Satu tangan jarinya lima,
Dua tangan jarinya sepuluh,
Saya tanam pokok delima ,
Mengapa peria pula yang tumbuh? Maksud: Berbuat baik pada orang tetapi dibalas dengan kejahatan
Petang itu mereka berdua pergi ke rumah nenda Nur
Jannah. Sepanjang perjalanan pasangan pengantin baru itu membisu melayan
fikiran masing-masing. Sebelum sampai dirumah nenda Nur Jannah, tiba-tiba
Tengku Farid teringat pakej honeymoonnya. Dengan yakin dia memberitahu
isterinya tentang apa yang telah di rancanganya dalam kepala.
Dia sudah tahu isterinya berasal dari mana. Mereka
dinikahkan oleh datuk NurJannah di kampungnya Kuala Selangor. Soalanya hanya
untuk memecah kebisuan antara mereka dan juga untuk menutup rasa bersalah
kerana menipu isterinya. Dia juga maklum tentu isterinya tidak tahu apa hendak
diceritakan, maklumlah baru dua hari mereka sah menjadi suami isteri itu pun
hanya diatas lafaz sahaja, pernikahan paksalah katakan. Sebelum ini mereka
tidak pernah bertegursapa apatah lagi berbual. Mereka sememangnya tidak
megenali antara satu sama lain. Dan baru kini mereka mencuba untuk berbual dan bertegur
sapa. Sambil menjeling dengan ekor matanya kesisi dia nampak isterinya itu
hanya mengagguk tanda mengiakan pertanyaanya tadi.
‘Hai pendiam betullah dia ni, kalau dua minggu aku bawa dia pergi honeymoon, pasti bila balik nanti aku pun dah lupa macam mana nak bercakap’ kata-kata itu hanya didalam hati Tengku Farid sahaja. ‘Alah itu hanya alasan kau tak nak bawa dia…’, itu juga kata naluri baik hati Tengku Farid. ‘Tidak terbuka langsung mulutnya untuk bertanya kemana ke atau berapa lama aku hendak pergi bekerja’ bisik hati Tengku Farid lagi.
Tetapi bagi Nur Jannah memang sudah lama dia tidak
bertemu datuk dan neneknya. Semasa mereka bernikah tempohhari hanya sehari
sahaja dia dikampung tidak sempat dia hendak bermanja dan bercerita dengan
datuk dan neneknya dia diarahkan pulang semula keKuala Lumpur oleh nendanya.
Oleh itu dengan senang hati dia menerima apa yang dicadangkan oleh suaminya.
“Boleh kau naik bas sendiri balik Kuala Selangor nanti. Aku sibuklah”, duga
Tengku Farid.” Boleh” jawab Nur Jannah sepatah.
“Tapi kalau nenda tanya nanti, jawablah kau ikut aku ya”.
“Ok…” jawab Nur Jannah sepatah lagi.
‘Hai boleh dikira dengan jari perkataan yang keluar dari mulut dia ni. Mati kutu aku dibuatnya. Kenapa agaknya dia susah sangat nak bercakap… agaknya ada permata dalam mulutnya.’ hati Tengku Farid berkata-kata lagi.
Malam itu, ketika di rumah nenda Nur Jannah…
“Kau tidur sini malam ini, kemas apa yang patut macam orang nak pergi honeymoon. Bila nenda tanya honeymoon kat mana kata saja tak tahu, sebab aku nak bagi kejutan kat kau.” Tengku Farid mengajar isterinya menjawab apabila di tanya nendanya nanti.
Nur Jannah hanya mengangguk-ngangguk. Memandang wajah isterinya yang tenang, tulus dan bersih menjadikan hati Tengku Farid tidak sampai hati untuk menipunya. Di hatinya pula rasa bersalah kerana tidak jujur terhadap sterinya. Percutian bulan madu itu sepatutnya adalah percutiannya bersama Nur Jannah. ‘Adakah wajar untuk dia berterus terang’ hatinya berantakkan didalam. Tetapi untuk berterus-terang dia juga tidak sampai hati. Serba salah jadinya. Lama Tengku Farid memandang wajah wanita yang telah dua hari sah menjadi isterinya. Walaupun terpaksa dari segi hukum Nur Jannah tetap isterinya yang sah. Apabila memandang wajah suaminya, Nur Jannah tahu ada sesuatu yang menjadi kegusaran dihati suaminya.
“Kalau boleh janganlah ada rahsia antara kita, jika ada sesuatu yang perlu di kongsi katakanlah. Walau pun pahit kebenaranya kalau kita berterus terang ianya tidak mendera hati dan perasaan kita” tutur Nur Jannah perlahan sambil memandang suaminya sekilas. Kemudian dia menundukkan wajahnya kemabali..dia masih malu berhadapan dengan seorang lelaki walaupun lelaki itu kini adalah suaminya.
Terkejut Tengku Farid mendengar bahasa yang di gunakan oleh Nur Jannah begitu puitis macam bersajak getus hatinya. ’Ahhh pedulilah’, Tengku Farid tersedar. Betul kata isterinya dia harus berterus terang.
“Hmm sebenarnya grandpa ada bagi tiket percutian ke Venice dua minggu.” Dengan penerangan itu sekarang Nur Jannah faham apa yang dimaksudkan dan apa yang sudah di rancangkan oleh suaminya Tengku Farid Izzuddin bin Tengku Faris Ikhwan.
“Sampai masanya hantar saya ke bus stand Klang dan abang teruskanlah rancangan abang…” begitu mudah dia memahami apa yang ada difikirkan dan dirancang oleh suaminya.
Dia tidak
langsung bertanya dengan siapa suaminya akan pergi bercuti. Padanya dia tidak
akan memaksa suaminya menyayangi dirinya atau megawal pergerakanya. Dia akur
siapalah dirinya. Dia tahu dan berpegang pada perpatah Melayu ‘Jika hidung kita
tak mancung jangan pula pipi kita disorong-sorong’ dia tidak mengharap suaminya
berpaling arah kepadanya kerana terpaksa. Itulah yang ada dalam mindanya.
Sampai waktunya seperti yang di rancang, Tengku
Farid menghantar isterinya Nur Jannah ke bus stand Klang untuk dia pulang
sendirian kekampung halamannya diKuala Selangor. Sebelum pergi menaiki bas
sempat lagi Nur Jannah menggapai dan menyalami serta mencium tangan suaminya.
Terpinga Tengku Farid diperlakukan begitu oleh isterinya.
Betapa gembiranya Diana menerima percutian itu bak
kata pepatah ‘orang mengantuk disurungkan bantal’. Ketika Tengku Farid
memberitahunya akan percutian itu tempohhari, dia melonjak kegembiraan. Manakan
tidak, percutian luar negara siapa yang mampu menolak, lebih-lebih lagi orang
seperti Diana yang sangat suka berhibur dan mengejar keseronokkan. Baginya
hidup hanya sekali selagi ada peluang mencari keseronokkan dia akan mengapainya
dengan segala daya. Disampingnya pula seorang yang pemuda yang kacak, kaya dan
pemurah. Selama dia berkawan dengan Tengku Farid sememangnya Tengku Farid
pemurah denganya. Apa sahaja permintaanya jarang tidak ditunaikan. Hanya satu
yang tak pernah Tengku Farid turuti.. kebilik tidur. Walaupun Tengku Farid
tidak mengikuti segala ajaran Islam seperti sembahyang dan puasa tetapi
pelajaran tentang dosa berzina tetap terpahat kukuh dihatinya. Sahabatnya Halim
juga selalu menginagatinya tentang dosa itu dan laknat Allah jika dia berzina.
Dia masih mampu bertahan selama ini walaupun sesekali Diana ada merangsang
kearah itu. Baginya dia ikhlas mahu menjadikkan Diana isterinya. Perlakuan suci
itu akan dilakukan hanya selepas ijab kabul sahaja. Tapi mampukah Tengku Farid
menolaknya jika sampai dinegara asing nanti. Dengan keadaan sekeliling yang
berlainan dari negara sendiri..dan perkara-perkara yang mendorong pula sering
didepan mata. Mungkin Tengku Farid terlupa akan kata-kata antara lelaki dan
perempuan umpama magnet yang berlainan kutub, disertai pula dengan syaitan yang
selalu berbisik mengalakkan perkara-perkara keji. Bukankah diantara lelaki dan
perempuan ada lagi orang ketiga yang menjadi penasihat dan penggalak yaitu syaitan
..tunggu dan lihat sekuat mana kemampuan dia bertahan memegang prinsipnya.
Ajakkan
yang bagai ‘bulan jatuh keriba’ itu diterima tampa perlu Diana berfikir panjang
lagi. Dengan percutian itu membuktikan Tengku Farid masih menyayanginya.
Cintanya masih lagi untuknya. Walaupun dia baru sahaja bernikah namun yang
dipilihnya untuk pergi bercuti dan berseronok adalah dirinya bukan isterinya
yang kolot itu. Kini terbukti sememangnya Tengku Farid tidak tertarik langsung
dengan isteri yang baru sahaja dinikahi.
Bila terpandang wajah ceria Diana terdetik juga
dihati Tengku Farid sepatutnya yang gembira seperti itu adalah isterinya Nur
Jannah. Rasa bersalah mula menyelinap dalam hatinya tetapi cepat-cepat
dibuangnya jauh-jauh. Sepanjang perjalanan hati Tengku Farid dihiburkan pula
dengan sifat manja Diana. Sesekali ada juga rasa takut dilihat orang timbul
dihati Tengku Farid. Takut-takut ada orang yang mengenali dirinya terpandang
dia dengan perempuan lain beraksi mesra ditempat awam, lalu perkara itu
dipanjangkan pula kepengetahuan datuknya,dia akan menerima padahnya.
“Diana you janganlah buat I macam ni nanti nampak dek orang susah kita.”“Alah you ni I peluk sikit pun tak boleh …dulu boleh aje..mentang-mentanglah dah kahwin”
“Bukan tak boleh..inikan kat Malaysia lagi..kalau rahsia ni pecah susah kita..tunggulah dah jauh nanti tak apalah” Ahh..Tengku Farid bagai mengalakkan perlakuan Diana yang sengaja memeluk dan mengesel-gesel kebadannya.
========================
Perjalanan Nur Jannah dari bas Stand Klang hingga ke Klang kemudian bertukar bas untuk sampai ke kampungnya memakan masa lebih kurang empat jam, akhirnya sampai juga. Dia berjalan kaki sedikit dari jalan laluan bas untuk menuju ke rumah datuk dan neneknya. Sampai sahaja dirumah datuk dan neneknya, dia disambutnya dengan perasaan terkejut dan gembira yang teramat sangat oleh datuk dan neneknya. Ciuman rindu dari neneknya betubi-tubi singgah di pipi cucu mereka di sertai dengan linangan air mata kegembiraan. Datuknya menepuk-nepuk perlahan belakang Nur Jannah. Riang sungguh mereka bertiga. Tiada kata yang terucap oleh bibir kedua-dua orang tua itu, hanya rasa kesyukuran bergema dalam hati mereka bertiga. Malam itu mereka bertiga bercerita hingga ketengah malam. Bahagia mendakap mereka bertiga.
Masa berjalan begitu pantas. Kini sudah hampir dua
minggu Nur Jannah di kampung halamannya dan selama itu jugalah dia menjalankan
rutin kebiasaannya dahulu. Menolong datuk dan neneknya dirumah dan dikebun
getah. Pekerjaan datuk dan nenek Nur Jannah adalah menoreh getah. Walaupun Nur
Jannah tidak menoreh tetapi tetap juga mengikuti mereka kekebun getah. Dia
gembira biarpun sekadar mengumpul “getah sekerap”. Berbekal baldi palstik yang
sederhana besar NurJannah mengutip getah- getah sekerap dari pokok getah ke
pokok getah. GETAH SEKERAP ialah sejenis getah yang telah beku didalam bekas
menakung susu getah.
Untuk mengeluarkan susu getah dari batang getah,
kulit di pokok getah mesti ditoreh dengan sejenis pisau khas. Dari kesan
torehan tadi susu getah mula terbit dan mengalir mengikut alur yang terjadi
hasil torehan tadi. Susu getah ini akan di kumpul menggunakan bekas yaitu cawan
getah yang telah dilekatkan dibatang getah tadi menggunakan sejenis dawai yang
dibentuk seperti spring. Selama dua atau tiga jam dibiarkan susu getah tadi
menitis. Selepas itu susu-getah yang telah terkumpul didalam cawan ia akan
dikutip menggunakkan timba ataupun baldi pula. Dari sepokok kesepokok getah
susu getah yang telah terkumpul didalam cawan tadi dituang kedalam baldi.
Kemudian barulah dibawa ketempat dimana ianya proses untuk dijadikan getah
keping. Walaupun setelah dibiarkan menitis sejam atau dua jam sesetengah popok
getah masih lagi menitis walaupun sedikit. Getah yang terkumpul didalam cawan
getah tidak di ambil lagi. Biasanya akan diambil keesokkan harinya. Tetapi
getah tadi sudah menjadi beku dan berbau. Getah ini dinamakan ‘GETAH SEKERAP’
oleh penoreh getah. Mutu getah seperti ini telah kurang sedikit, tetapi masih
mempunyai nilai walau pun tidak semahal getah yang telah dijadikan getah
keping.
Dia mengenang kembali zaman kanak-kanaknya, setiap
kali cuti sekolah itulah pekerjaannya mengumpul getah sekerap. Walaupun bau
getah sekerap ini busuk dia tidak kisah. Dia bahagia dapat membantu kedua datuk
dan neneknya. Dia juga gembira jika bersama datuk neneknya walau dalam apajua
keadaan sekalipun.
Sekarang ini pasaran getah asli sudah berkurangan
dan harganya juga sudah jatuh merundum. Untuk mengelakkan kerugian berterusan
ramai pekebun getah telah menggantikan tanaman getah mereka dengan tanaman
kelapa sawit. Hanya segelintir sahaja lagi yang masih mengekalkan tanaman
getahnya. Seperti tuan kebun getah dimana datuk Ibrahim mengambil upah menoreh.
Dia masih mengekal tanaman getahnya walaupun pokok getahnya telah tua.
Orang-orang seperti tuan punya kebun seperti itulah yang menjadi punca pendapatan
bagi orang-orang seperti datuk Ibrahim yang hanya berkemahiran menoreh. Bagi
datuk Ibrahim untuk dia bekerja dengan pekerjaan yang lebih berat lagi seperti
mengait buah kelapa sawit mungkin tenaga tuanya sudah tidak kuat lagi. Walaupu
upah mengait buah kelapa sawit lebih lumayan jika dibandingkan dengan menoreh
getah, tapi kerja-kerja itu mengunakan tenaga yang banyak. Bagi orang yang
masih muda mungkin perkara itu tidak menjadi masaalah. Bagi datuk Ibrahim suami
isteri memadailah pendapatan yang mereka dapat sekarang. Bukan hendak bermewah
sangat, sekadar dapat makan dengan sempurna dan tidak meminta-minta itu sudah
mencukupi untuk mereka berdua.
Semasa Nur Jannah masih lagi tinggal bersama mereka
kadang-kadang datuknya mengambil upah menebas rumput dikebun orang untuk
menambah pendapatan. Waktu itu datuk Ibrahim masih muda dan bertenaga lagi.
Ketika menjelang bulan puasa, kerja-kerja tambahan seperti itu sangat
diperlukan oleh mereka sekeluarga. Dengan kelebihan pendapatan itu dapatlah
mereka membeli baju dan membuat sedikit juadah hari raya. Mana-mana orang
kampung yang tidak mampu untuk menebas sendiri kebun mereka akan meminta
bantuan datuk Ibrahim. Setiap kali datuknya keluar mengambil upah nenek dan
dia, selalu menemani walaupun hanya sekadar menjadi teman datuk berbual ketika
di kebun. Bagi Nur Jannah kehidupan mereka sungguh bahagia ketika itu. Setiap
kali datuk mengayuh basikal untuk ke mana-mana, biasanya nenek akan membonceng
dibelakang manakala dia pula akan duduk di palang hadapan basikal datuknya.
Sampai ada orang kampungnya berkata, di mana ada datuknya Ibrahim di situ juga
ada nenek Bedah dan cucunya Nur Jannah. Pasangan yang tidak boleh di pisahkan.
Semenjak Nur Jannah tinggal dengan nendanya di
Kuala Lumpur tinggallah mereka berdua. Walaupun rindu kepada cucunya sering
melanda… mereka memujuk sesama mereka agar bersabar. Mereka tetap bersyukur di
kurniakan cucu seperti Nur Jannah yang mendengar kata. Bagi Nur Jannah pula dia
tidak pernah melupakan datuk dan neneknya. Sebagai tanda ingatannya, setiap
bulan dia mengirim sedikit wang sakunya kepada datuk dan neneknya. Nur Jannah
berpegang susah biar sama susah, senang biar sama senang ‘bak kata perpatah
hati kuman sama dicicah hati gajah sama di lapah’ dia tidak pernah melupakan
mereka, walaupun sudah di uliti kesenangan. Dengan sedikit kiriman dari cucunya
dapatlah juga meringankan sedikit bebanan datuknya, tetapi yang lebih penting
ingatan cucunya menguatkan semangat mereka suami isteri.
Sewaktu Nur Jannah masih lagi belajar di kolej,
nendanya memberi dia wang saku sebanyak RM300.00 sebulan untuk kegunaan
peribadi. RM 150.00 akan di kirimkannya ke kampong untuk datuk dan neneknya.
Memadai baginya untuk menggunakan hanya RM 150.00 sebulan. Ini kerana segala
keperluan dirinya di tanggung oleh nenda sepenuhnya. Malah perjalanan pergi dan
baliknya dari kolej juga di uruskan oleh Pak Bakar. RM300.00 yang diberi oleh
nendanya hanya wang saku dan juga sebagai galakkan oleh nendanya supaya dia
suka tinggal di Kuala Lumpur. Bagi NurJannah RM300.00 terlalu banyak untuk dia
menggunakan seorang. Walau pun sebahagian dari wangsakunya dikirim kepada datuk
dan neneknya, dia masih boleh menyimpan sedikit dari lebihan wang sakunya yang
tidak di gunakan. Bila Nur Jannah ingin membeli barangan peribadi, barulah dia
menggunakan. Nur Jannah sememangnya seorang cucu yang pandai berjimat cermat
dan tidak pernah lupa diri bila di uliti kesenangan.
Pulangnya kali ini dia telah membeli sebuah telefon
bimbit untuk kegunaan datuknya. Puas Nur Jannah mengajar cara-cara menjawap
panggilan dan membuat panggilan menggunakan teknologi canggih itu akhirnya
datuknya dapat juga mempelajarinya. Dengan adanya telefon bimbit tersebut,
mudahlah bagi mereka bertiga untuk saling berhubung. Nur Jannah juga
menunjukkan telefon bimbitnya canggih dan mahal kepada mereka berdua. Nur
Jannah mengambil gambar mereka berdua dan di jadikan gambar itu sebagai muka
depan telefon bimbitnya, untuk pengubat rindu kata cucunya.
“Ehh..telefon Jannah boleh ambil gambar pulak ..yang atuk ni boleh tak?”
“Yang atuk punya ni tak boleh ..atuk punya ni Jannah beli yang murah mana boleh nak ambil gambar..nantilah kalau Jannah ada duit lebih Jannah belikan yang lain..yang boleh ambil gambar macam Jannah punya ni.”
“Tak payah lah Jannah yang ni pun dah cukup..jangan membazir duit, duit gaji Jannah..Jannah simpan elok-elok…manalah tahu esok-esok kita susah pulak..jadi kalau dah ada duit sendiri taklah susah sangat.” Semenjak dia bekerja, Tengku Khalidah memberinya gaji seperti pekerja-pekerjanya yang lain. Hanya setengah dari gajinya sahaja diberikan kepada cucunya, selainnya disimpan kedalam buku akuan khas untuk masa depan NurJannah.
“Nenda dah simpankan untuk Jannah dalam bank nek..dia bagi setengah saja dari gaji Jannah, Jannah yang minta nenda buat macam tu.”
“Eloklah tu.”
“Jannah punya ni nenda yang belikan ..masa Jannah mula kerja dengan dia dulu..itu dapat yang canggih tu, kalau Jannah macam atuk ni pun dah cukup.”
Lamunannya terhenti apabila terdengar panggilan
datuknya yang mengajaknya minum bersama mereka. Sebenarnya Nur Jannah telah
lama menyelesaikan tugasnya. Dia hanya duduk di sebatang pokok getah yang telah
tumbang sambil mengenjut-genjut batang getah tersebut.
“Taklah nek, Jannah tak mahu ingat abang sangat. Nanti dia tak tentu arah nak buat kerja…” Nur Jannah tidak bercerita kepada datuk dan neneknya perkara sebenar dan penerimaan suaminya terhadap dirinya. Dia tidak mahu datuk dan neneknya bersusah hati. Waktu dia sampai tempuh hari neneknya ada bertanya mengapa dia pulang bersaorangan tidak di temani oleh suaminya, sedang mereka baru sahaja menjadi suami isteri. Nur Jannah menjawap suaminya ditugaskan keluar daerah selama dua minggu dan selama itu juga suaminya membenarkan dia pulang ke kampung berjumpa mereka.
No comments:
Post a Comment