Seperti yang dijanjikan selepas mandi dan menukar baju
bersih Tengku Faris dan daddynya kerumah anaknya Tengku Farid.Bila mereka sampai kelihatan berkepul-kepul asap disisi
rumah anaknya. Kelihatan juga seorang lelaki
seusia dirinya terbongkok-bongkok
membetulkan api. Apabila lelaki
tadi berdiri tegak dan memusingkabn
badan, kenal lah dia Doktor Mohd Razlan suami Tengku Raihana bekas tunangnya
dulu. Dia tahu perkemabagan Tengku Raihana dulu melalui daddy dan mommynya.Mereka
bersalaman.
“Oh uncle”.
“You pun tolong bakar lemang ke Razlan”.Ramah Tengku
Faizal menyapa.
“Saja aja uncle, kita anak ramai manalah tahu nak buat
sendiri, esok-esok dah tahu cara nak membakarnya..Ini papa Farid ke? dengar
juga you dah balik Malaysia tapi tak pernah jumpa kan.. meh lah you mesti tak
pernah tenguk orang bakar lemangkan..kat London mana ada orang bakar lemang”.Doktor
Razlan sememngnya tidak pernah bertemu muka dengan Tengku Faris. Hanya namanya
sahaja diketahui bila isterinya ada menyebut ketika mereka hendak bernikah
dahulu dan ketika dia pertama kali berjumpa dengan Nur Janaah dulu. Ketika itu Hana isterinya berkata Jannah
bernikah dengan anak bekas tunanganya yang bernama Tengku Faris Ikhwan.
“Betullah tu Razlan.. Uncle yang kat sini pun tak
pernah tenguk orang bakar lemang..sejak
kenal atuk Jannah barulah tahu macam mana lemang dibuat”.
“ Dulu I bayangkan lemang ni dimasak dalam periuk.”
Tengku Faris meramahkan diri menyampuk perbualan daddy dan Doktor Razlan.
“Haa tulah makanan tradisi kita memang unik dan sedap Tengku.
Saya ni kalau makan tak sebatang tak
puas rasanya.Tahun ni saya minta buatkan lemang banyak sikit, anak saya balik
cuti nak makan lemang puas-puas katanya”.
“Dah habis ke dia buat medic”.
“Belum lagi ada setahun lagi..tapi merengek nak balik
nak makan lemang katanya. Cuti pun bukanya lama.”.
“Dah masak lah tu Razlan..Ohh..Tengku berdua dah
sampai..masuklah kena asap nanti.”.
“Haah ialah ni nak tenguk Razlan ni ha Encik Ib. Ni
mana anak-anak kamu ni Razlan..”
“Ada kat dapur tu, Hana minta tolong.”
“Hebat betul Hana ni..anak lelaki pun dikerah kedapur”.
“Terpaksa uncle..dah kita ramai anak lelaki..kalau tak
minta tolong, yang teruk dia juga”.
Tengku
Faris hanya memerhati dan mendengar perbualan Doktor Razlan dan daddynya. Dihatinya
terdetik bahagianya Doktor Razlan ditemani oleh seorang isteri yang cantik dan
anak-anak yang bijak dan sempurna.Tetapi dia dahulu yang menolak tuah. Jika dia
mengikuti rancangan daddy dan mommynya, tentu bahagia itu dia yang
mengecapinya..Ahh untuk apa mengenang perkara yang sudah tidak tergapai oleh
nya lagi. Hargailah apa yang dimilikinya sekarang. Farid dan Nur Hidayah juga
anak-anak yang baik dan cerdik. Hanya dia agak terkilan dengan status
NurHidayah kepadanya..statusnya sebagai
isteri. Untuk mencari isteri lain mahukah seorang wanita berkahwin hanya untuk
beberapa tahun sahaja. Disamping risiko dijangkiti kuman yang tiada ubatnya. Walaupun
mereka dijanjikan dengan segunung intan berlian.
Bila
Tengku Faris tersedar dari khayalnya yang sudah
merayau jauh..dia beristifar berulangkali. Dia menginagtkan diri
sekarang tujuan hidupnya hanya mencari keampunan dan keredahan Allah. Menagih
kasihan dan kasih sayang Allah agar dia tidak disiksa didalam kubur dan
aklhirat nanti. Sekarang ini dia hanya ingin bertaubat bersungguh-sungguh. Dia
sudah tidak perlukan lagi keseronokkan dan kesenangan dunia dan dia tidak juga memerlu wanita
penghibur hati yaitu isteri.
…Tetapi melihat pemandangan yang sungguh meriah,
hatinya diterpa sesal. Mengapa dia tidak pernah mahu merebut keberkatan dibulan
Ramadan dulu. Sesal kerana keseronokkan menyambut bulan Ramadaan dan Syawal
selama ini tidak pernah dipedulikkan.. Dan sekarang dia melihat dan merasai
sendiri betapa seronoknya umat
Islam bersiap sedia menyambut hari Raya setelah
sebulan berpuasa dengan jayanya.
…Dihadapanya dia melihat semua orang yang berkaitan
dengan anaknya Tengku Farid bergotong royong memasak untuk juadah. Itu tidak
kira lagi didapur juga riuh dengan suara orang perempuan bekerja sama
menyiapkan makan untuk berbuka dan makan untuk juadah esok nya. Dalam pada
bekerja dan berbual Magrib pun tiba. Hidangan penuh dimeja makan. Selesai doa makan
yang dibaca oleh salah seorang anak Doktor Razlan mereka mula menjamah makanan.
Lemang dan ketupat juga dihidangkan. Selesai berbuka mereka mengambil wudu’ dan
solat diruang tamu rumah Tengku Farid. Rupanya kawasan lapang yang tidak
terdapat sebarang perabut itu adalah tempat mereka solat berjemaah. Itu yang
diberitahu oleh Tengku Farid pada dirinya tadi. Alhamdulliah muda lagi Tengku
Farid sudah diberi Hidayah untuk menjadi
mukmin yang baik. Bagaimana meriahnya keadaan berbuka ketika itu begitu juga
meriahnya keadaan mereka bersolat. Syaf untuk para lelaki terdiri dari 7 orang
manakala perempuan pula juga 7 orang.
Azan
dialunkan oleh salah seorang anak Tengku Raihana dan Doktor Razlan yang lain
pula. Ada rasa sedeh yang menyelinap dihati Tengku Faris. Sudah lima puluh tiga
tahun umurnya tidak pernah dia melaungkan seruan azan untuk mengajak umat Islam
lain mengerjakan kewajipan mereka. Sungguh bertuah anak-anak Doktor Razlan
diawal usia remaja sudah tahu tanggung jawabnya sebagai hamba Allah.
Solat
magrib mereka diimakan oleh atuk Ibrahim. Selesai solat..bergema takbir hari
raya memuji kebesaran Allah. Sayu kedengaran suara datuk Ibrahim kemudian
diikuti oleh para makmumnya dibelakang. Ketika itu Tengku Faris sudah tidak
dapat membendung rasa sebaknya. Dia menangis teresak-esak..Dibenaknya
membisikkan mengapakah dulu dia tidak pernah mahu mencari keindahan berhari raya
bersama keluarga dinegara sendiri. Dia lebih memilih meraikan hari Krismas di
luar negara bersama kawan-kawan kafirnya. Kalau diingat pun, tidak seronok
mana. Mana nak rasa seronok bila kepala berputar angkara air syaitan yang
diteguk bergelas-gelas. Ya Allah ampun kanlah diriku. Itulah bisikkan hatinya
kekepedihan. Air matanya terjun laju dari tubir matanya.
Selesai
bertakbir dan bertasmid Dotor Razlan meminta ayah angkatnya dan para jemaahnya
kerumah mereka pula. Dia ingin seluruh ruang rumahnya digemai dengan takbir
Aidil Fitri juga. Semoga ‘Nur Hidayah’
melingkari setiap orang penghuni dirumah mereka. Betapa gembira hati Tengku
Khalidah dengan permintaan menantunya.
“Ayah boleh tak kita bertakbir kat rumah bonda pula..”.
“Boleh saja Lan, jomlah kita ramai ramai kerumah
Tengku.” Mata datok Ibrahim terarah kepada Tengku Khalidah yang menjadi
makmumnya dibelakang barisan lelaki.
“En Ib..kalau dah dirumah Khalidah..jomlah pula kerumah
saya ye. Saya pun nak menceriakan suasana Aidil Fitri kat rumah saya juga.”Pohon
Tengku Faizal juga kepada datuk Ibrahim. Merasai keadaan itu Tengku Faris tidak
berhenti menyapu matanya yang berair.
Berulang kali menyelinap pertanyaan akan ada lagikah peluang dia merasai
suasana yang sebegitu. Selama 53 tahun
hidup diatas bumi, dia tidak mencari suasana yang sebegitu. Kini bila umurnya
sudah dipenghujung umur, barulah matanya
terbuka melihat kemeriahan dan keseronokkan hari raya dinegaranya sendiri.
Malam itu tiga keluarga bergerak dari rumah kerumah untuk menyatakan rasa
syukur dengan mengalunkan takbir raya dirumah mereka beramai-ramai.
Rasa
tidak sabar Tengku Faris menanti tibanya fajar Aidil Fitri. Pagi itu sebelum
kemasjid mereka sekeluarga mandi dan bersarapan dengan sarapan yang mereka
masak dirumah Tengku Farid semalam. Ada lemang dan ketupat daun kelapa dimakan
bersama rendang daging, masak kicap ayam dan kuah kacang. Menjadi-jadi Tengku Faris
menikmati makan tradisional Melayu dengan bersungguh-sungguh. Memang sudah lama
benar dia tidak merasai masakkan itu ialah sudah berpuluh tahun dia duduk
diluar Negara. Ketika diluar negara makan nasinya juga hampir sebulan sekali
sahaja dia menjamah. Jika mahu ada sahaja tempat untuk orang-orang Malaysia
berhari raya disana di Kedutaan Malaysia diluar Negara, Namun hatinya tidak
pernah terdetik untuk menjengah dan memaknakan Aidul Fitri.
Sebelum
kemasjid Nur Hidayah sudah menyiapkan sepasang baju Melayu berwarna biru gelap diatas katilnya.
Mereka sekeluarga memakai warna yang sama.
“Bila Hidayah beli baju papa ni”.
“Mommy yang beli, tapi masa beli tu Dayah ada sama. Ni mommy
beli kat butik tempat dia selalu beli baju. Papa nak tahu kalau ikut Dayah rasa
tak mampu Dayah beli kat butik tu. Mahal pa”. Adu Nur Hidayah dengan gaya
manjanya. Dengan gaya dan memek mukanya sekali.
“Ni siapa yang bayar”.
“Mommy lah, dia kata nak belanja kita sekeluarga. Dia
pun belikan Dayah tiga pasang baju kurung. Yang satu tu harganya masyaallah
mahal betul pa. Mulanya Dayah tak mahu tapi mommy bayarkan juga. Dia kata baju
tu murah sebab tuan punya butik dah bagi potongan harga 50% untuk semua
baju-baju. Walau pun dah dipotong 50% tapi bagi Dayah masih mahal juga.”.
“Mahalnya tu berapa”.
“Yang baju Dayah tu..Seribu pa..tapi baju, baju
batiklah. Mommy suruh pakai hari Khamis. Macam pejabat kerajaan hari Khamis kan
di wajib pakai baju batik.”.
“Emm kalau mommy dah belikan pakailah. Nanti kecil hati
mommy Hidayah tak pakai pemberian dia”
“Bukan tak menghargai lebih dari menghargai tapi rasa
sayang pula nak pakai baju mahal ni”.
“Eh jangan macam tu mommy beli suruh pakai bukan nak
pandang atau disimpan sahaja. Lagi pun papa teringin nak tenguk Hidayah pakai
baju pemberian mommy. Masa papa ada lagi nilah pakai.. tak nanti kempunan papa
nak tenguk. .mommy berhabis berapa ribu untuk baju kita semua ni”. Sememang nya
Tengku Faris sentiasa menginati mati. Dulu Hidayah pernah berkata pada nya
menginagati mati ni pun dapat pahala.
Sabda Rasulullah saw:
“Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yg menghapuskan
kelazatan (mati), Maka sesungguhnya (dengan mengingati mati itu), dia tidak
akan dlm keadaan banyak (angan-angan) melainkan mensedikitkannya, dan tidak dlm
keadaan sedikit (amalan )melainkan memperbanyakkannya.
Sebabnya mengapa Rasulullah memerintahkan agar kita
mengingat mati, karena mati adalah suatu kepastian.
“Entahlah pa, mommy bayar pakai kad kredit..daddy tak
marah ke kalau mommy belanja banyak macam tu pa”.
“Daddy tak akan marah. Hidayah nak tahu mommy tu jarang
berbelanja. Dia bukan orang kuat shopping. Dah tua macam ni baru mommy pergi
shopping sendiri itu pun dengan Hidayah. Kalau tak asyik tunngu daddy ada masa
sahaja barulah dia pergi shopping, kalau tak dalam satu tahun tu memang mommy
tak beli apa-apa. Itu pasal kalau dah belanja daddy akan belikan mommy barangan
yang baik kualitinya biar tahan lama kata daddy. Kesian mommy dia tak pandai jalan sendiri. Dari dulu papa
dengar mommy selalu menyungut kalau dia anak perempuan atau menantu perempuan
dia tak payah nak harapkan daddy sangat kalau nak keluar berjalan.”.
“ Emmm..Ehh pa cepat lah pakai baju tu, solat raya ni
kena pergi cepat nanti penuh pula masjid”. Sungguh cantik pemandangan Tengku
Faizal sekeluarga mereka semua berbaju warna yang sama. Termasuklah bibik
pembantu rumah mereka.
Dirumah
lagi Tengku Faizal sudah mengajari anaknya cara-cara solat Aidul Fitri.Malam
tadi lagi Nur Hidayah sudah membuka laman wab untuk melihat cara-cara solat
Aidul Fitri untuk dirinya. Di Masjid sekali lagi hatinya tersentuh bila
mendengar alunan takbir Aidul Fitri yang bergema bila dibaca beramai-ramai,.
Dan sekali lagi Tengku Faris menangis
teresak-esak.Tengku Faizal disebelahnya mengusap belakang anak nya
perlahan-lahan untuk menenangkanya.Dihulurkan juga sapu tangan untuk mengelap
air mata dan air hidung yang mula meleleh. Hati Tengku Faris berbisik meminta belas dari yang Maha
Mengasihani…
Tuhan dengarkan aku,
Ku memohon kepada mu,
Ku angkat tangan ku,
Ku lafazkan lidah ku .menyebut nama mu tuhan,
Tuhan lihatlah aku,
Ku berserah kepada mu,
Ku letakkan kening ku,
Ku bersujud pada mu,
Ampuni dosa-dosaku,
Tuhan ku jangan ambil nyawaku sebelum kudekat dengan
mu,
Tuhan ku siapkan dunia ku,
Untuk nanti tiba akhirat ku.
Berapa banyak nikmat yang telah kau beri
Berapa banyak pula yang telah ku ingkari
Masih layakkah ku mendengar rintihan ku..
Aku malu aku malu aku malu.
Rintih Tengku Faris didalam hati.
Aidil Fitri
sudah seminggu berlalu, Tengku Faris sudah dua hari meneruskan lagi
puasa gantinya. Nur Hidayah juga meneruskan puasa gantinya juga.
“Hidayah pun dah nak puasa juga ke, tak nak raya
lagi..”.
“Haah pa Dayah
nak cepat-cepat habiskan puasa ganti ni..Lagi pun puasa ganti ni wajib. Kalau
sempat nanti Dayah nak puasa enam dihari yang lain tapi masih dalam bulan
Syawal ni. Puasa enam hari dalam bulan Sywal ni bagus papa..Allah dah janjikan
besar pahalanya kalau kita dapat melakukannya”.
“Kalau macam papa ni dapat juga ke kelebihan puasa
dalam bulan Syawal Hidayah. Nak buat hari lain rasanya memang papa tak dapat.”.
“In Syaa Allah dapat.Mengikut apa yang Dayah dengar dan
baca tak kiralah puasa apa, tapi kalau kita melakukan enam hari dalam bulan
Syawal kita dah dapat pahalanya juga. Ada kaum wanita tak sempat buat puasa sunat
enam di hari yang lain kerana masa uzur mereka dapat hujung dan pangkal (Dawal
puasa dia haid dan diakhir puasa dia haid juga). Bila Tanya ustaz dia kata
dikira dapat juga puasa enam hari dibulan Syawal. Tapi jangan diniatkan satu
puasa dua niat itu tak boleh. Kita wajib menggantikan puasa ganti dulu sebelum
kita nak buat puasa sunat. Pa walau puasa apa pun kalau kita ikhlas membuatnya
kerana Allah, In Syaa Allah Allah akan mengurniakan kita balasan baik.”
“Ialah Hidayah..papa pun macam tu papa puasa, papa
solat semuanya kerana Allah. Semoga Allah reda dengan papa”.
Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta
ganjarannya.Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu,
beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian
diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti
puasa sepanjang tahun.”
Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang
berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila
seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya.
Hari
berganti bulan berlalu dan tahun berganti..Tengku Fairs tekun menjadi hamba
yang taat. Dia juga mencari seberapa banyak kelebihan untuk menambah pahala
dirinya. Dia akan bersolat dimasjid kerana itu dia bersolat diawal waktu. Dia
ingin membuat dirinya dipandang oleh Allah tentunya dia perlu membuat apa yang
disukai oleh Allah. Biasanya dia akan mengajak Nur Hidayah menemaninya kemasjid
jika hamper masuk waktu solat walau pun hari itu hari bekerja. Kadang-kadang
Tengku Faizal dan Tengku Farid juga turut bersamanya kemasjid. Hanya ketika
solat Jumaat sahaja dia tidak membawa Nur Hidayah. Umurnya yang tinggal sedikit
dimenefaatkan merebut pahala dan ganjaran yang dijanjikan Allah Dan dia sedaya upaya dimampukan membayar
puasa-puasa dan solat yang telah ditinggalkan.
Dia berazam selagi masih berpeluang dia ingin
mengapai semuanya fitrah seorang hamba sebaik mungkin. Dia bekerja untuk
menampung kehidupannya dan orang-orang yang dibawah tanggunganya. Kata Hidayah
bekerja juga satu ibadat. Dan menanggung anak isteri dan ibu bapa juga satu
ibadat. Pendeknya kata kita berbuat baik dan mendapat hasil yang baik niat
kerana Allah itu semuanya IBADAT. Yang sebetulnya orang Islam boleh mengumpul
banyak pahala dengan berbuat baik dan niat kerana Allah. Tetapi jangan kita
berbuat baik kerana mahu dipandang oleh orang lain atau manusia lain.
Sedang
Nur Hidayah leka melaksanakan tugasnya walaupun ketika itu waktu makan sudah lima minit berlalu. Kebanyakkan staff sudah
keluar makan, yang tinggal Nur Hidayah dan mungkin Tengku Farid didalam
biliknya kerana biliknya masih terang. Tengku Faris datang menghampiri mejanya.
“Assalamualaiku!
Hidayah papa nak ke masjid..dah nak
zohor ni”.
“Waalaikumsalam! Ok..ok
tunggu ye sekejap” Nur Hidayah mahu bangun untuk menemani Tengku Faris
ke masjid seperti kebiasaan.
“Hidayah nak pergi mana tu”.
“Nak teman papa lah pergi masjid”.
“Hari ni tak payahlah papa pergi dengan daddy dan
Farid, tadi diorang kata nak zohor kat masjid. Hidayah pergilah rehat. Pergi
tidur bilik papa. Kalau tidur tu kunci pintu tau.”Ketika itu Nur Hidayah tidak bersolat kerana uzur syarie. Nur Hidayah memandang
papanya yang bertutup separuh dari mukanya. Dia tahu papanya terkena selsema.
Yang sebenarnya kesihatan Tengku Faris mudah terjejas, pantang tersilap sedikit
dia akan diserang batuk ataupun selsema.
“Papa ok hari ni”.
“Tak ok sangat ini yang pakai mask”.
“Tapi nanti kalau papa solat papa buka ye mask tu.
Sebab masa kita bersolat dahi, hidung dan bibir papa wajib mencecah sejadah. Nanti
tak sah solat.”
“Haah betul Hidayah..Isyak semalam ada orang tegur papa
dia cakap macam yang Hidayah cakap juga. Lagi dia kata tapak tangan dan perut
jari pun mesti menyentuh sejadah. Kalau
lengan baju kita panjang kena jaga sikit, jika
tapak tangan kita tidak sepenuhnya menyentuh sejadah, solat boleh jadi
tak sah juga. Siap dia pesan dengan papa lagi , kalau papa ada anak perempuan
atau pun isteri pakai telekung kena jaga, aurat wanita sampai dibawah dagu
sampai hujung dagu ni. Kalau pakai telekung ala-ala mommy pakai tudung solat
pun tak sah. Biar tak labuh tapi tutup seluruh bawah dagu. Macam Hidayah pakai
ni”. Hidayah memakai inner NINJA ketika
itu.
“Papa ni.. ada pula mommy yang papa jadikan contoh.
Telekung wanita labuh sebab biar tertutup pergelangan tangan.”.
“Betullah tu. Tapi yang mommy pakai tudung itu
kebenarannya Hidayah, orang perempuan selalu pakai telekong menampakkan bawah
dagu dia kan”.
Tidak lama lepas itu terjengul Tengku Farid dari
biliknya.
“Dah lama papa tunggu Farid. Atuk mana pa”.
“Dia kata dia ketandas sekejap, lepas tu dia nak ambil
wudu’ sekali. Farid dah ada wudu’”.
“Belum Farid nak ambil wudu’ kat masjid. Papa dah ada wudu’?”
“Dah..jomlah kita tunggu atuk dalam kereta. Atuk
sekejap sahaja tu.” Ketika mereka mahu memulakan langkah kelihatan Tengku
Faizal datang menghampiri mereka.
“Dahlah jom kang lambat kita”. Ajak Tengku Faizal yang
laju mendahului mereka.
Sian hidayah tak dapat rasa nikmat mengandung.. jika ada dalam dunia realiti seperti cerita ni macam manalah nasib mereka. Tidak bolehkah mereka melakukan penyemaian sperma kedalam rahim seperti teknologi canggih zamam sekarang ini?
ReplyDeleteDayah pasti semua ni ada hikmahnya...
ReplyDeleteKalau ada yag tahu. Jika benih Tengku Faris rasanya mengandungi kuman ADIS. klu benih orng lain umpama berzina pula, walaupun tidak melakukan hubunbgan sex.betulkah begitu. Tpi yg penting Hidayah tidak mahu anaknya lahir tiada ksih syng ayah sbab umur tg fris dah dipenghujung.
ReplyDeleteOhh begitu..
DeleteSabar je lah tempuhi cabaran pasti ada kegembiran diakhirnya