Bila tiada jawapan yang keluar dari bibir suaminya, Sarah bangun menuju kebilik
air. Dia ingin membersihkan diri, kemudian ingin keluar mencari makanan. Hari
sudah menjelang tengahhari, perutnya sudah mula lapar minta diisi. Dua tiga
hari rindu kepada suaminya yang mengepung hatinya, menyebab kan selera makannya
tumpul. Keluar dari bilik air dilihat suaminya sudah tiada diatas katil. Dia
tidak sudah tidak peduli kehadiran suaminya terus sahaja dia bersiap untuk
keluar. Sarah mencapai kunci kereta MYVInya. Rupanya Syukri duduk diruang tamu,
Syukri melihat sahaja perlakuan isteri mudanya, dia tahu Sarah marah dengan
perkataanya tadi..’biarlah dia nak
merajuk’ detik hatinya. Namun bebelan
hatinya yang rimas terkeluar juga dari
dua bibirnya, ‘yang sana merajuk yang sini pun merajuk’ gumamnya perlahan hanya
untuk dirinya sendiri sahaja.
Akhirnya Syukri bersiap juga setelah dia membersihkan diri.
Dengan memakai baju yang dipakai ketika
dia keluar dari rumah Nuri tadi. Dia juga memasukan dua tiga helai baju dan
seluar untuk berganti. Dia mencapai kunci
keretanya. Dia mahu kebengkelnya. Rasanya
dia tidak mahu berjumpa sesiapa dalam dua atau tiga hari akan datang. Dia ingin
mencari ruang untuk dirinya sendiri. Rancangan itu tiba-tiba muncul dalam
kepalanya. Dari melayani kerenah isteri-isterinya baik dia kebengkel membuat
kerja apa yang patut. Walaupun hatinya sebal namun bibirnya pula menyayi lagu
‘Madu tiga untuk menghiburkan hatinya. Sambil itu bibirnya menguntum senyuman hambar. Adakah
hatinya terhibur bila isteri-isterinya merajuk. entahlah.. tapi yang pasti dia
rasa terkilan dengan perbuatanya terhadap Nuri.
Senangnya dalam hati,
kalau beristeri dua,
seaakan dunia hai ana yang punya,
kepada isteri tua kanda sayang padamu,
kepada istreri muda I say I love you,
isteri tua merajuk pulang kerumah isteri muda,
kalau dua-dua merajuk ana kahwin tiga,
mesti pandai pembohong
mesti pandai temberang
tetapi jangan sampai hai pecah tembelang.
Hampir seminggu Syukri mengasingkan diri dari isteri-isterinya. Sarah
tidak pula menghubunginya, mungkin dia betul-betul merajuk tapi biarlah. Yang
penting sekarang pada Syukri adalah Nurizana. Dia yang bersalah pada Nurizana.
Yang sebenarnya sehari selepas kejadian dirumah Sarah, Nuri ada menghubunginya
melalui SMS bertanyakan tentang kesibukkan dirinya.
“Salam. Lusa saya dah bekerja semula luangkanlah masa abang hari ini untuk saya sekejap, kita kepejabat
ugama. Tadi saya dah call pejabat ugama, dah buka”. Hampir tengahhari Nuri
menanti jawapan dari Syukri namun hampa. Dia sebenarnya sudah bersiap hanya
menunggu suaminya datang sahaja.
Syukri hanya membaca SMS dari
Nuri discreen telefon bimbinya.. kemudian dia menyambung kerjanya menyemak
senarai alat-alat ganti kereta yang perlu dibelinya. Disebelah tengahari sekali
lagi SMS itu lagi menerjah screen telefon bimbintnya, juga tidak dibalas. Tidak
lama kemudian panggilan masuk pula hingga empat kali, namun Syukri hanya membiarkanya
sahaja. Ada keluhan berat yang keluar
dari bibirnya. Hatinya bercelaru memikir hajat hati isteri pertamanya. Dia
tidak boleh menipu perasaannya. Dia tidak boleh kehilangan Nuri, tidak sama
sekali, itu yang ada didalam hatinya.
Kini setiap kali telefonnya berdering hatinya jadi berdebar. Hampir seminggu
panggilan Nuri menggangu hidupny,a namun dia menulikan telinganya, dia perlu
bersabar. Dia tahu dia yang bersalah jadi dia yang perlu bersabar dengan perbuatan Nuri. Pada Syukri lebih rela
mendengar deringan telefon, dari mendengar permintaan yang mahu ‘dirinya dilepaskan’ dari Nurizana.
Setelah diushakan dengan panggilan dan SMS tetapi tiada tindak balas dari Syukri,
akhirnya Nuri berusha menjejaki dimana kedudukan suaminya. Dia kediaman Sarah
melihat jika kereta Syukri ada disitu
namun hampa, tempat pakirnya kosong. Dia juga kebengkel, kereta Syukri juga
tidak ada disitu. Mahu rasanya menghubungi emak mertuanya diPengkalan diHulu
namun ditahan dia tidak mahu kekecohan rumahtangga diketahui oleh emak mertunya
pula. Akhirnya Nuri mengalah dia harus bersabar. Dia akan menunggu sahaja
dirumah. Sampai bila Syukri tidak menjenguknya, jika sampai tiga bulan Syukri
tidak menjenguk dan memberinya nafkah, dia juga boleh kepejabat kadhi sendirian
untuk meminta fasakh. Itu juga salah satu cara bagi seorang wanita mahu
membebaskan dirinya dari ikatan perkahwinannya. Tidak mengadakan
peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.seorang isteri boleh meminta
FASAKH.
Duduk sendirian dibengkel, Syukri memikirkan keadaan dirinya. Dia mula
mengira jadual tugas Nuri, dia tahu dua hari lepas Syukri menganggarkan Nuri
bekerja disebelah pagi, kerana hari itu seharaian Nuri tidak menghubunginya.
Keesokkan harinya pagi lagi SMS dari Nuri menerjah screen telefonnya lagi
dengan massage yang sama, meminta dirinya meluangkan masa untuk mereka
kepejabat khadi, lepas itu tiada lagi SMS atau call dari Nuri. Setelah dua tiga
hari Nuri tidak mengganggunya, Syukri menelah mungkin Nuri sudah berputus asa. Syukri
mahu meminta maaf, dia mula untuk
mencuba nasib...
Petang Jumaatnya selepas pukul 430 petang Syukri cuba melalui hadapan rumah isteri
pertamanya. Sebenarnya hatinya sangat rindu untuk memandang wajah Nuri, entah
mengapa wajah itu sering terlayar dia kotak fikirannya. Dilihat kereta Nuri ada terpakir didalam
pagar. Dia memberanikan diri untuk singgah dirumah Nuri. Pada kebiasaanya jika
Nuri bekerja giliran malam pukul 5 petang nanti dia kan keluar ketempat kerja.
Syukri memilih untuk datang selepas waktu pejabat. Dia berkira-kira pejabat
kerajaan sudah tidak beroperasi waktu itu. Jika sebelum tamat waktu pejabat dia
menemui Nuri, ditakuti Nuri akan mengajaknya kepejabat kadhi seperti yang
diminta seminggu yang lepas.
Dia membuka pagar dan memasukkan keretanya di tepi kereta Nuri. Dia
membuka pintu dan memberi salam. Nuri tidak kelihatan, salamnya juga tidak
berjawab. Dia menjengah dapur juga tidak ada isterinya disitu. Namun sudah
terhidang makan malam isterinya diatas meja. Perutnya terasa lapar sudah hampir
seminggu dia tidak menjamah nasi dengan
sempurna. Selama dia berkampung dibengkelnya, dia hanya makan roti bersama kaya
dan nasi lemak sahaja.
Syukri membuka tudung saji sudah ada hidangan makan malam Nuri. Sungguh
simple set makan malam isterinya itu, semangkuk tumisan kacang boncis bercampur udang,
sepiring telur dadar, sambal belacan dan hirisan timun. Isteri yang seorang ini
kurang membeli lauk dari kedai. Dia akan memasak sendiri makananya.
Syukri menjenguk kebilik tidur
pula dilihat isterinya masih bertelekung dan sedang mengaji. Mungkin dia baru
selesai solat Asar disambung dengan mengaji pula. Dalam hati Syukri terdetik
mungkin isterinya mengaji untuk menenangkan hatinya. Bila Nuri terpandang
suaminya dia bersegera menghentikan bacaannya. Setelah menyimpan Alquranya Nuri,
mencapai tangan suaminya untuk dicium. Biar pun hatinya masih marah namun suami
tetap juga perlu dihormati.
“Bila abang sampai?”. Nuri berbasa basi
“Baru saja, abang lapar
betul, Nuri masak tak?” Syukri sengaja berpura-pura tidak tahu apa yang ada
diatas meja makan untuk mencari jalan cerita. Niat hatinya mahu memancing
simpati isterinya kepadanya.Tetapi dipendegaran telinganya kedengaran suara
Nuri tidak marah lagi. Syukri menambah
lagi lakonannya mula lah Syukri memperdengarkan suara sayunya yang kelaparan kononya,
tetapi sememangnya dia lapar.
“Hari ni saya masak cincai
saja, tumis kancang bonces, telur dadar dan sambal belacan boleh ke?”.
“Boleh saja, jomlah
kita makan”.
“Abang tak nak mandi
dulu”.
“Tak apalah nanti lepas
makan abang mandilah, abang pun belum solat asar lagi.”
“Tak nak solat dulu”.
“Tak, abang nak makan dulu,
abang tengah lapar gila ni, kalau solat dulu abang ingat nak makan saja solat
pun kurang pahala. Nanti lepas makan abang mandi terus solat, segar sikit.”
“Orang kata mandi lepas makan, nanti perut buncit”.
“Tak apa buncit pun buncitlah
abang lapar sangat ni..”. Syukri berdahuluan keluar dari bilik menuju meja
makan. Nuri mengikuti langkah suaminya setelah dia melipat telekong dan
sejadahnya.
Ketika dimeja makan Nuri memandang suaminya yang makan begitu berselera
sekali, seperti orang yang sudah beberapa hari tidak makan. Suaminya tunduk
mengadap makanannya begitu bersungguh-sungguh dipandangnya lama. Bila Syukri mengangkat muka , matanya
bertembung dengan mata isteri yang memandangnya dengan pandang yang mengelamun.
Sebenarnya sambil memandang suaminya makan, fikiran Nuri terbang entah kemana.
“Kenapa Nuri pandang abang semacam saja, abang
nampak macam orang Afrika yang berhari-hari tak makan ke?”.
“Lebih kurang lah”.
“Ehh Kenapa Nuri tak makan
lagi abang dah setengah pinggan ni, jomlah kita makan sama-sama.”
“Ialah nak makanlah ni”.
Nasi yang dipinggan dihadapannya sudah dijemput tetapi tidak masuk kemulut dek
khayalnya. Jika tidak ditegur mahu dia makan sendirian kerana suaminya sudah
menghabiskan makanannya.
Sebenarnya di dalam kepala Nuri ada yang difikirkan. Dia teringat
perkara semalam. Ketika dia baring sendirin selepas menunaikan solat zohor.
Kerana letih menenti jawapan dari suaminya Nuri membaringkan diri dikatilnya. Dia
sudah bersiap sedari pagi lagi. Cadangnya mereka akan kepejabat kahdi sebelum
tengahhari, kerana malam nanti dia bekerja. Tapi entah mengapa sejak dia
mengekori suaminya kerumah Sarah tempuhhari suaminya tidak datang lagi
kepadanya, dia juga tidak menjawap
panggilan atau SMS darinya. Dua tiga hari dicari suaminya, dibengkel tiada
dirumah Sarah juga tidak kedapatan kereta suaminya disitu.
Sambil dia baring menelentang kepala berfikir hatinya memandang siling, tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang
bergerak didalam perutnya, dia cuba mendiamkan diri beberapa mimit kemudian
gerakkan itu dirasai lagi. Oleh kerana kebimbangan dia keklinik untuk mengetahui
apakah yang ada dialam perutnya.
Diklinik alangkah terkejut dirinya bila doctor menerangkan bentuk objek
yang terpapar discreen bersebelan katil tempat dia berbaring. Objek itu
merupakan janin yang sedang membesar. Kelihatan juga denyut jantungnya. Rupanya
sudah empat bulan benih suaminya membesar didalam rahimnya. Sudah kelihatan
dengan jelas bentuk bayi, kepala, tangan dan kaki. Nuri terkedu dan terkaku. Jika
ditanya apakah perasaanya ketika itu, dia tidak tahu. Dulu memang itu yang
diharapkan. Tetapi waktu itu???
Terdetik juga dihatinya mengapakan
kehadiran anaknya ketika hatinya inginkan perpisahan dari ayahnya. Jika ikatan
perkahwinanya diteruskan mampukah dia meneruskan kehidupanya bersama Syukri.
Mampukah dia bersabar dan menerima takdirnya seperti nenek busunya. Jika
dilihat pada madunya dia mempunyai banyak kelebihan…cantik dan manja, mempunyai
bentuk yang sedap mata memandang berbanding dirinya yang kurus melidi. Sibuk
kepalanya menolah dan mencampur kebaikan dan keburukan segala tindakkan yang
bakal diambil.
Jika perpisahan adalah jalan yang terbaik untuk dirinya sanggupkah dia
melihat anaknya kelak lahir tampa ayah. Mampukah dia menepis atau menerima
cercan orang, kerana melahirkan anak tampa ayah. S ilap hari bulan dikemudian hari anaknya akan dikatakan
anak haram atau anak luar nikah. Sungguh panjang lamunan Nuri, kerana melayani
hatinya yang bersenketa didalam. Nuri terkejut dari lamunanya bila mendengar
patah bicara suaminya dihadapannya.
“Abang memang tak makan
dari pagi tadi, bangun tidur saja abang terus buat kerja. Sebelum cuti raya
hari tu abang tinggalkan banyak kerja, ni sebelum diorang bekerja balik abang
kena siapkan penyata gaji ovedrtime mereka. Isnin nanti abang pergi bank terus
nak bayar overtime diorang. Nuri betul tak yang abang buat hari raya semalam tu
abang bayar gaji dorang saja. Lepas raya ni baru abang bayar overtimenya pula”.
Syukri mengawal ceritanya agar dia tidak tersebut nama Sarah. Ditakuti jika
nama Sarah disebut akan membantutkan Nuri yang seakan sudah tidak marah
kepadanya.
Sebetulnya sudah seminggu Syukri tidur
dibengkelnya. Sarah juga tidak dijenguknya. Syukri mahu mencari ketenangan
dirinya sendiri, dia mahu menjernihkan keadaan rumahtangganya bersama Nuri.
“Betul juga, jadi lepas
raya ni adalah juga diorang duit umtuk belanja”. Oh sudah mahu berlawan cakap juga Nuri,
sudah baikkah hatinya. Fikir Syukri hatinya merasa lega.
Selesai makan sambil menanti isterinya berkemas dan mencuci pinggan
mangkuk yang mereka gunakan tadi. Syukri menyandarkan diri dirunag tamu.
Bila selesai semua kerja
didapur Nuri menyertai suaminya diruang tamu dia duduk dikerusi yang
bertentangan dengan suaminya. Tiada patah perkataan yang keluar dari bibirnya,
tetapi matanya memandang bagai ada sesuatu yang hendak disampaikan. Hati Syukri
jadi berdebar. Cepat Syukri bangun dari duduknya sebelum Nuri meminta sesuatu
yang ditakuti sejak seminggu ini, baik dia angkat kaki dulu dengan alasan mahu
mandi dan menunaikan solat Asarnya yang masih tertangguh. Lama dia disejadah
dengan doa yang panjang. Dia berdoa agar hati isterinya lembut dan terlupa pada
permintaannya.
nuri jgn mengalah kpd sgukri yg x jujur tu...biar hidup berdua dgn anak asalkan hati tak sakit...syukri dh beberapa kali tak jujur je dgn nuri. klu bersama atas sebab anak je pun tak kemana...esok esok bila si sarah mengandung dia layan sarah tu lbih lagi sb si sarah tu kan mengada ngada.
ReplyDeletemak teh kenapa pendek sangat? akak tak sabar le....kesiannya nuri.
-dibah-
Tak suka la kalau Nuri mudah sangat nak maafkan Syukri. Laki macam Syukri kena ajar sikit. Kena goda dengan bini muda terus lupa diri. Pembohong pulak tu.
ReplyDeletebetul tu...asyik asyik nuri je mengalah...mentang mentang nuri tak mengamuk..ckp pun lembut je dia ambik kesempatan...dtg pun bukan minta maaf trus nk mkn..dgn si sarah pandai pulak asyik mkn di luar..byk betul ketidak adilan si syukri...
ReplyDelete-dibah-
Mak teh nak membayangkan Nuri bukn yg suka merempan, Tdak puat hati dismpan. Orng mcm ni bahaya sekali meletup hbis.Adakn orng yg mcm ni. dlu msa mk teh bru khawin suami slalu pesan klu tak puas hati ckp, jgn smpan takut jdi gunung berapi, klu dh kluar lharnya tk guna.
ReplyDeleteitulah perempuan suka beralah walhal hati berduka.. jgn kerana anak plak nuri sanggup memejam mata apabila dah mengetahui ketidakadilan suaminya.. orgkata kalau sekali dah berbohong ..lama2 suka berbohong
ReplyDelete