~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Showing posts with label Bimbang. Show all posts
Showing posts with label Bimbang. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

Bab 33 Bimbang



Buah langsat kuning mencelah,  
Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,      
Tanduk tidak berguna lagi.


                Ketika kembar Nur Saleha dan dato’ Fuad datang terkedek-kedek kerunag tamu..melintas rasa kesal dihati doctor Fitri..jika Nur Saleha masih isterinya mungkin kembar itu miliknya. Menurut cerita keluarga dari sebelah ibunya keturunan mereka ada yang kembar…Arwah moyang mereka kembar sepasang...mungkin Nur Saleha yang mendapat genatik itu.

Nur Shamila menghampiri Nur Saleha yang masih termangu mendengar jawapan anak-anaknya. Dia juga terkedu dengan langkah kaki anak-anaknya meninggalkan ruang tamu.

“Nur tolonglah pujuk dioarang supaya diorang nak duduk dengan kami..Nur pun dah anak lain”.

“apa maksud Mila…Untuk pengetahunan Mila anak-anak saya tidak akan ditukar ganti, semuanya ada tempat dihati saya. Walau pun akan sepuluh orang lagi yang akan saya lahirkan..tapi  tidak akan dapat menggantikan tempat Syira, Dina dan Am”.

“Jangan macam tulah Nur... Biar diorang tu duduk dengan kami , kami akan jaga mereka dengan lebih sempurna“.

“Apa?? selama ni hidup mereka tak sempurna dibawah jagaan saya ke?. Nak kata tak ada ayah,  tu Abang Fuad dah jadi ayah yang sempurna pada anak-anak saya.. nak kata tak cukup makan, ada Mila tenguk budak-budak tu macam tak cukup zat?”. Sakit hatinya mendengar apa yang keluar dari mulut bekas madunya.


“Tak lah macam tu..pada Mila, Nur janganlah tamak sorang, jangan nak pentingkan diri sendiri, mereka juga anak abang Fitri”. Sebenarnya doctor Nur Shamila sudah terdesak..bila mengetahui dia tidak boleh mengandung. Sudah tiga kali dia mengujungi pakar sakit puan yang mengesahkan harapanya untuk dia mengandung hanya ada 10% sahaja. Dia mahu mengambil anak angklat tetapi suaminya mahukan anaknya  sendiri.

“Saya tak pernah nak nafikan hak abang Fitri dan saya tak pernah nak halang dari dia menjenguk anak-anaknya…tapi sekarang..apa yang saya faham.. Mila yang nak menafikan hak saya, nak ambil anak-anak  dari saya betulkan?”.  Selepas berkata demikian Nur bangun menghilang diri….

“Macam nilah Fitri..yang sebetulnya bagilah pilihan pada anak-anak..mana mereka nak duduk..kita jangan memaksa sangat, takut buruk jadinya. Nanti takut mereka memberontak susah kita dibuatnya.  Kalau Fitri nak anak-anak sayang kat kita..berilah perhatian. Tak semestinya duduk serumah, ambil berat hal mereka. Kalau ada masa calllah tanya khabar ke tanya tentang pelajaran dia ke ..Macam yang Syirah kata tadi..sekolah akan membaca Yassin dengan semua ibu bapa anak-anak yang akan mengambil peperiksaan besar. Tanya mereka bila majlis tu diadakan untuk kan masa menghadiri majlis tu.. Tanya mereka bila mereka nak periksa..Syirah tahun depan tingkatan lima dan Ikram pula tahun depan darjah enam ambillah peluang masa tu. Semuga kita dapat memberi  sedikit semagat pada mereka...rasanya itu pun sudah cukup memadai. Kemudian sesekali luangkan lah masa ajak mereka berjalan-jalan, pergi bercuti ke.. untuk menunjukkan kasih sayang kita pada mereka... mungkin dengan cara begitu mereka akan rasa mereka masih disayangi dan kewujudan mereka kita hargai..masih ada banyak peluag lagi Fitri. 

Dato’ Fuad sebagai seorang yang telah berpengalaman memberi nasihat. Kelihatanya Dato’ Fuad seorang yang penyayang dan bersikap lemah lembutnya, anak-anaknya juga Nampak tidak janggal atau nkekok bila berhadapan bapa tiri mereka. Dia  memberi nasihat kepada mantan suami isterinya..Maklumlah dia sudah mempunyai empat orang anak yang sudah remaja..anaknya yang bungsu Nur Iman Saffiyah juga sudah habis belajar hanya menuggu hari graduationnya saja. Dia graduan Universiti Sains Pulau Pinang dalam jurusan FIZIK. Anaknya yang ketiga masih belajar menyambung Masternya diAustrilia.

“Saya tak bermaksud nak ambil anak-anak dari Nur..saya hanya nak sedikit kasih sayang dari mereka.” Luah doctor Fitri lembut sedikit suaranya, bila didengar suara suami bekas isterinya menasihati dengan ikhlas..
                 Yang sebenarnya Muhammad Fikri merasa sangat sunyi bila waktu-waktu cuti duduk hanya berdua sahaja bersama isterinya doctor NurShamila. Hati mula rindu dengan keriuhan suara anak-anak ditambah lagi bila memandang kemesraankeluarga  jiran disebelah rumahnya yang mempunyai liuma orang anak remaja.

                   Kemesraan mereka jelas kelihatan bila melakukan semua kerja bersama-sama..mencuci kereta, menanam bunga malah berjoging pun bersama. Dikala petang riuh kawasan rumahnya bila mereka bermain badminton. Walaupun tiada net dan courtd badminton jalan tar juga sudah memadai mereka sama-sama bermain untuk mengeluarkan peluh. Dikala musim perlawanan bola sepak pula kedengaran riuh jeritan gool dari dalam rumah mereka…Muhammad Fikri dapa membayangkan betapa seronoknya menonton perlawanan bola sepak beramai-ramai bersama anak-anak. .tidak perlu bersusah payah berhimpit-himpit kestadium.

“Ialah..abang tahu tu, tapi mungkin dari gaya bahasa yang kita sampaikan menyebabkan Nur salah faham.”  
‘jika didengar dari apa yang disampikan oleh doktor Shamila itulah maksudnya’. Kata-kata itu hanya bergema didalam hati Dato’ Fuad sahaja.

           Itulah doctor Sharmila walaupun berpelajaran tinggi ..namun tidak berapa sensitive berkenaan bahasa dan cara-cara untuk menjaga perasaan orang disekelilingnya. Setelah lama sebumbung barulah Fitri menyedari isterinya yang sekarang ini agak keras sedikit dengan kata-katanya,  agak  terlebih cemburu orangnya. Dulu sikap cemburu itu disukai oleh doctor Fitri kerana terasa dirinya sangat disayangi tetapi sekarang sikap cemburu isterinya terasa mengongkong kehidupanya pula. Kerana sikap cemburu Nur Shamila dia menceraikan Nur Saleha dahulu.

“Saya minta diri dululah bang..maaflah Farhan, Edlan kalau mengganggu pertemuan you all dengan Nur…terima kasih bang kerana bagi kasih sayang pada anak-anak saya..sebenarnya sayalah yang bersalah selama ini kerana membiarkan mereka.” Edlan dan Farhan sungguh insaf dengan kisah perpecahan rumah tangga Muahammad Fikri dan NurSaleha. Mereka bapa muda yang baru mula hendak membina keluarga.  Mahu anak-anak yang  terdidik dalam pelajaran dan hidup dengan penuh dengan kasih sayang dari ayah dan ibu, supaya dengan cara itu anak menjadi angkatan yang berguna pada ugama, bangsa, Negara dan keluarga. Dihati mereka menanam azam tidak akan mengulagi kesilapan Muhamamad Fikri.

“Tak ada apa yang nak diterima kasihkan ..pada abang kalau mereka anak-anak Nur mereka dah jadi anak-anak abang juga, macam mana Nur sayang anak-anak abang.. macam tulah abang sayang anak-anak Nur…tapi ingatlah kita ni yang dah jadi ibu bapa, masa anak-anak masih kecil mereka sangat memerlukan kasih sayang kita..masa tu jangan abaikan mereka, carikan waktu untuk mereka semoga bila besar nanti mereka tak lupakan kita. Abang ni bapa yang dah berumur dan dah ada anak-anak yang dah besar. Tak ada apa lagi yang abang perlukan harta tak menjanjikan apa-apa.. bahagia kita tak boleh dibeli dengan wang ringgit. ….sesungguhnya kasih sayang mereka yang abang harapkan dapat kita bertukar-tukar pendapat, teman kita berbual-bual waktu lapangan..pada abang itulah sebenarnya kebahagian kita. Fitri abang sebenarnya rasa sungguh bertuah Nur menerima abang menjadi suami..Nur sebenarnya penuh dengan sifat keibuan..anak-anak abang bersyukur menerimanya sebangai ibu tempat mencurahkan rasa dan tempat bermanja.” Itulah nasihat Datu’Fuad kepada  bapa-bapa yang ada diruang tamu rumahnya. Doktor Muhammad Fitri pulang dengan rasa  kesal dihatinya.

                 Di mula membayangkan kehidupan dulunya..Dia dan Nur Shamila merupakan pasangan kekasih sewaktu mereka menuntut di Abedeen Scotland..  Diakhir pengajian mereka berselesih pendapat..apabila Nur Shamila memilih untuk terus tinggal disana mengikuti kedua ibu dan ayahnya yang telah lama bermastautin disana. Tetapi bagi Muhamad Fitri dia mesti pulang..itu adalah permintaan ibu dan ayahnya. Dia merupakan anak lelaki tunggal keluarganya. Walaupun masih ada lagi dua orang kakak dan adik perempuanya tinggal bersama ayah dan ibunya tetapi tanggung jawabnya sebagai anak lelaki lebih besar.Dengan percangahan pendapat itu mereka berpisah.

                   Tiba diMalaysia dia diperkenalkan kepada NurSaleha yang ayu, lemah lembut dan menutup aurat. Keperibadian itu yang memikat hatinya yang sedang kosong kerana putus kasih. Dia menerima dengan hati yang terbuka  cadangan keluarga mereka untuk menyatukan mereka sebagai suami isteri. Tidak disangkanya setelah sepuluh tahun hidup bahagia bersama pilihan keluarga, Nur Shamila muncul didepan mata. Rupanya dia pulang keMalaysia bila merasa bosan tinggal dinegeri orang..Dia menagih cintanya kembali. Bemula dari itu cinta Muhamad Fitri yang layu segar kembali. Dia lebih memilih cinta pertama dari, cinta anak-anak dan isteri pilihan keluarganya.

              
Tamat



 p/s untuk memenuhi janji mak teh.. InsyaAllah mak teh akan sambung kisah tidak terkikis kesal dihati di blog ni sampai habis.


Sunday, 21 July 2013

Bab 32 Bimbang

Bab 32 Bimbang

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat,
Rapat lagi pohon jati,
Kawan beribu mudah didapat,
Sahabat setia payah dicari,

                    Seperti yang telah dirancang oleh dua sahabat, selepas dua minggu hari raya puasa, mereka dua keluarga bertolak kePulau Pinang.Bagi Farhan dia kesana bersama isteri dan anak-anaknya mempunyai dua tujuan yang pertama hendak memenuhi undangan Suhaila menghadiri majlis perkahwinan adik bungsunya.Yang kedua dia hendak bercuti bersama isteri anak-anaknya.Memang sudah lama dia beructi setelah mereka beranak kecil.Dalam perbincangan dan telah dipersetujui mereka bertolak hanya menggunakan sebuah keenderaan sahaja.Edlan menggunakan kereta kepunyaan keluarganya, sebuah MPV Toyota Alphard berwarna putih.

“Han aku rasa elok kita guna satu keenderaan saja..boleh kita drive ganti-ganti nanti, taklah penat sangatkan.”

“Ok boleh juga..tapi nak cari keenderaan kat mana..kau tahu mana nak sewa keenderaan”.

“Tak payah sewa Han, aku dah cakap dengan abah aku pinjam Alphard dia.. dia kata boleh”.

“Tak susahkan dia kenanti, dia nak bawa pekerja dia. Lagi pun ni musim orang kenduri kahwin, tentu banyak tempahan keluarga kau nak siapkan?” Keluarga Edlan menjalankan perniagaan Catering dia mengambil tempahan untuk pakaej  majlis perkahwinan dan jamuan.

“Tak apa diaorang bawa pakai kereta USER abang aku..SERENA kakak aku pun selalu juga diorang guna. Aku pun letak kereta aku kat rumah keluarga aku ..takutlah..Sebelah rumah aku pun tak ada orang, kalau Nampak rumah aku tak ada orang nanti ada pulak yang buat kerja..jadi aku letak kereta kat rumah keluarga aku”.

“Elok lah kita harus berjaga-jaga sebelum apa-apa yang tajk elok terjadi. Aku ada petuauntuk menjaga keselamatan rumah Lan..akumemang amalkan walaupun aku ada kat rumah, kita bertawakkal kepada Allah..masa kita tutup pintu atau tingkap kita bacalah surah AlIkhlas..dari mula kita tutup sampai kita kunci barulah habis surah tu kit baca..Insyaallah tak akan apa-apa..Ialah kita bertawakal dan memohon Dia jagakan rumah kita siapa yang berani masukkan.”

“Tiap-tiap pintu dan tiap-tiap tingkap masa nak tutup kita baca ke Han?”

“Ialah..tiap pintu dan tiap-tiap tingkap masa kita nak kunci tu kitabacalah”.

“Insyaallah aku akan buat nanti”.



Dihari mereka bertolak ..dua sahabat bertolak bersama keluarga masing-masih pukul satu pagi.

“Lan elok kita bertolak malam…agak-agak kita dapat tidur sekejap, kemudian kita berolaklah..sebab tak panas taklah gelisah anak-anak dalam kereta nanti. Lagi pun mereka boleh tidur sepanjang perjalanan.”

“Ialah aku ikut cadangan kau..nanti sampai masanya kau call aku lah”.

            Mereka memulakan perjalan pukul satu pagi. Di mulai dengan bacaan ayat Seribu Dinar, ayat Kursi dan doa naik keenderaan kedua sahabat memulakan perjalan mereka. Perjalanan yang mengambil masa 5jam akhirnya sampai kedistinasi yang dituju setelah tiga kali berhenti. Petama berhenti ketika mereka menunaikan solat subuh disebuah rumah rehat yang terdapat disepanjang lebuh rayanya. Sekarang kita boleh menjalankan tanggung jawab yang diwajibkan oleh setiap insan untuk menunaikan rukun iman yang kedua itu dengan mudah husyuk dan tawaduk. Sungguh prihatin orang-orang yang mengendalikan pembinaan lebuh raya, kerana menyediakan tempat sembahyang untuk orang-orang yang berpejalanan jauh. Jadi tidak ada sebab mengapa orang tidak dapat menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah dengan sempurna.

         Kemudian mereka berhenti lagi untuk membuang air kecil dan meluruskan sedikit pinggang mereka dan menjamu selera digerai-gerai yang disediakan sambil menghirup udara segar. Perhentian-perhentian rehat yang dibina disepanjang lebuhraya amat selesa disinggahi. Dengan berlatar belakangkan hutan tropika menghijau  kelilingi oleh pokok hutan dan disetengah tempat pula dinyanyikan pula oleh deruan air sungai yang mengalir. Menjanjikan susana yang nyaman dan segar. Setelah kenyang dan hilang sedikit keletihan, mereka meneruskan perjalanan mereka hingga sampai kedistinasi yang dituju. Sampai didistinasi Farhan menyewa sebuah bilik hotel untuk keluarganya. Edlan juga menyewa sebuah bilik untuk keluarganya juga.

“Ehh Lan kau tak payah temankan aku check in…pergilah kau balik tentu keluarga Su dah tunggu.”

“Aku memang nak book satu bilik untuk kami, aku memang dah cadang nak tidur hotel malam karang. Rumah mentua aku mesti penuh punya..kalau Su nak tidur rumah keluarga dia aku tak kisah aku bawaklah anak-anak aku tidur sini. ”

----------------------------------

                   Tidak disanggka oleh Edlan pasangan Dato’ Fuad dan isterinya NurSaleha sudi datang kemajlis perkahwinan adik Suhaila. Nur Saleha merupakan kawan mereka  ketika mereka menuntut  di Universiti dulu. Mengenali Dato’ Fuad Edlan rasa kagum. Dia bukanlah orang yang suka membangga kan diri rupaya. Walaupun dia adalah Ahli Parliman Kawasan dia tidak canggung mergaul mesra bersama orang-orang biasa.

“Ehh Nur Saleha..sudi you datang…sila-sila jemput Dato’ datin makan” tegur Edlan ramah selaku tuan rumah.

“Ehh..Edlan janganlah panggil saya Datin..malu saya..panggil nama pun ok..kita kan kawan. Orang dah jemput mesti datang..lagi pun kita sekampung”. Ramah juga jawapan Nur Saleha.

“Dah itu title awak Datin…tak kiralah kita kawan… kita kena hormat..tak pada awak, pada Dato’ sebelah awak tu.”. Dato’ Fuad hanya tersenyum lebar.

 “Su mana Lan..kau sorang terkial-kial ni dia tak teman ke?”. Nur Saleha bertanya sambil tertinjau-tinjau memandang keliling.

“Dia ada kat dalam tengah makan dengan Farhan sekeluarga..nak jumapa masuklah..dato’ sekali.”
 “Nur nak masuk rumah kedalam kejap.. Bang Nur nak ajak kawan-kawan Nur datang rumah sebelum mereka balik Seremban boleh  bang”.
“Boleh ajaklah.”
“Abang nak masuk sekali?”

“Tak payahlah..Nur nak masuk masuklah abang tunggu kat sini dengan Edlan”. Nur Saleha menuju pintu manakala Dato’ Fuah rahmah bercerita dengan Edlan…sekejap itu juga ramai orang kampong datang bersalaman dengan orang terhormat Dato’Fuad.



            5 hari mereka di Pulau Mutiara. Farhan membawa keluarganya mengunjingi tempat-tempat peranginan seperti taman ular dan bukit bendera. Sementara Edlan pula membantu keluarga mertuanya berkemas. Sebelum berakhir percutian mereka, mereka memenuhi permintaan kawan mereka Nur Saleha.  Selepas solat  Zohor dua sahabat bersama keluarga masing-masing sampai kerumah Nur Saleha.  Esok malamnya mereka akan pulang keSeremban.

          Mereka disambut oleh kedua suami-isteri itu dengan ramah.Nur Saleha menitiskan air mata gembiranya.Tidak disangka masih ada lagi kawan yang masih sudi berkawan denganya. Sebenarnya Nur Saleha tidak pernah terlepas dari rasa bersalah dengan salah tingkahnya dulu. Dia ingin meminta maaf kepada Farhan suamiisteri agar lapang dadanya.


“Tak sangka sudi juga you datang rumah I Farhan Fatin.Terima kasih banyak-banyak.”Sambil mengelap air matanya yang masih bersisa dipipinya.

“Nur ni suka pun menangis. Masuklah..masuklah jangan tercegat kat depan pintu saja..Nur ajaklah kawan-kawan tu masuk dulu.” tegur suaminya Datuk Fuad .

“Nur gembira sangat bang..tak sangka masih ada lagi kawan Nur yang sudi jenguk Nur ni. Walaupun Nur dah buat silap pada mereka.”

“Janganlah cakap macam tu Saleha kita ni kawan dah lama tak kan tak datang kalau dah di ajak datang. Yang lepas tu biarlah lepas jangan dikenang lagi..semua orang pernah buat silap..kan manusia tu tak sempurna..tak gitu Farhan.” celah Edlan bagi pehak Farhan..Edlan tahu kawannya yang seorang ini memang susah untuk mengeluarkan kata-katanya. Dia hanya becok pada orang tertentu sahaja.. Farhan hanya menganggukkan kepalanya sahaja.  Itulah Farhan dia  bukan orang yang sombong tetapi dia tidak tahu hendak memulakan cerita itu yang diberitahu kepada Edlan sahabatnya bila ditanya mengapa dia tidak mahu bercerita dengan kawan-kawan biasa disekelilingnya, dia hanya suka mendengar orang bercerita sahaja. Farhan dia tidak banyak bicara selain dengan Edlan.

“Sebetulnya I nak pergi Mekah tak lama lagi.Jadi sebelum I pergi I nak minta maaf jika ada apa-apa kesalahan I pada you semua.”Nur Saleha memandang pada semua kawan-kawan yang sudah mencecahkan punggung disofa ruang tamu..

“Alhamdulliah..murah rezeki you Saleha..Abang pergi sama ke bang?”

“Alhamdulliah abang tumpang  rezeki Nur  pergi kesana, kalau tidak susah juga sebab abang dah pernah pergi dulu .. sementara masih sihat ni abang nak teman kan Nur ni pergi nanti kalau abang dah tak ada susah pula Nur nak cari Mahram…nak tunggu anak lelaki kami masih kecik-kecik lagi.” Ramah Datuk Fuad menyambung bicara isterinya.

“Abang kenapa cakap macam tu..tak kesihan pada Nur ke?.”

“Ialah Nur abangkan dah tua bila-bila masa kalau Allah nak ambil kita tak tahu.”

“Janganlah abang cakap macam tu..setiap kata-kata kita tu doa..jadi jangan lah abang cakap macam tu lagi. Kita berdoalah supaya kita sihat..tua tak semestinya pergi dulu..kesihan kan Saleha ni.” sampuk Edlan.

“Abang jangan cakap macam tu lagi Nur tak suka..Nur tak sanggup nak besarkan anak seorang diri..janji abang jangan cakap macam tu lagi.”

“Ialah sayang abang tak cakap macam tu lagi abang akan teman Nur sampai Nur tua..sampai Nur kerepot.” Dato’ Fuad mengalah. Semua orang dirunag tamu ketawa lepas mendengar jenaka Dato’ Fuad..rupanya Dato’ Fuad kelakar juga orangnya ..tidaklah dia asyik membicarakan hal-hal serius sahaja hal-hal raayat..maklumlah wakil raayat. Pada Saleha memang dia tidak sanggup hidup tidak berteman didunia ini. Tiada tempat dia hendak  mengadu tiada tempat hendak dia  bermanja.

        “Bang Nur ni tak banyak kawan, sebelum kahwin dengan abang.. Nur tak ada tempat untuk menceritakan masaalah Nur . Dulu masa kat U pun Nur tak ada kawan, dia orang kata Nur pendiam..tapi yang sebetulnya bukan Nur pendiam, tak percaya tanya Suhaila..dia sebilik dengan Nur dia tahu perangai Nur yang bermulut becok. Tapi dengan kawan-kawan satu kelas Nur rasa malas nak cakap. Masa tu Nur rasa Nur tak suka berkawan dengan mereka. Lebih-lebih lagi Farhan.. dahlah dia pendiam pemalu pulak tu. Tapi setelah kita ditimpa musibah, Nur tercari-cari kawan untuk bercerita untuk meringankan bebanan dalam dada kita. Entahlah duania ni macam roda, sekejap kita diatas sekejap jugalah kita kat bawah..Farhan I minta maaf banyak-banyak pada you, I harap you dah  lupakan SMS I pada you tu dulu, masa tu bukan diri I yang sebenar. Masa tu hanya dendam yangh meguasai diri I… maafkan I Farhan. Sebetulnya I tenggelam punca bila rumahtangga I musnah dulu. I bingung bila I diketepikan…I rasa macam tak percaya.. orang yang menyayangi kita selama  ini berpaling arah, bila dia nampak yang lebih dari I. Masa tu hati I jadi sakit sangat. Tampa I sedari I mula berdendam pada siapa sahaja yang bahagia dengan pasangan mereka. Pada mulanya I cemburu melihat kebahagian Edlan dan Suhaila.. tapi dalam pada tu I rasa tak tergamak kerana I kenal Suhaila. Bila Edlan dan Suhailah kata you bahagia dengan isteri you, I cuba nak musnahkan kebahagiaan you pulak Farhan. I nak orang rasa macam mana mendertianya I ni. I bersyukur kepada Allah cepat menyedarkan I dari dendam I, bila Edlan cakap..‘Takkan kita hendak menhacurkan kebahagian sahabat kita sendiri’. Barulah I sedar yang you, Edlan dan Suhaila adalah sahabat I. Rupanya I masih ada sahabat didunia ini.I minta maaf diatas semua kesalahan I Farhan Fatin.” Lama mereka terdiam mendengar pengakuan Nur Saleha. Nur Saleha menyambung ceritanya lagi.Dia menoleh kepada suaminya disebelah.

“Bang sebenarnya Nur jarang bercakap dengan Farhan walaupun kami satu kelas.. Farhan  ni dahlah pendiam pemalu pulak tu.”

“Tak apalah itu cerita lama Nur… ni Nur dah sedar dan dah minta maaf..harap kawan-kawan semua maafkanlah isteri abang ni ye.”

“Alah salah faham saja..kami semua dah maafkan, semoga lapang dan dipermudahkan segala urusan nak ke Mekkah nanti..dan semoga di berikan Haji yang Mabrur, InsyaAllah” Bicara Edlan.. Farhan hanya mengaggauk-angguk kan kepalanya sahaja tanda setuju.. Sedang mereka berbual-bual  sebuah Van berhenti dihadapan rumah banglo mewah mereka. Rupaya Van dari sebuah restoran menghantar makanan. Bila pintu van terbuka bau dari makanan tadi menyusup kehidung membangkitkan selera.

“Kita makam malam kat sinilah ye..abang dah oder nasi beriani ni, kita makan ramai-ramai malam ni.” Kata Datuk Fuad.

“Kenapa abang susah-susah ni..sepatutnya abang dan Saleha kena rehat nanti tak lah penat bila pergi nanti.”

“Apalah yang penat, bukan kena masak, oder saja..restoran tu keluarga ni punya. Dulu abang yang jaga tapi sejak sibuk jadi wakil raayat ni, abang serahkan pada dua anak abang yang pertama dan yang nombor dua tu jaga..Alhamdullih bertambah maju..sebab mereka jaga sepenuh masa. Kalau abang dulu sekejap ada sekejap tak ada tak dapat nak beri perhatian sangat.”

Setelah semuanya siap terhidang mereka kemeja makan untuk menjamu selera, menu istimewa dari restoran mereka.

“Saleha ada surat khabar lama tak?” Baru itulah Farhan bersuara. Saleha mengambilkan surat khabar lama seperti yang dipinta oleh Farhan.

“You nak buat apa dengan surat khabar lama?”

“Rumah you ni tak cukup tikar..jadi I nak buat alas duduk.”

“Haa.”Terperanjat NurSaleha bila mendengar Farhan berkata begitu.

“Alah you ni..janganlah mengelabah I guru saja..I nak suapkan anak –anak I  kat bawah ni..you tak kisah kan I makan kat bawah ni.”

“You ni Farhan sekali bercakap terkejut beruk I dibuatnya..Pandai dah you berguru ni tak sangka I” Edlan dan Suahila sudah ketawa mengekek, meraka juga tidak menyangka Farhan akan berkata begitu.

“Isteri  I yang ajar.” mereka semua ketawa bila Farhan berkata begitu.

“Ialah tu entah-entah dia yang ajar isteri dia..tapi mereka berdua tu sama saja..kalau dengan mereka dia pandang kita senyum kita pandang dia pun senyum..susah nak dengar suara emas mereka tu.” tokok Suhaila mengenai sahabat mereka suami isteri itu.

“Ialah Farhan memang macam tu dari dulu tak sangka dapat isterinya lebih kurang saja.” celah Edlan menyokong kata-kata isterinya.

           Farhan suami isteri duduk dilantai baginya memudahkan dia membantu isterinya menyuapkan aka-anaknya makan..Kagum Nur Saleha melihat keprihatinan mereka yang  nampak sungguh-sungguh menyayangi anak-anak mereka.

“You suami isteri memang pasangan yang secocoklah Farhan…untung anak-anak you dapat ayah ibu yang menyayangi mereka. I nampak macam you tak rimas dengan anak-anak yang masih kecil kira ramailah ni empat orang kecil-kecil lagi.

“Sebab ramai dan masih kecillah I terpaksa tolong isteri ni..nanti tak sempat makan pulak isteri I nak makan..Isteri ini kalau anak dia tak kenyang dia tak akan makan.. nanti I gemuk gedempung dia kurus melidi pulak”. Jawap Farhan untuk menerangkan keadaanya.

“Tak lama lagi sorang lagi tu you jangan tak tahu.” celah Edlan.

 “Ehh you dah ada lagi ke Fatin?..” Saleha cuba berbual dengan Fatin juga.

“InsyaA llah dah empat bulan” Farhan menjawab bagi pihak isterinya.

“Haa..tak nampak pun perutnya..kalau kak Nur tak tahulah macam mana besarnya, bukan perut saja besar dengan badan-badan sekali naik…ni hah dah setahun setengah bersalin tapi badan belum susut sepenuhnya lagi..nasib baik abang tak lari bila nampak badan Nur ni macam ahli gusti SUMO. Kalau kak Nur macam Fatin tetap kurus walaupun mengadung nak juga kak Nur mengandung tiap-tiap tahun. Lagi pun Abang Fuad ni lebih kurang Farhan juga sayang kat budak-budak”. Sebenarnya Nur Saleha bukanya besar yang mengeleber tetapi oleh kerana fizikalnya yang tinggi dan rangka badanya yang besar jika berisi sedikit dia nampak  gemuk.

“Abang bersyukur sangat Nur dapat bagi abang anak lelaki bukan satu sekali dua..sebetulnya abang tak kisah fizikal. Dapat Nur sayang abang dan anak-anak abang seikhlas hati Nur pun abang dah besyukur sangat-sangat. Tapi abang nak juga Nur jaga badan sikit..bukan untuk abang tapi untu kNur sendiri. Kalau kita berisi sangat penyakit senang nak singgah.. pengalaman lama abang sungguh perit abang tak nak ditinggalkan lagi..abang tak sanggup hidup sendiri.” Kali ini Datuk Fuad pula yang memegang tangan isterinya dan memandangnya dengan pandagan kasih.

“InsyaAllah.. Nur pun bukan suka besar macam ni susah nak bergerak, kalau buat kerja sikit cepat penat. Nur ni bertuah sangat ..ada orang temankan kita bersenam tiap-tiap hari. Tak main badminton dan berjogging.”

“Itu pun untuk abang juga bukan untuk Nur saja..kalau abang nak berjogging sorang-sorang pun abang tak bersemangat baik kita tidur ye tak”. Mereka ketawa lagi di meja makan. Itulah pasangan Nur Saleha yang seia sekata walaupun umur mereka berjarak namun keserasian jelas terpamir.

“Tapi ialah..jogging sudah senaman sudah, jaga makan pun sudah..tapi yang hairanya susah betul nak kecil badan ni”. 

“Tak apalah janjinya kolestrol kita dah terbakar kesihatan kita terjamin…kita ni kadang lupa dengan fitrah seseorang..ada orang tu makan banyak mana pun tak jadi masaalah..tapi ada setengah orang makan sikit pun dah naik badan.”

“Ialah bang kita tenguk genetik kita jugalah.” Sampuk Farhan dia ingin juga sama berbual.

“ Mungkin juga tu..I ni ada darah Arab sikit mungkin itu yang menyebabkan I macam ni tapi kalau tenguk dari sebelah mak I memang diaorang semuanya macam I.  X-husband  I pun macam I sekarang ni, I macam Adibah Nor..dia sama juga macam Malek Nor” semua orang ketawa bila Nur Saleha membuat leluncun begitu.

“Tapi I sekarang tak kisah sangat..walaupun I macam ni, I dah bagi dia tiga orang anak..isteri dia sekarang walaupun dah lama kahwin satu pun tak ada lagi.  Sekarang ni dia cuba berbaik-baik dengan I, supaya dia dapat merasa kasih anak-anak dia.”

“Dahlah tu Nur..walau macam mana pun dia masih sepupu kita..buang yang keruh ambil yang jernih..tak baik bermasam muka sesama Islam apatah lagi kalau sedara, kemana pergi pun sesekali akan terserempak juga.” Nasihat Dato’ Fuad kepada istrerinya yang kedengaran ada rasa terkilan yang tersimpan dihatinya.

“Ialah bang…Nur ni bernasib baik dapat abang…suami dan ayah yang penyayang..dapat juga anak-anak dia merasa kasih sayang seorang ayah, harapkan dia asyik sibuk memanjang…Nur rasa anak-anak Nur lebih sayangkan baba dari papa dia walaupun baru dua tahun lebih kita  serumah.”

“Ialah Saleha kadang kita ni diuji…supaya kita dapat yang lebih baik lagi.”Farhan menyampuk.

“Terima kasih ini mungkin doa you all juga. I  sangat bersyukur  dapat kawan macam you all semua...terima kasih ye. Ehh cerita-cerita juga makan lah ..”



              Sedang mereka menjamu selera kedengaran orang member salam .Datuk Fuad bangun melihat siapa yang datang.Rupanya Pasangan Doktor Muhammad Fikri dan isterinya doctor Nor Shamilah datang berkunjung.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikum salam ohh..Fikri, Milah masuklah murah rezeki you,  kami tengah makan ni, jomlah sekali”.

“Nampak ramai saja bang..abang ada tetamu ke?”

“Ia Fikri kawan-kawan Nor dari Seremban   Farhan dan Edlan sekeluarga.. Mereka datang berziarah..masuklah jom kita makan sekali.” Ramah Dato’Fuad mempersilakan mantan suami isterinya kemeja makan di ruang keluarga.

“Nor..ambilkan pinggan untuk Fikri dan Milah ni.” Nor Saleha juga menjenguk keruang tamu untuk memastikan tetamu yang datang bila mendengar nama-nama yang disebut oleh suaminya tadi.

“Meh..masuklah..Milah..sini..duduk sini makan dengan mereka sekali.” NurSaleha juga ramah mengajak bekas suami dan bekas madunya makan. Dihatinya sudah tidak ada dendam, padanya yang lepas biar lah berlalu..jangan dikenang lagi, buanglah yang keruh ambil yang jernih.Tetamu yang baru sampai diiringan kemeja makan.

“Tak mengganggu kawan-kawan Nur ke ni?” Soal Nor Shamilah.

“Tak lah..The more the merrier ye tak” Suhaila bersuara.

“Dengar khabar abang dengan Nor nak pergi Mekkah..bila?” Soal Muhamad Fikri setelah dia duduk…Nur Saleha sedang menyendukkan nasi kepinggan tetamu yang baru sampai.

“InsyaAllah  Fitri..InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, dua minggu lagi kami berangkatlah”.

“Tahniah bang..tapi abang dah pernah pergi dulu kan”.

“Ni tumpang tuah Nor, Fitri…abang pergi lagi sebab jadi mahram dia. Kalau tidak susah juga nak dapat pergi..kuota  Negara kita terhad kan”.

              Setelah selesai mereka makan..mereka keruang tamu menyambug bualan mereka. NurSaleha selepas dia menyendukkan nasi  bekas suami dan madunya tadi dia menghilang diri. Tidak lama mereka duduk diruang tamu keluar tiga orang anak-anak NurSaleha dan Muhamad Fikir menyalami ayah dan ibu tiri mereka…sebelum anak-anaknya masuk semula Muhammad Fikri bersuara.

“Syira, Dina dan Ikram duduk dulu papa nak cakap sikit ni”.Mereka  bertiga beradik duduk jauh sedikit dari tempat duduk papa mereka. Mula Doktor Fikri meluahkan hajatnya.

“Papa rasa masa mama pergi Mekkah nanti Syira, Dina dan Am duduk dengan papa…senang pergi sekolah, papa yang hantar”.

“papa.. masa mama pergi Mekkah nanti kami dah cuti sekolah…jadi tak payahlah papa susah-susah nak hantar kami.”  Jawap Syira anaknya yang tua mewakili adik-adiknya.

“Ohh kalau macam tu lagi senang..sebetulnya papa nak minta kamu bertiga temankan papa..sebab tak lama lagi mummy nak pergi seminar dua minggu.” Sampuk  NorShamilah membantu suaminya memikat hati anak-anak suaminya. Dia cuba semesra mungkin dan mengelar ganti dirinya sebagai mummy untuk merasai dirinya sebagai ibu anak-anak suaminya.

“Kenapa baru sekarang papa nak kami temankan? kenapa tidak  lima enam tahun dulu?..pernah tak papa fikir hal kami lima enam tahun dulu?.”

“Sayang jangan  cakap macam tu selama ni papa memang betul-betul sibuk..papa tak sempat bukan tak nak ambil tahu”. Muhammad Fikri terkedu mendengar bicara anak sulungnya..Dia terbayang lima enam tahun dahulu sibuknya kerana asyik menguliti cinta NurShamila  maklumlah cinta pertama yang hadir semula.

“ialah sibuk sangat… sampai nak hadir dalam majlis baca Yassin kami yang hanya beberapa jam pun tak sempat..Syira sedeh sangat masa Syira mengahdapi perikasa besar langsung papa tak tanya hal kami. Orang lain semua papa  dia datang untuk sembahyang sunat hajat dan baca Yassin beramai-ramai,  memohon pada Allah ditenangkan hati, dimudahkan masa nak jawab periksa..Syira siapa yang datang hanya mama saja..kalau  kami tak terlibat dengan kemelut papa dan mama tentu Syirah boleh berjaya juga macam Dina.”

           Bagi Insyira dia sungguh menyesal dalam dia kalut untuk pertama kali menghadapi pepereksaan besar rumah tangga papa dan mamanya menghadapi krisis. Papanya sudah jarang pulang kerumah..mamanya yang kesedehan jarang mahu membuka mulut . Wajahnya mamanya mendung setiap hari. Akhirnya  dia hanya mendapat 2A 2B dan 1C dalam UPSRnya. Dia tidak dapat  menyambung pelajaran disekolah  MRSM seperti yang dicita-citakan..Tetapi adiknya Irdina lebih bernasib baik ketika itu mamanya sudah ceria kembali. Mamanya sering membantu mereka dalam pelajaran dan akhirnya Irdina mendapat  5A dalam peperiksaan besar itu dan telah ditawarkan untuk kesekolah yang berasrama penuh bila ketingkatan satu nanti. NurSaleha datang menghapiri anaknya, dia rasa sungguh bersalah dalam hal itu.

“Jangan cakap macam tu Syira..semuanya takdir dari Allah kita wajib menerima denga redha..mungkin ada hikmah disebaliknya”. Dia juga terharu kerana kesilapanya mengabaikan anak-anaknya , anakya yang sulong tidak cemerlang dalam peperiksaan UPSR nya.

“Syira redha mama..hanya Syira nak melepaskan apa yang ada dalam hati Syira ni saja ..sebab Syira kesal sangat dengan papa yang asyik nak kejar cinta dan kebahagiaanya  sendiri, sampai terlupa pada kami ni anak-anak yang sangat memerlukan dirinya..sekarang ni bila kami dah bahagia baru nak datang minta ditemani. Mungkin dia tak ada anak selain kami ..itu yang dia datang pada kami, kalau papa ada anak lain tentu kami ni akan terus dilupakan.” Terkedu Muhammad Fitri dan  NorSharmilah mendengar apa yang diperkatakan oleh anaknya…Dia bangun dari duduknya.

“Nur..Nur ke yang ajar anak-anak bencikan abang..”mencerun  matanya menikam wajah bekas isterinya.

“Papa!!kenapa papa nak salahkan mama pula…Syira cakap apa yang  Syira rasa. Papa nak tahu mama tak pernah sebut hal papa sejak papa tinggalkan mama.. dahlah papa Syira tak mahu duduk dengan  papa, Syira nak tolong kak Iman jaga adik-adik. Dina ambil adik Me, akak nak dukung adik Man tu, baba nak layan tetamu”.Ketika itu dua adik kembar mereka yang berumur setahun enam bulan sudah duduk dipangkuan baba mereka.    Habis sahaja jawapan kakaknya, Dina pula bersuara..



“Dina pun nak tolong kak Iman jaga adik-adik Dina”.Iman adalah Nur Iman Saffiyah anak Dato’ Fuad yang bungsu bersama arwah isteri pertamanya.

“Am pun”. Sambung Ikram, Kemudian tiga beradik berlalu meninggalkan ruang tamu.

Friday, 19 July 2013

Bab 31 Bimbang





Kalau kita menebang jati,
Biar serpih tumbang jangan,
Kalau kita cari pengganti,
Biar lebih kurang jangan.



Nur Saleha yang penuh masaalah kini juga telah mendapat kedamaian dengan caranya sendiri.Dia kini tidak lagi mengharap ada insan mengubati luka hatinya.Kini dia pasrah  dan mengharapkan kasih dari yang Maha Mengasihani. NurSaleha kini mendekatkan dirinya kepada Allah untuk  mencari keredaanNya dan juga ketenagan dirinya.

Dalam tenang hatinya..kata-kata Edlan terngia di cuping telinganya… Edlan ada  menyebut ‘takkan kita nak meruntuh kan kebahagiaan sahabat kita sendiri’.Kemudian  dia terbayang wajah Farhan yang lembut dan tulus. Seingatnya sejak meraka bergelar pelajar lagi Farhan tidak  pernah menyakiti hatinya… walaupun sesekali dia pernah melihat Farhan merenungnya dari jauh.   

Sejak dia bekahwin dan bahagia bersama suaminya, Farhan juga tidak pernah menggangu kebahagiaanya. Walaupun dia tahu dari Suhaila bahawa Farhan ada menaruh hati kepadanya. Dia menyesali akan  kesilapanya kerana melepaskan dendam kepada orang yang tidak pernah menyakiti hatinya dan tidak pernah menggangu kebahagianya selama dia bahagia.  Dia juga terbayang wajah Fatin isteri Farhan.. sungguh pandai dia menyembunyikan keluakaan hati, sedangkan dia tahu..orang yang datang menziarahi dirinya adalah orang  yang merayu kepada suaminya untuk menjadi madu kepadanya. Pandai sungguh dia mengawal diri untuk menjaga maruah diri, suami dan musuhnya dari diketahui umum. Untuk melegakan kesal hatinya  setiap kali selesai  bersolat tidak lupa mendoakkan kebahagian Farhan sekeluarga.. Bila terkenang segala perbuatanya  Nur Saleha menjadi malu pada dirinya sendiri.

Kini setelah tiga tahun perceraian itu berlalu, hidup Nur Saleha tenang semula. Dia mula membuka matanya.   Dia mula memandang kedaan disekelilingnya. Dirinya terasa bodoh kerana membiarkan tanggungjawabnya terbiar tidak terbela  kerana kehancuran rumahtangganya… sedangkan mereka tidak bersalah. Dia mula membuka mata..memandang kehidupan harianya menjadi kucar kacir, memandang anak-anak yang masih mengharap kasih sayang dan perhatianya. Kesalnya berganda-ganda bila melihat keputusan peperiksaan UPSR anaknya yang tua amat mengecewakan.

Ketika hatinya libang libu memikirkan dirinya ditinggalkan suaminya, dia merasakan dunianya kosong tak bermakna. Dia tidak dapat memandang orang-orang yang yang disekelilingnya, melihat anak-anaknya yang masih menagih kasih. Peniagaan Farmasinya yang tinggal nyawa-nyawa ikan hampir gulong tikar. Mujur dia cepat sedar.  Mujur ada Edlan, kawan yang menyedarkan  dengan perkataanya.

Kini dia tidak menoleh kebelakang lagi.Dia harus memperbetulkan semua keadaan.Dia bertekad mencari kebahagiaannya sendiri. Padanya bahagianya bukan ditangan lelaki yang bergelar suami sahaja. Dia akan mencari bahagia dari sudut lain pula. Kini kehidupanya anak beranak sudah kembali  tenang. Bersama bekas suaminya NurSaleha mempunyai tiga orang anak dua orang perempuan dan seorang lelaki. Anaknya yang tua sudah berumur 13 tahun yang kedua  10 tahun dan yang ketiga 8 tahun. Dia berazam akan medidik anak-anaknya agar menjadi insan yang berpelajaran. Dia tidak mahu disebabkan masaalah dirinya, anak-anak tercicir dalam pelajaran.  Cukup satu peperiksaan besar  anaknya gagal, kerana kurang pemerhatianya. Kini Nur Saleha bangkit dengan azam baru tikad baru dengan berpengang teguh kepada percaya Allah dan keluarga sentiasa bersamanya.



Dalam diam rupanya Nur Saleha diintip oleh seorang lelaki yang kesunyian kerana ditinggal oleh isteri yang pergi kealam baka.Lelaki ini merupakan pelanggan tetapnya dahulu. Ketika arwah isterinya bergelut dengan penyakit tiga serangkainya (Penyakit darah tinggi,kencing manis dan sakit jantung) lelaki ini sering ke Farmasi Nur Saleha mencari bekalan ubat untuk isterinya. Penyakit yang sudah kronik tidak mampu bertahan lama..Allah lebih menyayanginya.Kini sudah dua tahun isterinya menemui Illahi.Pada lelaki ini bukan sudah pudar ingatanya terhadap arwah isterinya..tetapi keadaan mahukan dia mencari ganti untuk meneruskan kehidupnya.  Bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk anak-anaknya yang memerlukan seorang wanita yang begelar ibu.Itulah pesanan arwah isterinya sebelum dia pergi dahulu.

“Baba..kalau Umi pergi nanti..carilah pengganti umi..”

“Kenapa umi cakap macam ni..baba tak rela umi pergi”.

“Jangan macam tu baba, jika sampai masanya kita harus tabah menerima.. Anak-anak sedang membesar perlukan ibu untuk membimbing mereka..baba lelaki, tak arif hal-hal wanita..jadi  carilah isteri yang boleh menjaga baba dan anak-anak kita ye.. umi rela dan berterima kasih pada yang sanggup menggantikan umi disisi baba dan anak-anak.” Begitu bersungguh isterinya berpesan, ketika itu baru tiga hari isterinya sedar dari koma kerana serangan jantung.Yang sebenarnya isterinya sudah setahun keluar masuk hospital. Kaki sebelah kanannya juga sudah tinggal sampai kelutut sahaja kerana serangan kencing manis. Tetapi mereka reda dugaan yang datang dari Illahi.

Kerana kehidupan mesti juga diteruskan bukan untuk dirinya sahaja tetapi untuk empat anak-anak perempuan mereka  juga. Yang pergi biarlah pergi diiringi dengan doa agar roh isteri tercinta bersemadi dengan tenang. Lelaki ini merupakan seorang ahli perniagaan. Tetapi kini semua perniagaanya telah diserah kan kepada dua orang anak perempuanya. Duda beranak empat  yang kesemuanya perempuan kini memasuki bidang politik dan sudah dilatik menjadi ADUN ditempat kelahiranya. Benama Dato’ Fuad. Dengan pertolongan seorang teman ayah NurSaleha, Datuk Fuad menyunting NurSaleha menjadi suri hatinya.

 Setelah setahun bernikah mereka dikurniakan dua orang anak lelaki kembar seiras. Kini terkabul doa dari sahabatnya  Edlan Suhaila dan Farhan yang mendoakan dia mendapat seorang  suami yang lebih baik dari bekas suaminya. Lelaki yang tidak memandang bentuk fizikalnya dan menerima dirinya seadanya. Kini dia  merasa sangat bahagia yang lebih dari bahagianya yang dulu. Itu kata-kata dihati NurSaleha sendiri.

Datuk Fuad merupakan seorang yang penyayang dan kuat pada pegangan ugama..Walaupun sudah berusia tatapi masih bersikap romantic kepada isterinya.Tetapi yang paling dia bersyukur kepada Allah, suaminya barunya menerima dirinya seadanya. Dia tidak melihat keadaan fizikal dirinya.Dia pernah melihat dirinya yang sebenar-benarnya..ketika saiz dirinya yang paling besar, berat badannya mencapai kepada 150kg ketika itu.

===================


Anak dara Farhan sudah umur tiga tahun.Petang Ahad itu Farhan sekeluarga berkunjung kerumah sahabatnya yang baru tiga bulan berpindah kerumah mereka sendiri. Sebuah rumah SEMI-D di satu taman perumahan yang agak tidak mendapat perhatian pembeli dulu, tapi kini kawasan perumahan itu menjadi tumpuan pembeli, terutama sekali warga KLIA. Beruntung Edlan membeli rumah itu.Semasa dia membeli rumah itu masih murah lagi, mungkin  kerana kedudukkan yang agak terpencil dan jauh dari bandar,  yang kedua mungkin belum ada kemudahan.Tetapi apabila  terbinanya lapangan Terbang KLIA diSepang, harganya rumah dikawasan itu mendadak naik dua  kali ganda.Taman perumahan itu lah yang paling hamper dengan Sepang KLIA  diantara taman perumah diSertemban. Ditambah  dengan kemudahan awam, mulalah orang berebut-rebut membeli rumah dikawasan itu. Secara tidak langusung menjadikan haranya makin meningkat. Semasa dirumah Edlan, Suhaila menjemput mereka datang untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya. Adik bungsu Suhaila  berkahwin dengan abang doktor Sharifah NurAmalina, seorang doctor yang pernah dikenenkan oleh Edlan kepada Farhan sebelum Farhan berkahwin dengan Fatin dulu..

“Jadi  juga kau berbiras dengan Doktor Amalina tu Edlan.”

“Alah biras saja bukan dapat apa pun.”

“Ehh jadi sedara ADUN tentulah bangga..esok-esok  kalau ada apa-apa hal boleh minta tolong ADUN. Macam mana adik Su boleh kenal dengan abang doctor tu.”

“Kan aku dah cerita dengan kau dulu, adik ipar aku tu kawan adik doctor Amalina tu, dia tu selalu kerkunjung rumah Adun tu. Masa akhir tahun pengajian adik ipar aku tak balik raya sebab fainal exam dah dekat..masa tulah abang doctor tu jumpa..dan jatuh hati”.

“Abang doctor tu peguam juga ke?”.

“Tak dia ni pensyarah kat UIA Sintok Kedah..kira ngamlah diaorang..dia cari pun orang Utara juga…panjang kisah cinta diaorang tu Han..seronok pulak tu.” Senyuman Edlan masih tergarit dibibir dia mula membayangkan kisah cinta Farhan pula.

“…kisah cinta ni macam-macam kan Han..macam kisah cinta kaulah berliku-liku sampai minta tolong ibu kau lagi..lagi seronok” ha..ha..ha. Edlan ketawa lepas bila terkenang  kisah sahabatnya.

“Apalah bapak orang dua orang ni ketawa tak ingat orang..apa cerita?” Sampuk Suhaila yang baru keluar dari dapur menatang dulang berisi cawan diikuti oleh Fatin membawa teko berisi air dibelakangnya..anak-anak mereka menonton satu CD  katun kegemaran mereka disatu sudut.

Kau datanglah ye…bawalah isteri dan anak-anak kau jalan-jalan.” jemput Edlan mewakili keluarga mertuanya.


“”Ha… Edlan  ajak kita makan nasi minyak kat hometown Suhaila, nak pergi tak?.”

“Ohh Kak Su pun ajak juga tadi kat dapur ikut abanglah..Ha tak kisah boleh saja.”

“Kita pergi lah..lama betul kita tak berjalan kan.”  Kemudian mata Farhan tertuju ke wajah sahabatnya Edlan semula.

“Oklah InsyaAllah aku memang dah lama tak berjalan. Cadang nak  tunggu anak dara aku tu besar sikit ..tapi tak lama lagi ada lagi yang kecil, kalau tunggu anak besar nampaknya memang tak jalanlah kami.”

“Ehh ada lagi ke??..kau kata nak stop kalau dapat anak peremuan..kau ni janji tak serupa bikin lah..Aku dengar kata kau nak stop..akupun cakap dengan Su tutup kedai..dah berapa bulan??.”  Bisik Edlah, Farhan tersengih kepada sahabatnya kemudian dia berbisik ditelinga Edlan pula..dua lelaki ini berbisik dihadapan isteri mereka.

“Accident”.

“Haa bisik apa tu.” sergah Suhaila.

“Hssy Su  ni..adalah kita orang punya rahsia. Su kita tak jadilah tutup kedailah abang rasa nak lawan Farhan lah Su...”Balas Edlan pada isterinya. Farhan tersenyum pada Fatin, Fatin pula angkat kening  ingin tahu.

“:Abang ni kenapa??..dah berbisik depan orang lepas tu kata tak jadi tutup kedai..kedai apa..bila pulak kita ada kedai? Nak lawan Farhan lawan apanya??”. Terpinga-pinga  Suhaila tidak faham apa yang dimaksudkan oleh suaminya.

“Ni haa.Farhan kata kalau dia dapat anak perempuan hari tu dia nak stop..alih-alih ni dah ada lagi..itu abang  tak jadi kita tutup kedai.”Edlan berkata sambil mengentit mata kepada isterinya.

“Habis yang abang kata tak jadi tutup kedai ..kedai apa kedai jual anak ke?”.

“Hsyy Su ni ada ke jual anak..orang nak cari anak..nak anak lagi ni. Hari tu bila Farhan kata dia nak stop..abang fikir eloklah kita pun  tutup kedailah juga ..tup..tup dia dah ada lagi..abang rasa nak buka kedai semulalah boleh Su.” nampak macam serius sahaja Edlan memandang isterinya dengan permintaanya.

“Abang ni tak malu betul..ada ke tanya depan Farhan dan Fatin macam tu ..Hisyy  tak malunya” Suhailah menjeling manja kearah suaminya.Farhan dan Edlan sudah ketawa terbahak-bahak Fatin hanya tersipu malu melihat gelagat suaminya dan kawan-kawanya. Setelah tawanya bersisa..Edlan mengulangi pertayaanya.

“Isteri kau dah berapa bulan.”

“Ehh betul ke Fatin dah ada lagi..kata Farhan hari tu, dia dah nak stop” Suhailah bertanya kepada Fatin. Barulah dia mengerti kata-kata suaminya tadi.

“Farhan kata  Accident...dulu pandai pulak dia mengelak ni dah tak pandai pulak..dah berapa bulan.” Soal Edalan teruja ingin tahu.

“ Dah rezeki terima ajalah ..dah dua bulan..bila majlis adik ipar kau tu.” Farhan dengan selambanya. Fatin pula  memerah pipinya diserbu  malu.

“Lepas raya nanti..”

“Ada dua bulan lagilah..kau balik naik apa?.”

“Aku biasa naik Flight..senang tak payah nak memandu jauh Han. Kat sana nanti pinjamlah kereta dioarang kalau nak berjalan.”

“Tapi orang mengadung tak digalakkan naik flight kan Lan?”
.
“Masa tu kecik lagi …janganlah cakap Fatin mengdung.”

“Hsyy aku tak nak tanggung risiko..kalau kita naik kereta macam mana..aku nak pinjam kereta baru ayah aku tu.”

“Kau nak melaram  naik kereta baru lah ni.”

“Ahalah sesekali apa salahnya.”

“Yang… kita balik naik kereta kali ni boleh?.” Edlan bertanya kepada isterinya.

“Boleh juga kita balik sama-sama..I pun tak boleh cuti lama banyak kerja masa tu..raya kita tak payah balik.. hari kenduri saja kita balik ok tak?.”

“Memang lah tahun ni kan giliran rumah emak kat Lengeng  buat-buat  lupa pulak dia…tapi Su tak nak tolong umi ke?”

“Umi dah banyak orang yang tolong.”Suhaila merupakan anak nombor dua bongsu dari lapan orang adik-beradik. Dia mempunya tiga orang kakak, tiga orang abang dan seorang adik perempuan yang bakal melansungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Ada dua orang kakak dan seorang  abangnya tinggal diPulau Pinang hanya dia sahaja  bekerja tinggal paling jauh dari kampong halaman mereka. Yaitu di Seremban. Seorang abangnya bekerja di kedah dan kakanya  yang seorang lagi bekerja di Perak.

Suhaila beria-ia mengajak mereka makan malam dirumahnya. Hari tu dia masak istemewa. Masak nasi kerabu resepi keluarganya.Selepas makan malam dan solat Magrib baru Farhan sekeluarga pulang kerumah mereka.

Dirumah ketika semua anak-anaknya sudah tidur. Farhan juga sudah bersedia untuk tidur dia memeluk kemas isterinya Fatin bersuara.

“Bang!! kenapa abang cakap dengan dia orang dah nak stop beranak.”

“Abang cakap dah lama dulu…masa Ha merajuk balik rumah ayah ..masa tu Amni  tak ada lagi.”

“Ehh. Abang ni bila masa pulak Ha merajuk..Ha ni merajuk-merajuk tak main lah.”

“Ialah tu..dia tak tahu dia merajuk..Ha tahu kalau Ha merajuk abang rasa tak tentu arah tau, mulalah cakap merapu-rapu…Masa abang cakaptu..abang rasa macam kita penat sangat beranak kecik.Tapi bila ayah cakap kalau  anak dah besar-besar kita  nampak anak kita semuanya berjaya dalam pelajaran dan handsom pulak, masa tu mulalah rasa menyesal anak kita sikit.. Ayah kata dia rasa macam tak cukup ada anak empat orang saja tapi takkan nak suruh ibu beranak lagi kawan tu nah menopouse.  Lagi pun sekarang ni susah nak cari anak-anak yang berkualiti maksudnya pandai dan berakhlak. Lepas tu, abang tukar niat abang, ni yang sangkut sorang lagi”.

“Emm ialah sebelum terlambat baiklah kita tambah anak ikut yang disarankan oleh kerajaan  lima orang pun dah cukup kan bang ..abang nak anak apa kali ni”.

 “Abang tak kisah lelaki ke perempun janji anak abang selamat lahir, sihat dan sempurna..Syukur Alhamdullih..lepas tu kita didiklah anak kita menjadi orang yang soleh..berjaya didunia dan akhirat kan Ha..tapi abang kesian Ha kalau mengdung  nampak penat..lagi-lagi kalau dah mencapai tujuh bulan..Ha memang rasa penat ke?”.

“Penat lah juga tapi Ha sebetulnya kesian kat abang..kalau Ha mengandung abang terabai..Ha ni kalau mengandung Ha cepat rasa cepat letih.”

“Abang faham..abang minta maaf sebab yang dulu tu abang pentingkan diri sendiri abang tak fikir pasal Ha.”

“Kita ni kalau dah penat  kadang bertindak diluar kawalan kita… dahlah janganlah nak  ingatkah kisah lama.”

“Kisah lama tu menjadikan abang bertambah matang..abang jadikan kisah lama sebagai pengajaran untuk abang...Sayang agaknya handsome  tak anak-anak kita?”

“Kalau tenguk ayahnya mesti handsome .” Farhan megemaskan lagi dakapanya.Tetapi tangan merayap lalu mengeletek pinggang isterinya. Fatin kegelian dia terjerit lepas.

“Bang jangan lah..bangun Amni nanti”..Fatin berkata dengan ketawa masih bersisa. Dia sudah melonggarkan pelukkan suaminya..dia tahu tangan suaminya akan mengeletek dirinya lagi.

“Abang tak buat apapun” Bahagia rasanya telah lama mereka tidak bergurau senda. Dahulu sebelum mereka mendapat anak sering juga mereka bergurau berkejaran didalam rumah bila Farhan cuba menyakat isterinya. Sebenarnya walaupun Ftain berwajah selamba tapi sikap manja dan keanak-anakan masih terserlah jika lama mengenalinya. Ini mungkin disebabkan dia anak perenpuan tunggal tentu diberi perhatian oleh kedua ibu dan ayahnya dan juga abang dan adik-adiknya. Manjanya  tidak dapat dikikis dan kadang-kadang terlepas juga.

Ha dahHHHHhlkjkhk