganlah bagi tahu Diana hal ni  pulak.

“Takkan lah aku nak bagi tahu dia, kau kan kawan aku.”

“Tapi dia tak juga boleh  nak menghalang. Kalau rahsia ni diketahui oleh keluarga aku ataupun Jannah dia tahu akibatnya..dan dia juga akan susah... sebab itu dia harus bertolak ansur dalam hal ni. Diana tahu menjaga kepentingan dia..Lim” Tengku Farid mengeluh mengenangkan sikap isteri mudanya Diana.

“Aku kesian tenguk engkau Farid walaupun dah lama  engkau bercinta dengan dia tapi bila engkau sakit dia tak nak jaga pula.. ini baru demam..kalau sampai tak boleh jalan, terkedang baring saja atas katil, makan pun nak kena suap nak ketandas kena papah macamana agaknya ye. Apa yang aku tenguklah Diana sayang engkau masa engkau sihat saja …tapi jangan lah engkau rasa aku ni nak menghasut engkau pulak, aku cakap ni sebab aku rasa engkau dah macam adik beradik aku sendiri.”.

“Taklah Lim…ini kan kenyataan.. kau nampak sendiri”.

“Malam tadi tu sebenarnya aku terkejut bila dia suruh engkau tidur dengan aku… engkau tak kecik hati ke Farid.” Halim merisik isi hati sahabatnya bila di perlakukan sebegitu oleh isterinya sendiri.

“ Terkilan juga..tapi nak buat macam mana dah dia macam tu”.

“Farid tolong carikan wanita macam Jannah tu ….aku nak kawin dengan wanita yang macam dialah, kau tolonglah tanyakan pada dia, kalau ada kawan-kawan dia yang belum kahwin lagi..”sambung Halim menyatakan keinginanya.

“Ehh…kau tak nak cari yang cantik anggun dan bergaya..ke?”

“Buat apa ‘mengabiskn boreh ajo’….lepas tu kalau kita sakit ditinggalkanya kita sorang-sorang.”  berderai ketawa mereka dua sahabat itu.

Sesampai di klinik Tengku Farid di periksa oleh seorang doktor  memberinya  MC dua hari...
 “Kalau tak baik demam ni datang jumpa saya lagi ye…seelok-eloknya hari yang keempat kita demam… boleh check darah sekali ditakuti kena demam denggi… sekarang ni tengah wabak denggi ni.” terang doktor yang memeriksa Tengku Farid tadi.

Halim menghantar semula sahabatnya ke rumah isterinya Nur Jannah hingga sampai ke muka pintu. Nur Jannah membukakan pintu tetapi dia tidak keluar untuk menyambut suaminya dia hanya menunggu di dalam rumah sahaja.

“Tak masuk dulu ke Lim..”

“Tak payahlah dah pukul berapa ni …nak masuk kerja…nasib baik tolong boss…kalau tak tentu dah kena marah ni.”

“Kalau kau nak cuti pun tak apa Lim..nanti aku bagi tahu grandpa aku.”

“Tak apa…tak apa…. sebetulnya aku ada kerja nak selesaikan hari ni, kau rehatlah Farid supaya cepat sembuh.”

“Nanti kau bagi tahu setiausha aku Lim aku MC dua hari, grandpa aku tu nanti aku telefon dia, kau jangan risau.”

“Insyallah…ok Assalamualaikum” Halim memberi salam sebelum berlalu.

“ Waailaikumsallam” jawab Tengku Farid terus masuk kerumahnya sambil menjinjit beg plastic kecil berisi ubat. Halim menuruni tangga menuju ke keretanya untuk ke tempat kerja.



Malam ketiga Tengku Farid demam, Diana menghubungi suaminya.  Ketika itu Tengku Farid sedang baring disofa, kepalanya pula dipangkuan isterinya Nur Jannah sambil  tangan Nur Jannah mebelai-belai rambutnya.Telefon Tengku Farid di atas meja kopi berdering. Tengku Farid memeriksa telefon binbitnya nama Diana yang tertera.

“Assalamualaikum..” sapa Tengku Farid dihujung talian.

“Hai sayang…bila you nak balik ni…tak baik lagi ke?…”

“I memang rasa nak balik…kesian Jannah dah masuk tiga hari dia tak kerja…..you datanglah ambil I kat sini. I rasa tak larat lah nak drive…dah malam ni kereta kat jalan pun tak banyak, lima belas minit saja sampai. Datanglah I tunggu...senang esok you hantar I pergi ke klinik, lagi pun esok hari Sabtu you tak kerja kan?”

“Kenapa nak keklinik lagi you tak baik lagi ke??”

“Doktor kata kalau masuk hari keempat demam I tak baik, I kena jumpa dia sekali lagi.. buat bloodtest”.

“Untuk apa Bloodtest tu???”.

“Nak  tentukan I kena demam denggi ke tidak. Lepas tu you jaga I lah pulak..” lembut Tengku Farid memujuk agar Diana dapat menjaganya pula. Tengku Farid sudah bangun dari baringnya...NurJannah kedapur..dia mahu memberi ruang kepada suaminya berbicara dengan isterinya yang seorang lagi.

“Ehh you kena demam denggi ke?..kenapa tak duduk hospital, kalau apa-apa hal kat sana ada nurse, doktor pun ada jaga...kalau kat rumah kan menyusahkan orang nak jaga you.” Diana kalau berkata tidak pernah megambil kira perasaan orang...ada sedikit rasa terkilan dihati Tengku Farid dengan kata-kata isteri  mudanya.

“Tak tahu lagi I kena denggi atau pun tidak..I baru nak cek darah esok..itulah I minta tolong you hantarkan I pergi klinik esok..Jannah tak pandai memandu.” Datar sahaja suara Tergku Farid dihujung talian mungkin menahan rasa kecewa atau pun marah dengan kata-kata Diana tadi.

“You duduk situlah dulu sampai baik, lagi pun kalau you kena denggi bahaya pulak pada I  nanti. Mana tahu ada nyamuk gigit you kemudian dia gigit I, tak pasal-pasal... I pulak kena demam denggi,  bahaya pada baby kita. Jannah tak apalah diakan tak pregnant lagi..pasal nak hantar pergi klinik tu you mintalah tolong pada Halim kan senang.”  Diana memberi alasan untuk  tidak mahu menjaga suaminya yang demam. Sebenarnya dia tidak berapa kisah suaminya pulang kekondo mereka atau pun tidak, kerana selama Tengku Farid duduk dirumah NurJannah dia pula duduk bersama kawan-kawannya  Bella, Sharon dan Nita. Diana tidak pernah kekurangan kasih sayang jika dia duduk bersama mereka. Disana Bella ada membelainya.

 Bertanya sedikit tentang kesihatan suaminya kemudian Diana memutuskan taliannya telefon bimbitnya. Mungkin dia takut suaminya mendesak untuk menjaga dirinya. Tengku Farid terdiam lama. Dia merenung telefon bimbitnya, kemudian wajahnya diangkat memandang Nur Jannah yang baru keluar dari dapur.  Ketika Tengku Farid menjawab panggilan Diana, NurJannah bangun dan pergi kedapur rupanya dia mengambil segelas air putih atau air mati  untuk suaminya. Sambil itu dia juga memberi runag untuk berbul dengan isterinya yang satu lagi.

Sebenarnya Tengku Farid ‘Terasa hati’dengan kata-kata  Diana tadi.  Benar kata halim tempuh hari  Diana hanya suka padanya ketika dia sihat sahaja. Lama Tengku Farid memandang Nur Jannah yang sedang berjalan perlahan menghampirinya. Dalam hati berkata-kata adakah Nur Jannah juga begitu. Nur Jannah memandang suaminya dengan pandangan hairan.

“Kenapa bang ….Diana dalam perjalanan datang sini ke?”.

“Tak …dia tak nak jaga abang yang demam ni, dia takut berjangkit kalau abang kena demam denggi. Kata dia takut kalau-kalau ada nyamuk gigit abang kemudian gigi dia…dia pulak kena demam denggi.. Jannah tak takut berjangkit ke dengan abang.”  Entahlah kenapa ada rasa kecil hati yang menyelinap dihati Tengku Farid.. kini dirasakan jiwanya begitu sensitive dia mudah terasa hati.  Nur Jannah sudah terbaca isi hati suaminya yang berkecil hati kerana kata-kata Diana tadi.Terasa lucu pula. Hatinya berbisik sendiri ‘sensitive juga suami aku ni’ tapi cepat-cepat dia menyenangkan hati suaminya.

“Alah abang ni kenapa cepat sangat nak ‘kecik hati’, dia kan tengah mengandung tentu dia nak jaga kesihatan dia, kalau ada apa-apa terjadi nanti kan susah, susah pada dia, susah juga pada abang”.

“Kesian Jannah jaga abang sorang-sorang walau pun abang ada dua isteri”.

“Tak apa inikan tanggung jawab Jannah sebagai isteri yang belum ada masaalah,  kita ni suami isteri ‘Biar berat sama di pikul ringan sama di jinjing’, suka sama suka dan sedih biarlah sama sedih. Kalau seorang sakit yang satu lagi mesti sihat.”

“Kenapa pulak macam tu?”

“sebab yang sihat tu kena jaga yanag sakit..kalau tak siapa nak jaga.” Jannah melirik manja kepada suaminya.

“Habis Diana tu macam mana?.”

“Diakan tengah mengandung..Itulah dia kenalah sihat nanti kalau Jannah sakit terpaksalah dia jaga abang...”. NurJannah menghulurkan mug yang berisi minuman kepada suaminya. Dia duduk semula disisi suaminya.

“Minum air suam ni..kalau kita demam elok banyakkan minum air putih..biar cepat baik..kalau kena denggi pun akan digalakkan minum air putih juga.”

“Jannah” setelah minum air yang dihulurkan oleh isterinya.Lembut Tengku Farid memanggil nama isterinya sambil merebahkan kembali badannya yang letih disofa dan meletakkan kembali kepalanya di pangkuan isterinya.

“Kalau esok disahkan abang memang kena demam denggi….nak ke Jannah jaga abang lagi, Jannah tak takut menjangkit ke?”

“Abang ni, janganlah abang bimbang Jannah akan jaga abang..tak kiralah abang demam apa atau sakit apa, Insyaallah  Jannah akan jaga abang..jangan beratkan kepala abang tu dengan berfikir yang tidak-tidak..doktor bagi MC tu suruh abang rihat..bukan rihatkan badan saja minda tupun kena rihat juga.”

“Jannah tak takut berjangkit dengan abang ke??”

“Jangan abang risau pasal  jangkit-menjangkit ni… semua penyakit ni datangnya dari Allah, kalau Allah nak bagi... tak payah Jannah jaga abang, Jannah kena juga. Sakit ni kifarrah Allah untuk menghapus kan dosa-dosa kita,  jadi terimalah dengan redha..Kalau kita redha dan berserah kita dapat pahala..janganlah kalau kita sakit kita mengeluh-ngeluh dan menyalahkan Allah kerana bagi kita sakit..rugi saja dahlah sakit kita tak dapat pahala pula. Lagipun kadang-kadang dengan sakit ni.. kita akan lebih dekat dengan Allah, kita akan insaf dan memohon ampun kepadaNya atau pertolongan-Nya dengan hati yang ikhlas.” sambil membelai rambut  suaminya Nur Jannah tunduk memandang wajah suaminya dilihatnya ada air mata yang meleleh di tepi mata suaminya  lalu Nur Jannah menyekanya dengan tangan perlahannya.

“Kenapa bang… Jannah ada menguris hati abang ke? Lembut sahaja suaranya bertanya. Makin sedeh dan makin banyak air mata yang keluar. Tengku Farid hanya mengelengkan kepalanya sebagai jawapannya.

“..atau abang rindukan Diana, nanti Jannah call dia suruh datang sini. Abang berbual-buallah sekejap dengan dia, kemudian kalau dia nak balik biarkanlah dia balik. Kalau dia tak nak datang abang berbuallah lama sikit dalam telefon.“  Jannah memanjangkan tangan hendak mencapai telefon bimbit suaminya yang terletak dimeja kopi.

“Tak payahlah Jannah.” Tengku Farid mencapai tangan isterinya lalu mencium dan diletak didadanya. Farid mendengar suara isterinya yang begitu lembut kedengaran sungguh ikhlas.

“Kenapa Jannah suruh abang berbual dengan Diana….Jannah tak sedih ke bila tengok abang berbual  mesra dengan Diana nanti,  atau Jannah tak kisah sebab Jannah tak sayang sangat pada abang ni, biasanya seorang isteri akan cemburu bila suaminya bercakap dengan  perempuan lain apatah lagi itu adalah isteri kedua suaminya”.

“Semua perempuan tu sama saja perasaannya bang..tapi Jannah harus berkorban..pada Jannah kalau abang bahagia dan gembira Jannah pun akan rasa bahagia dan gembira juga. Abang ….Yang sebetulnya Jannah kesian abang dan Diana. Itulah sebabnya Jannah bersiap sedia dari awal pernikahan kita dulu. Inilah korban perasaan yang harus Jannah tanggung, sebab Jannah merampas kekasih orang. Sebetulnya dulu kalau boleh Jannah elak..Jannah elak..supaya Jannah dapat mengelakkan dua jiwa yang akan menderita macam ni...tapi Jannah memang tak ada pilihan masa tu”. Mendengar kata-kata isterinya cepat sahaja Tengku Farud bersuara kerana rasa pedih dihatinya terasa tidak tertanggung...Dia ingin meluahkan apa yang ada didalam hatinya setelah dia mengenali isterinya yang bernama NurJannah binti Ahmad Amin.

“Jannah…abang tak rindu dan tak harapkan Diana jaga abang dalam keadaan begini. Jannah sekarang ni abang rasa kesal sangat kenapa abang tidak cuba mengenali Jannah dulu, sebelum melakukan sesuatu yang kini menjerat diri abang sendiri. Kenapa dulu abang terlalu mengikut kata hati. Kenapa dulu hati abang ni tak belajar menerima apa yang telah ditentukan pada abang. Kenapa abang tak redha dengan ketentuan Allah untuk abang.” Tengku Farid sememang sungguh menyesal dengan apa yang telah dilakukanya. Rasa berdosa mengejarnya setiap hari. Makin dia mengenali NurJannah makin banyak terlihat dosa-dosanya. Tetapi apakan daya bak kata perpatah ‘terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan tanggunglah sendiri’. Sesungguhnya mengenali NurJannah menginsafkan dirinya. Insaf dengan kejahilan diri di masa lalu. Insaf  dengan keterlajuran  dosa yang dilalkukan.

“Mungkin itu semuanya ada hikmahnya, kita tak tahu ‘pahit yang kita rasa sekarang  mungkin ada manisnya di kemudian hari’, jadi apa yang diberi oleh Allah kita terimalah dengan redha. Selain tu kita bertaubat banyak-banyak, tanamkan dalam hati tidak akan mengulagi apa yang telah kita lakukan dulu. Insyallah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang pada hambanya.” terasa sejuk hatinya mendengar kata-kata isterinya. Azamnya dia ingin bertaubat selagi nyawanya dikandung badan dan akan menjadi hambaNya yang taat.

Tengku Farid hanya mendiamkan diri tetapi teguh kukuh azamnya didalam hati bertaubat dan tidak akan mengulangi akan segala keterlajuranya.. Dia mendengar kata-kata dari isterinya sambil memejamkan matanya yang berair. Didalam hatinya juga berazam, akan diajar hatinya menerima apa yang telah diberikan kepadanya. Ini adalah pengajaran baginya, lalu digenggam tangan isterinya di letakkan di dadanya. Ketika itu azan Isyak berkumandang di kaca televisenya. Malam itu dia menunaikan solat Isyak dengan lenangan air mata. Dia bersungguh-sungguh memohon keampunan Allah dia atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Semoga dia mendapat keampunan dan keredaan Allah. Amin



1 comment:

  1. Hai....kesianlah pulak menengokkan nasib Si Farid ni .Masih best ceriter ni.

    ReplyDelete