Ada sedikit lagi kisah Nur Hidayah harapnya tidak jemu
membaca apa yang mak teh kisahkan. Hanya mak teh nak brkongsi crita mnusia yang
banyak dugaan.
Selelsai
sudah masaalah rindu Johan dan Hidayah. Mereka sekeluarga makan malam dengan meriah. Walaupun tiada hidangan istimewa makan malam
dirumah Tengku Faizal petang itu, namun hidanganya terasa enak dan lazat kerana
semua hati gembira dan bahagia. Kemudian
mereka solat Magrib berjemaah berimamkan Tengku Faizal, manakala solat Isyak
pula mereka berimamkan Dr Johan. Usai solat imam muda Dr. Johan meminta izin untuk pulang.
“Atuk, nenek
saya nak balik lah. Esok saya kerja pagi”.
“You nak balik sorang ke dengan Hidayah?”.
“Malam ni biarlah saya balik sorang. Rumah saya tu
tengah bersepah, nanti bila saya dah kemaskan baru Dayah balik sana ye. Saya takut Dayah alah dengan habuk yang dah lama
tak bersapu”.
“Tak apa bang
Dayah tak alah dengan habuk, lagi pun Dayah rindu nak jumpa mommy..apa khabar
mommy agaknya. Malam ni bibik masakan apa untuk mommy. Nak bungkus sikit kuah
untuk mommy boleh nek”. Kedengaran
ikhlas permintaan Nur Hidayah untuk ibu mertuanya. Sememangnya dia rindu pada
ibu mertuanya yang tidak berdaya. Dia merasakan puan Maria tempatnya merasai
kasih ibu.
“Boleh sangat Dayah..kita semua dah makan. Pergilah
minta bibik bungkuskan”.
“Dayah! mommy
dah tak duduk dengan abang, sekarang ni dia dah duduk kat Melaka. Kalau Dayah rindukan mommy nanti
abang minta cuti hari minggu kita balik
Melaka ye.”
“Ehh dia duduk dengan siapa..Ada lagi ke keluarga
sebelah Johan yang nak jaga mommy Johan tu”.
“Tak tuk, mommy duduk dengan papa saya. Tak lama lepas
kes saya dan bekas isteri saya selesai, papa datang rumah kami. Bekas emak mertua saya yang bagi alamat kami pada
dia. Lagi pun bibik dah berhenti itu yang mommy ikut papa balik Melaka. Bila dah
duduk sorang, rumah pun tak berjaga.”
“Ohh keluarga bekas mertua Johan masih ada hubunga baik
lagi dengan mommy Johan..bagus lah macam tu. Biar pun anak dah tak ada hubungan
suami isteri, janganlah kita memutuskan hubungan baik antara dua keluarga.
Johan! apa kata you duduk sini sahaja dengan atuk dan nenek”. Johan Hamdi
kelihatan keberatan menerima pelawaan Tengku Faizal.
“Atuk bukan apa Johan, you kata tadi bibik dah tak ada..Dayah
pula tengah macam ni larat ke dia buat kerja rumah… lagi pun kalau you kerja
malam Dayah duduk sorang kat rumah you tu. Jadi kan lebih baik you dan Dayah
duduk sini..”.
“Tak menyusahkan atuk ke, sebab pergi dan balik kerja
saya ni tak mengikut waktu..kalau syif petang balik saya tengah malam..nanti atuk dan nenek tak selesa”. Johan memberi alasan
untuk menolak pelawaan Tengku Faizal.
“Tak apa, atuk faham
kerjaya you macam mana.. atuk tak kisah. Yang sebenarnya I kesian dengan nenek
you ni masa dah tua-tua macam ni dia nak
merasa ada cucu duduk bersama. Dalam
tiga empat bulan ni atuk tenguk wajah nenek ni ceria setiap hari..sebab ada
Dayah yang layan dia berbual.”
“Betul tu Johan nenek nak Dayah duduk sini, jadi adalah teman nenek kawan nak
bercakap-cakap”.
“Ialah nanti saya bincang dengan Dayah, tapi malam ni saya kena juga balik rumah saya…”.
“Dayah ikut ye bang..biar Dayah temankan abang kemas
kan baju abang malam ni”.
“Dah malam ni nak ulang alik abang dah tak larat tadi
abang kerja. Abang ingat nak tidur rumah, esok abang nak kerja pagi”.
“Tak apalah Johan biar Dayah ikut you. Dayah bawa
sekali baju kerja..esok Dayah kerja dari sana atau Dayah nak cuti esok”.
“Tak mau lah tuk Dayah nak kerja esok, kalau Dayah cuti
abang kerja, nanti Dayah duduk sorang
kat rumah..”.
Tidak lama mereka sampai kerumah sewa Johan telefon
bimbit didalam poket sel;uar Johan bergetar tanda ada panggilan masuk. Bila
dilihat nama Tengku farid yang tertera.
“Hallo Asalamualaikum..you dah sampai rumah ke Johan?”.
“Walaikumsalam. Baru sampai bang”.
“I tak nak kacau you lama-lama..hanya I nak cakap dengan
you bab pindah rumah atuk tu. I minta tolong sangat-sangat you setuju dengan
permintaan atuk. Atuk dan I memang dah lama merancang you duduk dengan atuk.
Rumah tu memang atuk nak bagi Dayah…”
“Rasanya macam tak patut pula..sebab Dayah hanya cucu
perempuan tak kan dia yang mewarisi rumah tu”.
“Apa pula yang tak patutnya..rumah yang I duduk ni pun
adalah hadiah perkahwinan I dari atuk. I nak duduk dengan mereka tak boleh
sebab I tolong jaga atuk dan nenek Jannah. Jadi you dan Dayah lah tolong
jagakan atuk kita. Mereka dah tua Jo..apa-apa hal tak siapa dapat
tengukkan..tolonglah Jo setuju ye duduk dengan atuk”.
“Ialah nanti saya bincang dengan Dayah”. Rupanya Tengku
faizal menghubungi cucunya Tengku Farid bagi memujuk Johan agar dia bersetuju
duduk bersama denganya.
Kini
sudah dua tahun kehidupan rumah tangga Johan dan Hidayah yang bahagia. Mereka
dikurniakan kembar lelaki tak seiras yang diberi nama Muhammad Ikram dan
Muhammad Ikhsan. Muhammad Ikram mewarisi wajah Johan Hamdi berambut lurus dan bermata sepet.
Manakala Muhammad Ikhsan mewarisi wajah nenek sebelah ibunya Syarifah Jamilah berambut ikal dan bermata
bulat. Bukan sahaja Johan dan Hidayah yang bahagia menempuhi hari-hari mereka,
Tengku Faizal suami isteri juga sangat bahagia bila hari-hari mereka meriah dengan riuh
tawa, tangis dan jerit sikembar yang sedang lasak. Tengku Faizal seorang
ushawan memilih duduk dirumah berkongsi keriuhan dengan isterinya Tengku Faridah
menjaga cicit mereka.
“Ida! lawa juga mama Dayah ye, kalau muka dia macam
Ikhsan ni kan..tapi Dayah ni ikut muka Faris pula”.
“Ehh
memang lawa bang..abang nak tenguk gambar dia. Dulu masa mengandung si kembar
ni Dayah selalu tenguk gambar mama dia..dia kata dia rindu dengan mama dia… itu
yang melekat sorang kat muka anak dia.
Betul macam tu ke bang”.
“entahlah
Ida, mungkin cara Allah nak bagi kita tenguk wanita yang mengadungkan cucu
kita..lagi pun dah memang ada darah dia yang
mengalir dalam tubuh Dayah. Eh
mana gambarnya abang nak tenguk nak kenal juga orang yang telah
melahirkan cucu kita. Tak dapat tenguk orangnya tenguk gambar pun jadilah.
Abang yang sebetulnya bersyukur sangat ada lagi cucu kita selain Farid.. dah tu
baik pula orangnya. Kenapalah dulu Faris tak bawa jumpa kita kan Dah.” Dua warga emas menyilak album Nur Hidayah
sambil menjaga kembar yang bermain dirung tamu. Itulah kehidupan Tengku Faizal
dan Tengku Faridah diusia senja. BAHAGIA
kerana ada cucu-cucu yang mengambil
berat tentang mereka. Mereka dihargai dan disayangi. Kehidupan yang sebegitulah
yang diimpikan setiap warga tua tak kiralah SIAPA KITA betul kan..
Setiap
dugaan akan mematangkan satu kehidupan, tetapi tersilap perhitungan akan
membawa padah pada diri sendiri. Itulah gunanya akal yang diberi oleh Allah
kepada makhluk yang bernama manusia. Dan akal yang membezakan antara manusia
dan binatang walau pun kita adalah sama.. mahluk Allah. Dan dengan adanya akal
Allah memilih manusia menjadi khalifah di dunia ini. Semalam papa Johan Hamdi
di Melaka menghubungi dirinya menyuruhnya pulang jika ada cuti.
“Assalamualikum
Jo..papa ni..bila Jo ada cuti??”.
“Cuti
untuk apa papa. Jo ni susah sikit nak cuti hari Sabtu dan Ahad, hari ni Jo off
sehari.. tapi Dayah kerja”.
“Haa
kalau macam tu balik lah sekejap. Adalah hal keluarga yang papa nak bincang
dengan Jo..balik ye”. Encik Johari sudah pun berpencen dan duduk dirumah tinggalan
orang tuanya di Kelebang Melaka.
“Kalau
balik Jo balik sorang papa..nak tunggu Dayah pukul lima nanti baru dia habis
kerja”.
“Memang
papa harap Jo balik sorang saja. Papa nak bincang dengan Jo sorang sahaja dulu”.
“Ada apa
pa”.
“Adalah..
nanti Jo sampai kat rumah papa cerita. Balik
kejap tak payah bermalam pun tak apa.. balik ye....” Kedengaran begitu
mengharap papanya dihujung talian. Permintaan papanya menjadi tanda tanya dikepala
Johan Hamdi. Dia menghubungi isterinya Nur Hidayah untuk memaklumkan dia mahu
pulang ke Melaka rumah keluarganya.
Sememangnya
tidak jauh mana antara Petaling Jaya dan Melaka. Tibanya disambut dengan wajah
ceria mama dan papanya. Semasa minum dan makan kueh yang dihidangkan oleh
mommynya, tidak perlu berbasa basi Encik
Johari terus sahaja ke perkara yang mahu disampaikan.
“Jo minggu
lepas aunte Kila call papa ajak jumpa. Papa pergilah ingatkan dia nak apa, rupanya
dia nak cakap yang Jo pernah jadi suami Didi dulu”.
“Mommy tak
cerita dengan papa ke yang saya pernah menjadi suami Didi dulu”.
“Entah
mommy tak pernah terlintas nak bercerita dengan papa cerita Jo dulu. Bila papa tanya
lepas dia jumpa anute Kila barulah mommy cerita”. Cerita puan Maria terus
terang. Puan Maria seorang yang pendiam bak kata orang kalau sepatah ditanya
sepatah juga yang keluar dari bibinya. Dia
memang begitu sejak dulu. Sikap pendiamnya diwariskan pada Johan Hamdi anak
tunggalnya.
“Emm..
kenapa yang aunte Kila nak buka cerita lama..kami dah tak ada apa-apa yang nak
disangkutkan. Anak pun tak ada, jadi apa yang nak disebut-sebut dan dikenang-kenang
lagi…takkan dia nak minta harta sepencarian lagi kot..”. Johan Hamdi terkenang
kisahnya dulu.
“Dia tak
cakap pun pasal harta sepencarian..dia hanya cakap walaupun dah dua tahun Jo
dan Didi bercerai tapi Didi masih tak dapat lupakan Jo”.
“Untuk
pengetahuan papa dah tiga tahun bukan dua tahun saya dan Didi bercerai. Kenapa pula Didi tak boleh nak
lupakan Jo sedangkan perceraian kami dia
yang nak”.
“Itulah
aunte Kila kata Didi menyesal bercerai
dengan Jo. Dia kata dia tak pernah rasa bahagia setelah dia bercerai
dengan Jo. Masa papa datang rumah aunte Kila Didi ada..dia yang hidangkan
minuman untuk papa. Papa tenguk cantik betul si Didi tu..tinggi lampai
orangnya.” Encik Johari tidak pula mengkhabarkan warna perang rambut si Didi.
“Emm..”
Hanya itu yang keluar dari bibir Johan Hamdi mendengar komen papanya berkenaan
bekas isterinya. Melihat anaknya bagai tidak menanggapi apa yang
diperkatakan, Encik Johari mengatakan
apa yang ada dihatinya hasil pertemuan dengan Syakila isteri arwah sahabatnya.
“Jo! Jo
tak terfikir ke nak rujuk balik dengan Didi”.
“Nak
rujuk apanya papa, kami bercerai pun dah
tiga tahun bukan baru tiga bulan. Lagi pun saya kan dah ada Dayah”.
Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan
dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula. Sekiranya
ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru. http://tayibah.com/eIslam/rujuk.php.
“Apa
salahnya, lelakikan boleh nikah sampai
empat Jo”.
“Tak
maulah papa..cukuplah Dayah sorang isteri saya. Nak nikah sampai dua tiga orang
saya tak mampu pa. Sekarang ni saya dah ada dua orang anak tak lama lagi sorang
lagi..Mommy Dayah mengandung lagi dah
dua bulan”.
“Ohh
Alhamdullilah, bertambah lagi cucu mommy..rindu nak tenguk sikembar dah pandai
cakap dia Jo”.
“Dah
mommy..riuh betul mulut Ikram cot cet cot cet tak berhenti-henti bertanya
mommy..penat tok ayah dan tok ma dia nak menjawab..yang Ikhsan pula kalau abangnya
dah bertanya dia rajin pula menambah-nambah”. Ceria sungguh Johan menceritakan
perihal sikembarnya.
“Yah!..pergilah
Yah kedapur, jangan kacau abang tengah
nak cakap hal Didi dengan Johan ni... cerita hal cucu-cucu dia pula”. Dengan
suara perlahan omel Encik Johari
dihujung kata.
“Apa
lagi pa, saya dah tak nak ada apa-apa lagi dengan Didi tu..yang dulu biarlah, saya
dah taknak nak ulang-ulang lagi”.
“Janganlah
macam tu Jo..aunte Kila kata Didi masih sayangkan Jo, dia masih mengharapkan Jo
datang pada dia balik. Sampai sekarang dia tak cari penganti Jo sebab dia masih
mengharapkan Jo. Jo tak kesian ke pada dia”.
“Ialah
tu..saya tak percaya…mesti ada udang disebalik batu dengan kata-kata aunte
Kila”.
“Jangan
buruk sangka Jo..dia cakap sungguh-sungguh pada papa. Aunte Killa kata dia
kesian dengan Didi yang asyik teringatkan Jo. Ada juga yang berkenan dengan
Didi tapi Didi tak nak. Ni aunte Kila minta papa sampaikan pada Jo supaya Jo nikah
balik dengan Didi..Jo bercerai dengan dia talak satu sahaja kan dulu”.
“Memanglah
talak satu tapi tak pernah terfikir pula saya nak nikah semula dengan dia. Pada
saya perkara yang lalu biarkan dijadikan kenangan tak perlu nak diulang. Untuk
pengetahuan papa, saya nak kenang masa saya
dengan Didi pun rasa malas sangat..sebab kenangan saya dengan Didi tak ada yang manis semuanya pahit dan
menyakitkan ”.
“Jangan
berdendam Jo, maafkanlah dia kalau ada yang menyebabkan Jo tak puas hati dengan
dia. Manusia ni kan tak sempurna, kadang-kadang kita pernah buat silap. Ikutlah
contoh Nabi MEMAAFKAN”.
“Memang
dah lama saya maafkan dia pa..tapi saya tak pernah terfikir nak hidup sebumbung
dengan dia lagi..cukuplah Dayah seorang
untuk saya”.
“Kenapa
Jo..Jo takut Dayah marah kalau Jo kata nak nikah dengan Didi semula. Cubalah
dulu cakaplah elok-elok pada Dayah minta izin Jo nikah dengan Didi, mungkin dia
izinkan Jo.”.
“Saya
tak takut Dayah marah pa ..tapi saya yang tak mampu.”
“Tak
kan tak mampu”.
“Memang saya
tak mampu zahir dan batin. Kerja saya tak menentu ada kerja siang ada kerja
malam..sekarang ni banyak pula kes kat hospital menyebabkan saya penat sangat.
Jadi saya tak mampu nak terkejar-kerjar menguruska dua isteri. Tu belum bab
anak lagi.”.
“Jo..kita
ni lelaki buat macam lelaki. Jangan cari alasan remeh, jangan jadi lelaki dayus
takutkan bini”.
“Siapa
kata saya takutkan bini..yang saya takutkan
adalah TANGGUNG JAWAB..saya takut tak mampu nak pikul tanggung jawab
pada anak dan isteri kalau saya ada lebih dari satu isteri papa. Saya tak mampu
nak kehulu kehilir mengilir isteri..nanti semuanya tak terjaga. Papa! kalau kita tahu apa tanggung jawab seorang
suami dan apa tanggung jawab seorang ayah.. seorang lelaki tu akan takut nak
jadi seorang suami kemudian menjadi ayah..tapi fitrah manusia yang Allah dah
bagikan nafsu menyebabkan saya terpaksa menjadi suami..tapi untuk bertanggung
jawap pada dua orang isteri saya tak mampu. Jadi cukuplah hanya Dayah sahaja isteri saya. Harap papa faham maksud saya”.
“Jo..kita
hidup dalam masyarakat jangan sampai kita dikata… sebagai orang yang tak tahu
membalas budi. Aunte Kila suami isteri tu banyak berbudi pada kita dulu Jo”.
“Kalau
ikhlas mereka tu berbudi, dia tak minta
dibalas papa. Lagi pun apalah yang ada pada balasan manusia jika dibandingkan
dari balasan yang Allah bagi papa.”.
“Jo!...”
“Kalau
papa nak cakap lagi pasal nikah saya dengan Didi..cukup sampai disini sajalah.
Terus terang saya katakana saya tak mampu untuk menjadikan Didi isteri saya.
Mommy jomlah duduk luar ambil angin.. Jo
nak cerita dengan mommy sebelum Jo balik ni”. Tidak lama Johan Hamdi dirumah
keluarganya kemudian dia pulang semula kePetaling Jaya.
Keluar
sahaja kereta Johan Hamdi dari halaman rumahnya terus sahaja puan Maria
diserang dengan berbagai soalan yang bertubi-tubi dari suaminya.
“Yah
kenapa dengan Johan tu. Garang sangat ke Dayah tu samapi macam takut sangat dia
pada bini dia tu. Tak faham abang, ada juga lelaki yang menolak bila disuruh
tambah isteri. Bukan calang wanita pula tu..
Abang tenguk Didi tu cantik sangat..lepas tu pandai, Kila kata dia belajar kat luar negara dulu. Apa buta ke si Johan tak nampak Didi ni wanita
yang macam mana. Pada abang Didi ni wanita yang sempurna yang sesuai untuk
lelaki macam Johan.”. Puan Maria hanya memandag suaminya berceloteh dengan
memek kegeraman kerana cadangannya
ditolak oleh anak mereka.
“Yah!
Johan tu tak pernah jumpa Didi ke selepas mereka bercerai”.
“Rasanya
tak pernah..sebab lepas bercerai dengarnya Didi kerja kat London ke Paris Yah
tak pasti.”.
“Mungkin
itu sebab nya dia tak terima cadangan abang supaya dia nikah semula dengan
Didi. Dia tak nampak betapa cantiknya Didi sekarang ni. Kulitnya putih,
badannya langsing tinggi pula tu. Yah pernah jumpa dengan dia tak?”.
“Dua
tahun dulu pernahlah..tapi Didi memang cantik dan langsing dari dulu lagi. Dia
memang pandai jaga badan. Masa dia jadi
isteri Jo pun dia cantik”.
“Habis
kenapa yang Johan tak mahu bila abang cadangkan dia nikah dengan Didi. Yah!
Tolong abang Yah.”.
“Nak
tolong apa bang”.
“Tolong
pujukkan Johan supaya dia mahu nikah dengan Didi”.
“Yah tak
mahu campur hal ni bang..pada Yah biarlah Johan sendiri fikir apa yang baik
untuk dirinya”.
“Jangan
macam tu Yah..Dulu Sufian dengan Kila banyak tolong kita. Abang jumpa Yah pun
diatas pertolongan dia. Yang sebetulnya
dah lama abang cari Yah abang dah putus asa dah tapi diatas pertolongan dia
kita jumpa, dan dapat duduk serumah macam ni..jadi kita kenalah balas budi dia.
Dia beria-ia nakkan Johan nikah semula dengan anak perempuan tuggalnya tu. Sebab Didi memang masih sayangkan
Johan..Didi tak mahu dengan orang lain.”
“Yah
hairanlah apa yang Syakila cakap dengan abang sampai begitu bersungguh abang
nak suruh Jo nikah dengan Didi”.
“Dia tak
cakap apa pun.Abang hanya kesiankan dia. Didi anak perempuan
nya sorang tapi hidupnya tak bahagia. Dia teringin nak tenguk Didi bahagia
dijaga dengan suami yang dia sayang.. Didi masih sayangkan Johan..Pada abang
tak hairankan kalau Didi sayang sangat pada Johan sebab mereka tu berkawan dari
mereka kecil lagi. Abang pun kesian kan Didi. Yah! tolonglah pujukkan Johan. Mungkin
bila Yah yang cakap Johan boleh terbuka
hati nak terima Didi semula ”.
“Entahlah
dalam hal ni Yah tak boleh nak tolong, biar Johan yang fikir sendiri sebab dia
pernah sebumbung dengan Didi dulu. Dari situ dia boleh menilai”. Puan Maria
bangun meninggalkan suaminya diruang tamu. Memandangkan isterinya tidak dapat
memberi pertolongan Encik Johari memikirkan cara lain untuk memujuk anaknya.
Masalah baru dah timbul lagi....
ReplyDeleteMenyampah pulak dengan papa Johan ni. Dia sendiri pun pernah abaikan isteri, pandai nak nasihat anak. Spesis tak sedar diri betul.
Hadoi!!!
ReplyDeleteTolong la Mak Teh jgn buat crita Johan khwn smula dgn Didi.
Ckup2 la Johan prnh trima Didi & dh lalui perit sikap Didi.
Jgn la buat crita yg Johan @ Dayah mengalah/simpati dgn prmintaan Didi nk rujuk smula.
Rasa annoying kalau Johan & Dayah jadi lembik trima dugaan tanpa usaha prtahankn rmh tgga. Biar tegas skit Johan & Dayah!
Tak adalah..tapi kali ni mak teh macam kejam sikit sebab ada 2 kematian terima ye..
ReplyDeleteKematian???
ReplyDeleteSiapa yg meninggal??? Jgn la Dayah & baby