~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 24 November 2012

Bab 27 Tidak terkikis kesal dihati



           

Harum segar bunga melati, 
Disusun rapi di dalam puan,
Berhajat besar rasanya hati,
Teruna kami mencari teman.


            Sudah tiga tahun perceraian Loqman dan Liza. Sudah hampir tiga tahun juga Loqman bertugas Di Ibu Pejabat Polis Derah Sepang. Dia tinggal bersama  seorang pegawai polis bujang dikurters polis berdekatan tempat kerjanya. Jika hari cuti dia akan pulang kerumah mama dan papanya diPort Dickson. Setiap ada kelapangan dia akan mengujungi anak perempuannya yang di Kuala Pilah. Kadang-kadang dia membawa anaknya kePort Dikson dan bermalam dirumah datuk dan neneknya di Port Dikson pula. Hubungan ayah dan anak juga cucu, datuk dan nenek menjadi rapat. Dua keluarga yang sememangnya ada hubungan kekeluargaan menjadi rapat kerana  cucu mereka yang keletah, periang dan manja.

         Hubungan keluarga Amirah dan keluarga Loqman tidak terjejas, mereka masih berhubungan terutama kerana cucu mereka. Perceraian anak-anak mereka tidak dijadikan alasan untuk mereka bermasam muka.. mereka menerima sebagai suratan yang telah ditakdirkan. Ialah siapalah kita yang hendak mempertikaikan takdir dari Nya. Oleh itu apa yang terjadi anggaplah sesuatu yang mempunyai hikmah dipenghujungnya.. kita tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian hari. Tetapi setiap ahli keluarga dipihak papa dan mama Loqman mahupun dipihak ayah dan ibu Amirah mendoakan agar anak-anak mereka bersatu kembali hidup se bumbung sebagai suami-isteri suatu hari nanti. Apatah lagi kini Loqman sudah  tiga tahun menjadi duda. Amirah pula begitu sukar menerima pengganti Loqman. Adakah dia menanti Loqman?. Jika dipandang dari mata kasar dia tidak menunggu Loqman atau siapa-siapa pun... Amirah seakan serik untuk berumahtangga. Itu yang membimbangkan keluarganya.


                     Minggu itu Loqman tidak dapat berjumpa anaknya yang di Kuala Pilah kerana kesibukan kerjanya. Untuk menggantikan dirinya papa dan mamanyalah yang menjenguk Ain Nur Syifa. Anaknya itu sudah keletah bercerita. Begitulah pada kebiasaan mereka, akan bergantian menjenguk Ain Nur Syifa diKuala Pilah. Malam itu ketika Loqman sampai dirumah keluarganya..kemuraman mamanya terkesan di wajahnya.


“Assalamnualaikum...Ma Syifa apa khabar ma.” Terjengul sahaja dimuka pintu dan terpandang sahaja wajah mamanya soalan itu yang ditanyanya dulu. Dia tahu mereka keKuala Pilah minggu itu. Serasa sudah tidak sabar dia mahu mendengar berita anak dara kecilnya yang tidak dapat dijenguknya.


“Dia ok aje..dia dah pandai mengeja sikit-sikit Man.” jawap papanya.. mengenai cucu mereka  yang kini sudah berusia 5 tahun. Dia telah dimasukkan kesekolah TADIKA KEMAS oleh datuk Abdul Rahimnya. Entah mengapa mamanya bagai tidak mahu bersuara malam itu. Dia hanya mendiamkan diri tidak menjawab dan menyampuk bila papanya bercerita tentang cucunya. Loqman jadi hairan dengan keluarbiasaan mamanya, kalau tidak mereka berdua berebut-rebut hendak menceritakan kerenah cucunya itu kepadanya.


“Kenapa mama.. Man nampak macam sedeh saja, letih ke ma?”. Risau hatinya melihat tingkah mamanya yang seperti tidak bermaya.


“Ialah.. Man, mama rasa letih pulak hari ni.”


“Selalu tak pulak... lepas jumpa Syifa..mesti gembira saja wajah mama dan papa.”


“Alah Man..mama kamu ni risau..tadi ada orang datang merisik Amirah.” Terang papa Loqman mengenai kerisauan isteri kesayangannya. Merah muka Loqman dek denyutan jantungnya yang laju lalu mengepam darah naik kemuka. Perkabaran itu bagai bom yang meletup ditepi telinganya. Sudahlah minggu lepas Adnan (adik Amirah yang nombor dua) berkata mahu memasangkan bekas isterinya dengan kawanya sekerjanya. Ini ada pula orang datang merisik. Hatinya jadi tidak keruan.. Tidak dapat dibayangkan jika Amirah menerima orang lain sebagai ganti dirinya..Mahu gila dibuatnya. Ohhh..Dia tahu kini  banyak yang menyaingi dirinya, untuk memenangi hati bekas isterinya.

“Man sudah tiga orang masuk merisik Amirah, yang datang tadi pensyarah.. bujang lagi. Kata wakil budak tu tadi, budak tu pensyarah di Mertrikulasi Kuala Pilah dah lima tahun dia penjadi pensyarah kat situ. Tapi dia orang Kelantan, Amirah tu muda lagi takkan dia nak hidup sorang-sorang sampai tua..mama takutlah Man, lama kelamaan ibu dan ayah Mirah tu paksa Amirah menerima  salah seorang dari mereka, ..Man tak ada niat ke nak jadikan  Mirah isteri Man semula.” soal mamanya bernada sayu. Puan Sharifah ingin tahu pendirian anaknya tetang bekas isterinya.

“Mama, papa memang Man nak jadi suami Mirah balik, tapi mahu ke Mirah terima Man. Man sedar Man banyak buat salah pada dia. Yang sebetulnya dah banyak kali Man terserempak dengan dia waktu Man jumpa Syifa, tapi Man nampak Mirah macam mengelak saja dari jumpa Man, lebih-lebih lagi bila dia tahu Man dah bercerai dengan Liza, lagi nampak dia macam nak menjauhkan diri dari Man.” Sebenarnya Loqman memendam rasa sendiri..dengan peristiwa ditolak permintaan nya dua tahun lalu.  Bagi Puan Sharifah gembira hatinya bila  mendengar sendiri pengakuan anaknya, yang dirinya masih mahukan Amirah menjadi isterinya semula.



         Dia tidak memberitahu sesiapa akan penolakkan Amirah terhadap dirinya, tapi dia tidak berputus asa. Di sentiasa berdoa agar pintu hati Amirah terbuka untuk menerima dirinya kembali.  Tetapi selama dua tahun ini Loqman tidak nampak kelu bagaimana dia boleh  membuka kembali pintu hati bekas isterinya. Tiada tempat untuk dia meluahkan duka hatinya. Dia hanya  mengadu dan mengharapkan pertolongan pada Allah yang maha Esa. Tidak kira berapa lama dia akan menunggu.. menunggu pintu hati Amirah terbuka untuknya. Dia akan berusha sendiri untuk medapatkan Amirah semula . Sebenarnya dia malu untuk meminta bantuan mama dan papanya. Dilihat dari mata kasarnya papa dan mamanya bagai tidak mengindahkan lagi hubungannya dengan Amirah. Tetapi sangkaanya meleset. Dia tidak menyangka papa dan mamanya begitu berharap agar Amirah menjadi menantu mereka semula. Lamunan Loqman terbang melayang bila mendengar suara papanya. Papanya hairan.. sedang mereka bertiga membincangkan soal Amirah... Loqman berangan entah sampai kemana.


“Man kita ni tengah berbincang macam ni puun Man.. boleh berangan” Loqman terpinga-pinga dan termalu. Untuk menutup malunya dia berkata...


“Bukan papa...Man bukan berangan... Man ni tengah cari jalan macam mana nak cakap dengan Mirah.. tapi Man rasanya macam  tak nampak jalannya....bagilah Man jalan nak buat macam mana papa.. mama.”

“Man....jumpa Amirah dan cuba tanya sendiri.” papanya pula memberi cadangan.


“Macam mana Man nak jumpa dengan dia?? kalau Mirah asyik mengelak dari bertembung dengan Man, SMS Man pun dia tak balas, call apatah lagi.. papa dan mama tolong carikan Man jalan supaya Man dapat bercakap-cakap dengan Mirah...masa tu Man akan cuba tanya Mirah.”


“Macam mana ye papanya?” Oh tiga beranak itu berbincang untuk memecahkan kebuntuan..mencari peluang untuk anak bungsu mereka...seperti ahli koperat yang menjari peluang perniagaan lagaknya.


 “Mama, papa yang sebetulnya  mama dan papa kena tanya pada keluarga Mirah dulu..mau ke lagi pak su dan mak su bermenantukan Man lagi.. mana tahu pak su dan mak su pun dah tak suka Man jadi menantu dia.. Man nak tanya pada keluarganya rasa tak tercakap pulak sebab Man sedar Man yang buat salah dulu.”

“Oh ye tak ye jugakkan..Kami boleh tolong tanyakan..tapi Man mesti berusha bersungguh-sungguh tunjukkan yang kita memang mengharap sangat Mirah masuk balik dalam keluarga kita”.

“Papa..agaknya mahu ke Mirah terima Man balik?..tapi kalau nak fikirkan dah lima tahun kami bercerai takkan tak sejuk lagi marah dia pada Man. Kalau nak dikira tanggngjawab dia pada keluarganya pun sudah hampir selesai. Adik-adik dia dah dua orang yang kerja, tinggal yang Aizat  dan Amran saja yang belum lepas. Lagi pun rasanya mereka dah ada elaun sendiri”. Loqman berkira-kiran dihadapan papa dan mamanya.

“Betulah tu Man.. yang Aizat tu di kursus Pembantu Perubatan. Amran pula dah masuk maktab perguruan, kan mamanya, kalau keluarga dia nak bagi pun, tentu tak banyak.” Sampuk Encik Abdul Majid mengiakan kata-kata anak bungsunya.


“Kalau nak  dikira macam dah habislah tanggujawab Mirah pada adik-adik diakan mama, papa.” Sengaja dia berbicara begitu untuk menyedapkan hatinya.


         Dia tidak pula bercerita yang dia sudah ditolak oleh Amirah dua tahun yang lalu. Pada mulanya dia bagai sudah tidak ada harapan untuk hidup sebumbung dengan Amirah lagi. Tetapi mendengar permintaan kedua orang tuanya dan juga janji adik Amirah timbul semula harapanya.. Memikirkan itu dia menjadi begitu bersemangat.


 “Kalau diikutkan macam tulah..tapi rasanya ayah dia..lima atau enam tahun lagi nak pencen, mana tahu dia nak tanggung ibu dan ayah dia pulak.”


“Lama lagilah pak su nak pencen.”


“Lima enam tahu tu tak lama mana Man..pejam jelik...pejam celik dan lima tahun Man..tenguk saja Syifa tu rasanya baru semalam mama jenguk dia masa kat hospital ni dah lima tahu umurnya..tak terasa lama mana pun Man”.

“Ialah mama...tapi anak pak su selain Mirah dah dua orang yang kerja Adnan  dan Atirah  pun dah kerja..takkan Amirah sahaja yang mereka harapkan.”     


 “Man jangan salah faham ..Amirah ni anak yang bertanggung jawab. Kalau dia terima Man semula, jangan jadi macam dulu, biarkan dia bertanggung jawab kepada ibu dan ayahnya. Dia kan kerja ada gaji, dia tak usik pun duit Man tanggung ayah dan ibu dia.” Mereka bertiga beranak sibuk memikirkan penerimaan Amirah dan langkah-langkah yang patut diambil jika Loqman diterima semula.


“ Walau bangaimana pun kita usha dulu lah mamanya ..cuba kita tanyakan pada keluarga Amirah…  kita berdoalah semoga masih ada lagi jodoh Man dengan Mirah.” cadang Encik Abdul Majid cuba meredakan keadaan.


“Elok juga cadangan papa tu..apa kata  minggu ni kita turun  kePilah.. bincang elok-elok dengan mereka, Pah rasa ibu ayah dia setuju..tapi tak tahulah dipihak Mirah pulak macamana.” kata mamanya pula. Masih terkandung kemuskilan  dari suara bicaranya.


“Man mesti ingat, kalau ada jodoh Man dengan Mirah jangan buat macam dulu..cari kawan yang betul-betul…lagi selamat kalau kita ada masaalah rumah tangga, kita minta lah pendapat kawan yang sama jenis dengan kita. Kalau tak menjadi keberatan bincang dengan papa dan mama pun boleh, sementara kami ni masih ada..kalau kami dah tak ada nanti pandai-pandai Manlah.” papa Loqman memberi ingatan kepada anaknya supaya anaknya tidak tersilap langkah lagi.


“ Papa jangan lah cakap macam tu, Man masih memerlukan papa dan mama untuk membimbing Man. Man selalu buat salah..ni semua salah Man, lepas ni Man ingat pesan  papa tu..Man dah cukup menyesal dan menderita..Man akui ni semuanya silap Man, salah  Man”.


            Tidak sabar menunggu hujung minggu keluarga Loqman turun ke Kuala Pilah membawa hajat Loqman dan hajat mereka juga. Oleh kerana Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah sudah berpencen waktu mereka banyak terluang. Cikgu Sharifah berpencen lebih awal dari waktu yang dijangkakan kerana kasihan melihat suaminya yang sudah hampir setahun berpencen, akan kesaorangan bila dia pergi kesekolah mengajar. Memandangkan semua anaknyanya sudah bekerjaya dan bekeluarga..tidak menjadi masaalah bagi Encik Abdul Majid, isterinya berpencen  dua tahun lebih awal.  Mereka ingin meluangkan masa bersama. Masa terluang mereka akan diisi dengan mengikuti kursus haji dan mendalami ilmu agama. Dijangkakan mereka akan dapat  mengerjakan haji  pada bila-bila masa sahaja, kerana wang simpanan mereka didalam Tabung Haji sudah cukupi syarat  dan waktu pendaftaran mereka juga sudah melebihi lima tahun.


==================================================

         Ketika mereka sampai mereka disambut oleh Puan Halimah.. kebetulan pula Encik Abdul Rahim tidak berapa sihat.. dia bercuti hari itu. Cucu mereka pula sudah kesekolah tadika. Ain Nur Syifa walaupun baru berusia lima tahun tapi sudah dimasukkan kesekolah TADIKA KEMAS yang ada dikampung mereka. Sudah hampir setahun Ain Nur Syifa belajar di kelas tadika itu. Kata datuknya elok cucunya dimasukkan kekelas tadika selama dua tahun supaya dia pandai berkawan dan tidak takut bila kesekolah darjah satu nanti. Lagi pun dapatlah juga dia belajar mengenal hurup dan nombor.


“Assalamualaikum…”papa Loqman memberi salam. Ketika Puan Halimah menjenguk keluar rumah...Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah sudah berdiri dihadapan tangga rumahnya.


 “Waalaikumsalam.. ehh.. kak long, abang long naiklah..” ajak Puan Halimah ramah kepada tetamu yang datang. Mendengar ada tetamu yang datang ayah Amirah keluar dari biliknya untuk memastikan pendengaranya bila mendengar isterinya menyebut kak long dan abang long.. terkejut kerana kedatangan mereka diluar dari kebiasaan. Kebiasaanya mereka datang waktu cuti sekolah ataupun hari Sabtu dan Ahad untuk bertemu cucu mereka Syifa. Ketika Encik Abdul Rahim keluar keruang tamu..


“Ehh..kamu tak kerja Rahim?”


“ Semalam kena hujan...bang long, hari ni rasa tak sihat pula..ingat nak pergi klinik kejap lagi.” Kedenganran suara Encik Abdul Rahim agak sengau..mungkin kerana selsema yang menggangu rongga hidungnya.


“Ialah Rahim badan dah berumur ni kena jaga-jaga sikit.”


“Duduk lah dulu kak long..Limah kedapur sekejap.”


“Limah tak payah susah-susah kami dah minum tadi.”


“Tak adanya yang susah kak long..dah ada ni cekodok pisang dengan lempeng pagi tadi. Syifa teringin makan cekodok pisang bila nampak pisang masak... semalam kak Som bagi pisang awak  tapi dah masak sangat kalau goreng pun nanti dia menyerap minyakan. Atuk dia pulak teringin makan lempeng cicah sambal sardin. Ni ha baru habis masak lempeng. Memang saja Limah masak sambal sardin pagi tadi. Air kopi lebih Syifah pun ada lagi ni.” puan Sharifah mengekori adik sepupunya kedapur. Sama-sama mengambil makanan yang sudah ada dibawah tudung saji dan menyusun didalam dulang.

“..jom lah kita kedepan kak long.” Puan Halimah menatang dulang,  Puan Sharifah pula membawa teko berisi air kopi O. Dua beradik sepupu menyertai suami mereka diruang tamu kembali.

“Emm ...panas lagi air kamu ni Limah.” Puan Sharifah menuang air kedalam cawan.

“Ialah kak long Limah buat pagi tadi masa Syifa nak pergi sekolah..teko ni macam thermos pulak..tau hari tu beli dua ketiga biji..masa itu offer..murah sikit ..ingatkan tak elok.”

“Elok ni Limah” sambung puan Sharifah sambil membelek seakan thermos tetapi berbentuk teko milik adik sepupunya.

Setelah minum dan berbasa basi lebih kurang Puan Sharifah dan Encik Majid terus sahaja menyampaikan hajat  mereka.

“ Rahim,Limah…kak Long dan abang long datang ni bawa hajat …nak sampaikan hajat Loqman dan hajat kami….jika kamu berdua tidak keberatan dan belum lagi terikat dengan janji... besar harapan kami nak jadikan Amirah menantu kami semula …kamu berdua macam mana?.”

“Kalau ikutkan, kami ni tak ada masaalah, kami pun tidak terikat dengan janji siapa-siapa pun…tapi keputusan di tangan Amirah kak.” kata ibu Amirah berterus terang.

“Kami ni pun suka juga kalau Loqman menjadi menantu kami lagi, ialah anak sedara sendiri.. sekurang-kurangnya Loqman  dah tahu cara dan keadaan kami sekeluarga, lagi pun tidaklah cucu kita berbapa tiri nanti. Apa kata kalau Loqman sendiri yang tanyakan pada Amirah.. sebab kami ni tak dapat nak buat keputusan.”ayah Amirah memberi cadangan.

“Kalau macam tu elok juga, biar mereka saja yang tentukan..biarlah Loqman sendiri yang bertanya pada Mirah, tapi dari pihak kamu berdua tiada halangan lah?.”  soal Puan Sharifah dan Encik Majid, meminta kepastian.

“Pada kami  memang tak ada masaalah..Mirah ni pun dengan orang lain macam tak mahu sahaja bila ada orang nakkan dia..nak di paksa takut lain pula jadinya.” sambung ayah Amirah.

“Kalau macam tu bila agaknya Mirah balik ye Limah...rasanya dah lama juga Mirah tak balikkan.” Tanya Puan Sharifah lagi.


“Ia kak memang dah lama dia tak balik. Katanya buat masa ini tempat kerja dia tu tak cukup orang, sorang kawannya cuti bersalin dan sorang lagi pergi berkursus. Jadi dia terpaksa kerja lebih sikit nak tanggung kerja kawanya tu..tapi tak lama lagi dia dapat cuti macam biasalah kalau kawannya tu dah kerja balik...Tak salah Limah katanya dia akan cuti panjang sebelum habis tahun ni..mula minggu depan .. nantilah  kejap  Limah telefon dia.“ Sekejapan  itu juga ibu Amirah menghubungi anaknya. Setelah selesai sahaja kedua beranak itu berbual melalui telefon Puan Halimah segera menemui mereka yang sedang menanti diruang tamu.


“Kak Long... Mirah kata tadi  dia akan balik lusa, kerana hari ni dia kerja pagi, besok kerja malam dan balik paginya dia akan terus balik sini. Cuti kali ni panjang sikit katanya sebab cuti-cuti yang tertangguh dibayar masa nilah, sebelum habis tahun. Kata Mirah cuti kena dihabiskan kalau tidak nanti, habis macam tu saja..lagi pun kawan dia yang bersalin tu dah kerja balik”.

“Oh macam tu ertinya dia balik hari Jumaat  nilah ye..kalau macam tu kak Long nak balik dululah Limah, Rahim…nak bagi tahu Loqman supaya dia ambil cuti juga..akak yang sebenarnya berharap benar Mirah setuju jadi isteri Loqman lagi.. kesian tenguk cucu kita Syifa..dia dah besar, tenguk kawan-kawan dia ada ibu dan ayah duduk serumah. Dia tak ada pula, sekejap ayahnya yang datang, sekejab ibu dia yang balik kesian dia. Cucu kita tu nak sangat duduk serumah dengan ibu dan ayah dia…. Syifa  cakap macam tu dengan kami, masa Loqman bawa dia datang PD hari tu”.


“Dengan kami pun dia ada cakap juga kak long..tapi nak buat macam mana. Kita berdoalah pada Allah agar masih ada jodoh ibu dan ayahnya.. nanti tercapai jugalah hasrat Syifa nak duduk serumah dengan ayah dan ibunya.”


“Kami beransur dululah Limah, Rahim.”  Puan Sharifah menghulur tangan untuk bersalaman.


“Ehh..tak tunggu Syifa balik ke kak long.” tambah puan Halimah bila melihat kedua besannya sudah mahu beransur  pulang.


“Tak apalah kalau mereka ada jodoh nanti, Syifa tentu datang PD sama ayah dan ibunya.” jelas Puan Sharifah mereka sudah tidak sabar-sabar lagi hendak memberitahu Loqman dan menyuruhnya bercuti dihari Amirah bercuti nanti. Tergambar diwajah mereka harapan agar Amirah menjadi menantunya semula.







Friday 16 November 2012

Bab 26 Tidak terkikis kesal dihati.






Terbelah dua batang meranti,
Hanyut dari tanah seberang,
Dari berdua menyakitkan hati,
Biarlah tentu saya seorang.


Hatinya bertanya lagi ..jika Liza dapat memenuhi apa yang diangankan dapatkah dia membuang bayangan Amirah. Dapatkah dia melupakan Amirah dan dapatkah nama itu dikikis dari hatinya. Mungkin boleh. Dia akan mencuba dan dia akan berusha.Tetapi entahlah….. mengapa Liza tidak mahu memahami dirinya, mengapa Liza tidak mahu tahu apa yang dicarinya. Mengapakah Liza tidak dapat langsung membantu..Telalu banyak ‘mengapa tentang Liza’ yang tidak dapat dijawab oleh hati dan mindanya.

Loqman mencari-cari silapnya. Mencari duri yang sentiasa memcucuk rumah tangganya bersama Liza.. dimana??.. dimanakah?...jika dia terjumpa pasti akan sepantas kilat dicabut dan dibuangnya kedalam laut.  Agar segera rumah tangga mereka seperti rumah tangga papa dan mamanya  yang sentiasa bahagia. Walaupun bukan tidak ada pertengkaran dan salah faham ..ialah bak kata orang sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri…tetapi mengapa mereka boleh dengan segera memaafkan antara satu sama lain. Ahhh...Loqman mengeluh sendirian entah untuk yang keberapa kali. . Mungkinkah ini balasanya kerana mensia-siakan Amirah. Kesalnya datang  lagi menikam-nikam hati yang sememangnya sudah parah.

            Dia merenung lagi keadaan rumahtangganya sekarang..jika keadaan tidak berubah, wajarkah dia terus mempertahankan dan meneruskan perkahwinan yang pincang. Duduk didalam  rumahtangga yang huruhara, rumahtangga yang tiada keamanan, rumahtanga yang sentiasa tegang dengan api kemarahan dan pertengkaran, rumah tangganya  yang sunyi dari gurausenda dan gelakketawa.  Jika keadaan sekarang tidak dapat diubah sanggupkah dia  menanggungnya sepanjang hayat.. Loqman mengeluh sendiri, jiwanya merintih lagi. Berat mindanya memikirkan masaalah rumah tangganya seorang diri. Bagaimanakah caranya untuk  dia membentuk Liza menjadi isteri idamanya. Bagaimanakah dia mahu membina bahagia dalam rumahtangganya kalau hanya dia seorang yang berusha. Makin difikir makin memberat minda jadinya.

            Lamunan Loqman terbang melayang bila suara azan Isyak yang berkumandang dikaca televisyen menyapa gegendang telinganya. Lembut mendayu merayu supaya semua hamba Allah sepertinya bersegera menunaikan kewajipan menyembahNya. Sambil meraup wajahnya Loqman beristifar berulang kali memohon keampunan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Dia bangun untuk menunaikan solat Isyak pula. Selesai bersolat dia berdoa dengan kerendahan dirinya  semoga Allah memberinya petunjuk untuk menyelesaikan masaalah rumah tangganya. Hanya padaNya dia mengadu…dia sudah tidak sanggup lagi menghadapi kemelut itu seorang diri. Nampak macam remeh tapi menyakitkan hati.


           
======================================


            Loqman nekad kali ini.. jika Liza tidak juga pulang kerumah sewa mereka dalam masa dua atau tiga hari lagi, dia akan kerumah ibubapa mertuanya di Simpang Renggam mencari jalan penyelesainya. Dia sudah tidak sanggup dengan keadaan hidup seperti sekarang ini. Ada isteri tetapi seperti tidak beristeri, ada anak seperti tidak beranak. Jalan untuk dia sendiri menyelesaikan masaalah rumah tangga mereka nampak kabur dan kelam. Dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari keluarga mentuanya pula. Supaya dapat mereka sama-sama mencari jalan penyelesaian mengatasi masaalah rumah tangganya bersama anak  mereka Liza. Itulah tekadnya. Bagi Loqman untuk meminta bantuan dari keluarganya di PD itu tidak mungkin. Dia tidak mahu kepincangan rumahtagganya diketahui oleh papa dan mamanya. Jika keadaan boleh diselesai kan dengan cara baik dan Liza boleh mengubah sikapnya diatas nasihat keluarganya..Loqman bersyukur. Dia berazam akan menjadi suami yang terbaik untuk Liza. Tetapi jika Liza sudah tidak boleh diubah lagi, dia lebih rela hidup sendiri. Itulah tekad yang ada di kepala Loqman.

            Seperti yang dijangka, jika Liza merajuk dia tidak akan pulang dalam masa sehari dua. Mahu seminggu dia duduk dirumah emak dan abahnya. Sebenarnya bukan Liza tidak rindu kepada suaminya..rindu akan kemesraan dan gurau senda mereka. Tetapi kerana egonya dia mahu Loqman datang memujuk dan meminta maaf diatas kekasaranya. Dia ingin menjadi wanita yang begitu bermakna disisi Loqman. Dan suaminya merasai betapa perlu kehadirian dirinya dalam kehidupan rumah tangga mereka. Dia juga ingin melihat suaminya sengsara merinduinya, seperti suaminya menderita ketika merindui bekas isterinya dahulu. Dia ingin sekali melihat Loqman merintih dan hilang pedoman ataupun lagi jelas gila kerana dirinya. Itulah yang ingin sekali dilihatnya. Selama ini Liza sering mengadu kepada emak dan abahnya bahawa Loqman sering mengabaikan kebajikan dirinya. Dia juga mengatakan suaminya sering tidak menghiraukan dirinya dan selalu bercakap kasar denganya. Dia tidak pernah melihat segalanya tindakkan suaminya berpunca dari sikap dirinya sendiri.

“Kalau suami kamu yang bersalah biar dia datang pujuk dan mina maaf. Orang lelaki ni jangan dibagi muka sangat nanti dia dipijak kepala kita..ingat kita orang perempuan ni senang-senang saja dia buat tak tentu, ikut suka hati dia saja..Liza duduk sini lama sikit biar dia terasa susah- nya bila kita tak ada”. Liza mengikuti segala tunjuk ajar emaknya.

“Tunjukkan pada suami kamu tu...kamu takkan mati kalau dia buat tak tahu..tunjukkan pada dia, kami masih mampu lagi menjaga kamu dengan baik.” Itu pula nasihat dari abahnya. Liza pula bagaikan dungu mengikuti sahaja apa yang diperkatakan oleh kedua emak dan abahnya.

            Itulah sebabnya jika mereka bertengkar Liza akan duduk lama dirumah emak dan abahnya.  Dia ingin membuktikan kepada  mereka, suaminya yang bersalah dan datang meminta maaf kepadanya. Tetapi tindakkanya memakan dirinya sendiri. Tindakkan membuat hubungan mereka semakin renggang ..keserasian yang diharap makin menjauh dari kehidupan harmoni rumahtangga mereka. Mereka berdua tertekan dalam kekusutan yang tidak tahu dimana puncanya. Sering juga terlintas dihati Loqman dimanakah keserasian yang dirasakan semasa mereka masih berkawan dulu. Mengapakah setelah menjadi suami isteri terlalu sukar mencari rasa bahagia dan gembira antara mereka. Apakah kerana cara mereka bernikah atau pun tiada restu dari ibu bapa terutama disebelah pihak Loqman. Tetapi jika dilihat dari mata kasar papa dan mamanya seperti sudah menerima Liza sebagai menantu. Hanya Liza sahaja yang keberatan untuk berkunjung kePort Dickson menziarahi mereka.

            Untuk mencari jalan keluar akhirnya Loqman mengambil keputusan... Dia sahaja yang turun kerumah ibu dan bapa  mertuanya  seperti yang telah difikir tempuh hari. Loqman sangat berharap cara itu dapat  menyelesaikan masaalah rumah tangga mereka. Namun  setelah berbincang  dari permulaannya yang tenang hingga keadaan menjadi berbahang, keluarga Liza juga tidak dapat meyelesaikan masaalah mereka. Keluarga Liza lebih memihak kepada anak mereka sendiri. Dimata mereka Liza dipihak yang teraniaya. Kedua abah dan emak Liza mendengar dan memepercayai apa sahaja yang diberitahu oleh anak mereka tentang kisah rumahtangganya. Liza sering mengatakan  Loqman asyik teringat jandanya sahaja, sedangkan dirinya terbiar dan terabai. Tidak ada jalan lain lagi bagi Loqman, akhirnya dia kepejabat ugama untuk mencari jalan memecah kebuntuannya. Telah setahun Loqman berulang alik kepejabat ugama…Temujanji demi temu janji, kaunseling demi kaunseling, namun Liza tetap tidak nampak dimana kesilapan dirinya. Dia tidak dapat mengubah dirinya. Ditambah dengan sokongan keluarganya yang memihak kepadanya makin menutup matahatinya.

            Sesungguhnya Loqman sudah berusha menjadi suami yang bertimbang rasa..suami yang tidak cerewet dan suami yang sedia membantu tetapi segalanya bagai tidak bererti pada Liza. Loqman juga sudah berusha dengan bersungguh-sunggauh mempertahankan rumah tangganya. Kadang-Kadang dia hairan dengan sikap Liza yang seperti tidak sayangkan rumahtangga mereka, sedangkan dulu rasanya dia yang beria-ia mahukan dirinya. Sehingga dia  diperangkap untuk menjadi suaminya, tetapi setelah dirinya terikat dengan ucapan ijab dan kabul mengapa ikatan itu dipersiakan.  Kini Loqman redza dengan ketentuan Ilahi, jika itulah takdirNya dia pasrah.Tidak guna jika hanya dia sahaja yang beria-ia mahu menyelamatkan rumah tangganya, tetapi Liza tidak berusha mahu mengubah perangai dan pendiriannya. Akhirnya untuk kebaikan kedua belah pihak, perpisahan adalah jalan yang terbaik. Sekali lagi lagi Loqman melafazkan perkataan  CERAI.  Sekali lagi Loqman tewas dalam cabaran berumahtangga. Hak penjagaan anak lelaki mereka Nazrul Halim  jatuh kepada Liza.    

            Terlerai juga satu lagi ikatan perkahwinan. Walau pun dengan cara itu dapat merungkai kekusutan rumahtangga, tetapi yang tetap menjadi mangsa adalah anak yang tidak berdosa. Anak yang akan kehilangan kasih sayang ibu dan ayah mereka sedikit demi sedikit. Selepas percerain Loqman dan Liza  disahkan dipejabat kadi, Loqman minta dirinya ditukarkan ke tempat lain. Dia ingin keluar dari negeri Johor yang banyak melakar kenangan pahit bagi dirinya.

            Dia ditukarkan keIbu Pejabat Polis Daerah Sepang yang terletak diBandar Baru Salak Tinggi didalam negeri Selangor pula. Kini dia sudah semakin hampir dengan keluarganya. Bila ada sahaja kelapangan dia akan pulang kerumah papa dan mamanyanya diPort Dickson. Hatinya kini sudah tenang. Jika ada masaalah dia akan berkongsi dengan papa dan mamanya. Sejak dia bertungas di Bandar Baru Salak Tinggi  sudah kerap kali di keKuala Pilah menemui anak perempuanya yang sudah bijak bercerita, walaupun umurnya baru mencecah 3 tahun. Itulah yang menghibur hatinya. Walaupun dia tidak pernah melupakan anak lelakinya yang diJohor tetapi bekas keluarga mertuanya yang diJohor berbeza denagn bekas keluarga mertuanya di Kuala Pilah. Mertuanya yang diKuala Pilah menyambut baik dan mengalu-alukan kedatangan dirinya untuk melawat anaknya. Tetapi yang diJohor bagaikan tidak suka bila dia berkunjung untuk melihat anaknya. Bak kata orang lain padang lain belalng..lain orang lain pula caranya.

            Setelah hampir dua tahun Loqman dan Liza  bercerai, Liza bernikah semula dengan pemuda yang sekampung dengannya. Lelaki itu sudah tiga tahun menduda kerana  kematian isterinya ketika melahirkan anak sulung mereka. Suami baru Liza merupakan saudara jauh keluarga sebelah emaknya. Dia bekerja disebuah bank diKuala Lumpur. Setelah bernikah Liza terpaksa berpindah tempat kerja kerana mengikut suami barunya. Mereka bekerja dan menetap di Kuala Lumpur. Anaknya yang bersama Loqman tinggal dikampung bersama emak dan abahnya diSimpang Renggam. Amat malang anak yang ditinggal kerana perpisahan ibu dan bapa mereka. Jika dulu Halim ditinggalkan oleh ayahnya, kini mamanya pula meninggalkan dirinya kerana mengikuti suami barunya. Yang sebenarnya suami baru Liza  Rosli agak keberatan untuk tinggal sebumbung dengan anak isterinya dari suami lain. Jadi tinggallah anaknya  bersama neneknya diSimpang Rengam  Johor  dengan penuh kemanjaan tetapi tampa perhatian.






Friday 9 November 2012

Bab 25 Tidak terkikis kesal dihati.





Kalau ubi hendak dijual,
Jual sekali pegaga di sawah;
Berdetak di hati terbit kesal,
Manalah terduga akannya padah.



            Seminggu lepas satu pertengkaran, bermula lagi satu pertengkaran. Petang itu Loqman pulang dari kerja agak lewat. Ada  kes yang perlu ditangani. Hamper pukul 630 petang baru dia sampai kerumah.. Sampai dirumah dilihatnya, isterinya sudah bersantai diruang tamu sedang menonton televesyen. Dia sedang mengikuti satu drama Korea bersiri kegemaranya yang bermula dari pukul 6.00 petang hingga 7.00 malam. Loqman kedapur mencari apa yang boleh dimakan kerana perutnya terasa sangat lapar.  Hari itu hampir seharian dia ditidak dapat mengisi perut kerana kesibukkan tugas. Kerja yang menghimpit menyebabkan dia terlupa untuk makan tengahhari.

             Dia sudah tidak sabar untuk mengisi perutnya. Apabila di bukanya periuk nasi..periuk nasi itu kosong, yang ada hanya sisa nasi semalam yang sudah basi. Semalam Loqman menghabiskan nasi dalam periuk itu dengan menuangkan sedikit kuah kedalamnya. Itu adalah cara mamanya membersihkan nasi dalam periuk.. ”Man habiskan nasi tu jangan tinggal sebutir pun..mama tak mahu ada nasi walau sebutir pun terbuang. Kita disini wajib bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan, negara kita aman dan makmur, kita tak pernah kelaparan....cuba Man tengok negara-negara miskin dengan negara bergolak, ditimpa pula bencana alam.. kita kena pandang semuanya dan sentiasalah berdoa supaya negara kita tidak ditimpa musibah. Jadi rezeki yang Allah bagi jangan dibazir..takut Allah turunkan bala kepada kita pula Nauzubillah.” Itulah kata-kata mamanya supaya dia sentiasa bersyukur diatas rezeki yang dilimpahkan kepada kita. Jadi untuk membersihkannya dituang sedikit air atau kuah supaya basah sedikit kedalam  periuk bagi memudahkan periuk tadi dibersihkan. Bagi orang-orang yang tidak bernasib baik, sebutir nasi cukup besar ertinya. Setelah nasinya habis terlupa pula dia hendak membasuh periuk itu semalam. Periuk kuah pun masih tertangkup diatas sinki sebelah tempat basuhan pinggan. Tidak bergerak  selepas dicucinya semalam.

              Berasap kepala Loqman bila apa yang dicari tidak ada. Sudahlah badannya letih perutnya pula lapar. Bila dipandang  isterinya pula sedang leka dihadapan televisyen dengan senyum simpulnya.  Tetapi senyuman itu bukan untuk dirinya. Senyuman itu untuk hero Korea yang sungguh kacak dimata Liza. Kebetulan jalan cerita sedang menayangkan adegan  romantis teruna  dara yang sedang berkasihan ketika itu. Loqman keruang tamu sambil bercekak pinggang dan mempamirkan wajah garangnya.         
             
“Liza!! masak untuk aku malam ni.” Dengan suara yang agak  tinggi, matanya tajam memandang kearah isterinya. Hatinya sungguh panas dengan tingkah laku isterinya yang tidak pernah mahu berusha menyenangkan hatinya. Liza yang sedang mengikuti drama Korea terkejut mendengar jekahan suaminya. Mendengar bicara kasar suaminya, Liza juga memandang suaminya dengan wajah garangnya juga, panas hatinya bila dijerkah sebegitu.

“Macam tu ke cara abang nak suruh orang masak untuk abang?”  Liza bangun dan bercekak pinggang juga. Dia tidak mahu mengalah, matanya juga tajam memandang suaminya. Dalam hatinya syaitan berbisik ‘Tak boleh nak tenguk orang senang.. ingat aku takut ke..kalau kau boleh tunjuk garang.. aku juga boleh’. Sebenarnya Liza  sudah makan di luar tadi sebelum di pulang kerumah. Bagi Liza cukup mudah jika sudah terasa lapar dia lah yang harus mencari makanan. Perut sendiri tentulah maklum bila masa hendak diisi. Ditambah sekarang ini Liza sedang berusha untuk menurunkan berat badanya yang agak berisi sedikit selepas dia melahirkan anak. Dia tidak akan makan makanan berat selepas pukul tujuh malam, itulah sebabnya dia makan dahulu sebelum dia pulang kerumah tadi.

“Habis nak cakap macam mana?..kau yang tak ada otak, dah tahu balik cepat.. masak lah..ni apa pun tak ada.” Liza bukan tidak tahu sekarang ini suaminya sememangnya tidak mahu makan diluar. Jika dia benar-benar mahu keadaan rumah tangganya harmoni apa salahnya dia menanakkan nasi untuk suaminya..lauknya mungkin  boleh difikirkan sendiri oleh suaminya. Bukan kah jika sudah ada nasi senang untuk merancang. Masak nasi goreng juga boleh. Mengapa Liza tidak dapat memikirkan perkara yang boleh memperbaiki hubungan mereka  suamiisteri. Sebenarnya Liza mempunyai ego yang sangat tinggi. Dia mahu suaminya merayu jika mahukan pertolongan darinya.

 “Jangan nak salah kan orang pulak..dah tahu balik lambat kenapa tak makan sekali kat luar.” Pada Liza pula jika suaminya menyuruhnya dengan suara yang lembut atau memujuknya mungkin dia akan melakukanya apa yang dikehendaki oleh suaminya.

“Heyy ..Liza dah berapa kali aku cakap dengan kau haa, aku tak suka makan kat luar..aku nak makan dalam rumah ni..faham.” Suara Loqman makin tinggi. Benar kata orang jika marah syaitan makin menambah api kemarahan biar makin marak menjulang.

“Kalau macam ni cara abang layan saya ..baik saya balik rumah emak saja, nak tenguk tv pun tak senang.”Bentak Liza sambil meleparlan bantal kecil tanda protesnya. Itulah jalan mudah bagi Liza menyejukkan hatinya yang sudah berbahang. Liza melangkah laju menuju kebiliknya untuk bersiap balik kerumah emaknya di Simpang Renggam..padanya perjalanan bukan jauh sangat, sejam lebih sikit sudah sampai. Malas dia mahu mengadap wajah suaminya yang seperti kucing yang sedang bergaduh. Cuba sesekali perhatikan kucing yang sedang bergaduh, selalunya akan menyeringai untuk mempamirkan taringnya.. mungkin hendak menunjukkan kepada pihak lawan taring siapa yang lebih panjang.

“Itulah sajalah helah engkau nak lari dari tangung jawab..kau jangan balik petang ni. Ini arahan aku. Aku suami kau.. aku berhak keatas diri kau.” mendengar tegahan suaminya Liza berhenti menoleh kepada suaminya.

“Ingat abang saya ni siapa... orang gaji, orang bodoh yang boleh arah-arah sesuka hati saja.”

“Kan aku dah cakap engkau tu isteri aku, kau sepatutnya patuh arahan aku..kalau tak bersedia menjadi isteri aku, kenapa kau perangkap aku menjadi suami kau dulu”. Loqman sudah mengungkit perkara lama... kisah nikahnya dulu.

“Kenapa asyik nak cakap cerita lama, perangkap ke, terperangkap masuk perangkap ke perkara semua dah terjadi apa nak buat”. Bingit jadinya rumah sewa yang dihuni oleh sepasang suamiisteri yang sedang berperang mulut.

“Kalau macam tu ikut arahan aku..masak untuk aku malam ni, aku dah lapar ni.” Liza meneruskan langkahnya masuk kedalam bilik.

            Pada sangkaan Loqman tentulah Liza tidak jadi balik kerumah emaknya, setelah dia memberi arahan yang begitu tegas tadi. Bukan kah dia seorang inspector polis tentu sekali suaranya garang dan tegas jika dia memberi arahan. Ditempat kerjanya dia sorang ketua yang tegas pada tugasnya, setiap arahan yang keluar diri mulutnya akan dipatuhi oleh semua anak buahnya. Dia melangkah kedapur semula untuk menanak nasi. Loqman mula berkira-kira didalam kepalanya. Padanya biarlah dia menanak nasi dan Liza pula akan memasakkan lauk untuknya. Sementara Liza masak lauk untuknya, dia ingin mandi dan bersiap sedia untuk solat Magrib..selepas solat nanti barulah dia makan.  Sebab itulah dia berdahuluan menanak nasi. Loqman sebenarnya suami yang bertolak ansur dan sering membantu memandangkan dia ingin menerima Liza seadanya.. tapi sangkaanya meleset. Sedang dia membasuh beras, dia terdengar deruman kereta dihadapan rumahnya, dia berlari menuju kepintu utama bila dijengah keluar,  kereta VIVA berwarna hitam milik isterinya sudah meluncur keluar dari pintu pagar rumah sewa mereka.

 ‘Tidak cukup tegas ke suara aku tadi..rasanya aku dah buat macam aku buat pada diaorang kat tempat kerja...Tak padan dengan wajahnya yang lembut, tapi hatinya keras macam batu..lebih keras dari batu rupanya.’  Ditempat kerjanya jika sesekali dia bersuara keras seperti itu, semua anak buahnya menikus mungkin gerun mendengar suaranya yang garang. Loqman kedapur semula meneruskan kerjanya memasak untuk santapanya malam itu. Dia teringat petua yang diberi oleh  mamanya, ‘Man..Kalau nak nasi yang kita tanak  cepat masak, bila sudah dibasuh beras tadi, untuk memasak masukkanlah air panas InsyaAllah dalam masa setengah jam nasi sudah boleh dimakan’ itu petua mamanya dia ingin mencubanya malam itu.

            Didalam kepalanya merancang lauknya malam itu. Telur dadar yang dicampur dengan sedikit kacang boncis sebagai sayurnya dan dua tiga biji cili api dihiris tebal. Dia akan memakannya bersama kicap pekat manis cap kipas udang itulah kuahnya. Dia mencari sesuatu didalam peti sejuknya yang boleh dijadikan tambahan kuahnya malam itu. Rupanya  masih ada lagi sambal sotong semalam yang masih boleh lagi dimakan. Dia memanaskan sambal sotong semalam dengan mencampurkan sedikit air kedalamnya, apabila sudah agak lama mengelegagak  dia menutup api dapur dan memebiarkan sahaja sambal tadi didalam kuali. ‘Nanti masa nak makan dituangkan saja sambal itu kedalam nasi. Mudah tidak banyak menggunakan mangkuk...nanti aku  juga yang akan berkemas dan membasuh pinggan mangkuk.’ Itulah yang ada dalam benaknya. Dia sudah tidak memikirkan lagi isterinya yang telah meninggalkan dirinya sebentar tadi.

            Dia teringat cerita seorang rakan sekerjanya  tentang dirinya sendiri...‘aku kan Man tak pandai nak makan kalau nasi kuah dan lauk bercampur dalam satu pinggan. Kalau aku nak makan aku akan suruh isteri aku hidang atas meja. Aku bersyukur emak dan ayah aku carikan aku jodoh gadis yang tak bekerja senang nak layan aku dan anak-anak’. Tapi bagi Loqman dia tidak kisah itu semua. Ada orang sudi memasakkan untuknya pun sudah memadai baginya. Bertambah-tambah sekarang, jika ada orang yang sudi menemani dan menolong dia memasak pun dia sudah amat besyukur. Sambil dia melakukan kerja-kerja didapur Loqman mencari-cari cerita dalam mindanya supaya tidak terasa jemu dan terdera melakukan semua kerja seorang diri.

            Sementara menantikan nasinya betul-betul masak, dia mandi dan mengambil wuduk untuk solat Magrib. Habis sahaja azan yang berkumandang di surau berdekatan dia terus mendirikan solat. Selesai membaca doa Loqman kedapur semula. Dia ingin mengisi perutnya yang sedari tadi sudah menyanyi minta diisi. Diambilnya pinggan diisinya nasi, dituang semua sambal sotong didalam  kedalam kepinggan nasinya. Diatas meja juga sudah tersedia sepiring telor dadar yang telah digoreng bersama kacang bonces, cili api dan hirisan bawang besar. Dia memandang semuanya dengan ucapan ALLHAMDULLILAH..Bersyukur dia kepada Allah kerana masih memperuntukkan rezeki untuknya malam itu.               Dalam soal makan Loqman bukan jenis orang yang cerewet. Dia boleh bertolak ansur.

            Dengan ucapan Bismillah dan doa makan dia menyuap rezekinya malam itu dengan perlahan. Dia tidak memikirkan isterinya lagi...dia pasrah.  Sebenarnya dia sudah biasa dengan keadaan itu. Seperti hari-hari biasa semuanya yang dilakukan seorang diri. Walaupun ketika itu isterinya ada dirumah, dia juga akan kesaorangan didapur kerana pada kebiasanya isterinya sudah makan dahulu diluar sebelum pulang kerumah. Jika difikirkan mereka bukan seperti pasangan suamiisteri, tetapi lebih tepat sebagai rakan serumah, yang akan melakukan kerja sendiri-sendiri. Entahlah dia mana silapnya rumahtangga mereka. Kemesraan  antara mereka sudah sukar untuk dicari. Berpunca dari sikap Loqmankah  atau pun dari sikap Liza. Dalam keadaan tenang selalu Loqman memikirkan akan kekusutan ikatan antara mereka. Dia tercari-cari simpulan kusut tetapi tidak tahu dimana puncanya. Sudah sering kali dia bertanya pada dirinya sendiri..Inikah kesilapan yang harus ditanggung sepanjang hidupnya.. semoga ada jalan keluar dari masaalah yang membelenggu rumahtangganya. Itulah doanya yang sering dipohon diakhir solatnya.

            Selesai makan malam dan berkemas Loqman duduk sendirian diruang tamu. Peti televisyennya sedang  menyiarkan Buletin Utama, namun tidak satu berita pun yang melekat dalam kepalanya, malah tajuk-tajuk berita pun dia tidak tahu hujung pangkalnya. Mindanya melayang merewang kedunianya yang lain. Dia didunia impiannya. Dahulu  dia mengimpikan sebuah rumahtangga yang harmoni penuh dengan kasih sayang, kebahagiaan dan kegembiraan. Seperti rumah tangga papa dan mamanya. Rumahtangga  yang seperti satu pasukkan. Dianggotai oleh papa, mama along, angah dan dirinya. Ketika itu mereka akan bekerjasama dalam semua hal. Pulang papanya dari kerja akan disambut oleh senyuman manis mamanya dan gelak tawa mereka bertiga (along angah dan dirinya). Waktu makannya pula, mereka sekeluarga makan sambil bercerita. Seperti keadaanya bersama Amirah dulu...kenangan bersama Amirah singgah lagi  di kepalanya. Secara tidak sedar nama Amirah tersebut dan meniti dibibirnya, matanya sudah berkaca-kaca.

“Mirah abang rindu sangat pada Mirah..maafkan abang sayang, masih adakah harapan abang untuk bersama Mirah semula, abang mengharapkan Mirah dalam hidup abang ni sayang.” Rintih Loqman seorang diri.

            Loqman merindui kehangatan rumah tangganya bersama Amirah. Dalam keadaannya bersendirian dirumah, bayangan bersama Amirah bebas merawang dalam layar mindanya tiada ganguan. Loqman merindui waktu-waktu yang sudah dilepaskan. Mengapakah jadi begitu.. mengapakah dia tidak merindui Liza isterinya yang boleh didakap bila-bila masa.  Dia memejamkan matanya, sesalnya menerpa hatinya. Terasa sungguh pedihnya seperti luka yang disimbah cuka.

            Sudah begitu jauh dia melarikan diri dari jasad  Amirah untuk mencari kebahagiaannya sendiri. Tetapi mengapa tiada juga rasa bahagia dan gembira untuk dirinya. Mengapa bayangan  bersama Amirah juga yang masih dicari dalam mindanya.  Mengapa hidupnya terasa hampa dan kosong tampa Amirah. Setelah jauh dia meninggalkan jasad Amirah   mengapakah Liza tidak merebut peluang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Amirah. Hidupnya kini berdua tetapi sentiasa kesaorangan.  Sudah dicuba mengisi Liza diruang kosong hidupnya,  tetapi  mengapa makin digapai makin jauh keserasian antara mereka... mengapa kebahagiaan bersama  Liza semakin dicuba  dihampiri semakin menjauh dia lari dari dirinya.

            

Sunday 4 November 2012

Bab24 Tidak terkikis kesal dihati




Burung merbuk di tepi pekan,
Pipit tuli mati terjerat,
Buah mabuk jangan dimakan,
Pokok berduri jangan dipanjat.


         Liza  sangat gembira ditukarkan  kenegeri tumpah darahnya negeri kelahirannya. Kini dia sudah semakin hampir dengan keluarganya. Liza anak manja, anak kesayangan Encik Abu Hanifah dan Puan Maimun..anak perempuan yang paling cantik jika dibandingkan dengan kakak dan adik perempuanya. Itulah sebabnya emak dan abahnya melebihkan dia  dari adik beradiknya yang lain. Kebetulan pula hanya dia yang keluar dari kampung untuk bekerja dengan kerajaan. Seorang kakaknya sudah  berkeluarga dan seorang adik perempuannya pula hanya bekerja kilang disekitar negeri Johor. Abang-abangnya pula hanya bekerja dikebun kelapa sawit kepunyaan abahnya yang agak luas. Liza begitu bangga dengan kelebihan yang ada pada dirinya...cantik dan bekerjaya.

         Gembira hatinya tambah berganda bila emaknya beria-ia mahu menjaga  anaknya. Suaminya juga mengizinkan. Walaupun suaminya tidak mahu mereka tinggal  dirumah emak dan abahnya, namun dia membenarkan anak mereka dijaga oleh emaknya Puan Maimun. Ini bermakna dia boleh menjenguk emak dan abahnya sekerap yang mungkin. Dia menyerahkan semua hal ehwal anaknya kepada emaknya.

“Bodoh betul suami kamu tu Liza.. ajak duduk dengan abah dan emak tak mahu. Apa!! tak cukup besar ke rumah kita ni...kalau tidak boleh jimat duit sewa rumah..kamu tak pandai pujuk dia agaknya.” Kata Puan Maimun ketika menantunya sudah pulang dari menjenguk isteri dan anaknya tadi.

“Liza dah pujuk dah..tapi dia memang tak mahu duduk sini..dia tu ada anginlah mak, keras kepala pulak tu, susah nak cakap dengan dia, asyik kita saja yang nak dengar cakap dia.” Liza membayangkan sikap suaminya kepada emaknya..abahnya juga mendengar, dia ada disisi memandang sahaja  isterinya yang sedang menukar lampin pakai buang cucunya.

“Liza kalau suami kamu tak mahu tinggal kat sini. Carilah jalan supaya Liza dapat balik selalu jumpa emak dan abah.”  Itulah cadangan Puan Maimun emak Liza.

“Apa caranya mak.”

“Tinggalkan saja anak kamu tu disini..nanti dapatlah kamu balik selalu.” itu pula yang keluar dari mulut abahnya yang hanya mendengar perbualan isteri dan anak perempuan kesayangan mereka sedari tadi.

“Ialah, nanti minggu depan dia datang Liza cakap macam tu  dengan dia.. mahu ke, tak mahu ke Liza mesti pujuk sampai dia setuju.” bersemangat Liza menyetujui cadangan kedua emak dan abahnya.

Kedatangan suaminya minggu itu sangat dinantikan oleh Liza. Dia ingin menyuarakan segala rancanganya.

“Bang minggu depan ni Liza mula kerjakan?”

“Ialah..jomlah kita balik rumah sewa kita...kita sama-sama cari pengasuh untuk Halim.”

“Liza rasa tak payahlah kita bawa Halim tinggal dengan kita..dia tu kecil lagi, nanti apa pula yang dibuat oleh pengasuh pada dia”.

“Nak buat apa pulak..tak ada apanyalah..semua orang buat macam tu, hantar pada pengasuh..tak jadi apa pun.”

“Liza tak mahu..sebelum jadi apa-apa, Liza nak berjaga-jaga, nanti kalau dia dah besar sikit tak apalah..lagi pun emak sanggup jaga..abah tu sayang sangat dengan Halim..maklum lah dari lepas dia keluar lagi, abah dah mengadap dia..ini nak berpisah, abah kata dia tak sanggup.” Liza memancing simpati suaminya menggunakan nama abah nya.

“Tapi...” belum lagi suaminya menghabiskan kata-katanya cepat-cepat Liza memotong kata-kata itu...

“Tak..tak.. emak dan abah dah sepakat nak jaga Halim..Liza dah setuju.. sebab Liza tak sanggup nak hampakan harapan mereka.Lagi pun emak dan abah takut jadi apa-apa kat Halim kalau orang lain yang jaga dia.” Akhirnya Loqman mengalah dengan kemahuan Liza dan kedua mertuanya.
         Setelah dia kembali kenegeri kelahirannya dan berdekatan pula dengan emak dan abahnya Liza  kembali semula ke perangai asalnya. Sifat malasnya menjadi-jadi. Suka makan diluar dan kain bajunya juga dihantar kedobi, mengemas rumah jauh sekali. Mungkin sudah terbiasa masa didalam pantang semuanya dia sediakan oleh emakya.

          Kini dia sudah menempah sebuah kereta VIVA untuk kegunaan nya sendiri. Katanya supaya senang dia menjenguk anaknya dikampung,  tidaklah dia mengharapkan suami sahaja untuk menghantarnya. Itulah alasannya. Loqman hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh isterinya. Jika ditegah dia akan memberontak dan mengadu itu ini kepada orang tuanya.   Sikap keluarga mertuanya yang sering masuk campur dalam hal mereka suami-isteri juga, menjadi Liza semakin mengada-ngada dan keras kepala. Loqman hairan dengan sikap kedua mertuanya yang  tidak pernah nampak kesalahan anak perempuan  kesayaagan mereka dan tidak pernah menasihati atau menegur akan ketidak matangan sikap anaknya.

         Walau pun kini nama Amirah sudah jarang kedengaran keluar dari mulut Liza tetapi perkara lain pula yang timbul, sikapnya yang kuat melawan dan mudah merajuk. Makin hari makin teruk perangai Liza. Loqman merasa  tidak lagi tahan dengan perangai isterinya sungguh mencabar. Pernah juga Loqman menegur sikap lama isterinya yang sudah diamalkan semula sejak mereka berpindah keJohor...tetapi lain pula jawapan isterinya.

“Liza..abang perhatikan Liza dah tak nak masak kat rumah lagikan..baju-baju pun hantar dobi. Kitakan ada mesin basuh, pakai sajalah..tak payahlah buang duit, kita ni perlu berjimatlah dari sekarang. Kita ni dah ada anak,  banyak nak pakai duit...nak beli susu anak, nak beli lampain, kita kena menyimpan juga untuk saat kesusahan nanti”.

“Abang tu yang kena berjimat dan beringat..baju Liza yang hantar dobi tu Liza yang bayar pakai duit Liza bukan duit abang, tapi lampin dan susu anak, abang lah yang kena tanggung sebab itu anak abang. Kalau abang nak jimat, abang makan lah kat rumah masak sendiri. Liza malas nak masak jadi Liza makanlah kat kedai.” Begitu mudah kehidupan Liza bukankah perkahwinan itu satu perkongsian, bukan dibilik tidur sahaja berkongsi, tapi apa-apa berkenaan hidup harus dikongsi bersama.

          Loqman mearasa sungguh susah membentuk Liza untuk menjadi isteri impianya. Sekali dia berkata ada sahaja jawapan yang tidak selesa telinganya mendengar.  Tetapi jika dibiarkan makin melampau-lampau perangainya..Loqman mula merasakan cara kehidupan harian isterinya dan dirinya jauh berbeza..tidak seperti  dengan Amirah dulu..mereka serupa.

         Setelah mendapat kereta bertambah panjang langkah Liza. Pantang ditegur sedikit dia akan merajuk balik kampung, dia berkerja berulang alik dari rumah emak dan abahnya dikampung. Tinggallah Loqman sendirian berhari-hari.. Sudah hampir setahun Loqman menahan sabar dengan perangai isterinya.

         Keluarga Liza juga memainkan peranan mengapa perangai Liza menjadi lebih teruk. Emak dan abah Liza sering masuk campur dalam menangani masaalah rumah tangga mereka suami isteri. Mereka selalu memenangkan anak mereka. Liza menjadi bertambah manja dan  keras kepala. Tidak terfikir oleh Loqman sebelum ini, perpindahannya ke Johor Baharu menambah berat masaalah yang ada. Ingatkan dia dapat menyelesaikan masaalahnya, kerana Liza dekat dengan keluarganya dapatlah mereka menasihatkan anak mereka.  Loqman kini ‘umpama lari dari mulut harimau masuk pula kemulut buaya’. Keluh kesah hatinya hanya dia seorang yang menanggung. Untuk berkonsi masaalah dengan mama dan papanya itu tidak mungkin. Semua yang terjadi adalah kesilapannya. Kini Loqman berpegang ‘berani buat beranilah tanggung’.. Dia akan menanggung selagi masih mampu dia menganggungnya. Selebihnya dia berserah nasibnya perkahwinanya kepada Allah yang Maha Esa.

         Sabar Loqman sebagai seorang manusia biasa ada batasnya. Akhirnya kesabaran yang ditahan tidak dapat terus bertahan. Meletus juga kemarahanya bila Liza bagai mencabar kesabaranya.  Api pertengkaran kini sering memercik dalam kehidupan rumahtangga mereka.. jika mereka bertengkar mulalah terungkit perkara lama. Perkara yang selama ini ingin dilupakan oleh Loqman. Dia sudah berazam untuk menerima Liza seadanya diatas nasihat Amirah ketika dia sakit dulu.  Tapi tampa bantuan Liza, Loqman tidak berdaya untuk melakukanya sendiri. Dia tidak dapat melembutkan hatinya dan menerima apa yang telah ditakdirkan untuknya. Penerimaan diri Liza dalam hidupnya perlu ada kerjasama dari Liza sendiri, kerana perkara ini Lizalah yang menjadi perancangnya.

=======================================

         Liza baru saja pulang dari kampongnya setelah beberapa hari merajuk, kerana ditegur oleh Loqman tempuh hari. Loqman sebenarnya seorang yang pembersih dan pengemas, kerana itulah ajaran papa dan mamanya.. Sewaktu dia masih kecil lagi setiap kali cuti sekolah atau dihujung minggu kedua papa dan mamanya mengerah dia dan dua orang lagi abangnya memabantu mengemas rumah, mencuci bilik air dan juga menyapu sekeliling luar rumah.

“Along, angah, Man bangunlah tolong mama kamu berkemas tu..hari cuti macam ni janganlah nak tidur saja..kita ni kalau duduk dalam rumah yang bersih dan kemas minda kita jadi bersih, cergas dan cerdas.” Papanya yang agak pendiam berbanding mamanya mula berleter bila melihat anak-anak masih dibawah selimut. Mereka dipaksa untuk membantu berkemas.

         Tetapi setelah berumahtangga bersama Liza keadaan rumah mereka seakan rumah yang sudah lama ditinggalkan. Dari dapur, keruang tamu hinggalah kebilik tidur mereka yang tidak berkemas. Jika didalam bilik air usah dicakap lagi lumut sudah menghijau menyaluti dinding, terasa sungguh tidak selesa jika hendak menggunakan bilik air. Loqman seringkali menggunakan tandas officenya untuk melakukan aktiviti tandasnya. Sampah dan habuk yang bertaburan, didapur pula cawan yang tidak bercuci hampir penuh satu tempat basuhan pinggan dan dibilik tidur mereka pula bantal tidak bersusun dan selimut pula tidak berlipat. Kerana sudah tidak tahan dengan keadaan rumahnya, akhirnya dia menegur isterinya yang sedang bersandar disofa menonton drama bersiri dikaca telivesyen. Sudah diperhatikan itulah aktiviti istetinya sekembalinya dari kerja.



         Untuk kemudahan isterinya Loqman sengaja menyewa rumah berhampiran dengan tempat kerja isterinya. Itulah sebabnya Liza lebih lewat keluar rumah diwaktu pagi dan lebih awal sampai kerumah diwaktu petang. Padanya biarlah dia jauh dan susah sedikit tidak mengapa diakan lelaki. Tetapi Liza tidak pernah melihat akan segala perbuatan baik suaminya untuknya. Rutin kehidupan harian tidak boleh diubah. Setiap pagi waktunya lama dihadapan cermin merias wajahnya sebelum ketempat kerja. Bila petang pula sepulang dari kerja dia akan bersantai dihadapan tv mengikuti drama bersiri hingga sampai waktu pergi makan malam. Dia tidak akan meringankan tulangnya untuk berkemas atau membasuh pakaianya. Sepatutnya suaminyalah yang menyediakan orang gaji untuk melakukan segala kerja kemas mengemas dan cuci mencuci untuknya.

         Yang sebenarnya Liza mengharapkan selepas dia berkahwin kehidupannya akan bertambah mewah dan senang. Dia sering membayangkan suaminya akan menyediakan rumah yang besar berserta berperabut yang cantik siap dengan orang gaji. Dia pula akan menghias diri. Segala makan, pakai, mencuci mencuci dan kemas mengemas ada yang melakukan  untuknya. Tugasnya sebagai isteri akan melayan suami dibilik tidur sahaja. Dia ingin sekali merasai kemewahan seperti cerita-cerita didalam novel, apabila seorang wanita yang cantik seperti dirinya berkahwin dengan anak-anak orang kaya atau orang kaya. Mereka akan menghadiahkan sebuah rumah yang besar cukup dengan perabut mahal dan mewah, dapat pula bercuti keluar negara setiap tahun..Liza oh Liza berhentilah  berangan-angan, jangan hidup didunia fantasi, bila tersedar nanti kita akan kecewa.

         Loqman sudah tidak tahan dengan keadaan rumah yang bersapah tidak berkemas. Badan dan matanya menjadi bertambah letih, lebih-lebih lagi ketika dia baru sahaja pulang dari kerja. Dia sering membayangkan rumah yang kemas teratur ditambah dengan seyuman isteri yang menyambutnya kepulanganya.. itulah perlakuan mamanya ketika menyambut papanya pulang dari kerja yang sering disaksikan nya dulu. Dia merasakan walau pun dia kepenatan dia merasa bahagia dan ingin cepat sampai kerumah..bukankah ada orang mengatakan ‘rumah itu syurga ku’.

“Liza..cuba Liza pandang rumah kita ni.. tak pernahnya yang kemas, pagi bangun tidur terus Liza mengadap cermin berjam-jam.. awak tu dah kahwin nak goda siapa lagi bersolek cantik-cantik.”

“oh abang ingat kalau dah kahwin bolehlah pergi kerja comot-comot berserabai aje. Kelihatan cantik ni untuk keyakinan diri, biar sedap orang memandang.”

“Bersolek tu boleh..tapi ala kadar sajalah. Ni harga make-up tu dahlah mahal buat apalah membazir duit, tak ada faedahnya..cantik untuk orang pandang, bukan dia orang tolong bagi duit nak beli make-up tu.” Loqman pernah sekali, mengikuti isterinya membeli sebatang gincu bibir, bedak muka dan dua lagi barang yang Loqman tidak tahu kegunaannya, bila dia membayar harga barangan tersebut dikaunter pembayaran, harganya lebih mahal lagi dari belanja dapur sebulan ketika dia hidup sebumbung dengan Amirah dulu. Sejak itu dia tidak akan mengikuti Liza lagi jika dia ingin berbelanja untuk dirinya atau kepusat rawatan muka dan badan.

“Bersolek apa kalau ala kadar saja..bersolek biarlah betul-betul baru nampak hasilnya. Mahal tak apa tapi terjamin mutunya tidak lah rosak kulit muka kita nanti.”

“Harap muka saja cantik tapi rumah dia bersepah tak berkemas nak buat apa..cuba Liza pandang dalam bilik tu..tak pernahnya kemas, cuba susunlah sikit bantal-bantal tu, lipat selimut tu bukanya susah. Ni habuk kat atas tv tu..atas meja ni depan mata Liza tak nampak ke, habuk dah tebal macam ni.. sedap ke mata memandang macam ni?” Loqman menguis jarinya kemeja dan atas peti televisyenya dan menunjukkan habuk dijarinya kemuka isterinya.

“Abnag ni habuklah masuk hidung nanti Liza selsema.” Liza menepis tangan suaminya yang menunjukkan habuk di jari telunjuknya.

“Tau pun habuk ingatkan tak tahu...Kat dapur abang dah kemas, dah cuci pinggan cawan..Liza tolonglah buat yang kat depan ni pulaklah sikit.”

“Kat dapur tu abang yang selalu masak, abang yang guna..memang patut abang cuci. Bantal dan selimut ni kan tak berapa jam lagi kita dah nak tidur, buat apa nak susun kita nak guna juga nanti, kalau habuk tu…abang rajin abanglah yang lap, Liza penatlah baru balik kerja abang dah membebel macam mak nenek”.

“Abang rasa kat rumah ni abang sorang saja yang kemas, Liza kalau ada masa saja balik kampong, Sabtu Ahad balik kampung jadi bila masa nya nak kemas. Tenguk rumah ni macam rumah tinggal..apa guna kita kahwin kalau abang sorang buat kerja, abang masak, abang kemas. Sepatutnya kita buatlah kerja sama-sama.”

“Liza balik kampong tenguk anak…dah anak kita kat kampug kenalah tenguk.” itulah alasan Liza mengapa dia tidak mahu membawa anaknya tinggal bersama mereka.
“Liza ni memang banyak alasan, ni haa balik kerja ada masa sikit bukan nak masak pun, kalau dah tak masak kemaslah sikit, takkan nak pegang penyapu sikit pun penat, abang balik kerja juga lagi jauh tempat kerja abang, boleh juga abang kemas kat dapur masak lagi, jadi Liza kemas pula kat depan dan bilik kita tu …ini duduk saja”.

“Bisinglah abang ni, itu pasallah Liza malas Liza nak duduk dengan abang.. macam ni Liza nak balik kamponglah, duduk dengan emak lagi bagus tak ada orang nak bising.” Liza mencapai beg tangannya kembali lalu mencari kunci kereta VIVAnya, untuk keluar semula. Liza lebih senang duduk dirumah emaknya. Rumah abah dan emaknya lebih besar dan cantik dari rumah sewa mereka. Maklumlah abahnya mempunyai  beberapa ekar ladang kelapa sawit. Mereka boleh diketegorikan dikalangan orang berada. Semua peralatan dirumah emak dan abahnya berjenama dan canggeh. Dia begitu berbangga menjadi anak ketua kampung yang disegani.

“Liza nak kemana tu.. jangan nak cari alasan..kenapalah Liza ni tak boleh abang cakap sikit dah nak balik kampong.” Loqman sudah menghampiri Liza dan memegang tangan isterinya.

“Liza tak tahan.. abang asyik nak berleter saja, baik Liza balik rumah emak..tepilah orang nak balik ni.” sambil menepis tangan suaminya dia keluar dari rumah dan menuju kekeretanya.

“Liza..Liza..dengar abang nak cakap ni.” Liza tidak menghiraukan panggilan suaminya, dia terus memasuki dan menghidupkan injin keretanya. Loqman sudah tidak dapat menahannya lagi, meluncur keretanya keluar dari perkarangan rumah mereka.
Entah berapa harilah dia merajuk tu.Baru balik dua tiga hari dah merajuk lagi. hmmm’  Loqman berkata sendirian, dia sudah masak benar dengan perangai isterinya yang pantang ditegur.

==========================
        
         Setelah beberapa hari di rumah ibu bapanya, Liza kembali kerumahnya semula. Dia mengharapkan kemarahan suaminya telah reda. Tapi petang itu bila melihat Liza melangkah masuk rumah mereka sahaja, Loqman mencurahkan isi hatinya yang disimpan sekian lama. Loqman sudah tidak dapat bersabar lagi dengan perangai isterinya. Sejak pindah keJohor Baharu tinggal berdekatan keluarga  sifat Liza  yang degil semakin menjadi-jadi.

“Liza…kau ingat aku ni apa haaa..boleh kau tinggalkan aku bila-bila masa kau suka…balik bila rasa kau nak balik..kau ingat aku ni tunggul ke.” Loqman sudah ber ‘engkau’ dan ber ‘aku’  ini bermakna dia sudah tidak mempunyai kesabaran lagi. Kesabarannya yang selama ini di tahan kini sudah terbang. Hari itu dia ditugaskan ke luar daerah setelah tugas-tugasnya selesai dia terus pulang kerumah, itulah sebabnya dia sampai agak awal sedikit dari biasa.

“Yang abang nak marah-marah ni kenapa.. tak nampak ke orang baru balik kerja..langsung tak berhati perut.”

“Siapa yang tak berhati perut engkau ke aku??” Perasaan rindu Loqman kepada isterinya sudah hilang walau pun sudah hamper seminggu mereka tidak berjumpa. Rasa ingin bermesra juga sudah lama dingin, diulit dengan rasa marah yang bertimpa-timpa.

“Abang ni kenapa..tiba-tiba naik hantu.”

“Liza kau tak tahu salah kau rupanya, dengar sini aku nak cakap...kau tinggalkan aku sorang-sorang. Makan pakai aku ada kau ambil tahu..kalau macam ni apa guna aku kahwin ..kalau aku tetap tinggal sorang.. makan aku, aku masak sendiri dan pakaian aku, aku sendiri yang cuci.” berang Loqman sudah sampai kekemuncaknya, garang suara tiada kelembutan lagi. Tapi suara garang Loqman tidak menimbulkan rasa gerun dihati Liza..dia sudah bersiap sedia, jika naik saja tangan Loqman keanggota badanya, dia akan lari kerumah emak  dan abahnya, pintu rumah keluarnya sentiasa terbuka untuk dirinya.

“Ohh.. jadi kalau aku jadi isteri kau, aku kena jadi orang gaji kau lah ya..hey tolong sikit aku bukan Amirah yang boleh kau kudakan..ingat senang nak kudakan orang.” kini Liza juga menggunakan perkataan seperti suaminya juga ber ‘engkau’ dan ber ‘aku’.

“Ohh..selama ini kau rasa jadi orang gaji akulah ya..kalau aku tahu macam ni sikap kau...”

“Kalau kau tahu sikap aku ..kenapa..kenapa…kau menyesal kahwin dengan aku.” balas Liza juga becekak pinggang dengan muka yang marah.

“Memang aku menyesal sangat kahwin dengan kau..lama aku sabar..semoga kita boleh serasi, lama aku pendam peristiwa perkahwinan kita, tapi kau langsung tak membantu aku menerima kau.. kau yang membuat kan aku teringat cara perkahwinan kita.”

“Cara perkahwian yang macamana??” Liza bagai menuang minyak keatas api yang memangnya sudah marak.

“Kau lupa Liza..kau yang perangkap aku menjadi suami  kau..kau yang perangkap aku.”

“Tapi kau suka jugakan..suka sebab dapat kawin free…”

“habis dah kau nak sangat jadi isteri aku, takkan nak ceraikan kau pulak masa tu.. aku berkorban nak jaga nak jaga ‘air muka’ kau dan keluarga kau.”

“Alasan  jaga ‘air muka’ konon..tapi sampai sekarang kau tak ceraikan aku pun.” Walaupun Liza berkata dengan perlahan namun masih didengari kata-katanya oleh suminya dan kata-kata itu bagai mencabar kesabaran Loqman yang kian nipis.

“Liza...kau berhajat ke..kalau kau nak sekarang  pun boleh.” Liza terdiam mendengar kata-kata suaminya, dia terbayang kejadian nikah nya bersama Loqman dua tahun lalu memang itulah kebenaranya.

         Waktu itu Liza sudah teringin untuk berumahtangga. Umurnya sudah menjangkau dua puluh tujuh tahun  kawan-kawan yang seusia dengannya malah yang lebih muda darinya sudah ramai yang berkeluarga. Tapi dia ... berat sungguh jodohnya. Bukan dia tak cantik, berkerjaya tapi mengapa tiada seorang lelaki pun yang ingin menyunting dirinya. Bukan tidak pernah ada yang sayang kepadanya tetapi entah lah...

         Ketika dia berumur 24 tahu dia pernah bertunang..tapi tidak juga berakhir kejinjang pelamin. Ikatan kasih tunangannya tidak sampai kepenghujung  sudah terlerai dipertengahan jalan . Selepas itu dia bercinta  lagi dua kali namun keduanya juga putus ditengah jalan. Sudah berbagai ikhtir yang dilakukan oleh emak  dan abahnya...Mandi bunga pun sudah, tapi semuanya tidak menjadi,  Liza masih tidak  juga bertemu jodohnya.

         Ketika Lokman mula rapat dengannya dulu ditunggu juga Loqman menyatakan rasa sukanya kepadanya. Namun Loqman tidak pernah menyatakan hasratnya untuk memiliki dirinya. Tidak juga  menyatakan rasa suka atau sayang padanya, walau pun ketika itu Loqman sudah tiga bulan menjadi duda. Dirinya hanya dijadikan sebagai tempat mengubat rasa sepi kerana ketiadaan isterinya sahaja. Untuk memudahkan jalan ceritanya, dia berpakat dengan keluarganya memerangkap Loqman. Peluang itu terbuka, apabila Loqman bertanya kepadanya kemanakah percutian hujung minggu mereka kali ini.  Dia mencadangkan ke Dangga Bay,  dia juga mencadangkan mereka singgah dirumahnya, walaupun kedudukan pantai itu agak jauh juga dari rumahnya. Rancangan berjalan dengan lancar tampa disedari oleh Loqman. Peluang keemasan itu tidak dilepaskan oleh Liza dan keluarganya. Lamunan Liza tercantas bila Loqman bertanya sekali lagi..

“Kenapa diam?”

         Liza hanya mendiamkan dirinya jika dia terus berkeras dia tahu  apa akibatnya. Suaminya memang sedang marah yang teramat sangat kepadanya. Pertengkaran itu menjadikan malam mereka hangat membahang. Mereka tidak bertegur sapa dua tiga hari, bak kata orang engkau..engkau.. aku..aku. Mereka membawa haluan sendiri, tidur pun dibilik berasingan walau pun mereka suami isterin dan duduk sebumbung. 

         Liza juga tidak berusha untuk mendingin kan rasa marah suaminya. Sekurang-kurangnya cubalah melakukan perkara-perkara yang disukai oleh suaminya, memasak atau mengemas rumah. Walau pun dia tahu punca pergaduhan mereka adalah perkara-perkara seperti itu. Liza tetap dengan sikap pemalas dan sikap kerasa kepalanya. Dia mengharapkan suaminya yang memujuknya dahulu. Bagi Loqman pula kini dia tidak akan berlembut lagi dengan isteri yang degil dan pemalas. Jika berlembut Liza makin memijak kepalanya. Itu pula yang ada dikepala Loqman.