~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 30 April 2015

Nur Hidayah 55


          
                       Ibu Johan menggeleng kepala tanda tidak mahu. Dibenak ibu Johan terdetik..pada kebiasaanya bila seseorang yang tidak berdaya sepertinya ditempatkan dirumah penjagaan, anak-anak akan lepas tangan. Sebab mereka sudah dijamin terjaga, dengan rasa itu anak-anak akan mula culas untuk menjenguk. Bila sudah jarang menjenguk rasa sayang dan rasa rindu akan pudar dan akhirnya mereka terbiar dengan kasih sayang darah daging sendiri. Padanya biar dia menderita sedikit namun anak yang dikasihi sentiasa ada didepan mata. Biar pun bukan hari-hari dapat melihat sang anak yang dikandung dan di dibela dari tapak kaki sebesar dua jari, namun kekerapan dirinya dijenguk lebih banyak dari dia ditempat penjagaan.


“Tapi kalau mommy duduk sini, Jo tak boleh nak jenguk mommy selalu, bibik pula tak jaga mommy dengan betul”.


                       Untuk menjawap pertayaan anaknya ibu Johan berbicara dengan bahasa yang tidak difahami oleh Nur Hidayah, air mata yang bertakung ditubir matanya sudah mula mengalir dipipinya, memek mukanya pula yang tercebek-cebek mungkin menahan rasa hati. Pandagan sayu doctor Johan menelah mungkin Dr. Johan memahami apa yang diperkatakan oleh mommynya. Rupanya sedang mereka berbincang didapur bibik mencuri dengar dari sebalik dinding. Bila mendengar pujukkan Dr. Johan kepada ibunya.  Dia keluar dari intipanya dan merayu.


“Tuan maafkan lah saya kali ni, saya janji tidak akan mengabaikan ibuk lagi. Tolonglah.. saya mahu kerja disini”. Dr. Johan berpaling pada Hidayah mencari pendapat.


“Macam mana Hidayah..nak terima ke. Bukan sekali ni saya terjumpa yang macam pagi tadi tu”.( Kemudian dia berpaling memandang kearah bibik) bukan sekali kamu buat emak saya macam ni, dah tiga kali saya terjumpa. Boleh ke saya percaya janji kamu tu”.


“Ia boleh..saya janji tak akan buat lagi. Betul, tuan beri saya peluang sekali sahaja lagi saya akan kerja dengan baik, tolonglah” Rayu bibik lagi.Yang sebenarnya bibik dikira sangat bertuah bekerja dengan Dr. Johan sudahlah gaji yang diberi lebih dari sepatutnya, kerjanya tidak pernah dipantau dan tidak pernah diperintah. Tetapi biasalah jika sudah terlalu senang mulalah bibik melaksanakan tugasnya sambil lewa sahaja. Dr. Johan mendiamkan diri, mungkin dia sedang berfikir buruk baiknya..Nur Hidayah membantunya


“Saya rasa elok Dr. bagi dia peluang sekali lagi. Apa kata kalau Dr. nak pantau bibik ni buat kerja ketidak, kita pasang cctv kat rumah ni”.
(mak teh ni tak ada cerita lain asyik nak pasang cctv sahaja tak apa kan).


“Ok..peluang bibik hanya sekali sahaja. Jika sekali lagi kedapatan emak saya terbiar macam pagi tadi..siap-siaplah kemas kain baju bibik.. tiada maaf lagi walau bibik merayu”. Cadangan Nur Hidayah diterima dan bibik diberi syarat.



                 Hari itu Nur Hidayah membantu Dr. Johan didapur memasak makanan tengahhari. Sambil memasak mereka berbual ditemani oleh emak Dr. Johan. Manakala bibik mencuci segala cadar dan baju-baju kotor. Dan dimasa itulah Dr. Joahn memperkenalkan emaknya pada Nur Hidyah.


“Nama emak saya Maria Ong binti Abdullah..emak saya seorang mualaf. Dia memeluk Islam kerana hendak berkahwin dengan ayah saya yang berugama Islam. Nama ayah saya Johari.” Wahh macam budak darjah satu Dr. Johan memperkenalkan ahli keluarganya. Nur Hidayah hanya mendiamkan diri mendengar penerangan Dr Johan. Melihat kebisuan Nur Hidayah, Johan Hamdi merasakan Nur Hidayah tidak berminat untuk mengetahui keadaan emak dan dirinya dengan lebih lanjut lagi. Namun begitu dia harus mengambil peluang sementara Nur Hidayah didepan mata.


“Hidayah lepas makan ni boleh tak temankan saya pergi Masjid Jamek atau Jalan Tar”.


“Dr. nak buat apa pergi ke sana”.


“Saya nak belikan barangan mommy saya..boleh ye”.


“In Syaa Allah boleh lah”.


“Ya Allah lupa pula saya..Hidayah kata tadi nak masuk kerja lepas waktu makan tenghhari..tak apa ke”.


“Ok saja..sebab bos saya pun dah bagi cuti untuk hari ini. Saya saja gatal nak pergi juga kerja sebab kat rumah pun nanti sorang-sorang. Kalau dah ada tugas lepas makan ni tak apalah.. lagi saya suka.”.


Seperti yang di minta Nur Hidayah, menemani Dr. Johan ke Jalan Tar. Rupanya Dr. Johan mahu membeli sejadah, telekong dan tudung untuk kegunaan mommynya. Setelah dia memperolehi semua barangan yang dikehendaki..


“You penat tak teman kan I ni”.


“Tak adalah..seronok juga jalan-jalan kat sini dapat juga cuci mata. Orang kata datang sini jangan waktu cuti, orang ramai sangat ye ke”.


“I pun tak pernah datang sini, inilah kali pertama itu sebab minta you temankan. You tak nak beli apa-apa ke”. Jika melihat dari gaya Dr. Johan memang benar apa yang diperkatakan. Setiap barang yang dibeli dia meminta pandangan Nur Hidayah. Malah kedai yang harus dituju juga dia bertanya pada Nur Hidayah.


“Rasanya tak adalah doctor..nantilah kalau datang sini sekali lagi mungkin saya dah senaraikan apa yang saya nak beli”.


“You pilihlah I bayar kan”..


“Tak apa.. tak apa memang tak terniat saya nak membeli”.
Selesai membeli barangan mommynya  Dr. Johan menghantar Nur Hidayah kehospital semula..


“Hidayah terima kasih daun keladi kerana tolong dan teman kan I hari ni”.

“Sama-sama”.


“Tapi yang ‘daun keladi’ tu boleh ke lain kali you tolong lagi”.


“In Syaa Allah boleh, call sahaja..kalau saya tak ada hal saya akan tolong”. Ada segaris senyum lucu terlukis dibibir Nor Hidayah. Hatinya berdetik 'lucu juga doktor sepet ni'.


“Ni ikhlas dari saya untuk awak.”


“Tak apalah doctor saya ikhlas tolong doctor”.


“Terimalah..harap sangat awak terima. Tapi apalah I ni kan, orang bagi barang-barang yang berharga, ni I bagi you telekong sahaja”.


“Doktor..kenapa cakap macam tu..saya tak pernah menganggap pakaian untuk kita solat ni rendah nilainya..tak ada yang lebih mahal harga dari pakainya yang dipakai untuk bersolat dan yang akan kita bawa kedalam kubur. Dr. tahukan selain digunakan untuk solat, telekong adalah pakaian seorang wanita yang akan disemadikan didalam kubur. Saya bersyukur Dr. beri pakaian yang mengingatkan saya pada kematian. Saya tak ambil sebab saya tolong Dr. ikhlas, saya tak nak upah”.


“Saya tak anggap ni upah Hidayah teman dan tolang saya tadi, tapi sebagai hadiah dan tanda salam persahabatan kerana kesudian Hidayah. Jadi terimalah. Lagi satu boleh tak kalau awak tolong cucikan telekong-telekong ni untuk mommy saya”. Dr. Johan mengunjukkan dua pasang telekong lagi di beg plastic yang berasingan kepada Nur Hidayah.


                    Sudah seminggu pemergian Tengku Faizal bersama kumpulannya keMekah untuk menunaikan Umrah. Sejak itu juga  Nur Hidayah hanya sekali sahaja menjenguk anak buahnya. Yang sebenarnya Nur Hidayah tidak mahu adik-adik Nur Jannah yang menemani nenek dan datuknya merasa kekok dengan kehadiranya. Tetapi dia sudah ada tugas lain yang menantinya pula. Jika ada masa terluang Dr. Johan akan menghubungi untuk menemaninya menjenguk mommynya. Dia tidak selesa untuk berduaan dengan bibik dirumah mommynya. Ialah bibik masih muda,  masih cantik dan menarik dimata lelaki.


“Nur Hidayah kalau tak menjadi keberatan untuk awak..boleh tak saya ajak awak kalau saya nak jenguk mommy saya”. Itu permintaan diakhir pertemuan pertamanya dulu.


“Boleh tu boleh tapi kenapa ye Dr. nak kan teman kalau nak jenguk mommy Dr. sendiri.”.


“Fitrah Nur Hidayah..apa awak pandang pada bibik tadi”.


“Tak ada apa yang pelik, dia seperti bibik-bibik lain kat Malaysia ni”.


“Entahla tapi saya takut..takut pada fitrah manusia sebab saya lelaki sihat dan dia juga wanita sihat..Hidayah faham kan apa maksud saya”.


“Tapi pernah ke dia cuba goda Dr.”.


“Itu yang saya takut..perasaan saya rasa pernah.. tapi mungkin saya yang terlebih perasan tak tahulah..entahlah tapi saya nak berjaga-jaga”.


“Kalau Dr suka pun. apa salahnya bukan tak cantik bibik tu. Tak berhias pun nampak cantik kat mata saya”.


“Awak! saya ni tak lah gersang sangat semua nak disapu”.


“tak lah saya kata Dr. gersang..tapi apa salahnya, ramai saja orang kita kahwin dengan orang negara lain..artis kita pun dah ramai kahwin orang Indonesia kan..lagi pun percakapan kita dan mereka masih boleh difahami. Masakkanya juga tak jauh berbeza”.


“Susah Hidayah..setiap tahun nak kena perbaharuai visa, ini bermakna saya akan ditinggalkan sekurang-kurangnya beberapa hari, kadang-kadang tu minta sampai sebulan ialah dah alang-alang balik kampong kan. Mengingatkan saya ditinggalkan saya tak sanggup..baik saya mencegah dari sekarang.  Kalau saya nak kahwin saya nak kahwin dengan orang tempatan. Sama budaya sama masakkan dan sama cara hidup”.


“Alaah doc. kena tinggal sekejap pun dah merungut”.


“Entahlah Hidayah sebetulnya saya dah jeran kena tinggal. Sebut sahaja kena tinggal saya jadi fobia. Akhir cerita..saya minta tolong boleh ye teman kan saya bila saya nak jenguk mommy saya.”


In Syaa Allah boleh..call sahaja saya akan datang”. Dengan cerita itu Nur Hidayah mengotakan janjinya. Hari Jumaat itu sekali lagi Dr. Johan menghubunginya..


“Hidayah hari minggu ni free tak”.


“Rasa nya free..kenapa doc.”


“Saya nak ambil cuti..teman saya jenguk mommy saya. Saya nak kemas rumah mommy lah”.


“Ok set”. Hari itu hari Jumaat..Hari Sabtu jenguk nenek Bedah sekejap Hari minggu teman doc jumpa mommynya puan Maria..Nur Hidayah berkira-kiran dalam hatinya. Jadual waktu cutinya sudah penuh, hatinya gembira. Tidaklah dia kebosanan duduk seorang diri dirumah kerana Nur Fatihah pulang kekampungnya di Kuala Selangor.


Awal pagi lagi dr. Johan menghubungi Nur Hidayah. Ketika Nur Hidayah tiba dirumah puan Maria, Dr. Johan sudah ada menanti di keretanya yang dipakir diluar pagar rumah mommynya. Berhenti sahaja kereta Volkswagen Jetta Nur Hidayah Dr. Johan datang menghampiri.


“ Terima kasih kerana sudi datang. Emm you nampak lain pakai macam ni”. Hanya senyuman segaris, Nur Hidayah menjawab kata-kata dr Johan.


“Hidayah! Yang sebetulnya hari ni I nak berkemas. Saya nak cuci ruang tamu dan bilik mommy”. Dr. Johan memberitahu apa rancanganya kepada Nur Hidayah.



“Ye saya tahu. Kan dah cakap masa doc.  call saya hari tu.. saya nak tolonglah ni, itu sebabnya saya pakai seluar hari ni”. Hari itu Nur Hidayah memakai seluar jean dan baju kotak-kotak arwah papanya Tengku Faris.


“Itulah you nampak lain hari ni, nampak macam tomboy sikit. You memang suka pakai baju kemeja lelaki ke”.


“Tak juga, ni kemeja arwah Tengku Faris. Kalau disimpan tak jadi apa kalau kita pakai In Syaa Allah tuan punya baju akan mendapat pahala.. jadi saya tolonglah dia mendapat pahala.”.


           Tidak duduk lama mereka memulakan operasi mereka. Sementara bibik pula memasak makan untuk tengahhari, manakala puan Maria juga turut memerhati disudut rumah. Dalam hati rasa bahagia bila rumahnya terasa sibuk seperti rumah-rumah orang lain. Sesekali ada juga dia bersuara namun hanya Dr. Johan dan bibik sahaja yang memahami bicara Puan Maria. Dulu dia seperti orang lain juga boleh berbicara dengan betul dan difahami segala butir bicaranya. Namun setelah dia diserang angih Ahmar / strok perkataan yang keluar dari bibirnya tidak difahami oleh orang yang tidak biasa denganya. Selesai berkemas mereka menjamu selera pula, makan makanan yang dimasak oleh bibik.


“Mommy hari ni Jo suapkan mommy makan”. Kelihatan wajah puan Maria berseri-seri bila mendengar kenyataan anak lelakinya. Sambil menyuapi mommynya…Dr. Johan meluahkan rasa.


“Hidayah yang sebanarnya I memang nak buat macam ni selalu, mandikan mommy suapkan makan mommy..I nak mencari keredaan Allah sementara ada peluang. I ada dengar satu ceramah kalau kita berbuat baik dengan kedua ibu bapa kita, Allah berjanji akan memberi ganjaran yang besar pada kita. Tapi selain dari itu I nak keredaan Allah juga”.


“Betul..cara doc. saya sokong 100% sementara mommy doc. masih ada rebutlah peluang yang Allah dah jamin kebaikkanya. Kalau dah jadi macam saya ni dah tak ada peluang lagi dah. Sebab dalam hidup kita hanya mempunyai seorang sahaja ibu dan ayah, tak ada tukar gantinya ”.


“You dah tak ada ibu lagi ke Hidayah”.


“Rasanya dah 7 tahun mama saya meninggal. Masa dia meninggal saya baru habis belajar di UiTM. Tak sempat pun dia nak tahu keputusan peperiksaan akhir saya”.


“Oh..sorry..I tertanya cerita sedeh you”.


“Tak apa..itu jalan hidup saya, saya redha. Lagi pun kematian tu kan pasti..tak kira kita tua ke muda”.


“Betullah apa yang you cakap. Hidayah you tahu ke ada satu cerita zaman nabi yang mengisahkan seorang pemuda memandikan khinzir tu”


“Ohh cerita tu..
Satu cerita tentang kisah “seorang anak yang memuliakan kedua ibu bapanya walaupun ibu bapa telah bertukar menjadi babi”.
Di zaman Nabi Musa a.s ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s dan hairanlah Nabi Musa akan tingkah laku pemuda itu, dia terus masuk ke dalam bilik kemudian membawa seekor babi betina keluar dari bilik itu, dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik sendiri di dalam hati baginda ” apakah ertinya semua ini?”
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor babi jantan pula dan lebih besar sedikit dari yang tadi. dan diperlakukan seperti babi yang sebelumnya juga.
Selepas semua kerja selesai barulah ia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi ” Apakah agama tuan hamba?” . “Islam agamaku” jawab pemuda itu ringkas. ” Habis kenapa kamu membela babi?” tanya Nabi Musa a.s lagi.
Wahai tuan hamba kedua-dua babi yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi ialah ibu bapa kandungku, Oleh sebab mnereka banyak melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka kepada rupa babi yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tua ku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi”.
sambungnya Setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya, tambahnya lagi
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil  baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dan hodoh dengan rupa babi pun dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”.
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud ” Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami tukarkan / pindahkan ke dalam syurga”.. BLOG USTAZAH AZIMAH
( tak masuk dalam cerita..ada satu lagi kisah dizaman nabi sulaiman pemuda yang berbakti pada kedua ibubapanya..nak masukkan panjang sangat kalau nak baca buka http://blogtokwan.blogspot.com)


“Emm. Nur Hidayah! boleh tak kalau awak tunggu sehingga solat Zohor disini. Saya sebenarnya teringin hendak berjemaah dengan mommy saya”.


“Ohh..tapi saya tak bawa baju bersih dan telekong untuk solat kat sini”. Bila mendengar kata-kata Nur Hidayah Dr. Johan bangun menuju kesebuah bilik. Tidak lama kemudian dia muncul dengan sepasang baju kurung dan telekung ditangannya.


“You pakai ni..boleh ye tunggu sampai waktu solat”.


“Boleh tapi baju ni baju siapa rasanya bukan baju mommy awak kan”.


“Bukan, orangnya dah tak ada kat sini. Tapi seperti yang you kata tadi I nak tolong dia dapat pahala jadi pakailah”.  Nur Hidayah menuruti segala permintaan Dr. Johan. Selesai makan mereka berdua berkemas didapur. Selesai berkemas dan sambil menantikan masukkanya waktu solat Zohor mereka berdua  berbual diruang tamu manakala Puan Maria pula berehat dibiliknya.


“Saya hairanlah Hidayah awak tak pernah tolak ajakkan saya.. kenapa?..adakah sebab saya pernah tolong awak itu menyebabkan awak rasa terikat”.


“Taklah..hanya saya rasa perlu membantu doctor..lebih-lebih lagi doctor mencari keredaan Allah mengurusi ibu doc. yang dah tak berdaya”.


“Awak tak rasa jijik ke dengan mommy saya Hidayah..”.


“Doktor! Saya pernah lalui semua ni. Dulu arwah mama saya pun macam ni juga..dan pengalaman tu saya gunakan pada mommy doc pula. Pada saya sekarang ni waktu dia yang perlu kita bantu.. esok lusa mungkin hari kita pula. Jika kita membantu sekarang.. In Syaa Allah akan ada juga yang akan membatu kita bila sampai waktu kita nanti. Bab jijik tu belakang cerita, sebab najis dia sama juga dengan najis kita. Adakah najis doctor lain dari najis mommy doctor?”.


“Taklah..Habis yang sampai awak beli febrez dan setiap kali sampai kerumah mommy saya ni awak sembur febrez. Awak tak tahan dengan bau dalam rumah mommy saya kan.”.


“Ohh jadi doc. terasalah saya buat macam tu. Saya sebenarnya tak kisah bau apa pun, tapi saya kesian pada mommy doc. tiap-tiap hari dia mencium bau yang tak menyenangkan hidung, tapi dia tak berdaya nak melakukan sendiri. Saya kesihan jadi sementara saya ada, saya semburlah untuk keselesaan dia. Lagi pun rumah mommy doc ni dah ok..mungkin berkesan juga cctv yang doc pasang hari tu. saya ni saja nak wangi-wangi dan berbau segar.  Lain kali ajarlah bibik sembur febrez kat bilik mommy doc.”.


“Saya minta maaf Hidayah kerana buruk sangka tadi, ingatkan awak terpaksa tadi”.


Banyak yang mereka bualkan bila sambil menanti masuknya waktu solat. Seperti yang dihajati masuk sahaja waktu Dr. Johan kebilik mommynya yang sedang berehat.


“Mommy bangun ye, kita solat. Hari ni Jo nak solat dengan mommy dengan Hidayah sekali..kita solat berjemaah ye”. Kedengaran kata-kata yang keluar dari bibir puan Maria disulami dengan esakkanya. Hanya Johan Hamdi yang faham bahasa mommynya, Nur Hidayah hanya memerhati dari jauh sahaja.


“Terima kasih Jo..memang dah lama mommy nak solat tapi mommy tak tahu. Mommy dah lupa ustazah ajar mommy dulu. Tapi macam mana mommy nak solat  Jo, mommy nak baca pun dah tak ingat..”


“Tak apa nanti Jo baca kuat mommy ikut ye. Sekarang jom masuk bilik air”. Bila Dr. Johan cuba membuka lampin mommynya tanganya digenggem oleh mommynya.


“Tak apa mommy, Jo kan anak mommy..Jo tak kisah pun”. Puan Maria mengeleng. Biar pun Johan anaknya namun dia berlainan gander, menyebabkan ada rasa malu terbit dihatinya. Perlakuan itu diperhatikan oleh Nur Hidayah diambang pintu bilik. Terus sahaja dia menyanggupi untuk mengurusi Puan Maria di bilik air.


“Kalau mommy doc tak kisah, boleh saya uruskan dia kebilik air”. Mendengar kata-kata Nur Hidayah Puan Maria  menganggukan kepala dan melambai kepadanya. Nur Hidayah menukar lampin pakai buang Puan Maria dan memakaikanya telekong kemudian mereka bertiga bersolat diruang tamu. Usai solat Zohor Nur Hidayah bertanya...


“Doc..perlu pertolongan saya lagi ke??”.


“Pertolongan apa ye?”.


“Ialah kalau nak minta saya tunggu sampai solat Asar pula?”.


“You peril I ke Hidayah”.


“Apalah doc ni..saya tanya ikhlas dari hati saya ni..sebab saya pun tak ada apa nak buat..kalau doc nak saya tunggu saya boleh tunggu..ikhlas saya cakap ni”.


“Sorry ye fikir tak elok untuk you. Kalau you dah sanggup tunggu, I sangat berterima kasih sebab memang I sangat memerlukan pertolongan you. Yang sebetulnya niat hati I sementara you ada, I nak ajar mommy I membaca Al-Fatihah Hidayah!”.


“Ohh!! boleh-boleh seberapa lama nak saya tunggu pun boleh. Saya pun bukan nak buat apa-apa kata rumah”. Mendengar kata-kata Dr. Johan cepat sahaja Nur Hidayah memberi kesanggupanya. Nur Hidayah duduk bersama-sama mendengar Dr. Johan mengajari mommynya diruang tamu. Bila melihat mommynya sudah agak kepenatan Dr. Johan memberhentikan pengajaranya.


“Mommy nak baring ye”. Puan Maria mengangguk lesu. Sekali lagi sementara menantikan masuk waktu solat Asar  Dr.Johan bercerita kisah keluarganya.







Tuesday 28 April 2015

Nur Hidayah 54




Yang sebenarnya kunjunganya kehospital ada dua tujuan, selain dari mahu mengambil ujian darah, dia juga berharap akan bertemu dengan doctor Johan sekali lagi. Dia mahu memulangkan telekong yang dipinjamnya ketika dia lokap dulu. Dia sangat bersyukur doa itu terkabul. Senyuman meleret  dan mulutnya ramah menjawab mengambarkan rasa hatinya.


“Dah nampak apa yang melanggar saya, saya tak rasa macam lori tangki lagi..macam papan sekeping melayang adalah. Oh sorry doctor melalut-lalut pula saya ni”.


“Awak ni..awak apa khabar sekarang, diri ada rasa kelainan tak?”.


“Saya Alhamdullilah, rasa macam biasa sahaja. Tapi kalau ditakdirkan saya dijangkiti, dalam masa enam bulan boleh ke kita rasa ada perubahan dalam diri kita ke doctor.”


“ Mungkin tak ada rasa atau tanda-tanda, tapi itu semua bergantung daya tahan diri awak dan juga pada keaktivpan vairus yang ada didalam diri awak. Saya berdoa awak bebas dari virus tu”.


“Terima kasih doakan saya.Saya yang sebetulnya selalu berdoa jumpa doctor semula”.


“Haa kenapa pula.Awak nak saman saya ke kerana tak dapat nak tolong arwah Tengku jadi sihat semula”.


“Saya tak fikir macam tu, kita ni manusia.. Allah lebih mengetahui apa yang elok untuk hamba-hambanya. Lagi pun saya nampak pihak hospital telah pun memberi bantuan dengan bersungguh-sungguh. Selama ni saya macam buntu mana nak cari doctor..dah nama doctor pun saya tak ingat, nampak sangat saya tak ambil berat dan jenis orang yang tak mengenang budi kan doktor. Yang sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih diatas pertolongan doktor masa kat masjid tu..”


“Apa pula macam tu saya tak pernah rasa saya dah berbudi pada awak, pertolongan kat masjid tu semua orang akan buat kalau mereka kat tempat saya..apatah lagi saya ni doctor perbuatan, itu dah menjadi tanggung jawab.  Tapi bila awak cakap macam ni, saya bersyukur sangat, sebab ada juga orang yang ingatkan saya.. Yang sebetulnya kenapa Hidayah cari saya, takkan hanya nak ucap terima kasih sahaja. Ahh perasan pula saya ni kan rasa macam glamour pula saya ni.. ”.Doktor Johan mengoyak senyum, dia juga rasa gembira berjumpa Nur Hidayah terasa Allah memberikan sesuatu kepada nya.


“Mana boleh lupa pada orang yang dah berbudi. Doktor boleh tunggu sekejap”.


“Awak nak kemana?..lama ke?..sebetulnya saya dah habis kerja ni nak balik”.


“Ohh doctor baru habis syift malam..oklah kalau macam tu jomlah ke kereta saya”. Sambil berjalan mereka berbual lagi.


Tidak jauh Nur Hidayah memakir keretanya hanya dibahagian sisi bagunan hospital. Tadi dia keluar awal jadi dia dapat tempat yang dekat untuk memakir keretanya. Nur Hidayah membuka pintu JETTA bahagian belakang dan mengambil sebuah beg kertas lalu diunjukkan kepada Doktor Johan.


“Doktor! saya nak pulangkan telekong ni pada doctor”.


“Ehh telekong?..yang sebetulnya telekong tu  saya bagi pada Hidayah, kenapa pula nak pulangkan pada saya balik.”


“Tak apalah doctor sebab masa saya ambil hari tu tak tahu apa status telekong ni. Ni dah jumpa jadi saya pulangklan lah.”


“Emm kalau macam tu, boleh tak Hidayah jumpa ibu saya. Masa saya minta telekong dengan ibu saya dulu, saya ada cerita sikit tentang awak dengan dia. Masa awak masuk hospital selepas awak bebas hari tu pun saya ada cerita juga dengan dia. Dia kata dia teringin sangat nak jumpa awak”. Bila melihat Nur Hidayah mendiamkan diri seolah-olah berfikir..Dr Johan berkata lagi.


“Tak apalah kalau awak malu nak jumpa dengan ibu saya tak apa. Tapi harap, awak boleh lah ambil telekong ni sebagai hadiah dari ibu saya”. Nur Hidayah menjatuhkan tanganya dengan telekung yang masih ditangan. Memang dia rasa malu tentang kisahnya, tapi jika difikirkan semula untuk apa rasa malu dengan takdir dirinya.. semuanya dari Allah. Allah yang merancang perjalanan hidupnya.


“Jauh tak rumah ibu doktor tu”.


“Tak.. kawasan sini sahaja”.


“Oklah saya nak jumpa ibu Dr..saya nak ucapkan terima kasih pada dia sebab pinjamkan telekung dia.”


“Kalau macam tu jomlah naik kereta saya”.


“Tak apalah saya naik kereta saya.. saya ikut kereta doctor dari belakang”.


“Janganlah macam tu..naik kereta saya..awak takut saya bawa awak ke tempat lain ke”. Kerana desakkan hati yang ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dr Johan akhirnya Nur Hidayah mengikuti permintaanya.


“Tak lah..ok..ok saya naik kereta doctor”. Malas Nur Hidayah mahu berbalah..orang dah termakan budi macam tulah tapi jangan sampai membalas budi dengan mengadai ‘body’.


“Awak tak kerja hari ni”. Didalam kereta mereka menyambung bualan. Dr. Johan memanjangkan cerita supaya Nur Hidayah tidak kekok dalam perjalanan menuju kerumah ibunya.


“Bos bagi cuti, tapi kalau tak ada apa-apa nanti saya berniat nak masuk kerja selepas waktu makan tengahhari. Kerja pejabat ni tak pernah habis doktor. Tapi kalau tak dihabiskan, tak ada siapa pula nak tolong saya buat kerja-kerja tu. Kita juga yang terkocoh-kocoh bila bos nak nanti kan”.


“Betulah tu..Terima kasih ye kerana sudi membuang masa Hidayah, memenuhi ajakkan saya.”


“Alaah doctor ni buat malu saya sahaja cakap macam tu..Apa pula membuang masa, berziarah ibu dr. kan.  Dalam Islam berziarah sesama Islam tu dituntut.”
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan lain-lain, Rasulullah s.a.w. menyatakan: Sesiapa mahukan rezekinya bertambah, usianya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungi rahimnya.


“Lepas kejadian tu awak tinggal kat mana..Ehh boleh ke saya tanya macam ni pada Hidayah..macam menyibuk pula saya ni kan.”.


“Tak ada salahnya, saya mengucapkan terima kasih sebab nak juga dr tahu kisah saya. Saya duduk kat Cheras kat rumah lama saya. Tapi saya tetap bekerja di tempat kerja lama.”


“Hotel bekas ayah mertua Hidayah tulah”.


“Ia..”


“Sekejap sangat rasanya dah enam bulan suami awak meninggal kan”. Ada rasa terkejut juga bila Dr. Johan mengambil berat hari pemergian Tengku Faris. Agaknya semua doctor macam tu ke pada semua pesakitnya.


“Kalau ikut kiraan macam tulah”.


“Kiranya awak dah lepas edahlah kan. Saya takut juga tadi masa saya ajak awak jumpa ibu saya tak terfikir pula awak sedang dalam berpantang dari keluar sewanag-wenangnya.”


“Terima kasih kerana mengingatkan”.


 Sememangnya tidak jauh rumah ibu dr. Johan, tidak lama rasanya duduk didalam kereta, dia sudah berhenti disebuah rumah teres. Ketika Dr. Johan membuka pintu rumah dengan kunci yang ada ditangannya Nur Hidayah tercium bau hancing dan busuk dari dalam rumah.Tetapi dia melihat Dr. Johan seperti biasa sahaja, dia tidak menyapu hidungnya atau lagak yang dia juga mencium bau yang tidak menyenangkan hidungnya. Selepas memberi salam terus sahaja Dr. Johan masuk ke dalam rumah.


“Hidayah masuklah, saya nak jenguk ibu saya dulu”. Dr. Johan masuk kebilik yang paling hampir dengan ruang tamu. Bila pintu bilik dibuka makin kuat bau hancing menerjah hidung Nur Hidayah.


Nur Hidayah berdiri tertegak diruang tamu menanti kemunculan emak dr. Johan. Kemudian dia mendengar bunyi suara wanita yang tidak difahami apa yang diperkatakan. Kerana hatinya yang ingin tahu, kakinya melangkah kebilik dimana Dr. Johan berada. Bila dijengah kedalam bilik alangkah terkejutnya dia melihat Dr. Johan sedang berusha membangunkan ibunya. Mungkin dia mahu mendudukan dikerusi roda kerana ada sebuah kerusi roda disitu. Dr. Johan nampak terkial-kial sedikit mungkin kerana tenaganya tidak begitu mencukupi untuk mengangkat ibunya yang agak gempal sedikit orangnya, sedangkan dia bak papan sekeping sahaja, itu yang dikatakannya tadi.


“Maaf ye Hidayah saya nak mandikan ibu saya dulu”. Dengan suara yang berteran-teran Dr. Johan menerangkan tujuanya.


“Ok..ok.”


Melihat dr. Johan yang terkial-kial mendukung ibunya..laju langkah kakinya untuk memberi bantuan. Mereka berdua bersama-sama memapah orang tidak berdaya untuk didudukan dikerusi roda. Sememangnya keadaan ibu Dr. Johan tidak terurus. Bau hancing tadi rupanya datang dari bilik ibunya. Sampai didalam bilik air yang sememangnya ada didalam bilik itu, Dr. Johan membuka lampin pakai buang ibunya.

“Hidayah you keluar lah biar saya mandikan ibu saya dulu”. Tiba-tiba ibu dr. Johan bercakap dengan bahasanya.

“Hidayah tolong bantu saya angkatkan ibu saya duduk kat tandas ni pula. Ibu saya kata dia nak buang air besar.” Dr Johan memahami kata-kata ibunya. Mereka berdua bekerja sama mendudukkan emaknya di tandas duduk. Setelah didudukkan di tandas duduk mereka berdua keluar dari bilik air.


“Mommy kalau dah..panggil ye” Lembut sahaja Dr. Johan berkata dengan ibunya. Dibalas oleh ibunya dengan anggukkan laju dan bahasa isyarat supaya pintu bilik air ditutup, mungkin dia sudah tidak boleh menahan panggilan alam.


“Macam nilah keadaan ibu saya. Dah hampir tiga tahun dia berkedaan macam ni. Saya tak boleh nak uruskan dan nak tenguk dia selalu.Saya minta maaf yang sebenarnya saya menggunakan awak untuk menjunguk ibu saya.” Dr. Johan membuka cerita dihadapan pintu bilik air. Dia ingin memberi sebab mengapa dia memerlukan Hidayah untuk menjenguk ibunya namun tertahan bila Nur Hidayah  menghalangnya…


“Ok.Ok kita cerita kemudian..Saya rasa ibu dr. tentu belum makan lagi, hari dah pukul sepuluh pagi. Kalau ikutkan perut saya, saya dah rasa lapar sangat, sebab saya tak makan dari malam tadi. Kalau Dr. izinkan boleh saya masak sesuatu untuk ibu Dr.”


“Terima kasih Hidayah terima kasih sangat-sangat..nanti saya tenguk apa yang ada kat dapur”. Dr. Johan kedapur mencari barangan yang mahu dimasak. Kemudian dia keluar semula berjumpa Nur Hidayah yang sedang mengemasi katil ibunya.


“Dr. boleh tak saya tukar cadar ibu Dr. ni”


“Boleh..cadar tukarnya cuba Hidayah cari dalam almari baju tu..Saya nak keluar beli barang sikit. Boleh Hidayah tunggukan ibu saya sekejap”.


“Boleh..pergilah. Tapi tolong belikan saya FEBREZ ye”.Setelah ,membuat permintaan…Nur Hidayah terus membuka pintu almari baju yang dimaksudkan oleh Dr. Johan.


Sedang Nur Hidayah mengemasi katil emak Dr. Johan tercongol seorang wanita dalam lingkungan awal empat puluhan. Dia memandang hairan kepada Nur Hidayah.


“Non ini siapa..Bagaimana non masuk kedalam rumah”. Orang Indonesia detik hati Nur Hidayah, tentu dia bibik rumah ni.


“Saya saudara pada bapak Johan...adakah bibik yang menjaga ibu bapak Johan”.


“Ia ya saya yang diupah menjaga ibunya bapak Johan”.


“Kalau macam tu tolong tukar cadar ni..tukar semuanya”. Arah Nur Hidayah. Entah mengapa hatinya jadi panas bila membayangkan keadaan ibu  Dr. Johan tadi. Dia seolah-olah terbiar tidak berjaga. Sedang dia memberi arahan pada bibik ibu Dr. Johan, kedengaran suara panggilan yang tidak jelas dari dalam bilik air. Cepat-cepat Nur Hidayah menjenguk bilik air.


“Dah mak cik ye”. Hanya anggukkan yang memberi tahu keadaanya.


Nur Hidayah menutup pintu bilik air. Dia menyingsing lengan baju, melipat kainya  seperti kain warga India berkain putih dibawahnya bergaris dan menyelitkan hujung kainnya dipinggangnya dan membuka tudungnya. Dia mula memandikan ibu kepada orang yang sudah berbudi kepadanya. Mula-mula disimpah kaki, kemudian perlahan- lahan air diratakan seluruh badan. Agak lama Nur Hidayah menyabuni ibu dr. Johan. Tentulah lama dari hujung rambut hingga kehujung kaki Nur Hidayah bermain dengan bueh sabun.Yang sebenarnya dia terkenang semasa dia memandikan arwah mamanya dulu. Sedang dia menyempu kepala ibu Dr.Johan, pintu bilik air diketuk dari luar.


“Siapa!!”. Jerit Nur Hidayah dari dalam bilik air.


“Saya!!buka pintu Hidayah”. Cepat-cepat Nur Hidayah mencapai tudung sarungnya dan menyarug ke kepala. Pintu bilik air dibuka.


“Ada apa Dr.”


“Biar saya yang uruskan emak saya”. Mendengar kata-kata anaknya cepat tangan Nur Hidayah ditangkap oleh ibu Dr. Johan, kemudianya gaya menghalau anaknya keluar dari bilik air. Dari perlakuan ibunya Dr.Johan tahu mungkin ibunya malu, bila dia yang berlainan gander mengurusi dirinya dibilik air.


“Hidayah kalau dah sudah nanti panggil saya ye”. Dr. Johan mengerling bibik yang masih sibuk menyalin cadar dan sarung bantal dikatil ibunya dengan ekor matanya. Kemudian dia kedapur untuk menyediakan makanan.


Seperti yang dipesan setelah selesai membersihkan ibu Dr. Johan, Nur Hidayah kedapur memanggil anaknya untuk mengangkat ibunya yang sudah berbungkus tuala. Dr Johan mencempung dan meletakkanya ibuknya diatas katil. Tugas Nur Hidayah pula memakaikan pakaian ketubuh wanita yang tidak berdaya itu. Selesai didandani sekali lagi Dr. Johan dipanggil. Pabila terpandang ibunya yang sudah rapi Dr. Johan menghampiri ibunya dan berbisik perlahan..


“Maafkan Jo mommy..Jo tak dapat uruskan mommy macam ni..Jo tak dapat nak buat mommy wangi macam ni”.  Dia merendahkan badanya dan menciumi kedua belah pipi ibunya. Hanya air mata yang mengalir lesu dipipinya tanda dia mengerti dan memahami apa yang dibisikkan oleh anaknya. Yang sebenarnya minda dan ingatanya masih waras lagi, hanya anggota badanya sahaja tidak boleh berfungsi kerana serangan angih ahmar atau strok hampir tiga tahun lepas.


Mana hati tak sayang pada anak nan seorang, dialah anak lelaki dialah perempuan. Dan dialah anak tempat dia mencurahnya segala rasa suka dan duka. Yang sebenarnya sudah lama dia ditinggalkan terkontang kanteng seorang tampa suami disisi. Itulah dugaanya.   Dia ditinggal suami kerana perkhawinan yang tidak direstui keluarga. 



Setelah menyuapi emaknya minum pagi dengan segelas horlick dan roti. Dr Johan memanggil bibik yang ditugaskan menjaga ibunya.


“Bibik!!”. Berdiri sahaja bibi diambang pintu dapur terus sahaja Dr. bertanya dengan nada marahnya. Nur Hidayah hanya memandang. Dia juga ada dimeja makan turut sama bersarapan.


 “Awak pergi mana tadi??..kenapa tinggalkan emak saya sorang kat rumah?” Terpamir wajah marah diwajah doktor Johan bila emaknya terbiar tampa diuruskan.


“Saya pergi beli sarapan tuan..”


“Berapa jam kamu pergi beli? Ni berapa hari kamu tak tukar cadar... Kan saya dah cakap setiap dua hari ganti cadar emak saya tu. Ni satu lagi dah berapa lama bilik air emak saya tu tak bercuci. hidung kamu tak menciumnya ke bau hancing ke..hidung tu letak kat mana.. Awak tahu tak, bau bilik emak saya sampai kedepan rumah”. Dr. Johan tahu ibunya akan membuang air kecil atau besar didalam lampin pakai buangnya, dan dia juga arif kadang-kadang ada kotor yang akan terkena pada cadar. Itu sebabnya dia menyuruh penjaga ibunya selalu mengganti cadar yang digunakan. Dia masih bertimbang rasa tidak menyuruh bibik mengganti cadar setiap hari.


Bibik yang dimarahi hanya tunduk mendiamkan diri..dia tahu dia yang bersalah. Dia yang sebenarnya melakukan tugas-tugasnya sambil lewa sahaja kerana dia tahu hidmatnya sangat diperlukan kerana ketidak upayaan ibu majikanya. Dia mengambil kesempatan bila Dr. Johan jarang menjenguk ibunya. Dan hari itu juga kunjungan Dr. Johan tidak dijangka sama sekali.


“Sekarang pergi kemas barang kamu..”


“Kenapa tuan??Apa saya mahu diberhentikan kerja”.


“Ia..awak pun tak boleh nak jaga emak saya dengan baik, tak guna saya bayar gaji lebih pada kamu.”


“Jadi siapa yang mahu menjaga ibu tuan”.


“Saya nak masukkan emak saya dipusat penjagaan orang-orang tua, kat sana emak saya lebih terjaga. Ni awak sendiri tenguk pukul berapa baru emak saya dapat makan. Semalam entah awak bagi emak saya makan entahkan tidak”.


“Saya bagi dia makan tuan..betul. Kalau untuk yang hari ini saya betul-betul minta maaf. Saya terlambat tadi, lain kali saya tidak mengulangi nya.. tolong jangan diberhentikan saya, saya mahu kerja dengan tuan.. tolonglah untuk sekali ini saja”. Dr.Johan memandang bibik kemudian dia berkata..


“Bibik pergilah masuk kebilik. Saya mahu berbincang dengan kawan saya ni”. Setelah bibik meninggalkan mereka diruang dapur Dr Johan meminta pendapat Nur Hidayah.


“Awak rasa macam mana..elok tak kalau saya hantar mommy saya kepusat penjagaan orang tua-tua. Saya nak hantar dipusat penjagaan yang berbayar”.


“Yang sebetulnya Dr tanya mommy Dr sendiri. Saya rasa fikiran dia masih waras hanya anggota badanya sahaja tak boleh berfungsi.. yang lain dia ok”.


“Ia tak ia juga kan…”Dr. Johan mendekati mommynya..


“Mommy suka tak kalau Jo hantar mommy kat rumah orang  tua-tua. Kat sana nanti mommy ada kawan. Makan pun diorang jaga..Jo akan carikan pusat jagaan yang terbaik kat Malaysia ni”.