Kilat menyambar dihujan ribut,
Bersama petir iring bersama,
Sekilas ikan dilaut,
sudahku
tahu jantan betina.
Setelah
tenggelam hari Sabtu yang sibuk..muncul pula hari Ahad. Walau keluarga Amirah
cuba menahan namun matahari tetap muncul menjadikannya hari Ahad yang akan penuh dengan
debaran.
Selepas ibu Amirah berbincang dengan
suaminya..tentang majlis yang akan diadakan hari minggu itu, dia menghubungi
kakak sepupunya sekali lagi.
“Assalamualaikum..Kakak Long, Limah minta tolong
ni.. kalau boleh biarlah majlis tu kita buat awal sikit..sebab Mirah tak dapat
cuti tu..dia cuti Sabtu Ahad saja. Petang Ahad dia kena balik Kuala Lumpur
pulak.”
“Ialah... akak datang awal sikit..diharapkan majlis
kita selesai lepas tengahari sikit ye Limah. Limah jangan bimbang..akak bawa
cincin yang nak sarung kat jari Mirah saja..jadi Limah tak payahlah siap
banyak-banyak.”
“Terima kasih kak”.
“Kita sama-samalah Limah..akak pun berterimakasih
juga sebab sudi terima Loqman jadi menantu kamu Limah.”
Keluarga
Amirah bersiap sedia alah kadar sahaja. Sebagai membalas hantaran yang dari
pihak lelaki, keluarga Amirah hanya menyediakan buah-buahan, sebiji kek dan sehelai sejadah sahaja. Bagi pihak lelaki pula mereka hanya memberi
sebentuk cincin permata berlian sebagai tanda. Mereka akur, jika mereka memberi
lebih dari yang sepatutnya keluarga pihak perempuan akan mendapat malu. Pada
mereka, meraka tahu pertunangan itu dibuat secara tergesa-gesa, tetapi orang
luar tidak tahu keadaan mereka. Pemberian kain sutera untuk sepasang baju itu
diluar pengetahuan orang yang datang. Hadiah dari Loqman sendiri sebagai tanda
dia benar-benar mengharapkan kehadiran Amirah dalam hidupnya dan juga sebagai
tanda terimakasihnya di atas penerimaan Amirah sekeluarga..Ahh begitu besar
harapannya.. Sebenarnya kain sutra itu telah lama Loqman membelinya. Dia
meminta kakak iparnya yang kedua
membelikan di Terengganu beberapa tahun lepas. Niat hati sememangnya dia mahu
menghadiahkan kepada Amirah dulu, tetapi mamanya melarang.
“Ehh Man beli baju sutra ni untuk siapa Man?”.
“Man cadang nak bagi Mirah kesian dia tak ada baju
mahal..raya tahun ni Man nak bagi dia..boleh tak mama”. Loqman bertanya
pendapat mamanya.
“Man..Mama pernah dengar dulu orang tua-tua kata..kalau
belum ada ikatan apa-apa tak elok kalau bagi kain nak buat baju macam ni..nanti hubungan yang ada putus ditengah
jalan”. Itu nasihat Puan Sharifah.
”Jadi bila masa yang sesuai Man nak bagi
dia..mama”.
“Bagilah masa dia dah ada ikantan dengan Man”.
Melihat kesungguhan padu Loqman akhirnya hati Amirah
jadi rela menerima Loqman. Meriah juga majlis tadi, dengan kedatangan
jiran-jiran dan dua orang lagi mak cik disebelah ayah dan ibunya.
Usai sahaja majlis pertunangan yang tidak
dijangkakan tadi, telefon bimbint Amirah berdering. Bila Amirah melihat
discreen nama Loqman tertera.
“Assalamualaikaum..abang ni ..boleh tak abang
cakap dengan ayah Mirah sekejap.” Amirah dapat membayangkan wajah ceria Loqman
dihujung talian dari suaranya.
“Waalaikumsalam, boleh... tunggu sekejap “
tampa mahu memanjangkan bualannya bersama
Loqman dia terus dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada ayahnya di ruang tamu. Itu tanda
Amirah memprotes diatas segala tindakkan Loqman yang tidak mahu berbincang
dengannya dahulu tentang majlis tadi. Dihujung talian Loqman pula dapat membayangkan wajah
muncung Amirah tanda marahkan dirinya,dari suara membalas panggilannya tadi.
Encik
Abdul Rahim berbual didalam telefon bimbit anaknya dengan bakal menantunya agak lama. Entah apa yang
dibincangkan Amirah tidak mahu ambil tahu. Hati terkilan sedikit dengan tindakkan Loqman tentang hubungan
mereka. Loqman mengunakan orang tua mereka untuk mengikat dirinya. Itu yang
Amirah terkilan. Setelah ayahnya memutuskan talian dia memanggil Amirah untuk
memperkatakan sesuatu.
“Kakak mari sini kejap ayah nak cakap.” Apabila
Amirah mendengar ayahnya memanggil di keluar keruang tamu menemui ayahnya.
“Ya ayah …ayah panggil kakak?”
“Loqman panggil tadi nak ajak kakak balik sama
..dia akan sampai sekejap lagi katanya”.
“Ayah bagi?...kenapa ayah bagi dia hantar kakak
balik?”.
“Alah tak apalah dia kan dah jadi tunangan
kakak..lagi pun dia memang abang dua pupu kakak.. tapi ayah dah pesan dengan
dia..jaga kelakuan, walau pun dah
bertunang masih ada batasanya… jangan lebih-lebih..dia dengan kakak baru
bertunang saja…dia kata ok..dia akan jaga tingkah laku dia..jadi ayah pun
izinkanlah.” termagu Amirah mendengar keterangan ayahnya.
“Haaa pergilah siap, nanti taklah lama Loqman nak
tunggu kakak bersiap..lagi pun hari dah petang ni tak baik balik malam-malam.”
itulah yang menjadi tanda tanya kepada Amirah kerana ayahnya membenarkan dia
pulang malam bersama Loqman.”Ahh belum
malam lagi mungkin hampir senja nanti sampailah” detik hati Amirah yang
agak gementar.
Kini
sudah bertukar status dirinya dengan Loqman. Kalau dulu hanya sebagai adik dan
abang dua pupu sahaja, tetapi kini dia sudah menjadi tunangan pula tentulah jauh
berbeza. Debaran didadanya tetap ada.
Tidak sampai setengah jam kedenagaran
kereta MYVI Loqman sudah masuk dihalaman rumah mereka. Rupanya Loqman menghubungi
Amirah dalam perjalanan kerumahnya tadi.. Kedengaran ayah menjemput tetamunya
masuk.
“Naiklah Loqman… Amirah tengah siap tu..masuklah
dulu…” Amirah keluar keruang tamu.
“Mirah dah siap ni nak gerak sekarang ke?” Amirah
menujukan soalanya kepada Loqman yang baru sahaja mahu mencecahkan punggungnya
disofa diruang tamu bakal mertuanya.
“Tunggulah dulu biar abang Man kamu tu minum dulu..kejap ibu kamu kata
tadi dia buat air.” tegah ayah Amirah agar tetamunya minum dahulu. Itulah adat
orang Melayu, kita yang wajib menghormati tetamu, tidak kira orang itu lebih
tua atau yang lebih muda dari kita.
“Tak apalah Pak Su..Man dah makan kat rumah tadi..yang
Man makan pun kueh dan buah yang dibawa
dari sini juga.” Loqman berbasa basi sambil memandang Amirah dengan wajah
cerianya.
“Ni haa..mak Su dah siap buat air, minum lah
sikit”. Puan Halimah yang terjengul dari dapur menatang dulang.
“Ialah terima kasih Mak Su…”Loqman menyambut
huluran segelas air teh O ais limau yang dihulur oleh Puan Halimah.
“Emmm leganya rasa sejuk teh ais ni.” Loqman
memuji.
“Minumlah..kakak minumlah sekali ..ini ibu bawa
gelas lebih …ayahnya ni ayah punya.“ ibu
Amirah menghulur segelas lagi untuk suaminya pula .
“Tak payah lah bu kakak kenyang lagi .” Amirah
menolak, hatinya ingin cepat bertolak kerana takut sampai lewat senja pulak nanti . Setelah Loqman
menghabiskan air didalam gelasnya Amirah bersuara.
“Kita gerak sekarang..takut sampai lambat nanti”.
“Elok lah tu.” sokong ayah Amirah. Dia tahu
keresahan anaknya takut kemalaman dijalan nanti.
“Ok jomlah.” ajak Loqman sambil bangun lalu
bersalaman dan mencium tangan kedua bakal mertuanya, diikuti oleh Amirah
melakukan perkara yang sama.
“Assalamualaikum..bawa kereta elok-elok, ingat
pesan Pak Su.” Ayah Amirah mengingatkan bakal menantu dan anaknya.
“Waalaikumsalam..Insyaallah.” mereka berdua masuk
kekereta MYVI warna krem milik Loqman dan mula bergerak. Dalam perjalanan
Amirah tidak bercakap, hatinya sebal
dengan tindakkan Loqman.
“Mirah..Mirah marah abang ke?..” Loqman mengerling
Amirah dengan ekor mata yang duduk disebelahnya tidak bersuara sedari tadi. Sejak
mereka bertolak tadi tidak kedengaran suara Amirah. Loqman tahu Amirah tidak
berpuas hati dengan tindakkanya.
“Nak marah
apanya.. dah selamat pun. Tapi Mirah tak fahamlah abang Man ni kenapa abang nak
cepat-cepat sangat bertunang, kan umur kita masih muda lagi.”
“Mirah tak tahu hati abang ni rindu setiap masa
ingatkan Mirah..mungkin Mirah tak rindu abang agaknya. Biasanya kalau orang tu
suka, tentu dia gembira kalau dah bertunang. Tak lama lagi kita dah nak nikah
dan duduk serumah.”
“Tenguk tu..abang Man janji apa?? tunang dulu..
nikah lama lagi tak apa...belum sampai 24jam bertunang dah cakap pasal nak
nikah..abang Man janji apa ni??” Amirah pantas menoleh kesisi dengan dahi
berkerut memandang Loqman, yang telah menjadi tunangnya sekarang. Amirah
mempamirkan wajah tidak puas hatinya.
“Mirah macam tak suka kat abang saja ni.”
“Mirah bencilah abang Man ..bila Mirah cakap
saja abang Man akan cakap Mirah tak suka
abang Man...Mirah bukan tak suka abang Man tapi..tapi Mirah ni masih banyak tanggung jawab. Mirah takut tak dapat menjadi apa yang abang Man
harapkan. Mirah belum belajar lagi macam mana nak jadi isteri.”
“Alah Mirah, kita nikan baru bertunang..” pujuk
Loqman. Senyum masih tersungging dibibirnya walau pun orang disebelahnya masam
mencuka tanda marahnya.
“Ialah kita memang baru bertunang tapi abang Man
tu bukan boleh percaya..esok..tup..tup dah nak nikah pula..tadi tukan abang Man
dah cakap pasal nikah. Abang Man ni bukan boleh dikira sangat.. kadang-kadang
cakap tak serupa bikin. Lain yang dicakap lain pula jadinya”. Makin lebar senyuman
bahagia Loqman..Amirah sudah pandai mengagak apa yang ada didalam kepalanya.
Dia memang sudah tidak sabar hendak bernikah sebetulnya. Tetapi mulutnya sahaja
yang menafikan.
“Takkanlah abang macam tu, abang akan bagi Mirah
masa jangan bimbang.”
“Mirah ni banyak kurangnya, banyak perkara Mirah
nak belajar.. ingat janji abang Man jangan nak nikah cepat-cepat.” Amirah masih
tidak percaya segala tidak tanduk Loqman.
“Taak abang janji setahun dua kita bertunang barulah kita
nikah..nanti kita belajarlah sama-sama...abang pun sama juga, abang tak belajar
lagi nak jadi suami macam mana.”
“Dah tu kenapa nak bertunang cepat-cepat, belajar
lah dulu. Ni macam tak sabar-sabar, entah apa yang nak dikejar..Takkan lari
gunung dikejar abang Man.”
“Memanglah gunung tak lari..sebab dia tak ada
kaki, tapi Mirah ni abang tak kejar pun dia macam nak lari saja dari abang,
tiap kali cakap pasal kita, Mirah macam nak mengelak dari abang.
Agaknya memang
Mirah tak suka kat abang.. abang nak tanya Mirah sekarang..Mirah nak buat macam mana, sekarang
ni kita dah pun bertunang.” Sengaja Loqman berkata begitu bila melihat wajah
tunangannya yang masam mencuka, seperti tidak ada rasa gembira dia sudah
menjadi tunangannya.
“Nak buat macam mana lagi, teruskan sajalah.” jawab
Amirah bila kedengaran suara Loqman seperti orang yang tidak puas hati sahaja..jika
diteruskan perbahasan mereka akan lain pula jadinya.
“Jadi Mirah sukalah dah jadi tunangan abang ni?” Loqman
kembali ceria. Sebolehnya dia ingin tahu penerimaan Amirah terhadap dirinya.
================================================
Tidak lama lepas pertunangan
mereka, Amirah dipanggil untuk temuduga disebuah Jabatan kerajaan. Temuduga itu
dijalankan di Putra Jaya..Loqman yang menghantarkanya kesana. Sebelum dia menghadirkan diri kesesi temuduga
itu, Loqman memberi tip-tip menjawap soalan dari penemuduga. Dia juga membantu
Amirah mengingati nama-nama menteri diMalaysia. Mungkin dengan usha yang
bersungguh-sungguh dia telah berjaya dalam temuduga tersebut. Kini Amirah akan
berkerja di sebuah Jabatan Kerajaan yang beribu pejabat di Petaling Jaya. Untuk
jawatan itu Amirah dikehendaki menjalani kursus selama lapan bulan. Bersyukur
sungguh Amirah sekeluarga, dalam usia yang baru menjangkau dua puluh tiga tahun,
dia sudah bekerja diJabatan Kerajaan, berjawatan tetap dan berpencen.
Berkali-kali Loqman mengucapkan tahniah diatas kejayaan itu.
Bagi
memudahkan dia pergi dan pulang ketempat kerjanya, Amirah berpindah dan
tinggal diPetaling Jaya. Dia tinggal bersama empat orang kawan yang satu
jawatan dan satu kursus denganya. Mereka menyewa sebuah pangsapuri diPetaling
Jaya. Kini dia dapat memberi lebih sedikit wang gajinya kepada kedua ayah dan ibunya. Dia juga sudah mula menyimpan sedikit untuk
persediaan hari pernikahanya kelak.
Terasa
begitu cepat masa berlalu, hubungannya dengan Loqman juga bertambah mesra. Apa
tidaknya kini lebih kerap Loqman bertemu
denganya, kerana kedudukan tempat tinggal nya dengan Loqman sudah semakin
hampir. Rupanya Loqman juga sudah berpindah
dan bertugas di Petaling Jaya. Dalam diam Loqman memohon ditukarkan ke Petaling Jaya juga. Loqman tinggal di sebuah
rumah yang dikhaskan untuk pegawai polis.
Kadang-kadang
risau juga hati Amirah, bila terlalu kerap mereka berjumpa. Ini menyebabkan
timbul rasa biasa dihati Loqman. Dia mula berani memegang dan meramas jari
jemarinya untuk menghilangkan rasa rindu. Itu katanya. Tindak-tanduk Loqman
sesekali sukar di bendung. Walaupun setiap kali diperlakukan demikian Amirah
akan cuba memberi peringatan kepada Loqman yang mereka harus menjaga batas-batas
sebelum halal menjadi suami isteri. Amirah masih berpegang teguh dengan pesanan
ayahnya, lelaki dan wanita yang bukan muhrim, haram berpeganan tangan.
“Abang Man jangnlah buat Mirah macam ni..tak
baik..kita harus jaga maruah keluarga dan maruah diri kita sendiri. Mirah
mintak tolong sangat-sangat pada abang Man.. Tolong jaga maruah Mirah ni, kalau
bukan abang Man siapa lagi yang akan jaga maruah Mirah ni.”
“Abang faham Mirah..tapi abang kadang-kadang tak
sanggup nak pendam rindu abang pada Mirah.. Mirah apa kata kita nikah cepat,
Mirah pun dah dapat kerja tetap sekarang. Nanti dapatlah Mirah jaga abang dan
abang dapat jaga Mirah, lagi pun nak elakkan dosa..kita jumpa-jumpa ni pun dah
berdosakan Mirah” Ahh..pandailah, Loqman
dah jadi macam ustaz pulak.
“Abang Man ni, kesitu pulak... dulu abang Man
janji apa? kita bertunang setahun atau dua tahun. Ni tak sampai setahun pun lagi kita bertunang,
abang Man dah nak kita nikah...lagi pun Mirah baru kursus belum sampai tiga
bulan. Dalam masa Mirah kursus ni Mirah tak dibenarkan mengambil cuti....tunggulah ye abang
Man, Mirah habiskan kursus ni dulu.” Lembut sahaja Amirah menuturkan agar
Loqman mahu mendengar cakapnya. Pening
kepala Amirah mengikuti ragam tunangnya.Bila di tegur itu pula mahunya.
“Emm..” hanya itu jawapan Loqman tanda tidak puas
hatinya.
“Abang Man marah ke.. tunggu Mirah habiskan kursus
ni.”
“Tidak juga..dengan Mirah ni abang tak boleh nak marah,
kalau marah abang juga yang sakit.”
Bagi
Amirah masa seperti terlalu cepat berlalu, pejam celik, pejam celik sudah
hampir empat bulan di berkursus. Duit simpananya baru sedikit terkumpul. Jika
mengikut dari janjinya tempoh hari, hanya tinggal empat bulan sahaja lagi mereka
akan bernikah. Dia tahu Loqman akan memegang janjinya tempuh hari, habis sahaja
kursusnya mereka akan bernikah. Ah nasibnya begitu cepat jodohnya sampai. Tidak
sempat dia mahu menikmati zaman solo sudah mahu diikat tidak lama lagi. Tetapi
bagi Loqman pula terasa lambat masa
berlalu, pertemuanya malam itu dia nekad
menyuarakan hasrat hatinya kepada tunanganya.
“Mirah lepas Magrib nanti ni kita jumpa, abang ada
sesuatu nak bincang dengan Mirah.” Loqman seakan memaksa pertemuannya malam
itu.
“Ehh hari ni kan baru hari Rabu, kan kita janji
hanya hari Sabtu atau hari Ahad saja kita jumpa.” Lagi pun mereka jarang
berjumpa diwaktu malam..Amirah tidak suka.
“Alah Mirah ni dengan abang pun berkira sangat..
turun ye abang tunggu kat bawah tau, jangan lambat.” Loqman yang memaksa,
Amirah jadi tersepit...bagaimana dia mahu mengelak.
“Ada apa abang Man..cakap dalam telefon tak boleh
ke?”
“Abang janji kejap saja kita jumpa, lepas makan-makn
kita baliklah.” itu janji Loqman. Dia sebenarnaya sudah tidak sabar mahu
menyampaikan apa yang ada didalam kepalanya kepasa Amirah. Cepat-cepat dia memutuskan talian, jika lama lagi tentu Amirah
akan memberi banyak alasan supaya mereka tidak berjumpa..menyebabkan hatinya
panas pula.
Loqman
membawa Amirah makan dipasar seni. Loqman mahu menyatakan hasrat hatinya
selepas makan nanti..jika sebelum makan ditakuti Amirah tidak jadi makan pula. Ketika mereka menanti makanan yang dipesan.
Amirah mengesanya meluahkan apa yang hendak diperkatakan tadi, Amirah merasa
tidak selesa pertemuan diwaktu malam sementelah mereka belum lagi bergelar
suamiisteri...
“Abang Man nak cakap apa tadi cakaplah cepat, Mirah
dengar ni.”
“Kita makanlah dulu..abang lapar ni..dari
tengahari tadi abang tak makan tau”.
“Dah tahu lapar kenapa tak makan..belilah roti
buat alas perut.”
“Mirah ni..asyik-asyik roti.. asyik-asyik roti.
Tak jemu ke?”
“Itu kan makanan yang paling mudah dan paling
senang boleh kita dapat”.
Setelah
melihat Amirah meghabiskan makanannya..Loqman mula menyatakan apa yang ada
didalam kepalanya. Sudah sebulan dia mengkaji cuti kelepasan Am yang
membolehkan Amirah bercuti lebih dari empat hari.
“Mirah.. abang rasa lebih baik kita nikah dua
bulan lagi ..cukupkan masa nak buat persiapan jika kita nikah dua bulan lagi.
Kita pun dah pergi kursus nikah.” Seminggu selepas mereka bertunang Loqman mengesa Amirah untuk menghadiri kursus nikah..walaupun
dibantah oleh Amirah namun Loqman masih bertegas..akhirnya Amirah mengalah
juga.
“Haa...Kenapa
cepat sangat abang Man… kita bertunang
belum sampai setahun..dah nak nikah, kan dah janji habiskan kursus Mirah ni dulu”.
“Kalau kita dah nikah tak payahlah kita
jumpa-jumpa macam ni.”
“Ialah yang abang Man ni, selalu sangat nak jumpa
Mirah buat apa.. kita jumpa seminggu sekali cukuplah..sekarang ni Mirah tengah
belajar, kadang-kadang belajar untuk kerja ni, lagi penat dari belajar masa kat
Universiti dulu.” Mirah menyungut tentang kesusahan mata pelajaran yang sedang
dihadapinya. Pelajaran yang hendak difahami untuk membolehkan dia dapat
menjalankan tugas dengan baik kelak. Sebetulnya Amirah juga cuba memesongkan
apa yang sedang menjadi perbincangan mereka waktu itu. Selebihnya dia memohon
agar Loqman memahami keadaan dirinya.
“Abang ni Mirah.. kalau boleh hari-hari nak jumpa Mirah
tau..Itulah sebabnya lebih baik kita nikah saja, tak payah nak jumpa-jumpa kat luar macam ni. Kita dah duduk satu rumah,
abang jaga Mirah.. Mirah jaga abang okkan….Oklah dua bulan lagi kita nikah,
nanti abang bagitahu mama.. biar mama
jumpa ibu dan ayah Mirah berbincang.” Loqman memujuk Amirah. Dia berkata dengan
lembut agar Amirah bersetuju.
“Kenapalah abang Man nak cepat sangat nak nikah
ni, lagi pun Mirah tak dibenarkan cuti masa kursus ni..takkan kita nak buat
majlis pada hari Sabtu dan Ahad saja tentu kita nak tolong keluarga kita kemas
sebelum dan lepas khenduri tu nanti.”
“Alah Mirah.. cepat ke lambat ke.. kita juga yang
nikah ..baiklah cepat. Abang dah cari cuti yang sesuai. Cuti tahun baru Cina
tahun ni jatuh pada hari Khamis dicampur Jumaat Sabtu dan Ahad ada empat hari
kita cuti cukuplah. Nanti Mirah cubalah minta ganjak kedepan sikit.. dalam
sehari atau duahari..tapi kalau tak boleh setakat empat hari tu cukuplah, abang
rasa” Loqman mengeluarkan apa yang telah dirancangkan didalam kepalanya.
“Abang Man
ni.. Mirah baru empat bulan dapat simpan duit.. baru sikit yang terkumpul..mana
cukup nak buat belanja kenduri kahwin”.
“Tak payah lah buat kenduri besar-besaran, kita buat
yang wajib saja cukuplah.”
“Yang wajib itu apa?” Soal Amirah agak tinggi suaranya, tanda tidak
puas hati.
“..dahlah bertunang hari tu pun macam bertunang
bidan terjun takkan nikah pun nikah bidan terjun juga” Amirah menyungut..tetapi
masih didengari oleh Loqman dengan jelas.
“Yang wajb tu nikahnya..panggil kadi kita nikah
dimasjid..kemudian jemputlah jiran kiri kanan sebagai pemberitahuan cukuplah.”
“Senangnya abang Man cakap..nanti orang kata Mirah
dan berisi.. itu yang nak cepat-cepat nikah.”
“Alah Mirah ..apa nak dengar cakap orang ..kita
buat cara kita..kita yang nak senang, apa nak peduli cakap orang. Ok ye kita
nikah dua bulan lagi ye…Mirah tak payah susah-susah.. kad jemputan abang buat.
Nanti abang buat untuk abang dan buat
untuk Mirah sekali. Berkenaan hantaran ..barang-barang abang dan barabg Mirah abang yang beli, Mirah
sediakan duit kenduri untuk rumah Mirah sahaja.” Loqman menyusun racangannya.
“Abang Man ni kenapalah abang nak cepat
sangat..Mirah tak faham lah abang Man ni.” Mula keluar muncung dimuka Amirah
tanda tidak setuju.
“Mirah abang ni, nak mengelakkan dari dosa..kita
jumpa macam ni pun dah kira berdosa ..tapi kalau tak jumpa abang rindu kat
Mirah pula…ok ye kita nikah dua bulan lagi nanti abang bagitahu mama.”
“Abang Man… Mirah masih dalam kursus lagi ni,
Mirah tak dibenarkan ambil cuti..cuti empat hari tu mana cukup..nanti abang Man
nak juga pergi honeymoon”. Amirah masih lagi cuba mencari alasan semoga dapat
menangguhkan tarikh pernikahan mereka sehingga dia betul-betul bersedia.
“Honeymoon tu lain hari pun boleh..nanti kalau
Mirah dah habis kursus..kita pergilah..alah Mirah kursus pun lagi lima bulan
kan”.
“ Haaa..tau pun, bukannya lama.. hanya lima bulan
saja lagi..habis kursus nanti kita nikahlah lagi senang.” bantah Amirah lagi.
“Hai Mirah ni..kenapalah tak mahu dengar cakap
abang ni..apa Mirah dah ada pilihan lain ke?” Tidak ada perkataan lain Loqman
mahu memerangkap persetujuan Amirah hanya ayat itu sahaja yang diulang
menyebabkan Amirah bosan mendengarnya.
“Abang Man ni kesitu pula..mana ada..hanya Mirah
rasa Mirah tak cukup duit lagi..Mirah malu kahwin guna duit ayah”.
“Berapa Mirah tak cukup..abang bagi.” Susahnya berbincang dengan Loqman..jika itu
katanya, susah untuk Amirah membantah. Walau pun nampak lembut tapi Loqman
tidak suka katanya dibantah. Dia agak keras kepala.
“Kalau dah begitu kata abang Man ..Mirah tak nak
cakap lagi, tapi Mirah tak bagi hantaran yang special untuk abang ..Mirah bagi
yang biasa-biasa saja..nak buat macam mana..Mirah tak cukup duit.” muka Amirah
memuncung tanda tidak setujunya..macam nak menangis pun ada.. lucu pula Loqman
melihatnya wajah tunanganya yang masam mencuka ditambah dengan muncung
MacDonaldnya. Tetapi kata hati sudah bulat, dua bulan lagi mereka akan
bernikah. Wajah Loqman bertukar ceria dan manis, semanis gula tebu Chuping, bila
permasaalah ‘nikah cepat’ mendapat
kuntum-kuntum persetujuan . Wajah Amirah yang sejak timbulnya permasaalah ‘nikah cepat’ menjadi masam, bertambah masam, semasam asam gelugur.
“Buat apa nak yang special..abang bagi Mirah pun
sikit saja..dalam lima dulang cukuplah..nanti taklah banyak sangat Mirah nak
balas…Mirah bagi abang tujuh dulang macam tukan biasa nya. Nanti abang bagi
barang yang abang dah beli untuk balasan hantaran dari Mirah. Ada empat barang
semuanya. Mirah tinggal tambah tiga barang saja lagi.” Begitu bersungguh Loqman
mahu menjayakan rancanganya, lebar
senyuman yang menghiasai bibirnyanya tanda hatinya gembira.
“Hmmm..” hanya itu yang mampu dijawab oleh Amirah.
Mulutnya memuncung seperti muncung Donald duck memikirkan ketidaksabaran tunangnya.
“Jomlah kita balik, kata sekejap saja tadi..Mirah
nak makan apa-apa lagi tak.” Amirah hanya mengeleng-gelengkan kepalanya sahaja.
Malas mahu bersuara melayani kerenah tunangnya. Perutnya juga terasa cukup
kenyang dengan masaalah yang dihadapi angkara tunangnya.. Wajah ceria Loqman menceritakan
apa yang ada didalam hatinya....sepulangnya dari menghantar Amirah dia terus
menghubungi mamanya.
“Assalamualaikum..apa khabar mama, mama dengan
papa sihat?” lembut Loqman berbicara dengan mamanya…bodeklah tu.
“Waalaikumsalam…mama dengan papa sihat ..Man
lembut-lembut dengan mama ni ada apa-apa kee?” Memang sudah menjadi kebiasaan
Loqman kalau bercakap lembut semacam , tentu ada saja hajat permintaannya..
semua ulahnya sudah dalam poket mamanya.
“Mama ni tak boleh Man cakap baik-baik sikit mama
syak yang tidak-tidak saja”. Rajuk Loqman di hujung talian.
“Alah..Mankan anak mama….mama tahu, apa orang kata
tu Man ‘Sekilas ikan dilaut mama dah tahu
jantan betina’ Maan, sebetulnya Man nak apa.. cakaplah mama dengar ni”.
“Mama ni hebatlah, bolih baca fikiran Man, Ma..boleh
tak Man nak nikah dua bulan dari sekarang.”
“Ehh...Kenapa tergesa-gesa ni Man..mana sempat nak
buat persiapan…dua bulan nak buat kad pun tak sempat.”
“Bab kad mama jangan bimbang..Man buat dengan
kawan Man. Dia boleh buat express.. lagi pun tak payah lah buat
besar-besaran…kenduri sikit sudahlah ma..kita jemput jiran- jiran kawan-kawan
mama dan papa sudahlah, boleh ye ma.” Rengek Loqman, mulalah datang manjanya.
“Man jangan lupa, Man tu belum lagi pergi kursus
nikah lagikan Man.”
“Itu mama jangan bimbang ..Man dah pergi daftar dan
minggu ni Man akan ajak Mirah pergi kursus”.
“Kenapa Man…Man baru bertunang tak sampai lima
bulan dah nak nikah, keluarga Mirah tentu tak setuju, mereka nak buat persiapan
juga.” Puan Sharifah seakan tidak dapat lagi menahan kehendak anak bungsunya
lagi..dia mengeluh dihujung talian.
“Man dengan Mirah kat sini selalu jumpa ma..takut
terjadi perkara-perkara yang tak elok nanti.” Loqman memancing mamanya dengan
isu itu, kok mahu terkena untung dia.
“Haa.. Man ..mama percaya Amirah tak akan buat macam tu…kalau
Man tak tahulah.”
“Man bertahan sebab Mirah tak mahu saja …tapi
takutlah lama-kelamaan akan terjadi juga.”
“Man ni suka takut-takutkan mama…jangan buat
benda-benda macamtu Man.. berdosa besar
Man.”Berdegup kencang jantungnya bila anaknya sendiri yang berkata begitu..
“Ialah masa
ni memang tak berlaku lagi. Itu yang Man nak elak …sebab itulah Man nak nikah cepat.. dalam masa dua bulan ni.
Man dah dapat tarikh yang cukup cun..tapi kalau mama nak cepatkan lagi... lagi
baik”.
“Man ni suka susahkan hati mama tapi ialah.. nanti mama bincang dengan
Pak Su dan Mak Su dulu macam mana…kesian mereka tentu mereka pun tak siap lagi
Man.”
“Itulah Man kata janganlah buat
besar-besaran..buat yang wajib saja sudahlah.”
“Man ni cuba Man fikir…mereka tu nak kahwinkan
anak sulung mereka dan mama ni anak bungsu mama… anak last ..tentulah nak yang
lebih bermakna .. Mama pun tak faham dengan sikap Man ni.. bertunang dulu nak cepat, ini nak
nikah juga nak cepat..macam tak sabar-sabar lagi.” pening kepala Puan Sharifah
memikirkan kehendak anak bungsunya..sudah tak malu-malu lagi meminta dirinya dinikahkan
cepat, itu belum lagi diberi tahu kepada Encik Abdul Majid tentu terkejut besar
papanya nanti. Loqman oh Loqman tingkahnya memeningkan kepala papa dan mamanya.
“Alah mama
ajak lah papa berbincang dengan Pak Su dan Mak Su dulu, bagi tahu alasan
Man tentu mereka setuju.”
Minggu itu juga Puan Sharifah dan Encik Majid
bertandang kerumah ibu dan ayah Amirah di Kuala Pilah…untuk berbincang kemahuan
anak teruna bungsu mereka.
“Tapi Kak Long kami buat yang termampu dik kami sahajalah
nampaknya.” itulah kata-kata kedua ibu dan ayah Amirah. Dua keluarga itu
bepakat sama-sama menjayakan majlis nikah anak-anak meraka alah kadar sahaja.
“Ialah Limah, Rahim.. akak dengan abang pun
nampaknya sama jugalah...ingatkan anak yang akhir nak buatlah besar-besarlah
sikit.” Itulah luahan hati dari Puan Sharifah suami isteri bernada kesal.
No comments:
Post a Comment