Mak teh cuba nak bayangkan siasatan orang yang ditahan reman..tpi rasanya tak berapa menjadi kalau tak btul jngan marah ye...Mak teh hanya pernah dngar sikit2 sahaja. Nak tnya pd orang pernah mengalami rsa tak sampai hati sbab dia sekarang dah jdi orng baik dan dia nak mlupakan saat hitam tu...
Demi untuk mendapatkan
maklumat mereka terpaksa melakukan tekanan fizikal dan mental pada yang disyaki
melakukan jenayah.Nur Hidayah pun diperlakukan begitu kerana disyaki merancang
melakukan keganasan hingga mampu membawa kematian kepada suaminya kerana
mahukan harta. Itulah yang diperkatakan oleh ibu mangsa terhadap menantunya. Jejak
kaki dibalai sahaja tekanan fizikal dan
mental telah mula diberi kepada Nur Hidayah. Pagi itu Nur Hidayah terpanggil-panggil seorang
petugas meminta dirinya dibawa ketandas, untuk dia menyucikan diri sebelum
dirinya mendirikan solat subuh. Namun tiada siapa yang menghiraukan. Akhirnya
Nur Hidayah mendirikan solat tampa wuduk dan telekong yang dicemari oleh darah.
Petugas disitu hanya memandang perlakuan nya. Diakhir solat Nur Hidayah
merinteh pilu kerana solat yang didirikan tidak memenuhi syarat yang telah
ditentukan.. berwuduk dengan sempurna dan suci dari segala najis..sedangkan
telekung yang dipakai tercemar dengan darah Tengku Faris.
“Ya Allah Engkau yang
Maha Berkuasa dan Engkaulah yang Maha tahu apa yang terjadi pada hamba-hamba Mu.
Dan Engkau tahu keupayaan ku sebagai hamba yang sangat terbatas. Ya Allah
terima lah solatku yang tidak sempurna ini..aku tahu solat ku perlu berwuduk
dan suci dari segala najis, namun aku tidak dapat melaksanakan apa yang telah
Kau perintahkan kerana aku adalah hamba mu yang lemah. Ya Allah jika kerana
dosa-dosaku Kau turun kan kesukaran aku untuk mengadap Mu dengan tujuan
supaya aku tidak dapat menyembah Mu dengan
sempurna ampunkanlah aku. Dan jika kerana dosa-dosa ku menyebabkan kebencian Mu kepada ku
maka ampun aku Ya Allah..aku mengharapkan belas kasihan Mu, terima lah aku dan
pandanglah aku sebagai hamba yang telah Kau ciptakan. Aku merayu keampunanMu dan
permudahkanlah urusan ku mengadap Mu Ya Allah”…
Yang sebenarnya apa yang
dilakukan dan diperkatakan oleh Nur Hidayah akan didengari oleh pegawai yang
bertugas disebalik dinding. Pagi itu dia diberi minuman pagi. Namun bekas untuk
makanan itu sungguh menjijikkan. Hanya bekas untuk makan orang tidak berfikiran
atau berperasaan sahaja yang mampu menjamah makanan yang dihulurkan. Untuk
pertama kalinya dia diberi makan didalam bilik tahanan tekak Nur Hidayah tidak
dapat menerima. Dia tidak memakan makanan itu. Yang sebenarnya itu adalah permulaan
soal siasat yang mendera mentalnya.
Selepas minum pagi Nur
Hidayah dibawa kesebuah bilik yang kelihatan suram sahaja. Ada dua orang
pegawai sudah menanti dia disitu. Wajah dua pegawai itu pun garang semacam.
Permulaan soal siasat lagi dia sudah diberi tekanan. Dia disoal bertubi-tubi,
diherdek dan dijerkah bila jawapan tidak seperti yang diigini. Buntu hendak
menjawap akhirnya Nur Hidayah menjawap tidak tahu sahaja pada soalan yang sememang
nya dia tidak tahu.
Melihat kedegilah Nur
Hidayah, mereka merasakan pasti tidak
akan mendapat tahu apa yang menjadi rahsia didalam hati Nur Hidayah. Untuk
mengorek apa yang ada dihatinya, mereka harus mengenakan tekanan fizikal. Langkah
permulaan jari-jari tangan Nur Hidayah dikepit satu persatu. Pada mulanya Nur
Hidayah menjerit kesakitan.
“Kalau awak tak nak kami
buat macam ni jawab soalan kami dengan jujur”. Namun ugutan mereka juga tidak
membantu untuk mendapat jawapan yang mereka inginkan dari mulut Nur Hidayah.Jawapan
‘saya tidak tahu’ pada semua soalan
mengecewakan mereka yang menyoal. Sebagai hukuman kukunya dikepit lagi dan
lagi. Akhirnya Nur Hidayah hanya memejamkan mata dan mulutnya menyebut
Astagfirullah berulang kali bila jarinya dikepit.
Tengahhari itu sekali
lagi Nur Hidayah diberi makanan tengahhari, namun seperti diwaktu pagi keadaan
bekas makannya umpama bekas untuk memberi kucing atau anjing makan. Biar pun dipaksa Nur Hidayah tidak
dapat menyuap kemulut makan yang diberi.
Pada Nur Hidayah mungkin itu petanda bahawa makan itu tidak suci untuk dimakan.
Itulah sebabnya nalurinya menolak makanan yang tidak suci untuk dijadikan darah dagingya.
Makan sememangnya tidak dapat dijamah, namun air minuman yang segelas diambil,
lalu dia menyisih ketepi dinding dan dia mengunakan air yang segelas itu untuk
berwuduk. Selesai berwuduk dia mengangkat tangan berdoa. Dia kesudut bilik ketempat
yang agak kering dan mendirikan solat zohor disitu..usai solat dia berdoa
“Ya Allah terimalah solat ku..dengan keadaan pakaian yang kotor
ini..dan teguhkan lah iman ku agar tidak bersangka buruk pada Mu ya
ALLAH..kerana tiada tempat lain aku menyerah diri ku hanya pada Mu Ya Allah yang
Maha Mengetahui segalanya. Keterlaluankah permintaan ku kerana aku tahu solat
ku tidak kulengkapi dengan wudu’ yang sempurna, dan pakaiku yang kotor bernajis...
Namun apalah daya ku, aku hanya seorang hamba yang hanya tahu memohon kepada
Mu. Ampunkan dosa-dosa ku, terimalah solat ku dan permudahkan diriku mengadap
Mu disetiap waktu seperti yang telah Kau perintahkan..”.Itulah doa untuk solat
Zohornya, tidak seperti doa yang selalu baca..
Selepas waktu makan
tenggahari sekali lagi soal siasat dilakukan, oleh pegawai bertugas yang lain
pula. Penderaan fizikal tetap dilakukan keatas dirinya. Nur Hidayah sudah tahu jari tanganya
akan dikepit dan ulangan kepitan dijari yang sudah cedera tentu akan lebih sakitnya. Ketika dia ditanya Nur Hidayah
memandang wajah pegawai yang bertanya.
Dia sudah bersiap sedia..dia dengan rela menghulur tanganya. Bila alat pengepit
sudah dihujung jarinya dia mula memejamkan mata dan mulutnya membaca Bismillah seterusnya
surah Yassinnya bermula. Seorang pegawai yang bertugas bagai tidak sabar dengan
tingkah Nur Hidayah, dia bangun dan menghentak meja.
“Heii..awak ingat dengan
bacaan Yassin awak boleh menakut-nakut kami ke..awak tak akan terlepas walau
pun berpuluh kali awak bacakan Yassin untuk kami”. Namun Nur Hidayah tetap
meneruskan bacaan Yassinnya. Dia bagaikan tidak mendengar jerkahan dihadapannya.
Memang mahu naik hantu pegawai yang panas baran itu. Sebelum tindakkan yang
lebih kasar dilakukan kepada Nur Hidayah, dia ditarik oleh rakan setugasnya
keluar dari bilik siasatan untuk ditenangkan.
“Lee sabar lah..jangan
kau main-main dengan surah Yassin. Malaikat akan memohonkan doa orang yang
membaca Yassin ni terima oleh Allah.
Kalau dia doakanya kita dengan perkara-perkara tidak baik, macam mana Lee. Jaga
percakapan kita, jangan takbur dengan surah-surah Allah.Kalau kita buat kerja berpada-padalah tak lut cara macam ni, kita guna cara lain
pula.”
“Aku tak tahan perangai
dia tu yang tunjuk alim, tapi kejam dengan laki sendiri. Mentang-mentang
dirinya muda..Angin betul aku..”.
“Kita kena sabar..memang
kerja kita kerja yang mencabar perlukan kesabaran menagani kes-kes macam ni..sabar
ye. Aku tak nak kita buat kerja melulu dan main hentam keromo nanti kita tak
dapat apa, dapat bala adalah. Yang sepatutnya
kita tak boleh menghalang orang nak beribadat, biar pun dia tu penjenayah, baca
Quran ni, macam kita berzikir juga itu kata ayah dan emak aku Lee. Lagi pun
kita tak tahu lagi dia tu bersalah ke tidak. Aku rasa aku nak bagi dia..telekong
emak akulah”.
“kau jangan nak
bersubahat dengan dia pula Zam..”. Pegawai yang dipanggil Lee bernama Azli dan
yang dipanggil Zam bernama Arul Azam. Dua orang Inpaktor bahagian jenayah
berat.
“Bersubahat apanya sekurang-kurang aku menolong dia nak
mengadap Allah dengan pakaian bersih. Aku tolong kerana Allah.Dah jom kita
masuk.”. Ajak Azrul Azam untuk menyambung tugas mereka yang terhenti. Ketika
mereka masuk semula kedalam bilik siasatan kedengaran Nur Hidayah sudah
menghabiskan bacaan Yassinnya. Duduk sahaja dua pegawai penyiasat dihadapannya..
Nur Hidayah membuka mulut.
“Tuan maafkan saya..saya
tidak membacakan Yassin untuk tuan berdua, saya baca Yassin untuk diri saya dan
untuk suami saya..saya mengahrapkan kami reda dengan dugaan yang diberi dan
meneguhkan pendirian dan iman kami, agar tidak bersangka buruk kepada Allah.” Tidak diambil hirau segala kata-kata Nur
Hidayah..siasatan diteruskan.
“Kenapa awak lebih rela
dikepit jari dari memberi tahu apa yang awak dah rancang terhadap suami awak”.
Nur Hidayah membisu. Sebenarnya dia tak tahu mahu menyatakan perkara yang dia
tidak tahu.
“Cuba awak cakap, siapa
yang awak upah untuk memukul suami awak. Mereka tu penagih dadah. Mungkin kalau
awak bagi tahu kami siapa mereka, kami boleh menangkap bos mereka. Awak tahu
tak perkara dadah ni mengacam Negara..merosakkan anak bangsa. Awak suka ke
Negara kita jadi huru hara? Dan orang
awam terancam keselamatanya.”.
“Saya pun tak mahu Negara
kita huru hara tapi saya memang tidak tahu siapa mereka encik.” dengan jawapan itu jarinya dikepit hingga pecah
hujung jarinya. Sebutan Astagfirullah berlagu di bibir Nur Hidayah dalam nada
bergetar, pegawai wanita ditepi pintu yang berkawal sudah mengeluarkan air mata bila dia mendengar
suara sayu mendayu Nur Hidayah berlagu menyebut istifarnya. Sepanjang hari itu
Nur Hidayah diberi tekanan..namun mereka tidak mendapat apa-apa klu untuk
menyabitkan kesalahan terhadap Nur Hidayah.
“Berhenti dari beristifar. Ingat dengan istifar awak boleh
menolong awak yang dak buat jahat ke?.. Janagn nak tunjuk alim tapi hati jahat macam
hantu. Awak sedar tak awak sanggup membunuh kerana nak harta. Lagi pun macam
mana awak bersolat.. telekong awak yang kena darah, bukan sikit. Awak tak tahu
ke darahkan najis dan pakaian awak dah dekat
dua hari tak bertukar. Boleh sah ke
solat awak itu.Kalau dah tak sah solat awak boleh ke doa awak tu diterima..Dah
tak guna nak berlakon.”
“Apa yang kita mampu buat kita buat kita buat dengan
ikhlas..penerimaannya urusan Allah dan Dia Maha Mengetahui apa yang ada didalam hati hambanya. Dan dia juga
tahu apa lakukan oleh semua
hamba-hambanya..kita ikhlas melakukan untuk Nya lepas tu kita bertawakal,
selebih urusan Dia.” Tenang sahaja jawapan Nur Hidayah kepada pegawai yang mempertikaikan
tindakkanya. Bagi Nur Hidayah bab ibadat harus diperkatakan dengan jelas tidak
perlu takut untuk menyatakan kebenaran
jika kita ikhlas melakukan.
“Pandai awak berlakon baik ye, tapi sampai hati awak upah
orang bunuh suami awak sendiri. Isteri jenis apa awak ni. Cakap siapa yng awak
upah untuk bunuh suami awak tu. Cakap!!!”. Tengking pegawai yang menyiasat
mendiamkan kata-kata Nur Hidayah. Namun terdetik di hatinya adakah Tengku Faris
sudah meninggal dunia maka dia dituduh menjadi pembunuhnya.
“Jawap!!!. Kalau tidak malam ni bogelkan dia biar dia tidur
diatas simen biar dia kesejukan..” Jerit pegawai bertugas..
“Apa yang saya nak jawab kalau memang saya tak tahu..”.. Sememangnya dia tidak tahu
dan tidak kenal.Sekali lagi hujung jarinya
tadi dikepit dengan kuat tadinya hanya pecah
sedikit tetapi kepitan dengan hati yang geram menyebabkan lukanya bertambah
besar dan berdarah dengan banyak.. Nur Hidayah beristifar berulang kali bagi
menahan kesakitan.. dia merintih dengan perlahan seakan berbisik dengan dirinya
sendiri.
“Ya Allah jika ujian ini untuk menghapus kan dosa-dosa ku
aku reda ya Allah. Aku lehih rela disiksa oleh hambamu, dari bakaran api neraka
Mu di akhirat kelak.”
==============
Kemudian kedua pegawai
menyisih kehujug bilik dan berbisik-bisik. Mereka keluar dari bilik siasatan
meninggalkan Nur Hidayah yang menahan denyutan dijari-jarinya.
“Aku rasa memang dia tak tahu lah Li..kalau tak takkan dia
tak cakap. Kebanyakkan pesalah kena kepit sekali dua sahaja dia dah ikut apa
yang kita nak”.
“Ahh mungkin ketua pengadar tu boyfriend dia, itu yang
sanggu bertahan tu.. mana tahu. Jangan kau tertipu dengan gaya alim dia tu Zam”.
“Aku rasa tak Lee..kalau boyfriend sekali pun tak kan dia
mampu bertahan sampai pecah jari-jari dia. Lee apa kata kita guna cara lain
pula”
“Cara apa??”.
“Cuba kita check telefon dia kalau-kalau ada klu kat situ”. Ketika dia mula melangkah kakinya ke penjara,
semua barangan peribadinya diambil dan disimpan oleh pegawai yang bertanggung
jawab. Mereka mula mengambil dan
memeriksa semua panggilan masuk. Pada malam kejadian mereka telah menujumpai
sebaris nombor telefon antara bangsa membuat panggilan untuk Nur Hidayah.
“Ni aku rasa bukan line kita ni.. Rasanya line
Singapore..kau check dengan Talecom
================
Malam itu selepas solat magrib Nur Hidayah didatangi oleh
seorang pegawai polis wanita menyuruh membuka telekongnya..
“Buka telekong awak tu..” Lama pegawai wanita menanti Nur
Hidayah menanggalkan telekongnya..namun Nur Hidayah hanya membatukan diri..
“kenapa awak tak nak ikut arahan kami..buka telekung tu..”
“Kalau puan bagi saya tudung lain dan jaminan aurat saya
tidak siapa yang akan melihat”. Begitu berani Nur Hidayah menjawab.
“Malam ni kami akan paksa awak buka telekong awak..Malam ni
buka telekong dia dan biarkan dia kesejukkan tidur atas simen( pegawai tadi
berpaling memberi arahan pada orang bawahanya yang ada ditepi pintu sebagai
pengawal) Saya tahu bila saya datang telekong awak dah tak membungkus awak faham!!..”.
Selesai solat Isyak,
sekali lagi para petugas mendengar rintihan Nur Hidayah memohon pertolongan
dari yang Maha Mengasihinya. rintihan sayu meminta kepada Allah dalam doanya..
“Ya Tuhan ku, segala yang terjadi adalah ketentuan Mu dan
segala yang bakal terjadi juga dibawah kekuasaan Mu. Jika benar aku adalah
hamba mu yang teraniaya maka kasihanilah aku. Aku hamba mu yang tidak mempunyai
kuasa untuk menghalang apa yang akan dilakukan oleh hambamu juga. Aku memohon
pertolongoan Mu ya Allah ya Tuhan ku… lidungilah maruahku, lindungilah aibku
dan lindungilah aurat ku dari pandangan bukan yang berhak.. Ya Allah.
Rintih Nur Hidayah dengan
esakkan mengadu kepada Tuhannya. Sayu rintihannya didengari oleh semua petugas
sebalik dinding kaca. Semuanya terkaku
dan terkedu mendengarnya. Malam itu tiada siapa yang berani untuk menanggalkan
pakaiannya, seperti apa yang telah diperintahkan oleh ketua mereka tadi. Diawal
pagi lagi mereka dikejutkan dengan pelawat yang mahu berjumpa dengan banduan
yang bernama Nur Hidayah binti Abdullah. Dia membawa sepasang telekong, T-shirt
muslimah dan seluar bersama pakaian-pakaian kecilnya sekali.
Ya Allah... takkan tiada siapa pun keluarga Tengku Faris selain Tengku Faridah tahu Hidayah dalam tahanan...
ReplyDeleteTgku Faizal sekeluarga tengah kalut menguruskan Tg Faris yg koma kmudian meninggal. Betmbah sibuk dengan keadaan tg fridah myebabkan mreka trlupa pd Hidayah.
ReplyDeleteSapa yang datang hantar pakaian??? Tak sabar nak tau ni mak Teh.
ReplyDelete