Dalam hatinya berbelah bagi. Tapi kini
dia tahu ‘madu’ untuk isteri terlalu
pahit untuk ditelan. Madu pada seorang isteri umpama santau, tak membawa mati,
tapi merana sakitnya berpanjagan. Untuk seorang suami sepertinya juga tak
semanis mana.
Memang pada pandangan mata kasar beruntug
dilayan oleh dua orang isteri. Syukri mula mencari untung yang dikatakan orang
tentang beristeri dua. Syukri merasakan
sebelum Nuri dimadu, Nuri melayanya dengan iklas, senyumanya manis menenangkan
hati dan jiwanya. Teguran dan panggilanya membelai perasaanya setiap kali
mereka bersama. Masa itu dia merasa sangat bahagia kerana Nuri membalas
kasihsayangnya seiklas hati. Tetapi setelah hadirnya Sarah, Nuri bagai
terpaksa. Kadang-kadang kaku seperti patung yang bernyawa sahaja. Tiada lagi
sifat manjanya, tiada lagi bual cerianya dan tiada lagi seyuman manis yang
menenagkan jiwa. Yang ada pada Nuri hanya wajah ‘bersahaja’.Senyuman Nuri kepadanyanya juga senyuman paksa.
Hanya diawal perkahwinanya dengan Sarah,
Sarah melayannya bagai raja tapi sekarang ini sama juga bagaimana Nuri melayannya.
Melayan kerana terpaksa sahaja, melayannya kerana tanggung jawab dan melayanya
kerana takutkan dosa. Jadi dimana manisnya madu untuk suaminya. Madu yang sudah
hilang sedikit demi sedikit rasa manisnya. Madu yang telah dicampur air, cair tentu sudah tawar dan payau rasanya.
Manis madu yang dirasa oleh Syukri tidak bertahan lama.
“Sarah
abang minta maaf kerana tak setia dengan janji kita dulu. Kalau abang setia
kita tak akan jadi macam ni”.
“Itu bukan salah abang atau pun emak abang,
tapi itu salah arwah emak Sarah yang pentingkan harta. Sebenarnya Sarah juga
tidak yakin pada kemampuan abang masa tu, itu sebabnya Sarah tak ikut abang atau
Sarah cadangkan kita kahwin kat Siam masa tu.Tapi sekarang ni semuanya dah tak
penting. Sarah hanya mengharapkan belas kasihan dari abang. Kalau betul-betul
abang sayang Sarah dan tak mahu Sarah menderita, lepaskan Sarah secara baik
secepat mungkin.Lepas ni kita boleh jadi kawan...” Perbincang mereka terhenti bila telefon
Syukri berbunyi diatas meja. Tertera nama Nuri discreen.
“Assalamulaikum..Haa..ok..ok..abang
balik sekarang..ok..ok..abang akan
hati-hati ok, asalamualaikum”. Cepat memutuskan talian dia tergesa-gesa
memasukkan telefon kedalam poket seluar. Sambil berjalan laju menuju pintu dia
menyampaikan apa yang diperkatakan tentang panggilan tadi.
“Sarah!
Nuri dah sakit, abang balik dulu ye, abang terus balik, tak dating lagi sebab
nak uruskan Nuri masuk hospital, Sarah jaga diri ye. Apa-apa hal nanti abang
call”.
“Ok pandu
kereta hati-hati, Nuri dan anak-anak perlukan abang tu.” Syukri bergegas pulang
kerumah Nuri bila mendengar Nuri sudah sampai hari.
Sarah yang
ditinggalkan turut keluar dari bilik suaminya. Pintu bilik pejabat suaminya
dikunci. Sarah berkira-kira dia akan ke pejabat ugama esok. Dia mahu meneruskan
juga rancanganya bercerai dengan Syukri. Jika Syukri tidak mahu melafazkan
cerai untuknya, dia akan bercerai cara Tebus
Talak atau Khuluk.
Perpisahan
antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz
talak atau khuluk.
Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada
ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak
isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama
dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dengan jumlah
atau harta yang ditentukan.
Hukum
khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu
mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali
jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu
takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa
kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”
Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan
kamu dengan bayaran RM xxxx,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.”
Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan
serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami
isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja. Jumlah bayaran akan
ditentukan oleh pihak suami.
Dirumah,
Nuri sudah bersiap-siap segala pakainya dan pakai anak yang bakal lahir. Tadi
semasa perutnya terasa sakit sedikit dia mengahantar dengan berjalan kaki
sahaja. Nuha didukung manakala Wafi pula dipimpin. Sampai dirumah Kak Ton dia
memberi tahu keadaan dirinya.
“Kak Ton! Nuri nak pergi hospitallah kak Ton. Nuri dah sampai hari agaknya, Nuri dah rasa sakit sikit ni..”
“Ya Allah
Nuri! kalau dah sakit kenapa didukung anak tu, telefon saja akak datang rumah
Nuri ambil budak-budak ni. Kuat betul Nuri ni.” Keluh kak Ton seakan kesal
dengan tindakkan Nuri.
“tak palah
kak Ton excercise sikit nanti mudah bersalinnya kakTon..”
“Takut
kamu tu tak cukup tenaga nak meneran nanti, kalau penat”
“InsyaAllah.
Doa kan saya selamat dan mudah bersalin ye kak...” Ketika mereka bercakap-cakap
sakit Nuri datang lagi, dia memejamkan mata, menahan sakit.
“Nuri!! Ok
tak ni?”. Jerit kak Ton cepat-cepat Kak ton mengambil anak-anak Nuri.
Sungguh cekal hati seorang Nuri. Sakit hendak
bersalin masih mampu menguruskan anak. Sakit hati dimadu masih mampu melayani
suami dengan baik. Tidak pernah mendegar pergaduhan antara Nuri dan Syukri.
Nuri juga tidak pernah mengadu masaalah rumah tangga kepadanya. Dia juga tidak
pernah memburuk-burukkan suami atau madunya.Sepanjang perkenalanya tidak pernah
lagi Nuri bercerita hal rumah tangganya.
“Dah sakit
kuat sikitlah kat Ton, Nuri balik dulu ye.” Kak Ton menghantar perjalanan Nuri
dengan pandangan mata. Dia memandang hingga Nuri sampai kepintu pagar rumahnya.
Belum sempat Nuri memasuki pagar rumahnya kelihatan kereta Syukri sampai. Kak
Ton melihat mereka bercakap-cakap sambil masuk kedalam rumah, dilihat juga
Syukri memimpin tangan isterinya.
“Dari
mana??”.
“Rumah kak
Ton hantar anak”.
“Kenapa
tak tunggu abang, kan Nuri dah sakit kenapa berjalan, kalau jatuh kan susah
nanti.”.
“Tak apa
bang, sebagai excercise nanti senang ber....” Tiba-tiba Nuri berhenti bercakap,
bibirnya diketap matanya di[pejamkan rapat, tangannya mengusap perut.
“Kenapa
Nuri dah sakit sangat ke?..” Syukri memandang wajah isterinya yang pucat
menahan sakit.
Beberapa
saat Nuri mendiamkan diri, dia berdiri terkaku di ambang pintu..
“Boleh
pergi sekarang ke..?”
“Bolehlah,
abang tak tahu abang ikut Nuri, Nuri kata pergi kita pergi”.
“Abang nak
mandi dulu ke? ”.
“Taak
abang tak nak apa-apa, abang nak dulukan Nuri”.
“Terima
kasih dulukan saya, nanti saya ambil beg dulu.” ‘Namun ucapan terima kasih dulukan saya Nuri’, menghiris hati
Syukri. Siapalah dirinya dihati Nuri, pertanyaan itu bergema dalam hatinya.
Kemudian dia terkenang, dia mendahulukan Sarah ketika Sarah keracunan makan
hampir setahun yang lalu. Peritnya hati.
“Tak-apa,
tak apa. Nuri duduk dulu kat sini, biar abang yang ambil. Beg apa dan kat mana Nuri letak?”
“beg yang
terletak ditepi katil….”. Kemudian suara Nuri senyap. Cepat Syukri mencapai beg yang dimaksudkan oleh Nuri ditepi katil
tidur mereka. Cepat-cepat dia keruang
tamu dilihat isterinya sudah duduk menyandar disofa, matanya dipejamkan tapi
tangannya mengusap lembut bawah perutnya. Beberapa saat dia berkeadaan begitu
Syukri hanya memerhati. Syukri. Tahu Nuri sedang menahan sakit. Bila dia
membuka mata ..
“Dah ke
bang, kalau boleh jom kita pergi sebelum sakit ni datang lagi.”
“Kalau
sakit abang dukung”.
“Tak
apa saya masih mampu berjalan jomlah”.
Didalam kereta sekali Nuri berkeadaan
begitu, mukanya menjadi pucat seperti menahan sakit yang amat sangat. Bibirnya
pula tidak berhenti berzikir dengan zikir nabi Nuh dalam perut ikan. La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu
minaz zolimin.
Akhirnya
sampai juga mereka dihospital. Sebelum Nuri keluar dari kereta dia mencapai
tangan suaminya.
“Bang Nuri minta maaf jika ada kesalahan Nuri pada abang, jika ada
perkataan Nuri yang menguris hati abang”.
“Kenapa cakap macam tu Nuri. Kalau Nuri tak minta maaf pun abang dah
maafkan semua kesalahan Nuri pada abang.
Lagipun abang yang banyak bersalah dan abang yang banyak melukakan hati Nuri”.
Ketika itu sakit Nuri datang lagi, dia memejamkan mata, tangan suami yang
masih digengaman dicengkamnya kuat. Syukri rasa amat kasihan melihat isterinya
bertarung dengan kesakitan. Ringan
tanganya mengusap perut isterinya dengan lembut. Kelihatan wajah lega
isterinya. Kemudian dia membuka mata.
“Nuri duduk dulu abang ambil kerusi roda.” Nuri mengikuti cadangan
suaminya, sebenarnya dia sudah tidak mampu untuk berjalan kepala lututnya sudah
lemah. Selesai membuat pendaptaran, Nuri ditolak kewad bersalin.Dia sudah tidak
mampu berjalan lagi. Mungkin saat kelahiran sudah tiba.
Bersalin kali ini Syukri menemani isterinya hingga kebilik bersalin.
Sepanjang masa menemani Nuri, Syukri mengalunkan perlahan surah YASSIN
ditelinga isterinya.Hanya itu yang dia mampu untuk meringankan sedikit
penderitaan isterinya. Syukri membaca tampa memandang surah Yassin. Sememangnya
dia lancar surah itu sejak remaja lagi. Itulah dididikkan arwah ayahnya yang
tegas memaksanya melancar.
Dihatinya timbul rasa insaf bila melihat kepayahan Nuri, melihat Nuri
menahan kesakitan. Dia juga menyaksikan betapa Nuri tercungap-cungap bertarung naywa demi untuk
mahu melahirkan zuriat nya. Hampir dua jam didalam bilik bersalin bergelut
dengan kesakitan akhirnya lahir juga zuriat kebanggaan umi dan baba. Barulah
Syukri menarik nafas lega.
“Alhamdullilah,
dah selamat pun, tunggu sekejap ye. Ni tenguk betul-betul ye Puan Nuri dan
Encik Syukri dapat anak lelaki” Itulah yang keluar dari mulut doctor wanita
yang menangani Nuri.
“Encik
Syukri! isteri dan anak encik dah
selamat ni, boleh encik keluar dulu kami nak bersihkan anak dan isteri encik ni
dulu, nanti kat wad boleh azankan.”
Diluar
bilik Syukri menangis menahan rasa sebak. Sebak melihat penderitaan isterinya
tadi. Sebak mengingatkan dua kelahiran anaknya
tampa dia menemani. Dia menjadi sangat kasihan kepada isterinya Nuri
kerana menahan kesakitan seorang diri, sedangkan itu adalah anaknya juga.
Entahlah kesalkah dia memadukan Nuri.
Jika benar
Sarah mahu meminta dilepaskan apakah dia sanggup melepaskan. Atau jika Nuri
yang minta dilepaskan adakah dia sanggup untuk melepaskan Nuri. Pertanyaan itu
berperang didalam hatinya.
Tidak
lama Nuri dibilik bersalin dia sudah ditolak kedalam wad. Kali ini Syukri
menjalankankan kewajipanya meng azan dan iqmat di kiri dan kanan telinga anak
yang baru menjadi ahli dunia. Semuga dengan kalimah Allah yang diperdengarkan
anaknya akan menjadi hamba yang taat kepada Penciptanya. Menjadi hamba berguna
kepada ugama, bangsa dan negaranya juga kepada keluarganya. Setelah selesai
semuanya Nuri menyuruh suaminya pulang.
“bang pergilah abang balik saya dah selamat ni.
Abang tak solat zohor lagi. Tak makan tengahhari lagi pergilah.”.
“Ialah esok pagi abang datang”.
“Janganlah pagi sangat abang datang. Kalau abang
tak payah datang pagi pun tak apa, nanti kalau dah boleh keluar saya call
abang”.
“Kenapa Nuri..Kenapa Nuri tak bagi abang datang,
Nuri tak suka pandang abang ke?”
“Kat sini pun bukan boleh buat apa-apa.”
“Hanya boleh buat apa-apa saja ke yang boleh abang
dating. Abang nak temankan Nuri kat sini. Bila boleh daftar nama anak, Nuri”.
“Rasanya esok pun boleh abang dah ada nama nak bagi
ke”.
“Kali ni biar abang yang bagi nama ye, biar abang
cari dulu nama yang sedap dan elok ertinya”.
“Boleh lah itukan hak abang. Dahlah abang baliklah
solat makan dan rehat..Nuri dah ok ni” sekali lagi Nuri menyuruh suamninya
pulang.
Memandangkan Zohor sudah dipunghujung Syukri singgah sebentar disurau
hospital untuk menunaikan tanggungjawab kepada penciptanya.
Malam itu dia pulang kerumah Sarah mungkin esok
pagi emaknya sampai dari pengkalan Hulu menaiki FIREFLY di Subang airport. Dia
berdoa didalam hati janganlah hendaknya Sarah menimbulkan lagi persoalan yang
dibincangkan pagi tadi. Malam itu mereka keluar makan bersama. Syukri membawa
Sarah makan disebuah restoren yang eksusif. Memang sudah lama dia tidak makan
ditempat yang sebgitu. Sebenarnya dia yang kesentukkan waktu. Selesai makan
Syukri membawanya bersiar-siar milihat simbahan cahaya lampu.
“Lama kita buat macam nikan”. Yang sebenarnya
aktiviti seperti itu selalu mereka lakukan diawal pernikahan mereka dahulu.
Selepas makan malam Sarah sering memintanya berjalan-jalan meronda sekitar
Kuala Lumpur untuk menikmati simbahan cahaya lampu. Kadang-kadang regekkan
Sarah membawa kereta meluncur hingga ke Shah Alam melihat taman cahaya diShah
Alam. Itulah sebabnya dia sering terlewat untuk kerumah Nuri.
“Emmm” Hanya itu yang keluar dari bibir Sarah.
Tapi yang sebetulnya hanya dengan Sarah sahaja dia
berbuat begitu. Dengan Nuri rasanya sudah hampir dua tahun lebih dia tidak
pernah membawa Nuri bercuti atau pun bersiar-siar. Dia tersentak bila hatinya
mengingatkan. Lamanya Nuri terabai. Dia terleka sebenarnya. Bila jam
menghampiri pukul sebelas malam mereka pulang kerumah. Syukri sememngnya sangat
letih. Seharian dihopital menunggu Nuri. Tetapi dia juga harus melayani Sarah
yang telah beberapa lama terabai. Susah rupanya melayari dua bahtera waktu
untuk dirinya sendiri amat terhad.
Walaupun kepenatan malam itu Syukri menunaikan juga tanggug jawabnya sebagai
suami kepada Sarah. Mungkin dengan kemesraan itu dapat mengubati sedikit rasa
terkilan Sarah bila Nuri bersalin. Tetapi dibenak Sarah lain pula yang
difikirkan. Mungkin ini adalah layanan terakirnya sebagai isteri. Jika esok
atau lusa darah bulananyanya mengujungi diri maka jodoh mereka akan berakhir tidak lama lagi. Jika dengan
perlakuan mereka malam itu menyebabkan rahim nya berisi maka pajanglah jodohnya
bersama Syukri.
“bang
tidurlah tentu abang letih seharian abang tunggu Nuri kat hospital”.
“Ialah”.. ketika matanya mahu tertutup, sekali kagi
suara Sarah menyentuh gegendang telinganya.
“Abang dapat anak apa kali ni”.
“Hero lagi”. Kata suruh tidur detik hati Syukri yang sudah tidak
dapat lagi mengangkat kelopak mata.
“Kalau Nuri tak nak jaga anak dia yang ni. bagilah
Sarah jaga.Diakan tak suka masa dia dapat tahu dia mengadung dulukan”. Mahu
tidak mahu Syukri terpaksa juga melayani bual Sarah yang semamangnya bayak
bualannya. Syukri mula terbayang kejadian dimana Nuri memukul-mukul perutnya
bila diberitahu dia sedang mengandung.
“Entahlah Sarah, setahu abang sejak dia tahu dia
mengadunkan yang ni, dia tak pernah culas mengaji untuk anak dia”.
“Betul ke dia baca untuk baby dia yang kat dalam
perut, bukan kah dia memang selalu mengaji kalau lepas solat?Di abaca surah
apa?”.
“Setiap kali mengandung Nuri akan baca surah Maryam
untuk mudah dia bersalin, Surah Yusof supaya anak dia cantik dan baik tingkah
laku, Surah Loqman untuk anak dia pandai”.
“Abang cuba tanyakan lah, manalah tahu dia tak suka
anak dia yang ni. Kalau dia tak mahu,
Sarah sanggup bela anak abang tu.”
“Sarah sebenarnya abang tak sampai hati nak tanya
dia begitu, bila abang saksikan betapa siksanya dia bersalin tadi. Bila abang
nampak macam mana dia menahan sakit. Lima jam dia bergelut dengan kesakitan
Sarah”. Syukri terpaksa berterus terang, dia tidak mahu memberi harapan kepada
Sarah.
“Sarah kata kalau dia tak mahu anak tu”.
“Nuri ni kalau anak dia mesti dia sayang Sarah.
Tadi tu sebelum abang balik dia dah susukan anak dia. Abang nampak juga wajah
suka saja bila sikecil isap susu dia. Dia memang seorang ibu Sarah”.
Itulah usha terakhir Sarah untuk mendapatkan anak. Sebenarnya dia cuba
memancing kasih Syukri untuk mendapatkan anak dan untuk mendapatkan Syukri
sekali.Tapi bila mendengar jawapan Syukri dia tahu sememangnya tiada harapanya
untuk mendapatkan anak tiri untuk dirinya. Hanya menunggu esok atau lusa
sahaja. Jika bendera Jepunnya berkibar, tekadnya padu dia akan kepejabat khadi
untuk meneruskan apa telah dirancang.
Alahai ingatkan dah insaf si sarah nie. Apakah yg akan terjadi jika sarah mengandung ?. Apakah Nuri akan meneruskan niatnya ? Makin x sabar nk tgg n3 seterusnya...
ReplyDeletePsiko la Sarah nih.. busuk hati...
ReplyDeleteDah rasa dah memang sarah pesongkan niatnya untuk berpisah dgn syukri.. alahai tak sabarlah pulak nak tunggu n3 baru nak tau sisarah ni mampu mengandung atau tidak. Kalau mengandung maka hai-hai bye-byelah nuri dari hidup si syukri ni.. kesiannya pada anak-anak nuri... Syukri memang sayang akan sarah.. tengok dia dah berbelah bahagi nak ceraikan sarah atau nuri,,
ReplyDeleteBenci sangat bila baca n3 ni.kenapa nasib sarah sanfat beruntung.dah lah mengaku mcm2 kat syukri tetap dapat layanan first class.tak adil betul.entah kenapa rasa mcm sakit yg mencengkam jiwa.tgk cerita karma abah.rasanya sarah tak layak dapat semua tu.
ReplyDeleteakhirnya tektik gedik menjadi jugak..
ReplyDeletedapat layanan ke restoran xclusive dan ketempat tidur walaupun syukri keletihan..
mmg menyampah sangat pada dua orang ni..
mula2 rasa cam dah ok gak la syukri layan nuri baik walaupun selepas 2 tahun nuri tak di layan adil..
tapi tiba2 rasa sakit hati sebabkan nak jaga hati gedik, sanggup dia tak pergi jenguk anak2 kecik dia tu..
sanggup lepas tangan pada kak ton semata2 nak ambil hati gedik..
dua2 orang ni bole berambusssss...
syukri n sarah ni sama2 tamak. memang sesuai hdp bersama. Biarlah Nuri cari bahagia yg lain. menyampah dgn dua makhluk tak tetap pndirian ni. Nuri yg dah tetap pendirian. Biarlah Nuri yang bebas.
ReplyDeleteBerani mintak anak Nuri sigedik ni. 'Over my dead body' kata Nuri. Nak tumpang kasih suami amik terus pun takpe. Syukri mmg tak layak jd suami Nuri. Sedar, insaf, jumpa sigedik semua lesap.
ReplyDeleteSyukri tu tak payah la nak terasa2 dgn kata2 Nuri. Dua tahun dah dia rasa apa yang sigedik tu rasa baru 9bln. Sigedik yg menumpang senang jugak yg dpt layanan 1st class. Sakit hati betul dgn syukri.
ReplyDeleteX sampai pun 9 bulan...gedik baru 4 bulan syukri dok focus kt nuri pn dah meroyan..
DeleteSalam Mak Teh. tq utk entry baru.
ReplyDeleteSakit hati saya baca bab ni sama mcm masa Nuri belum bersalin anak sulung dan kedua. Syukri memang takkan pernah adil pada Nuri selagi sarah juga isterinya. Sebab Sarah punya hati yang busuk. Sedar mcm mana pun pada kesilapan, bila dgn sarah dia jadi lupa.
Itu memang adat, bila dpat yg bru wlaupun tua wlupun tk berapa nk cntik tetap dapt no1 dihti suami. Mak teh crita pda knyataan diskliling kta. skrang ni mak teh tenguk bnyak crita yg tak brapa nak masuk akal. Jngan gula-gulakan remaja dengan crita cinta prtama yg tiada tolok bndingnya. tpi diakhir crita mak teh ubah sikit nak senangkan hti sendiri. ada jga yg tak btulnya mak teh ni kan.
ReplyDeleteTotally agree with all the above mentioned. Syukri n Sarah memang deserved each other, tam at n opportunist. tak suka. memang tak sabar nak tunggu n3 baru kalau boleh Syukri sendri Sarah biarlah dap at jodoh orang susah n Nuri dgn anak2 jump lelaki yg istimewa yg sayang serta anak2 dia dgn ihlas ada tak? or soound so sadist.
ReplyDeleteanyway syabas bust new n3 salam saying dari Zurich peminat setia and a
alahai dh beberapa hari tak sempat mengikuti blog....mmg sakit hati dgn sikap hipokrit sisarah dn sengal si syukri. takut pulak si syukri org kata dia kacang lupakan kulit.mmg betul pun. blih percaya dia sisarah dok menunggu dia selama ni...blah le padahal di dok kerja di s'pore lpas tu bhneti jaga mak sakit...bila kakak dia suruh pergi jauh sb tak nk abg ipar ganggu bru le cri si syukri. dh ngaku dia sndiri tak yakin dgn sisyukri masih lagi sisyukri caya dgn sisarah.
ReplyDeleteMak Teh sayang yg bagusnya biarle si sarah dn si yam tu bermadu....padan muka dgn si penasihat.
si syukri bru nk tersedar yg dia tak pernah bw nuri berjln jln....alahai sengal punya lelaki....Klu ikutkn si syukri ni yg tak betul dn tak layak jadi imam atau ketua keluarga, sembahyang tak tinggal yassin pun dia hafal tapi syg selalu menipu nuri dn kerap lari dr menghadap berbincang dn menyelesaikn masalah dgn nuri.
biarle nuri bahagia dgn ana-anak dia dn bertegas dgn syukri.
harap-harap mak mertua nuri dtg dn basuh syukri kaw-kaw.....abg-abg nuri bila nk dtg tgk nuri...dh tiga kali bersalin..pak su pun tak dtg.
-dibah-
satu lagi...si syukri ni jgn le asyik tanya siapa dia di hati nuri tapi tanyale siapa nuri di hati dia.....klu nuri tu bererti kpd dia dia tak akan madukn nuri dn tak akan menipu nuri sentiasa....yg paling sakit hati menipu cri brg alat ganti kenderaan di thailand tp sebaliknya gi langkawi honeymoon
ReplyDeletekahwin dgn nuri tak sempat pun nk honeymoon malahan nuri pulak yg berhabis membantu...mmg kacang lupakn kulit betul dn lupa diri.
-dibah-
nuri dok membantu nk menyenangkn hidup mereka berdua tp si syukri sengal yg lupa diri dok perhabiskn belikn sisarah hipokrit apartment dn kete dn dok mkn luar tak sudah.
ReplyDeletenuri yg berkorban dgn ikhlas tak dpt apa-apa penghargaan dr suami yg lupa diri.
menyampah betol.
biarle ada campur tgn dr abg-abg nuri yg dh lama tak jumpa adik mereka dn tak pernah jumpa adik ipar sengal mereka.
-dibah-
betul la sangat..memang jenis perabih boreh je bila dia kahwin dgn sarah..tak membantu langsung kalau setakat kerja di bengkel..mesti gaji dibayar..yang nampak sumbangan setakat melayan di tempat tidur..
Deletesilap tu..sebenarnya kat tempat tidur pun syukri gak yang kena layan dia...contoh time syukri bersama dengan nuri di mana nuri kata jgn ganggu diorang selama 3 hari..boleh pulak syukri mungkir janji dengan nuri semata2 nak melayan gedik ni di tempat tidur..nafsu dia memang besar...memang syukri seorang yang bodoh tak tahu menilai antara kaca dan permata...
DeleteBukan sigedik ni dah nak berenti kerja ke. Kan dia nak kerja dengan bakal adik ipar yang kata dia baik sangat tu. Alamat kebuluran lah anak buah si Yam ni nanti. Abang siYam tu boleh ke layan sigedik macam Syukri. Tak yah masak, tak yah buat ape², merendek jer.
DeleteSyukri gunakan cara yang licik untuk ikat isteri2nya. Kalau sarah mengandung besar la peluang dia utk kehilangan Nuri. Sarah tu ubah fikiran sebab dah tau Nuri tak tuntut apa2 bila bercerai. Tak sggup dia nak hdp susah dgn syukri.
ReplyDeletesyukri nak ke jd mcm citer 'karma abah' smlm. terus mereng.
Hadoii la sarah. Busuk sgguh hatinya, nak anak dgn pancing syukri sekali. Tunggu je bendera jepun kau tu. Kalau x dtg dpt la syukri tu jd hak kau sorg. Nuri pun mmg dah lama tak hadap laki mcm syukri. Solat x tggl, yasin hafal tapi pembohong.
ReplyDeleteharap2 jgn la sarah ngandung bila projek dgn syukri kali ni..
ReplyDeletehatinya memang busuk..
sepatutnya dia tak perlu dapat apa2 yg boleh mengembirakan hati dia di atas kelukaan nuri..
kalau ikut jalan cerita memang dia saja yang beruntung..
cantik, manja, pandai menggoda, laki lebihkan dia walau pun perangainya buruk..
kali ni mak teh bagi dia susah..
dia dah puas senang walaupun katanya dia terseksa..
cuma mula2 sebabkan abang ipar nak rogol dia..
tapi bila baca sampai entry ni, kita bole tahu kenapa abang ipar dia gila sangat nak dengan dia sebab perangai dia tu...
kalau tak, takkan syukri bole jadi bodoh ikut je kerenah dia padahal aruah mak sarah dah merendah2kan maruah dia sekeluarga, padahal sudah ada isteri yang punya pakej seperti nuri..
tapi mata dan hatinya tertutup sebabkan godaan sarah...
tak payah la syukri sikit2 kecik hati dgn nuri dok tanya sape dia di hati nuri..patut2 soalan tu di tanya sape anak2 dia di hatinya...boleh lagi dia berseronok2 dengan gedik di saat2 nuri kesakitan melahirkan baby padahal nuri punya lah baik hati suruh dia berehat di rumah tapi dia boleh melayan si gedik tu dan anak2 di tinggalkan di rumah orang..apa jenis bapa daaaa...shame on you...
ReplyDeletesayangnya syukri pada sarah sampai boleh dia minta maaf dengan sarah yang kalau dia setia dengan sarah segala masalah sekarang tidak akan berlaku. ini bermaksud dia menyesal kahwin dengan nuri. aduh, saya tidak boleh terima dengan kenyataan yang dia buat di sebabkan untuk menjaga hati sarah supaya sarah tidak meninggalkan dia. saya sedih bagi pihak nuri dan anak2. tidak guna menjaga solat dan hafal surah yasin tapi dalam diri ada sifat menzalimi isteri yang baik, setia, muslimah, sanggup berkorban perasaan n harta benda, menanggung kesakitan melahirkan 3 zuriat tapi sampai hati dia berkata demikian walaupun bukan didepan nuri. terus terang cakap mak teh, saya memang menghayati cerita ini. air mata saya mengalir bila dia balik dari hospital tapi terus melayan sarah. pada saya sepatutnya sebagai seorang bapa yang baik, anak2 yang hendak difikirkan bukannya perempuan yang membuatkan hati nuri terluka. saya sedang membayangkan nuha yang sentiasa merengek tidak sihat dan wafi yang tidak di perdulikan dan air mata saya terus mengalir lagi bila mengenangkan nuri yang masih sakit selepas bertarung 5 jam di bilik bersalin tapi suami asyik hendak menjaga hati yang lagi satu tu.
ReplyDeleteSaya pun tak boleh terima bila dia kata macam tu. Sepatutnya dia bersyukur bila pinangannya ditolak, dengan sebab itu dia berjumpa dengan Nuri. Seorang isteri yang sanggup berkorban harta untuk menolongnya. Sedangkan sarah sudah berterus terang dulu dia juga seperti ibunya tak yakin dan tak sanggup hidup susah dengan syukri. Lepas ni kalau syukri berani mintak anak Nuri untuk sarah tak tau la nak kata, memang kejam tahap tak terkata.
Deletepemalas dan pengotor bertingkek2 boleh pulak dengan muka tak malu nak anak nuri. nak makan untuk diri sendiri pun laki yang sibuk beli, macamana lah nak jaga budak kecik. sikit2 jijik, sikit geli, mau kalau baby berak, dia tunggu syukri gak balik rumah tukarkan diapers.
ReplyDeletesaya membayangkan sarah ni walaupun cantik dan pandai menggoda tapi mesti badan dia berbau dengan rambut tak bercuci dan ketiak berbulu dan berkerak. ini berdasarkan sikap pemalas dan pengotor dia yg x reti mengemas rumah, x reti membasuh pinggan mangkuk sampai syukri jugak yg kena clearkan semua, tuala wanita dah pakai bersepah2. jadi kita dah boleh agak siapa sebenarnya di hati syukri. walaupun nuri permata dan sarah ni kaca tapi nampak gayanya sarah jugak tetap di hati syukri sehingga dia sanggup minta maaf pada sarah sebab tidak setia. jadi memang penipu lah bila syukri kata pada nuri yang dia cuma kesian pada sarah. sepatutnya yang perlu di kasihani ialah pada nuri dan anak2.
ReplyDeletesaya berharap entry akan datang pembohongan syukri ke langkawi di saat nuri bersalinkan wafi terbongkar..saya tetap tak berpuas hati selagi nuri tak tahu sebab kesian sangat bila syukri balik nuri menyambut dengan innocentnya bertanyakan samada syukri sudah dapat mencarik barang2 yang di kehendaki. mungkin mak teh bole createkan perbualan syukri dengan ibunya yang datang menjaga nuri berpantang. ketika ini mak mentua nuri boleh membasuh fikiran syukri yang kunun2 asyik kesian sangat dengan sisarah. dalam masa yang sama saya nak syukri terdengar perbualan sarah dan si yam yang si sarah berkata kalau hidup syukri susah seperti dulu dia pun tak akan kahwin dengan syukri. bukan apa mak teh, selama ni sarah sudah di beri kesenangan dan keseronokan sepanjang perkahwinan dia dengan syukri. cuma beberapa bulan ni sahaja syukri agak sibuk berulang alik ke rumah nuri dan saya merasakan memang sepatutnya dari dulu syukri berbuat begitu kerana sarah tetap berada di samping syukri dari pagi sampai ke petang bila waktu bekerja.
ReplyDeletesetuju..setuju sangat...
DeleteSetuju...setuju dgn komen diaatas...
ReplyDeleteTag line sarah dan syukri
ReplyDeleteSarah gedik, syukri sengal
Sempoiiiii
alahai mak teh sayang, cepatle sambung x sabar nk tunggu ketegasan nuri dn si syukri melopong tgk anak-anak dgn nuri mengundur diri.
ReplyDelete-dibah-
Bahgiakan sarah.hidupnta sentiasa dilindungi keharmonian dan juga kemewahan.walauoun itu hasil duit nuru.agaknya syukri cuna bg nafkah batin je kat nuri yg lain nuri uruskan.bestkan dapat hidup cam sarah.ya allah sakit sangat hati mengenangkan apa yg nuri lalui.kenapa rakdir itu yg terpaksa dilaluinya.adakah kerana dirinya tidak suka bergantung pd suami menyebabkan dia dibiarkan sendirian.sakit hati bila memikirkan.betullah kata kawan saya.dia kata dia tak nak bermadu sebab dia rasa bebci dgn suaminya bila bermadu dan akan mengeluarkan kata2 kesat nanti.bukan spt nuri yg sentiasa pasrah.sebak dihati bila menghayatinya.kenapa dan mengapa nuri yg dipersiakan.doakan moga syukri muflis dan hidup merana.rasanya nak juga begini akhirnya syukri dan nuri bercerai.satu hari dia pergi melawat anaknya tp anaknya tak layan tiba2 muncul seorg lelaki yg dipanfgil daddy oleh anaknya dan terus berlari mendapatkan daddy barunya.lepas tu syukri akan menyesal.biar sakit hati syukri.baru puas rasa dihati.biar syukri hidup dusah dgn sarah.dapatkah sarah melaluinya.pefih hati seorg wanita bila membacanya seperti disiat2 hati ini.
DeleteLucu tengok comment2 teman yg lain, memanh sutuju sangat, kalau dah begini jaganlah salahkan takdir. N lagi satu yg saya noticed, Syukri tak pernah marah sarah meminta maaf sering. Tapi kalau dengan Nuri suka suki nak marah n tuduh2 apalah ibu sendri buat tafsiran, n Nuri dijadi kan punching bag. Saya pun tak nak si Nuri balik dgn Syukri n semoga si Sarah dapat jodoh dgn orang susah biar tahu rasa nya yg betul. Ini nak mengatal n complain je. yeee benci dah lah tu di belikan kereta lagi yi memang mengambil kesempatan. naik je las bus. One word for these 2 people opportunist.
ReplyDeleteSekian dari Zurich
Setuju juga dengan pendapat diatas. Harap diakhir cerita segala kebenaran terbongkar. Biar syukri betul² kesal. Bukan hanya tersentak, menangis, kemudian ulang lagi kesilapan sama. Terlalu besar kesalahan Syukri pada Nuri dan terlalu banyak pengorbanan Nuri.
ReplyDeleteMasih mengharap 'happy ending' tapi biar segalanya jelas. Tiada yang terselindung.
Setuju..mmg nak sgt segala2nya terbongkar untuk keadilan di pihak nuri..selama ini mmg nuri tidak di layan dgn adil dan kami terasa nuri dipergunakan untuk kepentingan si sarah..
Deleteamboi..mmg dah sah2 si gedik nafsu dia kuat sebab syukri melayan nafsu dia untuk mengubati rasa terkilan dia tu..nak muntah lak rasa,,baru empat kelima hari tak di sentuh nak minta cerai..dah kecik2 hati yang seolah2 syukri mengabaikan dia..paling sakit hati bila syukri bawa dia ronda2 selepas dinner direstoran mahal padahal nuri terpaksa mengbudgetkan keperluan diri sendiri untuk membantu perniagaan syukri..tidak nampak dimana baiknya si sarah ni,,
ReplyDeletebetultu..si tua hidup atas pendapatans sendiri. si muda boleh siap bg duit blanja lg utk tapau makanan.. makan pun bawa tmpt ekslusif..
Delete