Bab ni tak
berapa menarik sebab cerita pasal Sarah saja, sorry ye tpi mak tetap nak cerita
juga supaya jalan ceritanya berkesan.
Jika
dipandang dari perbuatan harian, suaminya sangat menyayangi dirinya. Segala
keperluan dilengkapi dengan secukupnya.Dia tidak pernah dimarahi kalau rumah
bersepah. Syukri juga tidak pernah meminta dia menyediakan makanan untuknya,
sementelah suaminya tahu dia tidak pandai memasak. Seminggu selepas mereka
bernikah suaminya sudah membeli sebiji kereta MYVI merah untuknya. Sewa rumah
bil api air juga suaminya yang menguruskan. Dia bekerja dibengkel suaminya pun
diberi gaji sebagai seorang pekerja. Tapi apakah pemberian dirinya kepada
suaminya. Adakah setakat layanan dibilik tidur sahaja sudah memadai bagi
Syukri?.
Dia begitu
teringin sekali mengandungkan zuriat suaminya, agar dia tidak merasa dia tidak
berguna dimata suaminya. Mengapa dia rasa begitu? Sebab dia tidak pernah
menyediakan makan dan minum untuk suaminya, malah memasak air pun dia akan
meminta suaminya menghidupkan api dapur untuknya. Dia tidak pernah ada
keyakinan bila didapur, apatah lagi untuk memasak.
Dia hanya
mampu melahirkan zuriat untuk suminya sahaja. Tapi penantianya tidak kunjung
tiba, benih suaminya bagai tidak serasi untuk membesar dan bernyawa didalam
kantung rahimnya.
Minggu
sudah dia keklinik membuat pemeriksaan. Untuk memastikan tahap kesuburan dan
masaalah lain mengenai rahimnya, jawapanya akan diketahui seminggu lagi. Ketika
suaminya sibuk mengeruskan isteri tuanya bersalin dia mengambil kesempatan itu
pergi tampa pengetahuan suaminya. Mungkin hanya dirinya yang bermasaalah, sedangkan suaminya sudah terbukti dia tiada
masaalah tentang kesuburan benihnya.
Sarah
melangkah keruang tamu. Dia duduk disitu, sambil memutar kembali liku-liku
hidupnya hinggalah dia bernikah dengan Syukri.
Dari kejadian dikampungnya dia melarikan diri ke Kuala Lumpur. Di Kuala
lumpur dia tiada siap-siapa, kawan tak ada, saudara mara tak ada malah kenalan?
..Hari sudah larut senja dia teringat Syukri..hanya Syukri yang dia kenal.
“Bang!! tolong Sarah” (panggilan abang itu bermula
dari mereka di sekolah menengah lagi, masa itu mereka abang dan adik angkat).
“Kenapa??Sarah
kat mana?”.
“Sarah kat
Pudu Raya ni, Sarah tak tahu nak pergi mana, Sarah tak ada kawan kat sini”.
“Kenapa?
Sarah lari dari rumah ke?”. Kedengaran suara terkejut Syukri dihujung talian.
“Taak, Sarah tak lari dari rumah, tapi suami kak
Ijah nak buat tak baik pada Sarah, lepas tu kak Ijah suruh Sarah pergi dari
rumah emak tu, takut kejadian berulanglagi dia tak dapat nak tolong.”
Kerana
bimbangkan keselamatan Sarah, Syukri pergi menjemputnya di Pudu Raya.Mungkin
kerana mereka kenal sudah lama maka Syukri menjemputnya dan membantunya.
Padanya Syukri sememangnya baik walaupun ada kisah yang mencalar hati emak
Syukri, namun Syukri tetap membantunya. . Dia dibawa kebengkelnya
“Sarah!
malam ni isteri abang kerja, jadi abang tak boleh bawa Sarah pergi rumah abang.
Bahagian atas bengkel abang ni ada bilik, dulu tempat abang lepak-lepak, untuk
malam ni tidur sini, tapi memang dijamin selamat kalau Sarah masuk nanti buka
pintu lepas tu kunci pintu dan grill sekali. Sarah dah makan?”
“Belum
bang, dari kampung memang tergesa-gesa
tadi ”. Kampung Sarah diGemencih Negeri Sembilan.
Syukri
membawanya ke restoran berhampiran untuk makan malam. Keesokkan harinya dia
mencari bilik sewa yang murah. Sebuah
rumah yang dikongsi lelaki dan perempuan hanya bilik sahaja asing-asing. Hanya
sebulan sahaja dia tinggal disitu. Syukri tidak membenarkan. Bahanya kata
Syukri.
Syukri
mencarikannya rumah sewa, Syukri juga
yang membayarkan sewa untuknya. Dua bulan Syukri menangung makan dan duit sewa
rumah. Dia cuba mencari kerja namun tidak berjaya. Pada bulan ketiga Syukri
menawarkan kerja dibengkelnya sebagai kerani, kerana kerani yang sedia ada
berhenti mengikuti suaminya yang ditukarkan segera. Suami kerani itu seorang
anggota keselamatan.
Setelah
bekerja dibawah satu bumbung, mereka semakin rapat. Sementelah dahulu mereka
pun sudah ada hubungan kasih didalam hati. Dia juga sudah tahu Syukri sudah
beristeri, tetapi masaalahnya sudah tiga tahun berumah tangga namun isterinya belum lagi melahirkan seorang pun zuriat
untuknya.
Bekerja
satu ruang pejabat yang kecil hanya dirinya dan Syukri sahaja, menjadikan mereka bebas bercerita hal peribadi. Pada
mula setelah tahu Syukri sudah berkahwin Sarah bagai tidak mengharap lagi kasih
mereka yang dulu. Tetapi oleh kerana telalu selalu mereka bersama, kasih yang
berkubur mula bertunas kembali. Begitu juga dipihak Syukri.
Enam bulan
mereka kerja bersama, suatu hari Syukri mengajaknya bernikah. Dia tampa
berfikir panjang terus sahaja menerima. Namun tujuan utamanya hanya nak membalas budi, kalau boleh dia melahirkan
zuriat untuk Syukri. Walaupun dia juga tahu akan kesakitan hati isteri Syukri
bila dia dimadu. Dia hanya mahu membalas budi Syukri sahaja ketika itu. Dia
menjadi lega bila Syukri berkata isterinya berhati lembut lama-kelaman dia akan
memaafkan perbuatan mereka. Padanya dia sudah ada yang melindungi dan tempat
menumpang kasih, dia sudah tidak peduli
semua itu lagi. Lagi pun dia merasakan waktu Syukri lebih banyak berpihak kepadanya.
Waktu
kerjanya seharian bersama Syukri, jika Syukri tidak keluar. Makan paginya makan
teghaharinya dan malamnya mereka akan bersama, setelah solat Isyak barulah dia
ditinggalkan jika malam itu giliran isteri tuanya. Bukankah masa Syukri
bersamanya lebih banyak jika dibandingkan masa Syuri bersama isteri tuanya.
Hanya setelah isterinya hamil dan Syukri lebih banyak makan tegahharinya
dirumah isteri tuanya, dia kehilanagan masa makan tengahhari bersama Syukri.
Ini pun kerana Syukri tidak boleh mencium bau gerai atau dalam kedai makan.
Tetapi
setalah melihat CCTV yang dipasang oleh suaminya di rumah isteri tuanya tahulah
dia betapa sakitnya hati wanita itu. Pada sangkaan nya hanya diawal
pernikahanya mereka sahaja isteri tuanya merajuk panjang . Ketika itu Nuri
pulang kekampungnya dan sentiasa bekerja mengikuti giliran malam sahaja itu
yang diberitahu oleh suaminya. Tetapi ketika itu dia gembira kerana ‘rajuk itu’ dia dapat bersama suaminya
selalu.
Dia tidak
tahu sakit hati isteri pertama makin hari makin parah bila kasih
suaminya terbelah dua. Walaupun penikahanya sudah mencecah 18 bulan yaitu
1tahun 6 bulan kelihatanya kesakitan dan penderitaan masih parah. Bagi dirinya kesakitan itu tidak begitu
dirasai kerana dia sudah tahu risikonya dan sudah bersiap sedia.
Bukan
sahaja isteri tua Syukri tidak dapat menerimanya dengan ikhlas.. tetapi emak
mertuanya juga. Kini sedikit sedikit sudah kelihatan kebanyakkan ahli keluarga
Syukri juga tidak dapat menerimanya dengan ikhlas. Terdetik dihatinya satu pertanyaan. Mampukah dia meneruskan perkhwianan ini bila
tidak direstui oleh ibu mertua sendiri. Seperti kebiasaan setiap kali hari raya
Syukri akan pulang kekampungnya, mampukah dia menghadapi rasa dipinggir oleh
ahli keluarga suaminya. Mampukan dia meneruskan perkahwinan ini dengan rasa
derita seorang isteri (merujuk isteri tua Syukri ). Keputusannya masih dalam
pertimbagan. Sedang dia mengelamun
kedengaran suara suminya menjengah ruang tamu..
“Ingatkan
Sarah pergi mana senyap sahaja, kenapa Sarah tak sihat kah?.Sarah fikir apa?
kalau kata-kata emak tadi menyebabkan Sarah susah hati abaikan saja. Nanti
lama-lama sejuklah hati emak tu. Tapi mulai sekarang Sarah belajar masaklah”.
Sarah memandang suaminya..
“Kalau macam tu setiap hari Sabtu dan Ahad
Sarah nak pergi rumah Maryam belajar masak dengan dia boleh?”.
“Untuk
kebaikan Sarah abang izinkan”. Dalam hatinya mengakui suaminya seorang yang
baik untuk dirinya.
Tapi
dalam baik untuk dirinya menyebabkan dia tidak berlaku adil kepada isteri
tuanya dalam pembahagian masa, tetapi dia tidak sedar. Mungkin bagi setengah
suami janji dia menunaikan tanggung jawab dan memenuhi giliran itu sudah
dikatakan adil begitukah?. Mungkin dia juga bersalah kerana tidak mengingatkan,
tetapi yang sebenarnya dia mahu suaminya selalu disisinya. Hatinya bertanya lagi mampukan dia
menjadi isteri sesempurna Nuri, jika
akhirnya suaminya memilih dia seorang yang menjadi isterinya.
Sarah
sudah mengetahui keputusan pemeriksaan kesihatan tempoh hari. Dia gembira
dengan keputusan yang memehak kepadanya. Kata doctor dia sihat dan subur
seperti wanita lain, peluangnya untuk mengadung
kalau mahu di katakan 100% takut
riak jadinya. tapi 85% peluangnya akan mejadi ibu sudah pasti, hanya mungkin
rezekinya sahaja belum menyebelahi dirinya.
Seperti
yang dijanjikan hari Sabtu dan Ahadnya Sarah kerumah Maryam untuk belajar
memasak. Dia sudah menyiapkan segala bahan untuk masakkanya hari itu. Hari itu
dia akan belajar masak kari ayam dan masak sayur kangkung.
Maryam
sungguh gembira menyambut kedatangan Sarah, kawan serumahnya seramai dua orang
pagi-pagi lagi sudah keluar maklumlah hari Ahad, hari untuk berihat dan melupakan hal-hal pejabat.
“Yam!! apa
pendapat Yam kalau akak bercerai dengan suami akak”.
“Hsyy apak
akak ni cakap macam tu tapi kenapa nak bercerai? Akak bergaduh ke?”. Terkejut besar Maryam
bila Sarah mengajukan soalan itu.
“Akak dah
tahu keputusan pemerikasaan kesihatan yang akak buat minggu lepas. Akak sihat
dan subur, peluang akak nak anak sendiri pun ada.”
“Jadi apa
kena mengena dengan akak nak bercerai pula, akak bergaduh ke dengan suami akak
ke?”.
“akak tak
bergaduh, tapi kalau akak tetap dengan
dia, peluang untuk akan mengadung mungkin nipis”.
“Kenapa
pula?? Dia kan ok, kalau tidak takkan isteri pertama dia boleh beranak, dah dua orang pun anak mereka”.
“Hari tu
emak mertua akan datang rumah akak, dia
marah akak kemudian dia macam mendoakan akak dengan suami akak tak akan dapat anak”.
“Ehh
kenapa pula orang tua tu macam tu, jahatnya dia..”.
“Dia tak
jahat dia baik sebetulnya, ni semua salah akaklah yang tak tahu masak”.
“Kan akak
sedang berusha ni, belajar sikit-sikit nanti lama-lama pandai lah”.
“Akak takut doa dia tu berpanjangan, sampai kesudah
akak tak dapat anak sendiri. Macam ni ha dah hamper dua tahun kami kawin
bunga-bunga nak mengandung pun tak nampak lagi”.
“Akak kena
sabar, tunggulah lagi”.
“Tak boleh
Yam, makin lama umur akak makin meningkat, dah nak masuk tiga puluh dua umur
akak ni, hanya tinggal beberapa tahun sahaja peluang akak mengandung.Kita
perempuan ni, menanti jodoh yang lain datang pun ambil masa juga. Lainlah kalau
akak ni lelaki. Hari ini bercerai esok dah boleh kahwin, tunjuk saja mana yang
kita suka. Ada duit tak payah hensem sangat tapi baik, berderet orang perempuan
nak, betul tak Yam”.
“Wahh akak
bayangkan macam jual tiket bola pula ye”.
“Ia Yam
orang lelaki ni kalau baik banyak yang nak. Lagi kalau muka macam muka ustaz.
Kita yang perempuan ni sahaja yang cerewet sikit. Tak kan nak pakai tangkap
muat sahaja, kena yang penyangak menyiksa sampai ketua. Lagi kalau bercerai,
dah janda kena tunggulah dua tiga tahun kemudian baru datang jodoh, itu kalau
ada. Tapi kalau tak ada pun akak tak kisah akak dan berusha. Kalau kita
bercerai usia masih muda peluang tu masih tinggi kalau dah tua susah
sikitlah.”.
“Entahlah
kak Sarah, Yam tak pandai nak bagi pendapat kat akak..sebab Yam ni pun belum
kahwin lagi.”
“Eh Yam!
minggu lepas lama Yam cuti, cuti bertunang ke?”
“Mana ada
bertunang, siapa lah nak kat Yam yang tak berapa nak lawa ni”.
“Siapa
kata Yam tak lawa, akak tenguk Yam ni manis saja. Bab jodoh ni kalau dah sampai
tup-tup minggu depan ada ornag yang datang meminang Yam, lagi pun umur Yam pun
masih muda lagi belum pun 25 tahun”.
“Tahun
depan masuklah angka 25 tu”.
“Habis
kemana cuti lama? akak terkontang-kanteng makan sorang, masa tukan isteri tua
suami akak bersalin jadi tak ada siapa teman akak makan”.
“Ohh
minggu lepas tu kakak ipar Yam meninggal, doctor kata sakit jantung, entahlah
Yam tak pernah dengar dia sakit jantung selama ni. Emak Yam pun tak tahu,
alih-alih abang Yam kata, pihak Hospital mengesahkan kematianya kerana sakit
lemah jantung”.
“Muda lagi
ke kakak ipar Yam tu?”.
“Mudalah
lagi baru anak dua”.
“Nak buat
macam mana Yam ajal dah sampai, tak boleh nak berundur walau sesaat pun. Kalau
dengar cerita macam tu kita yang masih hidup pun takut kan Yam”.
“Betul
kak, mati ni tak mengenal usia..”. Mereka meneruskan suapan sambil memikir
soal-soal kematian yang tidak tahu bila pula sampai pada giliran mereka.
Sambil
memasak mereka berbual, bersambung kemeja makan dan hingga selesai makan.
Sememangnya itulah kawan Sarah yang paling rapat. Petang baru Sarah pulang kerumah. Sampai
sahaja dirumah kereta suaminya sudah terpakir ditempat pakirnya.
Malam itu
pula Syukri merasai kari ayam dan sayur
kangkong goreng belacan masakkan Sarah. Itulah masakkan pertama Sarah isteri
keduanya sejak dia menikahi wanita itu hamper dua tahun.
“Ok tak
kari ayam dan sayur kangkong ni bang.”
“Oklah ni,
sedap, esok-esok boleh lah praktikkan kat rumah pula”.
si sarah lupa bkn mak si syukri yg mndoakn dia tak dpt anak tp arwah mak dia sndiri ygvtak nk cucu dr keturunan si syukri.
ReplyDelete-dibah-
Akirnya Sarah sedar pun yg dia xkan Ada ank ngan syukri....
ReplyDeletewalau macamana digambarkan si sarah ni kunun2 seorang yg baik saya tetap tidak suka dia..seorang madu yg baik takkan tamak perhatian suami untuk dia seorang sahaja...seorang madu yang baik sepatutnya dia mengingatkan tanggung jawab suami terhadap madu yg seorang lagi...contoh seperti nuri..walaupun sarat mengandung tapi tak pernah menganggu bila suami bersama madu..saya masih terkesan dgn cerita bagaimana syukri memungkiri janji untuk bersama nuri tanpa gangguan sarah selama 3 hari sahaja tapi syukri terus berkejar pergi ke sarah bila mendapat panggilan kunun2 rindu..padahal sebelum tu syukri sudah menghabiskan masa seminggu dgn sarah..memang padan syukri di jodohkan dengan sarah yg sama2 kuat nafsunya hingga sanggup mungkir janji dan sama2 buruk perangainya...kalau saya jadi nuri sudah lama hai hai bai bai...
ReplyDeletemak si syukri tu biar le betterus trrang dn btahu si syukri dn si sarah apa arwah mak sisarah dh ckp. jgn nanti si syukri lupa diri dn sama mcm si sarah ckp mak syukri doakn dia tak dpt anak pulak. ni si sarah dh blajar msk si syukri makin lupa le tanggugjwb kpd nuri..dh tak kisah nk balik mkn di rumah nuri le nampak gaya. mmg si syukri ni tak adil .
ReplyDelete-dibah-
mesti syukri tahu apa yg dikatakan arwah mak sarah pada mak syukri...takkan la mak syukri nak dok diam je lepas pinangan di tolak...mau diheboh dgn saudara mara..macam kita jugak la..kalau orang menghina ingat nak duduk diam je...mau membebel berahun2...masalahnya si syukri ni orangnyakan tak bole dengar sarah merengek..tu yg bole lupa nuri yg susah sama2 tapi bila senang nak bertiga...
Deletetgk saja kemewahan yg dicurahkn kpd di sarah...tp dia lupa masa sudah nk majukn bisness sape yg berkorban utk dia.
ReplyDelete-dibah-
sebenarnya mmg dr awal si syukri yg tak betul..dok cite hal rumahtangga dgn si sarah knape? klu dia jujur dr awal dia dh maklumkn kpd nuri dia.mmbantu sarah dlm kesusahan. ni senyap smpi dia nikah. jantan ...mmg camtu...klu isteri bantu boyfriend lams dlm kesusahan blh pulak dia mrh klu dia smuanya betul.
ReplyDelete-dibah-
saya rasa nuri ini sepatutnya mendapat seorg suami yang baik bukan spt syukri yg suka sangat mendera perasaan nuri. Syukri sgt padan dgn sarah biarlah ceritanya ini dia dgn sarah dan nuri bahagia dgn pasangan lain yg lebih baik berbanding Syukri . masa itu barulah syukri merasa kehilangan segala nya kerana bercerai dgn nuri dan ini lebih baik daripada nuri memendam rasa dan rasa terpaksa mematuhi suaminya sdgkan hati nya merasa sakit. Suaminya tdk pernah sedar ttg ketidakadilan itu. Bila bercerai dgn nuri dan sdh mendapat pasangan baru maka syukri mungkin jadi gila talak pula nanti ataupun muflis
ReplyDeletekerana balasan tidak adil dalam perkahwinannya.
sengal betul sisarah ni. mak mertua bukan mendoakan dia takde anak, dah dia pemalas takut anak kebuluran. mak dia yg menyumpah. mak mertua juga yg diceritakan. nnt dia nak kawin dgn abg mariam ke. blh ke syukri lepaskan bini yg kuat merengek ni. rasanya biarlah nuri yang mendpt kebahagiaan lain. Dah tawar hati dgn syukri.
ReplyDeleteada je orang yg subur tak dapat anak dengan pasangan masing2..
ReplyDeletetapi bile berkahwin dengan orang lain, bole je ngandung..
contoh cam yusuf haslam dgn bekas isteri dia raja norsaadah..
bila masing2 dah berkahwin lain, tgk2 ada rezki...
berderet2 lak tu anak2 masing2...
Betul tu mak teh sokong. Mak teh ada baca jyga crita tu.
DeleteTerkabul juga arwah maknya Sarah yg sumpah tak nak keturunan dari Syukri. Saya dulu pernah berkerja dgn boss orang arab S`pore. kahwin sepupu bercinta 10tahun nikah pun 10 tahun tak ada anak tapi selepas bercerai masing2 dapat anak ramai. Syukri should know that this is sumpahan arwah emak mertua dia, tak kan dia tak tahu punca kenapa pinangan di tolak. kalau in the next ep, Nuri akan tekas minta dilepaskan jadi tak payah nak fikirkan makan minum nak layan lahir dan bathin sedangkan dia sendiri dah ada anak 2 untuk di fikir. Kalau Nuri sabar pasti ada orang lain yg anak lelakinya libeh prihatin dari Syukri.
ReplyDeleteharap nuri temui bahagia akhirnya. berilah kesedaran dihati syukri tu betapa pentingnya nuri dalam hidupnya... Sarah patut berterus terang pada syukri kata-kata sumpahan ibunya pada syukri dulu.. betul juga niat sarah nak bercerai tu agar dia dapat meneruskan keturunan. Dia dah sedarlah tu dia kena makan sumpahan maknya yang tak mahu keturunan dari syukri. Tq mak teh sbb post 2 n3 dlm sehari. seronok. Best sangat. Lapang rasanya walaupun dada sendat penuh gelora. Mak Teh The Best. Hehehe
ReplyDeleteSegala2 nya baik si sarahtu pd pandangan syukri.. Biar padan muka syukri.. Yg tua minta cerai. Ygmuda punnak cerai juga
ReplyDeleteBetul jugak tu. Boleh meroyan jadinya syukri nanti bila nuri dan sarah dua2 minta cerai. Hahaha. boleh tengoklah mana satu yang lebih penting di hati syukri.. Berbaloi2 rasanya. Bila sampai situ baru tahu selama ini sakit hati macamana kalau dah tak di senangi... hehehe
ReplyDeleteTengok la apa plk tindakan sarah bila dah sedar ni. Sarah tak pernah dimarah. Nuri pulak tempat Syukri mencari salah. Kalau berada di tempat Nuri, mungkin boleh memaafkan tapi bukan melupakan. 2X bersalin tanpa suami. Datang, boleh lagi tanya soalan yang tak masuk akal.
ReplyDeleteKewajiban suami berpoligami. Wajib lepaskan salah seorang jika isteri tak bahagia sementelah dia sendiri tak mampu berlaku adil. Bila la syukri nak sedar.
Mak Teh, ada bab dua-dua mintak cerai ke. Excited nak tau ni. Dulu dua-dua merajuk dia nyanyi lagu madu tiga, pastu menyorok kat bengkel. Klu dua-dua mintak cerai?????
ReplyDeleteJeng2 jeng mak teh saspen la plak
ReplyDeleteSanggupkah sarah undur diri? Kesenangan telah dapat, perhatian dan kasih sayang berbaloi-baloi. Dan sanggupkah syukri melepaskan dengan mudah? Mesti best kan, nak tau n3 selanjutnya. Mak teh tetap mantop di hati.. Pandai memanipulasikan fikiran kita supaya sentiasa berfikir dan terus berfikir. Tahniah mak teh. Adakah telah tiba masanya ruang bahagiantuk Nuri?
ReplyDeletenuri seorg yg tabah kuat dn penyabar....dia akn bahagia hidup dgn anak2 dia..selama ni pun dia uruskn keperluan mereka sendiri je. sekali je si syukri tu belikn walker utk wafi. pendukung wafi pun nuri kirim dgn kwn dia walau pun si syukri tAu nuri ada ckp nk membelinya.
ReplyDeletemmg bykle ketidakadilan dn prihatin si syukri kpd nuri. mmg sakit betul hati....
-dibah-
kena wajibkan masuk kursus kawen bagi pasangan yg nak berpoligami supaya tahu & amalkan hukum hakam islam..nasib semua isteri terbela.. takde laa sembunyi2..
ReplyDeleteKalau nikah sempadan mana nak kursusnya. Kalau kat M'sia kan kena dptkan kebenaran isteri pertama.
ReplyDeleteSyukri ni dari awal dah pembohong. Tak bertanggungjawab. Macam mana sarah sedar dan baik pun tetap tak suka. Kalau dia tak berubah pun dimata syukri dia tetap yang terbaik. Nuri yang baik selalu je syukri cari salahnya. Sarah dah pandai masak ni lg la bertambah sayangnya.
btul tu sb dr awal mmg si syukri dh tak betul jadi klu dh 2 thn brtambah liat nk di betulkn. klu dpan mak dia pun di bela si sarah dn di salahkn nuri...baik le nuri berundur dn hidup sndiri.
Deleteakak lebih sokonng nuri hidup sndiri dgn anak2 dia sb kesal si syukri sekejap saja...
-dibah-