Rasanya
hanya tinggal satu bab sahaja lagi, bab 54. Dimana akhirnya Nuri pulang
kekampung Syukri..tapi mungkin esok tak ada dan agak lama sikit nak post, sebab
belum ada ayat lagi.
===============
Sejak malam itu Syukri mula tidur dirumah semula, tetapi
hanya diruang tamu bersama Syuhadah dan kadang-kadang Wafi turut tidur
disisinya. Kebetulan atau sesungguhnya, keadaan Syuhadah sudah beransur baik
bila panggilannya ditukar. Kini ahli keluarganya akan memanggilnya dengan
gelaran Kak Su. Melihat keadaan itu Puna Noriza menyuarakan hasrat hatinya mahu
pulang semula kePengkalan Hulu.
“Nuri! rasanya mak nak balik esoklah ye. Dah lama
sangat mak kat sini. Su pun dah baik tu”.Pagi itu selepas bersarapan sementara
menantikan waktu untuk masak tengahari mereka duduk bersama diruang tamu.
Syukri pula sudah kebengkelnya.
“Ialah mak.
Dua hari lagi pun Nuri dah mula kerja, harap-harap Syuhadah tak meragam lagi.
Mak! boleh ke Nuri nak tanya emak.”
“Boleh apa
yang Nuri nak tanya, tanyalah”.
“Mak tahu ke
perceraian Sarah dengan abang”.
“Mak tahu
dua hari selepas mereka bercerai. Masa tu dah seminggu Nuri bersalin”.
“kenapa
abang ceraikan dia. Sebab abang nak ambil hati Nuri ke?”.
“Kalau ikut
kata Syukri, Sarah yang minta cerai, sebab dia nak anak sendiri. Nuri mak nak
cerita pasal Sarah dan Syukri dulu ye. Dulu kami pernah pergi pinang Sarah.
Masa tu Syukri baru habis belajar, kerja pun tak ada lagi, dia hanya bantu
sikit-sikit kerja kat bengkel Along Muaz(abang Syukri yang sulung), jadi arwah
emak Sarah tak yakin Syukri jadi suami anaknya. Didepan kami dia cakap dia tak
rela kalau Sarah mengadungkan anak Syukri, takut kalau-kalau nanti cucu emak tu
akan habiskan harta keluarga mereka. Itulah kata-kata emak Sarah. Mak tak bohong
Nuri, dia cakap depan emak macam tu. Itu sebabnya emak pun berat nak terima dia
sebagai menantu, sebab kata-kata emaknya Nuri. Nak tahu perasaan emak masa tu.
Terhina sangat, terasa kami tak ada harga diri.” Berkaca-kaca mata puan Noriza menceritakan
kisah lama.
“tapi apa
kena mengena dengan dia bercerai pula, kan mereka saling mencintai kalau tak
takkan mereka nikah walaupun arwah emaknya tak rela.”.
“Masa mak
jumpa dia sebelum mak balik kampong dulu macam ni, dia rasa dia tak mengandung
kerana sumpah emaknya. Sebab dia pernah pergi check kat hospital pakar sakit
puan dan disahkan tak mandul dan tak ada masaalah rahim. Kalau dia sihat dan Syukri
juga dah terbukti bila Nuri bersalin dah tiga kali jadi dia yakin kerana
kata-kata emaknya dia tak mengandung. Dia sebetulnya nak anak sendiri, dia tak
nak anak angkat. Ialah kalau kita mampu melahirkan anak sendiri buat apa nak
ambil anak angkat. Itu yang dia nekad minta cerai. Dia minta cerai bukan sebab
Nuri, tapi sebab kata-kata emak dia sendiri dia takut termakan sumpah emaknya.
Doa seorang ibu ni biasanya dimakbulkan Allah Nuri. Nuri!! yang sebetulnya emak
pun pernah cakap macam tu juga pada Sarah. Masa tu mak marah sangat jadi mak
terlepas cakap, berdosa tak emak agaknya Nuri”. Terkedu Nuri menmdengar
pengakuan emak mertuanya.
“Emak minta
maaflah kat Sarah, emak cakaplah yang emak terlepas cakap dan tak memaksudkan
apa-apa. Sarah boleh terima kot. Nuri memandang sayu kearah emak mertuanya.
“ Emak!
macam mana dengan Nuri mak. Nuri dah tak ada rasa apa dengan abang Syukri.
Sayang Nuri pada dia dah hambar”.
“Nuri
cubalah, cuba perlahan-lahan. Buat solat taubat kemudian buat solat istiharah dan
buat solat hajat banyak-banyak. Cari ketenangan minta kesabarann. Tapi mak mengharapkan
jangan sampai bercerai berai. Nuri dengan Syukri dah ada anak-anak, fikirkan
anak-anak juga Nuri. Tapi mak tak paksa kalau hati Nuri tersiksa. Keputusan kat tangan Nuri. Apa yang
Nuri putuskan mak hormat dan mak terima. Kalau pun Nuri dan Syukri tak ada
hubungan lagi emak tetap emak Nuri ye”. Nuri memeluk emak mertuanya dengan hati
yang pilu. Sungguh dia adalah emak mertua yang baik. Nuri menangis dibahu emak
mertunya begitu juga Puan Noriza.Mereka perempuan hati mereka sama. Penih Nuri
dimadu juga puan Noriza merasa. Tetapi bak kata pepatah berapa berat mata
memandang berat lagi yang bahu memikul.
Setelah Puan Noriza pulang kekampungnya semula, segala kerja rumah
tangga Nuri berjalan seperti biasa. Sudah manjadi kebiasaan Syukri pula jika
Nuri ada dirumah dia akan pulang makan
tengahari bersama keluarga bersambung
hingga solat Zohor. Kini walaupun puan Noriza tidak lagi menemani Nuri, Syukri
tetap tidur dirumah walaupun hanya diruang tamu. Tapi bagi Syukri dia tidak
kisah asalkan isteri dan anak-anaknya ada didepan mata.
Kini sudah ada sedikit perubahan pada Nuri. Ialah sudah
menjangkau dua bulan mereka berkumpul kembali. Dia sudah mula menegur dan berbicara
sedikit dengan Syukri bila mereka sama-sama diruang tamu atau dimeja makan. Mereka
makan juga sudah bersama-sama sambil menyuapi anak-anak. Syuhadah pula sejak
dari kecil tidak suka makan nasi yang dimesen atau pun bubur dia tidak suka
benda yang lembik. Dia hanya memakan nasih yang dikunyah oleh Nuri kemudian
disuapkan kemulutnya. Sungguh banyak pengajaran yang Syukri dapat sejak dia
menjadi suami Nuri sepenuhnya. Dia sedar Nuri ada lah isteri dan ibu yang
terbaik untuknya dan anak-anaknya juga.
Malam itu selepas solat Isyak, diawal malam lagi Syukri sudah
membentang tilam yang selalu digunakan diruang tamu. Dia baring kerana dia
keletihan. Melihat babanya sudah baring Syuhadah menghulur botol kosong kepada
babanya. Syukri terpaksa bangun untuk membuat susu untuk anak perempuan yang
sangat manja kepadanya. Siap susu mereka mereka
baring. Sambil menepuk punggung Syuhadah yang sedang menghisap botol
susunya, Syukri terlena. Dia sungguh
penat hari itu kerana banyak kereta yang perlu dibaiki dan semuanya mahu cepat.
Tidak menang tangan pekerjanya yang tiga orang, dia diturun membantu. Dia tidur
tidak berselimut termasukjuga anak perempuannya yang hanya memakai lampin pakai
buang dan baju singlet sahaja.
Nuri keluar dari bilik setelah selesai
menyusukan anaknya yang kecil. Dia mahu
memastikan pintu berkunci, dan anak lelakinya tidur ditempat yang selamat. Bila
dilihat suami dan anak perempuannya tidur tidak berselimut dia datang
menghampiri untuk menyelimutinya. Syukri jadi terkejut bila ada benda bergerak
diatas badannya. Dia menolak Nuri hingga Nuri jatuh terduduk kebelakang.
“Ehh Nuri
sorry sorry. Abang tengah mimpi dikejar tikus, tiba-tiba tikus masuk baju abang,
itu yang abang tepis. Sakit tak?”
“memang Nuri
yang salah kacau abang tengah tidur, sorry ye bang”.
Nuri ingin bangun namun tanganya cepat disambar oleh Syukri.
Nuri tidak jadi bangun. Syukri bangun perlahan supaya tidur anaknya tidak
terganggu. Setelah dia membetulkan duduknya...
“Sakit tak abang
tepis tadi.”
“Tak sakit
terduduk sikit saja”. Nuri cuba untuk bangun sekali lagi namun ditarik oleh
suaminya hingga dia tersembam kedada suaminya.
“Nuri!!
abang rindu Nuri, rindu sangat.” Makin kemas Nuri dalam pelukkan suaminya. Sesungguhnya dia
sememangnya sangat merindui isteri yang didepan mata. Sudah hamper dua bulan
sejak Nuri pulang dari Australia, mereka hanya tinggal serumah seperti seorang kawan.
Walaupun pada hakikatnya dia tidak mampu menahan diri, tetapi demi menghormati
perasaan Nuri dia bersabar. Tetapi malam itu, malam yang sunyi penuh syahdu,
sentuhan tangan Nuri mengalirkan cas eletrik menaikkan semangat lelakinya.
‘Salah satu tujuan Allah menjadikan
lelaki dan wanita adalah kerana seks. Islam mewajibkan umatnya berkahwin
mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk mengelakkan seks bebas yang
banyak keburukan dari sudut kesihatan dan keturunan. Apabila suami isteri sudah
diakadkan maka seks dihalalkan walaupun datang dari sudut mana kecuali dubur
dan sekerap mana yang termampu. Urusan seks dalam hubungan sesebuah
rumahtanggan jangan sesekali diremehkan kerana ramai teman-teman yang porak
peranda rumahtangga akibat disampingkan soal seks. Kemahuan seks ini adalah
anugerah Allah yang unik dan kita hambanya MESTI mencari ilmu untuk keharmonian
seumur hidup.’
“Maafkanlah abang sayang”. Nuri menangis dalam dakapan
suaminya, ada damai disitu.
“Jangan
menangis lagi untuk abang sayang. Kita angkat Su tidur dalam bilik ye.” Hanya
anggukkan yang Syukri lihat, tapi dia tidak peduli janji Nuri memberi tidak balas
dengan setiap perlakuanya itu sudah cukup memadai untuk Syukri.
Setelah dipakaikan seluar panjang dan baju tangan panjang Syukri
mengangkat perempuanya lalu dibaringkan disebelah abangnya Wafi dibilik lain.
Sudah lama Wafi dan Syuhadah tidur dibilik berasingan dengan kedua baba dan
uminya. Setelah Syuhadah dibaringkan disebelah abangnya. Syukri kebilik tidur
mereka dilihat Nuri sudah merebahkan badan.
“Nuri boleh
abang...” Belum habis kata-kata Syukri, Nuri sudah menepuk bantal disebelahnya,
tanda dia menyuruh suaminya baring disisinya. Malam itu tidurnya lena dalam
dakapn suaminya.
Sejak malam itu, hubungan Syukri suami isteri pulih
semula. Walaupun sikap membisu Nuri
masih ada. Sikap itu seakan sudah sebati dengan diri Nuri sejak dia mula dimadu
dulu.. dia jarang bersuara. Suaranya kelaur hanya pada yang perlu sahaja. Sudah
menjadi kebiasaan setiap soalan akan
dijawab dengan jawapan bisu (angguk dan geleng) namun Syukri tetap berbicara
dengan Nuri. Walaupun begitu sikap Nuri,
namun tugas-tugasnya sebagai isteri dan ibu tetap berjalan dengan lancar. Tidak
pernah lagi dia mengasingkan diri untuk tidur di bilik lain. Dia tahu akan
dosa. Makan Syukri disediakan dan pakai
Syukri juga siap berbasuh dan bergosok. Anak-anaknya juga tidak pernah lagi
kelaparan jika dia dirumahnya.
Pagi itu sebelum Syukri kebengkel Nuri menemaninya duduk
diruang tamu dari pandangan matanya Syukri merasakan Nuri mahu memperkatakan
sesuatu kepadanya.
“Nuri nak
cakap apa cakap lah.”
“bang! saya
nak cadangkan kita ushakanlah suapya Syuhada tak melekat sangat kata bang”.
“Kenap pula,
biar lah dia macam tu abang tak kisah”.
“saya kesian
abang tak boleh buat kerja kalau dia asyik nak berdukung saja dengan bang. Mak ada bagi petua hari tu kan, cubalah
abang buat. Tapi sebelum tu abang pakailah seluar dalam atau pakai seluar sukan
ye.” Syukri melihat ada senyum yang
tertahan dihujung bibir Nuri. Tetapi Syukri membuat wajah ketatnya, dengan
suara garang Syukri memberi amaran kepada isterinya yang sedang menahan senyum.
“Ingat Nuri!!
kalau Nuri cari ubat untuk Syuahada lupakan abang naas Nuri”
“Apa abang
ni nak sampai naas-naas ni. Bukan nak Su lupakan abang tapi janganlah nak
melekat sangat, biar dia macam Wafi dan Hadi. Saya tak suruh Su supaya memebnci
abang”.
“Biar!!
abang tak kisah kalau dia melekat kat abang, Syuhadah kan anak perempuan abang.
Memang apa, anak peremapuan akan lebih rapat dengan baba dia. Dah jangan
cari-carikan ubat supaya dia jauh dari abang. Ingat! kalau Nuri buat juga abang
cari Nuri sampai lubang cacing”
“Nak buat
apa cari Nuri sampai lubang cacing buakn Nuri pergi mana pun. Kan ada saja kat
rumah ni”. Senyum yang tertahan hilang
dari bibir Nuri melihat wajah garang suaminya.
“Dahlah
abang nak pergi bengkel ni, sebelum Syuhadah bangun, nanti susah pula abang nak
melepaskan diri. Salam”. Garang sahaja suara Syukri menghulur tangannya untuk disalami dan diciumi oleh Nuri. Nuri menghampiri
suaminya yang sudah berjalan menuju kemuka pintu. Selesai Nuri menyalami
dirinya. Tiba-tiba Syukri memaut pinggang isrerinya, tangan yang sebalah lagi
memegang dagunya. Rupanya Syukri mahu menghadiahklan kucupan didahi isterinya.
Nuri yang terkejut memandang suaminya dengan mata-yang terkelip-kelip. Hissy
ganasnya dia. Tersalah makan apa tadi. Atau terlebih makan itu yang terkeluar
segala tenaganya. Detik hati Nuri dengan wajah terpinga-pinga. Kini Syukri
menahan senyum. Geli hatinya melaihat wajah Nuri yang terpinga-pinga dek
tingkahnya.
Ketika didalam kereta yang sedang berjalan dengan kelajuan
sederahana. Syukri melepaskan tawa. Lucu mengeletek hatinya bila mengingatkan
petua yang diberi oleh emaknya. Untuk mengurangkan sedikit sifat manja Nuha
Syuhadah anak perempuanya kepadanya... Dia dihendaki mandi bersama anaknya
caranya Nuha Syuhada haruslah dimasukkan kedalam kain bahasahanynya kemudian bacalah
Selawat keatas nabi sebanyak tiga kali dan jiruslah air dari kepala Syukri .Mandi
sampai basah serata badan seperti orang mandi mengangkat hadas besar.
Mengapa Nuri
tersenyum?. Mungkin dia membayangkan jika anaknya akan terkejut bila melihat
‘anunya’ jika dia tidak berseluar.
Hingga kebengkel senyum bahagia Syukri masih bersisa. Hingga dia ditegur oleh
seorang pekerja seniornya.
“Hai boss
senyum bahagia nampak hari ni ada apa-apa ke bos. Kalau menang loteri jangan
lupa belanja kami”.
“mana pernah
saya main loteri Fakrul oii, lagi pun duit lotri tu tak berkat. Kalau kita
makan atau pakai duit tak bersih ni kebaikan susah nak datang dekat kita. Saya
saja nak senyum. Senyum tukan sedekah”.
“Ialah tu bos”.
Sebenarnya Syukri bahagia melihat
senyuman Nuri tadi, makin bahagia senyuman Nuri terbit dari hatinya, bukan
terpaksa seperti biasanya.Hari itu, Hari Syukri bermula dan berhkhir dengan
bahagia.
Dalam kehidupan rumahtangga Syukri dan Nuri, yang mencari
suasana mesra diantara mereka adalah Syukri. Dialah yang selalu mencari cerita. Pada Syukri dia
yang menyebabkan isterinya berkeadaan seperti itu dialah yang harus memulihkan
keadaan.Tengahhari itu ketika dimeja makan
Syukri minta pendapatnya untuk mencari pekerja lelaki yang menbantu
dirinya melakukan kerja kerja pejabat.
“Nuri abang nak ambil pekerja lelakilah untuk
kerani abang ok tak..taklah rasa janggal bila kami duduk berdua saja dalam
pejabat tu.”
“Terserahlah
pada abang”.
“Tapi
biasanya orang lelaki nak tak suka buat kerja kerani, sebab macam buat
kerja-kerja perempuan, lagi pun kerja
kerani ni tak mencabar”.
“Apa pulak
fikir macam tu, sekarang kerja susah nak
dapat. Kalau abang dapat kerani lelaki esok, ajarkan jugalah cara-cara nak
baiki kereta. Ajak dia buat kerja-kerja makanik kalau kerja pejabat tak ada,
kemudian bagilah upah juga kerja bengkel yang dia buat tu, dapatlah dia duit
lebih. Mungkin dengan cara tu dia tak akan cari kerja ditempat lain nanti”.
Itulah perbincangan yang panjang lebar yang didengar
dari percakapan Nuri. Sejak perbincangan soal madu dan
perpisahan antara mereka tiga empat
bulan dulu. Hati Syukri berbunga ceria bila ada tidak balas yang positive dari
pihak isterinya. Tapi dia perlu berhati-hati jangan ampai salah buka tajuk, bisu lagi isterinya nanti. Tadi sedikit lagi
tergelincir tajuk perbincangan mereka, nasib baik dia pandai mengawal diri.
“Bagus juga
cadangan Nuri tu. Ialah abang akan pratikkan cara tu. Selain kita bagi duit,
ada juga pengalaman baiki kereta, mana
tahu suatu hari nanti dia pun dapat buka bengkel macam abang kan. Abang ada
satu permintaan.”
“pemintaan
apa.? Saya kena buat ke atau saya yang kena rela?” Wahh sudah jauh akal Nuri menjangkau. Dengar
macam lain saja maksudnya.
“abang minta
tolong Nuri ni. Abang minta tolong Nuri kirakan gaji dan overtime diorang untuk
bulan ni..dan bulan seterusnya kalau abang tak dapat kerani lagi boleh tak”.
Syukri terpaksa meminta bantuan Nuri untuk
melakukan kerja-kerja pejabat bila dia
masih belum mendapat pengganti Sarah. Hanya mungkin bulan hadapan adik kepada
salah seorang pekerjanya akan memulakan tugas. Dia seorang lelaki, baru sahaja
habis menjalani kursus diploma bahagian pengurusan pejabat.
“Nuri! abang
nak minta tolong Nuri ni, Abang tak sempat buat kerja-kerja pejabat..Abang nak
keluar cari barang lagi tolong diorang kat bengkel..tak ditolong kereta tengah
banyak ni, Sementara Nuri belum kerja ni tolong kirakan gaji dan kerja overtime
diorang kemudian kemaskini fail alat ganti yang dah diguna dan nak dibeli
semula, abang tak sempat nak buat. Tak dibuat bercelaru nanti budak baru tu
pening kepala pulak langsung dia tak nak kerja dengan abang”.
“Bila abang nak suruh Nuri pergi bengkel?”.
“Kalau boleh esok..gaji dan overtime pekerja pun
belum kira untuk bulan ni, kesian pulak nanti diorang lambat pula dapat gaji”.
“Ok boleh nampaknya malam ni nak mula perah susu
untuk Hadilah”.
"Cukup tak susu Nuri..kalau tak cukup kita
selang dengan susu berfomula saja”.
”Saya tak mahu selangkan dia dengan susu berfomula.
Kalau dah terasa sedap susu berfomula dia tak nak hisap susu saya nanti”.
“Kalau macam tu kita balik tengahhari susukan dia”.
“Ialah”.
Pagi itu awal pagi Nuri sudah bangun untuk
menyiapkan makan pagi dan makan tengahari mereka. Lauk yang simple sahaja.
Masak kicap sotong, ikan masak sambal, untuk sayurnya dia sudah menyiang sayur
kalian dan akan ditumis ketika mereka pulang tenghari nanti. Ketika Syukri
mengadap sarapan paginya dia terkejut melihat banyak lauk diatas meja.
“Banyaknya lauk pagi ni..semua ni nak makan dengan
nasi goreng ni ke?”
“Kalau nak makan makan lah..Ni lauk kita tengahhari
nanti”.
“Ehh kenapa Nuri masak untuk tengahhari sekali?”
“Tak apalah kita balik tengahhari kita makan sekali
lah..nanti sementara saya susukan Hadi abang tumisklah sayur kailan ni”.
“Ok boleh juga”.
Begitulah kehidupan Nuri dan Syukri. Kini Nuri
sudah mula bertugas, cuti bersalinnya 60 dan cuti tambahanya selama dua minggu hari tamat semalam. Hari ini dia
memulakan tugasnya. Anak-anak seperti biasa sudah dihantar kerumah pengasuh
mereka. Walaupun menaiki kereta Nuri, mereka berdua sama-sama menghantar kerumah pengasuh. Syukri tidak mahu
Nuri mendukung anak-anaknya yang sudah besar, Walaupun perutnya sudah diikat
kemas dengan girdle.Itu jugalah yang dipesankan oleh puan Noriza emaknya ketika
mereka berhubungan melalui telefon. Kehidupan rumah tangga Syukri dan Nurizana
sudah tenang.
Masa yang berjalan tidak terasa. Dari hari sudah menjadi
bulan. Bulan Ramadan menjelang lagi lagi dua tiga hari sahaja lagi.. Kesihatan Nuha Syuhadah juga sudah baik, hanya
rapatnya dengan babanya yang belum
berubah. Tumbesaran anak-anak Syukri dan Nuri yang dua orang lagi juga baik.
Anak yang kecil Abdul Hadi sudah memasuki usia sembilan bulan.
Ditempat kerja Nuri sudah sibuk para pekerja menulis cuti
yang diminta untuk hari raya tahun itu. Walau pun Ramadan baru sahaja bermula. Siang
itu giliran tugasnya bersama kak
Mirahnya. Dia juga sibuk menulis dipapan putih cuti yang henadak dipohon.
Melihat Nuri tidak ambil kisah dia datang menghampiri. Kak Mirah merupak senior
ditempat kerjanya. Oleh kerana orang peramah dia mudah mesra dengan perkerja
lain dia disuakai oleh ramai rakan-rakanya.
“Nuri tak minta
cuti raya. Tahun kita pulun habis. Biarlah budak kerja masa raya kalau tidak
bila lagi. Lagi pun memang itu tujuan dioarang ambil dua orang nonMuslim dalam
unit kita”.
“Entahlah
kak Mirah malas rasanya nak ambil cuti, saya pun raya kat sini saja dengan
anak-anak”.
“Tak balik
Kuala Selangor?”.
“Malas juga
nak kacau diorang. Biasalah kalau raya semua anak-anak nenek busu balik, bilik pun tak cukup. Ni kita hanya cucu sedara
macam mengacau diorang pula”.
“Kampung
suami. Mak mentua Nuri masih ada kan”.
“Ada sihat
lagi dia tu mak mentua saya muda lagi tak salah umurnya baru 63 tahun. Kuat
lagi kehulu kehilir sorang sahaja”.
“Habis tak
balik sana. Nuri tak berapa ngam dengan dia ke?”.
“Ehh tak
adalah. Emak mentua saya tu baik orangnya. Nak bergaduh apa. Tiga kali saya bersalin
dia yang jaga sampai saya sihat saya
hanya rasa malas nak balik”.
“Janganlah
macam tu Nuri, sementara emak mentua kita masih ada, apa salahnya kita balik
jumpa dia masa hari raya ni, bagilah sedikit bahagia dihari tuanya. Hidup kita
bukanya lama. Akak rasa dah lama Nuri
tak memohon cuti rayakan. Dah tiga tahun
Nuri tak memohon rasanya, kenapa Nuri.
Nuri ada masaalah dengan keluarga suami
ke? Tak dengan emak mentua dengan adik-adik suami ke ehh akak ni menyibuk
hal orang pulak..”
“Tak, akak tak
menyibuk saya sebenarnya suka cerita pada akak. Saya sebenarnya nak juga kawan
yang boleh berkongsi masaalah dengan saya. Salah orang nanti dijjajanya cerita
kita”.
“Akak ni
saja aje nak bagi pandangan pada pengalaman hidup kita yang pernah kita alami.
Pada akak Nuri baru nak cari pengalaman dalam
hidup berkeluarga. Keluarga ni sebetulnya penting untuk kita Nuri. Untuk kita dan
untuk anak-anak kita..
Ialah kita
tak tahu umur kita Nuri, ditakdirkan umur kita pendek. Kalau anak-anak kita
kenal saudara mara kita sebelah kita atau sebelah suami jadi bolehlah mereka
menumpang hidup sementara mereka dapat hidup sendiri. Tapi kalau mereka tak
kenal mak sedara atau sepupu sendiri tiba-tiba nak menumpang tentu susah pada
mereka nak biasakan”. Nuri teringat dirinya yang ditinggalkan ketika umurnya 17
tahun. Ya memang semasa hayatnya arwah
ayah dan ibunya rapat dengan nenek busunya. Ahh sedehnya hatinya mengenangkan
ibu dan ayah yang telah lama pergi. Terkenang pula masaalah yang menimpa antara
dirinya dengan Syukri jika tidak kerana emak mertua nya yang memberi sedikit
sokongan mungkin sudah lama dia tumbang.
“Kak Mirah
sebenarnya Nuri ada sedikit masaalah dengan suami. Nuri pernah dimadu. Dua
tahun lebih Nuri dimadu. Dua tahun lebih Nuri mendam rasa bila suami lebihkan
madu Nuri. Sakit betul rasa hati kak.Tapi mereka sekarang dah bercerai, baru
Sembilan bulan mereka bercerai. Tapi rasa sakitnya belum hilang lagi kak, malas
rasanya nak balik kampong dia”.
“Ohh tak
pernah akak dengar cerita Nuri dimadu selama ni. Dengan siapa Nuri dimadu”.
“Orang lain
tak tahu rasanya sebab saya tak pernah cerita dengan orang kak. Inilah saya
cerita dengan akak.. ”
“Kenapa agakya dia madukan Nuri. Sebab Nuri
lambat dapat anak ke?”
“mungkin
juga. Tapi yang sebenarnya dia tu kekasih lama suami saya, mereka bercinta dari
sekolah menengah lagi dengar cerita asal mulanya dulu mereka abang dan adik
angkat”.
“Habis dulu
kenapa suami Nuri tak kahwin saja dengan dengan kekasihnya tu”.
“Emak mertua saya cerita masa lepas habis kolej suami saya pinang dia, tapi keluarga dia
tolak sebab masa tu suami saya belum ada kerja tetap lagi.”
“Habis
sekarang kenapa mereka bercerai. Kan suami Nuri dah ada bisnes sendiri.”
“Yang mak
mentua saya cerita macam ni. Masa pinangan mereka ditolak emak perempuan tu
adalah cakap sikit. Dia kata dia tak rela sampai bila-bila suami Nuri ni kahwin
dengan anak dia dan dia tak rela kalau anak dia mengadungkan anak suami saya ni,
takut keturunan suami saya ni akan habiska harta dia. Itulah sebabnya dia minta
cerai. Dia nak anak sendiri dan dia pun dah pergi check dengan pakar sakit puan
yang dia tak mandul”.
“Tapi ialah
Nuri kita ni kadang kadang diduga macam macam. Nuri nak dengar dugaan rumah
tangga akak. Jangan Nuri kata akak tak diduga Nuri. Tapi akak diceraikan sebab akak cepat sangat mengandung. Lepas nikah sebulan akak terus lekat. dah tu kena pulak alahan mengandung yang teruk. Itu dugaan akak diawal alam rumah tangga akak Nuri.”.
“Eh akak ada
kisah juga ke disebalik akak bahagia dengan suami penyayang akak tu”.
Thanks mak teh tuk n3 baru
ReplyDeleteSalam mak teh memang setiap novel mak teh terlalu banyak pengajaran dan berguna unt saya.setiap org ada peluang kedua.sama ada kita mampu menghadapinya atau tidak. Suka sangat mak teh buat cerita ni.mungkin syukri tersilap langkah sahaja dan ini ujian unt nuri.sayang mak teh.pangjangkan lg entry pun tak apa
ReplyDeleteTerima kasih mak teh cerita mak teh semuanya beunsur tauladan. Sedih pula nak berpisah dengan Nuri dan Syukri. Harap-harap ada kesudaha citer Sarah sikit sebelum tamat cerita.
ReplyDeleteTerima kasih mak teh...banyak betul pengajaran yg dapat..baru tau petua nak jarakkan anak jgn melekat je kt parents...
ReplyDeleteSedih pulak tgk nuri x apply cuti raya..masih lg berbekas apa yg telah dibuat oleh suami dan bekas madunya..
Petua mandikan anak dlm kain ni mak teh dapat dri orng kmpung mak teh. Msa tu khenduri khawin yg siayah dikerumuni oleh anknya tiga orang nak tlong orng pun tak boleh bila anak pengang kaki. sdng emak dia ada duduk bersimpuh tak ada anak dia yang dekat semuanya nak dengan ayah dia. ada sorang tua ni bagi petua macam ni. Masukkan anak dlm kain baca selawat 3x jirus kepala mandi sampai basah pastikan anak yg dlm kain basah juga tau. tpi pkailah slur nanti pengsan pulak anak tenguk burung baba dia.
ReplyDeletesebenarnya petua ni ada juga saya dengar dari orang tua lama.Alhamdullilah semuanya dari ALLAH kita cuma bertawakal sahaja.Mak teh suka sangat bila syukri berbaik dengan nuri.Ialah bumi mana yang tidak ditimpa hujan.Setiap perkahwinan akan ada ujian daripada Allah cuma kita hanya mampu berdoa agar ujian yang diberikan mampu untuk kita hadapi dan tempuhi.Bersabarlah walaupun dalam pahit ada manisnya dan tak semua yang pahit juga berakhir dengan manis.tapi sebagai pembaca kadang kala kita mengharapkan agar kebahagiaan menjelma kerana ia merupakan halwa telinga apabila membacanya.Sebagai wanita yang bersuami memang bila membacanya terasa sakit hati apabila nuri diabaikan tapi mak teh bijak memainkan bahasa dan setiap karya mak teh sentiasa menerapkan unsur kekeluargaan penting dalam kehidupan.Teruskan berkarya kerana semua nasihat yang diberikan akan dapat diguna pakai sehingga anak-anak muda yang lain.terima kasih mak teh.
DeleteHahaha.... nak tergelak baca petua mandi dgn anak2 tu.... tak pernah dengar sepanjang usia yg dah agak "panjang" ni... Anyway, terima kasih utk petua tu... Mungkin boleh digunakan utk bakal cucu2 kelak....
ReplyDeleteYa terima kasih mak teh dengan n3 baru ni.. Seronok kerana nuri dan syukri berbaik semula walaupun suam-suam kuku. Alahai.... sedihnya dah nak berpisah dengan kisah menarik ni... Kenapa cepat sangat habisnya. Berilah dua tiga bab lagi. Bila dah terbiasa setiap hari buka ada n3 mak teh rasa sedih pula bila mak teh kata nak stop dan lambat pulak nak sambung lambat. Tak seronoklah mak teh.. Apa-apapun cerita karya mak teh sememangnya terbaik. Sayang mak teh. huhuhu
ReplyDeletedah nak aqbis kerr..hilang dah rasa nak gugur jantung.hehe
ReplyDeleteKelakar pulak syukri mimpi tikus. Sampai terduduk Nuri. Macam2 la. tq mak teh.
ReplyDeletewah..dah nak habis dah ke. baru je nak panaskan enjin ni. kira happy ending lah ya mak teh. tak jadi nak bakar panggung ;-)
ReplyDeleteBab akhir bg pjg2 ye mak teh. Pasal sarah sekali, kot dah dpt jdoh. Heheh...
ReplyDeletebetul tu..nak gak tau apa kisah pengakhiran kisah sarah..
Deletethanks mak teh..
Tak sabar Mak Teh nak tahu endingnya at the same time sedihlah pulak sebab takde pasak Nuri n S & S lagi. Interesting part mandi dgn anak tu. 1st time dengar. anyway syabas saya ucapkan. sayang Mak Teh dari Zurich
ReplyDeleteharap2 syukri dh benar2 sedar. moga nuri temu kebahagiaan sejati.
ReplyDeletesetuju sangat nak ending cerita syukri nuri bahagia aman damai, dan nak tahu juga pasal si sarah tu apa cerita. sedih lah pulak bila dah sampai ke penghujung ni. apa-apapun sayang mak teh.and syabas telah hasilkan satu cerita yang amat menarik untuk direnungi.
ReplyDeleteAdeh mak teh..dah mcm kucen hilang anak lak saya dok masuk sini kot2 ada bab baru masuk..mcm kehilangan mak teh sbb biasa time2 gini mak teh dah update n3 terbaru..mmg betul la rasa sedih dah nak sampai penghujung cerita ni..
ReplyDeletesama le rasanya. mnunggu update.
Delete-dibah-
janji ditepati ya mak teh..walaupun mak teh kata hari ni takde post, tp saya tetap juga intai2 di sini..jgn lama2 mak teh, nanti di ambil orang..gurau aje ya mak teh..
ReplyDelete