Kalau
menyanyi perlahan-lahan,
Dibawa
angin terdengar jauh,
Kalau
hati tidak tertahan,
Didalam
air badan berpeluh.
Itulah kebenaranya, sejak terpandang Amirah
keluar dari bangunan kerajaan diKLIA, Loqman
begitu teruja jika ditugaskan ke situ. Dalam hatinya hanya ada satu
harapan agar dia terserempak dengan Amirah untuk menghilangkan rindunya yang terpendam
sekian lama.
“Ia ke? Mirah tak
pernah perasan abang pun.”
“Mana Mirah nak perasan
abang, kalau Mirah jalan menonong saja dah tak toleh kiri kanan... Masa abang
nampak Mirah dulu tu selalunya waktu pagi dalam linkgungan lapan setengah
pagi..abang agak mungkin Mirah balik kerja malam kot.”
“Ialah tu.. Mirah habis
kerja malam pukul 810 minit pagi ..tapi kadang-kadang bila dah jumpa kawan
cakap-cakap sikit dah terlajak sampai 830 pagi pula. Tapi Mirah tak pernah pula
nampak abang.”
“Kalau ada van polis kat depan bangunan tu
..kadang-kadang abang adalah tu.. biasanya abang saja duduk dalam van sampai
pukul 830 tunggu Mirah lalu, tapi kadang-kadang Mirah ada.. kadang-kadang tak
ada pulak.” Loqman tahu jenis yang macam mana isterinya itu..Amirah bukan
seorang perempuan yang tergedik-gedik mahu memikat orang atau yang suka
berhibur atau yang suka dipadang oleh lelaki yang tidak berkaitan dengannya.
“Ohh..Mirah ada juga
nampak van polis tu tapi tak nampak dalamnya.. Mirah bukan selalu kerja malam.
Kan Mirah kerja ikut giliran, giliran pagi dan giliran malam. Abang kerja
berulang dari PD ke?”
“Taak abang kerja diIbu
Pejbat Polis Daerah Sepang...abang duduk kuarters polis sebelah Ibu Pejabat
Polis tu, tapi abang duduk dengan seorang lagi kawan yang sama bujang...nanti
kita pergi kuarters abang ye.. ambil
barang-barang abang. Abang rasa elok
kita duduk sini sajalah Mirah.”
“Mirah tak kisah..Mirah
ikut saja mana yang baik dan mana yang senang pada abang.”
Pukul
sepuluh pagi itu Loqman membawa isterinya kekedai perabut, itulah
perancangannya sejak mereka sampai petang semalam. Dia ingin membeli sofa untuk
ruang tamu, set bilik tidur mereka dan juga set bilik tidur untuk anak mereka
AinNur Syifa. Dia juga ingin membeli sebuah meja tulis khas untuk anak mereka
sebagai galakkan supaya anaknya rajin belajar nanti. Jika disediakan sebuah
meja tulis khas untuk dirinya mungkin bertambah lagi semangatnya untuk belajar.
Selesai memilih perabut yang dihajati, pekedai itu berjanji kesemuanya akan
dihantar kekediaman mereka keesokkan harinya.
“Kita nak kemana lagi
ni, dah nak dekat pukul satu ni. Mirah dah lapar ke?”
“Mirah belum lapar
lagi..jomlah kita kepasar, esok dan lusa
Mirah dah kerja nanti tak sempat kita nak beli lauk, bekalan untuk dua atau
tiga hari jadilah..nanti masa Mirah ‘offday’ kita boleh beli lagi.”
“Ok juga macam tu,
lepas tu kita pergi kuarters abang ambil barang-barang abang pula ye.” Setelah
melihat sekeliling tempat kediaman mereka, Loqman yakin pilihannya tepat, untuk
duduk sahaja di kuarters isterinya..
“Mirah banyaknya
kemudahan di kawasan ni ye, tenguk tu kedudukan Masjid di tengah kawasan perumahan, dikira semua
rumah dekat dengan masjidkan. Pasaraya pun dekat sini. Emm banyak kemudahanlah
kat sini Mirah, lagipun bukan jauh sangat dari tempat kerja abang. Ok
muktamat kita duduk sinilah Mirah.” Loqman membuat keputusan. Amirah hanya
mengangguk tanda setuju keputusan suaminya.
Setelah
menjadi suami Amirah semula, Loqman sedaya upaya memahami kerja-kerja
isterinya, supaya dia tidak salah faham dengan cara isterinya bekerja. Dia
tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu mengulangi kesalahan lalu.
Kali ini dia tidak akan termakan dengan kata-kata orang. Dia ingin menjadikan
dirinya orang yang berfikiran matang. Loqman menyusun perjalanan dan aktiviti
hariannya. Jika Isterinya bekerja syift pagi, Loqman akan menghantar Amirah
ketempat kerjanya dahulu, kemudian barulah dia akan ketempat kerjanya pula.
Bila giliran kerja malam pula dia akan menemani ditempat kerja, dan berkenalan
dengan rakan-rakan setugas isterinya.
“Kesian abang, terpaksa kehulu kehilir hantar
dan jemput Mirah pergi kerja..sepatutnya tak payahlah abang temankan Mirah kat
tempat kerja Mirah ni..kat rumah kan lebih elok. Kat sini abang tak dapat tidur
dan rehat dengan sempurna”.
“Tak apalah ..abang suka dan tak jadi
masaalah. Abang tak kisah janji dapat
baring, abang lena macam kat rumah juga. Lagi pun dari tempat kerja Mirah abang
dah siap bersarapan..kalau kat rumah abang takut tak terjaga nanti.”
Biasanya jika dari tempat kerja Amirah,
Loqman bersiap mandi dan sembahyang subuh kemudian lebih kurang pukul tujuh
pagi, mereka akan minum pagi bersama. Amirah sudah sedia membawa roti dari
rumah. Ditempat kerjanya pula sudah tersedia cerek,microwave dan peti sejuk
untuk kegunaan para pekerjanya. Pukul
lapan waktu pertukaran syift untuk Amirah. Mereka pulang kerumah bersama.
Dirumahnya pula hanya perlu mengenakan uniform polisnya sahaja dia akan terus
ketempat kerjanya..tidak menjadi masaalah baginya kerana dia mula bertugas pada
pukul lapan setengah pagi, perjalanan dari tempat kediaman mereka juga tidak
jauh hanya memakan masa 10 minit sahaja.
“Tengahhari ni abang
balik tak.”
“Kalau abang tak keluar jauh abang balik lah
..abang call nanti kalau abang balik ke tak tengahhari ni. Abang pergi
dulu..sayang.” selepas Amirah bersalaman dan mencium tangan suaminya. Loqman
pula akan menghadiahkan sebuah kucupan didahi buat isteri tersayang. Kini
bahagia milik mereka berdua. Walaupun tiada masa untuk berbulan madu..tapi
dalam sebulan inilah bulan madu mereka. Sementara anak mereka belum duduk
bersama mereka lagi.
Setelah dia tahu
perjalan isterinya bekerja, kini Loqman rasa sangat bersyukur kerana isterinya
bekerja mengikut giliran. Dia merasakan kerja seperti itu lebih banyak masa isterinya
dirumah. Kini dia sudah benar-benar memahami giliran kerja isterinya. Jika dia
bekerja pagi, esoknya dia akan bekerja malam.
Syift malamnya bermula pada pukul 6 petang. Sebelum dia pergi bekerja
malam itu, isterinya sempat lagi melakukan kerja-kerja rumah, memasak untuk
makan tengahari dan makan malam mereka dan mencuci kain baju. Pada pukul lima
setengah petang barulah dia menghantar isterinya ketempat kerja. Terfikir juga
dibenaknya kenapalah dia tidak teliti dengan rutin kerja isterinya dulu, jika
dia prihatin tentu keadaan sudah berlainan. Mungkin sudah dua atau tiga orang
anaknya. Kesal menerpa hatinya lagi.
Minggu cuti
sekolah sudah bermula. Loqman mengadakan khenduri doa selamat dikediaman
mereka. Ini bertujuan untuk memberitahu, kawan-kawannya, kawan-kawan Amirah dan
jiran-jiran mereka tentang pernikahan mereka, supaya tidaklah menimbulkan
fitnah nanti. Walaupun kebanyakkan kawan-kawan Amirah dan kawanya sudah
mengetahui mereka sudah bernikah.
Keluarga Loqman
dan keluarga Amirah datang untuk membantu memasak juadah untuk jamuan itu.
Mereka meraikanya dikuarters Amirah. Masakkan mereka tentulah masakan ala
Negeri Sembilan yang dihidangkan. Masak lemak daging salai bersama buah bacang
muda, sambal tempoyak pucuk ubi dan hati ayam masak lemak pekat bersama kacang
panjang. Itu menu utama mereka. Mereka ada juga meyediakan ayam masak merah dan
acar timun untuk sayurnya. Ramai tetamu yang hadir temasuklah jemaah dari
masjid berhampiran kuarters mereka. Sejak Loqman mula tinggal di situ, dia
sudah achap kali sembahyang berjemaah dimasjid dan berkenalan dengan ahli
jemaah masjid. Kebetulan pula dia seorang anggota polis tentulah ramai yang
mengenalinya.
Syifa juga sudah diuruskan kemasukkanya
sekolahnya. Dia akan bersekolah TADIKA dikawasan perumahan kerajaan tempat
mereka tinggal. Loqman juga telah mencarikan penjaga untuk Syifa sepanjang
mereka bekerja.
“Kak Mah ini isteri
saya..Amirah..kami nak minta tolong akak ni.”
“Apa khabar..inilah
orangnya yang selalu encik intip tu ye.” Orang yang dipanggil dengan nama kak
Mah menghulur tangan untuk bersalaman dengan Amirah.
“Hsyy akak ni buka
rahsia kita pulak.” Kata Loqman malu-malu, rahsianya terbongkar didepan
isterinya.
“Amirah nak tahu dulu,
petang-petang selalu Encik Loqman datang kerumah kami..suami akak kata dia nak
tenguk bekas isteri dia balik kerja.” Amirah hanya tersipu malu, bila isteri
sarjan Rosdi bercerita tentang dia dan suaminya.
Kak Mah atau
Fatimah isteri seorang pegawai polis dibawah jagaan Loqman. Dia sudah bersetuju
untuk menjadi penjaga Syifa sewaktu mereka berdua bekerja. Kak Mah merupakan
surirumahtangga sepenuh masa. Sarjan Rosdi dan Fatimah mempunyai tiga orang
anak, dua anak perempuan yang sudah bersekolah menengah dan tinggal di asrama
dan seorang anak lelaki sebaya dengan Syifa. Ini bermakna sepulangnya dari
sekolah Syifa akan duduk dirumah penjaganya itu. Bahagia rasa hati Loqman
kehidupanya teratur kini. Kehidupan seperti itulah yang diingini, sebumbung
dengan anak dan isteri dan mendidik anak bersama-sama. “Bang..Mirah nak
tanya... tentang cerita kak Mah tadi. Kenapa abang intip Mirah. Abang tak malu
ke orang tahu?”
“Apa nak buat Mirah..
hati abang yang rindu ni..dah tak ada rasa malu lagi...abang tak tentu arah
bila Mirah tak mahu lagi cakap dengan abang bila abang call. Massage abang pun
Mirah tak jawab..jadi abang minta tolong kat sarjan Rosdi tu, tumpang sekejap
rumah dia. Bila abang nampak kereta Mirah lalu saja abang pandang..itu pun dah
cukup untuk nak ubat kan rindu abang pada Mirah.” Loqman mencapai tangan
isterinya dan menggengamnya erat. Mata sudah berkaca-kaca..dia merasakan
jiwanya sungguh menderita waktu itu.
Menjagkau
usia pernikahan mereka tiga bulan, kelihatanya Amirah tidak secergas biasa,
selera makannya berkurangan, walau pun begitu dia tetap menjalankan tugas
sebagai isteri, tugas seorang ibu dan
tugas sebagai pekerja seperti biasa.
“Kenapa Mirah..abang teguk Mirah sejak dua
tiga hari ni macam letih saja..penat sangat ke buat kerja. Kalau tak larat buat
kerja kat rumah ni..janganlah buat..nanti abang balik abang buat.” Loqman
bertanya dengan lembut sambil menarik isterinya dalam pelukkanya. Dia kini
lebih prihatin dan lebih bertimbangrasa. Pengalaman lalu dijadikan iktibar, dia
kini menjaga sungguh-sungguh keharmonian rumahtangganya. Setiap kali selesai
solat itulah doanya, minta dijauhkan dari segala musibah dalam rumahtangganya, mahukan
kebahagiaan kekal hingga kesyurga.
“Tak apalah bang, Mirah rasa letih sikit saja.
Mirah rasa macam tak berselera saja nak makan, tapi perut rasa lapar sangat.”
mendengar kata-kata isterinya teringat Loqman,
semasa Amirah mula mengandungkan Syifa dulu, dia juga begitu.
“Jangan-jangan Mirah mengadung tak..dulu masa
Syifa rasanya macam ni juga.” bila dia bercakap perkara lama, hati Loqman
menjadi sayu. Hatinya sebak mengenangkan apa yang telah dilakukan kepada Amirah
diawal kehamilanya dulu. Dia berdoa semoga Amirah tidak terkenang apa yang
telah dilakukan dulu. Dia memeluk isterinya dengan kemas lalu merapatkan
mukanya kemuka isterinya.
“Mirah…abang minta maaf banyak-banyak, pasal
hal yang dulu tu..abang betul-betul kesal sampai sekarang, kesal abang masih
bersarang kat hati abang ni..maafkan abang .. sayang.”
“Kenapa abang cakap
macam tu…abang rasa Mirah tak ikhlas terima abang. Bang Mirah terima abang
kerana Mirah sayangkan abang. Mirah dah tak ingat perkara tu…pada Mirah semua
orang tak sempurna dan mudah membuat kesilapan, janji kita boleh berubah dan
berjanji akan berubah dan tidak mengulagi lagi itu sudah cukup. Mirah pun ada
buat salah juga..jadi jangan lah abang ingat-ingatkan perkara yang dah lepas,
nanti membakar diri kita sendiri.”
“Terima kasih, sayang..abang akan hadapi masa
akan datang dengan yakin, kerana kasih sayang Mirah. Abang tak akan sebut lagi
perkara lepas.” Ketika dia masih memeluk isterinya, anaknya terjengul dipintu
dapur.
“Haa ayah sayang ibu ya… Syifa pun nak
sayang ayah dan ibu juga.” Syifa menghampiri mereka untuk memberi ciuman.
Loqman melepaskn pelukkan pada isterinya tadi lalu tunduk supaya anak mudah
memberi ciuman dipipinya. Kemudian dia pula mencium pipi anaknya dengan
bisikkan..
“Ayah pun
sayang Syifa, sayang sangat-sangat.” Hatinya tersentuh..kerana hamilkan Syifa
dia meragam sehingga rumahtangganya berkecai tetapi dengan kehadiran anaknya
itu jugalah dapat menyatukan kasih sayang dia dan isterinya semula.
Gembira sungguh Loqman bila Amirah disahkan hamil, dia
menjaga Amirah bagai menatang minyak yang penuh. Dia membantu Amirah membuat
kerja-kerja rumah. Loqman akan memastikan keperluan dan kesihatan Amirah penuh
teliti. Loqman sudah tidak mahu menjadi raja yang berkuasa dalam
rumahtangganya. Dia ingin membantu dan menyenangkan isterinya mengurus
rumahtangga. Dalam hatinya dia akan membayar kesalahanya dulu, kerana
mengabaikan kebajikan isterinya. Sedangkan Saidina Umar sahabat nabi membantu
isterinya…siapakah Sidina Umar itu seorang khalifahselepas kewafatan banginda
Rasulluah dan seorang sahabat nabi inikan hanya kita insan biasa itulah yang
ada dinbenak Loqman ketika membantu isterinya. Itulah pengajaran yang didapati
bila dia selalu mendengar ceramah-ceramah ugama dan megikuti majlis-majlis
ilmu.
Dan
yang paling dikesalkan hingga sekarang ini ialah dia bernikah dengan wanita lain ketika Amirah bergelut
dengan kesakitan untuk melahirkan zuriatnya. Walau pun kini Amirah sudah menjadi
isterinya kembali. Kesalnya tetap meyelubungi hatinya. Bila terkenangkan
peristiwa dulu hati menjadi pedih dan sayu.
kalau tak sedar juga loqman tak tau le nk ckp apa. tp apa jadi pd anak loqman di kluang ya?
ReplyDeleteItu pun tunggu dulu nak crita pasal Amirah beranak ramai...tunggu ye.trima ksih sudi baca.
ReplyDeletealahai. Mirah beranak banyak ke. Sian dia alahan teruk masa mengandung.
ReplyDeleteTak apa kalau suami memahami dan sama membantu susah macam mana pun akan rasa bahagia..jagan takut beranak tau..anak adala rezeki Allah..tu nak crita supaya bakal -bakal ibu bersiap sedia
ReplyDeleteBest....
ReplyDelete